• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN

PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KESIHATAN PERSEKITARAN & TEKNOLOGI BINAAN

(KPKB 3112)

“LAPORAN PEMERIKSAAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LIKAS,

KOTA KINABALU’’

NAMA : NURLIZAH BINTI TUBIN

NO MATRIKS : BPPKP 2010 – 4537 AMBILAN : DKP 14 / JULAI 2010

KURSUS : DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN

PUSAT LATIHAN : PUSAT LATIHAN KLINIKAL, KOTA KINABALU PENYELARAS : EN. ARUS BIN PENGIRAN

(2)

PENGENALAN

Aktiviti pemeriksaan sekolah adalah salah satu daripada senarai tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di bawah Unit Kesihatan Am di Pejabat Kesihatan Bahagian/Daerah. Oleh yang demikian, prosedur-prosedur pemeriksaan sekolah perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni-penghuni sekolah, khususnya pelajar sekolah. Aktiviti pemeriksaan sekolah

dijalankan adalah bertujuan untuk menilai tahap kebersihan dan keselamatan di sekolah. Pemeriksaan ini juga bertujuan untuk memastikan pihak sekolah mematuhi Ordinan Pendaftaran Sekolah 1952.

Antara undang – undang yang terlibat dan menjadi rujukan dalam aktiviti pemeriksaan sekolah adalah :

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Undang – undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Ordinan Sekolah 1952.

Garispanduan Kantin sekolah.

Tujuan utama pemeriksaan sekolah adalah bagi memantau pematuhan pihak pengurusan sekolah terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan keselesaan warga sekolah tersebut khususnya para pelajar menilai kesesuaian penambahan struktur (jika ada) dan memberikan cadangan bagi penambahbaikan aspek-aspek yang disebutkan di atas.

Pada 15 Oktober 2012 bersamaan hari isnin, seramai 6 orang Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Pusat Latihan Klinikal Kota Kinabalu telah menjalankan aktiviti pengagihan soalan Post – Kap kepada beberapa pelajar yang terpilih. Secara tidak langsung pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran turut melakukan aktiviti pemeriksaan sekolah mengikut format yang telah diberikan. Aktiviti pemeriksaan sekolah ini dijalankan kira-kira jam 1.30 petang.

(3)

OBJEKTIF

Objektif Umum

Mempelajari secara praktikal proses menjalankan pemeriksaan sekolah dengan cara memerhati dan menilai sejauhmana pematuhan kehendak perundangan di sesebuah sekolah bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan keselesaan warganya berada pada tahap yang dikehendaki.

Objektif Khusus

I. Mendapatkan data-data pentadbiran di sekolah yang dilawati.

II. Menjalankan penilaian secara kuantitatif dalam memastikan aspek keselesaan warga sekolah dipatuhi berdasarkan format yang disediakan dalam borang penilaian.

III. Menjalankan penilaian secara kualitatif dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan warga sekolah dipatuhi berdasarkan format yang disediakan dalam borang penilaian.

IV. Mengemukakan nasihat dan syor penambahbaikan atau pembetulan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah.

V. Mempelajari prosedur-prosedur membuat laporan aktiviti pemeriksaan sekolah untuk diserahkan kepada pihak atasan.

VI. Memberi pendidikan kesihatan kepada semua warga sekolah termasuklah guru-guru, kakitangan-kakitangan serta pelajar-pelajar amnya.

(4)

DATA PENTADBIRAN

Tarikh Pemeriksaan : 15 Oktober 2012

Pegawai Pemeriksa : 6 0rang Pelatih PPKP i) Nurlizah binti Tubin ii) Ervina Ernie Dalinsip iii) Jacqualyne sapiring iv) Lucynda Joey Jamiol v) Aizudin Ramdan

vi) Zulhelmi Al Hafiz Abdul Hamid

Nama Guru Besar : Abdul Hafidz Pangeran Adnan

Nama Sekolah : Sekolah Menengah Teknik Likas, Kota Kinabalu.

Alamat Sekolah : Jalan Vokasional Likas, Kota Kinabalu

Peti Surat 10821, 88810, Kota Kinabalu, Sabah. No telefon : : 088 – 423742

Sesi persekolahan : Sesi pagi sahaja ( 07.45am – 3.00pm )

Bilangan Guru : Guru Lelaki : 63 orang Guru Perempuan : 53 orang Jumlah : 116 orang

Bilangan Kakitangan : Lelaki : 9 orang Bukan Mengajar Perempuan : 12 orang Jumlah : 21 orang

Bilangan Murid : Murid Lelaki : 524 orang Murid Perempuan : 282 orang Jumlah : 806 0rang

(5)

LOKASI DAN PELAN SUSUNATUR

Huraian Lokasi

Sekolah Menengah Teknik Likas terletak kira-kira 50 meter dari jalanraya. Jarak antara jalanraya dan bangunan utama sekolah ialah 200 meter. Kawasan sekolah dikelilingi dengan sekolah-sekolah lain seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Likas dan Sekolah Menengah Perempuan Likas. Selain daripada itu, terdapat Tadika Chung Hwa berdekatan dengan SM Teknik Likas.

(6)

KEADAAN STRUKTUR BANGUNAN

Bumbung

Keseluruhan bumbung bagi bangunan sekolah adalah diperbuat daripada bahan konkrit.

Tiada sebarang kesan pecah atau retak pada bumbung bangunan dan semua bahagian adalah berkeadaan baik.

Keadaan bumbung sekolah adalah di tahap memuaskan.

Siling

Siling bagi sekolah ini diperbuat daripada asbestos.

Keseluruhan keadaan siling yang terdapat pada setiap kelas adalah berada dalam keadaan yang sempurna dan tidak terdapat sebarang kerosakan atau kebocoran berlaku.

Kebersihan bagi keadaan siling tidak bersih dan tidak memuaskan kerana terdapat sawang yang melekat pada bahagian tersebut.

Dinding

Dinding di bangunan setiap blok adalah diperbuat daripada lepaan simen dan konkrit.

Pada keseluruhan dinding bangunan adalah dicat dengan warna biru dan keadaan bagi keseluruhan dinding adalah memuaskan.

Keadaan dinding bagi semua kelas berada dalam keadaan tidak memuaskan kerana terdapat kesan retak atau pecah pada sesetengah bahagian tersebut.

Lantai

Kesemua lantai di sekolah ini diperbuat daripada lepaan simen. Bahan yang digunakan sesuai kerana tidak licin dan mudah untuk kerja – kerja pembersihan.

Kebersihan lantai bagi setiap kelas adalah memuaskan dan berada dalam keadaan bersih.

Tiada sebarang kesan retak atau pecah pada bahagian lantai bagi setiap kelas.

(7)

Binaan.

Bangunan adalah dari jenis bangunan kekal setinggi dua (2) tingkat. Terdapat bangunan dewan, kantin dan makmal untuk melakukan aktiviti amali.

Tangga bangunan

Satu (1) tangga dikhaskan untuk setiap bangunan dibina di bahagian hujung blok. Manakala satu (1) tangga lagi dibina pada bahagian tengah bangunan di antara dua (2) blok bangunan. Tangga ini dikongsi oleh penghuni dikedua-dua blok. Tangga dibina dengan kelebaran 4 kaki 3 inci . Saiz setiap anak tangga ialah tujuh inci (7”) tinggi dengan jejak kaki 10 inci (10”). Jumlah anak tangga ialah 16 bagi setiap tangga dengan satu beranda bagi 8 anak tangga. Binaan tangga adalah mematuhi undang Kecil 106(1), Undang-undang Kecil bangunan Seragam 1984 yang mensyaratkan tinggi anak tangga mestilah tidak lebih 7 inci dan jejak kaki 10 inci.

Tangga bebas dari kerosakan yang boleh membahayakan pelajar dan mempunyai pagar (halangan sisi) yang selamat. Tiada sebarang halangan laluan di atas tangga kecuali pasu bunga yang terletak di bahagian beranda tangga. Papan amaran keselamatan turut diletakkan di tangga.

Bilik darjah

Ketinggian siling ialah 3 m dan siling tingkat 2 diperbuat dari bahan asbestos. Siling berada dalam keadaan yang amat memuaskan tanpa sebarang kerosakan. Keluasan ruang bilik darjah ialah 63.32 m² (7.16m x 8.84m) atau 681.5 kaki persegi.

Keluasan lantai bagi guru = 4’ x lebar bilik darjah = 4’ x 23.5’

(8)

Keluasan lantai/ murid = (luas lantai bilik – luas lantai bagi guru) / 30 orang = (681.5 – 94) kaki² / 30

= 587.5 / 30

= 19.58 kaki persegi.

Perkara 15, Ordinan Pendaftaran Sekolah 1950 memperuntukkan ruang untuk setiap murid tidak kurang 15 kaki persegi.

PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN

Pencahayaan

Pemeriksaan pencahayaan dan pengudaraan mekanikal dibuat berdasarkan bilangan lampu dan kipas yang terdapat di setiap kelas. Setiap blok mempunyai bilangan lampu dan kipas yang sama. Tidak semua lampu dan berfungsi dengan baik.

Bagi kelas yang kami periksa iaitu 4 Kimpalan dan Fabrikasi Logam serta 4 Pengurusan Perniagaan, terdapat 2 lampu kalimantang yang tidak berfungsi,manakala selebihnya lagi berfungsi.

Secara keseluruhannya, tahap kebersihan lampu dan kipas di dalam kelas adalah berkeadaan bersih.

Setiap bilik darjah dibekalkan dengan 6 buah lampu kalimantang yang diletakkan 2 bahagian hadapan, tengah dan juga di bahagian belakang kelas. Pencahayaan dan pengudaraan semulajadi di kira berdasarkan luas lantai

kelas, luas tingkap, luas pintu, dan luas bukaan yang terdapat dalam kelas dikira dalam peratus pengudaraan.

Kehendak UBBL, mengikut seksyen 39 ( 3 ) iailah pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 20 % daripada keluasan lega lantai

(9)

bilik darjah. Manakala bagi ruang bukaan pada bilik darjah mestilah tidak kurang daripada 10 % daripada keluasan lantai.

Oleh yang demikian pengiraan dibuat adalah seperti berikut.

MESTI TIDAK KURANG DARI 20% UBBL 1984 ( SEKSYEN 39 ( 3 )

MESTI TIDAK KURANG DARI 10 %UBBL

1984 ( Seksyen 39 (3 )

Bukaan termasuklah pintu, ruang udara atas tingkap dan mana – mana bukaan yang boleh di masuki udara dan cahaya.

Pencahayaan dan pengudaraan untuk bilik darjah.

Terdapat dua sumber pencahayaan yang digunakan iaitu pencahayaan secara mekanikal dan pencahayaan semulajadi.

Enam set lampu kalimantang digunakan untuk pencahayaan makanikal. Pencahayaan semulajadi melalui bukaan tetap dan bukaan sementara iaitu tingkap.

Sistem pengudaraan kelas turut menggunakan sistem mekanikal disamping pengudaraan secara semulajadi melalui tingkap dan bukaan tetap. Pengudaran mekanikal menggunakan dua buah kipas

LUAS TINGKAP X 100

LUAS LANTAI KELAS

LUAS BUKAAN

X 100 LUAS LANTAI KELAS

(10)

PENGIRAAN PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN

1. Luas bukaan tetap = Luas satu bukaan x jumlah bukaan = (0.60 x 0.50 ) m² x 24

= 0.3 m² x 24 = 7.2 m²

Peratus bukaan tetap = luas bukaan tetap/ luas lantai x 100 = 7.2m² / 63.32m² x 100

= 11.37%

2. Luas bukaan sementara= Luas bukaan pintu + Luas bukaan tinkap

Luas bukaan tingkap = luas bukaan 1 tingkap x jumlah tingkap = ( 1.14 x 0.64 ) m² x 20

= 14.60 m²

Peratus bukaan sementara = luas bukaan sementara/ luas lantai x 100 = 14.6 m² / 63.32m² x 100

= 23.05%

Undang-undang kecil 39.(1), Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 menetapkan bahawa peratus bukaan tetap untuk pencahayaan dan pengudaraan

Bilik darjah hendaklah 10% keluasan lega lantai dan 20% untuk bukaan tingkap.

(11)

KESESAKAN

Daripada pemerhatian, tiada sebarang kesesakan yang berlaku. Suasana sekolah yang baru dan selesa. Ruang yang mencukupi dan persekitaran sekolah yang luas.

KEMUDAHAN PELAJAR

Bagi setiap kelas, para pelajar dibekalkan dengan meja dan kerusi setiap seorang.

Semua kerusi dan meja dalam keadaan baik dan boleh digunakan dengan selamat.

Tahap kebersihan dalam keadaan baik iaitu tidak patah dan tiada kerosakan kepada meja dan kerusi tersebut.

FASALITI KEBERSIHAN

1. Bekalan Air

Sekolah ini dibekalkan oleh Paip Jabatan Bekalan Air. Sepanjang pemeriksaan ini terdapat sedikit masalah pada bekalan air di sekolah itu. Tekanan air kadangkala tidak memuaskan berpunca daripada tekanan rendah di paip utama JBA. Bekalan air juga kadangkala terputus disebabkan masalah tersebut.

2. Tandas

Terdapat kemudahan tandas yang telah disediakan untuk guru dan pelajar di mana tandas berada dalam keadaan baik dimana lantainya yang diperbuat daripada mozek itu tidak licin dan senang dicuci serta telap air, dindingnya di perbuat daripada konkrit dan telap air. Pencahayaan bagi semua tandas adalah mencukupi dan mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam ( UBBL ) 1984.

(12)

Tandas yang digunakan ialah tandas tarik dengan tangki septik. Terdapat 4 bilik air untuk murid lelaki dengan 4 buah tandas di setiap bilik air. Jumlah yang sama disediakan untuk murid perempuan. Tiada ‘urinal’ disediakan di tandas murid lelaki. Bilangan basin basuh tangan untuk murid lelaki ialah 4 buah bagi setiap bilik air dan jumlah yang sama untuk murid perempuan. Terdapat 1 bilik air dengan 4 buah tandas yang disediakan untuk guru lelaki dan 4 buah tandas untuk guru perempuan di bilik air yang berasingan. Tandas guru lelaki tidak dibekalkan dengan ‘urinal’. Semua tandas berfungsi dengan baik. Keadaan tandas adalah memuaskan. Tiada kerosakan pada mana-mana struktur tandas. Lantai, mangkuk tandas dan sinki berada dalam keadaan yang bersih.

KIRAAN NISBAH TANDAS UNTUK MURID

Purata Murid lelaki / tandas = 165 orang / 16 = 10 orang / tandas

Purata Murid perempuan / tandas = 190 orang / 16

= 12 orang per tandas.

PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Pelupusan sisa pepejal diuruskan oleh pengurusan pihak sekolah itu sendiri dengan pembuangan di dalam tong sampah yang disediakan. Setiap bilik darjah dibekalkan dengan tong sampah yang dilengkapi dengan beg plastik. Namun, tong sampah di kawasan sekolah tersebut tidak mencukupi.

Pelupusan sampah

Pelupusan sampah diuruskan dengan baik. Pelupusan sampah di dalam bilik darjah menggunakan bakul dan di kawasan luar bilik darjah tong sampah digunakan. Kawasan sekolah bersih dari sampah sarap.

(13)

Perparitan dan Saliran

Bangunan sekolah ini dilengkapi dengan sistem perparitan konkrit yang dibina di sekeliling bangunan

Parit bangunan adalah jenis ‘ U’

Parit di kawasan sekolah berkenaan tidak bermasalah dan semuanya dalam keadaan baik dan sempurna.

Longkang tidak tersumbat dan tiada air bertakung.

Terdapat Tukang Cuci yang ditugaskan khas untuk melakukan kerja pembersihan.

KACAU GANGGU

Tiada kacauganggu bunyi bising dari kenderaan yang boleh mendatangkan pencemaran bunyi kepada penghuni sekolah.

Kehadiran binatang, rodensia dan vektor

Tiada kelihatan rodensia berkeliaran ataupaun kesan urungan di sekitar kawasan sekolah,namun tindakan pengawalan haruslah sentiasa dijalankan oleh pihak pentadbiran sekolah dari masa ke masa bagi mengelakkan sebarang kacauganggu dan rodensia. Kawasan sekolah dalam keadaan bersih.

KEMUDAHAN REKREASI

Sebuah padang permainan bersimen disediakan dan dilengkapi dengan barang-barang permainan untuk murid-murid. Peralatan berada dalam keadaan yang baik dengan kerosakan yang minima.

(14)

KESELAMATAN

Alat pemadam api berada dalam keadaan sempurna. Terdapat 36 unit alat pemadam api disediakan dan ditempatkan di bahagian dinding luar bilik darjah. Pemeriksaan dilakukan oleh Jabatan Bomba dengan kekerapan sekali setiap tahun. Latihan kecemasan juga dilakukan oleh pihak sekolah secara tahunan.

Dari segi keselamatan lalulintas ketika murid pulang dari sekolah, pihak sekolah ada menyediakan jadual bertugas untuk mengawal lalulintas. Petugas terdiri dari kalangan guru di sekolah tersebut. Papan tanda lalulintas turut disediakan di jalanraya hadapan sekolah dengan lintang belang untuk murid menyeberang jalan.

Peti pertolongan cemas

Dua peti pertolongan cemas disediakan dan ditempatkan di Bilik Kesihatan dan pejabat sekolah.

(15)

CADANGAN - CADANGAN

Bagi meningkatkan pematuhan terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan keselesaan warga Sekolah Menengah Teknik,maka perkara-perkara berikut perlulah dititik beratkan:

Pihak sekolah hendaklah mengadakan satu jadual pembersihan bagi memastikan kebersihan sekolah sentiasa terjaga.

Kebersihan bilik darjah hendaklah dijaga sepanjang masa terutama tingkap, lampu dan kipas supaya bebas dari habuk dan debu demi kesihatan para pelajar.

Kebersihan tandas hendaklah dijaga kebersihannya dari kotoran dan bau. Pihak sekolah hendaklah memastikan kantin sekolah sentiasa berada dalam

keadaan yang sanitari sepanjang masa.

Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan alat pemadam api diperiksa selalu dan sentiasa dalam keadaan yang baik.

Peta Laluan Kecemasan hendaklah dipamerkan di kawasan sekolah dan di setiap blok-blok.

Sabun ( sanitizer ) hendaklah disediakan di setiap tandas murid bagi kemudahan murid mencuci tangan..

Pihak sekolah perlu memastikan setiap tong sampah yang ada mempunyai plastik sampah didalamnya dan sentiasa dalam keadaan yang bertutup. Pihak sekolah juga haruslah sentiasa memeriksa ubat didalam peti

kecemasan tersebut supaya tidak melebihi tarikh luput dan memastikan bahawa ubat tersebut masih boleh digunakan lagi.

Pihak sekolah haruslah mengadakan gotong – royong untuk membersihkan kawasan sekolah.

Risalah-risalah kesihatan haruslah ditampal di setiap bilik darjah sebagai langkah memberi pendididkan kesihatan kepada pelajar-pelajar.

(16)

KESIMPULAN

Persekitaran Sekolah Menengah Teknik Likas berada dalam keadaan yang amat baik dan bebas dari sebarang gangguan keselamatan dan kacauganggu. Semua spesifikasi bangunan terutama dari segi pengudaraan, pencahayaan dan ruang minima untuk kegunaan murid dan guru adalah mematuhi peruntukan Ordinan Pendaftaran Sekolah 1950 dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Kebersihan sekolah dijaga dengan rapi dan dihiasi dengan landskap yang menarik.

Walaubagaimanapun, tanda amaran larangan merokok tidak disediakan. Pihak sekolah telah dimaklumkan tentang keperluan tersebut. Tanda amaran larangan merokok hendaklah diletakkan di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai dan mudah dilihat contohnya seperti di pintu pagar utama, kantin dan bilik guru. Sedikit perhatian perlu diberikan kepada tahap kebersihan kantin sekolah dan bekas-bekas yang boleh menakung air seperti pelapik pasu bagi mengelak pembiakan aedes. Bekas-bekas ini mestilah di bersihkan selalu dan pastikan tiada air yang bertakung. Selain itu, kebersihan di dalam kelas perlu diperbaiki terutama kipas angin dan lantai. Kipas dan lampu perlu sentiasa dibersihkan.

(17)

LAMPIRAN 1

CARTA ALIR PEMERIKSAAN KEBERSIHAN SEKOLAH Fail Sekolah. Borang Pemeriksaan. Kenderaan. Sekolah Berasrama: - Menengah/Menengah Agama. - Rendah.

Sekolah Tidak Berasrama:

- Menengah/Menengah Agama. - Rendah.

Sekolah Rendah Kebangsaan: - Tamil. - Cina. Sekolah Swasta. Buku Daftar. Fail Sekolah. Sekolah Berkenaan.

Pejabat Pendidikan Daerah Pejabat.Pendidikan Negeri. Jabatan Kesihatan Negeri.

PERSEDIAAN PERALATAN DAN KAKITANGAN SENARAI DAN KLASIFIKASI PEMERIKSAAN PENILAIAN MENYEDIAKAN LAPORAN

(18)

LAMPIRAN 2

PROSES KERJA PEMERIKSAAN SEKOLAH.

1. Menyediakan fail, borang pemeriksaan sekolah dan peralatan yang perlu digunakan semasa menjalankan pemeriksaan di sekolah termasuk kenderaan.

2. Pergi ke sekolah dan bertemu dengan pengetua/ guru besar atau guru lain yang bertanggungjawab dalam pentadbiran sekolah.

3. Memperkenalkan diri dan memberitahu tujuan kedatangan kepada guru yang terlibat.

4. Meminta data pentadbiran sekolah serta plan bangunan sekolah.

5. Meminta kerjasama guru berkenaan atau wakilnya turut serta semasa menjalankan pemeriksaan.

6. Melakukan pemeriksaan terhadap persekitaran, binaan bangunan, kemudahan tandas, perparitan dan lain-lain mengikut kehendak Ordinan Pendaftaran Sekolah 1950 dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

7. Mengucapkan terima kasih dan meminta diri setelah pemeriksaan selesai dilakukan.

(19)

LAMPIRAN 3

PROSEDUR PEMERIKSAAN SEKOLAH

Menyediakan peralatan termasuk borang- borang yang diperlukan dalam pemeriksaan sekolah.

Berjumpa dengan pengetua / guru kanan di sekolah berkenaan serta menyatakan tujuan kedatangan dan mendapatkan data – data separti :

 Data Pentadbiran  Pelan Lantai Sekolah

 Lain – lain maklumat yang berkaitan

Menjalankan pemeriksaan sekolah dengan diiringi oleh kakitangan sekolah Membuat pemeriksaan sekolah dan kantin berdasarkan format Laporan

Pemeriksaan Sekolah.

Mengenalpasti kelemahan / kekurangan yang terdapat pada sekolah berkenaan.

Membuat ulasan dan cadanagan kepada pihak pengetua secara langsung Menyediakan Laporan Pemeriksaan Sekolah.

Menghantar laporan pemeriksaan sekolah kepada pengetua dan Pegawai Pendiddikan Daerah.

(20)

LAMPIRAN 4

ANTARA KEPERLUAN – KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN DALAM

MENJALANKAN AKTIVITI PEMERIKSAAN SEKOLAH.

I. Borang Penilaian Program Premis Makanan Bersih. II. Borang Laporan Pemeriksaan Premis Makanan. III. Borang Laporan Pemeriksaan Sekolah

IV. Pita Ukur V. Jangka suhu VI. Clipboard VII. UBBL VIII. Kalkulator IX. Kompas X. Alat Tulis XI. Lux Meter

Referensi

Dokumen terkait

Menimbang, bahwa tentang unsur terus menerus terjadi perselisihan dan pertengkaran dalam rumah tangga Penggugat dan Tergugat seperti terungkap dalam

Ide produk tersebut kami tuangkan dalam proposal progran kreatifitas mahasiswa kewirausahaan (PKM-K) dengan judul "DONOR DARAH”, Donat Original Dengan Rasa Buah

Dalam penelitian ini ingin diketahui karakteristik farmasetis yang dihasilkan dari mikrokristalin selulosa jerami padi varietas Mansur (MCCMS) terhadap penggunakan larutan NaOH

In the end, one of the goals of EFL (English Foreign Language) teacher is to have the students speak English as much as possible, especially when they are in the English

Khusus pada pemberian pupuk kandang kotoran sapi dengan dosis 1 kg/plot memperlihatkan pengaruh yang nyata terhadap produksi per plot karena dengan dosis 1 kg/plot tersebut

Hasil penelitian secara keseluruhan menunjukkan gambaran tentang Kontrol Diri atau Self-Control pada mahasiswa Unika Soegijapranata berdasarkan pilihan Program Studi

Kajian ini mendapati bahawa mikrostruktur separa pepejal yang terdiri daripada fasa pepejal berbentuk sfera dalam matriks cecair berjaya dihasilkan apabila bilet aloi