• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT NES

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT NES"

Copied!
50
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Campuran Pemasaran merupakan satu aspek penting yang diguna oleh sebuah organisasi perniagannya untuk menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan jualan. Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan melibatkan penumpuan usaha pemasar untuk memuaskan keinginan dan keperluan pengguna. Apabila sesuatu kumpulan pengguna telah dikenal pasti, pemasar akan berusaha untuk memenuhi keperluan pengguna tersebut supaya pemasar memperoleh keuntungan daripada aktiviti pemasaran yang dijalankan.

Campuran pemasaran adalah kombinasi pemboleh ubah yang menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi pemasaran. Melalui pasaran sedia ada, pemasar akan menggunakan campuran pemasaran untuk mengenal pasti sasaran yang boleh membantu organisasi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan seterusnya menguasai keseluruhan pasaran.

Campuran pemasaran adalah satu set elemen pemasaran yang boleh dikawal dan berstrategi setiap firma. Di mana setiap firma menggabungkan untuk menghasilkan maklum balas dikehendaki dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen pemasaran firma boleh melakukan aktiviti pemasaran untuk mempenaruhi permintaan terhadap produknya. Iaitu empat elemen iaitu produk, pengedaran, penetapan harga dan promosi. Petikan Hitesh Bhasin dari http://www.marketing91.com/service-marketing-mix/ yang diakses oleh penyelidik pada 23 Jun 2015.

Produk merupakan sesuatu yang ditawarkan dalam pasaran dan mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat menarik perhatian pengguna. Produk mungkin berbentuk objek fizikal, perkhidmatan, individu, tempat, organisasi, idea, atau kombinasi unsur-unsur tersebut.

(2)

Promosi merujuk pada aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk kepada pengguna bagi tujuan membuat keputusan pembelian. Aktiviti promosi yang boleh dijalankan adalah seperti pengiklanan, publisiti, jualan langsung dan demonstrasi produk.

Pengedaran merujuk pada aktiviti menentukan lokasi agihan dan waktu pengagihan. Pembuatan keputusan pengedaran melibatkan pemilihan, penilaian, dan penyelarasan saluran pengagihan termasuk cara penghantaraan, kaedah pengangkutan, cara penyimpanan stok, dan pengawalan inventori

(3)

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mentakrif campuran pemasaran yang diamalkan oleh Nestle (M) Bhd untuk mencapai sasaran pemasaran.

2.2 Menentukan elemen campuran pemasaran produk berdasarkan atribut produk, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan, dan klasifikasi produk Nestle (M) Bhd.

2.3 Mengenal pasti elemen harga dari segi tokokan kos dan penetapan pesaing dan mengikut pengguna bagi Nestle (M) Bhd.

(4)

3.0 LATAR BELAKANG

Sejarah Nestlé bermula pada tahun 1867 di Vevey, Switzerland, apabila pengasasnya Henri Nestlé membuat keputusan untuk mencipta dan membuat makanan bayi pertama sebagai tindak balas kepada keperluan untuk produk yang sihat dan mampu untuk menjadi alternatif kepada ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan bayi mereka. Beliau menamakan produknya Farine Lactee Henri Nestlé.

Setelah beberapa tahun, produk Farine Lactee dipasarkan di Eropah, syarikat Nestlé dipanggil dengan panggilan Société Farine Lactee Henri Nestlé. Pada tahun 1874, Nestlé membangunkan produk susu pekat, untuk bersaing dengan syarikat Anglo-Swiss Susu Pekat. Syarikat Susu Pekat Anglo-Swiss merupakan pesaing yang menghasilkan keju dan susu formula yang membuka kilang pertama kilang manis susu pekat Eropah di Cham, Switzerland, untuk memasarkan susu pekat yang pertama iaitu MILKMAID.

Kedua-dua syarikat ini bergabung pada tahun 1905, beberapa tahun selepas Nestlé menambah produk berasaakan coklat ke dalam barisan produk. Nestlé merupakan syarikat yang baru ditubuhkan dan syarikat Susu Pekat Anglo Swiss yang merupakan sebuah syarikat yang paling lama dalam pasaran bergabung idea dan inovasi untuk menghasilkan produk yang memenuhi tuntutan pengguna mengikut persedaran zaman. Hasil daripada usahasama ini banyak kilang memproses susu pekat ditubuhkan di Amerika Syarikat, Britain, Sepanyol dan Jerman. Kilang pemprosesan susu pekat turut dibina di Australia dengan beberapa tambahan gudang di Singapura, Hong Kong dan Bombay.

(5)

Apabila pemintaan susu segar menjadi semakin meningkat selepas perang, syarikat Nestlé semakin terdesak untuk memenuhi permintaan setiap pelanggannya dan mula menderita dan jatuh ke dalam hutang yang banyak. Harga bahan-bahan yang telah meningkat, pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan dan kadar pertukaran merosot kerana perang. Sebuah bank telah menawarkan seorang pakar bagi membuat rundingan membantu Nestlé mencari jalan untuk mengurangkan hutangnya. Menjelang tahun 1920-an syarikat Nestlé telah berjaya mel1920-angsaik1920-an segala hut1920-ang d1920-an b1920-angkit deng1920-an menghasilkan beberapa produk baru. Nestlé telah mewujudkan produk coklat baru dan produk minuman dalam bentuk serbuk. Nestlé turut membangunkan produk jenama Nescafé dan Nestea dalam tahun 1930-an. Nescafé merupakan produk yang mempersembahkan kopi dalam bentuk serbuk yang larut dan merevolusikan minum kopi menjadi minuman hit segera. Dengan permulaan Perang Dunia Kedua, keuntungan syarikat Nestlé menjunam semula.

Perang Dunia Kedua yang melanda dunia tidak menjejaskan negara Switzerland kerana negara ini hanya sebahagian kecil daripada Eropah. Disebabkan masalah pengedaran di Eropah dan Asia, Nestlé membuka telah membuat keputusan untuk membuka kilang-kilang di negara-negara membangun seperti Amerika Latin. Pengeluaran meningkat secara mendadak selepas Amerika memasuki peperangan dan Nescafé menjadi minuman utama bagi tentera Amerika di Eropah dan Asia. Jumlah jualan meningkat sebanyak $ 125,000,000 dari tahun 1938 hingga 1945.

Selepas tahun 1945, Nestlé terus maju dengan menjalinkan hubungan dengan syarikat Alimentana SA yang merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan sup dan perasa. Nestlé terus menakluki pasaran dengan menjalinkan usahasama lagi dengan syarikat Cross & Blackwell yang merupakan syarikat pengeluar makanan sejuk beku, jus buah-buahan dan Libby. Nescafé menjadi jualan kopi segera empat kali ganda dalam tempoh 1960-1974, hasil dari penggunaan teknologi baru pengeringan beku kopi segera.

(6)

Switzerland. Nestle telah beroperasi di hampir setiap negara di dunia. Nestle mempunyai sebanyak 280,000 warga kerja di seluruh dunia dan mempunyai 449 buah kilang beroperasi di 83 buah negara. Nestle telah mengeluarkan lebih daripada 10,000 produk yang berbeza. Setiap hari lebih kurang 1 bilion produk akan dijual. Pusat penyelidikan pemakanan swasta yang terbesar di dunia, bertempat di Switzerland. Nestle mempunyai 29 buah Pusat Penyelidikan & Pembangunan di seluruh dunia. Pulaburan tahunan sebanyak RM6 bilion akan diberi untuk Penlidikan & Pembangunan

Komitmen Nestle kepada Malaysia adalah untuk menyediakan produk yang berkualiti kepada rakyat Malaysia sejak hampir 100 tahun yang lalu. Nestle bermula di Malaysia pada tahun 1912 sebagai Syarikat Susu Pekat Anglo-Swsis di Pulau Pinang. Selepas itu, pengembangan dan pertumbuhan telah menyebabkan Nestle membuat perpindahan ke Kuala Lumpur pada tahun 1939 atas keperluan. Sejak tahun 1962, kilang pertama dibina di Petaling Jaya. Nestle Malaysia kini mengeluarkan produknya melalui 7 kilang yang dibina dan beroperasi dari ibu pejabat di Mutiara Damansara.

Nestle telah berlangsung secara terbuka dan disenaraikan di BSKL. Kini dikenali sebagai Bursa Malaysia Berhad pada 13 Disember 1989. Hari ini, Nestle telah mempunyai lebih daripada 5000 orang pekerja dan mengeluarkan lebih daripada 300 produk Halal di Malaysia. Jenama Nestle adalah MILO®, NESCAFÉ®, MAGGI®, NESPRAY® and KIT KAT® telah menjadi produk dipercayai dan dinikmati oleh isi rumah selama beberapa generasi. Info diakses oleh penyelidik dari laman http://www.nestle.com.my/ pada 29 Jun 2015.

Nestle di Malaysia juga menghasilkan produk makanan yang berbagai-bagai jenis. Produk makanan yang dihasilkan seperti minuman, makanan, tenusu, minuam cecair, pemakanan bayi dan ibu mengandung, pemakanan prestasi, pemakanan penjagaan kesihatan, bijirin sarapan, tenusu dingin, ais krim, konfeksi dan Nestle Professional.

(7)

tenaga dan dipertingkatkan lagi pada tahun 2002 dengan ACTIGEN-E, gabungan unik 8 vitamin dan 4 mineral yang membantu dalam siaran optimum tenaga dari makanan.

Selain itu, Nestle juga memprodukan susu di Malaysia. Setiap hari, ibu mahu memberikan anak-anak mereka yang terbaik. Ia adalah satu komitmen yang tidak berkesudahan, satu diisi dengan jenis kegembiraan hanya seorang ibu boleh memberi-yang adalah apa memberi-yang membuat setiap segelas susu setiap hari, pilihan bermanfaat. Penuh dengan nutrien penting dan vitamin, ia membolehkan ibu untuk memberi penjagaan kepada anak-anak dari dalam-supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada satu perkara yang lain yang membuat anak-anak mereka pergi; murni, kasih sayang tanpa syarat.

Setiap produk yang dikeluarkan oleh Nestle mendapat sambutan yang baik oleh semua pengguna di Malaysia. Hal ini membukitkan Nestle telah berjaya.

(8)

memajukan perniagaannya. Matlamat Nestle adalah jelas melaui slogan syarikatnya iaitu “Good Food, Good Life”.

Pelaksanaan strategi pemasaran yang efektif dan efisien bergantung kepada objektif syarikat dan operasi yang dirancang syarikat mencampuradukkan pengetahuan tentang strategi pemasaran dalam bidang keusahawaan yang bersesuai dengan aktiviti hendak dilaksanakan. Aspek pengetahuan tentang strategi pemasaran penting untuk membolehkan objektif pemasaran dicapai.

(9)

4.0 KAEDAH KAJIAN

Beberapa kaedah yang telah digunakan dalam kajian ini untuk memperoleh maklumat dan data yang tepat bagi kajian yang dilaksanakan. Tujuan pengkaji memilih kaedah-kaedah ini kerana senang diguna pakai dan mudah mendapatkan hasil serta membolehkan kajian dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Secara keseluruhannya, terdapat dua bentuk kaedah kajian telah digunakan untuk mencari maklumat secara terperinci yang berkaitan dengan objektif kajian.

Kajian kuantitatif merupakan satu kajian secara umunya menggunakan analisis statistik, ia lebig bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat. Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data berangka dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri positif di mana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimen dan data berangka yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis. Maksudnya, kajian yang dibuat dengan nombor atau dalam pengiraan. Maksud kajian kuantitatif diakses pada 14 Julai 2015 dari http://www.slideshare.net/ZenShah/kajian-kuantitatif .

Kajian kualitatif merupakan kajian ke atas sesuatu dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam. Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan subjek kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori. Definisi kajian kualitatif diakses 14 Julai 2015 dari http://www.scribd.com/doc/117748757/Kaedah-Kajian-Kualitatif#scribd. Dalam kajian kualitatif, pengkaji mengutamakan huraian tentang ciri-ciri atau sifat-sifat yang menggambarkan fenomena yang dikaji. Kajian ini mengandungi unsur subjektif kerana kajian dibuat adalah berdasarkan pada pengalaman, pandangan dan pengetahuan seperti kreatif dan inovatif yang dimiliki oleh pengkaji.

(10)

gambar, suara, huruf, angka, matematik, bahasa ataupun simbol-simbol lain yang biasa kita gunakan sebagai bahan untuk melihat lingkungan, objek, kejadian ataupun suatu konsep. Menurut Cambridge Dictionary Online, data adalah maklumat, terutamanya fakta atau nombor yang dikumpul untuk diperiksa dan dipertimbangkan dan digunakan untuk membantu membuat keputusan, atau maklumat dalam bentuk elektronik yang boleh disimpan dan digunakan oleh komputer. Definisi data diakses 14 Julai 2015 dari

http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/data. Menurut Sabitha Marican (2005), data ialah pengiraan ke atas ciri-ciri, kejadian, fakta atau ukuran ke atas sesuatu peristiwa yang boleh dikira. Satu set data (data yang telah dikumpulkan) boleh merangkumi ribuan pemerhatian (Burning & Kintz, 1987). Secara umumnya, data boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu data primer (raw data) dan data sekunder (secondary data). Data primer adalah data asal yang dikumpul secara khususnya untuk menjawab persoalan kajian. Mengikut Rohana Yusof (2004) dalam buku Penyelidikan Sains Sosial, data primer ialah data yang berasal dari sumber asli atau pertama. Data primer dapat berbentuk pendapat seseorang secara individual atau kumpulan, hasil pemerhatian terhadap benda, kejadian atau kegiatan dan hasil ujian.

Data sekunder adalah data yang diperoleh melalui data yang telah diteliti dan dikumpul oleh pihak lain dan digunakan oleh pengkaji secara tidak langsung melalui media perantaraan. Menurut buku Kaedah Penyelidikan Sains Sosial yang ditulis oleh Sabitha Marican pada tahun 2005, data skunder merujuk kepada data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain. Data umumnya berupa bukti, catatan atau laporan bersejarah yang telah disusun dalam akrib atau dokumentari yang diterbitkan atau tidak diterbitkan.

(11)

mendapatkan maklumat daripada soal selidik atau temu bual yang memerlukan masa yang panjang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, instrument ialah dokumen rasmi yang sah di sisi undang-undang dan mengikut peraturan tertentu yang menyatakan hak pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kontrak tersebut. Maksud intrumen dipetik dari

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=instrumen pada 14 Julai 2015. Instrumen merupakan sebuah alat yang digunakan untuk mengumpulkan data atau informasi yang bermanfaat untuk menjawab objektif kajian. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data internal ialah laman web tersendiri, profil syarikat, laporan kewangan. Manakala, instrument yang digunakan oleh pengkaji dalam usaha memperoleh data eksternal ialah rujukan kepustakaan, rujukan internet serta tesis dan jurnal.

Pengkaji telah diaplikasikan penggunaan laman web rasmi syarikat Nestle Sdn Bhd iaitu http://www.nestle.com.my/ dalam penulisan pengenalan dan penempatan lokasi kajian yang dibuat oleh pengkaji. Objektif pertama kajian ini, iaitu mentakrif campuran pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Nestle Sdn Bhd boleh diperoleh dalam laman sesawang rasmi Nestle.

Profil syarikat ialah dokumen yang memperkenalkan sesebuah syarikat dengan menyenaraikan wawasan, misi dan objektif syarikat, carta organisasi, latar belakang pengurus, perniagaan syarikat, pendaftaran perniagaan serta stor atau pejabat operasi. Profil syarikat Nestle (M) Sdn Bhd dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang lanjut tentang Nestle (M) Sdn Bhd terutamanya dalam menjalankan kajian terhadap latar belakang dan pengenalan Nestle Corporation.

Laporan tahunan adalah laporan yang dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan lazimnya melaporkan hal-hal penting yang berkaitan dengan kewangan dan belanjawan. Maklumat diolah oleh penyelidik dari sumber asli iaitu laman sesawang

(12)

satu instrumen. Laporan tahunan Nestle Corporation juga digunakan untuk mengenal pasti objektif kajian ketiga, iaitu pendekatan harga yang dijalankan oleh Nestle Corporation.

Kaedah rujukan kepustakaan pula dijalankan dengan cara merujuk kepada buku untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai Nestle. Antara buku yang digunakan sebagai rujukan ialah buku “Epic Content Marketing” pengarang Joe Pulizzi, buku “The New Rule of Marketing and PR” pengarang David Meerman Scott, buku “Sosial Media Explained” pengarang Mark W. Schaefer dan sebagainya untuk membantu pengkaji lebih memahami campuran pemasaran.

Kamus Oxford telah mendefinisikan secara jelas mengenai internet, iaitu merupakan jaringan komputer global yang menyediakan berbagai-bagai kemudahan informasi dan komunikasi, yang terdiri dari jaringan sumbangan yang menggunakan protokol komunikasi standard. Definisi internet diakses dari laman sesawang (http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/Internet pada 14 Julai 2015. Rujukan yang didapati dari internet juga digunakan sebagai maklumat tambahan bagi kajian untuk mendapatkan maklumat. Laman sesawang lain yang dikunjungi oleh penyelidik melalui carian “Google” untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang objektif-objektif kajian seperti campuran pemasaran, campuran pemasaran produk, penetapan harga dan strategi campuran promosi.

(13)

5.0 Dapatan Kajian

Dalam kajian ini, data diperoleh daripada pelbagai sumber. Dalam kajian ini, terdapat 4 bahagian yang dikaji mengikut objektif kajian. Bahagian pertama merangkumi objektif pertama iaitu mentakrif campuran pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Nestle Bhd. Bahagian 2 merangkumi objektif kedua iaitu mengenal pasti campuran pemasaran produk berdasarkan atribut produk, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan, dan keputusan lini produk. Bahagian 3 pula adalah daripada objektif yang ketiga iaitu menerangkan penetapan harga dari segi faktor, pendekatan harga secara umum iaitu penentuan harga berasaskan tokokan kos, penentuan harga berasaskan titik pulang modal dan untung sasaran, penentuan harga berasaskan nilai, penentuan harga berasaskan persaingan dan penetapan harga baharu. Bahagian 4 adalah objektif keempat iaitu menyenarai strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan, publisiti, dan jualan bersemuka.

5.1 Mentakrif campuran pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Nestle Bhd.

Campuran

Pemasaran

Produk

Promosi

(14)

Sebelum memulakan sesebuah perniagaan mesti mengambil kira beberapa faktor bagi memastikan perniagaan berjalan lancar dan mencapai matlamat organisasi. Di bawah adalah campuran pemasaran yang digunakan oleh Syarikat Nestle Sdn Bhd secara terperinci.

Pengkaji telah memilih sebuah organisasi yang sesuai untuk objektif kajian iaitu Nestle kerana syarikat ini memenuhi kriteria campuran pemasaran. Campuran Pemasaran Nestle membincangkan 4P iaitu salah satu syarikat FMCG yang terkuat di dunia ini. FMCG ialah Fast-Moving Consumer Goods atau barangan pengguna yang dibungkus (CPG) iaitu produk yang dijual dengan cepat pada kos yang rendah. Aktiviti pemasaran yang dijalankan menggambarkan syarikat Nestle mempunyai barisan produk yang kukuh untuk meningkatkan campuran pemasaran dalam keseluruhan pasaran. Berikut adalah pemboleh ubah yang digunakan oleh Nestle iaitu produk, harga, pengedaran, dan promosi. Campuran pemasaran Nestle (M) Bhd diakses pada 11 Jun 2015 oleh penyelidik dari http://www.marketing91.com/marketing-mix-nestle/.

Produk

(15)

Maggi dan lain-lain. Pelbagai produk Maggi telah menyumbang sebahagian usaha yang besar kepada Nestle.

Nestle mempunyai beberapa jenama coklat yang popular. Coklat yang paling popular ialah Nestle Kitkat, Munch, Milky bar, Eclairs, dan Polo. Segmen coklat Nestle adalah di mana keadaan persaingan yang tinggi dan perlu membuat perbelanjaan yang tinggi tetapi pada masa yang sama saiz pasaran coklat adalah sangat besar. Seperti yang kita lihat, dua jenama utama Nestle adalah penyumbang yang sangat besar kepada ekuiti jenamanya iaitu Nescafe dan Maggi. Ini adalah dua jenama yang dijual di seluruh Malaysia dalam pasaran kecil serta kedai-kedai yang besar seperti supermarket. Faktor ketara dalam Nestle ialah penyelenggaraan kualiti produk adalah tanda dan terdapat hampir tidak ada aduan tentang produk nestles di pasaran. Ini adalah satu pencapaian yang besar bagi sebuah syarikat yang bergantung majority pada produk makanan.

(16)

Harga

Harga adalah bergantung kepada pasaran terhadap setiap satu produk. Syraikat Nestle menetapkan harga harga yang lebih tinggi bagi produk Nescafe dan Maggi. Penetapan harga dengan margin yang lebih tinggi berbanding dengan syarikat pesaing tidak menjejaskan permintaan pelanggan terhadap produk tersebut kerana pelanggan menaruh kepercayaan yang tinggi pada produk yang telah lama berada dalam pasaran. Bagi produk Nescafe dan Maggi, Nestle menawarkan banyak saiz dan pelbagai pakej untuk menjadi pilihan kepada pelanggan. Hal ini membolehkan pelanggan bebas membuat pilihan sendiri berdasarkan keperluan dan cita rasa diri sendiri dengan pelbagai pilihan yang sedia ada. Selain itu bagi produk Kitkat dan Munch pula Nestle menawarkan harga yang kompetitif disebabkan oleh persaingan sengit daripada syarikat-syarikat lain.

Pada pendapat pengkaji, Nestle sangat mementingkan harga produk yang ditetapkan walaupun harga produk kadang-kala tinggi. Harga ditetapkan adalah tinggi sebab Nestle mempunyai banyak pesaing tapi Nestle tidak berniat mengaut keuntungan banyak daripada pengguna walaupun bersaing dengan pengeluar makanan lain maka telah menjamin kualiti produknya adalah sejajar dengan harga yang ditetapkan. Bahan mentah yang digunakan oleh Nestle bagi menghasilkan produk makanan adalah bermutu tinggi dan berkualiti serta mempunyai kesegaran tinggi. Contohnya Cili yang digunakan bagi menghasilkan Sos Cili MAGGI.

(17)

Syarikat Nestle menggunakan strategik FMCG (Fast moving consumer goods) untuk melakukan pengedaran secara pecah pukal. Strategik pengedaran ini khas digunakan oleh Nestle adalah seperti berikut.

Ini adalah dua bentuk yang berbeza daripada pengedaran yang digunakan oleh Nestle. Ia adalah khas kepada mana-mana syarikat FMCG. Walau bagaimanapun, saluran Nestle juga dikenali syarikat yang kuat dalam pemasaran dan jualan rangkaian baik untuk pengedaran saluran. Selain itu, Nestle sering menawarkan diskaun dagangan dan pelbagai taktik untuk menyimpan saluran yang bermotivasi. Cabaran utama adalah dalam pengedaran Maggi yang merupakan produk yang mempunyai banyak permintaan bersama-sama dengan Nescafe. Oleh kerana kedua-dua produk ini Nestle mampu memacu produk lain di pasaran juga. Selain itu, pada pembelian satu produk yang lemah, pengedar mungkin mendapat diskaun pada produk yang lebih kukuh atau sebaliknya. Cabaran bagi Nestle adalah dalam segmen coklat di mana ia menghadapi persaingan sengit daripada Cadbury dan di samping itu menjual coklat menjadi gemaran pengguna. Kitkat mungkin mempunyai sendiri kedudukan jenama, tetapi tidak akan lebih baik daripada susu tenusu. Oleh itu, mereka menyakinkan peruncit untuk menjual Nestle bukan Cadbury adalah tugas yang paling sukar untuk Nestle. Ini membolehkan pertukaran menjual Cadbury kepada Nestle terutamanya melalui promosi.

Promosi

Salah satu lagu yang paling dikenali adalah lagu Nescafe. Ia adalah salah satu kempen pengiklanan yang terbaik dan telah dilancarkan sekurang-kurangnya 2 dekad yang lepas. Walaubagaimanapun, kempen yang membawa Nescafe menjadi produk yang kuat di pasaran. Seterusnya, jenama Nestle telah dipromosikan bahawa kualiti produk yang sangat baik dari Maggi dan kempen lucu dan inovatif Maggi. Di mana Nescafe memberi tumpuan kepada nilai dan perkara-perkara yang baik dalam kehidupan, Maggi memberi tumpuan kepada detik-detik pengguna telah dengan jenama Maggi. Kempen baru-baru ini telah benar-benar memberi tumpuan kepada cerita pengguna MAGGI, di

Pembuatan >> C&F ejen >> Pengedar >> Peruncit Pengguna

(18)

mana rakyat terpaksa keluar dengan pelbagai cara inovatif yang pengguna ada MAGGI mereka. Promosi untuk produk lain juga dilakukan dengan bijak. Kitkat memberi tumpuan kepada "Take a break" dan telah melakukan beberapa pemasaran yang baik untuk yang sama. Laman web Kitkat juga sangat inovatif dan menunjukkan apa-apa selain meminta pengunjung untuk berehat dan mempunyai Kitkat. Dorongan utama diharapkan daripada sebuah syarikat FMCG adalah dalam promosi jualan di peringkat bawah. Ini adalah di mana Nestle benar-benar rock. Nestle memberi tumpuan kepada kekuatan yang ada pada Maggi, Nescafe dan Kitkat adalah produk yang paling digemari dan jenama yang paling digalakkan dalam pasaran pada paras bumi. Di samping itu, Nestle kerap menggunakan kaedah TVC (Total Viable Count) dan pemasaran ATL (Above the Line). Ia juga hadir dalam talian melalui beberapa kreatif pintar. Secara keseluruhan, Nestle adalah satu jenama yang mempunyai produk yang kukuh serta pemasaran yang kuat, dan dengan itu jenama mempunyai nilai sangat tinggi.

Nestle telah dibina pada tahun 1867 atas keperluan kemanusiaan dan tanggungjawab sosial apabila Henri Nestle, seorang ahli farmasi terlatih telah menghasilkan satu sumber yang sihat dan ekonomi alternatif pemakanan bayi untuk menyelamatkan bayi yang tidak dapat diberi susu. Hari ini, lebih daripada 140 tahun kemudian, Nestle meneruskan warisan pengasasnya untuk memperbaiki kehidupan.

Komitmen Nestle kepada Malaysia adalah untuk menyediakan produk yang berkualiti kepada rakyat Malaysia sejak hampir 100 tahun yang lalu. Nestle bermula di Malaysia pada tahun 1912 sebagai Anglo-Swsis Susu Pekat Syarikat di Pulau Pinang. Selepas itu, pengembangan dan pertumbuhan telah menyebabkan Nestle membuat perpindahan ke Kuala Lumpur pada tahun 1939 atas keperluan.

(19)

Kesimpulannya, Nestle dapat membentuk campuran pemasaran yang berkesan dengan penumpuan usaha sepenuhnya untuk memuaskan keinginan dan keperluan pengguna serta mencapai matlamat organisasi.

(20)

5.2.1 Campuran Produk berdasarkan atribut

Pengkaji mengkaji elemen campuran produk dari segi atribut produk, penjenamaan dan lini produk yang diamalkan oleh Nestle Corporation (M) Bhd. Penekanan dalam aspek atribut adalah menekankan melalui produk yang dijual di Syarikat Nestle (M) Berhad secara khusus makanan bayi, air botol, bijirin, coklat dan gula-gula, kopi, masakan, makanan sejuk beku, tenusu, minuman, perkhidmatan makanan, pemakanan kesihatan, ais krim, petcare dan pengurusan berat badan. Produk-produk yang dikeluarkan menjadi asas pembangunan perniagaan Nestle dalam pasaran

Atribut

MUTU PRODUKCIRI PRODUK

REKA BENTUK PRODUK

Penjenamaan, Pembungkusa

n, Pelabelan

KESELAMATAN KEBERSIHAN KESIHATAN

Klasifikas

(21)

Malaysia. Atribut produk merupakan keputusan utama yang perlu dibuat dalam pembangunan sesebuah produk. Kepurusan dibuat terhadap produk dari segi mutu, ciri, reka bentuk produk dan objektif pengeluaran produk. Penekanan terhadap mutu produk adalah bergantung kepada jenis syarikat mengeluarkan produk tersebut. Perhatian diberikan terhadap mutu produk dari segi kualiti bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk. Nestle Malaysia telah menjalankan dasar kualiti untuk memastikan produk yang dihasilkan dapat memberi manfaat kepada pengguna serta membawa kejayaan kepada syarikat. Untuk membangunkan produk akan melibatkan penentuan manfaat produk yang ditawarkan kepada pelanggan. Manfaat ini akan disampaikan mengikut sifat-sifat produk. Menurut maklumat yang diakses dari

(22)
(23)

Selain itu, reka bentuk produk juga menjadi teras bagi Nestle Corporation dalam membentuk campuran pemasaran berasaskan atribut produk. Reka bentuk produk adalah proses mewujudkan baru produk yang akan dijual oleh perniagaan kepada pelanggan. Satu konsep yang sangat luas, ia pada dasarnya adalah generasi yang cekap dan berkesan dan pembangunan idea-idea melalui proses yang membawa kepada baru produk. Pakar antarabangsa bertemu di Amerika Syarikat minggu lalu iaitu pada 19 Julai 2011 untuk mengambil bahagian dalam bengkel Nestlé global untuk memajukan kemampanan dalam reka bentuk produk dan pembungkusan. Acara lima hari di Art Center College of Design di Pasadena, California salah satu daripada sekolah-sekolah reka bentuk yang terkemuka di dunia yang dibawa bersama-sama ahli akademik kolej, pakar kemampanan bebas dan ahli-ahli Penyelidikan Global Nestlé dan Pembangunan (R & D), Jenama Komunikasi dan Produk rangkaian Design. Maklumat reka bentuk Nestle diakses pada 10 Julai 2015 dari http://www.nestle.com/media/newsandfeatures/nestle-global-workshop-advances-sustainability-in-product-design. Tujuannya adalah untuk membenamkan kelestarian ke dalam pemikiran pereka dari awal proses reka bentuk.Topik adalah antara inisiatif kemampanan semasa di Nestlé, dengan cabaran yang dihadapi oleh industri barangan pengguna secara keseluruhan, dan amalan reka bentuk terkini.

(24)

dibangunkan dengan kerjasama oleh saintis kita di Pusat Penyelidikan Nestlé di Switzerland, kita mempunyai peluang untuk mempertimbangkan jumlah kesan sosial dan alam sekitar reka bentuk kami. "Dengan cara ini, kami menghubungkan sains dan reka bentuk untuk bertanggungjawab menyokong Nestlé secara global." Kehidupan penilaian kitaran pendekatan Nestlé diketuai oleh rangkaian R & D dan dijalankan oleh perunding luar bebas - secara sistematik mengkaji kesan alam sekitar daripada keluarannya; dari bahan sourcing, pemprosesan, pembuatan, penggunaan pengguna produk dan pembungkusannya. Syarikat ini juga menggunakan pilihan dipermudahkan alat eko-reka bentuk seperti Pembungkusan Kesan Pantas Alat Penilaian (PIQET) yang dibangunkan oleh Alliance Pembungkusan Mampan untuk menghasilkan data kitaran hidup yang berkaitan lebih awal di dalam proses pembangunan produk. Ini dengan cepat dapat memberikan pereka Nestlé dengan maklumat yang diperlukan untuk membuat reka bentuk produk baru, atau mengubahsuai yang sedia ada untuk mengurangkan kesan alam sekitar mereka.

(25)
(26)

dengan laris iaitu MILO, NESCAFE, MAGGI, NESPRAY, LACTOGEN dan KIT KAT. Sebelum Nestle memasarkan jenama produk ini, Nestle mengambil langkah untuk mengkaji peletakan pasaran di Malaysia supaya dapat memahami adat resam, kebiasaan, kehidupan, agama, keperluan dan kehendak penduduk tempatan. Nestle mengambil konsep menggunakan simbol-simbol yang sama di seluruh dunia. Berfikir secara global dan bertindak secara tempatan dengan menformulasi produk berbeza-beza sesuai dengan perbezaan budaya.

(27)

digunakan dalam pembungkusan, ciri-ciri dan spesifikasi pembungkusan. Proses pemilihan kaedah pembungkusan yang terbaik perlu dilakukan agar produk yangdikeluarkan mudah mendapat tempat di pasaran dan dapat dipasarkan dengan baik. Kaedah pembungkusan produk yang terbaik adalah pembungkusan yang memenuhi kehendak pengguna dan dapat menarik pengguna untuk membeli produk yang dipasarkan. Menurut maklumat yang diperoleh oleh penyelidik daripada laman web

http://cdn1.i3investor.com/my/files/dfgs88n/2005/04/01/1449618273-1195340363.pdf

(28)
(29)
(30)

Berikut adalah contoh pelabelan pada salah satu produk Nestle yang diakses dari

http://www.research.nestle.com/nutritionhealth/nutritionalcompass pada 13 Julai 2015. Understanding food labels (Memahami label makanan)

Membuat pilihan yang sihat untuk anda dan keluarga anda boleh menjadi sangat mengelirukan.

Untuk membantu pengguna membuat pilihan berdasarkan maklumat mengenai diet dan menikmati kehidupan yang lebih sihat dan seimbang, Nestlé telah membangunkan satu alat dalam pek dipanggil Kompas Pemakanan Nestlé.

Nestlé Nutritional Compass

Kompas Pemakanan Nestlé boleh didapati di hampir semua produk Nestlé di seluruh dunia. Ia memberikan pengguna pandangan maklumat untuk membantu anda membuat keputusan.

(31)

Nestlé Nutritional Compass Maklumat Pemakanan

Maklumat ini diberikan dalam format standard yang akan membolehkan anda untuk dengan mudah membandingkan jumlah tenaga, protein, karbohidrat dan lemak dalam produk yang berbeza.

Good question

Satu soalan yang berkaitan dengan penggunaan produk dan patut dalam diet yang seimbang.

Good to know

Kotak maklumat menyediakan maklumat pemakanan mengenai produk, menjelaskan satu atau lebih unsur-unsur meja nutrien atau faedah mana-mana bahan. Ia boleh menangani isu-isu yang menjadi perhatian awam contoh jumlah lemak, gula atau garam yang terkandung dalam produk tersebut.

Good to remember

Kotak ini menyediakan tips, nasihat dan maklumat yang berkaitan dengan penggunaan produk dalam diet yang seimbang. Kotak ini juga boleh memberikan tips gaya hidup sihat untuk menambah diet yang sihat.

Good to talk

(32)

dunia. Dengan ini produk yang terhasil lebih bertahan lama, lebih banyak dan lebih berkualiti. Isu terkini terdapat masyarakat tempatan boikot Nestle sebab terdapat maklumat mengenai Syarikat Nestle adalah milik orang Yahudi walau bagaimanapun Nestle masih menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat serta memulihara dan memelihara alam sekitar

5.2.3 KLASIFIKASI PRODUK

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Kedua, klasfikasi membawa maksud hasil membahagikan sesuatu kepada beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu. Secara umumnya, terdapat dua jenis produk iaitu produk pengguna dan produk industri dan pemasar selalunya akan mengklasfikasikan produk keluaran mereka mengikut kaedah produk tersebut dibeli, kuantiti produk dan jangka masa yang akan digunakan oleh pengguna untuk membuat pilihan.

(33)

Menurut hasil kajian yang dilakukan, Nestle (M) Bhd merupakan sebuah syarikat multinasional makanan yang mengeluarkan produk pengguna dan produk yang dipasarkan menepati aspek barangan mudah beli dan barangan istimewa. Sebagai contoh, produk barangan dapur Nestle (M) Bhd merupakan sebuah produk yang menepati aspek barangan mudah beli. Kebanyakan produk barangan dapur Nestle (M) Bhd merupakan produk asas yang dijadikan keperluan harian pengguna. Sebagai contoh, produk barangan dapur Nestle (M) Bhd, Maggi Recipe Solution merupakan sebuah produk asas yang kini diperlukan oleh kebanyakan suri rumah untuk dijadikan sebagai penambah perisa makanan bagi menghasilkan makanan yang lebih lazat.

Manakala bagi produk coklat yang dihasilkan oleh Nestle (M) Bhd menepati aspek barangan istimewa dimana ianya barangan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya dari aspek jenama dan jenis. Nestle (M) Bhd menawarkan pelbagai jenis ais krim kepada pengguna dan hampir semua jenama ais krim yang dikeluarkan telah dipelbagaikan pilihannya. Sebagai contoh, Nestle (M) telah mempelbagai pilihan ais krim

Produk

Produk Pengguna

Barangan

mudah beli beli belah Barangan Barangan istimewa tidak dicariBarangan

Produk Industri

Bahan

(34)
(35)

5.3 Kaedah penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah Titik Pulang Modal (TPM) dan harga berasakan nilai bagi syarikat Nestle.

Bagi menentukan harga produk atau barangan adalah satu proses yang agak sukar. Hal ini kerana, penentuan harga sesuatu barang atau perkhidmatan akan bersandarkan kepada kualiti, kuantiti, keperluan atau kehendak pengguna serta kemampuan pengeluar dalam membekalkan produk tersebut dan kemampuan pengguna untuk membeli atau membayar produk tersebut. Petikan diolah dari pengarang buku Managing New Product and Process Development iaitu Clark K.B & Wheelwright S.C. 1993.. New York; The free Press.

Pengurus perlu mengambil pertimbangan terhadap faktor-faktor dalam menetapkan harga bagi sesuatu produk. Penetapan harga yang berpatutan dapat menarik perhatian atau minat pengguna untuk membeli produk yang dihasilkan. Penetapan harga yang tinggi bagi produk akan menjejaskan permintaan pengguna terhadap produk dalam pasaran. Bagi mengimbangkan pasaran, penurunan harga perlu dilakukan sehingga

Penetapan harga

Berasaskan

kos

Produk

Berasaskan

pesaing

Titik

Pulangan

Modal

(36)

mencapai titik keseimbangan permintaan dan penawaran bagi sesuatu produk. Keuntungan adalah objektif utama bagi setiap syarikat tetapi syarikat Nestle mementingkan keuntungan samping menjaga kepentingan pengguna.

(37)

5.3.1 Penetapan harga berdasarkan Titik Pulang Modal (TPM)

Titik pulang modal adalah analisi tentang perhubungan antara kos, volum(kuantiti jualan), dan untung bagi sesuatu aktiviti atau operasi pengeluaran sesebuah organisasi. Titik pulang modal(TPM) penting bagi perniagaan dalam membuat perancangan dan kawalan kos supaya matlamat yang ditetapkan dapat dicapai. Perubahan unit jualan dapat memberi kesan ke atas jumlah kos dan untung. Definisi titk pulang modal diakses pada 5 August 2015 dari http://www.cikgusila.com/2008/01/titik-pulang-modal.html.

Dengan mengamalkan kaedah ini dalam menetapkan harga, syarikat Nestle dapat menentukan tahap volum jualan yang perlu dikeluarkan bagi mengelakkan kerugian. Selain itu, syarikat dapat mengetahui jumlah keuntungan dan kerugian pada tahap keluaran tertentu. Di samping itu, syarikat Nestle dapat merancang pengeluaran yang diperlukan untuk memperoleh keuntungan yang disasarkan.

(38)

5.3.2 Penetapan harga berdasarkan tokokan kos

Pendekatan ini amat penting untuk membolehkan pengurus syarikat Nestle untuk menetapkan harga secara efektif. Pendekatan ini membantu pengurus menetapkan harga secara munasabah dan dapat diterima oleh pelanggan bagi memaksimumkan keuntungan syarikat.

Tokokan kos ialah perbezaan antara kos barangan atau kos perkhidmatan dengan harga jualannya. Dengan menggunakan kaedah ini dapat menentukan tokokan sesuatu produk. Definisi tokokan diakses pada 5 August 2015 dari

http://www.cikgusila.com/2008/01/titik-pulang-modal.html.

Melalui tokokan kos, Pihak Syarikat Nestle Nestle (M) Bhd dapat menentukan harga sesuatu produk yang dikeluarkan untuk dijual dalam pasaran kepada pengguna serta menmabahkan margin keuntungan ke atas kos pengeluaran.

)

Sebagai contoh kajian yang dibuat, syarikat Nestle (M) Bhd telah mengeluarkan produk minuman mereka iaitu Milo daripada salah satu produk minuman dan pengkaji telah memilih produk Milo Powder Activ-Go 1 kg sebagai bahan kajian.

Melalui kajian, kos berubah bagi produk ini RM10, kos tetap pula sebanyak RM30000 dan jumlah jualan yang dijangka adalah sebanyak 50000 unit.

Oleh itu, dapat dilihat kos bagi satu unit Milo Powder Activ-Go 1 kg adalah sebanyak RM16 dan pihak Nestle (M) BHD telah bertindak menokok 20% margin keuntungan ke atas jualan, maka harga tokokan menjadi :

Kos seunit = Kos Berubah + (Kos Tetap/Jumlah keluaran)

(39)

Melalui kaedah di atas dapat melihat pihak Nestle (M) Bhd telah mengenakan harga sebanyak RM20 kepada penjual dan mendapat keuntungan sebanyak RM4 seunit dan tokokan kos ini akan diteruskan oleh penjual bagi memperoleh keuntungan mereka sendiri.

Kos tokokan = Kos Seunit/1 – Untung Sasaran atas jualan = RM16/1-0.2

(40)

5.3.3 PENETAPAN HARGA MELALUI PESAING

Syarikat Nestle (M) Bhd sebagai pembekal yang besar mesti akan menghadapi pesaing yang ingin menewaskannya. Penetapan harga adalah penting dalam menangani masalah kewujudan pesaing yang pelbagai dalam pasaran. Penetapan harga juga penting kerana pengguna akan membuat penilaian harga bagi sesuatu produk itu sebelum membelinya. Terdapat 2 jenis harga berdasarkan pesaing iaitu penentuan harga kadar lini dan penentuan bida tertutup.

Menurut hasil kajian yang dijalankan, syarikat Nestle (M) Bhd telah menggunakan jenis penentuan harga kadar lini bagi menetapkan harga produk mereka. Pihak Nestle akan mengkaji terlebih dahulu harga produk pesaing dalam pasaran dan akan menetapkan harga yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada produk pesaing.

Sebagai contoh, pada tahun 2014, syarikat Nestle (M) Bhd telah bertindak untuk tidak menaikkan harga bagi produk minuman mereka, Milo akibat pesaingan yang banyak walaupun harga bagi produk keluaran mereka yang lain dinaikkan harganya.

JENIS HARGA

BERDASARKAN

PESAING

PENETUAN

HARGA

KADAR LINI

(41)
(42)

5.3.4 PENENTUAN HARGA MENGIKUT PENGGUNA

Penentuan harga mengikut pengguna merupakan elemen di bawah penentuan harga berdasarkan nilai. Pihak pengeluar akan menentukan harga berdasarkan nilai dan persepsi pembeli tentang nilai produk tersebut.

Bagi syarikat Nestle (M) Bhd, harga produk akan ditentukan berdasarkan sambutan dan jumlah pengguna dalam menerima sesuatu produk mereka. Harga juga akan ditentukan berdasarkan kemampuan dan tanggapan pengguna terhadap sesuatu keperluan mereka. Sebagai contoh, Maggi Cukup Rasa merupakan satu keperluan kepada para pengguna sebagai penambah perisa dan pengguna sanggup berbelanja bagi mendapat bahan keperluan mereka itu.

(43)

5.4 Mengkaji elemen promosi dari segi pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan perhubungan awam.

Promosi bermaksud proses, kaedah atau cara untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan. Promosi merupakan sejenis bantuan perniagaan. Promosi dijalankan dalam pelbagai cara bergantung kepada kehendak pengeluar atau produk yang dikeluarkan.

Definisi promosi diakses pada 6 August 2015

https://bingkisanmyleaf.wordpress.com/maksud-promosi/ . Terdapat lima elemen dibawah campuran promosi iaitu pengiklanan, perhubungan awam, promosi jualan, jualan peribadi dan pemasaran langsung.

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji memilih tiga elemen sahaja iaitu pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam.

CAMPURAN PEMASARAN PENGIKLANAN

PERHUBUNGAN AWAM

PROMOSI JUALAN JUALAN

BERSEMUKA PEMASARAN

(44)

5.4.1 PENGIKLANAN

Pengiklanan adalah satu langkah untuk memperkenalkan, merangsang pembelian dan mengekalkan ingatan pengguna terhadap produk yang dikeluarkan oleh pihak pemasar. Pengiklanan melibatkan kos yang tinggi apabila dilaksanakan akan dibayar oleh pengeluar. Maksud pengiklanan diakses dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx? k=pengiklanan pada 7 August 2015.

Bagi syarikat Nestle (M) Bhd, pengiklanan adalah satu strategi utama bagi menjalankan promosi. Nestle (M) Bhd menpromosikan hampir semua produk yang dihasilkan melalui pengiklanan terutamanya televisyen.

Nestle (M) Bhd bertindak menggunakan popularity seseorang untuk memperkenalkan produk mereka. Contohnya, Nestle (M) Bhd menggunakan beberapa artist terkenal sebagai duta produk untuk mempromosi produk mereka di pasaran.

(45)

5.4.2 JUALAN PROMOSI

Juala promosi merupakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan jualan pemasar dalam jangka pendek. Tawaran insentif jangka pendek dilakukan untuk mendorongkan pengguna membuat keputusan pembelian.

Nestle (M) Bhd sering menjalankan aktiviti promosi jualan bagi meningkat dorongan dalam kalangan pengguna. Ini bertujuan meningkat kesedaran pengguna terhadap produk yang dihasilkan serta mengekalkan pengguna yang setia kepada produk mereka. Promosi jualan juga menggalakan pengguna membeli produk baharu dipasarkan.

Promosi jualan yang dijalankan dapat diperhatian melalui sampel, kupon, premium, rebat, tawaran istimewa, peraduan dan potongan harga.

Sebagai contohnya, Nestle (M) Bhd mengadakan Program Penebusan GO-JER dengan Nescafe. Pihak Nestle telah menawarkan hadiah yang lumayan jika membeli produk dengan memenuhi syarat yang ditetapkan. Setiap pengguna yang membeli dapat menebus balik hadiah yang ditawarkan.

(46)
(47)

5.4.3 PUBLISITI DAN PERHUBUNGAN AWAM

Publisiti merupakan satu komunikasi yang disampaikan kepada pengguna melalui cerita dan berita yang ada kaitan dengan produk yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan melaui media massa seperti media elektronik dan cetak.

Bagi Nestle (M) BHD, elemen yang sering digunapakai bagi menarik minat pengguna ialah perhubungan awam. Ini bertujuan bagi memperkenalkan produk yang dikeluarkan selain daripada menarik pengguna yang baharu.

(48)

6.0 CADANGAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memahami strategi pemasaran yang dijalankan oleh Nestle Corporation (M) Bhd. Terdapat beberapa perkara yang perlu dicadangkan bagi mengembangkan perniagaan Nestle Corporation (M) Bhd.

Pada pendapat pengkaji, pengkaji mencadangkan Nestle (M) Bhd mengadakan kerjasama dengan syarikat pengeluar lain. Walaupun Nestle (M) Bhd telah mencapai kejayaan yang membanggakan dengan mengeluarkan produk berkualiti, tetapi kejayaan ini tidak boleh kekal selamanya. Hal ini menunjukkan kemungkinan akan lahir pesaing yang kuat pada masa depan walaupun Nestle (M) Bhd sekarang menguasai pasaran makanan. Oleh itu, mengadakan hubungan kerjasama dengan syarikat pengeluar lain adalah penting bagi mengukuhkan kedudukan. Gabungan kepakaran dan teknologi antara dua syarikat akan membawa manfaat dan kejayaan masing-masing.

Pengkaji juga mencadangkan Nestle (M) Bhd menambahkan produk yang lebih menarik. Hal ini dapat menarik lebih ramai pengguna membeli produk yang dihasilkan oleh Nestle (M) Bhd. Apabila Nestle (M) Bhd meluaskan produknya dengan menggunakan sumber yang ada dalam Malaysia dan tidak bergantung kepada sumber luar negara lain. Ini dapat meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan syarikat. Ini akan menwujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat kerana Nestle (M) Bhd memerlukan tenaga buruh yang banyak untuk menghasilkan produk dan secara tidak langsung akan mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan taraf hidup penduduk.

(49)

7.0 Rumusan

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, pengkaji dapat merumuskan bahawa kesemua objektif telah terjawab oleh pihak Nestle (M) Bhd. Pengkaji dapat menjelaskan bahawa keempat-empat objektif kajian ini telah berjaya dicapai melalui kaedah kajian yang telah dijalankan. Pengkaji dapat mentakrifkan campuran pemasaran yang diamalkan oleh Nestle (M) Bhd, pengkaji juga dapat mengenal pasti campuran pemasaran produk berdasarkan atribut produk, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan dan klasifikasi produk Nestle (M) Bhd, pengkaji dapat mengenal pasti elemen harga dari segi tokokan kos dan penetapan pesaing dan mengikut pengguna yang dijalankan oleh Nestle (M) Bhd dan akhir sekali pengkaji dapat menyenarai strategi campuran promosi Nestle (M) Bhd menerusi pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan jualan bersemuka.

Melalui kajian ini, pengkaji dapat merumuskan bahawa pihak Nestle (M) BHD telah mengunakan campuran pemasaran sebagai langkah utama bagi memastikan pesaingan produk mereka adalah kompetitif.

Dari aspek produk, Nestle (M) Bhd telah mengunapakai dan mengembangkan elemen produk tersebut dengan bijak sekali. Hal ini dapat dilihat melalui pengeluaran produk yang pelbagai, bermutu tinggi serta pembungkusan yang menarik dari pihak Nestle (M) Bhd telah berjaya menjadikan Nestle (M) Bhd sebagai syarikat pengeluaran makanan yang menjadi pilihan ramai terutamanya produk coklat mereka, Kit Kat yang mempunyai pelbagai jenis dan perisa serta turut dihasilkan daripada coklat yang bermutu tinggi dan dibungkus dengan bungkusan yang cantik dan menarik.

Dari aspek harga, Nestle (M) Bhd teleh menghuraikan elemen harga tersebut dengan memastikan harga bagi setiap produk yang dikeluarkan adalah harga yang kompetitif dan boleh bersaing dengan syarikat saingan yang lain. Nestle (M) Bhd juga telah menokok harga bagi setiap produk mereka dengan sebaik yang mungkin bagi memastikan harga yang diletakkan tidak berlalu membebankan pengguna.

(50)

produk yang terkenal bagi mempromosikan serta memperkenalkan produk mereka. Tindakan Nestle (M) Bhd memilih Maya Karin sebagai duta produk kopi mereka telah berjaya mencuri tumpuan pengguna terutamanya pencinta kopi.

Pada pendapat pengkaji, kajian ini telah membantu pengkaji bagi mendalami selok-belok perniagaan dan strategi yang dijalankan oleh Nestle (M) Bhd dan disini pengkaji ini mencadangkan beberapa cadangan kepada pihak Nestle (M) Bhd.

Bagi produk, pihak Nestle (M) Bhd boleh mempelbagaikan lagi jenis produk mereka terutama bagi bagi produk bantuan barangan dapur kerana pada zaman kini, produk tersebut akan menjadi pilihan utama masyarakat kerana masyarkat pada masa kini kian sibuk dengan pekerjaan mereka dan dengan adanya produk bantuan barangan dapur seperti Maggi Cukup Rasa ini membantu masyarkat terutamanya kaum wanita untuk menghasilkan masakan yang lazat.

Bagi harga pula, Nestle (M) Bhd mungkin boleh menetapkan harga yang lebih berpatutan bagi menarik pengguna tetap yang baharu. Pihak Nestle (M) Bhd boleh menetapkan harga yang berpatutan dan sedikit rendah terutamanya bagi produk coklat mereka bagi menarik pengguna baharu agar menjadi pengguna tetap produk mereka.

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Setyaningrum, dkk (2016: 23) bauran pemasaran adalah campuran/paduan strategi pemasaran produk, harga, saluran dan promosi untuk memuaskan pasar sasaran atau

Terdapat tiga tema yang telah dikenal pasti daripada analisis objektif kajian iaitu (i) bidang dan topik yang menjadi masalah dalam P&P Matematik Tingkatan Empat, (ii)