• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBANDINGAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR U

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERBANDINGAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR U"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016) “Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development”

Bandung, Indonesia.

31 October & 1 November 2016

PERBANDINGAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR

UNTUK TUJUAN UMUM DAN PEMBELAJARAN

DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

Fariza Khalid

a

, Md Yusoff Daud

a

, Mohd Khalid Mohamad Nasir

a

,

aFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Malaysia.

Abstrak

Penggunaan telefon bimbit kini tidak lagi semata-mata berfungsi sebagai alat berkomunikasi, malah dengan wujudnya telefon pintar yang menawarkan pelbagai aplikasi turut memberi manfaat dalam bidang pendidikan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pola penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti. Penggunaan tersebut dilihat dari dua perspektif; penggunaan umum dan penggunaan untuk pembelajaran. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data daripada 113 pelajar pra-siswazah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Bagi kategori penggunaan umum, min tertinggi dicatat bagi tujuan khidmat mesej seperti WhatsApp dan Telegram, diikuti rangkaian sosial (Facebook, Twitter), manakala min terendah adalah untuk emel dan mencari arah (Google maps, Waze). Untuk tujuan pembelajaran pula, penggunaan tertinggi dicatat untuk tujuan berkomunikasi dengan rakan pelajar, manakala min terendah adalah untuk tujuan menyemak markah peperiksaan. Kertas kerja ini turut mengupas perbezaan antara jantina dan program dari sudut penggunaan untuk tujuan umum dan pembelajaran di samping membincangkan isu-isu berkaitan potensi serta kelangsungan penggunaan telefon pintar dan aplikasi mudahalih untuk tujuan pembelajaran di insitusi pengajian tinggi.

Kata Kunci: m-pembelajaran; kemahiran Abad ke-21; pengajaran & pembelajaran; e-pembelajaran

1.Pendahuluan

(2)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 174

Kini, pemilikan telefon pintar telah menjadi sebahagian daripada keperluan dalam hidup seharian. Song et al (2013) melaporkan bahawa sebanyak 40% daripada rakyat Malaysia secara individu mempunyai lebih daripada dua telefon bimbit. Ciri mudah alih serta aplikasi yang sangat mirip kepada penggunaan komputer memudahkan pengguna mendapatkan sebarang akses maklumat samada yang formal atau tidak formal. Penggunaan untuk tujuan pembelajaran merupakan salah satu potensi telefon pintar. Hal ini sejajar dengan perkembangan semasa di mana semua maklumat dapat disalurkan dengan cepat, proses kolaborasi boleh berlaku secara pantas dalam talian, serta perkongsian maklumat merupakan satu bentuk pendekatan pembelajaran yang bermakna. Potensi ini juga menyebabkan proses pembelajaran berasaskan telefon pintar semakin pesat berkembang. Penggunaan telefon pintar juga pernah dilaporkan sebagai mempunyai hubungannya dengan faktor jantina seseorang. Misalnya, Jenaro et al. (2007) dan Kawasaki et al. 2006) menyifatkan penggunaan telefon pintar yang tinggi lebih banyak dikaitkan dengan pengguna wanita berbanding lelaki. Hal yang sama turut dilaporkan oleh Howell et al. (2008) dengan menegaskan bahawa selain tinggi tahap penggunaan telefon pintarnya, pengguna wanita turut menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap khidmat aplikasi mudahalih dalam telefon mereka.

Kajian-kajian yang telah dijalankan di beberapa negara menunjukkan perkembangan dan penerimaan yang positif dalam kalangan pengguna khususnya para pelajar universiti. Di United Kingdom misalnya Dayne, Wharrad & Watts (2012) melaporkan bahawa para pelajar menyokong penuh usaha penggunaan telefon pintar serta aplikasi mudah alih digunakan dalam pembelajaran. Hal ini banyak disokong oleh kebolehan telefon pintar untuk mengakses capaian Internet secara efektif menyebabkan ramai pengguna lebih gemar mencari dan mendapatkan maklumat menggunakan telefon pintar. Uys et al. (2012) melaporkan para pelajar dalam kajian mereka menghabiskan masa sebanyak 16 jam sehari secara purata untuk penggunaan telefon pintar. Walau bagaimanapun, kebanyakan masa ini digunakan untuk tujuan berinteraksi secara sosial bersama para rakan serta tiada data tentang penggunaan untuk pembelajaran dilaporkan.

Kajian oleh Park & Lee (2012) terhadap pelajar-pelajar universiti di Korea memberi satu tanda aras yang positif tentang bagaimana telefon pintar boleh digunakan secara berkesan dalam membantu meningkatkan pembelajaran pelajar. Park & Lee (2012) melaporkan bahawa secara purata, responden kajian mereka mempunyai sekitar 80 aplikasi mudahalih dalam telefon bimbit, manakala 16% daripada aplikasi tersebut digunakan secara langsung untuk tujuan pembelajaran. Namun demikian, secara keseluruhan, potensi sebenar aplikasi mudahalih dalam telefon pintar sebagai platform atau sumber pengayaan pembelajaran pelajar masih perlu diperkasakan. Hal ini turut dijelaskan oleh Alfawareh & Jusoh (2014) bahawa meskipun telefon pintar mempunyai banyak potensi untuk digunakan secara optimum untuk pembelajaran, namun tahap penggunaannya untuk tujuan ini masih pada tahap yang rendah (Alfawareh & Jusoh, 2014). Dapatan ini secara tidak langsung memberi ruang kepada penyelidikan yang lebih khusus dilaksanakan untuk memahami bagaimana pola penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti sekiranya lebih banyak aplikasi mudahahlih hendak dilaksanakan secara lebih proaktif dan menyeluruh di universiti atau institusi pengajian tinggi. Hal ini merupakan satu keperluan yang perlu diisi, justeru kajian Mohtar et al. (2013) membuktikan bahawa majoriti pelajar universiti dalam kajian mereka menunjukkan minat yang tinggi dalam penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran dan menganggap ia sebagai satu kemestian seiring dengan era perkembangan teknologi telefon masa kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti secara lebih mendalam ciri-ciri pengguna telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti, serta pola penggunaan aplikasi mudahalih sama ada untuk tujuan umum atau pembelajaran. Kajian ini turut meninjau sikap pelajar terhadap penggunaan aplikasi mudahalih untuk pembelajaran.

2.Metodologi

(3)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 175

tentang bagaimana responden menggunakan telefon pintar mereka untuk tujuan umum dan pembelajaran serta persepsi mereka terhadap penggunaan aplikasi telefon pintar di intitusi pengajian tinggi. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23 yang melibatkan analisis deskriptif, t-test, ANOVA serta korelasi.

Kajian ini disasarkan terhadap semua pelajar tahun pertama di Fakulti Pendidikan iaitu seramai 151 pelajar dan seramai 113 orang telah memulangkan soal selidik. Sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1, seramai 37 pelajar lelaki (32.7%) dan 76 pelajar perempuan (67.3%) telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dari sudut taburan program pula, 38 orang adalah daripada program Pendidikan Khas, 39 daripada program Sukan dan Rekreasi manakala selebihnya (n=36) adalah pelajar TESL.

Jadual 1: Jumlah responden kajian

Jantina N %

Lelaki 37 32.7

Perempuan 76 67.3

Program N %

Pendidikan Khas 38 33.6

Sukan dan Rekreasi 39 34.5

TESL 36 31.9

Jumlah 113 100.0

3.Dapatan kajian

3.1. Jenama telefon bimbit

Analisis yang dijalankan (Jadual 2) menunjukkan jumlah pengguna telefon bimbit tertinggi yang dimilik responden kajian adalah dari jenama Samsung (n=33, 29.2%) diikuti oleh iPhone (n=26, 23.0%). Namun demikian, terdapat juga responden yang menggunakan jenama lain seperti Sony, Oppo, HTC, Alcatel, Nokia dan lain-lain. Dapatan ini merupakan sesuatu yang dijangka kerana menurut The Star (2012), meskipun terdapat banyak jenama telefon bimbit di pasaran, namun dua jenama yang terkenal terdiri daripada iPhone dan Samsung, di mana menurut laporan ini juga, jenama Samsung semakin menguasai pasaran meninggalkan iPhone sebagai pesaing terdekat di belakang.

Jadual 2: Jenama telefon bimbit responden

Jenama n %

Samsung 33 29.2

iPhone 26 23.0

Nokia 1 .9

Oppo 11 9.7

Sony 8 7.1

HTC 2 1.8

Alcatel 1 .9

Lain-lain 31 27.4

Jumlah 113 100.0

(4)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 176

Kajian turut mengenalpasti bilangan aplikasi mudahalih pada telefon bimbit responden. Sebagaimana yang diringkaskan dalam Jadual 3, majoriti responden (n=32, 28.3%) mempunyai antara tujuh hingga sembilan aplikasi mudahalih diikuti seramai 28 orang (24.8%) mempunyai empat hingga enam aplikasi mudahalih. Seramai 25 (22.1%) responden mempunyai lebih daripada 13 aplikasi mudahalih manakala 5 (4.4%)

Hasil analisis terhadap tahap penggunaan telefon pintar (Jadual 4) menunjukkan majoriti pelajar (n=66, 58.4%) mengatakan yang mereka telah menggunakan telefon pintar lebih dari 2 tahun serta mempunyai lebih daripada 10 aplikasi mudahalih pada telefon pintar mereka. Golongan ini juga kadangkala memuatnaik lebih daripada 1 aplikasi mudahalih untuk fungsi yang sama untuk mereka membuat perbandingan. Penggunaan bagi tahap ini diintepretasikan sebagai pengguna yang maju. Tahap kedua tertinggi yang menjadi pilihan responden adalah pada tahap pertengahan (n=36, 31.9%). Pada tahap ini, responden telah menggunakan telefon pintar lebih daripada 6 bulan serta mempunyai sebilangan aplikasi mudahalih pada telefon pintar mereka (4 hingga 9 apps). Hanya 11 responden (9.7%) merupakan pengguna novis yang baharu menggunakan telefon pintar iaitu di bawah 6 bulan serta mempunyai bilangan aplikasi mudahalih yang sangat sedikit.

Jadual 4: Tahap penggunaan telefon pintar

Tahap penggunaan N % Interpretasi

Saya menggunakan telefon pintar kurang dari 6 bulan dan hanya

mempunyai beberapa apps (1 hingga 3) pada telefon saya 11 9.7

Novis

Saya menggunakan telefon pintar lebih dari 6 bulan dan mempunyai agak

banyak apps (4 hingga 9) yang sering saya gunakan 35 31.9

Pertengahan

Saya menggunakan telefon pintar lebih dari 2 tahun dan menggunakan pelbagai apps (lebih dari 10). Kadangkala saya memuatnaik lebih daripada 1 apss untuk fungsi yang sama utk membuat perbandingan

66 58.4

Advanced Maju

Saya pernah membangunkan mobile apps sendiri - - Mahir

(5)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 177

pola penggunaan telefon bimbit dalam kalangan responden yang lebih kepada tujuan sosialisasi dan perhubungan atau komunikasi. Penggunaan yang lain adalah untuk tujuan permainan (games) (M=3.84, S.P=9.11). Penggunaan yang agak rendah dicatat bagi tujuan khidmat pesanan ringkas (M=3.35, S.P=1.21). Min yang sama turut dicatatkan untuk tujuan membuat panggilan telefon (M=3.35, S.P=1.11) manakala untuk emel, min yang dicatat adalah sebanyak (M=3.34, S.P=0.96). Min terendah adalah bagi tujuan pencarian arah seperti Google Map atau Waze (M=2.71, S.P=0.99). Dapatan ini juga menunjukkan bahawa panggilan telefon serta emel bukanlah penggunaan yang paling kerap digunakan, sebaliknya pola penggunaan tertinggi lebih bertumpu kepada penggunaan aplikasi mudahalih untuk proses sosialisasi dan komunikasi. Responden juga didapati kurang menggunakan telefon untuk membuat panggilan. Hal ini mungkin disebabkan wujudnya banyak aplikasi mudahalih yang memberi ruang panggilan secara percuma atau hanya dengan talian Internet yang jauh lebih murah berbanding kos panggilan telefon menggunakan talian berbayar seperti Maxis, Celcom dan sebagainya.

Jadual 5: Pengguna telefon pintar untuk tujuan umum

Tujuan penggunaan Min S.P

Jaringan Sosial (Twitter, Facebook dll) 4.00 1.04

Membaca bahan (e-book/articles) 3.55 0.95

Beremel 3.34 0.96

Pesanan ringkas (SMS) 3.35 1.21

Membuat panggilan 3.35 1.11

Khidmat mesej (Whatsapps, WeChat dll) 4.46 0.80

Pencarian maklumat (Google Search dll) 4.00 0.94

Pencarian arah (Google maps, waze dll) 2.71 0.99

Bermain games 3.84 9.11

Mendengar muzik, radio dll 3.71 1.14

Menonton video (YouTube dll) 3.59 1.16

Selain untuk tujuan umum, kajian ini turut mengenalpasti penggunaan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran. Hasil analisis yang dijalankan sepertimana dalam Jadual 6 menunjukkan pola kekerapan penggunaan tertinggi bertumpu kepada penggunaan untuk tujuan berkomunikasi dengan rakan pelajar (M= 3.81, S.P=0.940, diikuti oleh pencarian bahan berkaitan kursus (M=3.76, S.P=1.08), mendapatkan nota kursus (M=3.65, S.P=1.02) dan membaca bahan yang dikongsi oleh pensyarah (M=3.60, S.P=0.95). Walau bagaimanapun, beberapa tujuan mencatatkan nilai skor min agak rendah iaitu untuk tujuan menyemak markah (M=3.10, S.P=1.10) dan bertanya soalan kepada pensyarah (M=3.15, S.P=0.94).

Jadual 6: Pengguna telefon pintar untuk tujuan pembelajaran

Penggunaan mobile untuk tujuan pembelajaran Min S.P

Merujuk jadual kursus/proforma 3.28 1.02

Menyemak markah semasa 3.10 1.10

Menyemak makluman terkini kursus 3.58 0.91

Berkomunikasi dengan rakan pelajar 3.81 0.94

Membaca bahan bacaan yang dikongsi pensyarah/rakan 3.60 0.95

Perbincangan maya 3.48 0.93

Bertanya soalan kepada pensyarah 3.15 0.94

Berkongsi bahan/rujukan dengan rakan 3.47 1.01

Menonton video yang dikongsi pensyarah 3.24 1.01

Mendapatkan nota kursus 3.65 1.02

Menghantar tugasan kursus kepada pensyarah 3.50 1.11

Mengambil bahagian dalam kuiz 3.35 1.02

(6)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 178

3.1.1. Persepsi pelajar tentang penggunaan telefon pintar dalam pengajaran dan pembelajaran

Selain melihat pola penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum dan pembelajaran, kajian ini turut mendapatkan data berkaitan pandangan pelajar tentang penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 7, responden menunjukkan persetujuan yang tinggi terhadap

penyataan bahawa ‘Pensyarah harus lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk pembelajaran’ (M=4.22,

S.P=0.91). Min yang tinggi juga dicatat untuk penyataan ‘Pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan

jika pensyarah mengintegrasikan penggunaan telefon pintar dalam aktiviti pembelajaran’ (M=4.03, S.P=.96).

Penggunaan telefon pintar sebagai sebahagian daripada alat mempermudah pembelajaran turut dilihat oleh responden sebagai mampu menarik minat pelajar untuk meneroka topik yang dipelajari dengan lebih mendalam (M=3.84, S.P=.7763). Di samping itu, responden juga menunjukkan sikap yang positif terhadap kepentingan pembelajaran melalui telefon pintar sesuai dengan perkembangan di abad ke-21 ini. Ini dapat

dilihat dalam penyataan ‘Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang penting dilakukan dalam era sekarang’ (M=3.80, S.P=.83).

Jadual 7: Persepsi pelajar tentang penggunaan telefon pintar untuk pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan telefon bimbit untuk P&P Min S.P

Pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan jika pensyarah

mengintegrasikan penggunaan telefon pintar dalam aktiviti pembelajaran 4.03 0.96 Pensyarah harus lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk pembelajaran 4.22 0.91 Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang mudah 3.69 0.86 Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang penting

dilakukan dalam era sekarang 3.80 0.83

Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang mampu

meningkatkan kefahaman dan pembelajaran pelajar 3.66 0.84

Penggunaan telefon pintar mampu menarik minat pelajar untuk meneroka topik

yang dipelajari dengan lebih mendalam 3.84 0.76

Fakulti harus menyediakan kursus pembangunan mobile app untuk para pelajar 3.93 0.78

3.1.2. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan jantina

Analisis ujian-t telah dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari sudut penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum. Secara deskriptif (Jadual 8), pelajar perempuan menunjukkan min penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum yang lebih tinggi (M=4.02, S.P=1.28) berbanding pelajar lelaki (M=3.89, S.P=0.75). Walau bagaimanapun, hasil ujian-t tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kedua kumpulan jantina ini dalam penggunaan untuk tujuan umum, t (-.572) = .569 , p <.05 sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 10. Oleh itu, hipotesis pertama untuk kajian ini gagal ditolak.

Jadual 8: Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan jantina

Jantina

3.1.3. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan jantina

(7)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 179

pelajar perempuan menunjukkan min penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran yang lebih tinggi (M=4.48, S.P=1.04) berbanding pelajar lelaki (M=4.46, S.P=0.91). Walau bagaimanapun, hasil ujian-t tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kedua kumpulan jantina ini dalam penggunaan untuk tujuan umum, t(-.575) = .941 , p<.05. Oleh itu, hipotesis kedua untuk kajian ini gagal ditolak.

Jadual 9: Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan jantina

Jantina Lelaki

(n= 37)

Perempuan (n=75)

Min S.P Min S.P t Sig.

(2-tailed) Penggunaan telefon pintar

untuk tujuan pembelajaran 4.46 0.91 4.48 1.04 -.575 .941

3.1.4. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan progra m

Responden kajian ini terdiri daripada para pelajar tahun pertama di Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada tiga program – TESL, Pendidikan Khas dan Sukan & Rekreasi. Secara deskriptif (Jadual 10), min penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran dicatat oleh kumpulan pelajar dari program Pendidikan Khas (M=4.10, S.P=1.74), diikuti oleh pelajar program TESL (M=3.92, S.P=0.57) manakala pelajar program Sukan & Rekreasi menunjukkan min terendah (M=3.92, S.P=0.57). Hasil ujian ANOVA (Jadual 11) pula mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan dalam tahap penggunaan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran, F (2,109) = .718, p<.05.

Jadual 10: Min penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan program

Program n M S.P

Pendidikan Khas 38 4.10 17.44

Sukan dan Rekreasi 38 3.91 6.38

TESL 36 3.92 5.73

Jumlah 112

Jadual 11: Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan program

Jumlah kuasa dua dk Min kuasa dua F Sig.

Antara kumpulan 84.99 2 42.49 .33 .718

Dalam kumpulan 13918.06 109 127.68

Total 14003.06 111

3.1.5. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan program

(8)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 180

Jadual 12: Min penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan program

Program n M S.P

Pendidikan Khas 38 4.39 10.50

Sukan dan Rekreasi 39 4.70 9.30

TESL 35 4.32 10.14

Jumlah 112

Jadual 13: Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan program

Jumlah kuasa dua dk Min kuasa dua F Sig.

Antara kumpulan 312.08 2 156.04 1.56 .214

Dalam kumpulan 10869.33 109 99.71

Total 11181.42 111

3.1.6. Hubungan antara penggunaan untuk tujuan umum dan pembelajaran

Analisis seterusnya dijalankan menggunakan korelasi Pearson yang bertujuan mengenalpasti hubungan antara tahap pengggunaan telefon pintar untuk tujuan umum dengan tujuan pembelajaran. Sebagaimana yang dipaparkan dalam Jadual 14, didapati terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana antara tahap penggunaan telefon pintar dalam kalangan repsonden untuk kedua-dua tujuan, r = 0.338, p <.05. Dapatan ini secara tidak langsung memberi gambaran tentang perkaitan antara peningkatan tempoh masa yang diperuntukkan untuk penggunaan telefon untuk tujuan umum dan pembelajaran.

Jadual 14: Hubungan antara penggunaan untuk tujuan umum dan pembelajaran

Penggunaan untuk tujuan pembelajaran Penggunaan untuk tujuan

umum

Pearson Correlation .338**

Sig. (2-tailed) .000

** p< 0.01 (2-tailed)

4.Perbincangan dan kesimpulan

Kajian ini bertujuan meneliti pola penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti serta persepsi mereka terhadap penggunaan aplikasi mudahalih untuk tujuan pembelajaran. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan majoriti pelajar adalah pengguna kepada telefon pintar serta mempunyai jumlah aplikasi mudahalih melebihi 10 aplikasi. Selain itu, lebih separuh responden berada pada tahap penggunaan yang maju di mana mereka bukan sahaja memuat turun aplikasi untuk digunakan, malahan turut membuat perbandingan antara aplikasi untuk memilih yang terbaik.

(9)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 181

Kajian ini turut mengenalpasti pola penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran yang lebih cenderung kepada proses komunikasi dan interaksi antara pelajar. Hal ini bukanlah satu dapatan yang memeranjatkan. Seiring dengan perkembangan dalam Abad ke-21, pembelajaran banyak dibangunkan menerusi perbincangan serta perkongsian idea dan dapat ini memberi isyarat kepada tahap kesediaan para pelajar terhadap penggunaan bahan mudahalih untuk perkongsian ilmu dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kuliah dan syarahan daripada pensyarah (Khalid, 2014; Daud & Khalid, 2014). Ruang sebegini seharusnya diambil kesempatan oleh para pensyarah untuk terus bersikap proaktif untuk menyumbang idea dan tenaga dalam penglahiran lebih banyak aplikasi mudahalih untuk tujuan pembelajaran melalui proses perkongsian idea serta pembentukan komuniti pembelajaran. Hal ini wajar diteruskan berikutan dapatan kajian ini yang menyingkap sikap pelajar yang positif dan sokongan mereka terhadap penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran.

Faktor jantina dilihat tidak mempengaruhi tahap penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar yang terlibat dengan kajian ini, seperti mana juga faktor program yang tidak berbeza secara signifikan terhadap penggunaan telefon pintar sama ada untuk tujuan umum atau pembelajaran. Dapatan ini dilihat berbeza dengan dapatan-dapatan lepas (Kawasaki et al. 2006; Jenaro et al. 2007; Howell et al., 2008) yang menonjolkan faktor jantina sebagai pembolehubah dalam perbezaan cara penggunaan telefon pintar. Namun demikian, kekerapan atau tempoh penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran dilihat mempunyai hubungannya dengan penggunaan secara umum. Hal ini membuktikan bahawa di sana potensi untuk memanfaatkan aplikasi mudahalih untuk pembelajaran adalah besar.

Dapatan ini walau bagaimanapun, harus diteliti dengan lebih mendalam. Misalnya, sejauhmanakah pihak fakulti atau universiti yang hendak melaksanakan penggunaan aplikasi mudahalih untuk pembelajaran dapat memberi sokongan kepada segelintir pelajar yang tidak mempunyai telefon pintar. Konsep membawa sendiri peralatan atau Bring Your Own Device (BYOD) perlu diperhalusi kerana hakikatnya di luar sana masih wujud segolongan pelajar yang masih tidak mampu untuk memilik telefon pintar (Bowen & Pistili, 2012). Hal ini tentu sekali menghasilkan keadaan pemelajaran yang tidak harmoni.

Berkait dengan sokongan dan fasiliti juga, pihak pelaksana khususnya fakulti atau universiti harus mempertimbangkan tentang capaian Internet khususnya di sekitar kampus sekiranya pendekatan aplikasi mudahalih hendak dioptimumkan penggunaannya. Hal ini kerana, antara faktor penting dalam memastikan penggunaan sesuatu inovasi dalam P&P adalah wujudnya fasiliti (Ely, 1990; Khalid et al, 2009). Selain daripada itu, keperluan lain yang perlu diberi perhatian adalah terhadap kapasiti pensyarah atau tenaga pengajar dalam membangunkan aplikasi mudahalih itu sendiri. Tanpa tenaga mahir untuk membangunkan aplikasi yang efektif serta pengetahuan berkaitan isu reka bentuk dan teori pembelajaran, hasrat untuk memperkasa pembelajaran melalui aplikasi mudahalih akan terbantut. Sehubungan itu, usaha yang lebih proaktif perlu diambil oleh mana-mana institusi yang ingin melihat aplikasi sebegini diketengahkan secara meluas untuk mengambil langkah persediaan yang lebih mapan agar hasrat untuk mengetengahkan pendekatan aplikasi mudahalih ini dapat dicapai dengan berkesan.

Rujukan

Al-Barashdi, H. S., Buoazza, A., & Jabur, N. H. (2015). Samrtphone addiction among university undergraduates: A literature review. Journal of Scientific Research & Reports, 4(3), 210-225.

Alfawareh, H. M., & Jusoh, S. (2014). Smartphones Usage Among University Students: Najran University Case. International Journal Of Academic Research, 6(2), 321-326.

Bowen, K. & Pistili, M. D. (2012). Student preferences for mobile app usage, EDUCAUSE Centre for Applied Research. Diakses daripada: https://net.educause.edu/ir/library/pdf/erb1210.pdf

Daud, M. D. & Khalid, F. (2014). Nurturing the 21st Century Skills among Undergraduate Students through The Application and Development of Weblog. International Education Studies, 7 (13), 123-129.

Ely, D. P. (1990). Conditions that facilitate the implementation of educational technology innovations. Journal of Research on Computing in Education, 23(2), 298-306.

Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Aidah Abdul Karim. (2015). Pemilihan Aplikasi Teknologi sebagai Medium Perkongsian Maklumat oleh Pelajar Siswazah Universiti. The ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015, 7-8 Oktober 2015. Hong, F. Y., Chiu, S, I., Huang, D.H. (2012). A model of the relationship between psychological characteristics, mobile phone addiction

(10)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 182

Howell, M., Love, S., Turner, M. (2008). User characteristics and performance with automated mobile phone systems. International Journal of Mobile Communications, 6(1):1-15.

Jenaro, C. N., Flores, M, Gómez-Vela, F., González, G., & Caballo, C. (2007). Problematic internet and cell-phone use: Psychological, behavioral, and health correlates. Addiction Research and Theory, 15(3), 309–20.

Kawasaki, N., Tanei, S., & Ogata, F. (2006). Survey on cellular phone usage on students in Thailand. Journal of Physiological Anthropology, 25(6), 377–382.

Khalid, F. (2014). Students' Views on the Use of e-Portfolio and Support Given to Promote Their Computer Learning for Educational Purposes. Recent Advance in Telecommunications, Informatics and Educational Technologies. 54-59.

Khalid, F., Nawawi, M., & Roslan, S. (2009). Integration of ICT in Malaysian secondary schools: What conditions will facilitate its use? The International Journal of Learning, 15 (12), 85-93.

Lay-Yee , K. L., Kok-Siew, H., Chan Yin-Fah, B. (2013). Factors affecting smartphone purchase decision among Malaysia Generation Y. International Journal of Asian Social Science, 2013, 3(12): 2426-2440.

Mohtar, N.M. M. , Hassan, M. A., Hassan, M. S., & Osman, M. N. (2013) The Importance of Smartphone’s Usage Among Malaysian, Journal Of Humanities and Social Science, 15(9), 491-497.

Park, N. & Lee, H. (2012). Social Implications of Smartphone Use: Korean College Students' Smartphone Use and Psychological Well-Being. CyberPsychology, Behavior & Social Networking,15(9), 491-497.

Song, H. S. Y., Murphy, A., & Farley, H. (2013). Mobile devisces for learning in Malaysia: Then and now. Prosiding 30th Ascilite Conference, 1-4 Disember 2013.

The Star. (2012). Smartphone’s’ share of mobile phone markets to hit 35% [Online]. Diakses dari:

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?sec=business&file=/2012/9/13/business/20120913154248 Uys, W. A.. Mia, G.J..Jansen, H.V., Schyff, M.A., Khusu, M., Gierdien, M., Luekes, N.A.,

Referensi

Dokumen terkait

Dari uraian diatas dapat diambil kesimpulan bahwa dalam Evaluasi Program Sekolah Lapangan Pengendalian Hama Terpadu (SLPHT) di Desa Duri Wetan Kecamatan Maduran Kabupaten Lamongan

Menurut Mulyana (2005:75) komunikasi massa (mass communication) adalah komunikasi yang menggunakan media massa, baik cetak (surat kabar, majalah) atau elektronik

Marga Mandalasakti, penulis ingin mengetahui terkait bagaimana caranya divisi Pengembangan SDM yang ada disana dalam melaksanakan program analisa Jabatan dan

Kegiatan yang dirancang dalam LKS ini diawali dengan artikel terkait dengan materi yang akan diajarkan, dengan tujuan untuk memberikan motivasi dan daya tarik pada

Untuk memastikan bahwa tubuh Anda memanfaatkan ini untuk yang terbaik dari kemampuannya VEMMA juga menyediakan nutrisi pelengkap yang dibutuhkan oleh tubuh seperti vitamin

Departemen Pertanian berupaya melakukan percepatan pembangunan pertanian antara lain ditempuh melalui Revitalisasi Penyuluhan Pertanian dengan kebijakan 1 (satu) desa

dalam mem-format halaman, format tersebut dapat kita ganti dengan.. cara klik kanan pada nama page styles yang akan diganti kemudian.