• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT BAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT BAT"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Pengkaji telah memilih syarikat Bata Sdn Bhd bagi melaksanakan kajian ini. Syarikat ini merupakan sebuah perniagaan yang berasakan kasut bagi lelaki dan perempuan tidak kira umur. Jenama Bata mula bertapak di Lausanne, Switzerland dan meluaskan pasarannya di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Bata mempunyai beberapa cawangan di Malaysia. Perniagaan ini semakin mendapat perhatian di kalangan pelanggan dengan mempamerkan produk yang mempunyai pelbagai gaya pada harga berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Penyelidik akan membuat analisis mendalam terhadap campuran pemasaran oleh syarikat ini dan akan mengemukakan cadangan agar penambahbaikan dapat dilakukan oleh syarikat ini dan merancang masa hadapan yang lebih cemerlang dengan campuran pemasaran.

Campuran pemasaran adalah satu konsep yang harus diterapkan oleh usahawan dalam mengaplikasikan strategi campuran pemasaran untuk menarik perhatian pelanggan, meningkatkan jualan dan seterusnya memajukan sesebuah perniagaan. Campuran pemasaran adalah satu kombinasi pembolehubah atau satu set elemen pemasaran yang boleh dikawal untuk membentuk strategi dan skop pemasaran dalam sebuah perniagaan. Setiap organisasi menggabungkan elemen campuran pemasaran untuk menghasilkan maklum balas yang dikehendaki dalam pasaran sasaran dan membantu organisasi menghasilkan produk yang memenuhi keperluan dan kehendak mengikut citarasa pelanggan. Sesebuah perniagaan perlu mengetahui manfaat produk tersebut dan sejauh manakah kepentingan serta kebergantungan produk tersebut kepada pelanggan. Dengan menggunakan elemen campuran pemasaran, firma boleh mempengaruhi permintaan pengguna terhadap produknya. Permintaan pelanggan terhadap sesuatu produk boleh berubah mengikut empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan produk.

(2)

http://pemasaran1puo.blogspot.com/2010/01/unit-3-campuran-pemasaran-produk.html ). Usahawan hendaklah menghasilkan produk secara fizikal yang menepati kehendak pengguna meliputi aspek kepelbagaian produk, kualiti, rekabentuk, ciriciri, jenama, pembungkusan, saiz, perkhidmatan, jaminan dan pulangan dan boleh menarik perhatian pelanggan seperti yang ditulis oleh A. Sazelin dalam “Keupayaan Pemasaran Dalam kalangan Pengusaha Kecil Makanan halal di Melaka Tengah : Satu Kajian Awal”. Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2009.

Harga merupakan sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu barang atau perkhidmatan yang diberikan. Penentuan harga sesuatu barang atau perkhidmatan akan bersandarkan kepada kualiti, kuantiti, keperluan atau kehendak pengguna serta kemampuan pengeluar dalam membekalkan produk tersebut dan kemampuan pengguna untuk membeli atau membayar produk tersebut mengikut kata Clark K.B & Wheelwright (1993) ( diakses pada 22 Jun 2015 dari

http://apollon1.alba.edu.gr/OKLC2002/Proceedings/pdf_files/ID85.pdf ). Harga merupakan satu-satunya elemen campuran pemasaran yang mengeluarkan hasil, sementara kesemua elemen lain merupakan kos yang perlu dibayar. Harga juga adalah salah satu elemen yang paling fleksibel dalam campuran pemasaran, kerana harga mudah untuk diubah mengikut kesesuaian pasaran.

Menurut Zimmerer (2002) ( diakses pada 22 Jun 2015 dari

http://www.pengertianahli.com/2014/04/pengertian-promosi-menurut-para-ahli.html ), promosi adalah segala macam bentuk komunikasi pujukan yang dirancang untuk menginformasikan pelanggan tentang produk atau jasa dan untuk mempengaruhi mereka agar membeli barang tersebut yang mencakupi publisiti, penjualan perorangan dan pengiklanan. Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, 2008, Edisis Kedua,

(3)

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Syarikat Bata Sdn Bhd akan dikaji melalui aspek-aspek berikut:

2.1 Mengkaji campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Bata Sdn Bhd untuk mencapai matlamat perniagaan.

2.2 Mentaktif elemen campuran produk dari segi klasifikasi produk, atribut dan penjenamaan produk bagi syarikat Bata Sdn Bhd.

2.3 Menentukan kaedah penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah Titik Pulang Modal (TPM), harga berdasarkan pesaing dan harga berdasarkan nilai bagi syarikat Bata Sdn Bhd.

(4)

3.0 LATAR BELAKANG

Penyelidik telah memilih syarikat Bata bagi melaksanakan kajian ini. Syarikat ini merupakan sebuah perniagaan yang berasaskan kasut bagi lelaki dan perempuan tidak kira umur dan aksesori fesyen iaitu beg tangan. Tomáš Bata merupakan pengasas dan orang yang bertanggungjawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah Zlin, Czechoslovakia pada 1894. Beliau yang dilahirkan pada 17 September 1914 di Zlin, Czechoslovakia dan berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu. Bersama-sama dengan ahli keluarganya Anna dan Jan Antonín Baťa, mereka bertanggungjawab kepada penubuhan syarikat ini yang kini menjadi sebuah syarikat yang amat terkenal dalam industri kasut.

Kini, ibu pejabat syarikat Bata terletak di Lausanne, Switzerland dan beroperasi berdasarkan empat unit utama iaitu Bata Eropah bertempat di Lausanne, Bata Asia Pasifik-Afrika bertempat di Singapura, Bata Amerika Latin bertempat di Mexico City dan Bata Amerika Utara bertempat di Toronto. Syarikat Bata telah berjaya meluaskan pasarannya di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Jenama Bata mula dikenali di Malaysia apabila kedai Bata pertama didirikan pada tahun 1930 di bangunan Capitol, Singapura yang merupakan negara jiran Malaysia. Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara. Perniagaan ini semakin mendapat perhatian di kalangan pelanggan dengan mempamerkan produk yang mempunyai pelbagai gaya pada harga berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

(5)

Beliau juga melihat teknologi sebagai alat untuk memajukan lagi perniagaan dan mahu mengeluarkan kasut pada harga yang murah bagi membolehkan orang ramai mampu memilikinya. Bagaimanapun beliau meninggal dunia pada 1932 setelah pesawat yang dinaikinya terhempas di Lapangan Terbang Zlin ketika cuba berlepas dalam keadaan cuaca buruk.

Jan Antonín Bata menjadi ketua syarikat menggantikan Tomáš Bata. Di bawah pimpinan Jan Antonín Bata, syarikat Bata berkembang dengan cepat di seluruh Eropah, Amerika Utara, Asia, dan Afrika Utara. Semasa Perang Dunia ke Dua tercetus, keluarga Bata terpaksa melarikan diri ke Kanada selepas tentera Nazi menjajah Czechoslovakia. Kesemua industri Bata dimilik negarakan oleh kerajaan komunis mengakibatkan syarikat Bata terpaksa memulakan semula perniagaannya melalui syarikat milik mereka di luar negara.

Selepas Perang Dunia Kedua, syarikat Bata dipimpin oleh Thomas J. Bata (Tomáš Bata Junior) iaitu anak kepada Tomáš Bata. Perkembangan syarikat meningkat dengan ketara di bawah kepimpinan Thomas J. Bata. Hal ini kerana beliau telah memperkemaskan lagi sektor pemasaran, reka bentuk, peruncitan, pembuatan dan pengagihan sehingga menjadikan syarikat ini antara pengeluar kasut yang paling disegani di seluruh dunia. Beliau juga melancarkan beberapa label baru yang bersesuaian dengan imej pasaran yang disasarkan bagi mempelbagaikan lagi industri ini. Pada tahun 2002, ibu pejabat Bata telah berpindah ke Lausanne Switzerland dan telah dipimpin oleh Thomas G. Bata, cucu kepada Tomáš Bata.

Terdapat pelbagai koleksi kasut yang dikeluarkan oleh Bata mewakili semua golongan dan peringkat usia antaranya Power untuk aktiviti sukan, Marie Claire untuk wanita, Bubblegummers untuk kanak-kanak serta pelbagai keluaran lain. Sehingga kini syarikat ini telah menjual sebanyak satu juta kasut sehari, mempunyai pekerja seramai 40,000 orang, mempunyai 4,600 kedai di seluruh dunia di lebih 50 negara serta memiliki 40 kilang di 26 buah negara. Sejumlah 14 bilion pasang kasut pula telah dijual dan dipakai oleh penduduk di serata dunia sejak dari awal penubuhannya sehingga kini.

(6)

tentang strategi campuran pemasaran penting bagi membolehkan syarikat menyusun strateginya untuk mencapai objektif pemasaran. Menurut B. Nazimah , “ Elemen-elemen Pemasaran yang Membantu Kejayaan Perniagaan Usahawan Bumiputera”. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn : Tesis Sarjana, 2001, pengetahuan pemasaran pula sangat perlu bagi memastikan produk yang ingin dipasarkan nanti berjaya di pasaran. Kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan itu adalah bergantung kepada strategi pemasaran yang digunakan. Kombinasi di antara kependidikan dalam keusahawanan, pengetahuan dalam pemasaran dan sebaginya adalah penting kepada usahawan bagi memastikan produk yang akan dipasarkan tidak mengalami kegagalan.

(7)

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merujuk kepada cara yang digunakan oleh pelajar untuk memahami situasi, menyelesaikan masalah dan juga mengenalpasti sesuatu isu. Pelajar boleh menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif untuk mendapatkan maklumat dan data yang betul serta tepat untuk memenuhi hasil kajian ini. Melalui kaedah kajian, hasil kajian yang dikumpulkan oleh pengkaji dapat membantu dalam membuat analisis tentang tajuk yang hendak dikaji serta bersesuaian dengan objektif kajian dan memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat-maklumat yang boleh digunakan di dalam kajian.

Kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan hasil kajian ialah kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif merupakan kaedah yang digunakan dalam kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam. Kajian kualitatif juga merupakan kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perniagaan berlaku.

Pengkaji telah mendapatkan data primer yang bersesuaian dengan objektif kajian. Definisi data primer (diakses pada 4 Julai 2015 dari http://www.pengertianahli.com) ialah data yang dikumpulkan sendiri oleh individu atau oleh sesuatu organisasi secara langsung untuk kepentingan kajian yang berkaitan dengan cara pemerhatian atau mendapatkan maklumat secara perbualan yang bersemuka. Kaedah primer yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian.

(8)

Instrumen digunakan untuk melaksanakan penyelidikan, pengkaji telah memilih beberapa instrumen kajian sebelum memulakan kajian. Secara umumnya instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-apa kaedah untuk memperolehi dan mengumpul data yang berkaitan dengan kajian. Instrumen kajian dipilih daripada alat yang sedia ada, diubahsuai daripada alat yang diperoleh atau dibina sendiri oleh pengkaji. Instrumen kajian melibatkan proses pembinaan soalan-soalan untuk menemu bual pengurus syarikat bagi mengetahui maklumat yang berkaitan dengan objektif yang dikaji. Terdapat beberapa instrumen yang telah digunakan untuk menjalankan kajian ini iaitu temu bual, jurnal, rujukan perpustakaan, pemerhatian dan laman sesawang.

Temu bual adalah satu perbualan antara dua orang atau lebih. Temu bual digunakan untuk mendapat maklumat yang banyak dalam satu masa yang singkat. Pengkaji telah menemubual penyelia Bata cawangan Aeon Rawang Anggun bagi mendapatkan maklumat berkaitan campuran pemasaran yang dijalankan untuk mencapai matlamat perniagaan. Kaedah ini dugunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih jelas dan tepat di mana penyelia syarikat adalah individu yang mengetahui sedikit sebanyak maklumat tentang perniagaan. Pengkaji telah menemu bual penyelia mengikut kesesuaian masa pengkaji dan penyelia . Tujuan utama temu bual adalah untuk mengenal pasti kaedah bagi pelaksanaan setiap elemen campuran pemasaran untuk mencapai sasaran pasaran. Data yang diperolehi direkod dan dianalisis secara manual. Dapatan kaedah ini dibentangkan dalam bahagian dapatan kajian yang merangkumi empat objektif sebagai bahan bukti untuk menyokong kajian ini.

(9)

telah menggunakan kaedah ini untuk memenuhi keempat-empat objektif iaitu dengan melawat rangkaian kedai Bata.

Pengkaji juga telah menggunakan pelbagai rujukan dari perpustakaan seperti buku, kamus, jurnal, majalah dan tesis penyelidik terdahulu sebagai salah satu kaedah penyelidikan. Pengkaji telah merujuk kepada tesisi A. Sazelin, 2009 yang berjudul Keupayaan Pemasaran Dalam Kalangan Pengusaha Kecil Makanan halal di Melaka Tengah : Satu Kajian Awal di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini untuk mencari definisi dan penerangan lanjut tentang perkara yang ingin dihuraikan. Turut menjadi rujukan pengkaji ialah tesis oleh B. Nazimah, 2001 yang bertajuk Elemen-elemen Pemasaran yang Membantu Kejayaan Perniagaan Usahawan Bumiputera di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn : Tesis Sarjana. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini untuk menjelaskan akan kepentingan campuran pemasaran di bahagian latar belakang.

Kamus juga merupakan antara instrumen yang telah pengkaji gunakan dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempat yang diterbitkan pada 2010 di Kuala Lumpur oleh Dewan Bahasa dan Putaka untuk mencari definisi produk. Pengkaji juga menggunakan Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisis Kedua yang diterbitkan pada 2008 di Kuala Lumpur oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mencari definisi promosi.

Laman sesawang digunakan oleh pengkaji dalam mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan. Pengkaji turut mendapatkan maklumat yang berkaitan tentang kajian dengan merujuk di laman rasmi perniagaan iaitu http://www.bata.com/. Syarikat Bata Sdn Bhd mempunyai laman sosial yang turut menjadi salah satu rujukan pengkaji seperti Facebook, Painterest, Twitter dan Instagram. Maklumat yang terdapat di laman perniagaan adalah tentang latar belakang perniagaan, produk yang dipasarkan, berita terkini dan tawaran-tawaran yang dilakukan. Maklumat yang didedahkan bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan dengan konsep yang ditawarkan. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan latar belakang syarikat, produk yang dihasilkan dan kaedah promosi yang dijalankan. Pengkaji juga telah menggunakan laman sesawang

(10)

http://www.pengertianahli.com/2014/04/pengertian-promosi-menurut-para-ahli.html, dan http://www.pengertianahli.com untuk mencari definisi yang berkaitan dengan campuran pemasaran. Pengkaji mencari definisi pemasaran dari laman sesawang

http://www.seputarpengetahuan.com/2015/03/ pengertian-pemasaran-menurut-para-ahli.html dan https://daruamanda.wordpress.com/2011/11/08/marketing-mix-4p/. Kata-kata seorang pengurus Bata di Switzerland telah dipetik oleh pengkaji dari laman http://www.bata.com/blog/bata-opens-new-concept-stores-in-europe/ mengenai jualan produk dan pembaharuan yang dilakukan oleh Bata. Majalah adalah medium terbaik bagi masyarakat yang suka membaca sambil melihat gambar-gambar produk. Namun begitu, Bata Sdn Bhd telah mencipta sebuah majalah yang pertama tetapi hanya boleh dibaca di laman sesawang sahaja dan ia tidak diterbitkan di mana-mana negara atau cawangan Bata Sdn Bhd. Majalah yang bertajuk Detail Bata International

Issue 1 dari laman

http://www.bata.com/Bata-Detail-Magazine/Detail_Fall_2013_issue1_web.pdf , digunakan oleh pengkaji untuk mencari maklumat yang berguna dan bersesuaian dengan kajian.

(11)

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah memperoleh data melalui pelbagai sumber. Terdapat empat bahagian yang dikaji mengikut objektif kajian. Bahagian pertama merangkumi objektif pertama iaitu mengkaji campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Bata untuk mencapai matlamat perniagaan. Bahagian dua pula merangkumi objektif kedua iaitu mentaktif elemen campuran produk dari segi atribut, penjenamaan dan lini produk bagi syarikat Bata. Bahagian tiga adalah daripada objektif yang ketiga iaitu menentukan kaedah penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah harga berasaskan kos dan harga berasakan nilai bagi syarikat Bata dan bahagian terakhir iaitu bahagian empat yang menerangkan onjektif keempat iaitu menganalisis strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam yang dijalankan syarikat Bata.

Pengkaji telah menggunakan kamus, laman sesawang, tesis, rujukan perpustakaan dan lain-lain untuk memperoleh maklumat yang lebih terperinci dan berguna tentang syarikat Bata.

(12)

Campuran pemasaran merangkumi empat aspek iaitu produk, pengedaran, penetapan harga dan promosi. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih tiga daripada aspek-aspek berkenaan iaitu produk, penetapan harga dan promosi.

Produk utama yang dipasarkan oleh syarikat Bata adalah kasut. Kasut terbahagi kepada tiga iaitu kasut kepada wanita, kasut kepada lelaki dan kasut kepada kanak-kanak. Pengkaji telah memilih untuk membuat kajian terhadap kasut kepada wanita, kasut kepada lelaki, kasut kepada kanak-kanak, beg tangan dan barangan sampingan seperti sarung kaki dan tali kasut. Kasut pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti kasut sukan, kasut kerja, selipar dan sebagainya. Turut disediakan kasut yang mempunyai 3 atau lebih variasi warna. Perniagaan ini juga turut menyediakan perkhidmatan pembelian secara atas talian sama ada di laman web rasmi syarikat Bata mahupun di laman sesawang perniagaan lain seperti Zalora dan KLSogo. Konsep campuran pemasaran digunakan dalam merangka strategi pemasaran bagi memastikan produk yang dibuat atau dipasarkan diterima oleh masyarakat.

Menentukan harga barangan atau produk merupakan satu proses yang agak sukar. Harga adalah pertimbangan dari segi wang yang sanggup dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan produk. Dalam bahasa yang mudah, ia adalah nilai pertukaran barangan dari segi kewangan. Harga adalah satu elemen yang boleh dikatakan amat penting dalam campuran pemasaran dan ia memainkan peranan penting dalam kejayaan sesuatu produk di pasaran. Jika harga yang ditetapkan adalah terlalu tinggi, maka kemungkinan syarikat mendapat kesan yang buruk dari segi jualan produk adalah tinggi. Jika dari sudut lain, apabila harga produk adalah terlalu rendah, ia akan memberikan kesan terhadap keuntungan syarikat. Namun demikian, keuntungan adalah matlamat utama mana-mana syarikat yang ditubuhkan. Oleh itu, harga ditetapkan selepas mengambil pelbagai aspek contohnya kos pembuatan, permintaan pembeli, persaingan pasaran, matlamat syarikat dan lain-lain.

(13)

konsep beli dua kasut hanya RM100.00 atau dapat produk lain dengan percuma seperti sarung kaki, pad kasut, tali kasut dan lain-lain.

Dari segi lokasi, cawangan Syarikat Bata boleh dijumpai di pusat membeli belah dan kawasan perumahan yang maju dan berhampiran dengan aktiviti perniagaan. Setiap cawangan mempunyai reka bentuk yang memberi keselesaan kepada pembeli untuk memasuki kedai dan mencuba kasut meskipun ada juga yang hanya masuk untuk melihat sahaja. Pembeli juga berpuas hati dengan layanan pekerja yang berusaha untuk memenuhi kehendak pembeli. “ Ia adalah satu era baru, dengan kod baru dan lebih berhati-hati serta gaya yang berkualiti tinggi dalam mempromosikan barangan. Selepas 120 tahun dalam perniagaan, Bata memperkenalkan konsep kedai baru dan hal ini menunjukkan bahawa jenama ini masih berterusan dalam dunia perniagaan kasut adalah sesuatu yang releven ” kata Pierre Murbach, seorang Global Media and Content Manager Syarikat Bata di Switzerland (diakses pada 19 Julai 2015 dari http://www.bata.com/blog/bata-opens-new-concept-stores-in-europe/ ). Hal ini dapat meningkatkan lagi jualan produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Bata.

Sebelum membuka sesuatu perniagaan, banyak faktor perlu diambil kira untuk memastikan perniagaan berjalan lancar dan mencapai matlamat organisasi. Pengusaha perlu bijak dalam memasarkan produk dalam pasaran yang besar. Menurut William J.

Stanton (diakses pada 18 Julai 2015 dari

http://www.seputarpengetahuan.com/2015/03/ pengertian-pemasaran-menurut-para-ahli.html) pemasaran merupakan suatu cara dari pelbagai kegiatan perniagaan atau usaha yang ditunjukkan untuk merencanakan, menentukan harga barang, bagaimana untuk mempromosikannya, dan mengedarkannya kepada pelanggan dan boleh memuaskan kehendak pelanggan. Menurut The American Marketing Association pula

(diakses pada 18 Julai 2015 dari

https://daruamanda.wordpress.com/2011/11/08/marketing-mix-4p/) pemasaran didefinisikan sebagai proses perencanaan dan pelaksanaan konsepsi, penetapan harga, promosi dan penjanaan idea, barang dan kebolehan untuk menciptakan pertukaran yang memuaskan objektif individu dan organisasi.

(14)

kedengaran seperti satu persepsi yang cukup mudah, banyak risiko dan penyelidikan perlu dilakukan untuk menepati persepsi tersebut serta sekiranya salah satu elemen daripada empat elemen campuran pemasaran iaitu produk, harga, promasi dan pengedaran tidak dititikberatkan, produk yang dipasarkan boleh gagal sepenuhnya dan berakhir dengan kerugian yang besar kepada syarikat. Oleh itu, pemasaran yang strategik berdasarkan elemen campuran pemasaran dapat menarik minat pembeli dan seterusnya dapat melariskan produk yang dipasarkan.

Dalam usaha mencapai matlamat, syarikat Bata Sdn Bhd perlu membuat analisis SWOT dalam usaha meningkatkan kecemerlangan syarikat serta mengetahui kelebihan pesaing. SWOT analisis ( kekuatan, kelemahan , peluang dan ancaman analisis ) adalah cara untuk mengenal pasti dan menganalisis faktor-faktor dalaman dan luaran yang boleh memberi kesan kepada daya maju sesuatu perniagaan. Tujuan analisis SWOT digunakan adalah untuk memastikan strategi yang dilakukan dapat mencapai objektif, visi dan misi syarikat. Melalui analisis SWOT ini, syarikat Bata dapat meningkatkan imej dan nama syarikat serta mendapat sambutan yang lebih memberansangkan oleh masyarakat dan membolehkan syarikat mengetahui pesaingnya supaya berlakunya persaingan secara sihat dan berkesan. Melalui analisis ini juga, syarikat dapat mengenalpasti kekurangan syarikat dari pelbagai aspek serta mengambil langkah dalam berjaga-jaga dalam mengatasi ancaman yang berkemungkinan memberi kesan negative kepada syarikat.

(15)
(16)

5.2 Campuran produk berdasarkan klasifikasi produk, atribut dan penjenamaan produk syarikat Bata Sdn Bhd.

Sejak penubuhannya, Bata telah megeluarkan pebagai jenis produk dari segi kasut dan aksesori yang mempunyai reka bentuk yang menarik. Berjuta-juta pengguna mencari produk yang boleh dipercayai serta dapat memenuhi kehendak mereka dan Bata adalah produk yang menjadi pilihan pengguna tersebut. Bata mempunyai pengguna setia yang ramai sehinggakan walaupun tiada promosi dijalankan, pengguna setia tersebut tahu bahawa produk yang dikeluarkan adalah berkualiti dan mempunyai harga yang berpatutan. Bata juga mempunyai reputasi yang tinggi sebagai pengeluar kasut yang berkualiti baik dan sejarahnya yang membekalkan kasut kepada tentera dalam Perang Dunia Pertama, orang mengharapkan ketahanan yang sama daripada kesemua produk Bata.

Strategi pemasaran secara besar-besaran adalah sesuatu yang popular di India, Bangladesh dan Indonesia, di mana kawasan luar bandar adalah lebih besar daripada kawasan bandar dan penduduk luar bandar mencari alternatif yang lebih murah. Oleh kerana harga tetap yang sama di semua cawangan dan penyelenggaraan yang berkualiti pada harga bersesuaian dengan jenis kasut, Bata menunjukkan pertumbuhan yang konsisten dan pengembangan, terutamanya dalam pasaran skala

(17)

sederhana. Selepas harga, produk adalah elemen campuran pemasaran yang penting dalam campuran pemasaran Bata.

5.2.1 Campuran produk berdasarkan klasifikasi produk.

Klasifikasi produk terbahagi kepada dua iaitu produk pengguna dan produk perindustrian. Produk keluaran syarikat Bata merupakan produk pengguna kerana produk Bata mudah didapati dimana-mana cawangan yang ada. Disamping itu, produk Bata juga dibeli oleh pengguna pada masa yang tertentu dengan harganya yang lebih murah dan berpatutan selepas potongan harga. Produk pengguna juga boleh dikategorikan sebagai produk mudah beli, produk beli belah, produk istimewa dan produk tidak dicari. Produk Bata merupakan barangan beli belah.

Barangan gerak hati merupakan barangan yang dibeli tanpa perlunya perancangan terlebih dahulu tetapi disebabkan oleh faktor tertentu yang menyebabkan pengguna tertarik dengan produk seperti tawaran hebat, barangan sampingan secara percuma dan sebagainya yang membuatkan pengguna ingin memiliki produk tersebut. Ada juga pengguna yang melalukan tinjauan harga untuk disenaraikan dalam barangan yang ingin dibeli atau dibandingkan dengan produk syarikat jenama lain. Namun begitu, tidak semua pengguna yang mengunjungi cawangan Bata akan membeli terus produk yang diinginkan. Lazimnya barangan mengikut gerak hati ini, dibeli tanpa pertimbangan tetapi tidak bagi produk Bata kerana pengguna akan berfikir dahulu sebelum membeli agar bersesuaian dengan aktiviti dan kerja yang dilakukan. Kasut Bata adalah barangan asas yang digunakan dalam kehidupan seharian, hal ini memberi kelebihan bahawa kasut Bata akan terus dibeli oleh pengguna walaupun bukan dengan kerap.

Gambar

Gambar B di atas menunjukkan kesemua cawangan Bata Sdn Bhd di seluruh dunia.

Referensi

Dokumen terkait