• Tidak ada hasil yang ditemukan

kaedah “bee pro” dalam memupuk budaya kajian tindakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "kaedah “bee pro” dalam memupuk budaya kajian tindakan"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

359 KAEDAH “BEE PRO” DALAM MEMUPUK BUDAYA KAJIAN

TINDAKAN

Nor Zafalini Binti Ghazali1

1Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Rompin, Malaysia (Email:norzafalinippdrompin@gmail.com)

_________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan saya dalam usaha memupuk budaya Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik Daerah Rompin menggunakan kaedah “Bee Pro”.

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan model Model Kemmis & Mc Taggart (1988) yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 42 orang guru Daerah Rompin pada tahun 2021. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, semakan dokumen, temu bual dan rakaman video yang dianalisis secara manual dan dihuraikan secara deskriptif. Kaedah

“Bee Pro” melibatkan pendekatan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) melalui aktiviti bengkel secara berpusat dan Komuniti Pembelajaran Profesionalisme menggunakan strategi Peer Coaching dan Prinsip Scaffolding secara dalam talian. Hasil daripada analisis dokumen sebelum intervensi dilaksanakan pada tahun 2020 sebanyak dua kajian tindakan telah dilaksanakan oleh guru manakala setelah melaksanakan kaedah ini bermula 26 Februari 2021, didapati sebanyak 38 kajian tindakan telah dilaksanakan.Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kaedah “Bee Pro”telah membantu menambah baik amalan bimbingan pelaksanaan kajian tindakan saya. Kajian ini juga dapat membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya

Kata kunci: memupuk, budaya, peer coaching, scaffolding, kajian tindakan

Abstract: Abstract: This study aims to improve my practice to cultivate a culture of Action Research among educators in Rompin District using the “Bee Pro” method. The study was conducted using Kemmis & Mc Taggart Model (1988) action research design, which involved a target group of 42 teachers of Rompin District in 2021. The method for data collection for this study was via observation, document review, interviews, and video recordings and was analyzed manually and elaborated descriptively. The “Bee Pro” method involved the Continuous Professional Development Program (PPB) approach through centralized workshop activities and Professionalism Learning Communities using Peer Coaching strategies and Scaffolding Principles. As a result of document analysis, before the implementation of the intervention in 2021, only two action research had been done by teachers, and after implementing this method starting on February 26, 2021, it was found that a total of 38 action research had been conducted. The findings of the study found that the “Bee Pro” method had helped improve my previous guidance practice on action research. The study can also help me understand the process of implementing action research as a whole.

Keywords: nurturing, culture, peer coaching, scaffolding, action research

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kajian tindakan telah diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946. Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelididk dalam situasi sosial mereka sendiri. Sebagai penyelidik, mereka melaksanakan tindakan / intervensi yang bertujuan untuk menambahbaik kualiti amalan masing-masing dan meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilaksanakan. Menurut Volk (2010), kajian tindakan telah dikenali

(2)

360

sebagai satu kaedah yang sah untuk memperbaiki amalan pengajaran bagi seseorang guru dalam profesion keguruan. Kajian tindakan juga merupakan kaedah yang paling berkesan untuk diaplikasikan dalam situasi yang sebenar (Dick 2005). Ini juga disokong oleh Schmuck (2006) menyatakan bahawa kajian tindakan dapat mengkaji situasi sekolah yang sebenar dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti bagi sesuatu tindakan. Tambahan, Chow dan Jaizah (2011) menyatakan bahawa melalui kajian tindakan pengkaji dapat mengenal pasti kelemahan dalam amalan pendidikan serta mengambil tindakan segera untuk penambahbaikan amalan tersebut. Melalui kajian tindakan, pengkaji dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimana membuat penambahbaikan terhadap situasi tersebut (Johnson 2002).

Guru adalah tunjang kepada penghasilan sistem pendidikan yang berkualiti. Hanya dengan guru yang berkualiti, dapat melahirkan murid yang berkualiti (Bahagian Pendidikan Guru, 2010). Justeru tugas guru tidak lagi tertumpu kepada tugas rutin mengajar semata-mata tetapi juga perlu memastikan tugas mengajar itu menarik dan berkesan (Othman 2011). Para guru perlu menjamin keberkesanan setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kegagalan guru dalam perancangan aktiviti PdP serta penilaian refeksi kendiri atau kekuatan dan kelemahan murid akan menimbulkan pelbagai masalah. Maka salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan agar proses PdP berkualiti, maka digalakkan para guru melaksanakan kajian tindakan.

Namun begitu, peratusan penglibatan guru dalam pelaksanaan kajian tindakan di sekolah agak rendah (T Subahan & Kamisah 2013) dan amalan kajian tindakan dalam kalangan guru-guru di Malaysia masih dibelenggu dengan beberapa cabaran. (Mohd Nakhaie, dipetik dari hiip://www.scrib.com/doc/10434400/ayie, 23 Mac 2016). Dalam menangani cabaran- cabaran tersebut, para guru telah mengambil langkah atau strategi tersendiri (Soon, 2007).

Menurut Othman (2011) dan Shamsahihi (2007), guru masih tidak jelas mengenai kajian tindakan. Kenyataan ini turut disokong oleh Madzniyah (2006) yang mendapati guru kurang memahami kajian tindakan dan menganggap kajian tindakan merupakan kerja tambahan yang tidak berkaitan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam usaha saya mendapatkan cabaran sebenar guru-guru di Daerah Rompin dalam melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah melaksanakan beberapa sesi temubual bersama beberapa orang pendidik yang dipilih secara rawak. Dapatan temubual tersebut diterjemahkan kepada bentuk data mudah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Dapatan Temubual Pengetahuan Sedia Ada Pendidik Berkaitan Kajian Tindakan

Pendidik Pengetahuan Asas Kajian Tindakan Kaedah Penulisan Sangat

Tidak Mahir

Tidak Mahir

Mahir Sangat Mahir

Sangat Tidak Mahir

Tidak Mahir

Mahir Sangat Mahir

1 1 1

2 1 1

3 1 1

4 1 1

(3)

361

5 1 1

6 1 1

7 1 1

8 1 1

9 1 1

10 1 1

JUMLAH 1 6 3 9 1

Berdasarkan Jadual 1, di dapati seorang guru masih sangat tidak mahir, 6 guru tidak mahir dan 3 guru mahir dalam pengetahuan asas kajian tindakan. Manakala bagi kaedah penulisan, 9 guru tidak mahir dan 1 guru mahir. Dapatan ini memberi gambaran kepada saya bahawa kajian tindakan belum menjadi budaya dalam kalangan guru-guru di Daerah Rompin.

Sebanyak 70% daripada 10 orang guru yang telah ditemubual tidak memahami konsep kajian tindakan dan 90% guru tidak mahir dalam kaedah penulisan kajian tindakan. Dapatan ini juga disokong oleh kenyataan ini,

“Teachers also are challenged by their lack of knowledge and skills in action research (Norasmah & Chia, 2015)”

Dalam usaha untuk menangani isu ini, saya telah merancang kaedah “Bee Pro” yang merupakan salah satu program Pembangunan Profesional Berterusan (PPB) yang dirancang secara berstruktur dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan. Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) ditakrifkan sebagai pengalaman pembelajaran guru dan pemimpin sekolah melalui pelibatan secara formal dan tidak formal dalam pelbagai aktiviti PPB sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri profesional yang berkaitan bagi meningkatkan kualiti pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. (Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM Edisi 2014)

‘Bee’ memberi maksud bengkel yang dirancang secara berpusat dan berfokus dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan. ‘Bee’ juga memberi maksud “lebah” di mana saya telah mengaplikasikan sifat tauladan lebah yang sentiasa bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain dalam pelaksanaan bengkel ini. Secara teorinya, sokongan antara satu sama lain yang dimaksudkan ini adalah bertepatan dengan tools peer coaching dan pendekatan prisip scaffolding dalam pelaksanaan bengkel berfokus melalui Profesional Learning Communities (PLC). Manakala ’Pro’ pula merujuk kepada mahir di mana dengan mengikuti bengkel-bengkel yang dirancang secara berpusat dan berfokus akan menghasilkan peserta yang mahir dalam konsep dan proses kajian tindakan seterusnya menjadikan kajian tindakan sebagai satu amalan dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran masing-masing.

Namun begitu, dalam merancang Kaedah ‘Bee Pro’ ini saya turut mengambil kira situasi yang melanda seluruh dunia iaitu pendemik covid-19 di mana pelaksanaan bengkel tidak boleh dilaksanakan secara bersemuka. Oleh yang demikian, saya telah merancang bengkel-bengkel ini secara dalam talian. Menurut Cornelius & Macdonald, 2008, Online platform is an option for CPD with lots of potential.

(4)

362

Oleh itu, kajian ini bermaksud untuk menjawab persoalan: (i) bagaimana saya memupuk budaya kajian tindakan dalam kalangan warga pendidik Daerah Rompin menggunakan kaedah ‘Bee Pro’?

2. Tinjauan Literatur

Kajian tindakan menjadi satu trend dalam kalangan penyelidik untuk melaksanakannya secara berkolaborasi kerana berlaku percambahan idea, memudahkan kajian dijalankan dan yang paling penting mewujudkan semangat kerja berpasukan. Kenyataan ini disokong oleh Ferrance (2000), yang menegaskan pentingnya pentadbir bekerjasama dengan guru-guru dalam melaksanakan kajian tindakan. Manakala menurut Faizah, 2016, berdasarkan prinsip scaffolding yang telah diperkenalkan oleh Bruner (1962), Zone of Proximal Development yang 15 diperkenalkan oleh Vygotsky (Clay dan Cazden, 1990) dan Dialogic Pedagogy yang dipelopori oleh Socrates di dalam senatnya yang kemudiannya diadaptasi di dalam bidang pendidikan (Copeland, 2005). Scaffolding adalah sebuah konsep yang menekankan kemampuan seseorang untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan yang mempunyai kelebihan masing-masing berbanding jika bekerja bersendirian.

Alias Putih (2008), menerangkan, berdasarkan kepada dapatan-dapatan penyelidikan, jelas menunjukkan bahawa masih banyak perkara yang perlu dilakukan ke arah membudayakan Kajian Tindakan di peringkat sekolah menengah dan rendah. Kegiatan penyelidikan di peringkat sekolah amatlah sedikit jika dibandingkan di peringkat kebangsaan atau pusat di mana aktiviti penyelidikan hampir dilakukan oleh semua bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Aminuddin Baki. Para guru sama ada di sekolah menengah atau rendah perlu digerakkan secara berkesan agar kegiatan kajian tindakan dapat dijadikan sebagai budaya sekolah.

Menyedari keadaan tersebut, Suliman, 2015 telah berusaha melakukan penambahbaikan bagi membolehkan bimbingan secara berterusan dan tidak bersifat one-off dilaksanakan iaitu dengan memperkenalkan e-Pembelajaran (eP) Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. e-Pembelajaran bertujuan untuk membolehkan peserta kursus dapat berhubung secara dalam talian (on-line) dengan pensyarah yang terlibat bagi mendapatkan bimbingan dan panduan untuk menjalankan kajian tindakan dari peringkat awal sehingga laporan kajian tindakan dan seterusnya menghasilkan sebuah Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Kaedah eP ini merupakan satu kreativiti yang sesuai dengan perkembangan dunia teknologi pada masa sekarang.

Dengan kata lain, bimbingan secara berterusan ini berkait rapat dengan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) atau lebih popular sebagai Continuous Professional Development (CPD). Menurut Abdul Ghani (2009), pertumbuhan dan pembangunan profesionalisme keguruan didefinisikan sebagai semua pengalaman pembelajaran formal dan informal guru, menyokong keberkesanan pengajaran secara berterusan sambil melaraskan ciri dinamik persekitaran sekolah. Pembangunan Profesionalisme Berterusan adalah satu kaedah

(5)

363

yang sistematik untuk mengekalkan, meningkatkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran profesional untuk menjalankan kerja harian dengan lebih berkesan. Sistem pendidikan akan memperkukuhkan budaya teladan rakan setugas untuk meningkatkan kecemerlangan profesional menerusi pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik, serta meningkatkan kebertanggungjawaban rakan setugas dalam memenuhi standard profesion. (PPPM 2013 – 2025 )

3. Metodologi Kajian

Fokus Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus untuk menambah baik amalan saya dalam memupuk budaya kajian tindakan dalam kalangan warga pendidik Daerah Rompin menggunakan kaedah Bee Pro. Dalam Kajian ini saya memfokuskan bimbingan penguasaan konsep dan proses kajian tindakan kepada 42 orang peserta kajian yang terdiri daripada guru- guru sekolah rendah dan menengah, pengetua dan guru besar serta pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Rompin.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk saya menambah baik amalan saya dalam mengajar serta membimbing konsep dan proses serta memupuk budaya kajian tindakan dalam kalangan warga pendidik Daerah Rompin menggunakan kaedah Bee Pro. Di samping itu juga, objektif khusus kajian ini adalah untuk:-

3.1 memastikan sekurang-kurangnya 20 daripada peserta dapat menghasilkan Kajian Tindakan.

Soalan Kajian

Bagaimana saya menambahbaik amalan saya dalam menerangkan dan membimbing penguasaan konsep dan proses kajian tindakan serta memupuk budaya kajian tindakan dalam kalangan warga pendidik Daerah Rompin menggunakan kaedah Bee Pro?

Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan seramai 42 orang warga pendidik Daerah Rompin yang melibatkan pencalonan oleh Pengetua dan Guru Besar serta permintaan guru itu sendiri. Ia melibatkan pelbagai kategori guru bermula daripada Guru Pra Sekolah, Guru Pemulihan Khas, Guru Pendidikan Khas, Guru Sekolah Rendah, Guru Sekolah Menengah, Guru Tingkatan 6, Pengetua, Guru Besar dan pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Rompin. Perincian peserta yang terlibat dalam kajian ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

(6)

364

Rajah 1: Peserta Kajian Mengikut Bidang

Kaedah Kajian

Dalam menjalankan kajian tindakan ini, saya memilih Model Kemmis & Mc Taggart (1988) sebagai panduan asas. Terdapat empat (4) langkah dalam model ini, iaitu, bermula dengan sesi mereflek amalan bimbingan serta tinjauan awal untuk mendapatkan data pelibatan guru dalam pelaksanaan kajian tindakan. Kemudian, merancang program Pembangunan Profesionalisme Berterusan melalui bengkel secara berpusat dan lima (5) siri PLC. Diikuti dengan pelaksanaan tindakan berdasarkan perancangan yang telah disediakan. Seterusnya, membuat pemerhatian berdasarkan tindakan yang telah dilaksanakan. Proses ini ditunjukkan dalam Rajah 2.

Rajah 2: Model Kemmis & Mc Taggart (1988)

Kaedah Pengumpulan Data

Dalam proses mengumpul data pada peringkat awal, saya telah melakukan tinjauan awal melalui dua (2) pendekatan. Pendekatan tersebut adalah analisis dokumen dan temu bual.

Kemudian saya juga mengumpul data semasa dan selepas pelaksanaan Kaedah Bee Pro melalui pemerhatian, rakaman video, temubual dan analisis dokumen. Kesemua data yang dikumpul ini dianalisis secara manual dan dihuraikan secara diskriptif.

1 4

9

3 6 1

6 1

3 3

5

Pengetua Guru Besar Guru SPM Sejarah

Guru SPM BM Guru SPM Matematik Guru Tingkatan 6 Guru Sekolah Rendah Guru Pra Sekolah Guru Pendidikan Khas Pegawai PPD Guru Pemulihan Khas

(7)

365

4. Dapatan Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, saya telah merancang satu kaedah untuk memupuk budaya kajian tindakan dalam kalangan warga pendidik di Daerah Rompin. Kaedah ini dirancang untuk membantu warga pendidik khususnya di Daerah Rompin meningkatkan kompetensi mereka melalui program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB).

Kaedah yang saya jalankan dalam kajian ini adalah kaedah Bee Pro. Dalam kaedah ini, peserta akan mengikuti bengkel-bengkel yang telah dirancang secara berpusat dan berfokus melalui Professional Learning Community (PLC) mengikut bidang. Seterusnya akan melahirkan peserta yang mahir dalam konsep dan proses kajian tindakan. Profesional Learning Communities (PLC) adalah untuk mengukuhkan amalan profesional (Stoll & Louis, 2007). Dalam melaksanakan Profesional Learning Communities (PLC), saya menggunakan strategi Peer Coaching dan prinsip Scaffolding. Peer Coaching merupakan satu proses perkongsian kepakaran, memberi maklum balas antara satu sama lain, sokongan dan bantuan yang bertujuan meningkatkan pembelajaran melalui pemurnian kemahiran kini, pembelajaran kemahiran baharu, dan / atau menyelesaikan masalah bilik darjah (Dalton & Moir, 1991).

Manakala Vygotsky mendefinisikan Scaffolding sebagai "peranan pakar dan rakan-rakan menyediakan sokongan untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi" (Raymond, 2000)

AKTIVITI 1 : Pemilihan Peserta

Aktiviti ini dilaksanakan melalui panggilan telefon, Whatsapp dan juga telegram kepada Pengetua dan Guru Besar untuk mendapatkan peserta yang berminat untuk melaksanakan kajian tindakan. Peserta dipilih berdasarkan cadangan daripada Pengetua dan Guru Besar serta permintaan guru itu sendiri.

Pemerhatian:

Pengetua dan Guru Besar sangat teruja untuk mencadangkan guru dari sekolah masing-masing.

Namun begitu saya terpaksa menghadkan bilangan peserta memandangkan kepakaran yang sedia ada sangat terhad. Saya telah menerima seramai 42 orang peserta untuk tujuan kajian ini.

AKTIVITI 2 : Bengkel Secara Berpusat

Pada 10 Mac 2021 saya telah melaksanakan bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan melalui Amalan Kajian Tindakan yang dilaksanakan secara berpusat melibatkan semua peserta. Bengkel ini dilaksanakan secara Google Meet dan dikongsi juga melalui Youtube Live bagi guru-guru yang tidak terlibat secara langsung dalam kajian saya. Dalam bengkel ini saya menggunakan khidmat Pakar Kajian Tindakan, Dr. Zailah binti Zainudin, Pensyarah Cemerlang Gred Khas (C), IPG Kampus Raja Melewar sebagai penceramah. Bengkel ini memberi pendedahan tentang konsep dan proses kajian tindakan. Beliau juga turut memotivasikan peserta untuk melaksanakan kajian tindakan.

Pemerhatian:

Sepanjang sesi bengkel saya dapati peserta sangat seronok mendengar perkongsian yang disampaikan oleh Dr Zailah. Ini dapat ditunjukkan melalui komen-komen peserta seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.

(8)

366

Rajah 3: Komen-komen Peserta Bengkel Pengajaran & Pembelajaran Berkesan Melalui Amalan Kajian Tindakan

“Saya rasa sangat seronok apabila mendapat feedback positif daripada peserta bengkel. Ia telah mengubah persepsi kebanyakan guru bahawa kajian tindakan adalah satu perkara yang sukar”.

AKTIVITI 3 : Bengkel Secara Profesional Learning Communities (PLC)

Kemudian, saya telah merancang bengkel berfokus mengikut kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan bidang masing-masing. Pelaksanaan bengkel berfokus ini adalah melalui strategi Peer Coaching dan prinsip Scaffolding dalam Professional Learning Community (PLC). Bagi tujuan kajian saya ini, saya telah merancang sebanyak 5 sesi Professional Learning Community (PLC) mengikut kumpulan yang telah ditetapkan dan akan dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Rompin. Agihan kumpulan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.

Jadual 2: Agihan Kumpulan Peserta Megikut Kategori

Kumpulan Peserta

1 Pengetua, Guru Besar & Pegawai PPD (8)

2 Guru Sekolah Rendah, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas (8) 3 Guru SPM Sejarah (9)

4 Guru SPM BM, Matematik, Pendidikan Khas (6) 5 Guru Tingkatan 6 (6)

6 Guru Pemulihan Khas (5)

Pelaksanaan PLC adalah secara Google Meet yang dikendalikan oleh fasilitator yang telah dilatih dan dibantu oleh Mentor Kajian Tindakan yang telah dilantik. Peserta akan melaksanakan aktiviti yang telah disusun secara berstruktur pada setiap sesi PLC seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.

(9)

367

Jadual 3 : Aktiviti yang dilaksanakan mengikut sesi PLC

PLC/ Tarikh Aktiviti Pemerhatian

1

19 hingga 24 Mac 2021

Perkongsian refleksi pengajaran dan pembelajaran sebelum bagi penetapan isu yang akan difokuskan untuk tujuan Kajian Tindakan. Dalam sesi ini juga peserta memilih isu, menetapkan fokus, tujuan, kumpulan sasaran dan soalan kajian berdasarkan sesi perbincangan bersama fasilitator dan ahli kumpulan serta dibantu oleh Mentor Kajian Tindakan Daerah, Cikgu Kathiresan A/L Moorthy.

Pada peringkat awal, kebanyakan peserta meletakkan fokus kepada kelemahan murid. Setelah dibimbing berhubung konsep kajian tindakan di mana untuk menambahbaik amalan, barulah mereka menyedari dan mengesan kelemahan amalan mereka yang ingin ditambahbaik.

Semua peserta telah menetapkan fokus, tujuan, kumpulan sasaran dan soalan kajian yang bersesuaian serta mencadangkan beberapa intervensi berdasarkan kajian literature yang dibuat.

2 14 April 2021

Perkongsian kaedah One2Ten dalam penulisan Kajian Tindakan. Kaedah One2Ten adalah satu kaedah penulisan yang sangat mudah dan sesuai untuk seseorang yang baru berjinak-jinak dalam penulisan Kajian Tindakan. Kaedah penulisan sangat penting sebagai panduan untuk peserta melaksanakan proses kajian tindakan.

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang sesi Professional Learning Community (PLC) tersebut, peserta dapat memahami kaedah yang dikongsikan oleh Cikgu Azif. Kebanyakan peserta menyatakan bahawa Kaedah One2Ten ini sangat mudah.

3 28 April hingga 5

Mei 2021

Perkongsian cadangan intervensi atau tindakan yang akan mereka laksanakan.

Saya sangat teruja melihat pembentangan semua peserta. Mereka semua sangat komited walaupun sesi PLC mengambil masa yang lama sehingga jam 6 petang.

Masing-masing tekun dan sentiasa mengemukakan soalan bagi menambahbaik proses pelaksanaan Kajian Tindakan mereka. Salah seorang peserta kajian saya terpaksa menarik diri kerana telah bertukar ke sekolah lain.

4 6 hingga 24 Mei

2021

Perkongsian tindakan yang telah dilaksanakan serta dapatan pemerhatian sepanjang pelaksanaan tindakan tersebut.

19 orang peserta masih belum dapat laksanakan tindakan memandangkan mereka terlibat dalam penandaan kertas SPM. Seorang peserta terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan dan seorang lagi peserta saya menarik diri kerana masalah peribadi.

5

27 dan 28 Mei 2021

Pembentangan Kajian Tindakan 39 orang peserta kajian

Semua peserta dapat menyiapkan kajian tindakan masing-masing dan dapat membentangkan kajian mereka dengan sangat baik. Peserta semakin bersemangat dan dapat membentangkan kajian mereka dengan yakin.

(10)

368

AKTIVITI 4 : Penghargaan dan Perkongsian

Peserta kajian yang menunjukkan komitmen serta kesungguhan dalam melaksanakan kajian tindakan telah dianugerahkan Anugerah Peserta Terbaik dan Pembentang Terbaik sebagai galakan serta motivasi kepada mereka untuk terus menjadikan kajian tindakan sebagai amalan demi kecemerlangan pendidikan serta peningkatan profesionalisme keguruan. Menurut Ahiauzu et. al. (2011) juga mengkaji bahawa motivasi melalui ganjaran dan insentif membantu guru meningkatkan prestasi kerja mereka. Manakala Mustafa dan Othman (2010) dalam kajian mereka berkaitan persepsi para guru sekolah menengah tentang kesan motivasi terhadap prestasi mereka di tempat kerja telah mendapati bahawa terdapat hubungan positif antara motivasi dan prestasi kerja guru, iaitu, tahap motivasi yang lebih tinggi akan menyebabkan prestasi pekerjaan mereka turut meningkat.

Seterusnya semua aktiviti yang dilaksanakan dalam kaedah Bee Pro juga dikongsi melalui Portal Rompin Action Researh (RoAR) dan telah dirasmikan oleh YB Ir Razali bin Kassim, Ahli Undangan Negeri Muadzam Shah pada 9 Ogos 2021 sebagai satu usaha mempromosikan kajian tindakan kepada seluruh warga pendidik Daerah Rompin khususnya.

Pelancaran Rompin Action Research telah memberi kesan yang sangat positif dimana, saya telah menerima banyak panggilan telefon daripada guru-guru dan pentadbir yang menyatakan hasrat mereka untuk melaksanakan kajian tindakan. Tidak kurang juga yang menghubungi saya untuk menyalurkan sumbangan kewangan untuk kegunaan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.

Berdasarkan dapatan analisis dokumen didapati bahawa intervensi yang digunakan dapat menambah baik amalan saya dalam mengajar konsep dan proses serta memupuk budaya kajian tindakan dalam kalangan warga pendidik Daerah Rompin menggunakan kaedah Bee Pro. Hal ini adalah selari dengan dapatan kajian, Wall dan Ahmed (2008) menyatakan bahawa CPD adalah suatu aktiviti atau program untuk membaiki tahap profesionalisme individu dari aspek pengetahuan, kemahiran dan keupayaan untuk membangunkan kerjaya pekerja tersebut untuk mencapai keperluan individu dan organisasi. CPD dalam talian mengenai kajian tindakan juga telah membantu pendidik mengembangkan pengetahuan baharu secara langsung berkaitan dengan amalan pengajaran mereka, Zailah, Satirah & Mohd Syafiq Aiman, 2020. Ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian berdasarkan semakan dokumen didapati berlaku peningkatan bilangan guru melaksanakan kajian tindakan daripada dua (2) orang pada tahun 2020 kepada 39 orang pada tahun 2021seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.

(11)

369

Rajah 4: Bilangan Guru Melaksanakan Kajian Tindakan Pada Tahun 2020 Dan 2021

Berdasarkan pemerhatian dan analisis rakaman video sesi PLC juga menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan dapat menambah baik amalan saya dalam mengajar konsep dan proses serta memupuk budaya kajian tindakan dalam kalangan warga pendidik Daerah Rompin. Peserta kajian saya sangat teruja dan seronok setiap kali mengikuti PLC dan mereka semakin bersemangat dalam melaksanakan kajian tindakan. Seramai 39 orang daripada 42 orang peserta telah berjaya menyiapkan kajian tindakan masing-masing walaupun di peringkat awal menghadapi banyak cabaran seperti kekangan masa kerana terlibat dengan penandaan kertas peperiksaan SPM. Penerapan prinsip Scaffolding dalam setiap sesi PLC telah membantu memotivasikan peserta, mengembangkan pemahaman mereka dan seterusnya menyelesaikan tugasan mereka (Hammond, 2001).

Jadual 4 : Status Pelaksanaan Kajian Tindakan Peserta Sepanjang Sesi PLC

PLC Mereflek Merancang Bertindak Memerhati Catatan

1 42

2

3 42

4 19 22 1 Tarik diri

5 39 2 Tarik diri

Manakala berdasarkan temubual bersama semua peserta sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah Bee Pro menunjukkan bahawa tools peer coaching dan prinsip scaffolding

0 5 10 15 20 25 30 35 40

KT2020 KPI 2021 CAPAI 2021

2

20

39

Bilangan Guru Melaksanakan AR

(12)

370

telah membantu mereka melaksanakan kajian tindakan dengan lebih berkesan. Tahap penguasaan asas berkaitan kajian tindakan dalam kalangan peserta juga semakin meningkat seperti data yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah.

Jadual 5 : Tahap Pengetahuan Asas Kajian Tindakan Sebelum dan Selepas Kaedah “Bee Pro”

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa guru-guru memerlukan sokongan dan bantuan pakar serta ahli kumpulan dalam melaksanakan kajian tindakan. Oleh demikian saya perlu kreatif dan inovatif sewaktu merangka dan melaksanakan sesi bengkel agar minat guru dalam melaksanakan kajian tindakan dapat dipupuk dengan jayanya. Kaedah ini berasaskan bengkel berpusat dan berfokus melalui pendekatan Peer Coaching dan prinsip Scaffolding menghasilkan impak yang besar dalam pelaksanaan kajian tindakan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat membudayakan nilai profesionalisme sesama guru hasil perkongsian melalui pengalaman bagi pembimbing Instruksi dan guru yang dibimbing. Hal ini disokong oleh beberapa kajian lepas (Rice, 2012; Zhang, Liu & Wang, 2017; Ma, Xin

& Du, 2018), di mana guru memperoleh persepsi profesionalisme daripada guru-guru lain, dan bimbingan rakan sebaya juga membantu guru mentransformasikan pengetahuan mereka menjadi amalan, lalu membawa kepada peningkatan profesionalisme guru.

Walaupun pelbagai cabaran dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini seperti Perintah Kawalan Pergerakan, penutupan sekolah, pelibatan peserta dalam penandaan kertas peperiksaan SPM serta kekangan masa, peserta kajian saya sangat komited. Saya sangat bangga dan teruja melihat semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka sehingga 39 daripada 42 orang dapat menyiapkan kajian tindakan mereka dengan sempurna. Saya juga sangat seronok kerana saya telah mewujudkan satu circle yang positif. Pengetahuan baharu yang saya perolehi sepanjang melaksanakan kajian ini adalah melalui amalan PLC menggunakan pendekatan scaffolding dan tools Peer Coaching telah membantu memotivasikan dan meningkatkan keyakinan diri guru serta memberi impak yang positif kepada kualiti guru itu sendiri terutama dalam aspek meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau meningkatkan diri guru sebagai seorang yang lebih profesional.

Saya bercadang untuk menyediakan garis panduan pelaksanaan Kaedah Bee Pro secara terperinci dan diedarkan kepada sekolah-sekolah sebagai panduan kepada pentadbir sekolah untuk membantu dan membimbing guru-guru di bawah seliaan mereka melaksanakan kajian tindakan sebagai usaha untuk membudayakan kajian tindakan dalam kalangan warga pendidik

TEMUBUAL

Pengetahuan Asas Kajian Tindakan Sangat Tidak Mahir Tidak

Mahir Mahir Sangat Mahir

Sebelum “BEE PRO” 10 26 6

SELEPAS “BEE

PRO” 34 5

(13)

371

di Daerah Rompin selaras dengan Hasrat Transformasi Pendidikan Pahang dalam Inisiatif #2, Pemantapan Kebitaraan Guru. Manakala bagi cadangan kajian akan datang adalah bagaimana amalan planning, organizing, leading, and controlling (P-O-L-C) pemimpin sekolah dalam memupuk budaya kajian tindakan di organisasi masing-masing.

Rujukan

Abdul Ghani Kanesan Abdullah, Ekerim Din Chen, & Ying-Leh, L. (2019). Pengaruh moderator bagi komuniti pembelajaran profesional terhadap kepimpinan instruktional pengetua dan efikasi kolektif guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 6(3), 53-64

Adelman, C. (1993). Kurt Lewin and the origins of action research. Educational Action Research, 1(1), 7–24. https://doi.org/10.1080/0965079930010102

Alias Putih (2008).Kajian Tindakan Di Sekolah.Pure Honey Enterprise.Kedah

Altrichter, H., Kemmis, S., McTaggart, R., & Zuber‐Skerritt, O. (2002). The concept of action research. The learning organization.

Faizah, A. M. (2016). Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia:

Cabaran dan strategi. Semin. Pendidik.

Hasbrouck, J. E. (1997). Mediated peer coaching for training preservice teachers. The Journal of Special Education, 31(2), 251-271.

Iksan, Z., Ariffin, R. A. M., & Imam, S. S. J. S. (2021). Membina Pembangunan Insan Melalui Kolaboratif Guru Dalam Komuniti Pembelajaran Profesional: Building Human Development Through Teacher Collaboratives In The Professional Learning Community. Sains Insani, 6(1), 105-112.

Lebar, O. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Neacsu, M. G., Dumitru, G., & Adascalitei, A. (2012). Online peer coaching for optimizing the management of teaching practice activities. In The International Scientific Conference eLearning and Software for Education (Vol. 1, p. 258). " Carol I" National Defence University.

Noor, M. S. A. M., Ahmad, S., & Zainudin, Z. Initiating A Professional Development On Action Research During The Covid-19 Pandemic.

Norasmah, O., & Chia, S. Y. (2016). The challenges of action research implementation in Malaysian schools. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 24(1), 43-52.

Othman, N., & Yee, C. S. (2015). Empowering teaching, learning, and supervision through coaching in action research. Journal of Management Research, 7(2), 98.

Ruhaya, H., & Zaiton, I. (2011). Jurnal Kajian Tindakan: Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan 2009-2010.

Thah, S. S., & Malaysia, K. P. Kajian Tindakan Dan Pengurusan Sekolah.

Yasim, J. M., Mansor, A. N., & Ab Hamid, A. H. (2020). Kepimpinan Instruksional Abad Ke- 21 Dan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Guru Besar Di Malaysia. Asean Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization (ACER-J). eISSN2600-769X, 3(2), 21-37.

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan data kajian, mendapati bahawa amalan pendidikan ibu bapa yang bersikap tradisional menjadi halangan dalam pengajaran penerapan APAB kepada murid prasekolah..

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap hubungan etnik dalam kalangan remaja Muslim memuaskan namun masih belum sepenuhnya menepati kehendak syariat Islam

tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Pengajian Am mampu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar Kumpulan

Dapatan kajian ujian ANOVA satu hala, ANCOVA dan MANCOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pada min markah pencapaian matematik awal dalam kalangan

Dapatan dan perbincangan artikel ini dipersembahkan secara naratif untuk menggambarkan proses kajian tindakan bagi membincangkan bagaimana e-PPB berkaitan kajian

Berdasarkan hasil dapatan kajian boleh disimpulkan bahawa tahap amalan kemahiran abad ke 21 dalam PdP dalam kalangan guru Matematik Sekolah Rendah di Daerah Sepang berada

Dapatan merumuskan bahawa ibu kepada responden dalam kajian ini mengamalkan gaya keibuan autoritatif, autoritarian dan permisif yang didapati mempengaruhi pelajar