• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Perkembangan Sosio Ekonomi Suku

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah Perkembangan Sosio Ekonomi Suku"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Suku Kaum Mah Meri Di Pulau Carey Dari Tahun 1970 Hingga Tahun 2000

1.0 Pengenalan

Pelbagai tafsiran yang dikaitkan dengan makna Orang Asli antara adalah masyarakat Orang Asli merupakan penduduk asal yang menetap di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia ataupun penduduk dari sekitar Asia Tenggara berhijrah dan menetap di sini. Kerajaan Malaysia telah mendefinisikan Orang Asli melalui Perlembagaan Persekutuan di mana kewujudan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di bawah Aborigional Peoples Ordinance No. 3, 1954 yang telah dipinda pada tahun 1974, penetapan istilah dan kelayakan untuk dikatakan sebagai komuniti Orang Asli telah dijelaskan dengan terperinci. Berdasarkan Seksyen 3 dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Orang Asli ditakrifkan seperti berikut iaitu mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki itu dan semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain,dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.1

(2)

Edward Valentine John Carey, yang merupakan seorang pegawai ladang British di Malaya.2

Di Semenanjung Malaysia, masyarakat Orang Asli terbahagi kepada tiga kaum terbesar iaitu kaum Semang ataupun Negrito yang mendiami di utara Semenanjung, Senoi di tengah Semenanjung dan Proto-Melayu di selatan Semenanjung. Terdapat enam suku kaum bagi setiap kaum terbesar itu. Jumlah kaum Mah Meri dianggarkan antara 1300 orang sahaja. Di Kepulauan Carey terdapat beberapa buah kampung kaum Mah Meri seperti Kampong Jugra dengan 100 populasi dan Kampong Sungai Bumbun 180 populasi.3

2.0 Latarbelakang Sosio-Ekonomi Suku Kaum Mah Meri Di Pulau Carey

Suku kaum Mah Meri merupakan sub-golongan Orang Asli Senoi yang majoritinya menetap di persisiran pantai Selangor seperti di Pulau Carey. Asal-usul suku kaum Mah Meri sukar untuk didapati kerana tiada bukti sejarah yang tepat mengenai asal-usul mereka, tetapi nama Mah Meri bermaksud Orang Hutan manakala dari segi istilahnya adalah bersisik.4 Walaubagaimanapun, mereka dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai Selangor kerana melarikan diri daripada musuh.5 Ciri-ciri fizikal orang-orang Senoi dikatakan adalah tinggi dan lebih kurus dari kaum Negrito dan warna kulitnya lebih cerah dengan rambut yang beralun dan dahi yang lebih lebar. Manakala memiliki mata yang berwarna coklat dan gaya berjalan yang berloncatan tinggi adalah kaum Proto-Melayu dan Negrito.6

(3)

Senoi yang lain, maka ini menyebabkan mereka kurang bertutur bahasa Mon-Khmer. Kaum Mah Meri boleh bertutur bahasa Malaysia adalah kerana pergaulan dengan masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli yang bertutur dalam Bahasa Melayu.7

Walaupun Suku Kaum Mah Meri telah berasilimasi dengan masyarakat Melayu, Cina dan India tetapi mereka masih berpegang kepada tradisi dan kepercayaan nenek moyang mereka. Kaum Mah Meri masih mengamalkan kepercayaan anismisme. Kepercayaan dalam diri mereka bahawa kuasa tertinggi yang mencipta alam dan manusia dikenali sebagai Tuhan dan di bawah tuhan tertinggi terdapat pula moyang, iaitu roh datuk nenek dan pelbagai jenis hantu serta makhluk halus lain sama ada yang membawa kebaikan mahupun keburukan.8

Sehubungan dengan itu, Kaum Mah Meri meraikan beberapa perayaan tersendiri bagi menunjukkan tanda kesyukuran atau pemujaan mereka terhadap tuhan-tuhannya. Antara perayaan yang di sambut oleh mereka adalah perayaan Puja Pantai yang diketuai oleh bomoh. Mereka akan berarak dari kampung hingga ke tepi laut dengan iringan paluan muzik tradisional. Mereka mempercayai upacara ini dijalankan untuk memohon restu moyang supaya mereka mendapat hasil tangkapan laut yang banyak dan juga memohon agar keselamatan mereka tidak diancam.9

(4)

menyelaraskan kegiatan kampong serta menjadi saksi dalam upacara kahwin. Bagi jawatan Jukrah, seseorang itu perlu menolong dan memberi arahan dalam melaksanakan aktiviti dalam kampong dan keluarga. Tugas Penggawa pula adalah menjalankan tugas sebagai penasihat, penyiasat, pendakwa berkaitan masalah kampong dan keluarga dan yang terakhir adalah Laksamana iaitu membantu dalam melaksanakan arahan daripada jawatan-jawatan yang lebih tinggi akan tetapi ada juga kampong-kampong telah menghapuskan jawatan Laksamana.10

Masyarakat Orang Asli yang terpinggir dari kehidupan di bandar sentiasa mengamalkan kegiatan ekonomi tradisional untuk menyara hidup. Mereka akan bercucuk tanam dan mengumpul hasil-hasil hutan untuk dijual atau kegunaan sendiri. Masyarakat Mah Meri yang tinggal berdekatan dengan persisiran pantai juga mampu menangkap hasil-hasil laut bagi memenuhi keperluan harian mereka. Selain itu, sebilangan kecil dari mereka ada yang sudah menceburi bidang perniagaan dan ada juga yang memiliki ladang kelapa sawit dan getah.11

3.0 Perkembangan Sosio-Ekonomi Suku Kaum Mah Meri

(5)

Sosio-ekonomi merujuk kepada kegiatan ekonomi sesebuah masyarakat dan kehidupan sosial mereka. Bagi kawasan penempatan kampung Mah Meri di Pulau Carey yang berdekatan persisiran pantai, maka kebanyakan daripada mereka menjalankan kegiatan perikanan. Walaubagaimanapun, geografi penempatan mereka itu tidak mempengaruhi kegiatan ekonomi mereka kerana hanya segelintir sahaja yang menjalankan kegiatan perikanan. Mereka menumpukan kepada hasil tangkapan ketam dan kerang-kerangan di persisiran pantai sahaja kerana tidak dapat berlayar jauh dengan sampan.13

(6)

terhadap keperluan pekerjaan yang mereka terima. Kadar upah yang diterima oleh mereka adalah sebanyak RM200 hingga RM250 setiap bulan yang akan dibelanjakan untuk keperluan harian termasuk makanan.16

(7)

Sebahagian besar orang asli Mah Meri juga merupakan pakar pengukir dan bentuk rumah mereka yang dihasilkan melalui ukiran amat menarik. Kepakaran ilmu ukiran ini telah mendorong pihak JHEOA untuk mengambil mereka bekerja sebagai pengukir. Jabatan ini uga telah menubuhkan pasukan khas iaitu pasukan pembina yang bertujuan untuk membina rumah kayu Orang Asli bagi yang memerlukan. Majoriti ahli pasukan ini merupakan dari suku kaum Mah Meri. Bertugas sebagai pasukan pembina ini membolehkan pendapatan mereka dihantar kepada keluarga atau saudara-mara mereka di kampung.19 Perkhidmatan mereka juga digunakan bagi industri pelancongan seperti membuat persembahan kepada pelawat-pelawat dan persembahan kebudayaan seperti tarian yang menerima kadar upah sebanyak RM30. Oleh itu, mereka telah asilimasikan diri mereka kepada hidup seharian masyarakat Malaysia.20

Pembinaan jambatan konkrit pada tahun 1990-an bagi menggantikan perkhidmatan feri sebelumnya dan sebatang jalan raya sepanjang 15km adalah jalan perhubungan Pulau Carey dengan Semenanjung Malaysia. Tetapi agak ketinggalan Pulau Carey ini yang hanya dibekalkan bekalan air paip sahaja tanpa bekalan elektrik.21

(8)

4.0 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Suku Kaum Mah Meri Dalam Sosio-Ekonomi

Dalam menghadapi era globalisasi, terdapat banyak halangan terhadap pembangunan dari segi sosial dan ekonomi Orang Asli. Antara halangan-halangan yang perlu dihadapi dalam pelan pembangunan ini adalah dari segi peruntukan kewangan kerajaan sebagai contoh untuk membina kemudahan-kemudahan seperti saluran paip air, rumah kuasa elektrik dan lain-lain. Cabaran lain yang terpaksa mereka hadapi juga adalah kekurangan fasiliti kesihatan kerana pada tahun 1980 hanya terdapat sebuah klinik kecil sahaja yang boleh digunakan oleh penduduk di Pulau Carey iaitu di Kampung Jugra. Jika berlaku sebarang kecemasan, mereka akan menggunakan sebuah bilik di balai raya untuk dijadikan klinik sementara. Malangnya, kemudahan adalah terhad dan keadaan amat kritikal seperti katil yang koyak dan berhabuk untuk pesakit23. Apabila pesakit menghadapi penyakit kritikal, mereka akan dihantar oleh Pegawai JHEOA ke Hospital Orang Asli di Gombak iaitu 90 kilometer bersamaan 1 jam 30 minit dari Pulau Carey. Setelah sembuh dan keadaan mengizinkan mereka pulang, pengawai JHEOA sekali lagi perlu menghantar mereka dan ini memerlukan masa yang panjang dengan terpaksa menunggu pegawai tersebut datang menjemput mereka semula.

(9)

Kementerian Pendidikan. Oleh itu, pelajar-pelajar Orang Asli perlu berpindah ke sekolah di bawah Kementerian Pelajaran setelah tamat persekolahan di sekolah yang ditadbirkan JHEOA.24

Menurut Encik Azman bin Sap, Pengerusi JKKK di Pulau Carey telah menyatakan bahawa tahap keciciran dalam pendidikan adalah tinggi pada waktu dahulu. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tahap keciciran yang tinggi ini berlaku seperti sistem pendidikan yang lemah, kemudahan dan kelengkapan pengajaran yang kurang, guru yang tidak terlatih, kemiskinan keluarga, sikap ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan, sikap dan minat pelajar Orang Asli kepada pendidikan yang rendah seperti tidak berminat dan berasa bosan untuk belajar.25 Dari segi mentaliti Orang Asli boleh dikatakan sangat sensitif dan lebih 10% yang telah berhenti sekolah adalah kerana sering dimarahi guru. Manakala punca-punca yang lain adalah kerana mereka enggan meneruskan pelajaran, mempunyai tahap penghargaan kendiri yang rendah, tidak mempunyai cita-cita, tidak ada kebolehan untuk belajar dan tidak faham.26 Pada 1997, statistik jumlah pelajar sekolah telah menunjukan lebih daripada 62% pelajar yang berdaftar di tahun satu gagal menamatkan persekolah mereka hingga ke tahun enam. Lebih 32% yang tamat tahun enam tidak menyambung persekolahan mereka ke tingkatan satu di sekolah menengah, 35% telah gagal menamatkan persekolahan hingga ke tingkatan 3 dan 94% pelajar mendaftar dari tingkatan satu gagal menamatkan persekolahan mereka hingga ke tingkatan lima.27

(10)

dan kurang mendapat sokongan dan bantuan dari mana-mana pihak yang berkaitan. Saiz kebun yang diusahakan juga adalah bersaiz kecil, tidak ekonomik dan pendekatan secara individu yang berasaskan kepada keperluan masing-masing atau sara hidup tanpa berfikiran untuk mengkomersialkan hasil mereka.28

Kaum Mah Meri juga memiliki seni ukiran kayu yang tinggi dan mampu mengkomersiakanl seni kraftangan mereka ke pasaran dunia. Pada tahun 1990-an, walaupun mereka masih memilki seni ukiran yang tinggi tetapi ianya hanya untuk upacara majlis dan amal ibadat. Mereka menghadapi masalah untuk memasarkan kraftangan mereka kerana masih belum ada lagi mana-mana pihak penganjur yang mahu bertanggungjawab mengendalikan aktiviti mempromosikan hasil ukiran mereka ke dunia luar pada ketika itu.29

5.0 Kejayaan Dan Pencapaian Sosio-Ekonomi Suku Kaum Mah Meri

Suku kaum Mah Meri sering dipuji dan disanjungi hasil daripada seni ukiran mereka yang sungguh unik dan artistik sebagai contoh ukiran topeng bagi upacara mereka. Hasil seni suku kaum Mah Meri ini pada waktu itu hanya dilihat menghiasi corak-corak seni pada sumpit mereka, penggunaan buloh serta seni menganyam daun panda sahaja. Pada tahun 1959 beberapa ukiran Mah Meri telah dipamerkan pada eksibisi Kedua yang telah dianjurkan oleh Angkatan Pelukis Semenanjong di Kuala Lumpur. Pada Ogos 1962 lebih banyak lagi ukiran yang dipamerkan pada eksibisi kelima iaitu Exposisi Seni Rupa yang juga telah diaturkan oleh Angkatan Pelukis Semenanjong di British Council, Kuala Lumpur dimana telah memaparkan 26 hasil ukiran Mah Meri daripada 12 pengukir.30

(11)

kaum Mah Meri ini. Pada 9hb Mac 1976, satu pameran selama satu bulan mengenai kerja-kerja ukiran orang-orang asli Malaysia telah dibuka dengan rasminya di Overseas Meseum, Bremem di Jerman Barat. Dua orang pengukir iaitu Encik Ahmad dari suku kaum Mah Meri, Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey dan Encik Yaman dari suku kaum Jahut, Pahang telah pergi ke Bremen khas bagi mempamerkan seni ukiran mereka.31

Walaupun Orang Asli menghadapi tahap keciciran pendidikan yang tinggi, terdapat segelintir daripada mereka yang mampu melanjutkan pelajaran mereka hingga ke peringkat yang tinggi dengan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sekitar tahun 1998 seramai 152 orang Asli telah berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat IPT dan menamatkan pengajian mereka. Terdapat 43 orang telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah, 96 orang di peringkat diploma dan 13 orang diperingkat sijil. Daripada 152 Orang Asli tersebut ada yang telah menyambung pengajian seperti di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan lain-lain manakala ada yang mampu menyambung pengajian keluar negara seperti Universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia. Daripada 152 orang Asli tersebut, terdapat 16 orang adalah daripada suku kaum Mah Meri32.

(12)

adalah untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap identiti kaum mereka sendiri, memberikan mereka ‘role model’ yang positif, mengembangkan pengetahuan mereka tentang sejarah budaya, dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka33. Pada tahun 2005, UNESCO telah menganugerahkan meterai kecrmerlangan kepada seorang pengukir kayu bernama Semi untuk ukiran kayu yang telah dihasilkan olehnya34.

6.0 Sumbangan Suku Kaum Mah Meri Dari Aspek Sosio-Ekonomi

Menurut Diana Uju, Setiausaha JKKK, seorang pelajar dari suku kaum Mah Meri sedang melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru di Kuala Lipis pada tahun 2015 manakala terdapat juga dua orang pelajar dari Sungai Bumbun yang mendapatkan keputusan cemerlang dalam PT3 pada tahun yang sama. Terdapat juga dua orang pelajar dari Sekolah Seni Johor yang berasal dari kampung yang sama bergiat aktif di dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Mereka telah mengadakan persembahan jemputan jelajah ke Perancis, Itali dan London pada tahun 201435.

(13)

7.0 Kesimpulan

(14)

Bibilografi

Azyantee Mohd Zarawee, Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 6 Bil.2, 2013

Comimisiner of Law Revision, Law of Malaysia, Act 134, Aboriginal People Act 1954, Percetakan Malaysia Berhad

Daphne chia wei loon, The Mah Meri in kampung sungai bumbun,carey

island,Selangor-the extent of their modernazation and the integration into Malaysian

society,Tahun 1998

Datuk Anthony Ratos,Marshal, Orang asli and their wood art, Cavendish International, Tahun 2006

P.K. Voon, S.H.Khoo and Zahariah Haji Mahmud, Intergreted surveyfor sosio-ekonomi change among the orang asli in peninsular Malaysia, Jabatan Geografi Universiti Malaya, Tahun 1977

Iskandar Carey, Orang Asli The Abroginal Tribes of Peninsular Malaysia, Oxfard University Press, Tahun 1976

Jabatan Penerangan Malaysia, “Kerja-kerja tangan (ukiran) orang-orang asli

Malaysia”, dibuka dengan rasminya di Overseas Museum, Bremen, Jerman Barat,

09.Mac.1976, Rekod dan arkib awam.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Kehidupan,Budaya dan Pantang Larang Orang Asli

Tahun 2001

(15)

Roland Werner, Mah meri of Malaysia art and culture, Universiti Malaya, Tahun 1974

Muhammad Taib Harun, Seni Ukiran Mah Meri, Tahun 1993 UITM

New Strait Times, UNESCO award for Mah Meri shaman, 18 Mei 2005

Saiful Badri, Akademika 62, Tahun 2003 UKM journal respisotory

Shahrum bin Yub, Mah Meri Sculpture, Tahun 1969 Jabatan Museum

Unit Perundangan Universiti Malaya, Kajian kesan pembangunan RPS terhadap masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia, Tahun 2000

“Mah Meri Cultural Village” dilayari pada 24 Mac 2016, http://mmcv.org.my/web/

“sgbumbun” dilayari pada 27 Februari 2016,

http://sgbumbun.net/index.php/pengenalan?showall=1&limitstart=

“Inspirasi daripada kisah dongeng dan lagenda untuk mempertingkatkan tahap pembacaan anak-anak Orang Asli di Malaysia” dilayari pada 20 Mac 2016,

http://www.unicef.org/malaysia/msl/media_7116.html

Program Pembagunan Penempatan Tersusun” dilayari pada 17 Mac 16,

http://www.jakoa.gov.my/orang-asli/pembangunan-orang-asli/program-pembangunan-penempatan-tersusun/

(16)

1-Comimisiner of Law Revision, Law of Malaysia, Act 134, Aboriginal People Act

1954, Percetakan Malaysia Berhad, 6

2- “sgbumbun” dilayari pada 27 Februari 2016,

http://sgbumbun.net/index.php/pengenalan?showall=1&limitstart=

3- Roland Werner, Mah meri of Malaysia art and culture, Universiti Malaya, Tahun 1974 9

4- Ibid 9

5-Azyantee Mohd Zarawee, Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 6 Bil.2, 2013, 156

6-Datuk Anthony Ratos Marshal, Orang asli and their wood art, Cavendish International, Tahun 2006, 36

7- Op.cit 9

8-Saiful Badri, Akademika 62, UKM journal respisotory,Tahun 2003, 44

9- Azyantee Mohd Zarawee, Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 6 Bil.2, 2013, 98, 103

10-Ibid 99

11- Datuk Anthony Ratos Marshal, Orang asli and their wood art, Cavendish International, Tahun 2006, 36

12- Encik Rozalizam bin Abdul Rahman Temubual 23 Februari 2016

(17)

14- Ibid 194

15-Ibid 194

16- P.K. Voon, S.H.Khoo and Zahariah Haji Mahmud, Intergreted surveyfor

sosio-ekonomi change among the orang asli in peninsular Malaysia , Jabatan Geografi Universiti Malaya, Tahun 1977, 16

17- Encik Azman bin Sap, Temubual, 10 Februari 2016

18-Program Pembagunan Penempatan Tersusun” dilayari pada 17 Mac 16,

http://www.jakoa.gov.my/orang-asli/pembangunan-orang-asli/program-pembangunan-penempatan-tersusun/

19- Iskandar Carey, Orang Asli: The Abroginal Tribes of Peninsular Malaysia, Oxfard University Press, Tahun 1976, 195

20-Daphne chia wei loon, The Mah Meri in kampung sungai bumbun,carey

island,Selangor-the extent of their modernazation and the integration into Malaysian

society Tahun 1998, 7

21- Datuk Anthony Ratos Marshal, Orang asli and their wood art, Cavendish International, Tahun 2006, 43

22-Op.cit, 9

23- P.K. Voon, S.H.Khoo and Zahariah Haji Mahmud, Intergreted surveyfor

sosio-ekonomi change among the orang asli in peninsular Malaysia , Jabatan Geografi Universiti Malaya, Tahun 1977, 9

24- Unit Perundangan Universiti Malaya, Kajian kesan pembangunan RPS terhadap

(18)

25- Encik Azman bin Sap, Temubual

26- Op.cit 48

27- Ibid 47

28- Long bin Jidin, Peranan kerajaan dalam mempertingkatkan penyertaan orang

asli dalam bidang pertanian, Universiti Kebangsaan Malaysia, Tahun 1984

29- Muhammad Taib Harun, Seni Ukiran Mah Meri, Tahun 1993 UITM

30-Shahrum bin Yub, Mah Meri Sculpture, Tahun 1969 Jabatan Museum, 2

31“Jabatan Penerangan Malaysia,Kerja-kerja tangan (ukiran) orang-orang asli

Malaysia”, dibuka dengan rasminya di Overseas Museum, Bremen, Jerman Barat,

09.Mac.1976, Rekod dan arkib awam.

32- Unit Perundangan Universiti Malaya, Kajian kesan pembangunan RPS terhadap

masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia, Tahun 2000, 50

33-“Inspirasi daripada kisah dongeng dan lagenda untuk mempertingkatkan tahap pembacaan anak-anak Orang Asli di Malaysia” dilayari pada 20 Mac 2016,

http://www.unicef.org/malaysia/msl/media_7116.html

34-New Strait Times, UNESCO award for Mah Meri shaman, 18 Mei 2005

35- Diana Uju, Temubual, 17 Mac 2016

Referensi

Dokumen terkait