• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEBOLEHPASARAN GRADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR FAKULTI EKONOMI, UNIVERSITI SUMATERA UTARA, INDONESIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEBOLEHPASARAN GRADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR FAKULTI EKONOMI, UNIVERSITI SUMATERA UTARA, INDONESIA"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

760

FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEBOLEHPASARAN GRADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR FAKULTI EKONOMI,

UNIVERSITI SUMATERA UTARA, INDONESIA

Jol Kankok Jamilah Othman Norafza Abdul Rashid

Mohammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak

Indonesia, sebuah negara dengan kadar lulusan graduan yang tinggi setiap tahun menjadikan dunia pekerjaan sesuatu yang sukar kepada para graduan. Sehubungan dengan itu, maka penilaian ke atas kebolehpasaran graduan ini perlu dilakukan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kebolehpasaran graduan. Terdapat lima elemen yang akan dinilai iaitu faktor Kurikulum, Kokurikulum, Kerjaya, Tenaga Pengajar, Kemahiran dan Program Penyelidikan dan Latihan Industri. Kajian ini dijalankan ke atas graduan Fakulti Ekonomi, Universiti Sumatera Utara, Indonesia. Sampel kajian terdiri daripada 123 orang pelajar tahun akhir di Universiti Sumatera Utara dalam pengajian Ekonomi. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengukur min faktor kebolehpasaran graduan menggunakan item yang telah dibina oleh penyelidik yang lepas. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) ver 22 melalui analisis deskriptif. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai bagi menentukan min setiap faktor. Dapatan kajian mendapati faktor Program Penyelidikan dan Latihan Industri oleh pihak universiti mempunyai min yang paling tinggi dalam mempengaruhi kebolehpasaran graduan manakala faktor kokurikulum pula mempunyai min yang paling rendah.

Kata Kunci : Kebolehpasaran, Kurikulum, Kokurikulum, Kerjaya, Tenaga Pengajar, Kemahiran, Program Pemyelidikan, Latihan Industri

PENGENALAN

Peningkatan dalam kadar tenaga buruh merupakan kelebihan pada sesebuah negara, namun tidak bagi Indonesia. Ini disebabkan keupayaan pasaran mewujudkan peluang pekerjaan tidak setanding dengan peningkatan dalam bilangan tenaga buruh mewujudkan persaingan yang sangat sengit untuk mendapatkan pekerjaan. Lambakan graduan yang lulus dari universiti setiap tahun menjadikan pasaran kerja semakin getir dan mengalami daya serap ke atas tenaga kerja yang semakin lemah. Ini berlaku kerana jumlah graduan lulusan universiti terlalu ramai telah memberikan tekanan yang kuat terhadap peluang pekerjaan di sektor formal yang relatifnya kecil. Fungsi pasaran kerja juga kurang efisien dalam memberi peluang pekerjaan kepada graduan. Kesannya, sehingga tahun 2013 , kadar pengangguran telah meningkat sekitar 5.8% - 6.1% dengan kadar pertumbuhan ekonomi antara 6.8% - 7.2% ( Sakernas,2004 s/d 2013). Walaupun

(2)

761

dengan keadaan ekonomi yang semakin rancak, namun kadar peningkatan pengangguran masih lagi menjadi isu utama dalam pasaran kerja Indonesia.

Tambah merumitkan lagi keadaan menurut Siti Zilfiyah, Devanto Shasta Pratomo (2013) adalah pertambahan jumlah penduduk yang sangat tinggi. Permasalahan ini bukan sahaja berlaku di Indonesia malah merupakan masalah utama dalam kalangan negara-negara membangun termasuk di Asia. Hal ini akan menimbulkan berbagai kekangan dalam usaha pembangunan kerana peningkatan dalam jumlah tenaga kerja adalah tinggi sedangkan kemampuan negara-negara membangun sangat terbatas dalam menyediakan peluang pekerjaan. Keadaan yang rumit ini pastinya akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam jumlah pengangguran.

Salah satu faktor yang dikenal pasti menyebabkan peningkatan pengangguran dalam kalangan graduan ialah ketidaksesuaian ciri antara graduan yang baru memasuki dunia pekerjaan ( penawaran tenaga kerja) dan peluang kerja yang tersedia ( permintaan tenaga kerja). Dalam dunia pekerjaan, pihak majikan tidak terlalu melihat kepada kecemerlangan keputusan peperiksaan seorang calon pekerja. Majikan selalunya lebih menitikberatkan kepada kebolehkerjaan calon pekerjanya. Watak dan kebolehan bukan teknikal seseorang calon pekerja akan membuka mata majikan untuk mengambilnya bekerja. Ciri-ciri yang tidak sepadan antara lepasan graduan dengan peluang kerja bukanlah satu-satunya faktor yang perlu diambil perhatian. Faktor yang lebih penting yang utama adalah faktor dalaman lepasan graduan itu sendiri. Faktor sikap dan budaya malas bekerja juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan tingginya pengangguran di kalangan lulusan ijazah di Indonesia, Muhammad Rosyid Hidayat(2014). Mohammed Sani Ibrahim et al(2011) juga berpendapat kemahiran generik seperti komunikasi, Teknologi Maklumat, belajar cara belajar, penyelesaian masalah, dan bekerja dengan orang lain seharusnya diaplikasikan secara praktikal oleh pelajar di universiti untuk kebolehpasaran para siswazah dalam bidang pekerjaan. Terdapat para majikan yang tidak berpuas hati terhadap tahap kemahiran generik yang ada pada pelajar prasiswazah di universiti. Kemahiran generik ini penting untuk menentukan kebolehpasaran para graduan apabila mereka mencari pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.

(3)

762

Senario yang berlaku dalam bidang pendidikan juga turut memberi kesan kepada masalah ini. Menurut Penasihat Dewan Pendidikan Jawa Timur, Daniel Rosyid (2013), sistem pendidikan yang terlalu menekankan kelulusan akademik telah menyebabkan pemikiran graduan hanya kepada mencari pekerjaan dan mereka tidak mempunyai inisiatif untuk mencipta pekerjaan untuk diri mereka. Kebanyakan graduan hanya menunggu peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka menyebabkan kadar pengangguran semakin meningkat setiap tahun.

KONSEP KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Konsep kebolehpasaran merupakan elemen penting dalam persekitaran pekerjaan dan telah dibincangkan secara meluas dalam konteks kajian ilmiah. Dikenali dengan pelbagai definisi berdasarkan penyelidik dan kebanyakan daripadanya cenderung mengaitkan ianya dengan aspek berkaitan kemahiran personal seperti kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, membuat keputusan, kebolehan kerja serta keterampilan personal yang positif ( Schultz, 1963) ; ( Buck & Barrick, 1987); (Saterfield et al. 1995). Manakala kajian lain mengaitkan kebolehpasaran dengan keupayaan graduan untuk mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan serta keupayaan seseorang untuk bertahan dalam pekerjaan atau dalam apa sahaja bidang yang diceburinya (Fugate et al, 2004) ; (Rothwell & Arnold, 2007). Berdasarkan kepada beberapa kajian di atas, boleh dikatakan konsep kebolehpasaran merangkumi pelbagai aspek yang agak luas yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keperluan dan kehendak pasaran kerja.

Walaupun konsep kebolehpasaran dikatakan agak meluas, namun perkara utama yang dikaitkan dalam setiap kajian di atas adalah berkaitan dengan kemahiran. Kemahiran ini dianggap sebagai kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh para graduan yang akan membuatkan bakal majikan berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka. Kemampuan graduan memasarkan diri mereka iaitu keupayaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan adalah sangat bergantung kepada kemahiran tersebut. Di dalam konteks ini, ia turut meliputi perkara seperti keserasian dengan bidang kerja, fleksibel, kebolehpercayaan dan

(4)

763

kepekaan (Mohd As‘ri Chik, 2009). Selain daripada itu, kebolehpasaran graduan juga sangat berkait dengan konsep kebolehkerjaan graduan itu sendiri atau kemampuan seseorang dalam melaksanakan tugas yang diberi. Kemahiran tersebut termasuklah keyakinan diri dan kemahiran personel serta mampu menyumbang ke arah kejayaan sesebuah organisasi (Raudah Majid, 2010). Terdapat lapan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, perancangan dan pengurusan diri, keupayaan pembelajaran, penggunaan teknologi, inisiatif dan usahawan (Adam Othman, 2010).

Terdapat pelbagai pandangan mengenai jenis pengetahuan dan bentuk kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan tahap kemahiran graduan. Misalnya Maros (2000), berpendapat bahawa graduan perlu mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang digunakan di peringkat antarabangsa. Toffler (1981), pula menegaskan, mereka juga perlu mempelajari nilai-nilai baru, kemahiran kepimpinan dan kecekapan berkomunikasi menerusi peralatan teknologi dan secara interpersonal. Kajian yang dijalankan oleh Rashid (2006), juga berpendapat masalah yang dihadapi sekarang ini adalah kelemahan graduan institut kemahiran dalam menguasai kebolehan teras ataupun core abilities seperti kemahiran insaniah, yang diperlukan oleh pihak majikan. Kajian-kajian di atas menjelaskan kepada kita bahawa kelemahan graduan yang menjadi isu utama adalah kelemahan dalam menguasai kemahiran insaniah seperti aspek kemahiran berbahasa dan berkomunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran membuat keputusan.

Masalah pengangguran ini bukanlah semata-mata disebabkan masalah kekurangan pekerjaan tetapi adalah disebabkan wujudnya ketidaksepadanan antara kemahiran yang diperlukan oleh pasaran buruh dengan kemahiran yang dimiliki oleh graduan. Faktor graduan yang tiada kemahiran seperti yang dikehendaki oleh majikan menyebabkan majikan mencari pekerja yang lebih kompeten dari luar negara. Namun situasi masa kini memerlukan seseorang individu mempunyai satu lagi kemahiran, iaitu kemahiran kebolehkerjaan. Kebanyakan majikan berpendapat bahawa kemahiran ini dapat menjamin

(5)

764

pekerjaan seseorang individu untuk terus bertahan. Kemahiran kebolehkerjaan adalah kebolehan bukan teknikal (nontechnical abilities) dan merupakan satu daripada aspek kemahiran pekerjaan yang sama pentingnya dengan aspek kemahiran teknikal. Pihak majikan juga sangat menyedari aspek kemahiran kebolehkerjaan adalah penting dan perlu dimiliki oleh pekerja mereka bagi memastikan pekerja tersebut benar-benar trampil dalam pekerjaannya.

Oleh yang demikian, kajian ini menilai sejauh mana faktor dalaman dan kandungan kursus yang disediakan oleh pihak universiti dapat mempengaruhi kebolehpasaran para graduan. Berdasarkan kajian lepas, faktor dalaman seperti tenaga pengajar, peranan universiti dalam memberikan pendedahan berkenaan bidang kerjaya kepada pelajar dan program praktikal atau latihan industri dilihat mampu mempengaruhi kebolehpasaran graduan. Selain daripada itu juga, kandungan kursus yang disediakan oleh pihak universiti melalui fakulti masing-masing seperti bidang kurikulum, kokurikulum dan penerapan aspek kemahiran dalam semua bidang yang mereka terlibat turut dilihat sebagai faktor yang akan mempengaruhi kebolehpasaran graduan.

KAJIAN BERKAITAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Terdapat banyak kajian dalam mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kebolehpasaran graduan dengan tingkat kemahiran yang mereka kuasai semasa menuntut di peringkat universiti. Kemahiran ini diperoleh melalui kursus-kursus yang ditawarkan dan peranan pihak universiti itu sendiri dalam menerapkan kemahiran yang diperlukan. Di antaranya adalah kajian oleh Mohamed Rashid dan Mohd Rashahidi (2005) mendapati bahawa aspek kandungan kursus dalam hubungan kemahiran dan kerelevanan kandungan kursus berhubung kemahiran dikatakan agak rendah, iaitu kandungan kursus yang dilalui kurang menerapkan kemahiran seperti yang dikehendaki oleh majikan. Kajian turut mendapati lulusan graduan ini masih lemah dalam kemahiran komunikasi, bertulis dan kemahiran komputer. Masalah ini bukan sahaja dihadapi Malaysia, tetapi juga dialami oleh para lulusan teknikal di Amerika. Kathleen (2005) mendapati bahawa majikan tidak berpuas hati dengan permohonan pekerjaan bagi lulusan teknikal ini bukan disebabkan mereka tidak mempunyai cukup kemahiran atau pengetahuan teknikal, tetapi adalah disebabkan oleh kekurangan keupayaan bukan teknikal

(6)

765

(nontechnical abilities). Masalah kemahiran kebolehkerjaan yang akan menjejaskan daya kebolehpasaran para graduan ini bukanlah hanya berlaku di Indonesia malah ia merupakan masalah global yang dihadapi lulusan graduan dari dalam dan juga luar negara.

Muhammad Rosyid Hidayat (2014) melihat para pensyarah seharusnya tidak hanya berkewajiban menuntut graduan untuk menamatkan pengajian dengan cepat dan mendapat keputusan cemerlang sahaja tetapi lebih jauh dari itu graduan harus dibekalkan dengan kompetensi dan keterampilan untuk mengenal dan memasuki dunia pekerjaan. Para pensyarah juga wajib memperkuat soft-skill selain hard-skill, kerana soft-skill merupakan syarat utama yang diperlukan untuk berjaya dan menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan serta mampu bersaing dengan graduan lain. Kajian ini selari dengan dapatan Ramlee (2002), kajiannya mendapati bahawa majikan dalam bidang pembuatan mendapati lulusan-lulusan teknikal ini mempunyai kemahiran teknikal lebih daripada mencukupi tetapi majikan masih kurang berpuas hati dengan kemahiran komunikasi, interpersonal, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran keusahawanan. Oleh yang demikian graduan universiti seharusnya memiliki kapasiti daya saing serta kemahiran soft skill yang mencukupi untuk berjaya dalam pasaran kerja.

Hasil kajian Soo dan Juma‘ayah (2001) yang melibatkan 152 orang majikan industri dan juga seramai 130 orang tenaga pengajar teknikal kejuruteraan pembuatan pula mendapati bahawa tenaga pengajar berpendapat mereka telah mengintergrasikan sebahagian aspek kemahiran kebolehkerjaan dalam pengajaran mereka. Walau bagaimanapun daripada hasil dapatan kajiannya mendapati bahawa terdapat perbezaan dari aspek kemahiran yang diterapkan oleh tenaga pengajar dengan yang dikehendaki dan dianggap penting oleh pihak majikan. Majikan sentiasa memerlukan aspek kemahiran dan ciri personaliti seperti kebolehan bekerja dengan orang lain, kebolehan membuat keputusan, menyelesaikan masalah, kebolehan melibatkan diri dalam projek, berfikir secara kritikal, bersikap positif dan bertanggungjawab. Kesemua aspek kemahiran ini merupakan aspek yang penting dan diperlukan dalam alam pekerjaan.

Manakala hasil dapatan Yahya (2002) pula kemahiran kebolehkerjaan dari sudut majikan dan tenaga pengajar terhadap lulusan institut latihan vokasional

(7)

766

pertanian juga berupaya memberikan keputusan yang sama seperti dapatan kajian oleh Soo dan Juma‘ayah (2001). Apek kebolehkerjaan ini dianggap sangat penting kerana ia dapat meningkatkan kecekapan dan kualiti individu untuk lebih trampil dalam dunia pekerjaan. Kemahiran ini merupakan aspek kemahiran pelengkap kepada kemahiran ―teknikal‖ yang diutamakan.

Syed Hussain (2005) dalam pandangannya menyatakan bahawa masalah lulusan tidak dapat memenuhi keperluan dan permintaan majikan adalah disebabkan sukatan mata pelajaran teknikal masa kini hanya mampu melengkapkan graduan dengan pengetahuan asas dan teori sahaja terhadap mata pelajaran teknikal tetapi ia masih kurang dari segi latihan praktikal, pengalaman dan kelayakan yang menyebabkan mereka tidak ditawarkan pekerjaan. Keadaan ini sepatutnya dapat diatasi dengan memberikan lebih banyak ruang dan peluang kepada para graduan untuk mengikuti latihan industri dan sesi praktikal agar kemahiran sebenar yang diperlukan oleh pasaran dapat diperoleh oleh para graduan tersebut.

Keseluruhan kajian memperlihatkan bahawa institusi pendidikan perlu mengambil inisiatif dalam memupuk kemahiran kebolehkerjaan dalam kalangan graduan, kerana kemahiran kebolehkerjaan kini merupakan keutamaan kepada industri selain daripada kemahiran teknikal. (Mohd. Satar et al. 2009). Dengan kemahiran ini daya kebolehpasaran graduan akan dapat ditingkatkan kerana keperluan pasaran kerja dan industri dapat dipenuhi. Seterusnya dengan peningkatan kebolehpasaran graduan maka masalah atau isu utama negara iaitu pengangguran dapat ditangani secara berhemah.

METHODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif .Tujuan kajian ialah untuk mengenal pasti faktor penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT di Indonesia. Ia diukur berdasarkan nilai min yang disumbangkan oleh setiap faktor yang dinilai. Untuk mendapatkan nilai tersebut, kaedah pengumpulan data yang telah digunakan adalah dengan menggunakan borang Soal Selidik. Bilangan sampel adalah berdasarkan jadual persampelan oleh Fowler‘s (2009). Sampel kajian terdiri daripada 123 pelajar tahun akhir Fakulti Ekonomi, Universiti Sumatera Utara yang telah dipilih secara rawak. Menurut Mohd Majid

(8)

767

(2005) ; Gravetter & Wallnau (2009) , persampelan rawak adalah sangat sesuai kerana setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel kajian. Borang soal selidik telah ditadbir sendiri oleh pengkaji dengan mengedarkan borang tersebut secara terus kepada semua sampel kajian. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22. Data mentah yang telah diperoleh telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan min dan sisihan piawai bagi setiap faktor yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT.

Satu set soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A merupakan latar belakang responden, bahagian B pula merupakan persepsi pelajar terhadap kandungan kursus yang telah mereka ikuti serta kemahiran yang telah mereka peroleh daripada kursus tersebut. Dalam bahagian ini soal selidik telah dipecahkan kepada enam sub topik untuk mengenal pasti persepsi pelajar IPT terhadap struktur kandungan kursus dari sudut kurikulum, kokurikulum, tenaga pengajar, kerjaya, penerapan kemahiran dan implikasi kursus. Manakala bahagian C pula merupakan keberkesanan sistem dan kesediaan diri responden. Dalam bahagian ini terdapat dua aspek yang diukur iaitu aspek kebolehpasaran dan kebolehkerjaan gradian itu sendiri.. Dapatan kajian akan membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan graduan serta mengenal pasti tahap min bagi setiap faktor yang dapat mempengaruhi daya kebolehpasaran para graduan. Skala interpretasi yang digunakan bagi min dalam kajian ini adalah seperti berikut.

Jadual 3.1 Klasifikasi tiga tahap interpretasi graduan

Nilai min Interpretasi

1.00 - 2.33 Tahap Rendah

2.34 - 3.67 Tahap Sederhana

3.67 - 5.00 Tahap Tinggi

(9)

768

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Data mentah yang telah diperoleh daripada borang soal selidik telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif . Secara umumnya statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai min , kekerapan dan peratusan bagi menerangkan corak persepsi pelajar dalam aspek yang dinilai. Kajian ini telah dijalankan ke atas 123 orang pelajar tahun akhir Fakulti Ekonomi, Universiti Sumatera Utara. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada borang soal selidik, Jadual 1.1 di bawah menunjukkan data demografi bagi pelajar tersebut.

Jadual 1.1 Demografi responden kajian berdasarkan Jantina, Pendidikan Ibu-Bapa, Pendapatan Keluarga dan Tempat Tinggal..

Pemboleh ubah Kekerapan Peratus (%)

Jantina Lelaki 46 37.4

Perempuan 77 62.6

Pendapatan Keluarga Kelas Mahir 29 13.4

Kelas Biasa 156 71.9

Kelas Pemulihan 32 14.7

Tempat Tinggal Bandar 94 76.4

Luar bandar 29 23.6

Jadual 1.1 di atas menunjukkan bilangan sampel yang dikaji adalah seramai 123 orang. Daripada jumlah tersebut kebanyakan sampel terdiri daripada pelajar perempuan sebanyak 62.6% berbanding pelajar lelaki sebanyak 37.4% sahaja. Kebanyakan pelajar adalah datang daripada latar belakang keluarga yang berpendapatan sederhana iaitu sebanyak 71.9%. Hampir keseluruhan pelajar tinggal di bandar iaitu sekitar kawasan universiti dengan peratusan sebanyak 76.4% manakala hanya 23.6% sahaja berasal daripada kawasan luar bandar.

Analisis terhadap faktor penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT adalah seperti dalam jadual 5.2 berikut:

(10)

769

Jadual 5.2 Skor persepsi pelajar terhadap faktor yang menyumbang kepada dalam kalangan pelajar IPT

Konstruk Min S.P Interpretasi

Kurikulum 3.75 0.52 Tahap Tinggi

Kokurikulum 2.94 0.57 Tahap Sederhana

Kerjaya 3.37 0.67 Tahap Sederhana

Tenaga Pengajar 3.60 0.57 Tahap Sederhana

Kemahiran 3.74 0.51 Tahap Tinggi

Program Penyelidikan/Latihan Industri

3.94 0.57 Tahap Tinggi

Jadual 5.2 di atas menunjukkan min faktor yang menjadi penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Dalam kajian ini faktor yang dilihat sebagai penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT adalah bidang kurikulum, kokurikulum, kerjaya, tenaga pengajar, penerapan kemahiran dan program penyelidikan/latihan industri. Berdasarkan kesemua faktor di atas, tiga daripadanya berada pada tahap tinggi sebagai penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT iaitu faktor Program Penyelidikan/Latihan Industri (min 3.94), kurikulum ( min 3.75) dan Penerapan Kemahiran ( min 3.74). Manakala tiga faktor yang lain berada pada tahap sederhana iaiti faktor , Tenaga Pengajar (min 3.60), kerjaya (3.37) dan kokurikulum (min 2.94). Dapatan kajian mendapati faktor penyumbang kepada kebolehpasaran yang paling tinggi adalah faktor Program Penyelidikan/Latihan Industri manakala yang paling rendah adalah faktor kurikulum. Dapatan ini menjelaskan bahawa faktor penyumbang yang perlu diberikan penekanan oleh pihak universiti adalah faktor kokurikulum. Faktor ini jika dinilai daripada tahap kepuasan pelajar masih berada pada tahap yang rendah. Ini menunjukkan faktor ini masih tidak begitu menyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT berbanding faktor lain yang telah dinilai.

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, berikut merupakan perincian bagi setiap faktor penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT berdasarkan item yang telah digunakan untuk menilai aspek tersebut.

(11)

770

5.1 Faktor Kurikulum

Jadual 5.3 menunjukkan faktor kurikulum berada dalam tahap tinggi sebagai penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati tingkat kepuasan para pelajar ke atas kandungan program atau sukatan kurikulum berada pada tahap tinggi (min 3.75). Jadual di bawah menunjukkan min bagi setiap item yang telah digunakan dalam menilai faktor tersebut.

Jadual 5.3: Skor bagi item faktor Kurikulum

Item Min S.P Tahap

Kesesuaian kandungan pengajian 3.82 0.57 Tinggi

Imbangan komponen teori dan amali/aplikasi 3.44 0.81 Sederhana Program latihan Industri/Praktikal 3.20 1.02 Sederhana

Mata pelajaran wajib kokurikulum 3.98 0.69 Tinggi

Mata pelajaran wajib universiti 4.05 0.59 Tinggi

Kepelbagaian mata pelajaran kokurikulum yang ditawarkan

3.94 0.71 Tinggi

Menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan

3.81 0.86 Tinggi

Keseluruhan 3.75 0.52 Tinggi

Dalam kajian ini aspek kurikulum dilihat sebagai salah satu faktor penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Dapatan kajian mendapati tingkat kepuasan responden terhadap kesesuaian kandungan pengajian (min 3.82), Mata pelajaran wajib kokurikulum (min 3.98), Mata pelajaran wajib universiti (min 4.05), Kepelbagaian mata pelajaran kokurikulum yang ditawarkan (min 3.94) dan Menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan (3.75) berada pada tahap yang tinggi. Ini bermakna persepsi responden ke atas aspek kurikulum dan kandungan pengajian mereka adalah sangat memuaskan dan mampu memberikan mereka daya saing yang tinggi seterusnya menjadi penyumbang kepada kebolehpasaran mereka nanti. Walau bagaimanapun terdapat dua item yang masih berada pada tahap sederhana iaitu Imbangan komponen teori dan amali/aplikasi (min 3.44) dan Program latihan Industri/Praktikal (min 3.20)

(12)

771

yang perlu diberikan penekanan oleh pihak fakulti. Keadaan ini menggambarkan terdapatnya ruang penambahbaikan yang perlu dilakukan kerana tingkat kepuasan dalam kalangan pelajar ke atas aspek tersebut masih berada pada tahap sederhana. Secara rumusannya faktor struktur kurikulum pengajian sesebuah IPT merupakan teras kepada keseluruhan proses pengajian seorang pelajar. Kurikulum yang mantap dan berkesan akan melahirkan graduan yang berdaya saing seterusnya mampu meningkatkan daya kebolehpasaran seseorang graduan.

5.2 Faktor Kokurikulum

Jadual 5.4 menunjukkan faktor kokurikulum berada dalam tahap sederhana sebagai penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati tahap penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum berada pada tahap sederhana(min 2.94). Jadual di bawah menunjukkan min bagi setiap item yang telah digunakan dalam menilai faktor tersebut.

Jadual 5.3: Skor bagi item faktor Kokurikulum

Item Min S.P Tahap

Aktiviti berpersatuan / kelab di universiti 3.11 0.92 Sederhana Aktiviti kesukanan di universiti 2.37 0.95 Sederhana Aktiviti kebudayaan di universiti 2.50 1.00 Sederhana

Aktiviti akademik di universiti 3.80 0.85 Tinggi

Aktiviti kerohanian di universiti 3.41 1.07 Sederhana Penglibatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) 2.50 1.11 Sederhana

Keseluruhan 2.94 0.57 Sederhana

Tahap kebolehpasaran juga dilihat dari sudut penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum. Penglibatan yang aktif dalam bidang kokurikulum dianggap sebagai faktor penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Dapatan kajian mendapati hampir semua aspek yang diukur dalam bidang kokurikulum mendapati penglibatan pelajar adalah pada tahap sederhana. Aspek tersebut merupakan Aktiviti berpersatuan / kelab di universiti(min 3.11), Aktiviti kesukanan di universiti (min 2.37), Aktiviti kebudayaan di universiti (min 2.50),

(13)

772

Aktiviti kerohanian di universiti (min 3.41) dan Penglibatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) (min 2.50). Walau bagaimanapun, hanya aspek penglibatan pelajar dalam aktiviti akademik dilihat berada pada tahap penglibatan yang tinggi (min 3.80). Secara keseluruhannya dapatan menunjukkan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum masih berada pada tahap sederhana. Penglibatan pada tahap sederhana ini menjelaskan kebanyakan pelajar IPT berada pada mod tidak aktif dalam semua aspek kokurikulum. Keadaan ini dilihat sebagai situasi yang tidak baik kepada tahap kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Langkah intervensi perlu dilakukan dalam usaha melahirkan graduan yang proaktif dan seterusnya diharap dapat meningkatkan daya kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT.

5.3 Faktor Kerjaya

Jadual 5.4 menunjukkan faktor Kerjaya berada dalam tahap sederhana sebagai penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati tingkat kepuasan para pelajar terhadap bidang kerjaya berada pada tahap sederhana(min 3.36). Jadual di bawah menunjukkan min bagi setiap item yang telah digunakan dalam menilai faktor tersebut.

Jadual 5.3: Skor bagi item faktor Kerjaya

Item Min S.P Tahap

Maklumat mengenai peluang pekerjaan 3.65 0.89 Sederhana Bantuan dalam kemahiran menghadiri sesi

temu duga

3.12 0.94 Sederhana

Bantuan dalam penyediaan permohonan pekerjaan(resume, surat permohonan dll)

3.34 0.91 Sederhana

Bantuan untuk mendapatkan pekerjaan 3.36 0.92 Sederhana Maklumat dalam melanjutkan pengajian 3.62 0.84 Sederhana

Peluang pekerjaan di kampus 3.26 0.91 Sederhana

Proses pengambilan pekerja dalam kampus oleh majikan

3.24 0.86 Sederhana

(14)

773

Peranan pihak universiti amnya dan fakulti khususnya juga turut mempengaruhi peluang kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Dalam kajian ini, peranan pihak tersebut dilihat sebagai salah satu faktor penyumbang kepada kebolehpasaran pelajar IPT. Dapatan kajian mendapati semua aspek yang dinilai dalam bidang kerjaya ini berada pada tahap sederhana. Aspek tersebut adalah Maklumat mengenai peluang pekerjaan(min 3.65), Bantuan dalam kemahiran menghadiri sesi temu duga(min 3.12), Bantuan dalam penyediaan permohonan pekerjaan(resume, surat permohonan dll)(min 3.34), Bantuan untuk mendapatkan pekerjaan(min 3.36), Maklumat dalam melanjutkan pengajian(min 3.62), Peluang pekerjaan di kampus( min 3.26) dan Proses pengambilan pekerja dalam kampus oleh majikan(min 3.24). Dapatan kajian juga mendapati aspek bantuan dalam kemahiran menghadiri sesi berada pada tahap sederhana yang paling rendah(min 3.12). Secara rumusannya pihak universiti melalui pihak fakulti perlu memberikan penekanan yang lebih kepada bidang kerjaya terutama pada aspek kemahiran menghadiri temu duga dalam meningkatkan peluang kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Melalui pendedahan yang rencam berkenaan bidang kerjaya kepada pelajar diharap mampu memenuhi keperluan para pelajar seterusnya dilihat sebagai faktor penyumbang utama kepada kebolehpasaran mereka.

5.4 Faktor Tenaga Pengajar

Jadual 5.4 menunjukkan faktor Tenaga Pengajar berada dalam tahap sederhana sebagai penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati tingkat kepuasan graduan terhadap tenaga pengajar mereka berada pada tahap sederhana(min 3.59). Jadual di bawah menunjukkan min bagi setiap item yang telah digunakan dalam menilai faktor tersebut.

(15)

774

Jadual 5.43: Skor bagi item faktor Tenaga Pengajar

Item Min S.P Tahap

Pengetahuan seimbang tentang teori dan praktikal

3.80 0.73 Tinggi

Interaksi dengan pelajar 3.78 0.74 Tinggi

Inovatif dan kreatif dalam pengajaran/pembelajaran

3.66 0.79 Sederhana

Kemahiran menghubung kait pengajaran dengan amalan terkini industri

3.65 0.73 Sederhana

Penyampaian kuliah dan kualiti pengajaran 3.75 0.75 Tinggi

Interaksi atas talian 3.29 0.98 Sederhana

Kemahiran dalam Bahasa Indonesia 3.58 1.12 Sederhana

Kemahiran dalam Bahasa Inggeris 3.28 0.90 Sederhana

Penasihat Akademik(membantu, prihatin, mudah berbincang)

3.59 0.82 Sederhana

Keseluruhan 3.59 0.57 Sederhana

Elemen utama yang memberikan impak dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah tenaga pengajar. Golongan ini merupakan asas kepada proses pemindahan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bilik darjah. Keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran diukur melalui objektif yang mampu dicapai semasa proses tersebut. Jika tenaga pengajar mampu melakukan proses pemindahan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berkesan maka ia mampu melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing. Dalam kajian ini faktor tenaga pengajar juga diukur sebagai penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Tingkat kepuasan pelajar terhadap tenaga pengajar mereka dinilai berdasarkan pelbagai aspek seperti dalam jadual. Dapatan kajian mendapati kebanyakan aspek yang dinilai berada dalam tahap sederhana. Aspek tersebut adalah Inovatif dan kreatif dalam pengajaran/pembelajaran(min 3.66), Kemahiran menghubung kait pengajaran dengan amalan terkini industri(min 3.65), Kemahiran dalam Bahasa Indonesia(min 3.58), Interaksi atas talian(min 3.29), Kemahiran dalam Bahasa Inggeris(min 3.28) dan Penasihat Akademik(membantu,

(16)

775

prihatin, mudah berbincang)(min 3.59). Walau bagaimanapun terdapat tiga aspek yang dinilai berada dalam tahap kepuasan yang tinggi iaitu aspek Pengetahuan seimbang tentang teori dan praktikal(min 3.80), Interaksi dengan pelajar(min 3.78) dan Penyampaian kuliah dan kualiti pengajaran(min 3.75). Secara rumusannya, tahap kepuasan pelajar terhadap tenaga pengajar mereka masih berada pada tahap sederhana. Oleh yang demikian langkah penambahbaikan perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap kepuasan pelajar terhadap tenaga pengajar mereka terutama dari aspek Interaksi atas talian dan kemahiran Bahasa Inggeris mereka. Tingkat kepuasan yang sederhana ini menggambarkan kecekapan dalam proses pemindahan ilmu pengetahuan dan kemahiran tidak mencapai tahap optimum. Dari sudut kualiti dan daya saing pelajarnya adalah rendah. Jika ini berlaku maka daya kebolehpasaran dalam kalangan pelajar itu juga rendah. 5.5 Faktor Kemahiran

Jadual 5.5 menunjukkan faktor Kemahiran berada dalam tahap tinggi sebagai penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati tingkat kepuasan para pelajar terhadap penerapan kemahiran kepada mereka berada pada tahap tinggi (min 3.74). Jadual di bawah menunjukkan min bagi setiap item yang telah digunakan dalam menilai faktor tersebut.

Jadual 5.5: Skor bagi item faktor Penerapan Kemahiran

Item Min S.P Tahap

Kemahiran Penggunaan ICT secara umum 3.80 0.79 Tinggi

Kemahiran Bahasa Indonesia 4.35 0.61 Tinggi

Kemahiran Bahasa Inggeris 3.53 0.80 Sederhana

Kemahiran bahasa ketiga 2.86 1.01 Sederhana

Kemahiran komunikasi interpersonal 3.54 0.75 Sederhana Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis 3.92 0.73 Tinggi

Kemahiran Penyelesaian masalah 3.84 0.74 Tinggi

Kemahiran menganalisis 3.74 0.72 Tinggi

(17)

776 Pendedahan kepada pengetahuan am dan isu semasa

3.90 0.72 Tinggi

Keseluruhan 3.74 0.52 Tinggi

Setiap struktur pengajian di peringkat universiti dibentuk agar dapat memenuhi keperluan semasa pelajar dalam dunia pekerjaan. Pelbagai kemahiran yang diperoleh oleh pelajar melalui program pengajian mereka menjadikan mereka lebih berdaya saing apabila berada dalam pasaran pekerjaan yang sebenar. Sehubungan dengan itu kajian ini juga akan menilai faktor kemahiran yang akan diperoleh oleh pelajar sepanjang program pengajian mereka di universiti. Faktor kemahiran ini diukur melalui pelbagai aspek seperti di atas. Dapatan kajian mendapati hampir semua aspek yang diukur berada pada tahap tinggi. Aspek tersebut adalah Kemahiran penggunaan ICT(min 3.80), Kemahiran Bahasa Indonesia (min 4.35), Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (min 3.92), Kemahiran menyelesaikan masalah (min 3.84), Kemahiran menganalisis (min 3.74), Kemahiran kerja berkumpulan(min 3.97) dan pendedahan kepada pengetahuan am dan isu semasa(min 3.90). Walau bagaimanapun terdapat tiga aspek yang berada dalam tahap sederhana iaitu Kemahiran bahasa Inggeris(min 3.53), Kemahiran Bahasa Ketiga(min 2.86), Kemahiran Interaksi Interpersonal (min 3.54). Dapatan ini menunjukkan aspek kemahiran bahasa dan kemahiran interpersonal perlu diberikan perhatian oleh pihak universiti. Pelajar masih berpendapat penerapan kemahiran tersebut masih tidak memadai bagi pihak mereka. Keadaan ini perlu diperbaiki dalam usaha memastikan tenaga kerja yang bakal dihasilkan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik sesuai dengan keperluan pasaran kerja. Jika pelajar ini mampu menguasai pelbagai kemahiran dengan baik maka ianya akan menjadikan pelajar lebih berdaya serta meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka.

5.6 Faktor Program Penyelidikan/Latihan Industri

Jadual 5.6 menunjukkan faktor Program Penyelidikan/Latihan Industri berada dalam tahap yang tinggi sebagai penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati faktor tersebut berada dalam tahap yang tinggi(min 3.94) sebagai penyumbang

(18)

777

terhadap kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar IPT. Jadual di bawah menunjukkan min bagi setiap item yang telah digunakan dalam menilai faktor tersebut.

Jadual 5.6: Skor bagi item faktor Program Penyelidikan/Latihan Industri

Item Min S.P Tahap

Membina keyakinan diri 3.93 0.76 Tinggi

Meningkatkan ilmu pengetahuan 4.17 0.64 Tinggi

Kemampuan Kendiri 3.77 0.75 Tinggi

Kemampuan berfikir secara kritikal dan kritis 3.98 0.68 Tinggi Persediaan menghadapi dunia pekerjaan

sebenar

3.94 0.77 Tinggi

Kebolehan menyelesaikan masalah dan pembuatan keputusan

3.86 0.76 Tinggi

Kemampuan kerja berpasukan 4.02 0.72 Tinggi

Komunikasi berkesan 3.87 0.77 Tinggi

Keseluruhan 3.94 0.58 Tinggi

Dalam usaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang masing-masing pelbagai program telah dianjurkan oleh pihak universiti. Dalam kajian ini penilaian akan dibuat berdasarkan dua program iaitu Program Penyelidikan dan Program Latihan Industri. Kedua-dua program ini merupakan pilihan bagi satu sama lain. Bagi pelajar yang tidak menjalani program Latihan Industri maka mereka akan dinilai berdasarkan Program Penyelidikan. Item kajian akan menilai sejauh manakah faktor ini akan mempengaruhi tahap kesediaan mereka terhadap dunia pekerjaan sebenar. Dapatan kajian mendapati kesemua aspek yang dinilai di bawah faktor tersebut berada dalam tahap yang tinggi (min 3.94). Aspek tersebut adalah membina keyakinan diri (min 3.93), Meningkatkan ilmu pengetahuan (min 4.17), Kemampuan Kendiri (min 3.77), Kemampuan berfikir secara kritikal dan kritis (min 3.98), Persediaan menghadapi dunia pekerjaan sebenar (3.94), Kebolehan menyelesaikan masalah dan

(19)

778

pembuatan keputusan (min 3.98), Kemampuan kerja berpasukan (4.02) dan komunikasi berkesan (min 3.87). Dua aspek yang paling menonjol dari segi pengaruhnya ke atas kesediaan pelajar adalah Meningkatkan ilmu pengetahuan dan Kemampuan kerja berpasukan. Faktor ini didapati telah berjaya meningkatkan dua aspek tersebut dengan berkesan manakala aspek yang lain juga turut memberikan kesan yang ketara kepada kesediaan pelajar dalam menempuh dunia pekerjaan sebenar. Dapatan ini sekali gus menunjukkan faktor program penyelidikan dan latihan industri mempunyai min yang paling tinggi sebagai faktor kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT.

KESIMPULAN

Terdapat enam konstruk yang telah dikaji melalui borang soal selidik untuk menilai tentang pengaruh masing-masing dalam kebolehpasaran graduan. Faktor kurikulum merupakan penyumbang tahap tinggi kepada kebolehpasaran graduan. Faktor kokurikulum, kerjaya, tenaga pengajar mempunyai sumbangan tahap sederhana. Selain itu terdapat juga faktor penerapan kemahiran dan faktor program penyelidikan dan latihan industri yang mempunyai pengaruh tahap tinggi terhadap kebolehpasaran graduan.

Berdasarkan dapatan kajian di atas, konstruk Program Penyelidikan/Latihan Industri, Kemahiran dan Kurikulum berada pada tahap tinggi sebagai faktor penyumbang kepada kebolehpasaran graduan. Ketiga-tiga faktor ini mempunyai nilai min yang agak tinggi berbanding dengan konstruk yang lain iaitu konstruk Kokurikulum, Kerjaya dan Tenaga pengajar.

Walau bagaimanapun, bagi konstruk yang berada pada tahap tinggi dengan nilai min yang agak besar boleh menunjukkan kepada kita bahawa tingkat kepuasan para graduan ke atas konstruk tersebut adalah baik. Para graduan didapati berpuas hati dengan kandungan kurikulum yang disediakan, aspek kemahiran yang diterapkan kepada mereka dan pendedahan kepada alam pekerjaan melalui program latihan industri.

Bagi konstruk yang berada pada tahap sederhana pula, memberikan gambaran kepada kita bahawa ketiga-tiga konstruk tersebut masih perlu diberikan perhatian yang khusus untuk meningkatkan tahap kepuasan graduan. Berdasarkan

(20)

779

item yang dinilai, para graduan menunjukkan tingkat kepuasan yang sederhana bagi aspek yang dinilai. Konstruk Kokurikulum, Kerjaya dan Tenaga Pengajar sepatutnya turut menjadi elemen penting dalam mempengaruhi kebolehpasaran graduan. Namun dapatan kajian menunjukkan tingkat kepuasan graduan terhadap aspek yang dinilai masih berada pada tahap sederhana. Konstruk kokurikulum menunjukkan penglibatan para graduan masih berada pada tahap sederhana sedangkan melalui aktiviti kokurikulum para graduan mampu membina pelbagai aspek positif kendiri serta kemahiran personel yang mampu meningkatkan daya kebolehpasaran mereka. Pihak universiti juga dilihat tidak mampu memberikan pendedahan yang mencukupi kepada para graduan berkaitan dengan dunia sebenar pekerjaan atau kerjaya apabila mereka keluar daripada universiti. Keadaan ini sudah tentunya akan mengurangkan daya pasar mereka nanti. Seterusnya, peranan tenaga pengajar juga tidak optimum dalam membantu para graduan dalam meningkatkan kebolehpasaran mereka. Peranan tenaga pengajar dalam membantu para graduan masih pada tahap sederhana berdasarkan tindak balas para pelajar mereka.

Oleh kerana dapatan kajian ini hanya dinilai berdasarkan analisis deskriptif maka dapatan kajian hanyalah dalam bentuk skor min dan sisihan piawai untuk menentukan tahap setiap konstruk yang dinilai berada pada tahap rendah, sederhana atau tinggi. Untuk mendapatkan dapatan yang lebih terperinci dan mendalam maka analisis inferensi perlu dilakukan.

Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin, & Abd. Jalil Othman. (2006). Hala tuju pengurusan sumber manusia dan kerjaya. Malaysia: PTS Publication & Distribution.

Badan Pusat Statistik Indonesia. Sakernas (Survey Angkatan Kerja Nasional) from 2006 to 2010, retrieved at February 25, 2011, available at:http://dds.bps.go.id/eng/tab_sub/view.php?

tabel=1&daftar =1&id_subyek=06&nota b=4

Bank Indonesia, (2010). Survey Nasional Tenaga Kerja Asing 2009. http://www.

(21)

780

Buck, L.L. and Barrick, R.K. (1987) ―They‘re trained, but are they employable?‖ Vocational Education Journal 62(5) : 29-31

Editorial: Entrepreneurship must be nurtured. (2010, December 18). The Jakarta Globe. Retrieved March 10, 2011, available at: http://www.thejakartaglobe.com/editorials/editorial-entrepreneurship-must-benurtured/412389

Faqih, Mansour (2004) Runtuhnya Teori Pembangunan Globalisasi. Yokyakarta : Pustaka Pelajar dan Insist Press.

Fowler. F.J (2009) Servey Research Method ( 4th ed ). Thousand Oaks, CA : SAGE

Fugate, M., Kinichi, A.J. & Ashforth, B.E. (2004) Employability : A psychosocial Construct, its dimension, and applications. Journal of vocational Behavior 65(2) : 14-38.

Gravetter, F.J., & Wallnau, L.B (2009). Statistics for the behavioraural sciences ( 8th ed). Belmont, CA : Wadsworth.

Lankard. B.A (1995) Employable - The Fifth Basic Skills. Columbus Ohio. Career and Vocational Education.

Maros, M (2000). Language use in the commercial sector, local border in a borderless world.Language and globalization. Kuala Lumpur: Addison Wesley Longman.

Mohamad Sattar R., Md Yusop I., Napsiah I., Muhammad Rashid R., Rose Amnah A. R.,(2009), Peranan institusi pendidikan teknikal di dalam pemupukan kemahiran―employability‖ pelajar, Jurnal teknologi, Vol. 50(E), pp. 113-127

Mohd Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Sattar Rasul et al. (2010b). Development of employability Skills Assessment Tool for manufacturing Industry. Journal Mekanikal UTM- An International Journal 30: 1-6.

Mohammad Sattar Rasul (2010) Kajian Kemahiran Kebolehdapatan kerja lulusan program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Thesis PhD. Tidak diterbitkan : Universiti Putra Malaysia. Pramusinto, Agus. (2007) Globalisasi ,Pembangunan dan Administrasi Publik.

Journal Politik dan Manajemen Publik. http://isjd. Pdii.lipi.go.id/admin/journal/21077211224.pdf

Rashid, N.B & Rashahidi, M. (2005). The Year 2004 Polytechnic Convocation Survey. Proceeding of National Seminar ― The Development of Technology and Technical – Vocational and Training in Era Of Globalization : Trend and Issues.‖ Kuala Lumpur.

(22)

781

Rashid.A (2006, Julai 16) Masalah Pengangguran di Malaysia . Utusan Malaysia.ms. 8.

Rothwell, A. & Arnold, J. (2007) Self Perceived Employability : Development and Validation of a scale. Emerald Personal Review 6 (1) : 23-41

Saterfield. T.H Larty, M. & Joyce, R. (1995) Assessing Employability Skills. Document Reproduction Services.

Schultz, T.W (1963) The Econmics Value of Education (3rd ed). New York and London. Columbia. Universiti Press.

Toffler, A.(1981). The Third Wave. London: Pan

Y. Maryono, & B.Patri Istiana. (2006).Teknologi dan komunikasi. Indonesia: Yudhistira

Referensi

Dokumen terkait

Ulat lama kelamaan akan menyerang pada titik tumbuh dan melanjutkan membuat terowongan pada batang utama pada tanaman tebu yang terserang tersebut (Bursatriannyo, 2013).. Biologi

Merunut hal tersebut di atas, agar output lulusan pendidikan integratif siap mengikuti pendidikan lanjutan di Akademi Angkatan sesuai dengan matranya, maka perlu suatu

Dari hasil penelitian dan pembahasan, maka dapat ditarik kesimpulan bahwa sebagian besar Lansia yang tinggal di Panti werdha menderita kecemasan yaitu sebanyak 51 responden

Hasil analisis penetrasi contoh uji papan dan bingkai reng batang aren yang menggunakan bahan pengawet asam borat dengan rendaman dingin (Gambar 8) menunjukkan bahwa

17 Hasil Wawancara dengan EF (Siswa Kelas XI MIPA 5 SMA Negeri 2 Sigli Kabupaten Pidie), Sabtu, Tgl.. meningkatkan keaktifan siswa dalam belajar. Semua itu tentunya

Dalam penetapan Harga, usaha dagang Haji Safri Nait hendaknya lebih kreatif dan bijak lagi, karena dengan penetapan harga yang sesuai ,seperti pengelompokan harga

Sedangkan urgensi adanya amtsal dalam al-quran diantaranya adalah matsal mendekatkan gambaran mumatsalah, amtsal berfungsi sebagai suatu ajakan agar berfkir

bayi kurang dari 6 bulan dengan demam tinggi, ISK berulang, dan gejala klinis berupa gangguan aliran air kemih atau ginjal yang teraba, infeksi dengan organisme