• Tidak ada hasil yang ditemukan

SJHK3062 Kurikulum Sejarah Sekolah Renda

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SJHK3062 Kurikulum Sejarah Sekolah Renda"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Dasawarsa ini, kemajuan sains dan teknologi telah berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Perkembangan sains dan teknologi yang semakin pesat ini menuntut generasi muda pada hari ini untuk mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu secara holistik bukan sahaja tertumpu kepada ilmu sains malah juga ilmu di luar bidang sains supaya seseorang individu tersebut mampu menjadi individu yang cemerlang. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, sistem pendidikan di negara kita sedikit sebanyak telah melakukan perubahan demi perubahan pada kebelakangan ini untuk memastikan murid-murid di sekolah mampu dididik secara awal lagi dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar mampu bersaing di peringkat global. Jika kita meneliti dengan lebih mendalam, perubahan yang sangat ketara berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita ialah dari segi perancangan kurikulum sekolah.

(2)

2.0 KURIKULUM STANDARD SEJARAH SEKOLAH RENDAH

KSSR telah dilaksanakan secara rasmi pada peringkat sekolah rendah pada tahun 2011 bagi menggantikan sistem kurikulum pendidikan kita yang lama iaitu KBSR. Perancangan demi perancangan telah dilakukan oleh golongan profesional dalam Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dan akhirnya pada tahun 2013, subjek Sejarah telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah. Subjek Sejarah telah diperkenalkan di sekolah rendah untuk murid-murid tahap dua iaitu murid tahun empat, tahun lima dan tahun enam dengan penekanan tema yang berbeza.

TAHAP II TEMA

Tahun 4 Sejarah Awal Negara

Tahun 5 Kedaulatan Negara

Tahun 6 Kemakmuran Negara Kita

Jadual 1: Kandungan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (sumber: KPM)

(3)

suatu ketika dahulu. Hal ini

telah menyebabkan

imej negara sedikit sebanyak

telah dicemari dan telah

mendatangkan kesan sampingan

sama ada kepada atas aspek politk,

ekonomi mahupun sosial.

(4)

Gambar 2: Antara Kandungan Sejarah Tahun 4

3.0 BAGAIMANA KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH MAMPU MENJADI MEKANISME YANG EFISIEN UNTUK MENGUKUHKAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN JATI DIRI DALAM PROSES PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

Fokus utama kurikulum Sejarah sekolah rendah adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Seperti yang digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah, menyatakan bahawa organisasi Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah merupakan kesepaduan tiga elemen utama iaitu mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap Sejarah demi melahirkan murid-murid yang tersemai dengan elemen-elemen kewarganegaraan seperti kongsi sejarah, kongsi masa depan, kongsi nilai, perasaan kekitaan dan sebagainya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Oleh itu, terdapat beberapa sebab mengapa kurikulum Sejarah sekolah rendah mampu menjadi suatu mekanisme yang sangat efisien untuk mengukuhkan elemen kewarganegaraan dan jati diri dalam diri anak muda pada hari ini.

3.1 PENERAPAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK DALAM SUBJEK SEJARAH SEKOLAH RENDAH

(5)

bersesuaian dengan standard pembelajaran bagi setiap topik yang diajar. Kewujudan elemen kewarganegaraan dalam standard pembelajaran membuktikan bahawa nilai-nilai sivik adalah sangat penting dan guru Sejarah adalah wajib untuk menerapkan nilai-nilai tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Gambar 3: Elemen Kewarganegaraan Dititikberatkan dalam Standard Pembelajaran

Penerapan nilai sivik dan kewarganegaraan dalam standard pembelajaran untuk setiap standard kandungan adalah sangat penting agar murid-murid boleh mengetahui nilai-nilai positif yang perlu disemai dan dipraktikkan dalam diri mereka supaya ianya boleh membawa manfaat kepada semua pihak. Hal ini turut disokong oleh Ahamad Rahim et.al (n.d), yang menyatakan bahawa pendidikan Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang dianggap relevan dalam menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum dalam masyarakat multietnik di negara ini ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu selari dengan konsep 1Malaysia. Oleh itu, guru Sejarah boleh merancang pelbagai aktiviti dalam kelas seperti perbincangan dalam kumpulan, lakonan dan sebagainya yang boleh melatih murid-murid di dalam bilik darjah untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi memikirkan nilai atau perlakuan yang sesuai ditunjukkan dalam sesuatu

(6)

3.2 PENDEKATAN KRONOLOGI DALAM KURIKULUM SEJARAH

Kita umum mengetahui bahawa susunan kurikulum Sejarah sekolah rendah adalah menggunakan pendekatan kronologi. Menurut Ishak Saat dan Kamarul Afendey (2013), kronologi bermaksud urutan susunan peristiwa atau kejadian secara sistematik dan melalui susunan peristiwa tersebut kita boleh melihat perkembangan peristiwa dan mempelajari nilai-nilai murni daripada peristiwa tersebut. Oleh itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah merancang kurikulum Sejarah sekolah rendah mengikut kronologi peristiwa yang berkaitan dengan negara kita iaitu bermula daripada skop zaman prasejarah sehinggalah kepada skop negara Malaysia pada hari ini. Melalui susunan kronologi seperti ini, murid-murid di sekolah mampu mempelajari banyak nilai dan pengajaran daripada setiap peristiwa yang berlaku. Mereka bukan sahaja mampu mengenali apa itu sejarah, malah mereka juga boleh kaitkan persekitaran kehidupan seharian mereka iaitu keluarga dan sekolah mereka dengan konsep sejarah. Daripada aspek tersebut, mereka boleh mempelajari bahawa adalah sangat penting untuk menghargai setiap insan yang berkorban untuk mereka dan peranan mereka dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan cemerlang. Apabila mereka sudah besar, mereka mampu mengaplikasikan segala nilai yang mereka pelajari dan akhirnya mampu memberi mandaat kepada pembangunan negara kita.

Jadual 2: Kandungan Standard Sejarah Tahun 4 Berdasarkan Pendekatan Kronologi

(7)

proses yang sangat panjang serta memerlukan komitmen tokoh-tokoh yang konsisten dan kesepaduan yang utuh dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Secara tidak langsung murid-murid akan melahirkan perasaan cinta kepada negara dan mampu menanam sikap patriotik ke dalam diri mereka dan seterusnya mampu mengelakkan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 daripada berulang kembali yang boleh menyebabkan negara kita porak peranda. Oleh itu, pendekatan kronologi dalam susunan kurikulum sejarah adalah sangat releven dan efisien kerana ianya dapat mengukuhkan elemen kewarganegaraan dan jati diri dalam diri murid-murid di sekolah. Hal ini turut disokong oleh Ishak Saat dan Kamarul Afendey (2013), bahawa sejarah adalah berasaskan fakta dan fakta mestilah mengikut kronologi. Kegagalan pelajar sekolah memahami urutan peristiwa sejarah mengikut kronologi menyebabkan proses pembelajaran sejarah tidak sempurna. Justeru, guru boleh menyenaraikan kronologi mengikut cara yang kreatif seperti menggunakan peta minda untuk memudahkan pelajar memahami kronologi berkenaan.

3.3 KANDUNGAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG MENDEKATKAN DIRI PELAJAR DENGAN SEJARAH NEGARA

(8)
(9)

Gambar 4: Topik ‘Pemimpin Negara yang Kusanjungi’ dalam Kandungan Sejarah Tahun 6

4.0 CABARAN GURU SEJARAH ABAD KE-21 UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG MAMPU MENGHARGAI WARISAN NEGARA

4.1 GENERASI MUDA YANG ALPA DENGAN PENGARUH GLOBALISASI

Kita sedia maklum bahawa cabaran globalisasi pada hari semakin pesat. Dunia tanpa sempadan pada hari ini bukan sahaja memberi impak dari aspek sains dan teknologi malah ianya juga mendatangkan impak kepada aspek sahsiah dan personaliti seseorang individu. Pada hari ini, kesan daripada pengaruh globalisasi telah menyebabkan lahirnya generasi muda yang memuja budaya hidonisme. Menurut Mohd Ali Iksan (2010), hedonisme merupakan situasi di mana remaja hidup dalam keadaan bebas bersosial, mereka lebih menitikberatkan suatu perbuatan yang mereka lakukan dengan keseronokan dan kepuasan hidup. Keseronokan yang dimaksudkan itu hanya diputuskan oleh akal nafsu mereka sendiri tanpa ada unsur agama sehingga hilang nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

(10)

Gambar 5: Budaya Ponteng Sekolah yang Menjadi Penghalang Kepada Guru Untuk Melahirkan Generasi yang Menghargai Warisan Negara

4.2 MURID SEKOLAH KURANG MINAT DALAM MATAPELAJARAN SEJARAH Matapelajaran Sejarah merupakan suatu subjek yang memerlukan kemahiran mengingat yang tinggi dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak fakta tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sama ada berkaitan dengan kejadian yang berlaku dalam negara mahupun luar negara. Berbeza dengan matapelajaran sains dan matematik, kedua-dua matapelajaran tersebut adalah lebih menarik kerana ianya sentiasa mencabar pemikiran murid-murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan fokus murid terhadap matapelajaran Sejarah menjadi kurang dan mereka lebih mementingkan subjek Sains dan Matematik kerana realiti dunia pada hari ini menuntut agar generasi abad ke-21 mantap dalam pemikiran sains dan matematik.

(11)

5.0 CADANGAN-CADANGAN KEPADA GENERASI PENDIDIK UNTUK MENJADI GURU SEJARAH YANG BERKESAN

5.1 MENGAPLIKASI KEMUDAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) KE DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(12)

Oleh itu, guru matapelajaran Sejarah di sekolah seharusnya mempertingkatkan diri sendiri dengan ilmu pengetahuan tentang TMK dan aplikasikan TMK ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sejarah. Sebagai contoh, guru boleh mengajar matapelajaran Sejarah menggunakan aplikasi dalam komputer seperti Microsoft Powerpoint mahupun menggunakan klip video untuk menerangkan topik-topik yang ingin diajar. Hal ini demikian kerana, dengan menggunakan kemudahan TMK yang menekankan aspek visual, audio ataupun gabungan audio-visual, murid-murid akan berasa lebih seronok dan akan lebih berminat untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan pengajaran kaedah tradisional. Hal ini turut disokong oleh Joseph Anjuman & Wan Rozali (2013), bahawa TMK adalah lebih daripada alat pengajaran kerana potensi kelestariannya adalah menonjol di dalam meningkatkan kualiti dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

5.2 MENGAPLIKASIKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 KE DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dunia pendidikan di Malaysia pada hari ini menuntut warga pendidik di sekolah agar menggunakan pendekatan yang kreatif semasa mengajar di dalam kelas. Pendekatan yang kreatif yang digunakan oleh guru semasa mengajar akan menghasilkan pelajar yang kreatif dan berinovasi. Untuk menghasilkan murid yang kreatif, guru-guru pada hari ini seharusnya menggunakan strategi pengajaran berpusatkan kepada murid. Strategi berpusatkan murid merupakan proses pembelajaran yang berbentuk penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baharu dan murid memiliki kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru (Noriati et,al., 2012). Hal ini bermakna, strategi berpusatkan murid dapat menggalakkan murid lebih aktif dan mampu melibatkan diri bagi membantu mereka memahami tentang cara yang betul untuk belajar.

(13)

pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung akan menanam semangat inkuiri dalam diri mereka dan mereka akan sentiasa bertanya demi memperoleh pengetahuan daripada guru dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi sangat aktif. Di samping itu, guru-guru sejarah di sekolah juga boleh mengaplikasikan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah. Dalam pembelajaran koperatif, guru Sejarah bukan sahaja mampu membantu murid dalam menguasai kandungan pembelajaran malah juga boleh membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia.

Gambar 7: Contoh Susun Atur Bilik Darjah Abad Ke-21

(14)

6.0 KESIMPULAN

Gambar

Gambar 1: Buku teks Sejarah Tahun 4
Gambar 3: Elemen Kewarganegaraan Dititikberatkan dalam Standard Pembelajaran
Gambar 5: Budaya Ponteng Sekolah yang Menjadi Penghalang Kepada Guru Untuk MelahirkanGenerasi yang Menghargai Warisan Negara
Gambar 6: Aplikasi TMK Dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
+2

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mengetahui bagaimana penerapan KBK pada pembelajaran sejarah, untuk mengetahui dan mendeskripsikan perbedaan beban mengajar guru sejarah dalam menghadapi kurikulum 1994

Apabila guru diberi tanggungjawab untuk mengajar sesuatu matapelajaran, tanggungjawab tersebut bukanlah hanya setakat mengajar semata-mata, malah seseorang guru perlu

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Mata pelajaran bahasa Malaysia untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh

Oleh itu, perlaksanaan program dakwah merupakan suatu perkara yang diberikan perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha untuk memastikan

Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi

Untuk memastikan bahawa kajian tindakan dijalankan dengan lancar di sesebuah sekolah, komunikasi di antara pentadbir dan guru yang menjalankan kajian itu sentiasa

Kajian inl telah dijalankan di sebuah sekoiah rendah dalam Daerah Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui kaedah yang digunakan oleh

Seterusnya, dapatan kajian juga memaparkan bahawa tidak terdapat hubungan signifikan gaya pengajaran guru Sejarah terhadap tahap minat pembelajaran Sejarah murid tahun lima di