PERBEZAAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN-KAJIAN
YANG LAIN
Definisi Kajian Tindakan
Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Usahasama (Pengetua sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.
Latar Belakang kajian Tindakan
Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting iaitu:·
• Keputusan kumpulan
• Komitmen kepada peningkatan kerja.
Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart:1988). Pada tahun 1953, Idea Lewin diperkembang oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah. John Elliot (1976) dan rakan-rakannya pula menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah. Kemmis dan McTaggart telah
mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart:1988).
Senario Kajian Tindakan di Malaysia
Kementerian Pendidikan, khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP/EPRD) telah memulakan inisiatif untuk membudayakan Kajian Tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan di bawah program yang dikenali sebagai ‘Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER)‘. Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada tahun 1993 sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada guru-guru di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek Kajian Tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya dilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER.
Selain usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan maktab-maktab perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam membantu dan memberikan sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Antaranya termasuklah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim.
Perbandingan antara kajian tindakan dengan kajian lain yang berbentuk formal
Topik Penyelidikan Formal Penyelidikan Tindakan
Latihan yang diperlukan oleh
penyelidik Ekstensif, meluas Cara sendiri atau dengan rundingan Matlamat penyelidikan Pengetahuan yang boleh digeneralisasikan Pengetahuan yang diaplikasikan kepada keadaan spesifik Kaedah untuk mengenalpasti
permasalahan Kajian penyelidikan yang lalu Permasalah atau matlamat yang sedang dihadapi Prosedur untuk kajian literatur Ekstensif, menggunakan sumber primer Sepintas lalu, menggunakan sumber sekunder Pendekatan persampelan Rambang atau persampelan perwakilan Pelajar atau klien yang ada kaitan dengan kerja pengkaji Desain penyelidikan Kawalan ketat, jangka masa panjang Prosedur longgar, boleh ubah semasa kajian, jangka masa semasa,
kawalan melalui triangulasi
Prosedur Pengkukuan Penilaian dan ukuran praujian Ukuran yang mudah atau ujian piawai
Analisis Data Ujian statistiks; teknik kualitatif & kuantitatif Fokus pada kesignifikanan praktikal, bukan statistiks; menyembahkan data mentah
Aplikasi hasil dapatan Penekanan kepada signifikan teori Penekanan kepada signifikan praktikal
KAJIAN TINDAKAN Tujuan Kajian Tindakan
Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of : a. their social or educational practices; b. their understanding of these practices, and c. the situations (and institution) in which these practices are carried out
(Carr dan Kemmis :1986)
Car dan Kemmis menyatakan terdapat dua tujuan penting Kajian Tindakan iaitu memperbaiki dan melibatkan diri. Terdapat tiga matlamat yang hendak dicapai iaitu memperbaiki, mendalami dan memahami amalan. Amalan-amalan ini dapat dilakukan dalma empat fasa iaitu merancang, melaksana, menilai dan mereflek. Tujuan umum kajian tindakan ini ialah memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baharu dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.
Tujuan-tujuan Kajian yang lain ialah
1. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung denganamalan pengajaran dan pembelajaran.
2. Memperkembangkan kemahiran profesional guru khususnya mengenalpasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
3. Memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesion perguruan. 4. Menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa arahan luar.
5. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin.
6. Meningkatkan amalan-amalan profesional. Dengan ini guru mempunyai hakmilik dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan dan diberikan kuasa untuk membuat keputusan.
7. Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri.
8. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha perkongsian pengalaman. Ini dapat memperbaiki prestasi kerja.
9. Memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan dengan membuat analisis kekuatan dan kelemahan.
Rekabentuk Kajian Tindakan
Rekabentuk kajian tindakan adalah berbeza daripada kajian konvensional. Ini kerana kajian tindakan dijalankan di sekolah adalah untuk kegunaan dan dilakukan oleh guru-guru yang bertujuan untuk mengkaji berkaitan dengan pelbagai aspek dalam pendidikan seperti pedagogi. Ini adalah bertujuan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Rekabentuk kajian tindakan juga adalah berbeza berdasarkan sekolah-sekolah.
Rekabentuk kajian tindakan terbahagi kepada beberapa bahagian atau peringkat. Di dalam laporan akhir kajian tindakan rekabentuk kajian di letakkan di bahagian metodologi iaitu bahan dan kaedah kajian dijalankan. Pada peringkat awal rekabentuk kajian tindakan, tinjauan awal perlu dilakukan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal sebelum sesuatu kajian itu dijalankan.
Tinjauan awal
Tinjauan awal dilakukan dengan mengumul data-data yang diperolehi daripada beberapa cara seperti boring-borang selidik, pemerhatian terhadap reaksi pelajar semasa guru sedang mengajar dan analisi keputusan yang diperolehi.
Merancang
Seterusnya ialah merancang bagaimana kajian hendak dijalankan. Kemudian menjalankan ujian pra ujian kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman mereka. Ini penting untuk menguji samaada kaedah yang hendak dikaji itu berkesan atau tidak. Berkesan atau tidak sesuatu kajian, adalah bergantung kepada perbezaan keputusan yang
didapati adalah lebih baik daripada pra ujian. Pemerhatian juga dijalankan terhadap kaedah dan amalan guru mengajar serta reaksi pelajar semasa guru mengajar.
Pelaksanaan Tindakan
Perlaksaan tindakan dijalankan selepas semua data dan pra ujian dilakukan. Ujian dilakukan terhadap sampel-sampel yang telah ditetapkan.
Tindakan yang di jalankan
Tindakan kemudian dijalankan dengan mengambil sesuatu topik yang telah diajar sebelum ini. Ini untuk memastikan sesuatu kajian itu lebih berkesan. Sebagai contoh ujian kajian penggunaan kaedah pengajaran dengan teknik simulasi, syarahan dan penceritaan dengan mengambil satu topik asas mata pelajaran sejarah tingkatan 1 iaitu Kerajaan Awal di Asia Tenggara. Kemudianya topok ini diajar dengan menggunakan ketiga-tiga teknik tesebut. Selepas tamat bab diajar dengan ketiga-tiga teknik tersebut, para pelajar akan menduduki satu ujian untuk menilai keberkesanan teknik-teknik pengajaran.
Pemerhatian dan kesimpulan
Pemerhatian dan kesimpulan diambil selepas keputusan ujian telah dianalisis. Sebagai contoh teknik yang paling berkesan digunakan adalah teknik simulasi. Ini kerana pelajar lebih berminat untuk mengikuti sesi pengajaran yang mempunyai banyak aktiviti dan berinteraksi mengeluarkan pendapat dan cadangan. Kemudianya pemerhatian dilakukan untuk melihat respon pelajar terhadap apa yang di ajar oleh guru.
Dapatan Kajian
Dapatan Kajian adalah apa yang telah didapati melalui kajian yang telah dijalankan berdasarkan rekabentuk kaiian.
Seperti mana yang diketahui, keistimewaan kajian tindakan yang membezakannya dengan kajian konvensional ialah penyelidik terlibat secara langsung dalam kajian sebagai salah satu subjek kajian. Ianya berfungsi sebagai penyelidik dan juga subjek atau entiti yang dikaji. Jika kajian konvensional, penyelidik hanya bertindak sebagai penyelaras atau individu yang berkecuali, kajian tindakan sebakilnyha.
Seperti juga kajian lain, kaedah pensampelan penting bagi mendapatkan data kerana dalam kuantiti subjek yang banyak, penyelidik mempunyai halangan dan batasan untuk mungumpul data secara keseluruhan. Terdapat tiga kaedah yang diguna pakai dalam kajian tindakan (Blum dan Fook, 1986; Cohen dan Manion, 1989; Kerlinger, 1986 dan
Black, 1993)
1. seluruh populasi: kesemua individu dalam sesuatu organisasi yang dikaji terlibat. Contoh kelas.
2. sampelan rawak: a. sampel mudah:
b. sampel susun lapis (strata) c. kelompok
d. kelompok atas kelompok 3. sampelan tidak rawak
a. sampelan bertujuan b. sampelan kuota c. sampelan sukarela
Perkaedahan Kajian Tindakan
Penyelidikan dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif dan teknik deskriptif
Perkara-perkara penting yang perlu ada dalam perkaedahan kajian tindakan
- nyatakan sama ada tinjauan, pemerhatian, experimental, temubual, soal selidik dan lain-lain lagi serta rasionalnya merujuk kepada objektif kajian. -maklumat penting yang perlu ada dalam rekabentuk kajian ini ialah jenis data dan bagaimana untuk mendapatkan data seperti berjumpa dengan responden.
2. Tempat Kajian
- Nyatakan tempat kajian dan rasionalnya memilih tempat tersebut.
3. Sampel Kajian
-Klien yang ada kaitan dengan pengkaji termasuklah pengkaji itu sendiri
4. Batasan Kajian
-Batasan kajian adalah mengenai perkara-perkara yang menghadkan kajian tindakan dilakukan secara ideal.
5. Instrumen Kajian
-Alat yang hendak digunakan dalam kajian tersebut dalam mendapatkan data contohnya seperti kertas ujian, pita rakaman, borang soal selidik dan bahan bantuan mengajar.
6. Analisis data
-Analisis data boleh dipersembahkan dalam bentuk deskriptif
7. Jangkamasa kajian
- Tempoh waktu yang digunakan dalam menjalankan kajian supaya maklumbalas sah dan boleh dipercayai.
Laporan Kajian Tindakan
Laporan kajian tindakan di buat selepas selesai sesuatu kajian dijalankan. Ini bertujuan untuk dijilid dan disimpan di dalam simpanan sama ada fail ataupun komputer. Ini adalah untuk memastikan laporan ini dapta digunakan oleh guru-guru yang akan datang untuk
mendapatkan rujukan dan maklumat di dalam pelbagai aspek berkaitan dengan pendidikan.
Selain itu, laporan kajian tindakan mestilah dalam bentuk yang mudah difahami dan tidak terlalu saintifik. Antaranya dari segi bahasa, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara adalah yang paling sesuai kerana ia dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.
Pengenalan
Pengenalan membincangkan latar belakang sesuatu kajian dan berkaitan dengan sampel yang hendak dikaji.
Objektif
Menjelaskan tujuan sesuatu kajian tindakan itu dijalankan.
Metodologi
Bahagian ini adalah menjelaskan berkaitan dengan rekabentuk yang telah digunakan. Bermula dari tinjauan awal hingga ke dapatan kajian.
Analisis Data dan Keputusan
Data-data yang didapati dianalisis untuk mendapatkan keputusan.
Rumusan dan cadangan
Disini pengkaji akan merumuskan semua dapatan dan analisis serta keputusan yang didapati. Kemudianya pengkaji akan mencadangkan beberapa cadangan yang baik dan sesuai digunakan.
Rujukan
Bahagian yang menyenaraikan sumber-sumber rujukan yang digunakan.
Bahagian akhir yang melampirkan bahan-bahan yang telah digunakan.
KAJIAN KONVENSIONAL Tujuan Kajian Konvensional
Tujuan menjalankan kajian konvensional adalah untuk membuat generalisasi dan
meguji teori serta menjelaskan prinsip. Sama seperti kajian tindakan, kajian konvensional digunakan dalam membuat keputusan. Kajian ini biasanya dibuat di peringkat atasan. Namun penggunaannya adalah meluas. Ia boleh digunakan diperingkat pengurusan sehingga keperingkat pelaksanaan. Contoh kajian-kajian konvensional adalah seperti Model Pengajaran Glasser, Model Pengajaran SIM, Model Pengajaran Taba, Model Pengajaran Suchmann, Model Pengajaran ADDIE, Model Pengajaran ASSURE dan pelbagai lagi.
Rekabentuk Kajian Konvensional
Reka bentuk kajian adalah merupakan semua perkara atau item yang mesti terkandung dalam sesuatu ujian. Ia adalah terdiri daripda objektif, metodologi, fokus kajian dan sebagainya.
Kajian konvensional adalah merupaka kajian yang dilakukan berdasarkan sorotan kajian lain atau sesuatu kajian yang dilakukan untuk menguji sesuatu teori dan sebagainya. Ia berbeza dengan kajian tindakan yang mana kajian dilakukan untuk memperbaiki Sesuatu tindakan guru dan murid bagi memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran.
Perbezaan yang ketara antara kajian konvensional dan kajian tindakan adalah dari segi rekabentuk yang menekankan aspek objektif. Dimana objektif kajian konvensional telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan. Kaedah yang digunakan
adalah tetap dan sukar untuk di ubah semasa kajian. Berbanding dengan kajian tindakan objektif dan kaedah boleh berubah dari masa ke semasa.
Subjek Kajian Konvensional
Dalam kajian konvensional pengkaji atau penyelidik tidak boleh dijadikan sebagai subjek kajian seperti mana yang dilakukan dalam kajian tindakan. Pengkaji hanya bertindak sebagai orang luar yang menyelidik permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Subjek kajian dalam kajian konvensional adalah berdasarkan kepada sampel yang dipilih oleh pengkaji tersebut. Proses persampelan akan dijalankan untuk mendapatkan subjek kajian yang diinginkan. Proses persampelan adalah satu tindakan memilih sampel daripada populasi tertentu yeng telah ditetapkan. Melalui sampel tersebut satu kesimpulan boleh dibuat untuk mewakili keseluruhan populasi. Terdapat pelbagai jenis persampelan yang digunakan dalam kajian konvensional antaranya adalah persampelan rawak mudah, persampelan snow ball, persampelan kumpulan, persampelan mudah, persampelan kelompok dan persampelan bersistem.
Laporan Kajian Konvensional
Sesuatu kajian akan menghadirkan keputusan yang mana ia akan membantu pengkaji untuk membuat keputusan. Justeru itu ia mestilah boleh diterjemahkan oleh semua pembaca untuk dijadikan rujukan atau sorotan kajian akan datang.
Hal ini tidak berlaku pada kajian konvensional yang mana pengkaji dan pembaca memerlukan pengetahuan yang khusus untuk menterjemahkan maklumat, seperti data statistik yang memerlukan pembaca mahir dengan statistik. Boleh dikatakan hasil data yang diperolehi darioada kajian konvensional adalah berbentuk data mentah dan perlu diterjemahkan kedalam bentuk lain supaya ia boleh di baca oleh orang lain. Seperti daripada data analitikal ditukar menjadi huraian yang biasa dan mudah.
Perkaedahan Kajian Konvensional
Berbanding kajian tindakan yang hanya memerlukan hanya analisis ringkas, nilai kajian konvensional banyak bergantung kepada metodologi sofistikated. Teknik persampelan dan analisis statistik yang canggih digalakkan untuk memperkukuhkan nilai data yang dikutip. Tidak seperti kajian tindakan yang hanya memerlukan maklumbalas ringkas seperti refleksi responden contohnya, kajian konvensional pula memerlukan eksperimen secara terperinci dilakukan dan hasil keputusan dinyatakan secara teknikal.
RUMUSAN
Perbezaan Kajian Tindakan dengan Kajian-kajian lain
• Tujuan
• Reka bentuk Kajian • Subjek Kajian • Perkaedahan Kajian • Laporan Hasil Kajian
Tujuan
Kajian Bersifat Kuantitatif
membuat generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip
Kajian Tindakan
guru memperbaiki amalannya sendiri dan membentuk teori peribadi yang praktis dan kritis
Rekabentuk Kajian
Kajian Bersifat Kuantitatif
ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dibuat
Kajian Tindakan
Subjek Kajian
Kajian Bersifat Kuantitatif
penyelidik bukan subjek kajian. Subjek kajian adalah sampel yang dipilih
Kajian Tindakan
penyelidik adalah sebahagian daripada subjek kajian. Maklumat kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian
Perkaedahan Kajian Kajian Bersifat Kuantitatif
nilai penyelidikan bergantung kepada teknik persampelan dan analisis statistik yang canggih
Kajian Tindakan
penyelidikan dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif & teknik deskriptif
Laporan Hasil Kajian Kajian Bersifat Kuantitatif
bersifat teknikal dan guru memerlukan pengetahuan yang khusus untuk memahaminya
Kajian Tindakan