• Tidak ada hasil yang ditemukan

MASSIVE OPEN ONLINE COURSE DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SEBERANG PERAI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MASSIVE OPEN ONLINE COURSE DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SEBERANG PERAI"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1753

MASSIVE OPEN ONLINE COURSE DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SEBERANG PERAI

Farrah Waheda binti Abdullah1, Mohd Rosli bin Saad1 1

Politeknik Seberang Perai Abstrak

Politeknik Malaysia memberi fokus kepada pedagogi abad ke-21 yang menuju ke arah pembelajaran dalam talian pada tahap global. Kursus atas talian secara berskala besar (MOOC) merupakan satu pendekatan teknologi pendidikan untuk meningkatkan kualiti dan kebolehcapaian pendidikan tinggi di Malaysia. Kejayaan MOOC yang kini menjadi fenomena di Malaysia memerlukan penglibatan menyeluruh daripada semua pihak yang berkepentingan dalam dunia pendidikan. Kajian terhadap penerimaan MOOC dalam kalangan pendidik di Malaysia masih dikatakan terhad berdasarkan kajian-kajian lepas. Oleh itu, tujuan kajian-kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji persepsi pensyarah Politeknik Seberang Perai (PSP) terhadap MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) bagi melihat faktor yang mempengaruhi penerimaan pensyarah terhadap MOOC. Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 183 pensyarah PSP terlibat sebagai responden. Analisis data kajian dijalankan secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 23.0. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa pemboleh ubah bebas UTAUT iaitu jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan mempunyai pengaruh yang positif terhadap penerimaan MOOC dalam kalangan pensyarah PSP. Secara kesimpulannya, penggunaan MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran berpotensi untuk mencapai lonjakan pendidikan dan seterusnya dapat memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 secara global.

PENGENALAN

Teknologi maklumat bermula sekitar abad ke-19 telah berevolusi dengan pantas. Dalam pendidikan juga, teknologi amat memainkan peranan penting bagi membolehkan perkembangan pendidikan tidak berada dalam keadaan statik dan seterusnya sentiasa mengikuti peredaran masa (Ramlan, Ahmad & Wan Mohd. Rashid, 2009). Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan satu persekitaran pembelajaran yang inovatif yang membolehkan rangsangan dan peningkatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Surry & Ely, 2002).

Kebelakangan ini, pendidikan terbuka yang berteraskan teknologi maklumat dengan capaian internet telah menjadi fenomena global yang membolehkan perkembangan capaian pendidikan formal dan tidak formal pada semua peringkat (UNESCO, 2012). Pendidikan terbuka seperti Open Access, Open Educational Resources (OER), Open Scholar, OpenCourseWare (OCW) telah digunakan bagi membolehkan perkongsian secara kolaborasi dalam kalangan penyelidik. Salah satu pendekatan pembelajaran terbuka yang

seringkali disebut ialah MOOC iaitu Massive Open Online Course. Asal-usul MOOC boleh dikesan pada sekitar awal tahun 2000 ketika kemunculan dan pergerakan ke arah sumber terbuka, akses terbuka dan Open Courseware, (Zawacki-Richter & Naidu, 2016) namun secara asasnya, MOOC ini diperkenalkan pada tahun 2008 di Universiti Manitoba, Kanada (Baggaley, 2013). MOOC dibezakan daripada penawaran kursus dalam talian iaitu pendaftaran tanpa had yang biasanya melibatkan saiz kelas sehingga ribuan pelajar, penghantaran meluas, kekurangan yuran pengajian dan prasyarat, kecenderungan untuk tidak dikira sebagai jam kredit, dan juga MOOC ini telah menerima perhatian dalam jumlah yang besar di media popular (Deale, 2015). MOOC pertama kali dilancarkan di Malaysia adalah pada tahun 2013 yang bermula daripada Taylor’s University seterusnya menjadi fenomena di institusi pendidikan tinggi di Malaysia, iaitu pada 2014 menjadikan lima lagi institusi pendidikan tinggi turut mula menawarkan MOOC dalam dua platform yang berbeza (Mansor Fadzil, Latifah, Tengku Amina Munira, 2015). Penggunaan MOOC di Malaysia kini berkembang seiring dengan beberapa penting

(2)

1754 dalam perancangan negara seperti rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020), Model Ekonomi Negara, Program Transformasi Ekonomi dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dijangka untuk Pendidikan Tinggi (2015-2015); yang turut menyatakan bahawa pembelajaran atas talian sebagai komponen penting dalam mekanisme penyampaian dalam MOOC. Kementerian Pelajaran juga mengisytiharkan matlamat Malaysia untuk memanfaatkan MOOC sebagai satu kelebihan daripada teknologi untuk meningkatkan kualiti dan meluaskan akses kepada pendidikan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2014). Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia juga turut melancarkan program MOOC Malaysia pada 18 September 2014 sebagai salah satu inisiatif dalam lonjakan ke-9 Pelan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), iaitu Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global untuk meningkatkan kualiti dan kebolehcapaian pendidikan tinggi di Malaysia (Kementerian Pengajian Tinggi, 2015). Pada bulan Oktober 2014, Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan Kedua) mengisytiharkan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang melaksanakan MOOC untuk semua universiti awam dan satu-satunya negara di mana MOOC dilaksanakan pada skala kebangsaan melalui inisiatif kerajaan. Taylor’s University dan Open University Malaysia (OUM) turut melaporkan bahawa MOOC yang telah dilancarkan oleh institusi mereka telah berjaya menarik pelajar antarabangsa (Digital News Asia, 2014). OUM juga turut telah berkolaborasi dengan syarikat Apple bagi menawarkan MOOC melalui iTunes U yang boleh dicapai oleh pengguna iPad ataupun iPhone (Woo et al, 2015). Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia turut mengambil peluang untuk melancarkan platform MOOC politeknik, iaitu PoliMOOC pada tahun 2016 yang menyediakan pelbagai kursus bersesuaian dengan bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi mewujudkan amalan pendidikan fleksibel. (Bernama, 2016).

PERNYATAAN MASALAH

Semenjak MOOC diperkenalkan dan pertama kali dibangunkan oleh Taylor's Universiti seterusnya pelancaran platform MOOC Malaysia pada tahun 18 September 2014 (Open Learning, 2014), peratusan penglibatan pendidik dalam mewujudkan platform MOOC

di laman web MOOC Malaysia adalah memberangsangkan. Namun begitu untuk MOOC Politeknik Malaysia, iaitu PoliMOOC pula, hanya terdapat 15 kursus yang dibangunkan di platform ini yang hanya tertumpu kepada beberapa topik dalam kursus-kursus yang ditawarkan di politeknik berbanding ratusan kursus yang ditawarkan. Seterusnya merujuk kepada MOOC Politeknik Seberang Perai khususnya, hanya terdapat satu kursus MOOC yang telah dibangunkan oleh Unit Logistik, Jabatan Perdagangan dalam platform MOOC Politeknik Seberang Perai (PoliMOOC, 2017). MOOC di Malaysia secara jelas masih mempunyai banyak isu yang perlu dikenal pasti dan lompongan yang perlu diatasi. Menurut Mansor Fadzil et al (2015), MOOC masih mempunyai ruang untuk tujuan penambahbaikan yang mana disokong oleh Tan (2014) yang turut menyatakan bahawa terdapat isu berkaitan susun atur yang berbeza-beza, kualiti dan struktur kursus, penyelarasan dan infrastruktur. Menurut Norliza dan Mohamad Sahari (2016), tidak banyak kajian dan penulisan yang dijalankan terhadap MOOC dalam konteks di Malaysia yang membolehkan MOOC dilihat dari perspektif pensyarah universiti awam; juga terdapat kekurangan kajian terhadap MOOC dalam kalangan pendidik dalam konteks di Malaysia terutama di politeknik. Dengan ini, kajian yang dilakukan ini melihat dan mengenalpasti penerimaan pensyarah Politeknik Seberang Perai terhadap MOOC untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan samada jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan mempengaruhi penerimaan pensyarah Politeknik Seberang Perai terhadap MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran.

SOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang diketengahkan adalah: Adakah jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan mempengaruhi penerimaan pensyarah Politeknik Seberang Perai terhadap MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran?

(3)

1755 KEPENTINGAN KAJIAN

Pertambahan kemasukan pelajar adalah disebabkan oleh inovasi dalam pendidikan seperti MOOC yang secara tidak langsung turut memerlukan tenaga pengajar yang berkelayakan dalam bidang pendidikan atas talian. Ini memerlukan perancangan strategik untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar baru. Kemahiran yang diperlukan untuk mengajar dalam talian adalah berbeza daripada kemahiran mengajar secara kaedah tradisional. Institusi yang mahu mengekalkan kelebihan daya saing dan menukar status quo (Mitchell & Geva-May, 2009) memerlukan melakukan perubahan dalam perancangan pendidikan.

Kajian ini bermula dengan pelaksanaan beberapa bengkel Pembangunan MOOC anjuran Politeknik Seberang Perai pada tahun ini yang merupakan salah satu inisiatif dalam lonjakan ke-9 Pelan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) dalam memperkasakan pembelajaran atas talian secara global (Kementerian Pendidikan Tinggi, 2015).

SOROTAN KAJIAN

Teknologi adalah trend utama dalam menyampaikan pembelajaran yang lebih cepat, mudah dan dengan kaedah yang berkesan. Keperluan untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai dalam skala yang besar telah membawa kepada ledakan pelbagai inovasi teknologi dalam pendidikan (Uden, Sinclair, Tao & Liberona, 2014). Kenyataan ini adalah selari dengan kewujudan MOOC yang menawarkan kursus dalam talian yang dibina oleh profesional dan digunakan jumlah pelajar yang ramai sekaligus menggredkan tugasan pelajar secara automatik. Dalam konteks MOOC di Malaysia, kajian oleh Mansor, Latifah & Tengku Amina (2015) menyatakan tahap jaminan kualiti, penilaian dan akreditasi untuk MOOC yang telah ditawarkan oleh enam institusi tinggi di Malaysia masih di tahap awal. Mansor et al. (2015) mendapati tiga persoalan yang membawa kepada pandangan umum tentang MOOC di Malaysia dan seterusnya boleh menunjukkan potensi arah tuju dan prospek masa depan untuk pembangunan MOOC di negara ini. Kajian Mansor et al. (2015) juga turut menunjukkan bahawa hanya satu institusi

pendidikan terbuka dan swasta yang menawarkan MOOC secara aktif pada waktu itu. Mansor et al. (2015) juga mendapati terdapat banyak ruang penambahbaikan yang perlu dilihat dalam MOOC di Malaysia seperti penyelarasan, pelajar, capaian bahan pembelajaran yang memerlukan lebar jalur yang tinggi dan relevan dari segi pembelajaran.

Kajian Norliza Ghazali & Mohamad Sahari Nordin (2016) turut menyatakan kelebihan MOOC yang menggunakan media video sebagai peluang penyediaan diri kepada pelajar untuk meningkatkan penglibatan mereka semasa waktu kelas. MOOC yang dibangunkan dengan berkualiti mampu membantu pendidik dalam menjimatkan masa untuk mengulang semula pengetahuan asas dan melebihkan masa pengajaran dan pembelajaran ke arah perbincangan, pertukaran idea, menjawab persoalan yang lebih rumit dengan kaedah yang lebih berkesan dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pengajaran. Namun Norliza & Mohamad Sahari (2016) turut mendapati cabaran membangunkan MOOC memerlukan masa dan pelaburan, berhadapan dengan masalah teknikal, isu keberkesanan diri dan sokongan pihak pengurusan tertinggi yang perlu dihadapi oleh pendidik.

Kajian daripada Haleh Rajabi & Sirje Virkus (2013) membahagikan kepada dua pihak terlibat dengan MOOC iaitu pelajar dan staf akademik. Dapatan kajian menunjukkan pelajar memberikan sikap yang positif terhadap MOOC. Tiga jangkaan utama pelajar terhadap MOOC iaitu pendidikan yang berkualiti tinggi, pengiktirafan sijil yang ditawarkan dan sokongan pendidik. Pendidik turut memberikan pandangan positif terhadap MOOC yang merupakan satu kaedah baru dalam menyampaikan pengajaran namun mempunyai kekangan masa dan kepakaran dalam membangunkan MOOC. Seterusnya kenyataan kekangan ini disokong oleh penulisan Jen Ross et al. (2014) yang mana peranan guru adalah sangat kompleks. Pembelajaran tidak boleh dipindahkan dengan mudah namun memerlukan pengalaman dan tidak boleh digantikan sepenuhnya dengan persekitaran teknologi. Jen Ross et al. (2014) turut menyatakan bahawa kebanyakan dialog tentang pengekalan, akses serta makna dan tujuan MOOC lebih memfokuskan kepada pelajar namun tidak menjurus kepada isu

(4)

1756 pendidik. Oleh itu, kajian yang dilakukan oleh Jen Ross et al. (2014) adalah meneroka pembinaan guru yang telah muncul dalam literasi MOOC dan juga mencabar andaian asas tentang pengajaran. Wright (2014) dalam kajiannya membincangkan bahawa pendidik yang berkelayakan diperlukan untuk mengekalkan kelebihan daya saing seterusnya memperkembangkan penawaran kursus atas talian di universiti. Oleh itu, pendidik memerlukan kemahiran yang berbeza dan teknik pengajaran atas talian yang seiring dengan masa kini. Dapatan kajian Wright (2014) menunjukkan bahawa fleksibiliti dan mudah merupakan perkara asas dalam memotivasikan pendidik untuk mengajar secara atas talian serta, keupayaan untuk mencapai pelbagai pelajar yang berbeza. Kajian Wright (2014) turut mengutarakan isu masa, usaha yang diperlukan dan tahap kualiti sebagai halangan dalam pengajaran atas talian. Kajian daripada Suzannah Evans dan Jessica Gall Myrick (2015) menyatakan bahawa pendidik memerlukan campur tangan daripada pihak fakulti. Pembangunan MOOC merupakan cabaran yang yang besar kerana perlu dibangunkan untuk skala yang besar dan memerlukan usaha yang tinggi. Kajian ini turut menyatakan bahawa pendidik bersedia membangunkan MOOC kerana MOOC dapat mencapai jumlah pelajar yang ramai dalam satu masa namun komitmen pelajar turut menjadi isu. Pendidik merasakan MOOC ini adalah ideal terhadap pelajar yang boleh melakukan pembelajaran kendiri dan mempunyai motivasi diri. Kajian Suzannah & Jessica (2015) ini turut menyokong bahawa halangan dalam pelaksanaan MOOC secara global melibatkan kekangan bahasa, budaya dan kelajuan capaian Internet. Dapatan kajian Suzannah & Jessica (2015) mendapati pendidik menyatakan bahawa MOOC telah mengambil kebanyakan masa dan memerlukan usaha yang tinggi dalam melaksanakan MOOC dan terdapat penurunan penglibatan secara terus dan interaksi secara peribadi antara pendidik dan pelajar setelah MOOC dilaksanakan untuk kursus di universiti. Brown, Costello, Donlon & Giollamhichil (2016) dalam kajiannya turut membincangkan bahawa sebarang keputusan strategik dalam pelaburan dalam MOOC perlu dipertimbangkan berbanding peluang inovasi lain kerana melibatkan pendidik dan pemimpin akademik yang mungkin terganggu dari

kerja-kerja yang lebih penting. Brown et al. (2016) mengetengahkan isu cabaran ini perlu dilihat sebaiknya kerana melibatkan risiko kewangan dan reputasi yang ketara kepada institusi. Clifford Fyle (2013) pula mengetengahkan isu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu diperolehi oleh guru sepanjang kerjaya mereka untuk pembangunan diri dalam menyumbang manfaat kepada dunia pendidikan. Pendedahan terhadap MOOC mampu memberikan impak positif kepada pandangan pendidik melalui dapatan kajian Ospina-Delgado, Garcia-Benau & Zorio-Grima (2016) di mana pendidik menyatakan bahawa MOOC adalah berguna dalam proses pembelajaran dan memberi kelebihan dari segi fleksibiliti dan berpotensi tinggi untuk pembelajaran autonomi. Czerniewicz, Glover, Deacon & Walji (2016) turut menyatakan bahawa terdapat perubahan pemahaman pedagogi, usaha, sikap dan keterbukaan dalam kalangan pendidik setelah menggunakan MOOC. Cynthia Deale (2015) dalam kajiannya mendapati bahawa wujud persepsi pendidik yang neutral terhadap MOOC.

METODOLOGI KAJIAN

Tinjauan ini bertujuan untuk melihat, mengukur dan menilai hubungan antara pemboleh ubah bebas iaitu jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan MOOC terhadap pemboleh ubah tidak bersandar iaitu niat tingkahlaku yang dimoderasi oleh umur, jantina, kelulusan akademik, jabatan berkhidmat dan pengalaman mengajar. Kajian ini dilakukan di Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang, Malaysia yang mempunyai seramai 348 pensyarah akademik daripada empat jabatan induk dan tiga jabatan sokongan. Berpandukan formula oleh Krejcie dan Morgan, didapati saiz sampel yang paling minima bagi populasi seramai 348 orang ialah 183 orang. Pensampelan kajian ini dibuat menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Set soal selidik ini diambil daripada kajian Agripah Kandiero (2015) yang diadaptasi daripada Mtebe & Raisamo (2014) dan diubahsuai mengikut kesesuaian kajian MOOC. Pengukuran yang digunakan dalam set soal selidik ini adalah menggunakan skala likert lima poin atau peringkat bermula dari 1(sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju). Set ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.

(5)

1757 Bahagian A merupakan soalan demografi pensyarah yang mengandungi lima item yang meliputi ciri-ciri responden seperti jantina, umur, tahap pendidikan tertinggi, umur, tempoh pengalaman mengajar dan jabatan akademik di Politeknik Seberang Perai. Bahagian B terbahagi maklumat latar belakang yang mempunyai 10 soalan asas berkaitan

MOOC untuk mengetahui pengetahuan dan tahap penglibatan pensyarah dalam MOOC. Soalan dalam bahagian ini adalah berbentuk aneka pilihan iaitu ya atau tidak; dan pilihan. Bahagian C terdiri daripada 38 soalan yang terbahagi kepada lima bahagian konstruks iaitu seperti dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Konstruk dan bilangan item.

No Konstruks Bilangan Item Nombor Item

i) Bahagian i: Jangkaan Prestasi 11 (13, 14, 18, 19, 24, 26, 27, 35, 36, 39, 40) ii) Bahagian ii: Jangkaan Usaha 7 (10, 21-23, 33, 34, 37)

iii) Bahagian iii: Pengaruh Sosial 6 (15-17, 25, 28, 30) iv) Bahagian iv: Keadaan Kemudahan 10 (1-5, 9, 12, 29, 31,32) v) Bahagian v: Niat Tingkah Laku 4 (11, 41-43)

DAPATAN KAJIAN

Seramai 183 orang pensyarah telah menjawab soal selidik yang dijalankan yang dijadikan sampel berdasarkan persampelan oleh Krecjie dan Morgan (1970). Profil responden memaparkan maklumat berkaitan umur, jantina, tahap pendidikan tertinggi, pengalaman mengajar dan jabatan akademik responden. Bilangan responden yang paling ramai ialah dari kumpulan umur 31 tahun hingga 35 tahun iaitu sebanyak 78 orang (42.6 %). Manakala responden yang berumur 51 tahun hingga 55 tahun dan 56 tahun hingga 60 tahun adalah responden yang paling sedikit iaitu masing-masing 4 orang (2.2%). Data kajian berdasarkan jantina menunjukkan responden lelaki ialah seramai 83 orang (45.4 %) manakala responden perempuan pula ialah seramai 100 orang (54.6 %). Didapati bahawa majoriti responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada lulusan sarjana iaitu seramai 95 orang (51.9%) yang terlibat sebagai responden. Hanya lima responden (2.7%) yang memiliki diploma dan 4 orang responden (2.2%) yang memiliki PhD terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Jumlah responden yang telah mengajar selama enam tahun hingga 10 tahun adalah yang paling ramai iaitu seramai 80 responden atau 43.7%. Bilangan responden yang paling sedikit terlibat dalam kajian ini adalah dalam kalangan responden yang berkhidmat antara 31-35 tahun.

ANALISIS MAKLUMAT ASAS

TENTANG MOOC DALAM KALANGAN PENSYARAH.

Seramai 131 orang (71.6%) responden pernah mengetahui tentang MOOC manakala hanya 52 orang (28.4%) responden masih tidak pernah mengetahui tentang MOOC manakala seramai 147 orang (80.3%) pensyarah yang tidak pernah menggunakan MOOC manakala hanya 36 orang (19.7%) pensyarah sahaja yang pernah menggunakan MOOC. Walaupun kebanyakan pensyarah mengetahui tentang MOOC namun hanya sebilangan kecil pensyarah yang pernah menggunakan MOOC.

Melalui dapatan yang diperolehi, terdapat seramai 146 orang (79.8%) pensyarah tidak pernah mendaftarkan diri sebagai pelajar, manakala 19 orang (10.4%) pensyarah pernah mendaftarkan diri dalam sekurang-kurangnya satu kursus MOOC. Seterusnya lapan orang (4.4%) pensyarah telah mendaftarkan diri dalam dua kursus MOOC, diikuti enam orang (3.3%) pensyarah telah mendaftar lebih daripada lima kursus secara MOOC. Hanya tiga orang (1.6%) pensyarah yang mendaftar tiga kursus MOOC manakala seorang (.5%) pensyarah sahaja yang telah mendaftar lima kursus MOOC. Namun begitu terdapat perancangan dalam kalangan pensyarah untuk menyertai MOOC iaitu seramai 101 orang ( 55.2%) pensyarah yang bercadang untuk menyertai MOOC manakala 82 orang (44.8%) pensyarah sahaja yang tidak bercadang untuk menyertai MOOC. Dapatan untuk melihat bilangan pensyarah mengikut tahap pengetahuan mereka terhadap MOOC menunjukkan bilangan tertinggi adalah

(6)

1758 seramai 93 orang ( 50.8%) pensyarah yang hanya mendengar dan membaca mengenai MOOC diikuti 38 orang (20.8%) pensyarah yang tidak pernah mendengar mengenai MOOC. Seramai 16 orang (8.7%) pensyarah yang sedang mengikuti MOOC pada masa ini diikuti 14 orang (7.7%) yang telah membangunkan MOOC. Seterusnya 13 orang (7.1%) masih mencari kursus MOOC yang bersesuaian untuk mendaftar sebagai pelajar manakala 5 orang (2.7%) telah mendaftar namun tidak berjaya menamatkan kursus MOOC sehingga tamat. Dan bilangan pensyarah yang telah berjaya menamatkan kursus MOOC merupakan peratus yang paling sedikit iaitu hanya 2.2% yang diwakili oleh empat orang pensyarah sahaja.

Platform MOOC yang pernah didengari oleh pensyarah turut dikaji dalam kajian ini. Platform yang tertinggi selalu didengari oleh pensyarah adalah platform Open Learning sebanyak 88 pilihan (35.5%) diikuti platform The Open Learning iaitu sebanyak 56 pilihan (22.6%). Seterusnya hanya 17 pilihan (6.9%) untuk platform Coursera, 7 pilihan (2.8%) untuk Udacity dan satu pilihan (0.4%) untuk setiap platform edX, NPTEL dan SWAYAM masing-masing. Namun begitu sebanyak 51 pilihan (20.6%) yang menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar mana-mana platform seperti yang disenaraikan dalam kajian ini. Kajian ini turut menunjukkan sumber pengetahuan MOOC oleh pensyarah. Bilangan tertinggi pensyarah yang mengetahui tentang MOOC adalah melalui rakan iaitu sebanyak 104 pilihan (42.8%). Seterusnya pensyarah mengetahui tentang MOOC adalah daripada seminar atau kursus mengenai MOOC iaitu sebanyak 47 pilihan (19.3%), diikuti melalui capaian Internet iaitu sebanyak 40 pilihan (16.5%). Hanya 9 pilihan (3.7%) yang mengetahui tentang MOOC melalui artikel yang dimuatkan dalam jurnal penulisan dan 5 pilihan (2.1%) yang mengetahui tentang

MOOC melalui forum yang dikunjungi. Seterusnya saluran suratkhabar adalah sumber maklumat yang paling sedikit dipilih oleh pensyarah iaitu sebanyak 3 pilihan sahaja (14.4%). Namun terdapat 33 pilihan (14.4%) merupakan sumber pilihan pengetahuan tentang MOOC dalam kalangan pensyarah selain daripada sumber yang disenaraikan dalam kajian ini. Majoriti pensyarah mendapat maklumat mengenai MOOC adalah melalui komunikasi antara rakan-rakan yang mampu memberikan impak positif terhadap pengetahuan teknologi pendidikan masa kini. Terdapat beberapa kekangan yang dirasakan oleh pensyarah yang belum pernah mengikuti MOOC. Bilangan pensyarah yang merasakan MOOC memerlukan komitmen masa yang tertentu merupakan pilihan tertinggi iaitu sebanyak 84 pilihan (45.2%), diikuti oleh 45 pilihan (24.2%) yang menyatakan bahawa mereka tidak tahu menahu mengenai MOOC yang menyebabkan mereka tidak pernah mengikuti MOOC. Manakala 33 pendapat (17.7%) yang menyatakan bahawa mereka tidak dapat mengenal pasti faedah atau kegunaan MOOC kepada mereka dan 24 pilihan (12.9%) pensyarah yang merasakan tiada keperluan untuk mereka mengikuti MOOC buat masa ini.

ANALISIS DESKRIPTIF ITEM KAJIAN. Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat penerimaan MOOC dalam kalangan pensyarah Politeknik Seberang Perai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada empat konstruk pemboleh ubah bebas yang dijana daripada model UTAUT. Empat pemboleh ubah bebas penerimaan itu ialah jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan. Perbezaan min dan sisihan piawai bagi setiap empat pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini dapat dilihat dalam Jadual 2.

Jadual 2: Perbezaan Min Dan Sisihan Piawai Penerimaan MOOC Mengikut Setiap Pemboleh Ubah Bebas

Pemboleh Ubah Bebas Min SP

Jangkaan Prestasi 3.48 .53

Jangkaan Usaha 3.13 .53

Pengaruh Sosial 3.37 .58

(7)

1759 Berdasarkan Jadual 2 dapat dinyatakan bahawa secara keseluruhan penerimaan MOOC dalam kalangan pensyarah berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min 3.34 dan sisihan piawai .46. Pemboleh ubah bebas yang paling mempengaruhi penerimaan terhadap MOOC ialah jangkaan prestasi iaitu nilai min 3.48 dan sisihan piawai .53. Pemboleh ubah bebas yang paling kurang

mempengaruhi penerimaan terhadap MOOC ialah jangkaan usaha tetapi masih berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min 3.13 dan sisihan piawai ialah .53. Sebanyak 11 soal selidik telah dikategorikan mengikut konstruks pemboleh ubah bebas jangkaan prestasi seperti jadual 3.

Jadual 3: Min dan Sisihan Piawai Item Penerimaan MOOC Oleh Pensyarah Mengikut Pemboleh Ubah Bebas: Jangkaan Prestasi

Item Min SP

13. Saya merasakan bahawa MOOC dapat menggalakkan saya untuk menukar cara pengajaran dan perhubungan dengan pelajar

3.54 .69

14. Saya merasakan bahawa MOOC boleh menjadikan saya merasa lebih seronok mengajar 3.38 .77 18. Saya yakin sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan efektif dengan

penggunaan aplikasi MOOC.

3.55 .65

19. Saya merasakan pembelajaran melalui MOOC membenarkan saya untuk mengajar di mana- mana sahaja dan pada bila-bila masa.

3.73 .58

24. Saya yakin pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi MOOC lebih efisien dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar saya berbanding pengajaran secara tradisional (mengajar di dalam kelas).

3.27 .80

26. Saya yakin pembelajaran dan pengajaran melalui MOOC lebih banyak kebaikan daripada keburukan

3.34 .76

27. Saya merasakan bahawa MOOC adalah satu kaedah yang berkesan untuk P & P interaktif.

3.57 .69

35. Saya merasakan MOOC menjadikan pengajaran saya lebih menarik dan santai berbanding kaedah tradisional

3.39 .67

36. Saya merasakan dengan mengaplikasikan MOOC dalam pengajaran membantu saya memperbaiki kemahiran pengajaran saya

3.37 .64

38. MOOC boleh membekalkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baik. 3.52 .69 39. Dengan menggunakan MOOC, pelajar saya dapat mencapai bahan secara atas talian. 3.66 .65

Jangkaan Prestasi 3.48 .53

Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian tentang jangkaan prestasi MOOC. Pada umumnya, tahap jangkaan prestasi berada pada tahap yang sederhana apabila min 3.48 dengan sisihan piawai .53. Semua item yang dikaji menunjukkan nilai min adalah antara 3.27 hingga 3.73 yang berada pada tahap sederhana. Aspek tertinggi min jangkaan prestasi terhadap MOOC ialah pembelajaran melalui MOOC

boleh dilaksanakan tanpa mengira masa dan tempat dengan nilai min 3.73 dan sisihan piawai adalah .58. Sementara item yang mencatatkan nilai min yang paling rendah ialah keyakinan pengajaran dan pembelajaran melalui MOOC menjadi lebih efisien dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar berbanding pengajaran secara tradisional (mengajar di dalam kelas) dengan nilai min adalah 3.27 (SP =.80). Jadual 4 mempunyai

(8)

1760 tujuh soal selidik yang telah dikategorikan mengikut konstruks pemboleh ubah bebas

jangkaan usaha.

Jadual 4: Min dan Sisihan Piawai Item Penerimaan MOOC Oleh Pensyarah Mengikut Pemboleh Ubah Bebas: Jangkaan Usaha

Item Min SP

10. Saya merasakan MOOC mudah dipelajari dan berminat untuk mempelajarinya 3.57 .69 21. Saya sendiri sedang mengaplikasikan aplikasi MOOC dalam pengajaran saya di

politeknik

2.70 .93

22. Saya merasakan penggunaan aplikasi MOOC sangat mudah difahami baik kepada pensyarah mahupun pelajar.

3.19 .73

23. Saya merasakan bahawa aplikasi MOOC memudahkan tugasan saya sebagai pensyarah kerana segala-galanya hanya di hujung jari sahaja.

3.51 .75

33. Saya mempunyai masa yang mencukupi untuk persediaan bahan untuk MOOC. 2.66 .86 34. Saya mempunyai masa yang mencukupi untuk melaksanakan MOOC dalam P&P. 2.91 .79 37. Saya merasakan pengajaran mudah dilaksanakan dengan penggunaan MOOC. 3.33 .61

Jangkaan Usaha 3.13 .53

Jadual 4 menunjukkan dapatan kajian tentang jangkaan usaha terhadap penerimaan MOOC. Pada umumnya, jangkaan usaha juga berada pada tahap yang sederhana sahaja dengan nilai min 3.13 manakala sisihan piawai .53. Semua item yang dikaji menunjukkan nilai min antara 2.66 sehingga 3.57. Aspek yang tertinggi bagi jangkaan usaha ialah pensyarah merasakan MOOC mudah dipelajari dan berminat untuk

mempelajarinya iaitu (M= 3.57, SP = 0.69). Item yang paling rendah min jangkaan usaha ialah pensyarah mempunyai masa yang mencukupi untuk persediaan bahan untuk MOOC dengan nilai min ialah 2.66 dan sisihan piawai .86. Sebanyak enam soal selidik telah dikategorikan mengikut konstruks pemboleh ubah bebas pengaruh sosial seperti jadual 5.

Jadual 5: Min dan Sisihan Piawai Item Penerimaan MOOC Oleh Pensyarah Mengikut Pemboleh Ubah Bebas: Pengaruh Sosial

Item Min SP

15. Saya merasakan saya boleh berasa seronok bekerja bersama rakan dalam menyediakan rancangan pelajaran menggunakan MOOC

3.36 0.73

16. Saya bersedia untuk menghadapi cabaran baru berkaitan dengan MOOC jika keadaan sekitar memerlukan saya berubah

3.45 0.75

17. Saya merasakan saya gembira membincangkan tentang MOOC dengan sesiapa sahaja 3.26 0.77 25. Saya menyokong jika pensyarah perlu mengaplikasi MOOC secara menyeluruh di

politeknik bagi menggantikan sistem pengajaran dan pembelajaran tradisional

3.11 0.89

28. MOOC perlu dipraktikkan oleh semua pendidik 3.44 0.74

30. MOOC merupakan satu keperluan PnP masa kini bagi seiring dengan kehendak semasa

3.57 0.71

(9)

1761 Jadual 5 menunjukkan dapatan kajian tentang pengaruh sosial dalam kalangan pensyarah untuk penerimaan MOOC. Pada umumnya, tahap pengaruh sosial adalah pada tahap sederhana dengan nilai min ialah 3.37 dan sisihan piawai ialah .58. Semua item yang

dikaji menunjukkan nilai min antara 3.11 sehingga 3.57. Jadual 6 mempunyai sembilan soal selidik yang telah dikategorikan mengikut konstruks pemboleh ubah bebas keadaan kemudahan.

Jadual 6: Min dan Sisihan Piawai Item Penerimaan MOOC Oleh Pensyarah Mengikut Pemboleh Ubah Bebas: Keadaan Kemudahan

Item Min SP

1. Saya pernah didedahkan mengenai MOOC semasa di universiti. 2.13 1.03 2. Saya pernah didedahkan mengenai MOOC semasa dalam perkhidmatan. 3.19 1.02 3. Latihan mengenai MOOC penting untuk meningkatkan pengetahuan pensyarah

terhadap ciri-ciri MOOC.

3.82 .82

4. Latihan MOOC boleh memberikan input yang mencukupi untuk pensyarah melaksanakan MOOC dalam pengajaran

3.60 .86

5. Latihan MOOC membolehkan pensyarah menggunakan MOOC dalam pengajaran. 3.68 .82 9. Saya memahami aspek-aspek etika yang berkaitan penggunaan teknologi maklumat

secara terbuka

3.79 .61

12. Saya telah menggunakan MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran di politeknik 2.54 1.02 29. MOOC bergantung kepada kemudahan Internet untuk pelaksanaannya 4.24 .72 32. Bahan dan sumber untuk melaksanakan MOOC adalah mencukupi. 2.87 .79

Keadaan Kemudahan 3.32 .49

Jadual 6 menunjukkan dapatan kajian tentang keadaan kemudahan untuk penerimaan MOOC dalam kalangan pensyarah. Pada dasarnya, tahap keadaan kemudahan berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min ialah 3.32 dan sisihan piawai ialah .49. Semua item yang dikaji menunjukkan nilai min antara 2.13 hingga 3.82. Nilai min tertinggi untuk keadaan kemudahan ialah latihan mengenai MOOC adalah penting untuk meningkatkan pengetahuan pensyarah terhadap ciri-ciri MOOC apabila min ialah 3.82 dan sisihan piawai ialah .82. Aspek yang paling rendah untuk keadaan kemudahan pula ialah pendedahan mengenai MOOC semasa di universiti apabila min 2.13 dan sisihan piawai 1.03. Ini disebabkan MOOC baru sahaja diperkenalkan di Malaysia secara meluas pada tahun 2014.

Niat tingkah laku yang dibincangkan dalam model UTAUT diandaikan sebagai penerimaan MOOC dalam kalangan pensyarah

politeknik. Niat tingkah laku dalam jadual 16 merupakan satu pemboleh ubah bersandar yang dipengaruhi oleh pemboleh ubah bebas yang telah dibincangkan sebelum ini. Sebanyak empat soal selidik telah dikategorikan mengikut konstruks pemboleh ubah bersandar seperti jadual 7.

(10)

1762

Jadual 7: Min dan Sisihan Piawai Item Penerimaan MOOC Oleh Pensyarah Mengikut Pemboleh Ubah Bebas: Niat Tingkah Laku

Item Min SP

11. Saya akan memperkenalkan MOOC kepada pelajar saya 3.53 .65 40. Saya merasakan bahawa saya berupaya menyediakan bahan pengajaran untuk tujuan

MOOC 3.36 .70

41. Jika perlu, saya akan meminta bantuan daripada agensi luar untuk mendapatkan

bahan pengajaran untuk tujuan MOOC. 3.26 .69

42. Saya tidak yakin untuk melaksanakan MOOC dalam pengajaran kerana kurang

pengetahuan tentang MOOC. 3.31 .73

Niat Tingkah Laku 3.36 .51

Dapatan dari jadual 7 menunjukkan tahap penerimaan MOOC yang dijana daripada pemboleh ubah bersandar iaitu niat tingkah laku adalah berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min ialah 3.36 dengan sisihan piawai ialah .51. Semua item yang dikaji menunjukkan nilai min antara 3.26 hingga 3.53. Nilai min tertinggi untuk niat tingkah laku penerimaan MOOC ialah pensyarah bercadang untuk memperkenalkan MOOC kepada pelajar politeknik apabila min ialah 3.53 dan sisihan piawai ialah .65. Aspek yang kedua tinggi ialah pensyarah merasakan bahawa mereka berupaya menyediakan bahan pengajaran untuk tujuan MOOC dengan nilai min ialah 3.36 dan sisihan piawai ialah .70. Aspek yang paling rendah untuk niat tingkah laku pula ialah meminta bantuan daripada agensi luar untuk mendapatkan bahan pengajaran untuk tujuan MOOC apabila min 3.26 dan sisihan piawai .69. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan secara keseluruhannya niat tingkah laku terhadap penerimaan MOOC dalam kalangan pensyarah Politeknik Seberang Perai adalah pada tahap yang sederhana.

PERBINCANGAN

Kajian ini membincangkan hasil analisis terhadap ujian yang telah dijalankan kepada 183 responden yang terdiri daripada pensyarah Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Perbincangan ditumpukan kepada ringkasan kajian, perbincangan hasil dapatan, implikasi dapatan kajian, cadangan untuk kajian lanjut pada masa depan dan kesimpulan.

Dapatan analisis menunjukkan jangkaan prestasi meramalkan pengaruh yang positif dan signifikan terhadap penerimaan MOOC dalam kalangan pensyarah seiring dengan kajian oleh Agripah Kandiero (2015). Pensyarah merasakan MOOC boleh menggalakkan mereka untuk menukar kaedah pengajaran ke arah teknologi supaya seiring dengan pendidikan abad ke 21 kini dan menjadikan pensyarah lebih seronok untuk mengajar seterusnya pensyarah merasa yakin bahawa MOOC mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan efektif. Jangkaan prestasi terhadap MOOC dalam penyampaian pengajaran yang berbeza dengan cara tradisional menguatkan persepsi pensyarah terhadap MOOC dan turut dibincangkan dalam kajian Cynthia Deale (2015), Suzannah Evans & Jessica Myrick (2015) dan Norazah Nordin, Helmi Norman & Mohamad Amin Embi (2015). Dapatan analisis menunjukkan jangkaan usaha meramalkan pengaruh yang positif terhadap penerimaan MOOC dalam kalangan pensyarah seiring dengan kajian oleh Mtebe & Raisamo (2014). Dapatan kajian ini juga pernah ditunjukkan dalam kajian Gordon Ouma, Fredrick Awuor,

(11)

1763

Benjamin Kyambo (2013) dan Mansor Fadzil, Zorah Abu Kassim, Thirumni Subramaniam (2016). Jangkaan usaha terhadap MOOC memberikan pengaruh positif terhadap penerimaan MOOC dalam kalangan pensyarah kerana mereka menjangkakan penggunaan MOOC mampu memudahkan tugasan mereka kerana pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan secara atas talian di hujung jari. Ini seiring dengan dapatan kajian oleh Norliza Ghazali & Mohamad Sahari Nordin (2016). Namun begitu persediaan untuk membangunkan MOOC memerlukan masa dan usaha yang sangat komited daripada pensyarah. Dapatan analisis menunjukkan pengaruh sosial meramalkan pengaruh yang positif dan signifikan terhadap penerimaan MOOC dalam kalangan pensyarah seiring dengan kajian oleh Agripah Kandeiro (2015). Pengaruh sosial dari segi persekitaran yang memerlukan perubahan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak pembuat dasar seperti Kementerian Pendidikan Tinggi atau Jabatan Pengajian Politeknik menjadikan pensyarah turut menerima MOOC sebagai salah satu pengajaran dan pembelajaran yang perlu diaplikasikan pada masa akan datang. Dapatan analisis menunjukkan keadaan kemudahan meramalkan pengaruh yang positif terhadap penerimaan MOOC dalam kalangan pensyarah seiring dengan kajian oleh Hope Kelly (2014). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah memerlukan latihan yang sebaiknya bagi membolehkan mereka melaksanakan MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran di politeknik. Penggunaan MOOC memerlukan beberapa kemudahan penting yang perlu disediakan oleh pihak pengurusan seperti kemudahan infrastruktur teknologi maklumat, Internet, bekalan kuasa berterusan, tenaga kerja yang mahir untuk penyelenggaraan, lebar jalur yang tinggi dan kewangan dalam membolehkan MOOC dibangunkan dan dilaksanakan dengan baik.

Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jabatan Pengajian Politeknik seharusnya menganjurkan kursus-kursus, seminar atau bengkel yang berkaitan dengan pembangunan MOOC kepada semua pensyarah bagi memastikan semua pensyarah tidak ketinggalan dalam teknologi pendidikan masa kini. Pihak pengurusan politeknik juga perlu menyediakan infrastruktur yang lengkap membolehkan penghasilan MOOC yang berkualiti seterusnya turut meningkatkan nama baik politeknik dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan MOOC. Selaras dengan dapatan dan penemuan dalam kajian ini, beberapa cadangan untuk kajian lanjutan pada masa depan dikemukan. Kajian lanjutan perlu dilakukan supaya hasil dapatan yang lebih menyeluruh dapat diperoleh. Berikut dicadangkan beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa depan. Dalam kajian ini tumpuan diberikan hanya kepada Politeknik Seberang Perai. Jumlah responden hanya berjumlah 183 orang. Kajian lanjutan pada masa depan seharusnya melibatkan jumlah populasi dan sampel yang lebih ramai iaitu melibatkan seluruh politeknik di Malaysia. Selain melibatkan jumlah responden yang lebih ramai, dicadangkan supaya kajian pada masa depan melibatkan tahap keberkesanan penggunaan MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran di politeknik seluruh Malaysia. Kajian pada masa hadapan seharusnya melibatkan pelbagai metodologi oleh pengkaji. Selain dari kaedah soal selidik yang bersifat kuantitatif, kajian menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan maklumat melalui kaedah temu bual bagi mendapatkan maklumat yang sebenar hasil pengalaman responden boleh digunakan.

KESIMPULAN

MOOC merupakan fenomena terkini dalam dunia pendidikan pada hari ini. Walaupun terdapat pelbagai kekangan dalam pelaksanaan MOOC di institusi pendidikan tinggi, semakin banyak institusi yang ingin turut serta dalam membangunkan MOOC (Evan & Myrick, 2015). Jabatan Pengajian Politeknik menginginkan penggunaan MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran di seluruh politeknik Malaysia yang kini giat dibangunkan oleh sekumpulan pensyarah yang berkaitan supaya dapat mencapai lonjakan ke-9 dalam Pelan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), iaitu Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kebolehcapaian pendidikan tinggi di Malaysia (Kementerian Pengajian Tinggi, 2015). Kajian ini menunjukkan hasil dapatan bahawa pensyarah Politeknik Seberang Perai memberikan pandangan positif terhadap MOOC berdasarkan faktor pemboleh ubah bebas daripada model UTAUT. Walaupun begitu, kerjasama daripada semua pihak iaitu kementerian Pendidikan Tinggi, pihak pengurusan politeknik dan pelajar perlu seiring bagi menghasilkan output pembelajaran yang berkesan dan efisien.

(12)

1764 RUJUKAN

Baggaley, J. (2013). MOOC Rampant. Distance Education, 34(3), 253-263.

Bozkurt, A., Keskin, N. O., & de Waard, I. (2016). Research Trends in Massive Open Online Course (MOOC) Theses and Dissertations: Surfing the Tsunami Wave. Open Praxis, 8(3), 203-221. Brown, M., Costello, E., Donlon, E., & Giolla-Mhichil, M. N. (2015). A strategic response to

MOOCs: How one European university is approaching the challenge. The International Review of Research in Open and Distributed Learning, 16(6).

Claffey Jr, G. F. (2015). MOOC learning and impact on public higher education. Northeastern University.

Czerniewicz, L., Glover, M., Deacon, A., & Walji, S. (2016, May). MOOCs, openness and changing educator practices: an Activity Theory case study. Proceedings of the 10th International Conference on Networked Learning 2016.

Deale, C. S. (2015). An exploratory study of hospitality and tourism educators’ use and perceptions of MOOCs. Journal of Teaching in Travel & Tourism, 15(2), 150-165.

Digital News Asia. (2014). Taylor’s Rolls Out New Free Interactive MOOCs. Retrived from http://www.digitalnewsasia.com/digital-economy/taylors-rolls-out-new-free-interactive-moocs Evans, S., & Myrick, J. G. (2015). How MOOC instructors view the pedagogy and purposes of

massive open online courses. Distance Education, 36(3), 295-311.

Fadzil, M., Latif, L. A., & Azzman, T. A. M. T. M. (2015). MOOCs in Malaysia: a preliminary case study. MOOCs in Malaysia: a preliminary case study.

Fyle, C. O. (2013, June). Teacher education MOOCs for developing world contexts: issues and design considerations. In Proceedings of the Sixth Conference of MIT's Learning International Networks Consortium (LINC).

Ghazali, N. B., & Nordin, M. S. (2017). The perception of university lecturers of teaching and learning in massive open online courses (MOOCS). Journal of Personalized Learning, 2(1), 52-57.

Gordon O. Ouma, Fredrick M. Awour & Benjamin Kyambo (2013), Evaluation of e-learning readiness in secondary school in Kenya. World applied programming, Vol (3): 493-503.

Kandiero, A. (2015). Educators' challenges and behavioural intention to adopt open educational resources: the case of Africa University, Zimbabwe (Doctoral dissertation, University of Cape Town).

Kelly, H. (2014). A path analysis of educator perceptions of open educational resources using the technology acceptance model. The International Review of Research in Open and Distributed Learning, 15(2).

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.

Mansor Fadzil, and Latifah Abdol Latif, and Zorah Abu Kasim, and Thirumeni Subramaniam, (2017) MOOC readiness among Malaysian adult learners. In: OUM Seminar Series 1/2017, 06 April 2017, OUM Main Campus.

Mansor, F, Latifah, A. L. & Tengku Amina Munira. (2015). MOOCs in Malaysia : A Preliminary Case Study. Paper presented at the E-ASEM Forum: Renewing the Lifelong Learning Agenda for the Future, Bali, Indonesia, 10-11 Mac 2015.

Mitchell, B., & Geva-May, I. (2009). Attitudes affecting online learning implementation in higher education institutions. Journal of Distance Education, 23(1), 71-88.

Mohamed Amin Embi & Mohd Najib Adun (2012). Web 2.0 di IPTA Malaysia. Malaysia: UKM & Kementerian Pengajian Tinggi.

Mtebe, s, j. and Raisamo, R (2014).Challenges and instructors’ intention to adopt and use open educational resources in higher education in Tanzania.International Review of Research in Open Distance Learning.Vol 15. N0. 1.

Nordin, N., Norman, H., & Embi, M. A. (2015). Technology Acceptance of Massive Open Online Courses in Malaysia. Malaysian Journal of Distance Education, 17(2), 1-16.

Ospina-Delgado, J. E., Zorio-Grima, A., & García-Benau, M. A. (2016). Massive open online courses in higher education: A data analysis of the MOOC supply. Intangible Capital, 12(5),

(13)

1401-1765 1450.

Padraig Wims & Mark Lawler. 2007. Investing in ICTs in educational in developing countries: An evaluation of their impact in Kenya. International Journal of Education and Development using Information and Communication Technology (IJEDICT), 2007, Vol. 3, Issue 1, pp.5- 22. Rajabi, H., & Virkus, S. (2017). The potential and readiness of Tallinn University to establish

massive open online courses (MOOCs). Qualitative and Quantitative Methods in Libraries, 2(4), 431-439.

Ross, J., Sinclair, C., Knox, J., & Macleod, H. (2014). Teacher experiences and academic identity: The missing components of MOOC pedagogy. Journal of Online Learning and Teaching, 10(1), 57.

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014, Dato' Seri Idris Bin Jusoh Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia (2014 December 1). Retrieved June 06, 2017, from http://www.moe.gov.my/index.php/my/pemberitahuan/2014 diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

Surry, D. W., & Ely, D. P. (2001). Adoption, diffusion, implementation, and institutionalization of educational innovations. Trends & issues in instructional design and technology, 183-193. Tan, S. (2014). On Blended Learning and Malaysian MOOCs. Retrieved from

http://www.digitalnewsasia.com/insights/on-blended-learning-and-malaysia-moocs

Uden, L., Sinclair, J., Tao, Y. H., & Liberona, D. (Eds.). (2014). Learning Technology for Education in Cloud-MOOC and Big Data: Third International Workshop, LTEC 2014, Santiago, Chile, September 2-5, 2014. Proceedings (Vol. 446). Springer.

Venkatesh, V., Morris, M. G., Hall, M., Davis, G. B., Davis, F. D., & Walton, S. M. (2003). User acceptance of information technology: Toward a unified view 1. MIS Quarterly, 27(3), 425– 478.

Woo, T. K., Fadzil, M., Zulkifly, M., Arshad, F. M., & Said, N. H. M. (2015). Embarking on MOOCs: The OUM experience. Studies and Practices for Advancement in Open and Distance Education, 318.

Wright, J. M. (2014). Planning to Meet the Expanding Volume of Online Learners: An Examination of Faculty Motivation to Teach Online. Educational Planning, 21(4), 35-49.

Yuan, L., Powell, S., & CETIS, J. (2013). MOOCs and open education: Implications for higher education.

Zawacki-Richter, O., & Naidu, S. (2016). Mapping research trends from 35 years of publications in Distance Education. Distance Education, 37(3), 245-269. doi: https://doi.org/10.1080/01587919.2016.1185079

Referensi

Dokumen terkait

Walaupun begitu, karena komitmen bisa dilihat dan digunakan sebagai wakil dari loyalitas yang diartikan sebagai komitmen terhadap merek tertentu dan karena hubungan positif

Dengan demikian, manajemen penyakit menular berbasis lingkungan adalah suatu proses perencanaan, pelaksanaan dan evaluasi program pemberantasan penyakit menular yang didasarkan

Kantor Pertanahan Kabupaten Grobogan juga melakukan penataan untuk program Larasita ini dalam bidang sumberdaya manusia ( SDM ). Terlihat dari komposisi karyawan

Dari permasalahan diatas, segenap dosen dan dibantu tenaga mahasiswa program studi ilmu politik Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universitas Udayana memberikan

Mulai Hari Ini, Belanja Pakai Kantong Plastik Bayar Rp 200 Pemerintah mulai menguji coba penerapan kantong plastik berbayar di ritel modern di Indonesia pada Minggu ini, 21

Dalam penelitian ini yang dimaksud sampel oleh penulis adalah pengunjung yang berusia dewasa sehingga dapat memberikan jawaban terhadap data yang diperlukan

Meskipun pemilihan program pemberdayaan yang dipilih adalah para pendamping yang notabene non- tunagrahita, tetapi mereka tidak mengaburkan peran tunagrahita yang lain

Hubungan timbal balik yang terjadi pada masyarakat pemulung merupakan modal bagi mereka karena akan terjalin saling membutuhkan satu sama lain yang dalam