• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Tindakan Dan Pengurusan Sekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kajian Tindakan Dan Pengurusan Sekolah"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

Kajian Tindakan Dan Pengurusan Sekolah

Dr. Soon Seng Thah

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

1. Pengenalan

Kajian tindakan selalunya dikaitkan dengan penyelidikan yang dijalankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pendapat sedemikian adalah benar pada awal perkembangan kajian tindakan. Dalam konteks masa kini, kajian tindakan bukan sahaja di gunakan untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tetapi ia juga digunakan untuk memperkukuhkan pengurusan di sekolah. Walau bagaimanapun kedua-dua aplikasi ini mempunyai hala tuju yang sama, iaitu untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru.

Sebenarnya kajian tindakan mempunyai dua unsur utama, iaitu “tindakan” dan “kajian”. Oleh itu ia sangat sesuai diaplikasikan dalam konteks pendidikan di mana dua unsur utama ini seringkali dijalankan, iaitu tindakan yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan kajian yang memperoleh bukti-bukti empirik yang dapat menyokong sesuatu tindakan yang dijalankan itu. Kajian tindakan digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah dan ini boleh membawa perubahan terancang (planned change) dan juga hasil atau outcome yang dikehendaki. Kajian tindakan boleh digunakan untuk i. menambah baik kaedah pengajaran ii. meningkatkan strategi pembelajaran iii. menghasilkan prosedur penilaian yang berkesan iv. mengetengahkan sikap dan nilai yang positif v. membangunkan perkembangan staf vi. memperkukuhkan pengurusan dan kawalan dan vii. meningkatkan keberkesanan pentadbiran. Dalam perkataan lain, kajian tindakan dapat menonjolkan “best practices” dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Sebagai seorang pengetua atau guru besar, peranan anda amat penting untuk membudayakan kajian tindakan di sekolah. Kertas ini membincangkan tentang konsep kajian tindakan dan bagaimana anda boleh memainkan peranan sebagai pemimpin di sekolah.

2. Definisi Kajian Tindakan

Ahli-ahli penyelidikan pendidikan telah memberi beberapa definisi yang menyeluruh tentang kajian tindakan. Berikut adalah definisi-definisi yang diketengahkan tentang kajian tindakan:

i. Hopkins (1985): Kajian tindakan adalah kombinasi tindakan dan kajian. Ia merupakan satu bentuk inkuiri di mana penyelidik cuba memahami, memperbaiki dan membaharui amalan;

(2)

iii. Corey (1953): Ia adalah proses di mana pengamal (practitioners) mengkaji masalah-masalah secara saintifik supaya mereka boleh menilai, memperbaiki dan mengarah proses membuat keputusan dan amalan;

iv. Kemmis & McTaggart (1992): Kajian tindakan mempunyai 4 elemen utama (rujuk Rajah 1), iaitu i. merancang (plan) ii. bertindak (act) iii. memerhati (observe) dan iv. mereflek (reflect). Ia dijalankan secara sistematik dan mereka mencadangkan berikut:

(3)

Rajah 1: Gelungan Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

v. Somekh (1995): Kajian tindakan dibentuk untuk merapatkan jurang antara penyelidikan dan amalan;

Plan

Observe

Reflect

Act

Second Cycle

Plan

Observe

Reflect

Act

First Cycle

(4)

vi. Kemmis & McTaggart (1982):

“Action research is a form of collective self-reflective enquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own social or educational practices, as well as their understanding of these practices and the situations in which these practices are carried out. …The approach is only action research when it is collaborative, though it is important to realize that the action research of the group is achieved through the critically examined action of individual group members.” h. 5.

3. Ciri-ciri Kajian Tindakan

McKernan (1991) menyarankan beberapa ciri kajian tindakan seperti berikut:

i. digunakan untuk menyelesaikan masalah amalan serta memperluaskan pengetahuan saintifik;

ii. mempertingkatkan kebolehan peserta; iii. bercorak kolaboratif;

iv. dijalankan di tempat kerja (in-situ);

v. menggunakan maklum balas dari data dalam bentuk peredaran (cyclical process);

vi. cuba memahami situasi sosial yang komplek;

vii. cuba memahami proses perubahan dalam sistem sosial; viii. dijalankan berdasarkan rangka etik yang telah dipersetujui; ix. cuba meningkatkan kualiti tindakan manusia;

x. memberi fokus kepada masalah semasa yang melibatkan pengamal (practitioners);

xi. bercorak penglibatan (participatory); xii. sentiasa menggunakan kajian kes;

xiii. mengelakkan daripada menggunakan paradigma penyelidikan yang mengasingkan dan mengawal pemboleh ubah;

xiv. bercorak formatif; iaitu definisi masalah, tujuan, dan metodologi mungkin berubah semasa proses kajian tindakan dijalankan;

xv. termasuk aspek penilaian dan refleksi;

xvi. memberi sumbangan terhadap sains pendidikan;

xvii. membolehkan dapatan kajian dikongsi dan digunakan oleh peserta lain; xviii. mempunyai elemen yang kritikal; dan

xix. bercorak bebas (emancipatory).

Kemmis & McTaggart (1992) menyatakan kajian tindakan sebagai mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i. Kajian tindakan adalah pendekatan bagi meningkatkan pendidikan dengan mengubahnya and juga belajar daripada kesan perubahan ini;

(5)

iii. Kajian tindakan berkembang melalui gelungan refleksi diri (self-reflective spiral), iaitu satu gelungan yang mempunyai perancangan (planning), tindakan (acting) atau melaksanakan pelan, memerhati (observing) secara sistematik dan mereflek (reflecting)… dan seterusnya mengulangi gelungan;

iv. Kajian tindakan bercorak kolaboratif, iaitu ia melibatkan mereka yang bertanggung jawab memperbaiki sesuatu tindakan;

v. Kajian tindakan mewujudkan komuniti yang mengkritik diri (self-critical community of people). Mereka ini terlibat dan kolaborasi dalam semua fasa proses penyelidikan, iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian, dan refleksi;

vi. Kajian tindakan merupakan satu proses pembelajaran sistematik di mana orang-orang dalamnya adalah responsif kepada peluang yang sedia ada; vii. Kajian tindakan melibatkan orang dalam organisasi yang inkuisitif

terhadap keadaan, tindakan dan kesan serta memahami perhubungan antara keadaan, tindakan dan kesan dalam kehidupan mereka;

viii. Kajian tindakan melibatkan pungutan bukti yang dapat mempengaruhi orang tentang bukti amalan dahulu, idea dan andaian yang salah;

ix. Kajian tindakan melibatkan penyimpanan jurnal peribadi yang merekod kemajuan dan refleksi; dan

x. Kajian tindakan melibatkan guru-guru membuat analisis secara kritikal tentang situasi dalam bilik darjah atau sekolah.

4. Jenis-Jenis Kajian Tindakan

Menurut pendekatan konvensional, kajian tindakan hanya dijalankan dalam konteks bilik darjah sahaja. Pada masa kini, takrifan kajian lebih luas dan merangkumi komuniti pendidikan ataupun komuniti yang ada hubungan dengan pendidikan atau sekolah. Kini, kejayaan sesuatu usaha pendidikan bukankan seolah-olah peranan satu pihak dan memang bukanlah hanya peranan guru yang menjamin kejayaan pelajar, bahkan lain-lain pihak yang berkepentingan juga memainkan peranan dalam kejayaan pelajar. Di antara pihak berkepentingan atau aspek-aspek yang mempengaruhi kejayaan pelajar adalah guru besar/pengetua sekolah, ibu bapa, komuniti di mana terletaknya sekolah, kemudahan yang sedia ada di sekolah, tuisyen, kelayakan guru dan sebagainya. Kejayaan sesuatu sekolah bukan lagi disebabkan sebab faktor guru dan pelajar seolah-olahnya tetapi gabungan faktor-faktor lain yang sama-sama memberi sumbangan terhadapnya. Ini diberi perhatian dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). PIPP melihat pendekatan proses pendidikan sebagai satu “integrated approach” ataupun “multi-prong approach”.

(6)

Rajah 2: Jenis-Jenis Kajian Tindakan (Creswell, 2005; 2008)

Dalam klasifikasi kajian tindakan tersebut, kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan tentang amalan guru dalam konteks bilik darjah di mana guru itu mengajar. Ini boleh dijalankan sama ada melalui dirinya sendiri atau pun melibatkan rakan sejawat beliau yang mengajar mata pelajaran yang sama (team-based inquiry) dengan memberi fokus terhadap amalan guru (teacher development) dan pembelajaran pelajar (student learning). Guru yang menjalankan kajian tindakan amalan ini mesti melaksanakan satu pelan tindakan bagi mencapai matlamat beliau sebagai seorang guru penyelidik (teacher as researcher).

Di sebaliknya kajian tindakan penyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menghindarkan perkembangan pelajar. Untuk melihat isu seperti ini, guru perlu meninjau latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah. Guru perlu mengadakan kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan bagi mencari sebab musabab kenapa seseorang pelajar itu tidak boleh menguasai ilmu. Apabila faktor-faktor yang menghindar pelajar itu diperoleh, maka guru boleh melaksanakan program untuk mengubah “cara hidup” pelajar (life-enhancing changes) dan dengan berbuat demikian, ia akan menjadikan guru sebagai “emancipated researcher” ataupun guru yang membebaskan pelajarnya daripada sesuatu “belenggu” yang mencegah perkembangan pelajar. Menurut Creswell (2005) kajian tindakan penyertaan “…has a social and community orientation and an emphasis on research that contributes to emancipation or change in our society.” h. 555. Kajian tindakan seperti ini juga digelar dengan berbagai-bagai nama seperti community-based inquiry (Stringer, 1999), collaborative action research or participatory research (Kemmis & McTaggart, 2000) atau critical action research (Mills, 2000).

(7)

Dari satu sudut yang lain, Kemmis & Wilkinson (1998) menggariskan 6 ciri utama kajian tindakan penyertaan, iaitu:

i. Kajian tindakan penyertaan merupakan satu proses sosial di mana penyelidik meneroka perhubungan di antara individu dengan orang lain. Ini adalah untuk memahami bagaimana interaksi sosial “membentuk” orang perseorangan. Dalam konteks pendidikan, ia boleh digunakan untuk meneroka kerjasama antara guru;

ii. Bentuk inkuiri bercorak penyertaan. Ini bermakna individu menjalankan kajian berhubung dengan diri mereka sendiri. Dalam proses ini, mereka meneliti bagaimana pemahaman, kemahiran, nilai dan pengetahuan menggalakkan dan mencegah amalan tindakan mereka sendiri. Sebagai contoh, guru boleh mengkaji diri mereka sendiri untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang amalan mereka dan bagaimana pengetahuan ini boleh membentuk dan mencegah kerja mereka dengan pelajar;

iii. Kaedah kajian tindakan ini adalah bersifat praktikal dan kolaboratif. Kajian ini praktikal sebab penyelidik meneroka aspek-aspek seperti komunikasi, penghasilan pengetahuan, dan struktur sosial organisasi itu dengan tujuan mengurangkan perkara yang tidak rasional, tidak produktif, tidak adil, atau tidak mempunyai interaksi yang memuaskan. Kajian ini juga bersifat kolaboratif dengan mementingkan proses inkuiri. Sebagai contoh, guru boleh mewujudkan kolaborasi dengan guru lain untuk mengurangkan birokrasi yang tidak produktif dan tidak memuaskan di sekolah yang mungkin mencegah inovasi di dalam sesebuah bilik darjah;

iv. Kajian tindakan penyertaan bercorak emansipasi (emancipatory). Ia cuba membebaskan orang daripada konstrain yang tidak rasional dan struktur yang tidak adil yang boleh menghindar pembangunan diri serta keyakinan diri. Sebagai contoh, kajian tindakan ini boleh digunakan untuk mengubah prosedur birokratik guru di sekolah bagi memudahkan pembelajaran pelajar;

v. Tujuan kajian tindakan penyertaan adalah untuk membantu individu bebas daripada beban konstrain seperti yang terdapat pada media, bahasa, prosedur kerja, dan perhubungan tentang kuasa dalam persekitaran pendidikan. Sebagai contoh, guru mungkin terhindar oleh peranan yang dianggap kurang penting (subservient role) di daerah pelajaran yakni mereka tidak berasa mereka di “empowered” di dalam bilik darjah;

vi. Kajian tindakan ini adalah recursive (reflektif atau dialektikal) dan memberi fokus tentang perubahan (change) dalam sesuatu amalan. Ini berlaku dalam bentuk gelung (spiral) refleksi dan tindakan. Apabila guru mereflek tentang peranan mereka di sekolah, mereka akan cuba tindakan demi tindakan sehingga mereka berjaya dalam tindakan mereka.

(8)

tindakan yang bersifat penyertaan boleh mengatasi masalah asas (root causes of the problem) dan bukannya simptom masalah (symtopms of the problems). Dalam perkataan lain, guru dapat mengatasi masalah tulen (real problems).

5. Prosedur Menjalankan Kajian Tindakan

Lewin (1946; 1948) merupakan orang pertama yang mewujudkan satu kodifikasi (codification) tentang prosedur menjalankan kajian tindakan. Beliau menyarankan prosedur itu sebagai mempunyai 4 peringkat utama, iaitu i. merancang ii. bertindak iii. memerhati dan iv. merefleks. Menurut beliau kajian tindakan bermula dengan pengujudan satu idea umum dan kemudian data dipungut untuk mempersembahkan situasi itu. Dengan ini, satu pelan tindakan dapat dihasilkan untuk mencapai objektif yang dikenal pasti bersama dengan keputusan tentang langkah-langkah pertama yang perlu dijalankan. Peringkat seterusnya melibatkan pungutan fakta-fakta untuk memantau dan menilai intervensi itu, iaitu bertindak sebagai penilaian formatif. Lewin (1948) menyatakan bahawa kesemua ini boleh diwujudkan sebagai satu proses gelungan (spiral) yang mengandungi perancangan, tindakan, pencarian fakta tentang hasil (outcome) daripada tindakan yang telah diambil itu.

Boleh dikatakan bahawa idea Lewin telah dikembangkan oleh Kemmis & McTaggart (1981) dengan petikan hasil mereka seperti berikut:

“In practice, the process begins with a general idea that some kind of improvement or change is desirable. In deciding just where to begin in making improvements, one decides on a field of action …where the battle (not the whole war) should be fought. It is a decision on where it is possible to have an impact. The general idea prompts a “reconnaissance” of the circumstances of the field, and fact-finding about them. Having decided on the field and made a preliminary reconnaissance, the action researcher decides on a general plan of action. Breaking the general plan down into achievable steps, the action researcher settles on the first action step. Before taking this first step the action researcher becomes more circumspect, and devises a way of monitoring the effects of the first action step. When it is possible to maintain fact-finding by monitoring the action, the first step is taken. As the step is implemented new data start coming in and the effect of the action can be described as evaluated. The general plan is then revised in the light of the new information about the field of action and the second action step can be planned along the appropriate monitoring procedures. The second step is then implemented, monitored and evaluated; and the spiral of action, monitoring, evaluation and replanning continues.” h. 2.

(9)

McNiff (2002) mencadangkan 8 langkah dalam model kajian tindakan beliau, iaitu

i. Mengkaji semula amalan semasa;

ii. Mengenal pasti satu aspek di mana anda hendak membaiki;

iii. Memikirkan tentang masa depan; iv. Mencubanya;

v. Memantau dan mereflek apa yang berlaku;

vi. Mengubah pelan berdasarkan apa yang telah dijumpai, apa yang berlaku dan meneruskannya;

vii. Menilai tindakan yang telah diubah itu; dan

viii. Meneruskan sehingga anda berpuas hati dengan kerja anda (mengulangi gelungan).

Refleksi adalah satu-satu aspek yang amat penting dalam kajian tindakan. Refleksi berlaku dalam setiap peringkat kajian tindakan. Menurut Cohen (2008) “What is being required in the notion of reflexivity is a self-conscious awareness of the effects that the participants-as-practitioners-and-researchers are having on the research process, how their values, attitudes, perceptions, opinions, actions, feelings, etc. are feeding into the situation being studied.” h. 310. Oleh itu, seseorang pengkaji seharusnya menilai sendiri secara kritikal tentang apa yang telah dicapai olehnya semasa menjalankan kajian.

Dua pendekatan boleh diamalkan dalam kajian tindakan, itu pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitiatif atau kombinasi kedua-dua pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Sebenarnya kajian tindakan mempunyai asal usul dari pendekatan kualitiatif tetapi kini ia juga melibatkan pendekatan kuantitatif (McMillan & Schumacher, 2006). Dalam pendekatan kuantitatif, ia biasanya menggunakan statistik deskriptif dan jarang melibatkan penggunaan statistik inferens.

(10)

Jadual 1: Perbezaan antara kajian tindakan dan kajian tradisional

Characteristic Action Research Traditional Research

Who identifies the

Goal Knowledge that is relevant

to the local setting

Knowledge that can be generalized to the field

Literature review Brief, with a focus on

secondary sources

Extensive with an emphasis on primary sources

Instrumentation Use of instruments that are

convenient and easy to

Data analysis Descriptive Descriptive and inferential

Dissemination To the specific individual,

classroom, or organization

To other professionals in different settings

Untuk memudahkan pelaksanaan kajian tindakan di sekolah ia boleh dibahagikan kepada 4 langkah atau fasa, iaitu:

i. memilih fokus, topic atau isu untuk dikaji; ii. memungut data;

iii. menganalisis data; dan

iv. mengambil tindakan berdasarkan keputusan kajian.

Langkah 1: Memilih fokus, topik atau isu kajian

Langkah pertama dalam sesuatu kajian ialah menentukan soalan kajian, tujuan, dan sasaran. Sesuatu topik kajian yang baik hendaklah relevan dan boleh memberi keputusan yang mempunyai impak terhadap amalan. Kajian dimulakan apabila seseorang guru menghadapi masalah melaksanakan amalan atau didapati bahawa satu-satu perkara di sekolah tidak bergerak dengan lancar. Seterusnya soalan kajian dibentuk untuk memastikan hala tuju kajian. Seseorang pengkaji boleh menghasilkan soalan seperti “Bagaimana hendak meningkatkan motivasi pelajar?” dan “Adakah pendekatan X meningkatkan pembelajaran murid?”

Langkah 2: Memungut data untuk menjawab semua soalan kajian

(11)

selidik, skedul temu bual, ujian dan sebagainya. Pada kebiasaannya seseorang pengkaji akan menggunakan salah satu daripada tiga pendekatan pungutan data, iaitu i. pengalaman (experiencing) ii. bertanya (enquiring) dan iii. meneliti (examining). “Pengalaman” melibatkan pemerhatian dengan memberi fokus terhadap pemahaman pemboleh ubah yang hendak dikaji, peserta dan fenomina yang berlaku. Perkara “bertanya” berlaku apabila pengkaji cuba memperoleh data yang masih belum lagi dipungut. Ini boleh melibatkan penggunaan skedul temu bual, soal selidik dan ujian. Perkara “meneliti” berlaku apabila penyelidik menggunakan data yang telahpun dipungut. Dalam pungutan data, seseorang pengkaji hendaklah tidak memperoleh terlalu banyak data sehingga sukar menganalisisnya. Dalam apa juga pun, pengkaji mesti memastikan data itu sahih dan boleh dipercaya.

Langkah 3: Menganalisis data

Setelah data dipungut ia terpaksa dianalisis dan ditafsirkan. Untuk tujuan ini, pastikan data disusun dengan baik. Bagi data kualitatif pengkaji menggunakan tema dan pola berdasarkan maklumat teks. Ini boleh dijalankan secara manual atau melalui perisian komputer. Bagi data kuantitatif, pengkaji boleh menunjukkan statistik perihalan seperti frekuensi, min, sisihan piawai dan graf.

Langkah 4: Mengambil tindakan berdasarkan keputusan kajian

Tujuan kajian tindakan adalah untuk mengambil tindakan bagi mempertingkatkan keberkesanan. Ini boleh dijalankan dengan mengubah amalan setelah mempertimbangkan cadangan kajian. Dalam langkah ini, satu pelan tindakan dihasilkan untuk menangani masalah.

6. Cabaran-Cabaran Pentadbir di Sekolah

Untuk memastikan bahawa kajian tindakan dijalankan dengan lancar di sesebuah sekolah, komunikasi di antara pentadbir dan guru yang menjalankan kajian itu sentiasa perlu ada. Teori pengurusan yang berkesan adalah relevan dalam konteks kajian tindakan di sekolah, misalnya:

i. penglibatan guru penting terhadap proses membuat keputusan;

ii. proses membuat keputusan yang demokratik dan konsentual perlu ada; iii. nilai, kepercayaan dan matlamat perlu disibarkan;

iv. peserta diberi hak yang sama dalam perbincangan; v. hak yang sama dalam menentukan dasar;

vi. hak yang sama dalam pemilihan keputusan; dan vii. akauntabiliti dan tanggung jawab dipikul bersama;

Sebagai pemimpin di sekolah, beberapa masalah mungkin timbul semasa guru menjalankan kajian tindakan. Soalan-soalan seperti berikut mungkin timbul.

i. Bagaimana kita boleh mengurangkan beban tugas guru akibat menjalankan kajian tindakan di sekolah?;

(12)

iii. Bagaimana kita boleh memastikan kajian dijalankan dalam masa yang singkat?;

iv. Bagaimana kita boleh memastikan kajian itu sahih (valid) dan bolehpercaya (reliable)?

v. Bagaimana kita boleh menyibarkan dapatan dan berkongsi dengan guru lain?

vi. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa kajian yang kita jalankan itu membawa makna kepada guru dan meningkatkan kompetensi mereka sebagai seorang profesional?

vii. Bagaimana kita boleh menangani kumpulan yang menghalang perubahan (resistors of change)?

7. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Dalam Konteks Kajian Tindakan

YAB Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan PIPP 2006 – 2010 pada 16 Januari 2007 dan Pelan ini mempunyai enam teras strategik bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara, iaitu:

Teras 1 : Membina Negara Bangsa Teras 2 : Membangun Modal Insan

Teras 3 : Memperkasa Sekolah Kebangsaan Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan Teras 5 : Memartabatkan Profesion Guru

Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Di antara teras-teras strategik yang termaktub dalam PIPP, Teras 5 iaitu “Memartabatkan Profesion Guru” ada kaitan dengan kajian tindakan. Teras 5 ini memberi fokus untuk menghasilkan guru yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan, dengan memenuhi sebahagian besar keperluan intelektual, rohani, fizikal dan emosional para guru. Dalam perkataan lain, teras ini bertujuan memperkasakan bakat dan potensi guru.

PIPP menyarankan “guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.” h. 106. Peranan guru ini adalah secocok dengan saranan Organisation for Economic Co-operation and Development, 2005 (dinyatakan dalam PIPP 2006 – 2010) yang menyatakan:

“… as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”

(13)

“pemudah cara pengetahuan” (facilitator of knowledge). Konsep ini sebenarnya mempunyai asal usul dalam pendekatan kontruktivisme (constructivism) seperti yang dihebahkan dalam ilmu teknologi pengajaran. Oleh itu, untuk meningkatkan peranan guru, maka guru perlu kreatif dan efektif dalam penyampaian mereka. Secara umumnya, guru boleh menjadi efektif dalam penyampaiannya dengan membuat adaptasi terhadap situasi setempat. Ini kerana pendekatan bagi satu kumpulan pelajar yang baik mungkin tidak boleh digunakan bagi satu kumpulan pelajaran yang lemah. Bagi membolehkan guru efektif, maka mereka perlu sentiasa memikirkan pendekatan baru dan menyesuaikan amalan mereka kepada kehendak pelajar. Penggunaan kaedah kajian tindakan boleh menjadi satu platform bagi guru menuju ke arah penambah-baikan keberkesanan.

Menurut PIPP juga, bagi mencapai matlamat dan dasar memartabatkan profesion perguruan, fokus perlu diberikan kepada:

i. menambah baik sistem pemilihan calon guru; ii. memantapkan latihan perguruan;

iii. memantapkan kerjaya guru;

iv. menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru; dan v. memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Salah satu fokus, iaitu memantapkan latihan perguruan dalam PIPP adalah “memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru.” h. 114. Objektif ini dijangka dapat meningkatkan bilangan guru yang terlibat dalam R & D pada tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9. Peluasan dan peningkatan dalam bidang R & D seperti yang tertera dalam PIPP adalah bertujuan untuk meningkatkan R & D/kajian impak/penilaian/kajian tindakan dari 2006 – 2010. Dalam aspek ini, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan diamanahkan untuk menyelaras program kajian tindakan bersama Jabatan Pelajaran Negeri bagi mencapai objektif pembudayaan pendidikan di kalangan guru. Pembudayaan kajian tindakan ini perlu sentiasa dipantau demi untuk memastikan kejayaan program ini di semua peringkat.

PIPP juga menyentuh tentang penambahan kuota guru cemerlang ke gred DGA 32 dan DG 44. Dalam aspek ini, salah satu kriteria pertimbangan kenaikan pangkat ke guru cemerlang adalah kebolehan guru untuk menjalankan kajian tindakan. Oleh itu penglibatan guru dalam kajian tindakan boleh mendatangkan banyak manfaat terhadap pembangunan profesion perguruan.

Memandangkan betapa pentingnya kajian tindakan sebagai pendorong ke arah pencapaian objektif PIPP terutamanya memartabatkan profesion perguruan, maka guru perlu mengetahui perkembangan baru dan teknologi yang sedia ada dalam bidang ini. Ini dapat membantu guru memudahkan proses menjalankan kajian tindakan dan memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai jurulatih utama.

8. Perubahan terancang (planned change) dan kajian tindakan di sekolah

(14)

menghayati proses perubahan terancang, pengetua dan guru besar sekolah boleh memainkan peranan sebagai agen perubahan. Guru-guru di sekolah sentiasa dilanda perubahan, sama ada dari segi pelaksanaan kurikulum baru, projek atau program baru atuapun prosedur baru tentang menjalankan sesuatu perkara. Perubahan dalam pengurusan sekolah mempengaruhi dasar, prosedur, peraturan dan peranan sekolah dan guru. Segala perubahan tanpa sokongan daripada guru akan mengakibatkan kurang berkesannya operasi itu. Fossum (1989) mendefinisikan “change” sebagai “a modification of the way things get done in the system” h. 11. Sebagai pentadbir sekolah, anda boleh mengalakkan guru menilai tugas-tugas yang mereka jalankan dan meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan mereka melalui kajian tindakan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa penglibatkan guru dalam proses perubahan itu akan meningkatkan tahap motivasi guru dan mengurangkan tingkah laku negatif.

9. Sekolah Sebagai Organisasi Pembelajaran (Learning Organisation)

Apabila sesebuah sekolah menjalankan kajian tindakan, sekolah itu boleh dianggap sebagai satu “learning organisation”. Ini adalah kerana guru-guru di sekolah itu dapat “belajar” teknik “best practices” yang telah membawa hasil. Dengan menjalankan kajian tindakan, kita akan memperoleh bukti empirikal tentang keberkesanan sesuatu perkaedahan dan dengan adanya bukti seperti ini, maka para guru di sekolah akan merasa bahawa sesuatu tindakan itu adalah “justifiable”.

Apakah yang dimaksudkan dengan “learning organisation”? Senge (1990) yang merupakan pengasas konsep ini menyatakan bahawa sesuatu “learning organisation” adalah di mana “people continually expand their capacity to create the results they truly desire, where new and expansive patterns of thinking are nurtured, where collective aspiration is set free and where people are continually learning how to learn together.” h. 3. Bierema (1999) mentakrifkan “learning organisation” sebagai “a process that challenges employees and communicates to use their collective intelligence, ability to learn, and creativity to transform existing systems” h. 46. Dengan perkataan lain, “learning organisation” boleh disifatkan sebagai satu-satu organisasi yang sentiasa belajar dan membaharui sendiri. Organisasi seperti ini tidak hanya melihat status quo tetapi mencari cara untuk mempertingkatkan kapasitinya supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.

Dalam konteks sekolah, jika sesebuah sekolah itu digelar sebagai “learning organisation”, ia mengalakkan dan memberi sokongan ke atas pembelajaran guru dan pelajar. Barth (1990) menyarankan bahawa sekolah seharusnya merupakan komuniti belajar di mana “all participants – teachers, principals, parents, and students – engage in learning and teaching” h. 43. Untuk menjadikan “learning organisation” satu realiti di sekolah, warga di sekolah perlu mereflek, menyelidik, mewujudkan kolaborasi dan berinovasi.

(15)

‘walk ahead’, people who are genuinely committed to deep change in themselves and in their organizations. They lead through developing new skills, capabilities and understandings.” h. 45.

10.“Success stories” tentang pelaksanaan kajian tindakan di sekolah

Kes A: Project LEARN (Sagor, R. (1991). What Project LEARN Reveals about Collaborative Action Research, Educational Leadership, March 1991, 6-10)

Satu projek yang dilaksanakan oleh Washington State University melibatkan 50 buah sekolah dan di kenali sebagai Project LEARN (League of Educational Action Researchers in the Northwest) telah melaksanakan kaedah innovatif untuk mencapai perubahan terancang. Projek ini mengalakkan penambah baikan sekolah dengan memperkasakan tahap profesionalisme guru. Guru berpendapat bahawa dengan menjalankan kajian tindakan, ia dapat menjadi satu stimulus yang boleh mengalakkan transformasi budaya sekolah dan meningkatkan tahap profesionalisme guru. Projek ini mengalakkan guru berkolaborasi antara satu sama lain.

Projek ini bermula dengan pembentukan pasukan kajian tindakan di sekolah di mana guru-guru berkerjasama antara satu sama lain untuk menangangi sesuatu masalah selama satu tahun. Semua guru yang terlibat dikehendaki menghadiri taklimat tentang proses kajian tindakan. Di samping itu, mereka juga dikehendaki mengenal pasti masalah dan memungut data. Guru-guru dalam satu-satu kawasan dikehendaki berada di satu pusat supaya mereka boleh menjalin hubungan di antara satu sama lain. Pada penghujung bengkel itu setiap guru perlu menghasilkan satu pelan tindakan dengan menyatakan masalah, teknik pungutan data dan keperluan logistik. Selepas itu guru menjalankan kajian dengan mewujudkan “critical friends” mereka yang mempuyai kepakaran menjalankan kajian tindakan. Ini termasuk pentadbir sekolah, guru, pensyarah universiti, dan pakar perunding bebas. Pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa. Tiap-tiap tahun satu simposium diadakan untuk membolehkan guru membentang dapatan kajian berasaskan sekolah. Projek ini dibahagikan mengikut “cycle”, misalnya pada cycle pertama guru mengadakan inkuiri kolaboratif tentang peranan penulisan dan kemahiran komputer. Termasuk dalam ini adalah penghasilan instrumen kajian seperti ujian. Banyak aktiviti berkongsi ilmu diadakan termasuk dengan pihak berkepentingan (stakeholders). Kajian tindakan menunjukkan bahawa sekolah yang terlibat itu dapat menghabiskan projek, budaya sekolah mengalami transformasi dan pembelajaran pelajar meningkat. Di antara faktor-faktor kejayaan projek adalah sokongan dari luar seperti galakan daripada pihak atasan dan perancangan yang baik, sifat rakan sebaya yang positif dan sokongan daripada pentadbir sekolah.

Kes B: Merapatkan jurang perbezaan antara sekolah (Grossman, F.D. & Jacqueline, A. (2004). Narrowing the gap in affluent schools. Educational Leadership, November 2004, 70 - 73)

(16)

pegawai di peringkat daerah dan mereka ini kerap bertemu untuk berkongsi pendapat dan cabaran.

Sekolah-sekolah itu melaksanakan projek mereka masing-masing. Projek ini sesuai dengan budaya sekolah mereka. Di antara instrumen kajian yang digunakan termasuk soal selidik, protocol temubual yang ditadbir kepada pelajar dan ibu bapa. Sampel ini mengandungi pelajar dari berbagai kumpulan etnik dan pelajar yang mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Kolaborasi ini telah berjaya menghasilkan satu “shared vision” dan “sense of ownership” di daerah di mana kajian ini dijalankan.

Ada pasukan kajian yang melihat tentang keadaan yang berlaku di sekolah dan yang lain melihat tentang perkara yang berlaku di sekolah pada keseluruhan. Secara lebih spesifik, mereka melihat program untuk menangani perbezaan pencapaian di antara sekolah, keadaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, strategi yang menghasilkan pelajar yang memperoleh pencapaian yang tinggi. Ada kumpulan yang cuba melaksanakan amalan dan dasar berdasarkan apa yang diperoleh daripada kajian. Daripada dapatan kajian, ada penyelidik yang melaksanakan program pengkayaan (enrichment programme) dalam mata pelajaran matematik. Temu bual pelajar telah memperolehi sebab pelajar menghadapi masalah pembelajaran, iaitu pemencilan kaum dan perasaan tidak sempurna. Untuk mengatasi masalah pemencilan kaum, penyelidik melaksanakan “Responsive Classroom” untuk menambah baik “sense of belonging” pelajar dan mengalakkan mereka mewujudkan “trusting relationship” dengan guru.

Kes C: Pengurusan Sekolah (Pavlou, D. & Bennett, N. (year unknown). The Lord Grey School/Open University Action Research Project: An Outline, MiE, 15 (5))

Sekolah X memperoleh pencapaian akademik yang kurang memuaskan. Tujuan pengetua sekolah adalah untuk meninggikan prestasi pelajar. Sasaran ditetapkan untuk dicapai mengikut tahun-tahun tertentu. Sekolah itu hendak membina satu komuniti pembelajaran (learning community) di sekolah, iaitu komuniti yang merupakan “reflective practitioners” di kalangan guru-guru sekolah. Guru itu hendaklah mempunyai budaya inkuiri dan ingin belajar. Oleh itu, sekolah menjadi satu “learning organisation”.

Perbincangan diadakan untuk menjalankan kajian berdasarkan prinsip-prinsip kajian tindakan. Guru cuba mereflek atas diri mereka sendiri bagaimana hendak menjalankan tanggungjawab mereka. Sekolah itu menggunakan model “action research spiral” seperti yang diketengahkan oleh Kemmis & McTaggart (1981). Model ini mempunyai fasa-fasa tertentu seperti mengenal pasti masalah, merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dan mengulangi proses itu jika perlu.

11.Rumusan

(17)

peranan pengetua dan guru besar amat penting dalam memastikan bahawa projek kajian tindakan guru itu berjaya.

Bibliografi

Adler, N., Shani, A.B., & Styhre, A. (2004). Collaboration research in organizations. Thousand Oaks, CA: Sage.

Airasian, P. & Gullickson, A. (1997). A teacher self-evaluation tool kit. Corwin Press.

Altricher, H. & Gstettner, P. (1993). Action research: A closed chapter in the history of German social science? Educational Action Research, 1(3), 329 – 360.

Ary, D., Jacobs, L.C., Razavieh, A. (2002). Introduction to research in education. 6th Ed. Belmont: Wadsworth.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006 – 2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: PIER - Sub Program 4, BPPP, KPM.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM.

Barth, R.S. (1990). Improving schools from within: Teachers, parents and principals can make the difference. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Berskerville, R.L. (1999). Investigating information systems with action research. Communications of the Association for Information Systems, 1999(2).

Bierema, L.L. (1999). The process of the learning organization: Making sense of change. NASSP Bulletin, 83 (604), 46 – 56.

Black, S. (2001). Thinking about teaching. American School Board Journal, 108(11), 42 – 44.

Carl, W. & Kemmis, S. (1986). Becoming critical education, knowledge and action research. London: Falmer Press.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2007). Research methods in education, 6th Ed. New York: Routledge.

(18)

Corey, S.M. (1953). Action research to improve school practice. New York: Teachers College, Columbia University.

Coughlan, P. & Coghlan, D. (2002). Action research for operations management. International Journal of Operations and Production Management, Vol. 22, No. 2, 220 – 40.

Craig, D.V. (2004). Practitioner action research: Action research to improve practice. Work Based Learning in Primary Care, 2004 (2), 324 – 327.

Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. 2nd ed. Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.

Dick, B. (2004). In the pursuit of change and understanding. Forum: Qualitative Social Research, Vol. 5, No. 3, Art. 34, September 2004.

Ebbutt, D. (1985). Educational action research: Some general concerns and specific quibbles. Dalam R. Burgess (ed.) Issues in educational research: Qualitative methods. Lewes: Falmer, 152 – 174.

Ferraro, J. (2000). Reflective practice and professional development. ERIC document retrieved via Ebsco.

Fossum, L.B. & Crisp, M.G. (1989). Understanding organizational change: Converting theory to practice. Menlo Park: Course Technology Crisp.

Gall, M.D., Gall, J.P. & Borg, W.P. (2003). Educational research: An introduction. 7th ed. Boston: Allyn & Bacon.

Gay, L.R. & Airasian, P. (2000). Educational Research: Competencies for analysis and applications. 6th Ed. Upper Saddle River: Prentice Hall.

Hopkins, D. (1985). A teacher’s guide to classroom research. Milton Keynes: Open University Press.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1982). Seven principles for programme evaluation in curriculum development and innovation. Journal of Curriculum Studies, 14(3), 221 – 240.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1992). The action research planner. (3rd ed.). Geelong, Victoria: Deakin University Press.

(19)

Kemmis, S. & Wilkinson, M. (1998). Participatory action research and the study of practice. Dalam B. Atweh, S. Kemmis, and P. Weeks (Eds.), Action research in practice: Partnerships for social justice in education (pp. 21 – 36). London and New York: Routledge.

Kemmis, S. (1994). Dikod dari John W. Creswell, 2005, Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research, 2nd Ed., Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.

Koszalka, T., Song, H.D., & Grabrowski, B. (2002). Examining learning environmental design issues for prompting reflective thinking in web-based PBL. Kertas dibentangkan dalam annual meeting of the American Educational Research Association, April, 2002, New Orleans, L.A

Lam, Y.L.J. (2002). Defining the effects of transformational leadership on organisational learning: A cross cultural comparison. School Leadership and Management, 22 (4), 439 – 452.

Lewin, K. (1946). Action research and minority problems. Dalam Louis Cohen, Lawrence Manion & Keith Morrison (2007), Research methods in education, Routledge, New York.

Lewin, K. (1948) Resolving social conflicts. Dalam Louis Cohen, Lawrence Manion & Keith Morrison (2007), Research methods in education, Routledge, New York.

Loughran, J. (2002). Effective teacher practice: In search of meaning in learning about teaching. Journal of Teacher Education, 53(1), 33 – 43.

McKernan, J. (1991). Curriculum action research. London: Kogan Page.

McMillan, J.H. & Schumacher, S. (2006). Research in education: Evidence-based inquiry, 6th ed. Boston: Pearson.

McNiff, J. dengan Whitehead, J. (2002). Action research: Principles and practice. 2nd ed. London: Routledge Falmer.

Mills, G.E. (2000). Action research: A guide for the teacher researcher. Upper Saddle River, NJ: Merrill/Prentice Hall.

Morrison, K.R.B. (1998). Management theories for educational change. London: Paul Chapman.

Osterman, R.K. & Kottkamp, R.B. (1993). Reflective practice for educators: Improving schooling through professional development. Newbury Park, CA: Corwin Press.

(20)

Reason, P. & Torbert, W.R. (2001). The action turn: Toward a transformational social science. Concepts and Transformation, Vol. 6, No. 1, 1 – 38.

Risko, V., Roskos, K., & Vulkelich, C. (2002). Prospective teachers’ reflection: Strategies, qualities, and perceptions in learning to teach reading. Reading Research and Instruction, 41(2), 149 – 175.

Schmuck, R.A. (1997). Practical action research for change. Arlington Heights, IL: IRI/SkyLight Training and Publishing.

Senge, P.M. (1990). The fifth discipline: The art and practice of the learning organization. New York: Doubleday/Currency.

Senge, P.M. (1996). Leading learning organizations: The bold, the powerful and the invisible. Dalam F. Husselbein, M. Goldsmith & R. Beckhard (eds.), The leader of the future: New visions, strategies and practices for the next era (pp. 41 – 57). San Francisco: Jossey-Bass.

Silins, H.C., Mulford, W.R. & Zarrins, S. (2002). Organizational learning and school change. Educational Administration Quaterly, 38(5), 613 – 642.

Somekh, B. (1995). The contribution of action research to development in social endeavours: A position paper on action research methodology. British Educational Research Journal, 21 (3), 339 – 355.

Stringer, E.T. (1999). Action research. 2nd ed. Thousand Oaks, CA: Sage.

Susman, G. & Evered, R. (1978). An assessment of the scientific merits of action research. Adminstrative Science Quaterly, Vol. 23, 582 – 603

.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa perjalanan program Usrah di Sekolah Agama Menengah Bestari berjalan dengan baik serta terbukti memberi manfaat yang

Penyelidik ingin menjalankan satu kajian untuk mengenalpasti tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum

Hasil kajian yang dijalankan oleh Department for Education and Employment (DfEE, 1999) menunjukkan bahawa persekitaran sekolah boleh digunakan dengan berkesan untuk

Berikut adalah hasil kajian soal selidik yang dijalankan di ASDAF.. Kajian ini juga menunjukkan bahawa ibubapa turut menyedari hakikat kepentingan pendidikan, di mana

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diamalkan oleh Guru Besar antara Sekolah Kebangsaan (SK)

Mempelajari secara praktikal proses menjalankan pemeriksaan sekolah dengan cara memerhati dan menilai sejauhmana pematuhan kehendak perundangan di sesebuah sekolah bagi

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti guru tingkatan enam Bahagian Sandakan yang dilantik oleh KPM berusaha memelihara hubungan baik dengan pentadbir sekolah

Berdasarkan dapatan analisis dokumen didapati bahawa intervensi yang digunakan dapat menambah baik amalan saya dalam mengajar konsep dan proses serta memupuk budaya kajian tindakan