• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN PROGRAM ANAK MUDA NADI MALAYSIA(NADI) KOLEJ UNGKU OMAR SESI 2013/2014 TARIKH FEBRUARI 2014 TEMPAT KUALA SELANGOR,SELANGOR DARUL EHSAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN PROGRAM ANAK MUDA NADI MALAYSIA(NADI) KOLEJ UNGKU OMAR SESI 2013/2014 TARIKH FEBRUARI 2014 TEMPAT KUALA SELANGOR,SELANGOR DARUL EHSAN"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN PROGRAM

ANAK MUDA NADI MALAYSIA(NADI) KOLEJ UNGKU OMAR SESI 2013/2014

TARIKH

14 - 16 FEBRUARI 2014 TEMPAT

KUALA SELANGOR,SELANGOR DARUL EHSAN ANJURAN

SEKRETARIAT KESELAMATAN & KELAB XTREME-C KOLEJ UNGKU OMAR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

(2)

IPTA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KOLEJ UNGKU OMAR)

Anjuran SEKRETARIAT KESELAMATAN, KOLEJ UNGKU OMAR.

&

KELAB XTREME-C, KOLEJ UNGKU OMAR.

Nama Program ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI)

Tema “Mahasiswa Aspirasi Keharmonian”

Tarikh 14 – 16 Februari 2014

Tempat Foyer, Kolej Ungku Omar.

SMK Sri Desa, Tanjung Karang (SEMENSA) Kampung Batu 23 Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor.

Bandaraya Kuala Lumpur.

Jumlah Sukarelawan 73 orang pelajar, Kolej Ungku Omar.

Ahli Jawatankuasa Lampiran A

Kumpulan sasaran Pelajar Tingkatan 5 dan 6 SEMENSA

Penduduk kampung Batu 23, Sungai nibong. Golongan gelandangan sekitar ibu kota.

Aturcara Program Lampiran B

(3)

1.0 PENGENALAN

Program Anak Muda Nadi Malaysia (NADI) ini merupakan satu program berangkai (3 dalam 1) yang berorientasikan penjelajahan dan konvoi berkereta.Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Keselamatan dengankerjasamaKelabXtreme-C, KolejUngku Omar.NADI juga merupakan satu program perintisberimpaktinggi di bawah seliaan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Kolej Ungku Omar bagi sesi 2013/2014.Program ini telah berlangsung selama 3 hari, bermula pada 14 hingga 16 Februari 2014.

Tema program ini ialah “Mahasiswa Aspirasi Keharmonian”.Pemilihan tema ini sejajar dengan kedudukan mahasiswa itu sendiri selaku aset dan agen terpenting aspek keharmonian, samaadapadaperingkatlokalmahupun global. Peranan mahasiswa/i hari ini tidak lagi hanya terangkum dalam bidang akademik semata-mata, tetapi telah melewati tugasan hakiki selaku pencari ilmu.Tuntutan dunia pada hari ini sangat menekankan kepada kebolehan yang pelbagai dalam kalangan mahasiswa/i sebagai persediaan untuk bersaing dalam era yang penuh cabaran pada masa hadapan.

Program ini dilaksanakan dengan bantuan ahli jawatankuasa (Sila Rujuk Lampiran A) dan disokong oleh 73 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Kolej Ungku Omar sendiri.Manakala kumpulan sasaran program NADI ini terdiri daripada pelajar SMK Sri Desa, Tanjung Karang (SEMENSA), penduduk Kampung Batu 23, Sungai NibongdangolongangelandangandisekitarIbu Kota, Kuala Lumpur. Pengisian aktiviti dan suasana sepanjang program NADI dijalankan boleh dilihat seperti mana yang dilampirkan (Lampiran B dan C):

2.0 TUJUAN DAN OBJEKTIF

Setiappengajuran program mempunyaitujuan yang tertentu.Bagi penganjuran program NADI ini, tujuannya adalah jelas untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai realiti kehidupan pada hari ini yang jauh berbeza dengan dunia realiti diri mereka di Universiti.Selain menyahut cabaran pihak Universiti dalampenganjuran yang berimpaktinggi, secaratidak langsung program NADI ini memberi jati diri yang tinggi dalam kalangan mahasiswa/i yang terlibat. Konsep “konvoi” itu sendiri

(4)

membawa makna yang jelas kepada para peserta, di mana mereka bukan sahaja diajar untuk lebih berdisiplin, malahan memupuk semangat kerjasama, bantu membantu dan semangat setia kawan sepanjang perjalanandarikampusBangimenujukelokasi yang dipilih, iaitu Tanjung Karang. Program NADI ini dianggap sebagai program berangkai (3 dalam 1) kerana melibatkan tiga slot yang berbeza, iaitu (1) Akademik; (2) Kemasyarakatan dan (3) Kebajikan.

Bagi tujuan slot Akademik, kebolehan dan kepakaran yang dimiliki sebagai seorang mahasiswa/i di Universititidakdipersiakanapabilapesertaberkongsi ilmu yang berguna dengan pelajar SMK Sri Desa (SEMENSA). Dalam pada itu, SMK.Sri. Desa telah diangkat sebagai sekolah angkat bagi Kolej Ungku Omar dan tinjauan berterusan terhadap prestasi akademik serta sahsiah pelajar yang terlibat dengan program NADI akan diteruskan sehingga peperiksaan SPM dan STPM.

Slot kemasyarakatan pula, program NADI mendekatkan mahasiswa/i dengan situasi sebenar masyarakat yang kurang bernasib baik di Kampung Batu 23, Sungai Nibong. Secara teorinya, mahasiswa/i tahu apa dan bagaimana keadaan masyarakat yang kurang berkemampuan, namun secara praktikalnya mereka masih kurang jelas. Dengan adanya slot kemasyarakatan ini, secara tidak langsung mereka dapat melihat secara berhadapan masyarakat yang kurang berkemampuan. Dengan pendedahan ini, diharapkan mahasiswa/i lebih menjiwai apa yang dilalui oleh masyarakat yang dilawatinya sepanjang slot kemasyarakatan.

Slot seterusnya adalah kebajikan. Slot kebajikan dianggap sebagai slot kemuncak penganjuran program NADI. Ini kerana, slot kebajikan adalah slot yang paling ditunggu-tunggu oleh peserta program. Golongan gelandangan dipilih selaku penerima kebajikan anjuran NADI kerana mereka adalah antara golongan yang paling memerlukan bantuan di ibu kota. Paling memerlukan bantuan yang dimaksudkan adalah dari segi keperluan asas seperti makanan, pakaian, rawatan, ubat-ubatan dan tempat tinggal.Rata-rata peserta tidak pernah mendekati golongan ini kerana tidak berpeluang dan kekangan aliran / bidang akademik.Denganpengajuran NADI inisecara tidak langsung memberi pendedahan yang sangat bermakna kepada

(5)

mahasiswa/i bahawa dalam kesibukan kota membangun masih ada golongan yang tidak bernasib baik dan tidak mampu untuk bersaing seperti mana golongan yang lain.

Secara ringkasnya, program ini dilakukan dengan beberapa objektif utama iaitu:

1. Memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa/i

2. Memberi pendedahan mengenai kerja berpasukan dan sifat kepimpinan kepada mahasiswa/i sama ada merancang, membentuk dan membuat keputusan. 3. Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai realiti kehidupan.

4. Menanam semangat cintakan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar sekolah menengah.

5. Mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat berbilang kaum dan pangkat dalam mendepani ranjau kehidupan.

3.0 RUMUSAN AKTIVITI

3.1 MAJLIS PERASMIAN DAN PELEPASAN KONVOI

TARIKH : 14 Februari 2014

MASA : 2.45 petang – 3.30 petang

TEMPAT : Foyer, Kolej Ungku Omar.

Majlis ini merupakan majlis perasmian NADI dan pelepasan konvoi NADI yang dirasmikanoleh Prof Madya Sr. Dr. AdiIrfan bin CheAni, Timbalan Pengarah Penilaian dan Pengiktirafan, Pusat Akreditasi Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis perasmian formal diadakan di foyer kolej dan diikuti dengan simbolik pelepasan konvoi di dataran tempat letak kereta Kolej Ungku Omar. Kesemua 15 buah kereta disusun, ditampal pelekat NADI dan selepas simbolik dijalankan, kesemua kereta diketuai oleh dua orang anggota polis daripada balai polis Kajang memulakan konvoi di dalam kampus dan kemudian meneruskan perjalanan sehingga ke Tanjung Karang.

(6)

Sepanjang konvoi, tiada masalah ketara yang dihadapi.Kesemua kereta dan sukarelawan berada dalam keadaan yang baik.Kesemua pemandu perlu bersabar dan memandu dengan cermat tanpa memotong mengikut nombor kenderaan yang telah ditetapkan.Konvoi tiba di tempat penginapan pada 6.30 petang dan perjalanan mengambil masa selama 3 jam.

3.2 ANAK MUDA NADI MALAYSIA BERSAMA WARGA SEMENSA

TARIKH : 15 Februari 2014

MASA : 7.45 pagi – 1.00 tengahari

TEMPAT : Dewan seminar, Pusat latihan dan khidmat masyarakat UKM, Tanjung Karang.

Program ini merupakan program motivasi bersama 150 orang pelajar tingkatan lima dan enam SEMENSA yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada akhir tahun 2014. Semangat cintakan ilmu dan tidak berputus asa dalam mencari ilmu menjadi objektif utama ketiga-tiga slot yang telah dijalankan bersama adik-adik ini.

Program dimulakan dengan sesi forum santai yang dikendalikanolehsaudaraSyakirin Al-Syaidi.Tiga orang panelisterlibatadalahEncikMashrom bin Muda, felo kanan Kolej ungku Omar yang juga merupakan siswazah daripada fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Saudara Muhammad Najib bin Mohd Amin, Ketua Eksekutif Kolej Ungku Omar dan pelajar jurusan perakaunan daripada Fakulti Ekonomi danPengurusandanpanelisketigasaudara Ahmad Ruzaini bin Rahim, Ketua pengarah NADI dan pelajar jurusan sains komputer daripada Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.

Slot kedua dikendalikanolehsaudaraNazrulFarid, seorangpelajar jurusan undang-undang, dengan bantuan kesemua fasilitator yang telah ditetapkan mengikut kumpulan pelajar. Slot kedua menghimpunkan beberapa aktiviti yang diisi dengan pengetahuan tentang IPT danfokusnyatentang UKM. Manakala slot ketiga iaitu debat santai yang dikendalikan oleh saudara Solihin

(7)

Hamzah, pelajar kejuruteraandansaudaraAmmarAfandidaripadaFakulti Pendidikan.

Program NADI bersama warga SEMENSA ini ditutup dengan majlis penutupan yang dirasmikan oleh pengetua SEMENSA, PuanRohaida.Pelajar SMK Sri Desa memberikan kerjasama yang baik dan mereka menjalankan kesemua aktiviti dengan penuh minat.

3.3 ANAK MUDA NADI MALAYSIA BERSAMA MASYARAKAT

KAMPUNG BATU 23.

TARIKH : 15 Februari 2014 – 16 Februari 2014 MASA : 3.00 petang – 2.00 petang

TEMPAT : Kampung Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan.

Sukarelawan memulakan konvoi daripada Tanjung KarangteruskeSekinchandanperjalananmengambil masa selama satu jam. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) menyambut sukarelawan dengan majlis semi-formal yang dikendalikan oleh Pengerusi JKKKP, Tuan Haji Zainal bin Asmuni. Pada sebelah petang, satu perlawanan sepak takraw persahabatan di antara mahasiswa UKM dengan pemuda-pemuda Kampung Batu 23. Perlawanan persahabatan ini disaksikan oleh YB Tuan Budiman bin Zohdi, ADUN kawasan Sungai Panjang.

Pada sebelah malam, satu ceramah agama diadakan di balai raya kampung tersebut.Tajuksainsdalamislammenjaditajukpilihan dan disampaikan oleh Prof Dr Muhammad Arif bin Kasmo, pensyarahPusatPengajian Umum, UKM.

16 Februari 2014, program dimulakan dengan senamrobik pada jam 8.30 pagi. Program ini dikendalikan olehSaudara Muhammad Helmi bin Hashim, Eksekutif Sukan dan rekreasi, Kolej Ungku Omar. Seterusnya pertandingan sukan rakyat dijalankan serentak dengan pemeriksaan kesihatan di balai raya dan dataran balai raya kampung batu 23. Sementara itu, lima buah kereta dan sukarelawan NADI menziarahi keluarga daif di kampung

(8)

tersebut dan menyampaikan sedikit sumbangan hasil daripada kutipan sumbangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Majlis penutupan program NADI bersama masyarakat kampung batu 23 ini diadakan secara formal di balai raya dan dirasmikan oleh YB Dato’ NoriahbintiKasnon, Timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

3.4 SESI PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA GOLONGAN

GELANDANGAN BERSAMA PERTIWI

TARIKH : 16 Februari 2014

MASA : 9.00 malam – 11.30 malam TEMPAT : Bandar raya Kuala Lumpur.

Sesi bersama gelandangan ini merupakan anjuran bersama Pertubuhan Gerakan Wanita Islam (PERTIWI soup kitchen).Konvoi tiba di tempat pertemuan pada 9.00 malam di belakang Tune Hotel Kuala Lumpur dan sesi pengagihan makanan dimulakan. Selesai di kawasan tersebut, konvoibergerakkekotarayadanmengagihkanmakanan kepada gelandangan di sana.

Aktiviti ini membuka mata sukarelawan bahawa pembangunan negara yang pesat masih tidak mampu memberi keselesaan dan nasib yang baik kepada semua rakyat Malaysia.Buktinya, masih wujud golongan gelandangan yang menanti bantuan sebegini. Lebih menyayat hati apabila golongan ini membawa anak kecil turut sama beratur mendapatkan bantuan.

4.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan semua pihak yang terlibat dengan program ini berasa sangat berpuas hati dan mendapat pengisian dalam program yang telah dijalankan. Selain itu tidak banyak permasalahan yang timbul dan kebanyakan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar

(9)

dan berkesan. Tinjauan berterusan terhadap prestasi adik-adik SEMENSA akan dijalankan sehingga peperiksaan berakhir.

Pihak pengurusan NADI mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dana dan barangan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Anak Muda Nadi Malaysia. NADI 2.0 akan dirangka dan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.

(10)

LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI

ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) SESI 2013/2014

Penasihat Utama Encik Nik Hairi Bin Omar

Pemangku Pengetua Kolej Ungku Omar , UKM

FeloPenasihat Encik Mashrom bin Muda FeloKananKolej Ungku Omar ,UKM

Ketua Pengarah

Ahmad Ruzaini bin Rahim / A141925 019-4129152

Timbalan Ketua Pengarah I

MohdSyakirinAlsyaidi Bin Tuan Zainal / A142201 / 011-14724647

Timbalan Ketua Pengarah II

Illyna binti Ibrahim / A140755 / 011-15734979

Timbalan Ketua Pengarah III

Muhammad Solihin Bin Hamzah / A144068 / 019-4232154

Setiausaha

Siti Nadzirah bt Ali / A141973 / 014-5005150

(11)

Nur Asyikin Binti Kamarulzaman / A145213 / 017-5935606

Bendahari

Nur Alina Binti Omar / A145242 / 013-3090370

Pengarah Program : Ahmad Azizi Bin Abd Rahman

Timbalan Pengarah Program :MaizathulFarhanisBinti Othman

AJK Program :NazrulFarid Bin Amirudin

: Nurul Nazuah Binti Hasabulah : SyahiraFarhanaBintiAb Aziz : FatinNabilahSyazwaniBtRuslan

Pengarah Protokol : Nabilah Huda Binti Ahmad Sidek

Timbalan Pengarah Protokol :NurulIzzahMohd Nor

AJK Protokol :Nor AtikahBinti Ahmad

:Nurfatihah Ikhwani Binti Shamsul Bahri

Pengarah Jamuan : Mohd Taufik Bin Abd Jamil

Timbalan Pengarah Jamuan :Rosyahieda Binti Saharuddin

AJK Jamuan :Norazlina Binti Ajis

:NorsafikaBintiAbdKarim

:AzuraBtBakar

Pengarah Teknikal : Mohd Arsyad Bin Hafizuddin

Timbalan Pengarah Teknikal :NurHazirahBintiMohdFuat

AJK Teknikal : Muhammad Hafidzi Bin Mohd Isa

:Iqhmar Syafiq Bin Mohd Azmi :Muhammad Najib Bin Mohd Amin

: Mohamed AfiqAkmal Bin Mohamed Akil : Nurul Huda BintiJamaludin

(12)

Timbalan Pengarah Pemasaran :AmmarAfandi bin Che Aziz

AJK Pemasaran :NurAliahBintiMohamadKhaduwi

: Zuhaira Binti Mohd Zulkifli : NurulAmalinaBtTarmidzi

: MuhamadFakhruddin bin Dzulkarnain : SitiNurAishahBt Ahmad

: MohdMukhazzamMansor :Farrah DiyanaBtZailan :NurfarahBtMohdShobery

Pengarah Tugas-tugas Khas : Muhammad Farishah Bin Isnin

Timbalan Pengarah Tugas-tugas Khas :NurulFatinAmiraBintiHamdan

AJK Tugas-tugas Khas : MohamadNurazam Bin Abdullah

:Mohammad Syahir Bin Jamaluddin

:Athifah Ain Alang bt Khalidin Alang

:NurulSyazwaniBintiMohdRadzi

: Zul Fadli Bin Mohd Kamal

Pengarah Publisiti & Penerbitan : Mohammad Haiqal Asyraf bin Suhaimi

Timbalan Pengarah Publisiti& Penerbitan : Nurfilzah Binti Mohamed Rahim

AJK Publisiti & Penerbitan : NurathirahBtKhairuddin

: NurulhudaBtMasdar

: Nor AlyaAtifahBintiMohdYunus

: Muhamad Haziq Bin Fuad

:Nor Diyana Binti Aziz

:AinaSalsabilBtAbd Latif

: MuhamadArif Bin Abdul Aziz

Pengarah Pengangkutan & Penginapan : Izad Firdaus Bin Yaakob

Timbalan Pengarah Pengangkutan& Penginap :Muhammad Helmi Bin Hashim

AJK Pengangkutan & Penginapan : Mohammed Fitri bin Fuad

: Muhammad HazwanAlif Bin Mohd : Nadia NatasyaAzizuddin

(13)

Pengarah Cenderamata :Nurul Adila Binti Zahaimi

Timbalan Pengarah Cenderamata :Maryati Binti Marzukhi

AJK Cenderamata : Noor AtikahBtSamsulBahar

:Fatin Roshafera bt Che Saari :ArbaeiyyahBintiChe Mat : NurIzzatiBintiZainuddin

Pengarah Gimik & Persembahan :Siti Basirah Binti Borhanudin

Timbalan Pengarah Gimik & Persembahan :Muhammad SyafiqHaiqal Bin Shafie

AJK Gimik & Persembahan :Muhammad Haziq Bin Mohd Rohir

: NurAzilaBinti Ismail : NurSyazwanaBintiMunzani

(14)

LAMPIRAN B ATURCARA PROGRAM

ANAK MUDA NADI MALAYSIA KOLEJ UNGKU OMAR 2014

JUMAAT, 14 FEBRUARI 2014

MASA PERKARA TEMPAT

2.30 petang Majlis perasmian dan pelepasan konvoi. Oleh :

Prof Madya Sr Dr Adi Irfan bin Che Ani Timb. Pengarah Penilaian dan Pengiktirafan

Pusat latihan dan khidmat masyarakat, UKM, Tanjung Karang.

3.30 petang Bergerak ke tempat penginapan

6.30 petang Tiba di tempat penginapan (Pembahagian bilik, check in, solat)

8.00 malam Makan malam

8.30 malam Persediaan barang-barang keperluan di sekolah dan kampung

10.00 malam Bersurai

SABTU, 15 FEBRUARI 2014

MASA PERKARA TEMPAT

7.00 pagi Peserta dan AJK berkumpul

Tanjung Karang. 7.30 pagi Ketibaan dan Pendaftaran pelajar SEMENSA

8.00 pagi Sesi LDK 1 10.00 pagi Minum pagi 10.30 pagi Sesi LDK 2 11.30 pagi Sesi LDK 3 12.30 tgh hari Majlis penutup

(15)

2.30 petang Bergerak ke kampung di Sekinchan

2.45 petang Tiba di Kampung. Kampung Batu 23, Sungai Nibong.

3.15 petang Majlis sambutan dan ramah mesra. 4.30 petang Solat Asar

5.00 petang Perlawanan persahabatan sepak takraw. NADI vs pemuda kampung

6.30 petang Bergerak ke rumah keluarga angkat (Rehat, solat)

9.00 malam Ceramah agama Oleh :

Prof Madya Dr Mohd Arip bin Kasmo Pensyarah Pusat Pengajian Umum, UKM. 10.30 malam Pulang ke tempat penginapan di Tanjung

Karang.

AHAD, 16 FEBRUARI 2014

MASA PERKARA TEMPAT

6.30 pagi Bergerak ke kampung

Kuala Selangor 7.00 pagi Tiba di kampung.

7.30 pagi Senamrobik Oleh :

Muhamad Helmi bin Hashim

Eksekutif Sukan Kolej Ungku Omar 8.00 pagi Sarapan pagi bersama penduduk kampung 9.30 pagi Pemeriksaan kesihatan

Pertandingan sukan rakyat Aktiviti kemasyarakatan

(16)

12.00 tgh hari Majlis penutupan Oleh :

YB Dato’ NoriahbintiKasnon

Timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

1.00 petang Makan tengah hari / Solat Zohor

2.00 petang Pulang ke tempat penginapan (check out) 4.50 petang Berkumpul

5.00 petang Bergerak ke KL untuk program gelandangan 9.00 malam Program sukarelawan bersama dengan

gelandangan.

8.30 malam Tiba di Kuala Lumpur. Membantu gelandangan.

11.30 malam Pulang ke UKM

UKM Bangi 1.00 pagi Tiba di UKM

(17)

LAMPIRAN C GAMBAR PROGRAM BERSAMA PIHAK LUAR

(18)

MAJLIS PEMBUKAAN DAN PELEPASAN KONVOI

(19)
(20)
(21)

Gambar

Gambar Program  Lampiran C

Referensi

Dokumen terkait