• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rahsia Amalan. Jutawan Arab. Rafiq Hasrudin. Facebook Instagram Blog Youtube Shop

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rahsia Amalan. Jutawan Arab. Rafiq Hasrudin. Facebook Instagram Blog Youtube Shop"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Rahsia

Amalan

Jutawan Arab

Rafiq Hasrudin

www.JayaSunnah.Com

(2)

Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 3

2 PENGENALAN JAYASUNNAH 4

3 SEDEKAH SUBUH 5

4 LAFAZ AKAD JUAL DAN BELI 6

5 BERSELAWAT 6

6 MEMBACA AYAT DARI SURAH AL-FATIHAH 7

7 MENCARI KEBERKATAN 8

8 MENJAGA SOLAT 9

9 MEMAHAMI MUAMALAT YANG BETUL 9

10 TIDAK MEMBAZIR 10

11 MELAKUKAN SESUATU JUJUR DAN AMANAH 10

12 IKHLAS KERANA ALLAH. 11

13 BERSYUKUR 11

14 PENGENALAN JAYASUNNAH 13

(3)

Memperkenalkan Laman Jualan

Online

Jaya Sunnah

www.jayasunnah.com

Kupon 50%

untuk setiap produk!

Guna kupon ini:

jayasunnah50

*Kupon promosi khas untuk pembelian

pertama.

(4)

Pendahuluan

Syukur Alhamdulillah sekitar Januari 2020 satu perkongsian tentang Rahsia Amalan Jutawan Arab telah selesai dijalankan.

Tujuan utama ebook ini adalah untuk berkongsi apakah rahsia jutawan Arab yang dapat kita praktikkan bersama.

Jadi .pdf yang anda telah download ini adalah untuk memberi gambaran tentang apakah rahsia yang menyebabkan jutawan Arab berjaya bukan sahaja di dunia malah berjaya di akhirat.

Akhir ucapan saya persembahkan Rahsia Amalan Jutawan Arab.

Saya sangat menghargai anda yang telah mendapatkan perkongsian ini. Semoga perkongsian ini menjadi suatu yang sangat bermakna buat anda.

Muhammad Rafiq Bin Hasrudin Januari 2020

(5)

RAHSIA AMALAN JUTAWAN ARAB

Ada seorang hamba Allah pesan kepada saya, “Kita jangan sibuk sangat mencari rezeki.

Sebab rezeki semua dah ditetapkan. Tapi kita pergi kutip rezeki!”

Sekuat mana pun kita bekerja, jika rezeki sebanyak itu yang telah ditetapkan oleh Allah itulah yang akan kita peroleh. Tetapi ini bukan bermakna kita perlu bekerja sambil lewa. Sebaliknya kita perlu bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.

"Pertolongan Allah selalunya datang di saat-saat akhir. Pada masa tu, baru kita nampak kebesaran Allah SWT."

Anda pasti pernah melalui satu keadaan yang sangat sempit sehingga sampai satu tahap anda buntu tidak menemui jalan.

Akhirnya datang bantuan Allah secara tidak disangka-sangka. Pada waktu itulah kita rasa terlalu bersyukur dan terharu dengan pemberian Allah.

Sebagaimana kisah para sahabat zaman Nabi SAW. Beberapa orang sahabat pergi berperang dan ketandusan makanan. Mereka menyembelih unta-unta tunggangan mereka. Sehingga tiada apa-apa lagi yang boleh dijadikan hidangan.

Sampai satu tahap sahabat hanya makan daun-daun kering yang dicicah air. Menyebabkan mulut-mulut mereka luka kerana makan daun tersebut.

Pada waktu itulah datang pertolongan Allah SWT. Allah hantar seekor ikan yang sangat besar yang dipanggil ikan Ambar. Keluasan mata ikan tersebut setinggi seekor unta. Bayangkan betapa besarnya ikan tersebut. Mereka telah makan sehingga 18 hari ikan itu dan membawa pulang selebihnya pulang ke Madinah.

Begitulah pertolongan Allah disaat akhir. Allah pasti akan membantu orang yang sentiasa bersabar.

(6)

11 RAHSIA AMALAN JUTAWAN ARAB

Dalam ebook ini, saya kongsikan 11 amalan para jutawan Arab. Ada beberapa amalan yang boleh kita jadikan panduan sebagaimana ajaran nabi SAW. Amalan-amalan ini menyebabkan kita menjadi orang yang bahagia di dunia dan di akhirat.

AMALAN 1: SEDEKAH SUBUH

Sedekah merupakan senjata yang kuat untuk mendapatkan rezeki yang mencurah-curah. Sedekah merupakan amalan yang dikurniakan khas untuk orang Islam bagi menambahkan rezeki mereka.

Berbeza dengan orang bukan Islam. Mereka mengatakan dengan riba dapat menambah kekayaan. Sebaliknya bagi orang Islam, Allah perintahkan dengan bersedekah harta kita akan bertambah. Dan sudah pastilah apa yang dijanjikan Allah itu yang berlaku.

Amalan bersedekah pada waktu Subuh. Amalan yang cukup hebat dan telah dibuktikan oleh guru saya.

Cara untuk bersedekah ialah seperti berikut:

(Waktu bersedekah ialah SEMASA WAKTU SUBUH.) 1. Sediakan tabung khas untuk SEDEKAH SUBUH

2. Selepas solat subuh, MASUKKAN DUIT sebanyak mungkin yang kita mampu

3. Cara niat sebelum masuk duit,”Niatkan apa sahaja seperti ingin melangsaikan hutang,

menyelesaikan masalah, dipermudahkan urusan dan lain-lain” dan masukkan duit

LILLAHITA’ALA.

4. Keesokannya buat perkara yang sama.

5. Lakukan ISIQAMAH seumur hidup. (jika wanita tidak dapat solat, tetap bangun waktu subuh untuk lakukan sedekah subuh ini)

6. Setiap 7 hari atau sebulan, duit dalam tabung kita terus sedekah kepada ANAK YATIM PIATU/ASNAF. Jika tidak boleh, terus sedekah kepada masjid atau sewaktu dengannya.

(7)

Yang belum pernah cuba, cuba buat. In shaa Allah perubahan besar akan berlaku dalam hidup anda.

AMALAN 2: LAFAZ AKAD JUAL DAN BELI

Lafaz akad ialah semasa kita melakukan urusan jual beli dengan seseorang. Pada pendapat sesetengah ulama, lafaz akad adalah wajib untuk menjadikan jualan itu sah.

Lafaz akad yang biasa kita sebut adalah seperti ini:

“Saya jual sekian barang dengan harga..” atau “Saya beli sekian barang dengan harga..”

Cuba kita ubah sedikit lafaz jual beli,

“Saya jual barang sebanyak harga dan minta halal kerana Allah Ta’ala.” dan “Saya beli

barang sebanyak harga dan minta halal kerana Allah Ta’ala”

Cara lafaz akad yang lebih lengkap sepertimana diajarkan guru saya. Lafaz akad jual beli di akhir ayat ditambah kerana Allah.. Lillahi Taala..

Contoh:

“Saya jual barang sebanyak harga kepada akak kerana Allah lillahi Taala.”

Lafaz ini mungkin agak ganjil bagi orang yang kurang biasa. In shaa Allah akan jadi mudah jika kita sudah biasa mengamalkannya.

AMALAN 3: BERSELAWAT

Amalan selawat ialah amalan dahsyat. Ia amalan ajaib.

Amalan yang dapat menarik rezeki kita ialah dengan memperbanyakkan selawat.

Selawat boleh dilakukan tidak kira masa, tanpa had bilangan, dan di mana-mana sahaja. Inilah keistimewaan selawat.

(8)

Kita boleh melakukannya ketika melakukan kerja-kerja harian. Jika tiada amalan lain yang kita lakukan seperti baca Al-Quran, berzikir, dan berisitghfar, kita boleh berselawat sebanyak-banyaknya.

Ada Ulama menganjurkan supaya kita berselawat jika kita mempunyai hajat atau cita-cita yang tidak tertunai. Berkat selawat tersebut, Allah akan menghilangkan, kesedihan, dan kesukaran kita.

Dengan selawat juga, Allah akan meluaskan rezeki kita dan menyempurnakan segala hajat kita.

Dikatakan ada satu malaikat khas yang ditugaskan untuk menjaga maqam Nabi, jika

seseorang berselawat kepada Nabi, malaikat tersebut akan menyampaikan bahawa si fulan yang bernama sekian-sekian telah berselawat kepada Baginda SAW.

Orang yang banyak berselawat akan berada berhampiran dengan nabi di akhirat kelak. Allahuakbar. Beruntunglah mereka yang diberi taufik untuk sentiasa berselawat kepada Baginda SAW.

Mudah-mudahan Allah akan memberi rezeki berganda-ganda kepada orang yang banyak berselawat kepada Baginda SAW.

AMALAN 4: MEMBACA AYAT DARI SURAH AL-FATIHAH

Mengamalkan satu ayat dari Surah Al-Fatihah juga dapat menarik rezeki kita.

Surah Al-Fātiḥah ayat 5:

(Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.)

Kaedah amalan oleh guru saya:

1. Baca selepas solat waktu. Selepas salam sebelum bangun untuk urusan dunia... terus sujud dan baca ayat tersebut.

(9)

2. Bibir sebut ayat, hati besar ucapkan makna ayat dan hati kecil memohon apa sahaja kemahuan, kesusahan, ujian yang kita mahu selesaikan.

Minimum 1x. Allah suka yang ganjil jadi sebaiknya bilangan ganjil sebanyak mana yang kita mahu.

3. Selepas itu bangun dari sujud akhiri dgn doa ringkas.

4. Selesai dan boleh teruskan dengan kerja2 harian seperti biasa.

AMALAN 5: MENCARI KEBERKATAN

Mana Lebih Baik? Banyak Atau Berkat?

Ramai antara kita yang asyik fikir bagaimana nak tambah pendapatan. Tetapi berapa ramai yang fikir untuk tambah keberkatan dalam mencari pendapatan dia?

Keberkatan satu perkara yang sangat penting dalam urusan pendapatan kita. Dengan keberkatan inilah harta kita akan sentiasa cukup.

Walau kita ada harta satu dunia sekalipun, jika tiada keberkatan pasti tetap tidak mencukupi. Oleh itu penting untuk kita mencari keberkatan dalam harta kita.

Antara cara yang boleh kita lakukan ialah dengan mengenal pasti cara untuk mendapatkan keberkatan.

Mengenalpasti Sumber Pendapatan Kita. Adakah sumber pendapatan kita dari sumber yang halal? Dari mana datangnya setiap duit yang masuk ke dalam poket kita. Dan kemana duit itu dibelanjakan juga perlu kita ambil perhatian.

Memahami Kehendak Allah Dalam Harta. Allah memberi kita harta supaya kita dapat menggunakannya dengan baik. Jika kita menggunakan harta untuk bersedekah dan membantu manusia lain, pasti harta kita akan sentiasa terpelihara.

Ini antara panduan yang boleh diamalkan untuk mendapat keberkatan dalam rezeki kita. Banyak lagi cara kita boleh dapat jika kita meneliti dengan lebih mendalam.

(10)

AMALAN 6: MENJAGA SOLAT

Menjaga solat 5 waktu adalah amalan yang paling penting untuk menarik rezeki. Rezeki yang halal dan berkat pastilah menjadi target utama kita.

Dengan perantaraan solat, sahabat-sahabat Nabi SAW dapat menyempurnakan hajat mereka. Sebagai contoh, sorang sahabat Anas Bin Malik bersolat kerana di kebunnya tiada akhir. Asbab solat beliau, Allah turunkan hujan dalam kebun beliau sahaja.

Banyak lagi kisah sahabat yang ajaib tentang solat mereka. Jika kita juga dapat mengikuti jejak langkah mereka, pasti kita akan Bahagia.

Menjaga Solat. Antara kelebihan orang yang menjaga solat ialah Allah SWT akan

menghilangkan dirinya dari kesempitan dunia. Oleh itu, kita wajib menjaga solat dengan sebaik-baiknya. Solat yang paling afdal ialah di masjid bagi lelaki. Dan di rumah bagi wanita.

AMALAN 7: MEMAHAMI MUAMALAT YANG BETUL

Dalam kepayahan kita mendapatkan harta, kita juga harus meneliti bagaimana kaedah yang betul untuk berurusan. Sebagai contoh, jika kita seorang peniaga, adakah produk yang kita jual benar-benar halal?

Barangan yang kita jual mesti benar-benar sah. Tiada ada keraguan. Produk yang jelas. Dan bermacam lagi syarat lain.

Bab hutang pula, adakah kita jelas dengan hutang yang kita lakukan.

Banyak lagi muamalat yang perlu dipelajari dalam jual beli. Perkara ini haruslah kita merujuk ulama yang mahir dalam bidang jual beli terutama bab muamalat.

(11)

AMALAN 8: TIDAK MEMBAZIR

Harta yang ada harus digunakan Sebaik-baiknya. Rancang perbelanjaan kita secara

terperinci untuk mengelakkan kita daripada membazir. Pembaziran hanya akan merugikan diri kita sendiri.

Allah SWT berfirman,” Orang yang membazir itu ialah saudara syaitan.”

Membazir ini merupakan amalan syaitan yang dikeji. Kita harus berhati-hati dalam

pengurusan harta dan masa kita. Masa kita juga jangan dibazirkan dengan perkara yang sia-sia. Setiap saat dalam kehidupan kita sebagai muslim harus digunakan sebaik-baiknya untk beribadat kepada Allah SWT.

Sebagai contoh, jika kita tidak mempunyai pekerjaan di pejabat. Kita boleh mengisi masa dengan berselawat dan bertasbih.

AMALAN 9: MELAKUKAN SESUATU JUJUR DAN AMANAH

Jujur dan amanah dalam pekerjaan merupakan sikap yang mulia. Sangat penting kita memelihara amanah kerana amanah ini akan ditanya di akhirat nanti.

Setiap urusan yang kita lakukan mestilah dalam bersikap jujur. Dengan kejujuran, manusia akan mudah percaya kepada kita dan sentiasa ingin berurusan dengan kita. Kita seolah-olah dapat kepercayaan yang berterusan apabila bersikap jujur.

Sebagai seorang bapa, seorang anak, seorang peniaga, dan seorang pekerja. Semua kita ada amanah yang kita akan dipertanggungjawabkan.

Sebagai seorang pekerja, amanah kita ialah menjaga masa kerja yang diberikan kepada kita. Setiap waktu kerja kita harus bekerja dengan bersungguh-sungguh tanpa melakukan kerja

“peribadi”kita.

Jika kita menunaikan amanah ini bersungguh-sungguh, pasti Allah memberkati setiap rezeki yang diberikan olehNya kepada kita. Walau banyak tidak membazir, jika sedikit mencukupi.

(12)

AMALAN 10: IKHLAS KERANA ALLAH.

Melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah. Pernah guru saya berpesan. Bangun pagi, kita niatkan mahu melakukan pekerjaan ikhlas kerana Allah SWT.

Dengan niat sebegini, setiap urusan kita akan menjadi mudah. Kerana kita melakukan sesuatu keranaNya. Jika ada masalah yang datang kepada kita, kita tidak akan berasa susah hati dan bimbang. Allah akan memberi ketenangan kepada orang ikhlas bekerja keranaNya.

Maka setiap saat kita perlu periksa niat sebelum, semasa, dan selepas setiap amalan kita. Adakah kita ikhlas kerana Allah? Jika tidak ikhlas, cepat-cepat kita istighfar dan

mengucapkan “lahaula walaquwwata illa billah.”

Cara ini dapat memperbaiki semula niat kita yang telah rosak.

Sudah pasti orang yang ikhlas, rezekinya sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT.

AMALAN 11: BERSYUKUR

Allah akan menambahkan nikmat bagi mereka yang bersyukur. Orang yang sentiasa bersyukur akan sentiasa rasa cukup di atas segala yang telah diberikan oleh Allah SWT. Syukur adalah senjata yang kuat untuk menghilangkan sifat cintakan dunia.

Ada suatu kisah seorang yang tidak mempunyai harta, apabila disuruh bersyukur dia

mengatakan,”Bagaimana aku mahu bersyukur? Aku tidak memiliki itu dan ini..”Maka apa

yang terjadi, Allah tidak menambahkannya harta.

Seorang lagi seorang yang mempunyai banyak harta, apabila disuruh jangan bersyukur dia

mengatakan, “Bagaimana aku tidak bersyukur, Allah telah memberikan sekian sekian harta”.

(13)

Jadi begitulah pentingnya kita bersyukur dalam setiap nikmat yang Allah berikan. Cuba kita lihat diri kita, mata dapat melihat, telinga dapat mendengar, mulut dapat bercakap. Ini semua nikmat dari Allah.

Jika kita lihat orang yang lebih kurang dan miskin dari kita, pasti mudah untuk kita

melahirkan rasa syukur. Jangan kita memandang orang yang lebih tinggi dari kita, dikhuatiri akan menghilangkan sifat syukur dari diri kita.

(14)

Memperkenalkan Laman Jualan

Online

Jaya Sunnah

www.jayasunnah.com

Kupon 50%

untuk setiap produk!

Guna kupon ini:

jayasunnah50

*Kupon promosi khas untuk pembelian

pertama.

(15)

PENUTUP

Syukur Alhamdulillah, Ebook Rahsia Amalan Jutawan Arab ini berjaya disempurnakan. Terima kasih & Tahniah kepada anda kerana telah membaca rahsia amalan jutawan Arab. Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua. Saya juga

mendoakan kita semua akan diberikan rezeki yang diberkati oleh Allah SWT dan menjadi penyebab segala rezeki kita akan diberikan ganjaran pahala dan ditempatkan kita semua di dalam syurga bersama para nabi dan sahabat. Aminnn.

Sekian, terima kasih.

Rafiq Hasrudin

www.JayaSunnah.Com

Referensi

Dokumen terkait

Khususnya pada program jangka menengah (Tahun 2014), dalam implementasinya, berbagai rencana kegiatan pembangunan perkebunan tersebut dioperasionalkan dalam beberapa

Ucapan terimakasih juga disampaikan kepada seluruh Dewan Editor yang telah membantu dalam seleksi, penilaian dan peningkatan mutu makalah untuk bisa dipublikasikan dalam

Rosady Ruslan menyatakan Public Relations merupakan “fungsi manajemen untuk mencapai target tertentu yang sebelumnya harus mempunyai program kerja yang jelas dan

Majelis Jemaat GKI Gunung Sahari mengucapkan terima kasih atas partisipasi jemaat baik dalam bentuk doa, pemikiran, tenaga, dan dana yang disalurkan melalui Kelker Sadana,

Tersangka kemudian mengajukan permohonan pra-peradilan di pengadilan negeri Jakarta Selatan. Perkara ini kemudian diregister dengan perkara nomor 4

- Untuk indikator ini belum dapat direalisasikan sehingga capaian kinerjanya 0%, karena proses rekomendasi untuk menjadi kebijakan harus menjalani beberapa tahapan yakni :

Manusia adalah khalifah di muka bumi, Islam memandang bumi dan beserta segala isinya adalah merupakan amanah Allah SWT yang diberikan kepada manusia sebagai

Penelitian ini merupakan kompilasi dari artikel dengan judul faktor faktor yang mempengaruhi konsistensi muzakki dalam membayar zakat maal (studi kasus pada muzakki di