KERTAS KERJA
ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI)
TARIKH
14 - 16 Februari 2014
TEMPAT
Kuala Selangor, Selangor darul Ehsan
ANJURAN
Sekretariat Keselamatan dan Kelab Xtreme-C
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
TEMA
KERTAS KERJA
ANAK MUDA NADI MALAYSIA KOLEJ UNGKU OMAR
SESI 2013/2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan Program Anak Muda Nadi Malaysia Kolej Ungku Omar bagi sesi 2013/2014. Selain itu, kertas kerja ini juga bertujuan untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan swasta dengan harapan membantu melancarkan perlaksanaan program dan memberi makluman secara teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat.
2.0 PENGENALAN
Program Anak Muda Nadi Malaysia Kolej Ungku Omar merupakan salah satu program berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia pada semester kedua pengajian. Idea untuk menganjurkan program Anak Muda Nadi Malaysia ini terbit berasaskan kepada gabungan Sektetariat Keselamatan dan Kelab Xtreme-C Kolej Ungku Omar. Ungkapan penuh bermakna ‘Mahasiswa Aspirasi Keharmonian’ dipilih sebagai tema program. Ungkapan tersebut menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum untuk terus mengekalkan keharmonian yang sedia ada di bumi bertuah Malaysia. Menyedari hakikat ini, mahasiswa UKM, khususnya dari Kolej Ungku Omar ini membawa satu mesej yang cukup penting demi mengekalkan keharmonian yang sedia ada selain dapat mengasah kebolehan serta membentuk peribadi yang sentiasa ingin mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, NADI ditubuhkan. Tujuan nadi adalah jelas serta bersifat ingin memupuk semangat kesukarelawan serta perpaduan dalam kalangan mahasiswa UKM sendiri serta masyarakat secara umumnya. Malah, salah satu daripada program NADI yang kecil tetapi berimpak tinggi iaitu 1 SEKOLAH 1 KUO yang secara dasarnya akan mengadakan MoU (Memorandum of Understanding) yang dijadikan sebagai sekolah angkat kepada Kolej Ungku Omar. Penerangan awal yang diberikan
umumnya, sebagai platform utama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Tidak lupa juga kepada golongan masyarakat serta penduduk daif di kawasan tersebut, kami (mahasiswa) prihatin terhadap golongan tersebut dan secara tidak langsung cuba untuk mengubah sedikit kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dengan cara memberikan bantuan dari pelbagai aspek contohnya barangan harian seperti makanan, pakaian, barangan kebersihan dan sebagainya bagi membantu mereka yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1000. Tidak lengkap rasanya sekiranya kita terus mengabaikan golongan gelandangan yang berada di sekitar kawasan Kuala Selangor itu. Suatu projek untuk membantu mengurangkan sedikit beban bagi golongan gelandangan diwujudkan di bawah program ini disamping segala barang-barang terpakai termasuk baju, seluar, kasut dan segala apa jua barang-barang akan dikumpulkan menerusi kolej-kolej di UKM dan pihak setempat di sekitar Bangi, Kajang dan Semenyih dan akan diserahkan kepada mereka. Diharapkan projek ini berjaya supaya mahasiswa UKM khususnya mahasiswa Kolej Ungku Omar dapat mencungkil bakat serta bidang kepimpinan untuk menghadapi masa hadapan yang penuh dengan cabaran. Program ini juga dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa yang dilihat pada masa kini semakin menipis dalam jiwa masing-masing. Selain itu, semangat bekerjasama dalam menjayakan sesuatu agenda serta aspirasi kerajaan juga kini dilihat semakin hilang dalam jati diri seorang belia atau lebih tepat, mahasiswa. Oleh itu, penerapan semula semangat bekerjasama akan dipupuk ke dalam sanubari setiap belia yang menyertai program ini. Teori “Blue Ocean Strategy” yang diguna rata-rata organisasi mahupun kerajaan sendiri dilihat berkesan dan impaknya kian serasi dalam kalangan mahasiswa walaupun masih ramai yang belum mengetahui tentang perkara ini dan dalam program ini, kita cuba untuk menerapkan serba sedikit teori “Blue Ocean Strategy” seiring dengan harapan serta agenda kerajaan dalam membina Malaysia yang stabil, progresif dan harmoni.
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan kelancaran program ini dengan
3.1 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.2 Melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan mampu untuk mengadaptasi keadaan mengikut arus pemodenan semasa
3.3 Memupuk semangat sayang akan masyarakat di samping memberi perhatian untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah
4.1 Cuba mengubah kehidupan sesebuah keluarga kearah yang lebih baik.
4.2 Untuk memupuk semangat cintakan ilmu kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar menengah untuk mereka mengetahui serta berminat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading
4.3 Memupuk semangat kasih sayang kepada golongan yang kurang bernasib baik bagi memastikan bahawa mahasiswa sentiasa cakna kepada isu semasa dan tidak ketinggalan dalam memberikan sumbangan kepada golongan yang tidak bernasib baik.
Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran Pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai
5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya. Kemahiran ini dapat diasah dalam pelbagai aktiviti yang disediakan sewaktu bersama masyarakat, pelajar sekolah dan juga bersama golongan gelandangan.
5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi dimensi, membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati. Ini dapat dilihat semasa aktiviti kemasyarakatan dan juga semasa sesi pembahagian Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka
isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri. Program yang dilakukan di sekolah akan memberi sedikit sebanyak maklumat tentang Universiti Kebangsaan Malaysia kepada para pelajar untuk menaikkan semangat mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading.
5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan sebagainya. Sebagai contoh, sesi soal selidik akan dijalankan sewaktu program bersama gelandangan untuk mengumpul maklumat tentang golongan gelandangan
ini dan akan diserahkan kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan yang sewajarnya
5.5 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran keusahawanan dalam mencari dana bagi melancarkan program.
5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan tingkah laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan. Ini dapat dilihat sewaktu pengurusan program dimana ahli jawatankuasa akan berurusan dengan pelbagai pihak dari dalam mahupun luar.
6.0 TEMA
“ MAHASISWA ASPIRASI KEHARMONIAN ”
7.0 ANJURAN
Sekretariat Keselamatan Kelab Xtreme-C
Kolej Ungku Omar Sesi 2012/2013
Universiti Kebangsaan Malaysia.
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 14 – 16 Februari 2014
Hari : Jumaat – Ahad
Masa : 2.30 petang – 1.30 pagi
Tempat program akan dijalankan ialah di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
10.0 PUBLISITI
Publisiti bagi program ini bercadang dilaksanakan sekitar Kolej Ungku Omar khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia amnya menerusi :
i. Poster ii. Facebook iii. bunting iv. kain rentang
v. siaraya
vi. Digital Board UKM vii. Digital Bunting
viii. mewujudkan satu sudut info program di kawasan kafetaria
Poster akan ditampal di setiap blok kediaman kolej, bangunan pentadbiran kolej, dan juga sekitar kawasan daerah Kuala Selangor. Iklan akan disalurkan melalui facebook untuk memberi hebahan tentang maklumat program. Bunting dan kain rentang akan digantung di sekitar kolej dan daerah Kuala Selangor manakala hebahan menerusi siaraya akan dilakukan ketika program-program dan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di Kolej Ungku Omar yang dijangka akan berlangsung sebelum program ini. Pembukaan sudut info di kafetaria pula lebih menekankan hebahan isi program dengan harapan semua penghuni kolej akan mengetahui mengenai program ini. Sudut info akan membekalkan serba sedikit maklumat penting kepada penghuni seperti, pengedaran kupon, nama perasmi dan sebagainya. Jawatankuasa pelaksana juga bercadang menghebahkan mengenai majlis ini menggunakan skrin digital yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia dua minggu atau seminggu sebelum program ini berlangsung.
Cadangan perasmi Program Anak Muda Nadi Malaysia (NADI) Kolej Ungku Omar sesi ini adalah seperti berikut :
1. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
2. YB. Dato' Saravanan a/l Murugan
TimbalanMenteri Belia dan Sukan Malaysia
3. YB. Dato’ Haji Irmohizam Bin Ibrahim
Pegawai Khas YAB Perdana Menteri Malaysia
4. YBhg. Prof. Ir. Dr. Othman Bin A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
5. Encik Nik Hairi Bin Omar
Pemangku Pengetua Kolej Ungku Omar UKM
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
i. Sasaran peserta : 150 orang ii. Jumlah urusetia :
75 orang 13.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 15.0 PERINCIAN PROGRAM Rujuk Lampiran C 16.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran D
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi :
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Ahmad Ruzaini bin Rahim, Ketua Pengarah Program)
Tel : 019-4129152
E-mel :[email protected]
Adalah diharapkan agar kertas kerja program Anak Muda Nadi Malaysia Kolej Ungku Omar sesi 2013/2014 ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dan juga amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan Jawatankuasa program Anak Muda Nadi Malaysia (NADI) agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis seumpama ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua mahasiswa/i yang telah sedaya-upaya memerah tenaga dan buah fikiran yang juga merupakan suatu pengalaman yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, sekaligus menjadi pemangkin dan batu loncatan buat mereka dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Secara tidak langsung, kolej akan dapat melahirkan warga mahasiswa/i yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar majlis ini dapat dijayakan dengan sempurna dan dapat memberi satu kenangan indah khususnya kepada peserta dan ahli jawatankuasa program.
...
AHMAD RUZAINI BIN RAHIM
Ketua Pengarah
Anak Muda Nadi Malaysia (NADI) Kolej Ungku Omar Sesi 2013/2014 Universiti Kebangsaan Malaysia
Disemak oleh,
MOHD SHAH RIZAL BIN OTHMAN
Felo Penasihat
Anak Muda Nadi Malaysia (NADI) Kolej Ungku Omar Sesi 2012/2013 Universiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh,
ENCIK NIK HAIRI BIN OMAR
Pemangku Pengetua Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
STRUKTUR ORGANISASI
ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) SESI 2013/2014
Penaung
Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Tuan Haji Musa Zainal Abidin bin Othman Timbalan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia
Penasihat Utama
Encik Nik Hairi Bin Omar
Pemangku Pengetua Kolej Ungku Omar , UKM
Felo Penasihat
Encik Mashrom bin Muda Felo Kanan Kolej Ungku Omar ,UKM
Ketua Pengarah
Ahmad Ruzaini bin Rahim / A141925 019-4129152
Timbalan Ketua Pengarah II
Illyna binti Ibrahim / A140755 / 011-15734979
Timbalan Ketua Pengarah III
Muhammad Solihin Bin Hamzah / A144068 / 019-4232154
Setiausaha
Siti Nadzirah bt Ali / A141973 / 014-5005150
Timbalan Setiausaha
Nur Asyikin Binti Kamarulzaman / A145213 / 017-5935606
Bendahari
Nur Alina Binti Omar / A145242 / 013-3090370
Pengarah Program : Ahmad Azizi Bin Abd Rahman
Timbalan Pengarah Program : Maizathul Farhanis Binti Othman
AJK Program : Nazrul Farid Bin Amirudin : Nurul Nazuah Binti Hasabulah : Syahira Farhana Binti Ab Aziz : Fatin Nabilah Syazwani Bt Ruslan
Pengarah Protokol : Nabilah Huda Binti Ahmad Sidek
Timbalan Pengarah Protokol : Nurul Izzah Mohd Nor
AJK Protokol : Nor Atikah Binti Ahmad
: Nurfatihah Ikhwani Binti Shamsul Bahri : Nur Shuhada Bt Amin
Timbalan Pengarah Jamuan : Rosyahieda Binti Saharuddin
AJK Jamuan : Norazlina Binti Ajis
: Norsafika Binti Abd Karim : Azura Bt Bakar
Pengarah Teknikal : Mohd Arsyad Bin Hafizuddin
Timbalan Pengarah Teknikal : Nur Hazirah Binti Mohd Fuat
AJK Teknikal : Muhammad Hafidzi Bin Mohd Isa : Iqhmar Syafiq Bin Mohd Azmi : Muhammad Najib Bin Mohd Amin
: Mohamed Afiq Akmal Bin Mohamed Akil : Nurul Huda Binti Jamaludin
Pengarah Pemasaran : Nur Fathiah Binti Azizul
Timbalan Pengarah Pemasaran : Ammar Afandi bin Che Aziz
AJK Pemasaran : Nur Aliah Binti Mohamad Khaduwi : Zuhaira Binti Mohd Zulkifli
: Nurul Fatin Bt Rameli : Nurul Amalina Bt Tarmidzi
: Muhamad Fakhruddin bin Dzulkarnain : Siti Nur Aishah Bt Ahmad
: Mohd Mukhazzam Mansor : Farrah Diyana Bt Zailan : Nurfarah Bt Mohd Shobery
AJK Tugas-tugas Khas : Mohamad Nurazam Bin Abdullah : Mohammad Syahir Bin Jamaluddin : Athifah Ain Alang bt Khalidin Alang : Nurul Syazwani Binti Mohd Radzi : Zul Fadli Bin Mohd Kamal
Pengarah Publisiti & Penerbitan : Mohammad Haiqal Asyraf bin Suhaimi
Timbalan Pengarah Publisiti & Penerbitan : Nurfilzah Binti Mohamed Rahim
AJK Publisiti & Penerbitan : Nurathirah Bt Khairuddin : Nurulhuda Bt Masdar
: Nor Alya Atifah Binti Mohd Yunus :Muhamad Haziq Bin Fuad
: Nor Diyana Binti Aziz : Aina Salsabil Bt Abd Latif : Muhamad Arif Bin Abdul Aziz
Pengarah Pengangkutan & Penginapan : Izad Firdaus Bin Yaakob
Timbalan Pengarah Pengangkutan & Penginapan: Muhammad Helmi Bin Hashim AJK Pengangkutan & Penginapan : Mohammed Fitri bin Fuad
: Muhammad Hazwan Alif Bin Mohd Noor : Nadia Natasya Azizuddin
: Nur Hasnina Tual
Pengarah Cenderamata : Nurul Adila Binti Zahaimi
Timbalan Pengarah Cenderamata : Maryati Binti Marzukhi
AJK Cenderamata : Noor Atikah Bt Samsul Bahar : Fatin Roshafera bt Che Saari : Arbaeiyyah Binti Che Mat : Nur Izzati Binti Zainuddin
Pengarah Gimik & Persembahan : Siti Basirah Binti Borhanudin
Timbalan Pengarah Gimik & Persembahan : Muhammad Syafiq Haiqal Bin Shafie
AJK Gimik & Persembahan : Muhammad Haziq Bin Mohd Rohir : Nur Azila Binti Ismail
: Nur Syazwana Binti Munzani : Nur Shafeera Bt Kamaruzzaman
ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) KOLEJ UNGKU OMAR 2013/2014
JUMAAT, 14 FEBRUARI 2014
MASA PERKARA TEMPAT
2.30 petang Peserta dan AJK berkumpul (Perasmian dan taklimat ringkas)
Kuala Selangor 3.00 petang Bergerak ke tempat penginapan
5.00 petang Tiba di tempat penginapan (Pembahagian bilik, check in, solat)
8.00 malam Makan malam
8.30 malam Persediaan barang-barang keperluan di sekolah dan kampung
10.00 malam Bersurai
MASA PERKARA TEMPAT
7.00 pagi Peserta dan AJK berkumpul
Kuala Selangor 7.30 pagi Bergerak ke sekolah
8.00 pagi Tiba di sekolah
8.30 pagi Taklimat ringkas (Pendaftaran & pengenalan program)
9.00 pagi Sesi LDK 1 (Ice breaking) 10.00 pagi Minum pagi
10.30 pagi Sesi LDK 2 (Penerangan tentang universiti) 11.30 pagi Sesi LDK 3 (Kesimpulan)
12.30 tgh hari Majlis penutup
1.30 petang Makan tengah hari / Solat Zohor
2.30 petang Bergerak ke kampung di Kuala Selangor 2.45 petang Tiba di Kampung.
3.15 petang Sesi beramah mesra bersama penduduk kampung dan pembahagian anak angkat 4.30 petang Solat Asar
5.00 petang Sukan tradisional bersama penduduk kampung
6.30 petang Bergerak ke rumah keluarga angkat (Rehat, solat)
8.30 malam Bergerak ke kampung 9.00 malam Malam kebudayaan.
10.30 malam Pulang ke tempat penginapan
6.30 pagi Bergerak ke kampung
Kuala Selangor 7.00 pagi Tiba di kampung.
7.30 pagi Senamrobik (poco-poco) 8.00 pagi Aktiviti kemasyarakatan 12.00 tgh hari Majlis penutup
1.00 petang Makan tengah hari / Solat Zohor
2.00 petang Pulang ke tempat penginapan (check out) 4.30 petang Solat asar masjid kuala selangor
4.50 petang Berkumpul
5.00 petang Bergerak ke KL untuk program gelandangan 7.00 malam Solat Magrib
8.30 malam Tiba di Bangsar. Membantu gelandangan.
11.30 malam Pulang ke UKM
UKM Bangi 12.30 pagi Tiba di UKM
PERINCIAN PROGRAM
Aktiviti ‘ice-breaking’
AJK program akan mengendalikan aktiviti ‘ice-breaking’ serta pembahagian anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Tujuan aktiviti ini dibuat adalah untuk memberi peluang kepada peserta dan keluarga angkat untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat dan
merapatkan ukhwah silaturrahim sesama insan.
Taklimat UKM
Taklimat ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, penerangan tentang ‘campus life’ akan diberikan kepada pelajar. Terdapat juga sesi soal jawab dan latihan dalam kumpulan (LDK) bersama pelajar sekolah tersebut
Senamrobik
Merupakan salah satu acara sukan yang menggabungkan semua penduduk kampung dan masyarakat setempat serta peserta. Menjadi medium ke arah perpaduan dan gaya hidup sihat.
Keluarga Angkat
Dalam memperkukuhkan semangat ukhuwah dan mengeratkan silaturahim sesama peserta dan masyarakat, mengenali penduduk kampung dengan lebih dekat dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.
Sukan Tradisional
Sekretariat Keselamatan akan mengendalikan sukaneka bersama penduduk kampung. Antara permainan yang dijalankan ialah permainan tradisional seperti lari dalam guni, pertandingan tarik tali, dan sebagainya.
sumbangan berbentuk hamper serta bergotong-royong dalam membersihkan dan memperbaiki tempat kediaman mereka.
Program membantu gelandangan
Kelab Xtreme-C akan mengetuai program ini dimana golongan gelandangan akan diberikan bantuan berbentuk makanan dan juga barang terpakai yang didermakan. Contoh barang-barang terpakai ialah baju, seluar, kasut, dan sebagainya. Sesi temuramah bersama golongan gelandangan ini juga akan dibuat untuk mengumpulkan maklumat tentang mereka dimana maklumat ini akan dikumpul dan akan diberikan kepada pihak berkuasa yang boleh membantu mereka.
Majlis Penutupan
Sebagai penggulungan terhadap program yang telah berlangsung sepanjang 2 hari dan pemberian cenderamata.
BELANJAWAN Anggaran pendapatan BIL PERKARA RM 1. 2. 3.
Sumbangan Kolej Ungku Omar
Sumbangan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)
Pemasaran Pelajar
1 000
1 000
10,000
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 12,000
Bil. Perkara RM 1 Sewa Kereta (RM 80 x 2.5 hari) (15 buah kereta x 160) 3000 2 Minyak kenderaan (RM 60 x 15) 900 3 Tol (RM20 x 15) 300 4 T-shirt peserta (RM20 x 75) 1,500 5 Publisiti 700 6 Cenderahati -Wakil UKM
-Wakil penduduk kampung -Pihak sekolah -Perasmi 300 7 Hamper sukaneka (RM 30 x 15) 450 8 Sukaneka -alatan 200
9 Sumbangan untuk keluarga kurang bernasib baik (RM100 x 5 keluarga)
500
10 Makanan pelajar sekolah (RM 5 x 160)
800
11 Alatan untuk pelajar sekolah (fail, kertas dan pen) 400
12 Makanan AJK (RM 30 x 75) 2250
13 Makanan ringan penduduk kg -minum petang
-minum malam
14 Rencam 300