• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAHAP DAN PERUBAHAN KUALITI ALAM SEKITAR (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAHAP DAN PERUBAHAN KUALITI ALAM SEKITAR (1)"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA 7

________________________________________________________________

PERUBAHAN DAN ARAH PERKEMBANGAN KAWASAN TEPU BINA

WILAYAH LEMBAH KLANG

Ahris Yaakup

Stanley Chong Hon Chung Rubiah Suratman

______________________________________________________________________

Abstrak

Wilayah Lembah Klang telah mengalami perubahan tepubina yang sangat ketara berikutan pembangunan bandar yang sangat pesat. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya limpahan pembangunan yang boleh mengakibatkan percanggahan guna tanah dan berkurangnya tanah untuk pembangunan masa hadapan. Fenomena ini telah memberi kesan secara langsung kepada keperluan infrastruktur sedia ada yang tidak mampu menyokong permintaan yang meningkat dan boleh membawa kepada kesesakan lalulintas serta sistem pengangkutan yang tidak efisien. Oleh itu, perancangan guna tanah yang sistematik adalah perlu di Wilayah Lembah Klang untuk mencapai pembangunan tanah yang mampan. Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang ada pada masa kini adalah berupaya untuk menjalankan analisis-analisis ruang yang dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan dan Negeri untuk tujuan pemantauan perkembangan bandar, alam sekitar, sistem pengangkutan dan lain-lain.

1.0 Pendahuluan

Wilayah Lembah Klang yang terletak di tengah-tengah pantai barat Semenanjung Malaysia adalah meliputi keluasan lebih kurang 2832 kilometer persegi, merangkumi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Daerah Gombak, Daerah Hulu Langat, Daerah Petaling dan Daerah Klang. Penduduk di Wilayah Lembah Klang adalah lebih kurang 3.8 juta orang pada tahun 2000 dan didapati 1.3 juta orang tertumpu di Kuala Lumpur, diikuti daerah Petaling (916,436 orang), Hulu Langat (633,163 orang), Gombak (511,357) dan Klang (480,147 orang).

Pembangunan yang pesat di Wilayah Lembah Klang telah menyebabkan pertambahan penduduk yang tinggi pada tahun 2000 iaitu lebih kurang 0.9 juta daripada bilangan banci tahun 1991 (2.9 juta). Di samping pertumbuhan penduduk yang meningkat, perkembangan pembangunan kawasan tepubina juga turut meningkat dari tahun ke tahun. Keadaan ini memerlukan pengawasan dan pemantauan pembangunan yang segera dan sistematik untuk mengelak daripada pertambahan pembangunan tepubina di kawasan yang berisiko tinggi dan kawasan lindungan/peliharaan kerajaan.

Sistem maklumat geografi yang telah diperkenalkan masa kini, merupakan sistem maklumat yang berupaya menjalankan analisis ruang dengan menggunakan fungsi-fungsi analisis yang dapat mengintegrasikan data-data asas maklumat yang mempunyai rujukan ruang geografi.

(2)

2.0 Faktor Perubahan dan Arah Perkembangan Kawasan Tepubina

Perubahan dan perkembangan kawasan tepubina mempunyai perkaitan rapat dengan pertumbuhan ekonomi di mana peluang pekerjaan yang diwujudkan daripada sektor-sektor ekonomi tersebut, akan menjadi daya penarik untuk penduduk bertumpu di sesuatu kawasan.

Fenomena ini berlaku terutamanya di kawasan yang telah sedia membangun seperti di bandar-bandar besar di dalam Wilayah Lembah Klang. Kawasan perbandaran biasanya menjadi pusat bagi pelbagai kegiatan seperti pentadbiran, perdagangan, perkhidmatan, perindustrian dan lain-lain lagi. Penumpuan pelbagai kegiatan tersebut menjadi faktor penarik kepada penumpuan penduduk. Tanah di kawasan bandar mempunyai nilai serta potensi yang tinggi untuk membantu di dalam pertumbuhan serta perkembangan ekonomi wilayah dan negara. Tarikan untuk mengambil faedah dari kemudahan dan sumber sedia ada yang tersedia ditawarkan di kawasan yang telah sedia membangun secara tidak langsung menyebabkan pertambahan pembangunan tanah dan menambahkan lagi saiz bandar serta kawasan tepubina sedia ada. Selain daripada itu, pertambahan bilangan penduduk akan memerlukan pertambahan kawasan petempatan, pembinaan kemudahan-kemudahan seperti sekolah, hospital, jalan raya dan sebagainya. Keperluan kepada pembangunan kawasan petempatan baru menyebabkan pertambahan pembangunan guna tanah dan perubahan kawasan tepubina.

Arah perkembangan kawasan tepubina boleh dikaitkan dengan corak dan perubahan guna tanah. Dalam hal ini, arah perkembangan berkemungkinan mengikut jajaran pembangunan semasa iaitu mengikut koridor pembangunan sedia ada. Di Wilayah Lembah Klang, koridor pembangunan melibatkan jajaran bandar-bandar utama iaitu Bandar Kelang, Bandar Shah alam, Bandar Petaling, Pusat Bandar Kuala Lumpur, Bandar Selayang; Gombak di jajaran koridor utara; dan Bandar Kajang di jajaran koridor yang menghala ke selatan. Arah perkembangan kawasan tepubina juga dipengaruhi oleh pembangunan sesebuah projek mega seperti pembangunan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang secara tidak langsung menjadi penggalak bagi pembangunan guna tanah disekitar kawasannya.

3.0 Isu dan Masalah Pembangunan Bandar dan Wilayah Lembah Klang

Isu yang sering dikaitkan dengan pembangunan bandar di peringkat wilayah adalah seperti:

a) Tiada satu dasar atau polisi yang khusus berhubung dengan peraturan dan kawalan pembangunan bandar.

b) Tiada satu badan khusus yang bertanggunjgawab menyelaraskan aspek pentadbiran, perundangan dan perancangan guna tanah bandar. Biasanya tanggungjawab yang dipraktikkan pada masa kini ialah terdapat pelbagai pihak atau jabatan dengan peranan masing-masing yang kadangkala sukar diseragamkan terutamanya diperingkat pemprosesan dan kelulusan perkara-perkara berhubung dengan pembangunan guna tanah bandar.

(3)

sedangkan pembangunan guna tanah kawasan perbandaran akan memberi kesan kepada kawasan sekitarnya dan sebaliknya.

d) Kelemahan dari segi sumber kewangan, tenaga profesional dan teknikal serta kelemahan pengurusan dalam menyediakan pelan-pelan pembangunan dan mengawal guna tanah bandar yang pesat membangun.

e) Sukar untuk memperkenalkan satu peraturan dan kawalan tanpa maklumat-maklumat di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang hendak diatur dan dikawal. Diperingkat paling minimum ialah rekod-rekod guna tanah sedia ada, ketumpatan bangunan, hak milik, maklumat fizikal, lokasi dan lain-lain. Kekurangan data-data yang tepat telah menyukarkan penggunaan teknik-teknik kawalan yang komprehensif.

Pengenalan kepada sistem maklumat geografi (GIS) pada hari ini telah membantu dan meluaskan peluang penggunaannya dalam pengawalan pembangunan tepubina di Wilayah Lembah Klang. Fungsi analisis ruang GIS telah dapat mengintegrasikan data-data asas dengan maklumat guna tanah, pengangkutan, sosio-ekonomi, alam sekitar dan fizikal untuk pengawalan perkembangan pembangunan bandar di Wilayah Lembah Klang. Beberapa contoh analisis diperingkat wilayah yang berkaitan dengan pengawalan perubahan dan arah perkembangan kawasan pembangunan bandar adalah seperti berikut:

a). Analisis Perubahan Tepubina

Analisis perubahan tepubina ini adalah digunalan untuk malihat tren perkembangan dan perubahan kawasan bandar dan arah perkembangan bandar mengikut tahun. Analisis ini melibatkan data tepubina tahun 1994, 1996 dan 1998 yang telah diperolehi daripada imej satelit. Rajah 1a menunjukkan model analisis perubahan tepubina Wilayah Lembah Klang yang menggunakan fungsi analisis grid.

Rajah 1a : Model Analisis Perubahan Tepubina 1994-1998

TB94P

TB96P

TB98P

TB94GRD TB94GD

TB96GRD

CON, ISNULL

CON, ISNULL

CON, ISNULL

ARITMATIK +

Tahap 3

Tahap Tahap

Litupan

(4)

Hasil analisis ini mendapati kawasan tepubina pada tahun 1994 adalah lebih kurang 24,294 hektar dan telah berkembang kepada 42,642 hektar pada tahun 1996. Ini menunjukkan perkembangan pembangunan kawasan tepubina di Wilayah Lembah Klang untuk tahun 1994 hingga 1995 adalah kira-kira 18,348 hektar atau 75% daripada kawasan tepubina 1994. Kawasan tepubina tahun 1998 adalah lebih kurang 69,436 hektar, di mana perkembangan tepubina untuk tahun 1996 hingga 1998 adalah kira-kira 26,792 hektar atau 63% daripada kawasan tepubina 1996. Ini menunjukkan perkembangan pembangunan bandar di Wilayah Lembah Klang adalah pantas dan pesat, di mana arah perkembangan pembangunan bandar adalah tertumpu ke arah keluar dari kawasan pusat bandar terutamanya di kawasan bandar baru Selayang, Rawang di sebelah utara, bandar baru Bangi, kajang dan Semenyih di sebelah timur, bandar Kapar, Meru, Sungai Besi di sebelah Barat Wilayah Lembah Klang.

Rajah 1b : Pelan Perubahan Tepubina 1994-1998 Wilayah Lembah Klang

b). Analisis Tekanan Pembangunan

Analisis tekanan pembangunan merupakan analisis yang umum yang berasaskan kepada andaian di mana tekanan pembangunan berlaku di kawasan pembangunan yang telah ditetapkan. Tahap tekanan pembangunan adalah berdasarkan kepada densiti pembangunan yang telah ditetapkan tersebut di samping data sokongan yang lain. Rajah 2a merupakan model analisis tekanan pembangunan.

(5)

TKNGRD TKNGD

POLYGRID

Rajah 2a : Model analisis tekanan pembangunan Wilayah lembah Klang

Hasil analisis menunjukkan tekanan pembangunan yang tinggi adalah lebih kurang 52 hektar atau 0.9% daripada keseluruhan kawasan komited yang mengalami tekanan pembangunan. Manakala tekanan pembangunan yang sederhana ialah lebih kurang 269 hektar atau 4.8% daripada keseluruhan kawasan komited yang mengalami tekanan pembangunan. 94.3% iaitu lebih kurang 5271 hektar daripada keseluruhan kawasan komited yang mengalami tekanan pembangunan berada pada tekanan yang rendah. Tekanan pembangunan adalah lebih tertumpu di kawasan pembangunan bandar-bandar baru seperti Rawang, Batu Arang dan Bandar Baru Selayang di daerah Gombak dan Bangi, Beranang, Semenyeh dan Bandar Baru Kajang di daerah Hulu Langat. Rajah 2b adalah pelan tekanan pembangunan Wilayah Lembah Klang.

(6)

Rajah 2b : Pelan Tekanan Pembangunan Wilayah Lembah Klang.

c). Analisis Kedapatan Tanah

Di dalam analisis kedapatan tanah, beberapa faktor fizikal diambilkira untuk mempertimbangkan dan mengenalpasti kawasan tanah yang masih boleh didapati untuk tujuan pembangunan. Pada asasnya analisis ini akan menunpukan kawasan diluar daripada kawasan tepubina. Rajah 3a merupakan model analisis kedapatan tanah di Wilayah Lembah Klang. Analisis ini adalah berdasarkan kepada kriteria di mana tanah yang masih boleh didapati untuk tujuan pembangunan adalah seperti berikut:

i. i. Berada di luar kawasan tepubina

ii. ii. Berada di luar kawasan pembangunan komited iii. iii. Berada di luar rizab jalan dan sungai

iv. iv. Berada di luar rekreasi awam dan swasta v. v. Berada di luar kawasan hutan simpan

(7)

KDAPATN KDPTNF POLYGRID

Rajah 3a : Model Analisis Kedapatan Tanah

Hasil analisis telah menunjukkan bahawa lebih kurang 95,788 hektar atau lebih kurang 34% tanah yang masih boleh digunakan untuk tujuan. Selain daripada tanah tersebut merupakan kawasan pembangunan sedia ada, tanah yang berisiko, sensetif dan tanah rizab kerajaan. Ini menunjukkan pembangunan bandar untuk masa akan datang perlu dikawal dan bandar-bandar baru sedia ada juga perlu mendapat kawalan bangunan yang sistematik yang lebih selesa untuk petempatan manusia serta dapat mencapai pembangunan yang mampan.

(8)

Rajah 3b: Peta Kedapatan Tanah Wilayah Lembah Klang

5.0 Rumusan

Pembangunan yang pesat di Wilayah Lembah Klang telah menyebabkan perubahan dan pertambahan kawasan tepubina dari tahun ke tahun. Keadaan ini memerlukan pengawasan dan pemantauan pembangunan yang segera dan sistematik untuk mengelak daripada pertambahan pembangunan tepubina di kawasan yang berisiko tinggi, kawasan perlindungan dan tanah rizab kerajaan. Keupayaan sistem maklumat seperti GIS dalam penyimpanan data-data, pemaparan dan pengendalian analisis-analisis mampu memberi gambaran senario perubahan dan pertambahan tepubina yang berlaku serta isu-isu. Hasil analisis ini secara tidak langsung mampu membantu Pihak Berkuasa Tempatan dan Negeri untuk tujuan pemantauan perkembangan bandar dan sektor-sektor lain seperti pemeliharan alam sekitar, pengangkutan bandar dan sebagainya.

(9)

Rujukan

BKWPPLK, 1998, “AGISwlk: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi Wilayah Lembah Klang”, Jilid I – Pembangunan Pangkalan Data, Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri.

BKWPPLK, 1998, “AGISwlk: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi Wilayah Lembah Klang”, Jilid II - Analisis dan Aplikasi, Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri.

Yaakup, A., Johar, F. and Dahlan, N.A., 1997, “GIS and Decision Support Systems for Local Authorities in Malaysia”, in H. Timmermans (ed) Decision Support Systems in Urban Planning, E & FN SPON, London, 1977, pp. 212-228

Referensi

Dokumen terkait

Kabupaten/Kota mendapat pengalaman dalam rangka meningkatkan mutu pelayanan kesehatan komprehensif di wilayahnya. Interaksi antar mahasiswa, antara mahasiswa dan dosen

Bagian kedua: mengenai perjanjian untuk menghormati dan menjamin hak- hak yang bagi semua orang yang berada dalam wilayah negaranya dan tunduk pada wilayah hukumnya,

(Provider Initiated Testing and Counseling) pada pasien beresiko HIV di Puskesmas Panambungan Kota Makassar dengan jumlah responden sebanyak 20 orang dengan tingkat

[r]

Dari sini, kita dapat mengetahui bahwa MSPE merupakan ukuran yang lebih tidak reliabel untuk mengevaluasi kecocokan suatu model regresi dibandingkan dengan MSE, terutama

(Luukka, 2004, s. Osa sitä on valmistelu, joka toteutetaan opetta- jan ohjauksessa. Valmistelussa oppilaat keräävät ja organisoivat tietoa, jota he tulevat tar- vitsemaan tekstin

Hal inilah yang membuat penulis tertarik untuk melakukan penelitian dengan judul “Pengaruh Gaya Hidup (pola makan, aktivitas fisik, istirahat dan riwayat merokok)

Dalam tulisannya yang lain, Catherine Lewis (2004) mengemukakan pula tentang ciri-ciri esensial dari lesson study, yang diperolehnya berdasarkan hasil observasi