• Tidak ada hasil yang ditemukan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)"

Copied!
44
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

BAHASA MALAYSIA

TAHUN ENAM

(2)
(3)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

BAHASA MALAYSIA

TAHUN ENAM

Bahagian Pembangunan Kurikulum

(4)

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum

mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,

Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

(5)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif

yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(6)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

(7)

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN i. Matlamat ii. Objektif

iii. Pelaksanaan Subjek Modul

5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 9

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 15

PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD TAFSIRAN UMUM

TAFSIRAN MATA PELAJARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

16 16 17 18 21

(8)
(9)

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan (KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pembelajaran bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu program pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “Guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSRPK Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti

secara optimum kepada murid-murid Masalah Pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSRPK Masalah Pembelajaran membolehkan murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

berdikari dalam kehidupan seharian

(10)

2

iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

kehidupan bekerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi

membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi v. Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri

Rajah 1: Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

(11)

3

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

STANDARD KANDUNGAN

Pernyataan tentang disiplin ilmu di mana murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

STANDARD PEMBELAJARAN

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan yang dinyatakan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

(12)

4

KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,

menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

KBAT Penerangan

Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan

Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi

justifikasi

Mencipta  menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif

Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

(13)

5

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.

Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

 Mengamalkan sikap keusahawanan;

 Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan;

 Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan

 Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

(14)

6

berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam

mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:

 Belajar mengenai TMK

 Belajar melalui TMK

 Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA

Matlamat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Masalah Pembelajaran digubal untuk membolehkan murid menguasai asas berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, berdikari, memperoleh asas pengetahuan, ilmu, kemahiran, mendapatkan maklumat, nilai dan idea serta bersosial bagi mencapai kehidupan bermakna.

Fokus

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Masalah Pembelajaran berkeupayaan dapat:

i) Mendengar, mengecam, mengajuk, memahami dan menyebut bunyi bahasa perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

ii) Mendengar, memahami dan memberi respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaa dengan betul;

iii) Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul dan bertatasusila;

iv) Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;

v) Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan dan memberi respons dengan betul;

vi) Membaca pelbagai bahan bacaan untuk memperkayakan kosa kata dan maklumatuntuk memupuk minat membaca;

vii) Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;

viii)Menulis secara mentalis dengan betul dan kemas;

ix) Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

x) Menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan; dan

xi) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

(15)

7

Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

i. Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar meliputi keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam situasi bercerita dan mendiskriminasikan perkataan serta memberi respons

ii. Kemahiran Bertutur

Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran berkomunikasi untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan

maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betul

i. Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid

membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada

aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai

bahan secara kritis dengan menggunakan

pelbagai teknik membaca. Di samping itu murid dapat menghayati teks yang dibaca.

ii. Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang

berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui.

Penekanan perlu diberikan kepada

penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan

menggunakan kreativiti mereka untuk

menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks

dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

Aspek Seni Bahasa

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid memahami,

(16)

8

mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui

pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid memperolehi bahasa yang indah secara didik hibur daripada teknik bercerita dan berpuisi. Seni bahasa ini menampakkan keindahan bahasa dari aspek pembentukan ayat yang menggunakan personafikasi yang terdapat dalam bercerita dan berpuisi.Idea ini dapat dilahirkan dalam bentuk lisan dan penulisan.

Aspek Tatabahasa

Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan secara terancang

Sistem Bahasa

Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata, sebutan dan intonasi. Perlaksanaan sisitem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahasa Malaysia membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.

Penjelasan bagi perkara tersebut di nyatakan di bawah.

Tatabahasa

Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis i. Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk

kata pula ialah unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal.

Golongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan yang sama;

a) Struktur kata majmuk pola suku kata bagi:

i) kata asli bahasa Melayu

b) Bentuk kata terdiri daripada:

i) kata tunggal

c) Golongan kata terdiri daripada:

i) kata nama ii) kata kerja iii) kata adjektif

(17)

9

ii) Sintaksis

Sintaksis ialah bidang bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.

Ini bermakna bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang

menjadi dasar kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.

Aspek tumpuan sintaksis adalah seperti berikut:

a) Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat.

b) Jenis ayat iaitu ayat penyata dan ayat tanya

c) Binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk

iii) Tanda Baca

Tanda baca perlu dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Contohnya, koma dan

tanda noktah mewakili hentian di dalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang yang betul dapat mewakili intonasi dalam

bacaan dan tulisan.

iv) Sistem Ejaan

Perkara yang diberi penekanan ialah:

a) Pola keselarasan huruf vokal b) Ejaan kata pinjaman

c) Ejaan kata dasar

v) Sebutan dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat yang betul serta memahami intonasi dan jeda.

Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya

(18)

10

murid dapat menyampaikan maksud dengan

tepat.

a) Sebutan

Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul.

Sebutan bahasa Malaysia yang diajarkan di Sekolah hendaklah menggunakan bahasa Melayu baku.

a) Intonasi

Intonasi ayat bahasa Melayu yang betul hendaklah diajarkan mengikut pola ayat yang berikut:

i) ayat penyata ii) ayat tanya iii) ayat perintah iv) ayat aktif v) ayat pasif

b) Kosa kata

Kosa kata daripada kata umum dan istilah.

Penguasaan kosa kata perlu

dipertingkatkan dan diperkembangkan agar

murid dapat mengungkapkan maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu dalam mana-mana mata pelajaran yang dipelajari di peringkat ini.

Pelaksanaan Modul

Modul Pengajaran

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Mata pelajaran bahasa Malaysia untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan murid. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

Modul Pembelajaran

Modul pembelajaran Mata pelajaran Bahasa Malaysia juga disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

(19)

11

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penekanan 5P

Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia perlu menekankan prinsip 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Hal ini selaras dalam usaha memenuhi konsep bersepadu dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti berikut;

i. Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.

Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat dalam standard kandungan.

ii. Penyerapan

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.

iii. Penilaian

Penilaian dianggap sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian perlukan dijalankan secara berterusan dalam prose pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan.

iv. Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai

(20)

12

dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini

terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat- peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.

Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

v. Pengayaan

Program pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Pendekatan berpusatkan murid

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui

pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina kenyakinan berbahasa.

Pendekatan Tematik

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancagan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.

Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut:

i) Kebudayan, Kesenian dan Estetika

Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya.

Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga Malaysia.

(21)

13

ii) Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan

Tema jati diri, patriotisma dan kewarganegaraan merujuk kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental , emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara.

iii) Sains, Teknologi dan Inovasi

Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi.

iv) Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan

bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan perihatin serta bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan teknologi hijau.

v) Pertanian dan Penternakan

Tema pertanian dan perternakan memberi murid pendedahan perihal asas-asas pertanian dan penternakan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan.

vi) Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang perniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam kehidupan.

(22)

14

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M , guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

i) Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan murid belajar bersama-sama, saling belajar dan membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Ahli kumpulan bekerja, berkongsi idea, bahan dan peralatan untuk mencapai matlamat sendiri dan kumpulan. Ia mewujudkan interaksi dan kerjasama serta semangat berpasukan di dalam kumpulan bagi mencapai matlamat pembelajaran.

ii) Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya berhubungkaitkan pengetahuan terbaharu

secara bermakna dan menghayati proses pembelajaran dalam kehidupan mereka.

iii) Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi percambahan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa hadapan.

iv) Didik Hibur

Didik Hibur adalah satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara santai dan berhibur yang terancang dan bersistematik dengan penekanan pelaksanaannya terhadap dua elemen komponen sastera iaitu nyanyian dan puisi.

v) Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, frasa dan ayat. Murid perlu

(23)

15

menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang

telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.

vi) Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan Projek memastikan murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Ini dapat membantu guru menilai perkembangan murid dan kualiti pembelajaran murid. Murid lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu projek.

vii) Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada.

Pembelajaran ini menjadikan murid lebih yakin, faham dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.

viii) Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran ini memberikan murid kepada teknik belajar yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi situasi yang sentiasa berubah-ubah untuk pembelajaran sepanjang hayat.

ix) Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang lampau, masa kini dan akan datang. Perkara seperti ini memberikan murid untuk menjangka, meramal serta menangani perubahan semasa supaya mereka mendapat memanfaat sepenuhnya.

x) Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran akses kendiri ialah memberi peluang murid belajar secara kendiri dengan menggunakan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang untuk memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri. Ini memberi peluang mereka bertanggungjawab terhadap hasil pembelajaran mereka.

(24)

16

xi) Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Pembelajaran luar bilik darjah adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terancang, berstruktur dan berpusatkan murid. Kaedah ini mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di bilik darjah. Ia memberi pengalaman pembelajaran di dalam situasi yang sebenar untuk mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan.

xii) Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri adalah memastikan murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran sebelum berpindah keunit seterusnya. Pembelajaran ini dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil untuk mudah dikuasai murid.

Kepelbagaian Sumber Bahan

Penggunaan kemudahan pusat sumber dan komputer adalah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan yang berunsur ilmu dan disesuaikan dengan murid hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Akses internet dapat memberi peluang kepada murid di dalam mendapatkan

sumber pengajaran dan pembelajaran.

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi Rancangan Pendidikan Individu:

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000)

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat

(25)

17

negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan

lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, dan meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.

PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporan.

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

PS mempunyai ciri-ciri berikut:

 Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.

 Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP.

 Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

 Merujuk Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

(26)

18

- Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring

denganproses PdP.

- Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan

pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran

dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan individu lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing- masing.

Standard Prestasi

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan tahap penguasaan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (Tahap Penguasaan).

Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

(27)

19

Kerangka Standard Prestasi

Tahap

Penguasaan Huraian Tahap Penguasaan

1 Sangat Terhad

2 Terhad

3 Memuaskan

4 Baik

5 Sangat Baik

6 Cemerlang

Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hieraki digunakan bagi tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok standard. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

Tafsiran Umum Keseluruhan

TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM

1 Tahu Murid tahu perkara asas,

atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 Tahu dan

Faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 Tahu, Faham

dan Boleh Buat

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 Tahu, Faham

dan Boleh Buat dengan

Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 Tahu, Faham

dan Boleh Buat dengan

Beradab Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.

6 Tahu, Faham

dan Boleh Buat dengan

Murid berupaya

menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada

(28)

20

Beradab Mithali untuk digunakan pada

situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.

Tafsiran Umum Keseluruhan Tahap Penguasaan Untuk Bahasa Malaysia

Tahap ini menandakan pencapaian murid berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi Bahasa Malaysia KSSR dalam kemahiran bahasa.

Tahap

Penguasaan Tafsiran

1

Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa.

2

Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa.

3

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa.

4

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya

(29)

21

mengungkapkan idea, menguasai

kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa.

5

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa.

6 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang cemerlang dan

konsisten, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dan tersusun, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif, berkomunikasi secara efektif dan penuh keyakinan, mengamalkan pembelajaran secara kendiri serta menjadi model teladan kepada murid yang lain dalam kemahiran bahasa.

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

(30)

22

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari

dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan.

Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

(31)

1 KEMAHIRAN MENDENGAR

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Mendengar dan memahami pesanan

1.1.1 Mendengar dan menyampaikan pesanan

1 Mengajuk pesanan yang didengar

2 Memberi respons terhadap pesanan yang didengar secara lisan atau gerak laku

3 Menyampaikan pesanan yang didengar secara lisan atau bertulis

4 Melakukan atau menyampaikan pesanan yang didengar dengan beradab

5 Melakukan atau menyampaikan pesanan yang didengar dengan yakin, tekal dan beradab

6 Melakukan atau menyampaikan pesanan yang didengar dengan yakin, tekal dan boleh dicontohi

(32)

2 STANDARD

KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.2 Mendengar dan memahami cerita

1.2.1 Mendengar dan menyambung cerita berpandukan gambar

i. bersiri ii. tunggal 1.2.2 Memahami dan

menyambung cerita dengan menggunakan ayat sendiri

berdasarkan cerita yang diperdengarkan

1 Memberi respons terhadap cerita yang didengar secara lisan atau gerak laku

2 Menyatakan maklumat berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan

3 Bercerita berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan

4 Menyambung cerita berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan dengan perkataan sendiri secara beradab

5 Bercerita dengan menggunakan perkataan sendiri berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan secara yakin dan beradab terpuji

6 Bercerita dengan menggunakan perkataan sendiri berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan dengan yakin, kreatif dan boleh mempengaruhi khalayak

(33)

3 KEMAHIRAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.1 Berbual dan

membincangkan isi penting

2.2 Bercerita berpandukan isi penting

2.1.1 Berbual berpandukan gambar tentang;

i. tanah runtuh ii. banjir

iii. kebakaran iv. kemalangan 2.2.1 Menyatakan kebaikan

atau keburukan tentang;

i. menonton televisyen ii. makanan seimbang iii. menjaga alam sekitar 2.2.2 Bercerita dengan

menggunakan perkataan sendiri tentang;

i. melancong ii. sambutan hari

kemerdekaan

iii. perayaan di Malaysia iv. masyarakat Malaysia

1 Memberi respons terhadap bahan atau isi penting secara lisan atau gerak laku

2 Menyatakan maklumat berpandukan gambar atau isi penting secara lisan atau bertulis

3 Berbual berpandukan gambar atau isi penting 4 Bercerita berpandukan gambar atau isi penting menggunakan perkataan sendiri secara beradab 5 Bercerita berpandukan bahan menggunakan

perkataan sendiri dengan yakin dan beradab 6 Bercerita berpandukan bahan dengan perkataan

sendiri secara yakin, kreatif dan mempengaruhi khalayak

(34)

4 KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.1 Mengeja dan

membatang perkataan

3.2 Membaca mekanis

3.1.1 Mengeja dan

membatang perkataan KVKKVKV

3.1.2 Mengeja dan

membatang perkataan KVKKVKVK

3.1.3 Mengeja dan

membatang perkataan KVKVKKVK

3.1.4 Mengeja dan menyebut perkataan digraf

3.2.1 Membaca ayat tunggal berdasarkan gambar 3.2.2 Membaca petikan

dengan sebutan yang betul dan jelas

3.2.3 Membaca bahan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas

1 Mengajuk perkataan 2 Mengeja perkataan 3 Menyebut perkataan

4 Membaca kuat perkataan atau frasa atau ayat 5 Membaca kuat bahan bacaan secara tekal dengan

sebutan dan intonasi yang sesuai

6 Membaca kuat bahan bacaan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai secara yakin serta boleh dicontohi

(35)

5 KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.1 Menulis secara mekanis 4.1.1 Menulis perkataan KVKKVKV

4.1.2 Menulis perkataan KVKKVKVK 4.1.3 Menulis perkataan

KVKVKKVK

4.1.4 Menulis perkataan digraf 4.1.5 Menulis frasa

berpandukan;

i. gambar ii. perkataan 4.1.6 Menulis ayat tunggal

berdasarkan gambar 4.1.7 Menulis ayat majmuk berdasarkan gambar

1 Menyalin perkataan

2 Menulis perkataan berpandukan gambar

3 Menulis frasa atau ayat berpandukan gambar atau perkataan

4 Menulis ayat tunggal atau ayat majmuk berpandukan gambar

5 Menulis ayat berpandukan gambar dengan yakin dan beradab

6 Menulis ayat berpandukan gambar secara gramatis dan boleh dicontohi

(36)

6 STANDARD

KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.2 Menghasilkan penulisan

mentalis 4.2.1 Melengkapkan

karangan berpandukan gambar secara

imaginatif

4.2.2 Menghasilkan penulisan secara imaginatif

berdasarkan situasi

1 Menyalin karangan

2 Melengkapkan karangan berpandukan gambar atau perkataan

3 Melengkapkan karangan berpandukan isi penting 4 Menulis karangan secara imaginatif berdasarkan

situasi

5 Menulis karangan secara imaginatif berdasarkan situasi secara yakin, tekal dan beradab

6 Menulis karangan secara imaginatif berdasarkan situasi dengan kreatif, gramatis dan boleh dicontohi

(37)

7 SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5.1 Menyanyi dan memahami seni kata lagu

5.1.1 Mengalunkan rentak lagu

5.1.2 Menyanyikan lagu mengikut rentak 5.1.3 Menyanyikan lagu

sambil membuat gerak laku

1 Mengalunkan rentak lagu 2 Menyebut seni kata lagu

3 Menyanyikan lagu mengikut rentak

4 Menyanyikan lagu mengikut rentak sambil membuat gerak laku

5 Menyanyikan lagu mengikut rentak secara kreatif, yakin dan beradab

6 Menyanyikan lagu mengikut rentak secara kreatif , yakin dan mempengaruhi khalayak

5.2 Melafazkan dan memahami sajak menggunakan bahasa yang indah

5.2.1 Melafazkan sajak dengan sebutan yang sesuai

5.2.2 Mendeklamasikan sajak dengan gaya yang sesuai

1 Membaca bait-bait sajak

2 Bersajak dengan sebutan yang sesuai

3 Bersajak dengan sebutan dan gaya yang sesuai 4 Mendeklamasikan sajak dengan sebutan, gaya

dan intonasi yang sesuai

5 Mendeklamasikan sajak secara kreatif 6 Mendeklamasi sajak secara kreatif dan

mempengaruhi khalayak

(38)

8 TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6.1 Mengenal dan menggunakan kata hubung dan kata sendi

6.1.1 Mengenal dan menyatakan kata hubung gabungan

i. dan ii. atau iii. tetapi

6.1.2 Menggunakan kata hubung gabungan dan, atau, tetapi dalam ayat dengan betul

6.1.3 Mengenal dan menyatakan kata hubung pancangan

i. kerana ii. apabila iii. walaupun 6.1.4 Menggunakan kata

hubung pancangan kerana, apabila, walaupun dalam ayat dengan betul

1 Menyatakan kata hubung atau kata sendi 2 Menyenaraikan kata hubung atau kata sendi 3 Menggunakan kata hubung atau kata sendi

secara lisan atau bertulis

4 Menggunakan kata hubung atau kata sendi yang sesuai secara lisan atau bertulis dan beradab

5 Menggunakan kata hubung atau kata sendi yang sesuai secara tekal dengan yakin, tekal dan beradab.

6 Menggunakan kata hubung atau kata sendi yang sesuai secara tekal,yakin dan boleh dicontohi

(39)

9 6.1.5 Mengenal dan

menyatakan kata sendi i. di

ii. ke iii. dari iv. daripada 6.1.6 Menggunakan kata

sendi di, ke, dari, daripada dalam ayat dengan betul

(40)

10 GLOSARI KATA BAHASA MALAYSIA

BIL PERKATAAN MAKSUD DALAM KONTEKS DOKUMEN STANDARD

1 Ayat tunggal Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat

2 Ayat majmuk Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih menggunakan kata hubung

3 Berbual Bercakap-cakap tentang pelbagai perkara

4 Bercerita Menuturkan sesuatu cerita

5 Digraf Dua huruf yang mewakili satu bunyi, contoh ng( nganga), sy (syair) ny (nyanyuk), kh (Khamis), 10gh (ghaib) dikenali juga sebagai konsonan rangkap

6 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih

7 Gerak laku Tingkah laku atau gerak geri, perbuatan atau kelakuan

(41)

11 8 Imaginatif Sebuah karangan bebas yang menceritakan tentang pengalaman

9 Kata hubung Kata yang fungsinya adalah untuk menghubungkan dua kalimat, perkataan dan rangkai kata

10 Kata sendi Kata yang menghubungkan dua kata atau ayat

11 Konteks (Lin) Sesuatu yang menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan

12 Membaca mekanis Bacaan kuat secara cekap, pantas dengan penggunaan tanda bacaan serta intonasi yang betul

13 Menceritakan semula Mengulang cerita yang telah didengar, dibaca dan lain-lain

14 Menulis secara mekanis Penekanan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan mudah dibaca.

15 Penulisan Mentalis Penglahiran idea dan perasaan untuk memberi maklumat dan ia melibatkan proses kognitif

16 Sajak Puisi Melayu moden, berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, suku kata sebaris, rangkap dan sebagainya

Rujukan : Laman web Dewan Bahasa dan Pustaka

(42)

12 Cadangan tema;

1. Kebudayan, Kesenian dan Estetika

2. Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan 3. Sains, Teknologi dan Inovasi

4. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 5. Pertanian dan Penternakan

6. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Cadangan lagu kanak-kanak:

1. Bangau Oh bangau 2. Di Tanjong Katong 3. Rama-rama

(43)

13 DAFTAR KATA TAHUN ENAM

POLA KATA PERKATAAN

KVK+KV+KV

kenduri bencana cempaka lencana misteri mentega jendela bestari kembara soldadu penjuru senjata bendera kemboja menteri

KVK+KV+KVK

tempurung matlamat cendawan sembilan tempayan maksimum cengkerik martabat mahkamah martabak pencetak hamparan hampagas landasan banjaran gencatan komputer lembaran pembaris

KV+KVK+KVK

kelongsong belimbing gelanggang selumbar telanjang kumandang gelombang pelantar belangkas kelompok kalendar pelanduk pelampung sepanduk serunding kelenjar perintah telunjuk

DIGRAF

nganga nyonya tarikh Khamis syair syampu stokin khemah syiling khabar

nyiru syarat ghaib nyanyi khidmat

(44)

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk

Referensi

Dokumen terkait

Sebagaimana disampaikan Kepala Biro Pembinaan dan Pengawasan Sistem Resi Gudang dan Pasar Lelang Komoditas, Badan Pengawas Perdagangan Berjangka Komoditi (Bappebti), Retno

Melalui video pembelajaran, tanya jawab, dan penugasan, peserta didik dapat Menyebutkan, Mengklasifikasi dan menerapkan interaksi lisan dan tulis untuk menggunakan

Tahap testing atau pengujian pada pembuatan sistem informasi pembayaran SPP KB IT ANAK HEBAT dapat dilakukan dengan pengujian sistem yang sudah dibuat..

Desain penelitian yang diguna- kan mengacu pada pendapat Sugiyono (2011: 208) yaitu; (1) Potensi dan Masalah, pada tahap ini dilakukan dengan menggunakan teknik

POLITEKNIK ILMU PELAYARAN (PIP) SEMARANG Dosen Dosen Dosen Dosen Instruktur Dosen Instruktur Instruktur Dokter Umum Penata Laporan SABMN Penata Laporan Keuangan Penata

Grafik pengaruh konsentrasi campuran buah naga merah dan pisang kepok terhadap kadar vitamin C fruit leather dapat dilihat pada Gambar 4.. Gambar 4 menunjukkan

Menurut Sapriyanti dkk (2014), pada penelitian pembuatan velva tomat dengan penambahan CMC 0,5% dan gum arab 0,25% serta konsentrasi madu 15- 35% berpengaruh nyata

Visi Pembangunan Kabupaten Kutai Timur 2016-2021 harus mampu menjadi kabupaten mandiri dengan mentrasformasikan keunggulan komperatif menjadi keunggulan kompetitif