• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Hubungan Etnik Kajian Di Kalangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tahap Hubungan Etnik Kajian Di Kalangan"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008,

Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Mohd Rizal Bin Mohd Said & Thay Cheow Yin

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak : Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar yang mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini memfokuskan kepada tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar. Sampel kajian ini melibatkan 146 orang responden yang terdiri daripada pelajar Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Satu set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Soal selidik Bahagian A mengandungi 7 soalan tentang maklumat latarbelakang responden. Bahagian B pula mengandungi 30 item yang menggunakan Skala Likert 1 hingga 4. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0 for Windows bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar adalah pada tahap sederhana. Jadi usaha yang lebih gigih untuk mempertingkatkan tahap hubungan etnik di kalangan pelajar harus dilakukan dengan beberapa cadangan yang diutarakan di dalam kajian ini. Usaha-usaha ini juga harus disokong oleh semua lapisan masyarakat.

Katakunci : tahap hubungan etnik, kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar, kegiatan kokurikulum pelajar

Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai budaya, bahasa, agama dan etnik. Masyarakat pelbagai budaya ini terdiri daripada lebih 200 suku etnik. Kumpulan etnik terbesar adalah Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Dusun, Banjar dan Bidayuh. Insiden salah faham, ketegangan dan konflik etnik sering digambarkan berlaku di Malaysia (Mansor et al.,2006).

(2)

Jadi, isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan (Azra,2005).

Selain itu, Ting Chew Peh (1987) juga menyatakan bahawa pendidikan banyak fungsinya. Selain daripada menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mustahak kepada kelangsungan hidup sesebuah masyarakat, ia juga berfungsi sebagai satu alat untuk memupuk integrasi.

Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu diambil untuk menyelesaikan masalah hubungan etnik di kalangan pelajar-pelajar. Menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh hubungan etnik bukannya mudah. Pelbagai usaha dijalankan termasuk penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada awal tahun tujuh-puluhan yang memperkenalkan program-program memupuk perpaduan dalam masyarakat. Antara program-program yang telah diperkenalkan oleh negara untuk menangani masalah ini termasuklah Rukun Tetangga hinggalah kepada Pelan Integrasi Nasional; penubuhan Sekolah Wawasan; Program Latihan Khidmat Negara di samping banyak lagi program yang memfokuskan kepada kelompok belia ini; program "Kongsi-Raya" dan lain-lain yang berusaha mempromosi perpaduan dan kefahaman tentang budaya yang berbeza melalui cara meraikan hari kebesaran semua kelompok secara bersama. Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi negara yang begitu hangat diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai salah satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses pembangunan negara (Kamarulzaman,2007).

Pernyataan Masalah

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi merupakan generasi dan pewaris kepada kepimpinan negara serta pencorak pemikiran masyarakat akan datang. Pelajar Universiti Teknologi Malaysia dipilih mewakili IPTA-IPTA di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya, agama, dan adat tetapi menuntut ilmu dalam kampus dan tinggal di asrama yang sama.

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti setakat manakah perpaduan kaum terbina di kalangan pelajar-pelajar universiti yang terdiri daripada pelbagai kaum terutama dilihat dari segi aspek saling bantu-membantu, hormat-menghormati serta toleransi di antara pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik. Adakah terdapat budaya dan nilai tersebut dalam diri pelajar untuk mewujudkan persefahaman antara pelajar-pelajar berbilang kaum. Dalam erti kata lain adakah terdapat unsur-unsur perpaduan yang diterjemahkan dalam kehidupan harian di kampus.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk:

1. Mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH, UTM dari segi kehidupan seharian pelajar.

2. Mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH, UTM dari segi kegiatan pembelajaran pelajar.

(3)

Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Selain itu juga diharapkan ia meninggalkan kesan positif kepada semua pihak. Antara kepentingan kajian yang dikenalpasti ialah:

Pelajar : Kajian ini akan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan mengamalkan hubungan perkauman yang erat dengan pelajar-pelajar pelbagai etnik. Kesedaran ini penting kerana pelajar IPTA adalah pemimpin masa depan negara dalam pelbagai bidang. Jadi, jika hubungan etnik yang erat wujud di peringkat IPTA, sudah tentu ia akan lebih kukuh apabila mereka berada di tengah masyarakat, setelah meninggalkan kampus kelak. Sebarang masalah ketegangan di kalangan kaum akan ditangani.

Pihak Pentadbir Universiti : Kajian ini dapat memberi maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan darjah hubungan etnik di kalangan pelajar-pelajar UTM. Oleh itu, pihak pentadbir universiti harus mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mewujudkan suasana kampus yang aman dan harmoni supaya kampus dapat dijadikan tempat pembelajaran mahasiswa yang sesuai.

Pihak Kerajaan : Kajian ini akan dapat menjadikan sumber maklumat kepada pihak kerajaan untuk sesuatu tindakan susulan yang bersesuaian dengan merancang dan menganjurkan pelbagai program yang dapat mempertingkatkan hubungan perkauman di antara pelajar-pelajar IPTA dan untuk merealisasikan hasrat wawasan 2020 supaya menjelang tahun 2020 Malaysia boleh menjadi negara yang bersatu, dengan masyarakat yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur serta mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental.

Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah kajian deskriptif. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian tinjauan. Dengan menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik, semua perolehan data akan dianalisis dan diterangkan secara deskriptif.

Menurut Berg et. al.(1979) kajian deskriptif menerangkan fenomena dengan menganalisis data deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik atau media yang lain.

Semua dapatan akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditetapkan dan ditafsirkan secara kuantitatif. Penganalisisan data kajian akan meliputi perkara seperti latar belakang responden, tahap hubungan etnik di kalangan pelajar SPH dari segi kehidupan seharian, kegiatan pembelajaran dan kegiatan kokurikulum. Kajian ini juga akan menumpukan kepada kaedah penentuan populasi, sampel, instrumen, prosedur kajian, kajian rintis dan analisis data.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus SPH sesi pengajian 2007/2008 semester 2 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang berjumlah 487 orang. Oleh kerana populasi yang besar, maka pengumpulan data melalui kaedah sampel rawak berlapis.

(4)

digunakan oleh penyelidik. Pemilihan sampel diambil mengikut nisbah etnik yang mengikuti kursus SPH di UTM iaitu kaum Melayu 84.2%, Cina 6.9%, India 3.4% dan kaum lain 5.5%.

Instrumen Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, dua jenis data diperlukan dalam proses menyempurnakan kajian ini iaitu data primer dan data sekunder.

Pengumpulan Data Primer : Soal Selidik

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Menurut Mohd Majid Konting (2004), soal selidik merupakan salah satu alat pengukuran yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya.

Soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan selain dari keterangan latarbelakang (Mohd. Najib Abdul Ghafar,2003).

Penyelidik akan membina item-item soalan soal selidik dalam bentuk perilaku praktikal. Penggunaan soal selidik lebih praktikal dan berkesan untuk populasi yang besar. Pengkaji menggunakan soal selidik dalam kajian ini adalah kerana:

i. Penyelidik berpendapat bahawa dengan menggunakan soal selidik, data yang diterima adalah tepat dan responden dapat memberi maklum balas dengan yakin.

ii. Dengan menggunakan kaedah ini, ia menjimatkan kos serta masa.

iii. Dengan menggunakan soal selidik ini juga ia dapat menghasilkan item-item yang boleh dipercayai.

Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A merupakan maklumat latar belakang responden. Responden perlu menjawab beberapa soalan seperti jantina, bangsa, agama, kursus pengajian, aliran sekolah di peringkat sekolah rendah dulu, tempat tinggal dan pola penempatan responden.

Pada bahagian B, item-item yang dikemukakan berkaitan dengan tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH yang dilihat dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar. Dalam bahagian ini penyelidik menggunakan skala pemeringkatan Likert yang mengandungi 4 nilai skor.

Menurut pendapat Mohd Najib Abdul Ghafar (2003) bahawa kadangkala kita tidak menggunakan skala tanda kecuali atau tidak pasti yang dilambangkan dengan angka 3 bagi memaksa responden memberikan pendapat setuju atau tidak setuju. Oleh itu, pengkaji menggunakan skala 4 peringkat sahaja supaya proses pengukuran terhadap tahap hubungan etnik yang lebih tepat akan terhasil.

Dalam konteks menentukan tahap, maka penyelidik bersetuju dengan pendapat Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), dimana menurut beliau kadangkala pengkaji menggunakan pelbagai pengiraan sendiri dengan menggunakan teori dan formula sendiri yang menghasilkan satu indeks tersendiri merujuk kepada objektif kajian. Oleh itu, penyelidik telah mengkategorikan maklum balas 4 skala kepada 3 skala. Ia bertujuan mengkelaskan setiap item kepada tahap-tahap tertentu Pengumpulan Data Sekunder

(5)

Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dilakukan ke atas sampel, penyelidik terlebih dahulu akan membuat kajian rintis. Kajian rintis ini dijalankan di kalangan pelajar-pelajar pelbagai kaum di UTM yang mengambil kursus lain selain kursus SPH.. Seramai 10 sample telah diambil secara rawak bagi kajian rintis ini. Maka sebanyak 10 set soal selidik telah diedarkan kepada mereka secara rawak bertujuan untuk mengetahui kebolehpercayaan dan kesahan item-item soalan yang dibina oleh penyelidik.

Setelah selesainya proses kajian rintis, pengkaji melakukan analisis terhadap data untuk mengetahui nilai alpha (kebolehpercayaan) item yang dibina. Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (2003) kekuatan sesuatu korelasi boleh diklasifikasikan seperti dalam jadual 1 berikut:

Jadual 1 : Klasifikasi kekuatan korelasi

Dalam kajian rintis yang dijalankan, nilai alpha yang diperolehi ialah α = 0.955. Ini bermakna nilai kebolehpercayaan bagi instrumen adalah sangat tinggi dan sesuai untuk digunakan bagi kajian ini.

Analisis Data

Jadual 2 : Taburan purata keseluruhan bagi tiga persoalan kajian mengikut min.

(6)

diikuti dengan tahap hubungan etnik dari segi kegiatan kokurikulum pelajar dengan minnya 2.74 dan tahap hubungan etnik dari segi kegiatan pembelajaran pelajar adalah paling rendah dengan minnya 2.66.

Perbincangan

Pengkaji membuat perbincangan berdasarkan kepada 2 bahagian utama daripada borang soal selidik yang telah diproses, iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A merupakan bahagian latar belakang responden yang mengandungi maklumat berkaitan jantina, bangsa, agama, kursus pengajian, aliran sekolah di peringkat sekolah rendah dulu, tempat tinggal dan pola penempatan responden. Bahagian B pula mengandungi item-item yang berkaitan dengan tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH yang dilihat dari segi 3 aspek iaitu kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar.

Objektif pertama kajian adalah mengenalpasti tahap hubungan etnik dari segi kehidupan seharian pelajar. Sebanyak 20 item telah dibina bagi mengetahui tahap hubungan etnik dari segi kehidupan seharian pelajar. Analisis bahagian ini mendapati sepuluh daripada item tersebut berada di tahap yang tinggi dan sepuluh lagi menunjukkan di tahap sederhana. Keseluruhannya min ialah 2.95 yang mencatatkan pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa hubungan pelajar pelbagai etnik dari segi kehidupan seharian adalah pada tahap sederhana iaitu pada darjah yang tidak begitu memuaskan.

Menurut Sanusi (1989) lagi, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa peluang-peluang berinteraksi yang terdapat di kampus seperti tinggal di tempat yang sama, bersukan, makan di kantin bersama, perpustakaan, organisasi-organisasi pelajar dan lain-lain kegiatan pelajar lagi tidak banyak mendorong pelajar-pelajar tersebut untuk berhubung dan bergaul dengan lebih luas di kalangan mereka yang merentas garis etnik. Apa yang seringkali berlaku ialah kebanyakan kegiatan pelajar seperti makan di kantin, ke perpustakaan, bersiar-siar, menonton wayang, berbincang dan juga bersukan dilakukan bersama dengan anggota-anggota dari kumpulan etnik yang sama.

Hasil kajian juga mendapati bahawa kebanyakan responden lebih suka makan makanan etnik sendiri. Fakta ini disokong oleh item 5 iaitu seramai 80.1% responden yang menyatakan demikian. Ini bertepatan dengan hasil kajian Mansor Mohd. Noor (2005) yang telah menyatakan bahawa kebanyakan pengusaha kantin di universiti tidak menyediakan makanan yang menepati cita rasa etnik pelajar. Keadaan ini menyebabkan pelajar terpaksa memilih tempat lain untuk membeli makanan dan hal ini seterusnya mendorong kepada pemisahan pelajar mengikut etnik kerana makanan mengikut cita rasa mereka tidak disediakan di tempat yang sama.

Manakala melalui dapatan bagi item ke 8, kebanyakan responden iaitu seramai 63% responden menyatakan bahawa mereka lebih suka makan semeja dengan rakan yang sama bangsa dan agama. Ini mungkin disebabkan oleh kebanyakan responden tidak mempunyai kawan yang rapat daripada kumpulan etnik lain, jadi mereka tidak suka makan semeja dengan rakan yang berlainan bangsa dan agama.

Kebanyakan responden juga menyatakan bahawa mereka lebih suka bersenda gurau dan membincangkan masalah dengan rakan-rakan yang sama keturunan dan agama. Ini dibuktikan oleh item 17 dan 18. Ia dipersetujui oleh 56.8% dan 75.4% responden. Keadaan ini berlaku mungkin juga kerana rakan yang sama keturunan dan agama lebih mudah berkomunikasi dan lebih memahami di antara satu sama lain.

(7)

sama keturunan dan agama. Ini mungkin juga kerana kebanyakan rakan rapat mereka adalah terdiri daripada rakan yang sama keturunan dan agama, jadi mereka lebih suka menonton wayang bersama dengan rakan rapat mereka.

Rujukan

Azra (2005). Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan. Perak: Portal Komuniti Warga Pendidikan Derah Kerian.

Banton,M.(1987). Racial Theories. Cambridge:Cambridge University Press.

Berg, Walter R. dan Gall Meredith Damien (1979). Education Research: An Introduction. Third Edition. New York: Longman,

Chew,Hock Thye (1975). Masalah Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Coser dan Rosenberg (1970). Sociological Theory. New York : Mc Millan Publishing Co.Inc. Dewan Bahasa dan Pustaka (2002). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Hughes, M. et.al. (2002). Sociology:The Core. New York:McGraw-Hill.

Jawariah Zaabar (2004). Pembangunan Sahsiah Pelajar: Persepsi Pelajar Kolej Tun Fatimah Terhadap Peranan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarulzaman Askandar (2007). Perpaduan dan Perdamaian Etnik. Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia.

Ng, Chan Heng (1984). Majlis Perundingan Kaum Patut Ditubuhkan Di Universiti. Dalam. Ahmad Fawzi Basri, Abdul Halim Ahmad dan Abdul Rahman Aziz. Isu- Isu Perpaduan Nasional. Kedah: Sekolah Pengajian Asasi Universiti Utara Malaysia. 203-208.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Rais Yatim (2006). Unsur-Unsur Dan Cabaran Perpaduan Ke Arah Membina Negara Bangsa Malaysia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Schermerhon, K.A. (1970). Comparative Ethnic Relations; A Frame For Theory and Research. New York: Random House

Scupin, R. (2003). Race and Ethnicity. New Jersey: Prentice Hall.

Ting, Chew Peh (1987). Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Penghantar. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi.

Wan Halim Othman (1982), Perhubungan Kaum dan Perpaduan Negara. Dalam. Zuraina Majid. Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan Perbincangan Terhadap Beberapa Isu Dan Topik Semasa. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Yinger, J. M. (1994). Ethnicity: source of strength? Sunny Series in Ethnicity and Race in American Life. New York: State University of New York.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan uraian tersebul diatas dapat disimpulkan bahwa anggaran berbasis kinerja adalah suatu sislem penyusunan anggaran dengan mengintegrasikan seluruh sumber daya

Tampereen yliopiston normaalikoulun lukion toiminta siirrettiin Tampereen yliopiston kampukselle syksyllä 2016. Tämä on koulutuspoliittisesti ainutkertainen ratkaisu Suomessa

pihak yang berhak (pemegang hak atas tanah). sehingga dengan demikian dapat dikatan bahwa perbuatan melawan hukum oleh Pemerintah Daerah Dompu adalah sebab,

kebijakan dilaksanakan secara efektif kalau mendapat dukungan dari para pelaksana kebijakan yakni aparat Disamping hal tersebut diatas kebijakan dilaksanakan dengan

Diharapkan hasil penelitian dapat memberikan informasi tentang karakteristik dan kepatuhan pasien minum obat yang berhubungan dengan keberhasilan pengobatan pasien

Hasil perhitungan MTD (rerata waktu kematian) setelah uji tantang selama 7 hari waktu kematian pada udang paling cepat pada perlakuan K+ yaitu jam ke- 34,