• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perpaduan Masyarakat Majmuk Melalui Kepi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perpaduan Masyarakat Majmuk Melalui Kepi"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Perpaduan Masyarakat Majmuk Melalui Kepimpinan Budaya Teras

dan Peranan Dialog

Written by Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin. Posted in Berita Harian

Budaya dialog antara kaum/etnik/budaya/peradaban amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta

kelangsungan identiti negara.

Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami konflik perkauman mahupun konflik keagamaan yang membimbangkan, namun beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperti ‘konflik kampung Medan' mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya adalah juga isu-isu keadilan sosial dan ekonomi. Di dalam konteks ini misalnya amat penting isu kepimpinan kelompok/budaya teras diberi perhatian. Di dalam konteks ini kita perlu memperdalamkan apresiasi kita tentang soal ‘peradaban'; apakah dialog peradaban sebenarnya dan apakah faktor-faktor yang berkaitan dengan kegagalan mahupun kejayaan sesebuah peradaban; apakah situasi dialog di Malaysia serta di persada global dan akhirnya bagaimanakah dialog berperanan dalam proses pemartabatan bangsa dan umat melalui penghayatan agama.

Kenapakah ilmu tentang ketamadunanan penting hari ini dan apakah faktor-faktor yang boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaannya dan juga sebaliknya apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhannya? Ilmu tentang ketamadunan amat relevan dewasa ini kerana manusia sedang berada di persimpangan jalan. Kejayaan fizikal yang begitu tinggi melalui sains dan teknologi malangnya telah diiringi juga oleh falsafah dan pandangan semesta yang melihat hanya yang material itu wujud, penting dan beroperasi di dalam kehidupan. Secara mudah dapat digambarkan bahawa gerakan Enlightment (yang melihat akal

manusia semata-mata sudah cukup sebagai panduan hidupnya) di barat dan

falsafah scientisme telah mempengaruhi sistem-sistem pemikiran moden sehingga apa yang dilihat hari ini adalah peminggiran nilai-nilai murni yang menjamin

hubungan baik yang diperlukan antara manusia sesama manusia, manusia dan persekitarannya yang pula banyak bergantung kepada hubungan manusia dan Tuhannya, di peringkat yang paling asas.

(2)

Ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya

menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci yang menghasilkan kehiduapn yang bertamadun.

Kajian menunjukkan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati kehidupan beragama ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang merupakan resipi kepada kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta ketinggian budaya. Kemunculan tamadun Islam yang telah mencapai tahap ‘golden age'nya (8-14 Masehi) itu misalnya adalah dipengaruhi oleh ransangan nilai dan penghayatan cara hidup Islam bersumberkan risalah wahyu yang digembelingkan dengan penguasaan ilmu keduniaan yang mantap.

Dengan berasaskan prinsip-prinsip kespiritualan yang jitu tersebut, sesebuah

masyarakat akan mampu melahirkan sebuah tamadun atau peradaban oleh kerana penghayatan moral dan akhlak yang terpuji yang termasuk di dalamnya kecintaan kepda ilmu, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan kekreatifan. Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin pula sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding bahu membangunkan negara atau tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni telah ditekankan oleh tokoh-tokoh utama di dalam pelbagai tamadun seperti Lao Tse, Kung Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Sambara dalam tamadun India, serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam selain daripada tamadun ini bersumberkan al-Quran dan Hadith serta model sebenar diri dan perbuatan Rasulullah SAW.

Sebaliknya para sarjana sependapat bahawa kemerosotan sesebuah tamadun bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah semata-mata. Kemerosotan, apatah lagi kejatuhan sesebuah tamadun boleh dielakkan sekiranya faktor-faktor berikut (yang kini dapat kita saksikan berulang lagi) boleh dibendung atau dielakkan di mana yang boleh:

•a) Ketidakadilan yang membiarkan jurang perbezaan yang begitu ketara di antara golongan kaya dan miskin seperti yang berlaku di penghujung tamadun Rom kurun ke-4 Masehi;

•b) Penindasan dan kezaliman berleluasa; sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati dan dicabuli;

•c) Keruntuhan moral dan nilai di semua peringkat di dalam masyarakat yang menandakan musnahnya penghayatan budi pekerti yang murni dan mulia;

(3)

ekonomi dan sosial. Sikap tertutup ini boleh mencacatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat tersebut;

•e) Malapetaka atau bencana yang mengakibatkan kerosakan secara besar-besaran yang merupakan satu faktor yang di luar kawalan manusia.

Dialog ialah sebuah komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang mempunyai pegangan atau pandangan yang berbeza mengenai subjek atau perkara yang tertentu, dengan tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah lagi daripada pihak yang satu lagi. Mungkin takrifan ini kelihatan mudah dan tidak penting. Anggapan ini tidak tepat kerana di dalam banyak situasi yang kononnya merupakan suatu dialog, dialog sebenarnya tidak berlaku kerana ada pihak yang menganggap dirinya sudah pun mempunyai penyelesaian mahupun kebenaran mutlak mengenai sesuatu perkara dan apa yang dia inginkan daripada rakan dialognya hanyalah penerimaan semata-mata.

Hari ini pakar bidang dialog menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age of Dialogue) yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Pertukaran pemikiran ini berlaku lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang begitu pesat. Dalam konteks Barat yang zaman kepenjajahannya terbiasa dengan

pandangan yang merendahkan tamadun-tamadun lain, dialog telah menjadi satu keperluan baru akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa pelbagainya masyarakat manusia di dunia ini dari segi geografi, budaya dan agamanya.

Dari perspektif lain pula, contohnya dari sudut pandangan kita di dunia/Kepulauan Melayu ini, dialog telah berlaku sejak awal lagi hasil pertembungan bangsa Melayu setempat dengan yang lain melalui aktiviti perdagangan yang membawa

bersamanya proses intelektualisasi dan keagamaan, untuk sekian lama. Oleh itu sepatutnya kemahiran berdialog yang baik dan berhemah telah sebati dengan masyarakat kita. Namun dalam konteks dialog dihargai secara sedar di dalam masyarakat hari ini ia bukanlah merupakan sesuatu yang menjadi keutamaan sehinggalah dua dekad kebelakangan ini.

Untuk dialog menjadi mekanisme perpaduan yang berkesan, di antara lain kita memerlukan pendedahan ilmiah (sejarah, sistem kehidupan dan lain-lain) untuk memungkinkan kita membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing. Penilaian yang tepat ini bukan hanya akan membantu kita

meneruskan perasaan muhibbah antara budaya/tamadun sekali pun di masa yang sama kita mengakui wujud perbezaan ketara antara kita, tetapi juga dapat

(4)

"kedudukan" mereka tersebut adalah sesuatu yang positif bagi semua pihak. Di sinilah peri pentingnya dialog melalui mana kita boleh membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati.

Kepimpinan Budaya Teras juga perlu dihayati bukan melalui pendekatan yang

apologetik mahupun defensif tetapi melalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta sejarah, realiti kehidupan, keadaan dan sifat negara kita yang sebenarnya. Melalui dialog, boleh manfaatkan keadaan di mana tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia mempunyai persamaan yang penting dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kemanusiaan, kepentingan alam sekitar dan keperluan hidup berharmoni dengannya.

Generasi hari ini mungkin telah banyak melupai pelbagai hikmah dan peninggalan tamadun-tamadun yang diwarisi sehingga kadangkala kita merasakan kehidupan kita sudah kehilangan paksi dan arah tuju. Oleh kerana itu cara mengembalikan atau mencungkil semula khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan dan dialog adalah mekanisme utama proses tersebut.

PERANAN bahasa sangat penting dalam mengeratkan

perpaduan kaum

. Bahasa yang baik dan berilmu akan menjadi bahasa pengantar, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti bahasa Melayu kepada sesebuah negara seperti Malaysia. Begitu juga peranan budaya dapat mengeratkan perpaduan kaum.

Justeru, bahasa Melayu sebenarnya sudah lama mampu dan berfungsi sebagai peranannya dalam menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini.

Di sekolah murid diajar menulis dan bercakap serta berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pene-rokaan ilmu.

Tidak ada kelebihannya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris setiap hari sama ada di rumah atau di tempat kerja. Malah tiada kekurangan pun jika berbahasa Melayu di rumah dan juga di tempat kerja dan di majlis rasmi.

Bahasa Melayu lebih hebat dan indah kerana mempunyai kesantunan dan keindahan melalui pantun, peribahasa dan kata-kata hikmat.

(5)

Manakala budaya juga dapat mengeratkan pelbagai kaum dalam kepelbagaian budaya di sesebuah negara. Setiap rakyat di negara ini yang memahami budaya kaum-kaum lain akan menghormati budaya dan adat resam mereka.

Malaysia mempunyai 30 juta penduduk dan terdiri daripada lebih 200 etnik yang pelbagai berdasarkan bangsa/kaum, struktur atau kelas sosial, bahasa,

kepercayaan, dan adat resam sesuatu kelompok masyarakat yang sangat unik.

Takrif sosiobudaya adalah berkaitan ilmu antropologi, iaitu ilmu berkaitan hubungan masyarakat dengan budaya (seperti cara hidup, adat istiadat, dan lain-lain). Justeru, ahli masyarakat sewajarnya memahami ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama di mana asalnya adalah serupa sifatnya.

Hubungan antara anggota masyarakat dengan budaya atau amalan hidup mereka hendaklah difahami dan diamalkan.

Setiap budaya mempunyai keindahan dan keunikan yang perlu dipelihara sebagai warisan bangsa dan negara. Budaya yang unik dan dapat diterima oleh pelbagai kaum juga dapat menarik para pelancong luar negara sebagai aset pelancongan yang mendatangkan sumber ekonomi negara.

Hikmah kepelbagaian sosial dan budaya perlu diraikan oleh setiap masyarakat. Setiap kaum perlu menginsafi dan menghormati kelainan tersebut. Kelebihan ini akan dapat menambahkan pengetahuan anggota masyarakat selain kaum itu sendiri tentang sesuatu keistimewaan kaum tersebut. Hal ini akan meningkatkan penyelidikan kajian etnik di Malaysia.

Kepelbagaian sosial budaya ini boleh menjadi produk pelancongan negara. Moto pelancongan Malaysia Truly Asia dapat menggambarkan bahawa pelancong asing boleh mendapatkan pengalaman budaya yang banyak dan menarik hanya dengan melancong di Malaysia sahaja.

Di samping itu, pendekatan sosial dan kebudayaan sebenarnya boleh dibentuk melalui perkongsian nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pelbagai kaum. Misalnya nilai menghormati antara satu sama lain.

Menurut pakar pengkaji etnik di Institut Kajian Etnik (KITA) dan Ketua Pegawai Penyelidik dan Fellow Utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Denison Jayasooria, ketika ditanya tentang hal ini menyatakan setakat ini peranan bahasa dan sosial budaya amat berkesan dalam mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.

(6)

Justeru, katanya melalui pendidikan di sekolah, perpaduan dapat diterapkan melalui bahasa dan juga pemahaman budaya kaum-kaum lain melalui aktiviti budaya yang diamalkan dan diajar dalam kegiatan kokurikulum.

Oleh itu, setiap kaum atau etnik mempunyai ciri-ciri tersendiri yang dapat

menunjukkan identiti diwarisi dan akan diwariskan kepada generasi mereka pada masa akan datang.

Antara ciri utama pengenalan identiti kaum ialah bahasa pertuturan, pakaian, adat resam, dan agama yang diamalkan dalam kehidupan mereka.

Perlu juga difahami bahawa sosial budaya menerangkan tentang hal-hal berkaitan dengan masyarakat. Pemahaman ini juga perlu diterapkan sejak di peringkat sekolah lagi dan dimantapkan dalam masyarakat.

Kepelbagaian dalam budaya perlu diraikan tetapi mestilah berpaksikan kepada ketaatan dan kecintaan kepada negara dengan berlandaskan kefahaman, keadilan, keharmonian dan saling menghormati. Kepelbagaian ini juga mestilah berpaksikan semangat Perlembagaan yang telah dipersetujui bersama.

Memetik pandangan Crassy Morrison, kebudayaan mana pun yang tidak mempunyai landasan akidah dan agama, pasti akan hancur.

Cabaran dalam masyarakat majmuk amat banyak. Oleh itu, sifat bertolak-ansur antara kumpulan kaum sangat dituntut.

Pihak kerajaan juga perlu mencari strategi yang lebih kreatif untuk meningkatkan integrasi kaum di negara ini melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan keilmuan seperti seminar bahasa dan budaya merentasi kepelbagaian kaum.

PENULIS ialah pengamal media berkelulusan Ph.D Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140424/re_02/Bahasa-dan-budaya-jambatan-perpaduan#ixzz3Ed07pjez

(7)

Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia

Dr Rahmat Ghazali

Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’

sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara

persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.

Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam

(8)

penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.

Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara.

Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.

Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan ‘empatetik’ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita.

Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).

Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih

(9)

Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.

Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian.

Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan ‘Operasi Lalang’, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.

Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa ‘sedangkan lidah lagi tergigit’ apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.

Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan ‘adhoc’ iaitu mencegah perbalahan etnik daripada

mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.

(10)

perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.

Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya

menggunakan konsep ‘melting pot’ atau ‘acuan pelebur’ dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna,

teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep ‘acuan pelebur’ itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep ‘salad bowl’ atau ‘mangkuk sayur-mayur’ yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama.

Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu.

Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa

minoriti atas nama perpaduan kaum.

Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.

(11)

lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing.

Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa ‘Budaya Melayu harus

menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional’ (dipetik daripada Munro-Kua 1996).

Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, ‘Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India

sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival.

Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu ‘Bangsa Malaysia’ tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi.

Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa ‘kreol’ mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan.

(12)

sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.

Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah

kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.

Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep ‘mangkuk sayur-mayur’ seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina.

Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana dalam situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam

kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja. Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses

perpaduan kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan ‘mangkuk sayur-mayur’ Malaysia?

Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai ‘polis bahasa’. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan

tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.

(13)

http://www.slideshare.net/aliffmansor/buday

(14)
(15)

Referensi

Dokumen terkait

Kepada orang tua agar tetap melestarikan budaya macapat karena pembangunan dan pengembangan pembelajaran nilai-nilai kearifan lokal sebagai penguat karakter bangsa

Budaya maritim bangsa indonesia belum tumbuh kembali, baik ditataran masyarakat (Civil Society), maupun juga pada tataran pembuat kebijaksanaan. Hal ini menjadi