• Tidak ada hasil yang ditemukan

kajian tindakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kajian tindakan"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

ZAINI MOHD BAKRY B ZULKIFLI MP111471

Pensyarah :

(2)

Pengenalan

Kajian tindakan jalankan oleh penyelidik dalam situasi sosial mereka sendiri bertujuan untuk memperbaiki amalan dan membuat penambahbaikan melalui perubahan yang dibuat. Dalam kajian ini penyelidik membuat kajian secara sistematik yang mana kajian yang dilaksanakan bertujuan agar penyelidik dapat memahami permasalahan atau isu berbangkit dan seterusnya membuat pelan tindakan untuk mengatasinya. Daripada perlaksanaan tindakan dan proses memungut data, penyelidik kemudian membuat refleksi untuk melihat keberkesanan tindakan dan proses kajian ini berterusan sehingga penyelidik memperolehi hasil yang diinginkan.

Kajian tindakan boleh dilakukan secara individu atau berkolaborasi dengan rakan sekerja. Melalui kolaborasi, penyelidik dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan semasa proses merancang pelan tindakan. Sebelum melaksanakan kajian, isu atau permasalahan perlu di kenalpasti dan perancangan yang teliti perlulah di buat supaya penyelidik dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Isu-isu seharusnya difokuskan pada amalan dalam situasi sosial penyelidik atau organisasi. Bagi seorang guru misalnya amalan adalah berkenaan amalan sehariannya sebagai guru atau berkenaan situasi didalam bilik darjahnya yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kemmis dan Mctaggart, 1988, “Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan”. Menurut Coghlan dan Brannick 2001, “Kajian tindakan adalah satu pendekatan menumpukan pada tindakan serentak dan penyelidikan dalam satu cara penyertaan”. Somekh (1989) pula menyatakan “ kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing”. Ini juga menjelaskan bahawa jika seseorang individu ingin memperbaiki cara kerja atau kemahirannya ke arah yang lebih baik, maka dia perlu menjalankan kajian tindakan untuk mengatasi kelemahan tersebut dengan membuat perubahan terhadap amalan kebiasaannya.

(3)

.Jenis kajian tindakan.

Kajian tindakan amalan merupakan salah satu kajian tindakan yang disebut oleh Creswell yang mana ia melibatkan penyiasatan terhadap amalan tempatan (local practices) yang mana boleh dijalankan melalui diri sendiri atau melibatkan dalam suatu pasukan atau kumpulan. Dalam bidang pendidikan fokus kajian boleh dibuat terhadap perkembangan guru dan proses pembelajaran pelajar. Guru bertindak sebagai penyelidik membina satu pelan tindakan dan kemudian melaksanakannya.

Manakala kajian tindakan penyertaan pula menyentuh berkenaan isu sosial yang mengekang kehidupan individu contohnya perkara yang menyekat perkembangan pelajar. Kaedah kajian ini bersifat praktikal dan kolaboratif. Penyelidik akan melaksanakan program yang boleh mengubah cara hidup individu terbabit yangmana penyelidik memainkan peranan sebagai agen perubahan yang membebaskan belenggu yang mengekang kehidupan individu tersebut. Contohnya seorang guru, bertindak sebagai penyelidik yang membebaskan perkara yang menyekat perkembangan pelajar mereka. Kajian seperti ini memerlukan penyelidik berkolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan untuk mengenalpasti punca masalah.

Konsep dan model kajian tindakan

Model Kemmis & McTaggart (1988) adalah model yang popular yang digunakan untuk kajian tindakan. Model Gelung Kajian Tindakan terdiri daripada 4 langkah iaitu :

1. Merefleksi 2. Merancang 3. Bertindak 4. Memerhati

Dalam rajah 1, proses kajian tindakan dalam kitaran pertama melibatkan refleksi ke atas isu-isu yang hendak ditangani contohnya bagi seorang guru merefleksi untuk melihat kelemahan dan kekuatan kaedah pengajaran dan pembelajaran diri sendiri. Refleksi boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Selepas refleksi satu pelan tindakan dibentuk yang di akan digunakan untuk mengatasi masalah yang di kenalpasti.

(4)

Rajah 1 gelung kajian tindakan Kemmis dan McTaggart.

Penyelidik kemudian menjalankan pelan tindakan yang dihasilkan. Seterusnya penyelidik akan mengumpul data melalui pemerhatian, soal selidik atau temubual dan menganalisa bagi mengkaji keberkesanan tindakan,. Walaubagaimanapun, jika isu yang hendak ditangani gagal diatasi, maka penyelidik akan memulakan proses kajian tindakan di Kitaran Kedua sehinggalah masalah atau isu itu dapat ditangani. Pada Kitaran Kedua penyelidik akan membuat refleksi dan merancang semula tindakan dengan membuat penambahbaikan terhadap pelan tindakan tersebut.

Menurut Model Kajian Tindakan Ebbut (1985), “kajian tindakan adalah satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dijalankan secara kolektif”. Kajian di jalankan secara sistematik oleh sekumpulan pengamal bertujuan untuk membaiki dan menambaik amalan yang di praktikan melalui refleksi yang dilakukan sendiri. Rajah 2 menunjukan lingkaran analogi yang menggambarkan evolusi pelan keseluruhan.

Model kajian tindakan Eliott (rajah 3) pula menekankan evolusi yang berterusan dan mendefinasikan semula matlamat asal melalui siri tinjauan yang berulangan di setiap kitarannya. John Elliott membuata pengubahsuaian terhadap konsep lingkaran refleksi tindakan Kemmis dan McTaggart. John Elliot berpendapat bahawa perlu lebih banyak aliran tindakan dalam peringkat pelaksanaan untuk memperoleh lebih banyak sokongan dan maklumat sebelum berpindah kepada lingkaran kedua.

Kitaran 1 Mereflek

Memerhati Merancang

Bertindak

(5)

Rajah 2 Model Kajian Tindakan Ebbut (1985)

Model kajian tindakan Elliot yang dikembangkan daripada model Kemmis dan McTaggart bertujuan untuk melicinkan aliran antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian tindakan.

Menurut Bassey (1995), “penyelidikan adalah siasatan yang sistematik, kritikal dan inkuiri kritikal kendiri yang bertujuan untuk menyumbang kepada kemajuan pengetahuan”. Model kajian tindakan oleh Bassey (1998) dan Hand (2001) pula mencadangkan 5 langkah melibatkan :

1. Mengenalpasti isu atau masalah dan merangka persoalan kajian.

2. Mengumpul data dan memutuskan bagaimana kaedah pengajaran boleh di ubah. 3. Melaksanakan perubahan yang dipilih untuk pengajaran.

4. Mengawasi dan menilai perubahan yang telah dilakukan.

5. Mengkaji dan merenung semula perubahan yang telah dilakukan dan mengulang semula kitaran jika perlu.

Idea umum Tinjauan Pelan keseluruhan Pelan keseluruhan di semak semula Tindakan 2 Tindakan 1 Mengawasi dan membuat tinjauan Tindakan 2

Idea umum di pinda

Tinjauan Pelan keseluruhan baru Tindakan 2 Menyemak pelan keseluruhan Meminda idea umum atau atau Sama ada etc etc etc

(6)

Rajah 3 Model kajian tindakan Eliott Mengenalpasti idea awal Tinjauan Pelan umum Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3 Melaksanakan tindakan langkah 1 Mengawasi perlaksanaan dan keberkesanan

Tinjauan Menyemak idea umum

Meninda pelan Tindakan langkah 1 Tindakan langkah 2 Tindakan langkah 3 Melaksanakan tindakan langkah berikutnya Mengawasi perlaksanaan dan keberkesanan

Tinjauan Menyemak idea umum

Meninda pelan Tindakan langkah 1 Tindakan langkah 2 Tindakan langkah 3 Melaksanakan tindakan langkah berikutnya Mengawasi perlaksanaan dan keberkesanan

Tinjauan Menyemak idea umum

Kitaran 1

Kitaran 2

(7)

Kurt Lewin menyatakan kajian tindakan melibatkan proses merancang, bertindak dan mencari. Model kajian tindakan yang di cadangkan oleh Kurt Lewin menunjukan satu proses penambahbaikan yang berterusan dalam kajian yang di jalankan.

Rajah 4 Model lingkaran Kajian Tindakan Kurt Lewin

Pendekatan lingkaran (spiral) Kurt Lewin melibatkan beberapa langkah seperti; a) Mengenalpasti idea dan isu.

b) Mencari maklumat tentang fakta.

c) Merancang dan melaksanakan pelan tindakan

d) Membuat penilaian terhadap tindakan yang di ambil.

e) Meminda semula tindakan dan melaksanakan tindakan seterusnya hingga beberapa kitaran.

Mengenalpasti idea dan isu

Cari fakta Merancang pelan tindakan Menilai tindakan yang diambil Mengambil tindakan yang kedua

(8)

McNiff (1988) menyatakan “kajian tindakan adalah satu pendekatan yang bertujuan untuk meningkatkan dan memperbaiki kualiti pendidikan dengan membuat perubahan”. Perubahan yang dibuat bertujuan supaya guru-guru sedar tentang kelemahan amalan yang mereka praktikan bersedia untuk mengubahnya kepada yang lebih baik. Ia dijalankan secara kolaborasi antara sepasukan guru-guru secara bersama-sama.

Rajah 5 Model Kajian Tindakan (Stringer, 1999)

Rajah 5 gelung interaksi Model Kajian Tindakan Stringer yang menunjukan fasa memerhati, berfikir dan tindakan yang mana ia merupakan proses berulangan dan sentiasa diperbaharui. Pada fasa memerhati (looking), penyelidik membina gambaran terhadap sesuatu isu yang melibatkan pengumpulan data, merekod dan menganalisa maklumat serta membuat pelaporan. Kaedah temubual, boring soal selidik dan menganalisis dokumen boleh dilakukan sebagai kaedah mengumpul data. Bagi fasa pemikiran (thinking), isu yang dikenalpasti di fahami secara mendalam manakala bagi fasa tindakan (action) pula penyelesaian yang praktikal dihasilkan dan dimasukan dalam pelan tindakan. Pada fasa ini penilaian dilakukan terhadap keberkesanan dan pencapaian pelan tindakan.

Aspek dalam kajian tindakan

Aspek penting dalam kajian tindakan ialah : perhati perhati perhati

perhati

bertindak bertindak bertindak

(9)

 Kajian di fokuskan dalam situasi sosial contohnya bagi seorang guru ia meliputi konteks tugas hariannya atau konteks pengajaran dalam kelas yang diajar.

 Melibatkan situasi yang mana membolehkan peserta berkolaborasi antara satu sama lain dalam menentukan focus kajian, mengumpulkan data dan menganalisa data.  Proses pengumpulan data analisa yang membawa kepada pembinaan teori dan

pengetahuan.

 Teori diuji melalui perubahan dalam amalan.

 Untuk menilai perubahan, pengumpulan data di teruskan dan di analisa bagi memperhalusi teori dan pengetahuan yang mana akan digunakan dalam pengujian semula amalan

Proses kajian ini dijalankan oleh penyelidik secara berterusan.

Kajian tindakan dalam pendidikan

Setiap guru adalah penyelidik kerana guru sebenarnya terlibat secara tidak lansung dalam proses kajian tindakan iaitu merancang, melaksana, memerhati dan mereflek. Menurut Stenhouse (1984:69), “guru yang baik tidak perlu disuruh membuat sesuatu. Mereka tidak bergantung kepada penyelidik-penyelidik, jemaah nazir, pihak yang membuat inovasi atau penyelia. Guru yang baik adalah sentiasa rela menerima nasihat, bimbingan dan bantuan. Pendidik-pendidik luar bilik darjah boleh memberi khidmat nasihat tetapi hanya guru sahaja yang akhirnya diamanahkan untuk mengajar dengan baik. Oleh yang demikian, guru sepatutnya menganggap strategi-strategi dan teknik-teknik pengajaran sebagai percubaan dan eksperimen supaya mereka dapat mengkritik kemahiran-kemahiran mereka bagi mencapai peningkatan kemahiran profesionalisme. Perbuatan sedemikian membawa maksud bahawa guru patut melibatkankan diri dengan penyelidikan bilik darjah”.

Menurut Kember dan Gow, (1992) “kajian tindakan merupakan usaha guru untuk memperbaiki pengajaran mereka secara sistematik melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian & refleksi”. Mereka menyatakan bahawa guru haruslah bersedia untuk membuat perubahan terhadap cara kerja mereka kearah yang lebih baik. Menurut Cochran Smith dan Lytle, (1990) pula “kajian tindakan adalah kajian di bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan mereka meneroka isu-isu pengajaran yang mereka suka (atau tidak suka?) bagi menambahbaikkan amalan tersebut”. Dalam situasai bilik darjah masa kini yang mana semakin mencabar adalah wajar bagi

(10)

seorang guru mencari kaedah pengajaran yang paling bersesuaian dengan perkembangan pelajar-pelajar era ini. Ebbut (1985) pula mengatakan “Kajian tindakan adalah satu kajian yang sistematik oleh sekumpulan guru untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut”.

Seharusnya guru-guru harus mengakui kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kaedah pengajaran mereka yang memerlukan mereka merenung kembali setiap tindakan dan membuat perubahan kearah yang positif. Apabila menjalankan kajian tindakan secara tidak langsung dapat membantu guru meningkatkan kualiti dalam menjalankan tugasnya. Antara tujuan kajian tindakan dijalankan ialah untuk:

1. Guru dapat menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Menggalakan guru untuk membina idea dan strategi baru yang dapat kepada kemajuan dan pembaharuan.

3. Menggalakkan guru memuhasabah diri tentang proses pengajaran dan pembelajaran dengan merefleksi kelemahan dan kekuatan diri dan merancang semula tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan perlaksanaan tindakan tersebut.

4. Meningkatkan keyakinan guru-guru dalam menjalankan amalan harian melalui perkongsian pengalaman.

5. Menggalakan guru membina kemahiran diri dan mengenal pasti kaedah dan teknik pengajaran yang terbaik dan berkesan.

Amalan di tempat kerja guru ialah situasi sebenar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dijalankan. Ianya juga meliputi konteks tugas harian seorang guru. Model kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988) antara model kajian tindakan yang sesuai digunakan dalam bidang pendidikan. Antara proses kajian tindakan :

 Tinjauan awal: mengenalpasti isu dan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Merancang: pelan tindakan dan intervensi bagi mengatasi masalah yg difokus.  Bertindak: mengatasi masalah difokus

 Memerhati: mengumpul, analisa data dan menilai keberkesanan tindakan.  Mereflek : mengkaji kelemahan dan kekuatan.

(11)

Menurut Kemmis & McTaggart (1988) juga, terdapat 3 jenis tindakan yang di sahkan dapat berfungsi sebagai fokus di dalam kajian tindakan iaitu :

 Penyelidikan tindakan (tindakan lalu)

Dalam kes ini, kajian terhadap tindakan itu telah siap (contohnya penilaian kajian)  Penyelidikan dalam tindakan (tindakan sekarang)

Dalam kes ini, tindakan itu sedang berlangsung (contohnya pemantauan kajian)  Penyelidikan untuk tindakan (tindakan masa depan)

Dalam kes ini, tindakan yang bakal diambil pada masa yang terdekat (contohnya menilai bahan-bahan yang bersesuaian untuk diterima pakai).

Panduan menjalankan kajian tindakan untuk guru

Proses menjalankan kajian melibatkan perancangan, tindakan, memerhati dan merefleksi. Sebelum menjalankan kajian, guru perlulah merancang ingin teliti agar dapat memahami apa yang perlu dilaksanakan dan perancangan dapat dijalankan dengan sistematik dan teratur.Guru haruslah mengenalpasti masalah atau isu-isu yang terdapat dalam bilik darjah dan sekolah yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah mengenalpasti masalah atau isu tersebut, guru haruslah memahami dengan mendalam tentang masalah sebelum merancang penambaikan. Aktiviti untuk penambahbaikan di tentukan berserta dengan penyedian bahan-bahan yang akan digunakan untuk aktiviti tersebut. Guru kemudian melaksanakan perancangan sebagaimana yang telah dirancangkan. Semasa proses memerhati, pengumpulan data boleh di buat menggunakan kaedah soal selidik, temubual, pemerhatian atau analisis dokumen daripada buku latihan murid, kertas ujian dan sebagainya. Daripada dapatan data, guru bolehlah membuat penilaian dan seterusnya guru merenung kembali (merefleksi) perlaksanaan tindakan yang telah dibuat. Semasa refleksi guru menilai kembali kekuatan dan kelemahan dan memikirkan keseluruhan aspek semasa kajian dijalankan seperti penglibatan dan reaksi murid, kemahiran mengajar, pencapaian dan keberkesanan tindakan sebelum merancang semula tindakan seterusnya jika perlu.

Guru juga boleh merujuk kepada bukunya bertajuk “The Action research guidebook, a four step process for educators and school teams” ditulis oleh Richard Sagor menyatakan kajian tindakan mempunyai 2 tujuan iaitu menentukan apa yang sedang berlaku dan untuk

(12)

menguji hipotesis. Berpandukan buku tersebut proses kajian tindakan terbahagi kepada 4 peringkat dinyatakan dalam jadual 1.

Peringkat pertama Menjelaskan visi dan sasaran

Penyelidik menyatakan matlamat dan menjelaskan sifat-sifat dan criteria yang menyumbang kepada matlamat

Peringkat kedua Menjelaskan teori.

Penyelidik menjelaskan rasional dalam menjalan kajian dan terlibat secara langsung dalam proses perancangan yang melibatkan pengujian terhadap faktor pembolehubah yang mungkin mempengaruhi kejayaan dalam merealisasikan visi.

Peringkat ketiga Melaksanakan tindakan dan mengumpul data.

Proses ini berlaku semasa situasi sebenar pengajaran. Pengumpulan data di buat secara sistematik bertujuan untuk memahami apa yang sedang berlaku (di atas dan dibawah permukaan). Peringkat ini dimana kita menentukan apa yang telah dicapai dan hubungan antara tindakan yang di ambil dengan keputusan yang telah diperolehi. Peringkat keempat Merefleksi data dan merancang tindakan yang berasaskan maklumat

yang tepat.

Pada peringkat ini penyelidik kembali kepada visi dan sasaran (peringkat pertama) dan memikirkan semula cara terbaik untuk merealisasikan visi (peringkat kedua). Kemudian berdasarkan data berkenaan keberkesanan tindakan (peringkat ketiga) dan dari analisa data, penyelidik menghasilkan teori yang telah disemak dari tindakan untuk di jadikan asas bagi tindakan di masa depan.

Jadual 1 Empat peringkat proses kajian tindakan

Proses dalam kajian tindakan ini mempunyai 2 kategori iaitu :  Kajian deskriptif :

Kajian ini di jalankan apabila penyelidik ingin memahami keadaan yang sedang berlaku. Matlamat kajian adalah untuk mempelajari apa yang di perlukan untuk memperbaiki prestasi pengajaran dan pembelajaran

(13)

Kajian ini berkenaan pengujian hipotesis. Guru membuat keputusan untuk mencuba sesuatu yang baru, yang mana di percayai pendekatan tersebut bakal menghasilkan hasil yang lebih baik berbanding dengan pendekatan sedia ada. Kajian ini fokus terhadap idea yang baru atau idea yang telah diubah suai.

Rajah 6 Kitaran Kajian Tindakan

Rumusan

Kajian tindakan adalah sebahagian dari kaedah kajian kualitatif yang mana merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk di gunakan oleh individu atau organisasi dalam memperbaiki dan mengubah amalan masing-masing. Perubahan yang dibuat secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian, kecemerlangan dan kualiti serta dapat menyelesaikan isu-isu dan masalah yang berbangkit. Dalam bidang pendidikan, kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat di tingkatkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian murid dan sekolah. Selain daripada itu, guru yang menjalankan kajian tindakan dapat meningkat kemahiran dan pengetahuan mereka dalam pengajaran selain merapatkan hubungan antara rakan sekerja melalui kolaborasi yang dibuat semasa proses

Peringkat 4:

Merefleksi dan merancang tindakan. Merancang tindakan masa depan Menyemak semula teori tindakan Analisis data

Mengambil tindakan Menghasilkan pelan pengumpulan data

Menentukan persoalan kajian

Peringkat 3: Melaksanakan tindakan dan mengumpul data.

Membina teori tindakan Mewujudkan criteria penilaian

Memilih sasaran pencapaiaan Mengenalpasti fokus

Peringkat 2: Menjelaskan teori.

(14)

kajian tindakan. Kajian tindakan juga dapat mewujudkan guru yang berinovasi kerana inovasi yang dihasilkan semasa kajian disamping dapat meningkatkan profesionalisme perguruan.

Rujukan

Richard Sagor .2005. The Action research guidebook, a four step process for educators and school teams, Corwin Press A Sage Publication Company, Thousand Oaks,

California.

Mills Geoffrey E .2011. Action Research : a guide for the teacher researcher, Boston : Pearson.

Sub Unit Penyelidikan Bahagian Pendidikan .2001, Guru Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan Untuk Maktab Perguruan Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jabatan Pelajaran Johor 2009, Jurnal Kajian Tindakan Sekolah-Sekolah Negeri Johor jilid 2. Johor.

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan. 2008. Buku Manual Kajian Tindakan edisi ketiga Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Disember didapati di

http://azman.ipgmksm.edu.my/sce3113/modulkajiantindakan.pdf

Sylvia Taube, Barbara Polnick, William Jasper .2005.Guiding teachers in conducting action research Academic Exchange Quarterly, Fall didapati di

http://drjj.uitm.edu.my/DRJJ/MATRIC2010/9.%20BitnetGuiding%20teachers%20conduct%0 AR-DRJJ-02022010.pdf

Richard Watson Todd.Why do action research?, King Mongkut's University of Technology Thonburi didapati di http://philseflsupport.com/why_ar.htm

Barry Stevenson. 2003. Understanding Action Research didapati di http://www.jimforce.ca/malt_action_research.pdf

(15)

Anonymous . What is Action Research? Didapati di

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini untuk menentukan ketahanan agregat kasar terhadap keausan dengan mengunakan mesin Los Angeles. Alat-alat yang dipergunakan adalah:..

diuraikan penulis dalam artikel ini tidak jauh berbeda dengan beberapa informasi sejarah yang tertuang di dalam buku-buku sejarah lokal sebagaimana yang telah

pemasangan infus serta kateter yang tidak sesuai dengan prosedur standar pengendalian infeksi di rumah sakit.. Nosocontial infections are a serious problem and one of

Selain penghasilan yang berkesinambungan seperti yang telah dipaparkan di atas, terdapat pula penghasilan tidak berkesinambungan yang diperoleh oleh Wajib Pajak

Undang - Undang Nomor 24 Tahun 2013 (Lembaran Negara Republik Indonesia Tahun 2013 Nomor 262 , Tambahan Lembaran Negara Republik.. Indonesia

Untuk unsur in order to motives, ditemukan hasil bahwa tujuan dari para mahasiswi yang menjalankan profesi sebagai pewarta perempuan karena ingin membentuk karakter diri menjadi

Jadi walaupun semakin meningkat jumlah wisatawan belum tentu dapat meningkatkan penerimaan pajak hotel dengan alasan karena dalam proses pemungutan pajak hotel,

Menimbang : bahwa untuk melaksanakan ketentuan Pasal 317 ayat (1) Undang-Undang Nomor 23 Tahun 2014 tentang Pemerintahan Daerah sebagaimana telah diubah beberapa