• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBERKESANAN KAEDAH MODEL TERHADAP AMALA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEBERKESANAN KAEDAH MODEL TERHADAP AMALA"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

KEBERKESANAN KAEDAH MODEL TERHADAP AMALAN, MINAT DAN PENCAPAIAN MURID TAHUN EMPAT DALAM SAINS DI KUCHING

Chang Tun Kuet

PISMP Sains Ambilan Januari 2011 tkchang_0214@hotmail.com

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji sejauh manakah penggunaan kaedah model dapat meningkatkan amalan pengajaran guru, minat dan pencapaian murid Tahun Empat dalam Tajuk “Proses Hidup Manusia”. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid Tahun Empat di salah sebuah sekolah kebangsaan di sekitar bandar raya Kuching. Kaedah nota lapangan, soal selidik, temu bual, pemerhatian, senarai semak, ujian, hasil karja murid dan lembaran kerja murid telah digunakan untuk mengumpul data tentang kajian tindakan ini. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis statistik deskriptif. Triangulasi penyelidik, masa, kaedah dan teori telah digunakan untuk menyemak data yang telah dikumpul. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model didapati berjaya untuk meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam tajuk tersebut, di samping amalan pengajaran kendiri saya juga telah ditingkatkan. Pada masa yang akan datang, saya ingin mengkaji kesan penggunaan kaedah model ke atas tajuk-tajuk Sains yang lain.

Kata kunci: Penggunaan kaedah model, murid Tahun Empat, amalan, minat, pencapaian, “Proses Hidup Manusia”

Abstract

The research was conducted to investigate to what extent the use of model in enhancing the teaching practices of a teacher, as well as interest and performance of Year Four pupils in the topic “Human Life Processes”. The research involved six Year Four pupils from a primary school in Kuching. Data were collected through field notes, questionnaires, observation, interviews, check lists, short tests, pupils’ works, and pupils’ worksheets. The data was then analyzed using content analysis and descriptive quantitative analysis. Triangulation of researcher’s, time, methods and theories were used in checking data. The findings showed that the use of model successfully increased the teaching practices, interest and performance of Year Four pupils in this topic. The use of model can be expanded to other science topics since it can bring positive results to the pupils.

(2)

Konteks Kajian

Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Lepas

Saya telah menjalani tiga kali fasa praktikum di sekitar bandar raya Kuching. Menariknya, pada setiap kali fasa praktikum, saya mesti diamanahkan untuk mengajar kelas “hujung” atau kelas bercampur. Sesungguhnya saya tidak pernah mengajar kelas yang dikatakan pandai atau elit. Oleh itu, saya perlu sentiasa memikirkan cara bagaimana untuk membantu murid-murid yang lemah, khususnya dalam mata pelajaran Sains.

Pada fasa praktikum pertama, saya telah mencuba mengajar dengan menggunakan kaedah peta minda kerana bagi saya, peta minda menarik dan senang diingati. Akan tetapi, apabila saya mengaplikasikannya, saya mengalami kegagalan kerana murid tidak tahu mengapa mereka perlu menghasilkan peta minda, di samping mereka tidak tahu apa yang harus diisi oleh mereka. Ketika itu, saya sedar bahawa pengetahuan hanya dapat dibina berdasarkan pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid (Brooks & Brooks, 1993, seperti dinyatakan dalam Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Pada fasa praktikum kedua pula, saya telah mencuba mengajar dengan menggunakan kaedah power point kerana sesungguhnya, murid suka akan benda yang berinteraktif dan beranimasi. Akan tetapi, apabila saya mengaplikasikannya, saya tetap mengalami kegagalan kerana sepanjang pengajaran menggunakan power point, didapati bahawa murid akan menjadi semakin pasif di samping pengajaran saya akan menjadi semakin berpusatkan guru. Selepas insiden ini, saya sedar bahawa murid harus menjalankan aktiviti sendiri untuk mendapatkan ilmu pengetahuan (Laury & Rillero, 1994).

Pada fasa praktikum ketiga yang lepas, saya telah diamanahkan untuk mengajar unit “Proses Hidup Manusia” Tahun Empat. Ketika itu saya berfikir panjang mengenai kaedah apa yang paling sesuai digunakan untuk mengajar unit ini. Berdasarkan pengalaman lepas, saya sedar bahawa kaedah PdP ini haruslah selaras dengan Teori Konstruktivisme, Pendekatan Hands-on dan Minds-on. Setelah mengambil kira aspek pedagogi pendidikan dan menganalisis latar belakang murid, maka saya telah mengambil keputusan untuk mencuba kaedah model dalam mengajarkan unit ini.

Isu Keprihatinan

Saya benar-benar ingin membantu murid-murid saya untuk meningkatkan minat dan pencapaian mereka dalam Sains, di samping meningkatkan amalan pengajaran kendiri saya. Oleh itu, saya telah menfokuskan kajian saya terhadap tiga isu keprihatinan tersebut, iaitu amalan pengajaran kendiri saya, minat dan pencapaian murid. Sehubungan dengan itu, saya telah menjalankan beberapa aktiviti tinjauan awal untuk menunjukkan bahawa isu-isu tersebut benar-benar wujud dalam konteks kajian saya. Jadual 1 menunjukkan cara-cara yang telah digunakan untuk meninjau setiap satu isu keprihatinan.

Jadual 1

Isu Keprihatinan dan Cara Mengumpul Maklumat Tinjauan Awal

Bil. Isu Keprihatinan Cara Mengumpul Maklumat Tinjauan Awal 1. Amalan Pengajaran

Kendiri

(i) Pemerhatian (Nota Lapangan PdP) (ii) Temu Bual (Dengan guru)

(iii) Soal Selidik (Terhadap Murid) 2. Minat Murid (i) Pemerhatian (Mengambil Gambar)

(ii) Pemerhatian (Senarai Semak) (iii) Soal Selidik (Terhadap Murid)

(3)

Berdasarkan Jadual 1, pelbagai jenis cara telah digunakan untuk mengumpul maklumat tinjauan awal. Antaranya termasuklah nota lapangan PdP, temu bual, soal selidik, pemerhatian, senarai semak, analisis pencapaian murid dalam ujian Sains lepas dan soal selidik. Tinjauan awal bagi setiap isu keprihatinan yang ingin dikaji telah dikumpul dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua jenis instrumen pengumpulan data yang berbeza.

Saya telah menggunakan tiga jenis kaedah untuk meninjau isu amalan pengajaran kendiri saya, iaitu menerusi nota lapangan PdP, perbincangan dan soal selidik. Rajah 1 menunjukkan hasil dapatan tinjauan awal berdasarkan kaedah-kaedah yang digunakan semasa meninjau isu amalan pengajaran kendiri saya.

Rajah 1. Dapatan Tinjauan Awal Mengenai Isu Amalan Pengajaran Kendiri

Berdasarkan Rajah 1, catatan nota lapangan yang dihasilkan oleh rakan sepraktikum saya menunjukkan bahawa masih terdapat banyak amalan guru tidak baik yang dapat diperhatikan sepanjang PdP. Ketika berbincang dengan guru pembimbing dan pensyarah penyelia pula, mereka sekadar memberikan penilaian sederhana terhadap pengajaran saya dan mengesyorkan agar memperbanyak penggunaan alat bantu mengajar semasa mengajar. Malah, dapatan daripada soal selidik turut menunjukkan bahawa murid-murid sekadar memberikan penilaian sederhana terhadap pengajaran saya. Oleh itu, saya sedar bahawa amalan pengajaran saya adalah lemah dan masih boleh ditingkatkan lagi.

Sementara itu, saya juga telah meninjau isu minat murid menerusi kaedah senarai semak dan pemerhatian. Rajah 2 menunjukkan hasil dapatan tinjauan awal berdasarkan kaedah-kaedah yang digunakan semasa meninjau isu minat murid terhadap Sains.

(4)

Berdasarkan dapatan senarai semak seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2, didapati bahawa daripada seluruh kelas, hanya enam orang murid sahaja yang menunjukkan minat mereka terhadap Sains, sementara murid-murid yang selebihnya (16 orang murid) langsung tidak berminat terhadap Sains. Apabila saya meneliti perlakuan mereka, didapati bahawa mereka akan melakukan perkara-perkara lain semasa PdP dijalankan, seperti bercakap, menconteng, membuat rantai manik, atau berbaring begitu sahaja. Semua ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak mempunyai minat yang tinggi dalam mata pelajaran Sains.

Dari segi pencapaian murid pula, saya telah menganalisis peperiksaan Sains mereka yang lepas dan juga telah menjalankan ujian diagnostik. Rajah 3 menunjukkan analisis keputusan Sains bagi Peperiksaan Pertengahan Semester I Tahun 2014 dan Ujian diagostik yang telah saya tabdirkan bagi subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”.

Rajah 3. Dapatan Tinjauan Awal Mengenai Prestasi Pencapaian Murid dalam Sains

Berdasarkan Rajah 3, didapati bahawa tidak ada seorang murid pun yang berjaya mendapat markah bergred A, iaitu antara 80 hingga 100 markah dalam kedua-dua ujian. Sememangnya terdapat segolongan murid yang sering gagal atau sekadar lulus dalam ujian mereka sahaja. Malah, terdapat 6 orang murid yang telah gagal dalam ujian diagostik yang telah saya jalankan. Situasi ini menunjukkan bahawa sememangnya pencapaian sesetengah murid adalah amat lemah dan memerlukan bantuan saya.

Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan amalan pengajaran kendiri saya, minat dan prestasi pencapaian murid dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia” dengan menggunakan kaedah model.

Soalan Kajian

Secara spesifiknya, kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian seperti berikut:

1. Sejauh manakah penggunaan kaedah model dapat membantu meningkatkan amalan pengajaran profesional saya dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?

(5)

3. Sejauh manakah penggunaan kaedah model dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid dalam Sains bagi subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?

Tinjauan Literatur Kajian Definisi dan Takrif Model

Menurut Steinmuller (1993) menerusi Kuhne (2005), model merupakan satu bahan yang mengandungi maklumat tentang sesuatu, dicipta oleh seseorang dan dibuat dengan matlamat atau tujuan tertentu. Menurut Koperski (t. t.) menerusi Quinlan (1993) pula, model dianggap sebagai sejenis pewakilan untuk melambangkan sesuatu objek, tingkah laku atau sistem demi kefahaman orang lain. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru (1998) pula mendefinisikan model sebagai binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah. Jadi, model merupakan salah satu jenis contoh bahan simulasi (Poh, 1998). Dari perspektif yang lain, Gilbert (2000) menerusi Ornek (2008) mentakrifkan model sebagai pewakilan sesuatu fenomena, objek ataupun idea. Sesungguhnya takrif ini adalah selaras dengan Blumschein, Hung, Jonassen, dan Strobel (2009) yang mengatakan bahawa model merupakan sesuatu yang konkrit, boleh ditunjukkan untuk tujuan pemahaman dan pewakilan untuk objek atau fenomena yang kabur atau abstraks.

Kelebihan Penggunaan Model dalam PdP

Bredderman (1982) melalui Chan, Pisegna, Rosian, dan DiCarlo (1996) mengatakan bahawa menerusi penggunaan program Sains yang berasaskan aktiviti seperti menghasilkan model, guru dapat menjangka dan mengharapkan kemajuan Sains yang berterusan dalam kalangan murid. Kaedah model juga disokong oleh Teori Konstrukvisme (Tobit, 1993, seperti dinyatakan dalam Chan, Pisegna, Rosian, dan DiCarlo, 1996). Walaupun model yang dihasilkan tidak begitu bernilai pada pasaran, tetapi ia berupaya untuk menggalakkan murid-murid bagi melibatkan diri dan menarik minat murid untuk berbincang mengenai bagaimana untuk membinanya. Penggunaan kaedah model turut dapat membantu murid menstrukturkan pengetahuan dan intuisi murid dengan menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam proses pembinaan dan manipulasi struktur model tersebut (Hestenes, 1996). Selanjutnya, kajian Krontiris-Litowitz (2003) dalam Deltoff, Clark, dan Meganathan (2011) menunjukkan bahawa penggunaan model dapat membantu murid mencapai markah kuiz yang lebih baik berbanding dengan murid yang tidak menggunakan model dalam topik “Neuron, Sinaps, dan Pemindahan Ion”. Keputusan yang sama juga dicapai oleh Water et al. (2005) menerusi Deltoff, Clark, dan Meganathan (2011) yang menunjukkan bahawa murid yang menggunakan model anatomi “Sistem Otot, Pencernaan, dan Kardiovaskular Manusia” mendapat skor markah yang lebih tinggi berbanding dengan murid yang tidak belajar dengan menggunakan model anatomi manusia. Hasil penyelidikan Tune, Sturek, dan Basile (2013) turut menunjukkan bahawa penggunaan “Model Kardiovaskular, Pernafasan dan Fisiologi Renal” membolehkan murid lebih memahami dan mengingati maklumat-maklumat penting pada tempoh masa yang lebih singkat berbanding dengan kaedah kuliah.

Perancangan dan Pelaksanaan Kajian Perancangan Kajian

(6)

Rasional saya memilih dua subunit ini adalah berdasarkan kajian-kajian tokoh Sains yang lepas. Sesungguhnya kajian daripada Kuebler, Mertens, dan Pries (2007) menunjukkan bahawa murid biasanya tidak dapat memberitahu atau memahami mekanisme pernafasan yang melibatkan peparu, diafragma, dan dinding tulang rusuk apabila mereka mempelajari topik ini. Anderson et al. (2009) juga bersetuju dengan mengatakan bahawa mekanisme pernafasan manusia ialah sesuatu topik yang sukar dipelajari oleh murid-murid dan juga sukar diajar oleh guru itu sendiri.

Untuk subunit “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia” pula, kajian Soyibo (1995) menerusi Yan (1998) mendapati bahawa biasanya murid akan mengalami kekeliruan mengenal pasti organ-organ perkumuhan, bagaimanakah perkumuhan berlaku dan perbezaan antara perkumuhan dengan penyahtinjaan. Kajian juga menunjukkan bahawa sistem-sistem dalaman manusia seperti sistem perkumuhan manusia ialah sesuatu topik yang sukar disampaikan oleh guru dan dipelajari oleh murid (Bahar, Johnstone, & Hansell, 1999, seperti yang dinyatakan dalam Henno & Reiska, 2008).

Dengan itu, saya telah mengaplikasikan kaedah model PdP terhadap peserta kajian saya berdasarkan model Lima Fasa Needham, terutamanya pada langkah penstrukturan semula idea dan aplikasi idea. Saya telah memberikan fokus kepada aktiviti yang perlu dijalankan oleh murid dan menyediakan semua bahan yang diperlukan oleh murid sepanjang menghasilkan model peparu manusia bagi subunit “Sistem Pernafasan Manusia” dan model organ-organ perkumuhan manusia bagi subunit “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia” serta menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk PdP kajian saya.

Pelaksanaan Kajian

Dengan merujuk kepada Model Kemmis & McTaggart, saya telah melaksanakan PdP kajian saya dengan menggunakan kaedah model untuk mengajarkan subnit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”. Jadual 2 menunjukkan jadual pelaksanaan saya sepanjang kajian penyelidikan tindakan ini dijalankan.

Jadual 2

Jadual Pelaksanaan Kajian Penyelidikan Tindakan

Bil. Rancangan dan Pelaksanaan Tindakan Tarikh Pelaksanaan 1. Melaksanakan 2 sesi PdP mengajar subunit “Sistem

Pernafasan Manusia” dan “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia” secara chalk and talk.

31 Mac 2014 01 April 2014

2. Menjalankan ujian diagnostik kepada seluruh kelas. 02 April 2014 3. Mengenal pasti murid yang berminat rendah terhadap Sains

dan lemah berdasarkan keputusan ujian sains dan diagnostik.

03 April 2014

4. Mengadakan perjumpaan dengan peserta kajian, memberitahu tujuan penyelidikan tindakan, mendapatkan kebenaran peserta, dan menjalankan soal selidik terhadap peserta kajian.

04 April 2014

5. Pelaksanaan 4 sesi PdP kajian mengenai subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”dengan menggunakan kaedah model.

07 April 2014 08 April 2014 14 April 2014 15 April 2014

(7)

Bil. Rancangan dan Pelaksanaan Tindakan Tarikh Pelaksanaan 7. Melaksanakan temu bual dengan peserta-peserta kajian. 22 April 2014 8. Menjalankan soal selidik selepas kajian dengan peserta kajian. 24 April 2014 9. Pengumpulan dan penyusunan data dilakukan. 28 April 2014

Merujuk kepada Jadual 2, didapati bahawa pelaksanaan kajian ini memakan masa yang lama dan tidak mudah disempurnakan. Walaupun tempoh masa untuk sesi PdP kajian hanyalah mengambil masa kira-kira sebulan, tetapi sebenarnya tempoh masa untuk menyiapkan seluruh laporan kajian perlu mengambil masa mencecah sehingga 6 bulan.

Kaedah Kajian Peserta Kajian

Sepanjang pelaksanaan kajian ini, saya telah melibatkan diri secara aktif dan langsung sebagai penyelidik kerana saya ingin meningkatkan amalan pengajaran kendiri saya. Selain itu, kajian ini juga melibatkan 6 orang peserta kajian yang terdiri daripada 2 orang murid perempuan dan 4 orang murid lelaki. Jadual 3 menunjukkan maklumat asas mengenai peserta-peserta kajian.

Jadual 3

Senarai Peserta bagi Kajian Penyelidikan Tindakan Bil. Nama Jantina Markah Ujian

Merujuk kepada Jadual 3, boleh diperhatikan bahawa setiap peserta kajian telah gagal dalam ujian diagnostik mereka, di samping berpencapaian rendah dalam peperiksaan Sains yang lepas. Selain itu, pemilihan peserta kajian juga disebabkan sebab kesemua peserta kajian menunjukkan minat yang amat rendah terhadap pembelajaran Sains.

Etika Penyelidikan

(8)

Kaedah Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Sepanjang kajian ini, saya telah menggunakan pelbagai cara untuk mengumpul dan menganalisis data. Jadual 4 menunjukkan cara-cara bagaimana saya mengumpul dan menganalisis data berdasarkan isu keprihatinan dalam konteks kajian saya.

Jadual 4

Cara-cara Menganalisis Data Kajian Mengikut Aspek Kajian

Bil. Aspek Cara Mengumpul Data Kajian Cara Menganalisis Data Kajian 1. Amalan

Pengajaran Kendiri

(i) Nota Lapangan Kualitatif (Analisis Kandungan) (ii) Soal Selidik Murid Kuantitatif (Min)

(iii) Temu Bual Murid Kualitatif (Analisis Kandungan) 2. Minat Murid (i) Nota Lapangan Kualitatif (Analisis Kandungan) (ii) Fotografi dan video Kualitatif (Analisis Kandungan) (iii) Senarai Semak Kuantitatif (Min)

(iv) Soal Selidik Murid Kuantitatif (Min)

(v) Temu Bual Murid Kualitatif (Analisis Kandungan) 3. Pencapaian

Murid

(i) Ujian Dapatan Kajian Kuantitatif (Skor Ujian)

(ii) Hasil Kerja Murid Kualitatif (Analisis Kandungan) (iii) Lembaran Kerja Murid Kuantitatif (Skor Ujian)

Merujuk kepada Jadual 4, saya telah menggunakan pelbagai jenis instrumen untuk mengumpul data. Antaranya termasuklah nota lapangan PdP, soal selidik, temu bual, pemerhatian, senarai semak, ujian, hasil kerja dan lembaran kerja murid. Semua data yang dikumpul akan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Untuk analisis kualitatif, analisis kandungan telah digunakan, manakala untuk analisis kuantitatif pula, analisis diskriptif statistik seperti min, kekerapan frekuensi serta nilai tertinggi dan terendah telah digunakan.

Kaedah Penyemakan Data

Triangulasi Kaedah. Saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah pengumpulan data sepanjang pelaksanaan kajian ini. Saya juga telah menggunakan pelbagai jenis kaedah penganalisisan data dalam kajian saya. Keputusan data yang selaras menunjukkan kesahan dan kepercayaan data kajian saya yang tinggi.

Triangulasi Masa. Saya telah mentadbir ujian diagnostik ketika saya menjalankan tinjauan awal. Saya menjalankan PdP kajian saya selama dua minggu dan hanya memberikan ujian dapatan kajian selepas kesemua sesi PdP disempurnakan. Maka tempoh masa di antara ujian diagnostik dan ujian dapatan kajian adalah cukup lama dan ini menjamin masalah murid masih mengingati jawapan yang betul tidak wujud. Oleh itu, perkembangan murid dapat diteliti dengan baik melalui triangulasi masa.

Triangulasi Penyelidik. Saya telah bekerjasama dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak, termasuklah guru pembimbing, pensyarah peyelia, rakan guru pelatih sepraktikum saya serta para peserta kajian sepanjang mengumpul dan menyemak data bagi memastikan bahawa semua data dan maklumat yang telah saya peroleh adalah sahih kebenarannya.

(9)

Dapatan Kajian

Sejauh manakah penggunaan kaedah model dapat membantu meningkatkan amalan pengajaran profesional saya dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?

Untuk menjawab persoalan ini, saya telah menggunakan tiga jenis instrumen untuk mengumpul data, iaitu kaedah nota lapangan PdP, soal selidik dan temu bual. Rajah 4 menunjukkan grid analisis nota lapangan PdP sebelum dan semasa kajian dijalankan.

Rajah 4. Grid Analisis Nota Lapangan Sebelum dan Semasa Menggunakan kaedah Model

Berdasarkan Rajah 4, boleh dikatakan bahawa hasil dapatan daripada nota lapangan PdP jelas menunjukkan bahawa terdapat berlakunya perubahan positif yang amat ketara sepanjang saya mengamalkan pengajaran dengan kaedah model. Sebelum kajian dijalankan, hanya 5 amalan pengajaran guru yang baik sahaja dapat diperhatikan. Akan tetapi, semasa PdP kajian dijalankan dengan kaedah model, sebanyak 16 amalan pengajaran guru yang baik dapat diperhatikan. Peningkatan yang mendadak ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model berupaya untuk membaiki dan meningkatkan amalan pengajaran profesional saya.

Selain itu, hasil dapatan daripada soal selidik juga menunjukkan bahawa amalan pengajaran kendiri saya dapat ditingkatkan semasa saya mengajar dengan menggunakan kaedah model. Jadual 5 menunjukkan perbandingan min bagi pernyataan 1-5 dalam soal selidik sebelum dan selepas kajian ini dijalankan.

Jadual 5

Perbandingan Min bagi Penyataan 1-5 Soal Selidik Sebelum dan Selepas Kajian

Bil Pernyataan

Purata Skala (Min)

Perbezaan (Min) Sebelum

Kajian

Selepas Kajian 1. Saya sentiasa dapat mengikuti isi pelajaran

yang diajar oleh guru.

2.00 4.67 + 2.67

2. Saya sentiasa faham isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

1.83 4.50 + 2.67

3. Tugasan kerja seperti latihan dan buku kerja dapat saya siapkan dengan mudah.

1.67 4.00 + 2.33

4. Cara guru Sains menyampaikan kandungan pengajaran amat menarik dan menyeronokkan.

1.67 4.83 + 3.16

(10)

Berdasarkan Jadual 5, semua peserta kajian bersetuju bahawa semasa belajar dengan kaedah model, mereka dapat mengikuti dan memahami apa yang diajar, dapat menyiapkan kerja dengan mudah di samping cara pengajaran saya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Malah, dengan berskalakan 5.00 sebagai skala penuh, min bagi setiap pernyataan yang berkaitan dengan amalan pengajaran saya telah meningkat melebihi sekurang-kurangnya 2.00 markah. Data ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model berupaya untuk meningkatkan amalan pengajaran kendiri saya.

Akhir sekali, menerusi dapatan temu bual dengan peserta selepas kajian dijalankan, saya dapat mengenal pasti dengan lebih mendalam mengenai aspek-aspek amalan pengajaran yang telah saya baiki dan tingkatkan. Rajah 5 menunjukkan grid analisis temu bual dengan peserta kajian mengenai kajian penyelidikan tindakan ini.

Rajah 5. Grid Analisis Temu Bual dengan Peserta Kajian Selepas Kajian Dijalankan

Berdasarkan Rajah 5, murid-murid berpendapat bahawa pengajaran saya telah bertambah baik daripada pelbagai aspek semasa saya mengajar menggunakan kaedah model. Antara aspek yang dimaksudkan termasuklah kaedah PdP, kemahiran pengajaran, malah personaliti diri saya. Tuntasnya, semua dapatan kajian daripada instrumen yang berbeza telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model mampu membantu meningkatkan amalan pengajaran profesional saya.

Bagaimanakah penggunaan kaedah model dapat membantu meningkatkan minat murid-murid terhadap Sains dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?

Lima jenis instrumen, iaitu nota lapangan, senarai semak, soal selidik, pemerhatian, dan temu bual telah digunakan untuk mengumpul data berhubung dengan persoalan ini. Oleh itu, hasil dapatan daripada nota lapangan, senarai semak dan soal selidik akan digunakan untuk menjawab aspek peningkatan minat murid dalam pembelajaran Sains, sementara hasil dapatan daripada pemerhatian dan temu bual akan digunakan untuk menjawab aspek bagaimana kaedah model dapat meningkatkan minat murid.

(11)

Rajah 6. Grid Analisis Nota Lapangan Sebelum dan Semasa Menggunakan kaedah Model

Dengan merujuk kepada Rajah 6, hanya 1 perlakuan murid yang menunjukkan bahawa mereka berminat mengikuti PdP Sains sebelum kajian dijalankan. Akan tetapi, semasa kajian dijalankan dengan kaedah model, sebanyak 14 perlakuan telah ditunjukkan oleh murid, menunjukkan bahawa mereka begitu berminat mengikuti PdP Sains. Maka, dapatan ini menunjukkan bahawa minat murid terhadap Sains dapat ditingkatkan sekiranya kaedah model diaplikasikan berbanding dengan kaedah konvensional.

Selain itu, hasil dapatan daripada senarai semak juga menunjukkan bahawa minat murid telah menunjukkan perubahan minat terhadap pembelajaran Sains yang amat ketara pada awal dan akhir kajian. Jadual 6 menunjukkan perbandingan min bagi setiap item dalam borang senarai semak pada awal dan akhir kajian.

Jadual 6

Perbandingan Min Borang Senarai Semak Awal dan Akhir Kajian

Bil Item Senarai Semak Purata Min Skala Perbezaan

Min Awal Kajian Akhir Kajian

1. Murid menumpukan perhatian sepenuhnya.

1.92 4.50 + 2.58

2. Murid menunjukkan daya usaha untuk cuba menjawab soalan.

1.58 4.75 + 3.17

3. Murid menunjukkan semangat inkuiri dan minat yang tinggi.

1.92 4.58 + 2.66

4. Terdapat interaksi dua hala berlaku. 1.83 4.83 + 3.00 Merujuk kepada Jadual 6, didapati bahawa dengan berskalakan 5.00 sebagai skala penuh, min bagi setiap item yang terkandung dalam borang senarai semak telah meningkat melebihi sekurang-kurangnya 2.50 markah. Murid mula menumpukan perhatian sepenuhnya, menunjukkan daya usaha menjawab soalan, menunjukkan inkuiri dan minat yang tinggi serta interaksi dua hala telah wujud. Semua ini menunjukkan bahawa murid benar-benar menjadi semakin berminat ketika mengikuti sesi PdP dengan menggunakan kaedah model. Hanya dengan minat yang mendalam, murid akan mula menunjukkan perubahan dalam tingkah laku dan berusaha melibatkan diri secara aktif semasa PdP.

(12)

Jadual 7

Perbandingan Min bagi Penyataan 6-8 dalam Soal Selidik Sebelum dan Selepas Kajian

Bil Pernyataan

Purata Skala (Min)

Perbezaan (Min) Sebelum

Kajian

Selepas Kajian 6. Saya amat suka dan minat dalam mempelajari

Sains.

2.16 4.50 + 2.34

7. Saya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi setiap kali waktu Sains.

1.50 4.67 + 3.17

8. Saya sentiasa menunggu-nunggu ketibaan waktu Sains.

1.67 4.83 + 3.16

Merujuk kepada Jadual 7, didapati bahawa dengan berskalakan 5.00 sebagai skala penuh, min bagi setiap pernyataan yang terkandung dalam soal selidik telah meningkat melebihi sekurang-kurangnya 2.00 markah. Malah, merujuk kepada Pernyataan 6 dalam Jadual 6, peserta kajian sendiri mengaku bahawa minat mereka terhadap Sains telah meningkat daripada 2.16 sebelum kajian dijalankan kepada 4.50 selepas kajian dijalankan. Ini menunjukkan penggunaan kaedah model dapat meningkatkan minat murid dalam Sains.

Sehubungan dengan itu, hasil dapatan daripada pemerhatian dapat digunakan untuk menjelaskan bagaimana minat murid terhadap pembelajaran Sains dapat ditingkatkan. Rajah 7 menunjukkan gambar-gambar pemerhatian sepanjang PdP kajian ini dijalankan.

Rajah 7. Gambar-Gambar Sepanjang PdP Kajian Dijalankan

Berdasarkan Rajah 7, didapati bahawa peserta kajian tidak sabar-sabar mahu memulakan pembinaan model. Mereka begitu memandang berat terhadap model mereka dan membina dengan bersungguh-sungguh. Mereka berebut-rebut menunjukkan hasil model mereka apabila siap dan gembira kerana usaha mereka menampakkan hasil. Jadi, boleh dikatakan bahawa semua peserta kajian begitu terhibur dan seronok belajar dengan menggunakan kaedah model. Semua perasaan dan reaksi yang lahir secara zahir dan intrinsik ini telah menunjukkan bahawa minat murid terhadap Sains dapat dicungkil, dipupuk dan ditingkatkan menerusi penggunaan kaedah model.

(13)

Rajah 8. Grid Analisis Temu Bual dengan Peserta Kajian Selepas Kajian Dijalankan

Merujuk kepada Rajah 8, murid-murid berpendapat bahawa mereka mula berminat terhadap pembelajaran Sains disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah faktor perasaan dan emosi kerana mereka berasa seronok dan gembira semasa membina model, faktor pengurusan masa kerana mereka merasakan masa berlalu pantas ketika belajar dengan kaedah model, faktor penguasaan kerana mereka merasakan kaedah model lebih mudah difahami, faktor kaedah PdP kerana banyak aktiviti telah dijalankan, faktor interaksi kawan kerana mereka boleh bermain dengan kawan semasa membina model, dan faktor-faktor peribadi seperti memperoleh rasa berjaya setelah siap menghasilkan model. Pendak kata, menerusi pelbagai hasil dapatan yang diperoleh daripada instrumen yang berbeza, ternyata bahawa kaedah model mampu meningkatkan minat murid dalam Sains, dan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti yang telah dibincangkan.

Sejauh manakah penggunaan kaedah model dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid dalam Sains bagi subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?

Untuk menjawab persoalan ini, tiga jenis instrumen pengumpulan data telah digunakan, iaitu kaedah ujian, penelitian hasil kerja dan lembaran kerja murid. Pertama sekali, hasil dapatan daripada kaedah ujian telah menunjukkan bahawa prestasi pencapaian murid telah berjaya ditingkatkan menerusi penggunaan kaedah model. Rajah 9 menunjukkan markah ujian bagi setiap peserta dan perbandingan purata markah ujian sebelum dan selepas kajian dijalankan.

(14)

Merujuk kepada Rajah 9, semua peserta telah gagal dalam ujian diagnostik mereka sebelum kajian dijalankan. Akan tetapi, selepas kajian dijalankan, semua daripada mereka telah menunjukkan peningkatan markah yang amat ketara semasa ujian dapatan kajian antara julat 40 hingga 52 markah. Purata markah ujian juga berjaya ditingkatkan daripada 30.67 markah kepada 78.00 markah. Semua data dalam ujian menunjukkan bahawa kaedah model berupaya untuk membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam Sains.

Dari segi analisis hasil kerja pula, semua peserta kajian telah berjaya menyiapkan model mereka dengan baik sekali. Rajah 10 menunjukkan contoh-contoh hasil kerja murid.

Rajah 10. Hasil Model Peparu Manusia dan Model Organ-Organ Perkumuhan Oleh Peserta

Merujuk kepada Rajah 10, didapati bahawa semua peserta berupaya untuk menghasilkan model dengan sempurna, melabelkan model mereka dengan tepat dan dapat menamakan setiap bahagian model dengan betul semasa pembentangan model dijalankan. Penguasaan peserta yang kukuh dan mantap terhadap pembinaan model menunjukkan bahawa mreka sebenarnya memahami apa yang telah saya ajar sepanjang kajian dijalankan. Yakini mereka juga akan berupaya untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan subunit berkenaan dalam ujian kelak. Maka, prestasi pencapaian mereka juga akan meningkat.

Untuk kaedah penelitian lembaran kerja murid pula, saya telah menyemak setiap lembaran kerja yang telah disiapkan oleh peserta pada setiap akhir sesi PdP kajian dan seterusnya menukarkan bilangan item yang dapat dijawab oleh murid dalam lembaran kerja tersebut kepada bentuk peratusan. Rajah 11 menunjukkan catatan perbandingan markah antara empat lembaran kerja yang diperoleh oleh setiap peserta kajian.

(15)

Daripada Rajah 11, dapat dilihat bahawa setiap peserta telah menunjukkan kemajuan dan peningkatan secara beransur maju daripada lembaran kerja yang pertama sehingga lembaran kerja yang keempat. Peningkatan secara beransur maju ini menunjukkan bahawa murid memahami kandungan pembelajaran dan berupaya untuk menguasai tajuk pembelajaran selepas mengikuti sesi PdP dengan kaedah model. Jadi, ini telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model berupaya untuk membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam pembelajaran Sains.

Refleksi kajian Refleksi Penilaian Tindakan

Sepanjang pelaksanaan kajian ini, saya sedar bahawa penggunaan kaedah model dalam PdP mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Dari segi kelebihan, sesungguhnya banyak faedah yang telah saya peroleh sepanjang mengajar dengan menggunakan kaedah model. Kaedah model bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dan amalan pengajaran kendiri saya, malah murid-murid juga akan berasa sangat seronok dan berminat mengikuti PdP Sains. Selain itu, murid-murid akan dapat lebih memahami dan mengingati kandungan pembelajaran menerusi kaedah model, di samping hasil-hasil model murid boleh dijadikan sebagai bukti pembelajaran atau bahan-bahan pameran.

Walau bagaimanapun, kaedah model juga mempunyai kekurangan dan limitasi yang tersendiri. Antaranya termasuklah kaedah model hanya sesuai diaplikasikan kepada sesetengah tajuk Sains sahaja, memerlukan masa perancangan dan penyediaan bahan yang lama dan teliti, memerlukan kos untuk membeli bahan model yang bukan kitar semula, dan memerlukan satu ruang yang besar untuk menyimpan hasil-hasil model murid. Oleh itu, guru yang ingin mengaplikasikan kaedah model dalam PdP perlulah menyediakan pelan tindakan atau resolusi untuk menyelesaikan kekangan atau kekurangan ini.

Refleksi Pembelajaran Kendiri

Melalui kajian ini, saya dapat lebih memahami prosedur bagaimana melaksanakan sesuatu penyelidikan tindakan secara praktikal. Sebagai seorang bakal guru, saya perlulah mengetahui bagaimana untuk mengenal pasti masalah yang berlaku dalam kalangan murid menerusi tinjauan awal, memikirkan cara atau kaedah untuk mengatasinya, merancang dan melaksanakan cara atau kaedah yang dirancang, serta ada langkah-langkah yang sistematik dan teratur tentang bagaimana untuk mengumpul, menganalisis dan menyemak data-data saya. Saya sedar bahawa peranan guru masa kini bukanlah sekadar untuk mengajar semata-mata, tetapi perlu menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan sentiasa memikirkan cara atau kaedah baharu untuk mengembangkan ilmu pengetahuan serta menambah baik amalan pengajaran kendiri.

Selain itu, saya juga sedar bahawa kita haruslah sentiasa membuat refleksi kritikal untuk setiap tindakan yang telah kita lakukan. Sepanjang kajian ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah, dan hanya dengan pemikiran yang reflektif dan kritikal sahaja yang dapat menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Maka, saya sentiasa mengimbas kembali dan bertindak untuk mengenal pasti masalah, bersedia menyelesaikan masalah serta mengambil tindakan susulan yang bersesuaian dengan masalah tertentu. Sesungguhnya amalan reflektif ini telah membantu dalam mengeratkan hubungan saya dengan murid-murid saya.

(16)

Cadangan Kajian Lanjutan

Sekiranya kajian ini diteruskan, saya bercadang untuk mencuba kaedah model pada tajuk-tajuk lain yang terdapat dalam sukatan Sains Tahun Empat, seperti “Organ Pernafasan Haiwan”, “Mencipta Alat Pengukur Masa”, “Sistem Suria”, “Perkembangan Teknologi”, dan sebagainya untuk melihat keberkesanannya. Selain itu, saya juga ingin menjalankan kajian ini terhadap murid yang bertahap pandai untuk melihat perbezaan keberkesanan antara golongan ini dengan murid bertahap pandai. Akhir sekali, saya berharap agar kajian ini dapat dilanjutkan untuk membaiki isu-isu keprihatinan yang lain seperti kawalan kelas, ingatan, penglibatan murid, dan sebagainya dengan menggunakan kaedah model.

Senarai Rujukan

Anderson, J., Goplen, C., Murray, L., Seashore, K., Soindarrajan, M., Lokuta, A., … & Khesler, N. (2009). Human Respiratory Mechanics Demonstration Model. How We Teach, 33, 53-59. doi: 10.1152/advan.90177.2008

Bahagian Pendidikan Guru. (1998). Konsep dan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Matematik: Nombor Bulat Untuk Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Blumschein, P., Hung, W., Jonassen, D. & Strobel, J. (2009). Modeling and Simulation in

Learning and Instruction: A Theoretical Perspective. Rotterdam, the Netherlands: Sense Publisher.

Chan, V., Pisegna, J., Rosian, R. & DiCarlo, S. E. (1996). Model Demonstrating Respiratory Mechanics for High School Students. Advance in Physiological Education, 15(1), 1-18. Deltoff, M. E., Clark, K. L. & Meganathan, K. (2011). Learning Outcomes and Student-Perceived Value of Clay Modeling and Cat Dissection in Undergraduate Human Anatomy and Physiology. Teaching in Laboratory, 35, 68-75. doi: 10.1152/advan.00094.2010

Henno, I. & Reiska, P. (2008). Using Concept Mapping As Assessment Tool In School Biology. Kertas kerja yang dibentang dalam Third Int. Conference on Concept Mapping, Tallinn, Estonia & Helsinki, Finland pada 2008. Didapatkan daripada http://cmc.ihmc.us/cmc2008papers/cmc2008-p404.pdf

Hestenes, D. (1996). Modeling Methodology for Physics Teacher. Kertas dibentangkan ketika Proceeding of the International Conference on Undergraduate Physics Education pada Ogos 1998. Didapatkan daripada http://modeling.asu.edu/R&E/ModelingMeth-jul98.pdf

Laury, D. L. & Rillero, P. (1994). Perspectives of Hands-On Science Teaching. Columbus, OH: The ERIC Clearinghouse for Science, Mathematics and Environmental Education Ornek, F. (2008). Models in Science Education: Application of Models on Learning & Teaching

Science. International Journal of Environment & Science Education, 3(2), 35-45. Poh, S. H. (1998). Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal dan Sumber Sains. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia

Quinlan, J. R. (1993). Combining Instance-Based and Model Based learning. San Matco, CA: Morgan Kautmann.

Tune, J. D., Sturek, M. & Basile, D. P. (2013). Flipped Classroom Models Improves Graduate Student Performance in Cardiovascular, Respiratory and Renal Physiology. How We Teach, 27, 316-320. doi: 10.1152/advan.00091.2013

Referensi

Dokumen terkait

Konsep kebahagiaan sejati (Authentic Happiness) pada remaja dengan latar belakang keluarga Broken Home di panti asuhan Nurul Abyadh Malang berdasarkan perspektif

Esimerkin 4 kommentoija myöntää, että joidenkin vanhempien sosiaalisen median käyttö on liiallista, mutta esittää silti vastaväitteen toteamalla, että kampanja ei ole

Kesimpulan dari penelitian ini adalah bahwa web service telah diimplementasikan pada sistem informasi Bandung N-Max Community, dan berdasarkan pengujian telah dapat

Phillip Securities Indonesia Cabang Semarang dapat meningkatkan kualitas layanan dan citra perusahaan untuk dapat meningkatkan mewujudkan minat transaksi ulang nasabah yang

Puji syukur kehadirat Allah SWT atas segala rahmat dan hidayah-Nya sehingga penelitian dapat menyelesaikan skripsi dengan judul “ Hubungan dukungan keluarga

Adapun eksperimen yang dilakukan dalam penelitian ini adalah pengembangan dari penemuan-penemuan sebelumnya, menurut Edwards (2012) bakteri/mikroba memiliki

Dalam penelitian (Richana et al., 2007), tongkol jagung diketahui mengandung xilan yang dapat digunakan sebagai sumber karbon bagi mikroorganisme penghasil

 Siswa menentukan unsur – siapa, apa, di mana, kapan, mengapa, dan bagaimana – rekaman berita dari media elektronik yang didengarkan3.  Siswa menanggapi unsur – siapa, apa, di