• Tidak ada hasil yang ditemukan

Malaysia Mengalami Tren Mobiliti Pendudu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Malaysia Mengalami Tren Mobiliti Pendudu"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?

Malaysia Mengalami Tren Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi:

Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?

1Mohd Fadzil Abdul Rashid

2Rshood M. Khraif

3Asharaf Abdul Salam

1Universiti Teknologi MARA, Kampus Seri Iskandar, Perak, Malaysia 2,3Center for Population Studies, King Saud University, Riyadh, Saudi Arabia

abrfazil@gmail.com

ABSTRAK

Malaysia mengalami kadar mobiliti penduduk yang masih tinggi kerana faktor urbanisasi yang menggalakkan perubahan ke atas ekonomi, sosial dan teknologi moden serta persekitaran. Corak mobiliti sama ada dalam bentuk harian mahupun migrasi tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, malahan melibatkan semua peringkat umur dan gender serta dari pelbagai latarbelakang sosio-ekonomi. Phenomena mobiliti penduduk ini telah memberikan impak yang positif kepada pembangunan bandar. Sebaliknya, ianya juga turut menimbulkan kesan negatif terutamanya apabila sektor bandar tidak berupaya untuk memenuhi kehendak daripada mobiliti tersebut. Kertas kerja ini memfokuskan kepada senario dan tren mobiliti khusus kepada migrasi penduduk di Malaysia. Ianya cuba meneliti kenapa Metropolitan Kuala Lumpur kekal menjadi tumpuan utama migrasi di masa kini sedangkan banyak bandar-bandar baharu sama ada di Selangor mahupun di seluruh negara. Metodologi kajian melibatkan kaedah sorotan literatur dan analisis terhadap data-data migrasi daripada bancian pelbagai tahun (1980, 1991, 2000, dan 2010), berasaskan teknik Model Komponen Berganda dan disokong oleh olahan semula terhadap penemuan-penemuan daripada kajian terdahulu. Kertas kerja ini mengakhiri dengan rumusan penutup berkisarkan kepada kepentingan memahami corak dan kehendak migrasi dalam proses menentukan intensiti pembangunan yang lebih lestari dan sejahtera di masa depan.

Kata Kunci: Mobiliti, Migrasi, Kuala Lumpur, Model Komponen Berganda, Urbanisasi,

Perubahan sosial

PENGENALAN

Senario dan tren mobiliti semasa penduduk di dunia menunjukkan belum ada tanda-tanda kestabilan, malahan sedang rancak terutama di bandar-bandar besar di negara-negara sedang membangun (UNDP, 2009) seperti China, Malaysia, Indonesia dan negara-negara di Asia Barat seperti Arab Saudi, Kuwait, dan Bahrain. Kemajuan di dalam bidang teknologi terutama menerusi teknologi pengangkutan moden serta telekomunikasi dan maklumat telah mencetuskan paradigma baharu di dalam isu mobiliti (Sheller and Urry, 2006), di mana teknologi ini berupaya menyingkatkan masa perjalalanan dan menyampaikan pelbagai berita dari pelbagai dimensi seperti pelancongan, perniagaan dan pekerjaan, ekonomi dan kemiskinan, politik dan peperangan dan seumpamanya secara lebih dekat dan pantas sehingga menjadikan realiti kehidupan di dunia dekat dengan masyarakat, dan seterusnya mengangkat isu mobiliti ke suatu tahap yang meluas dan diminati. Pada hari ini, isu mobiliti ini tidak hanya terhad kepada pengkajian di dalam bidang demografi, kajian migrasi dan perancangan bandar malahan dari antropologi, kajian kebudayaan, geografi, kajian sains dan teknologi, pelancongan, kajian pengangkutan dan perniagaan, sosiologi dan psykologi (Sheller and Urry, 2006; Berry, 2001).

(2)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan? (2009). Willis (2010) menegaskan bahawa mobiliti tidak terhad hanya kepada perubahan tempat kediaman tetapi termasuk juga pergerakan harian penduduk untuk ke sekolah, tempat kerja, pasaraya, akses kepada kemudahan dan rekreasi dan pelancongan. Wujudnya perbezaan di antara mobiliti dan migrasi adalah dari segi jarak, masa dan tujuan pergerakan, di mana mobiliti selalunya dalam jangkamasa yang singkat dan berulang-ulang serta tujuannya tidak melibatkan perpindahan tempat kediaman. Sementara itu, migrasi melibatkan perubahan tempat kediaman merentasi lokaliti (sempadan geografi) sama ada dipaksa mahupun suka rela Plane and Rogerson, 1994). Selain itu, kajian terhadap mobiliti dan migrasi mempunyai kelebihan tersendiri serta memberikan hasil dan implikasi yang tidak sama (Willis,

2010). Mobiliti boleh menunjukkan realiti pergerakan manusia secara ‘real time’ yang

mengambarkan cara hidup atau corak kehidupan manusia yang berinteraksi dengan sistem bandar dan keperluan mereka terhadap insfrastruktur bandar seperti sekolah, pejabat, pusat komersil yang seterusnya memberikan implikasi kepada pengurusan trafik, pengawalan penyakit berjangkit, pengurusan pencemaran udara, penyediaan kenderaan awam dan perancangan fizikal serta sosial bandar secara menyeluruh. Manakala migrasi pula mempunyai implikasi yang lebih besar terutama dari segi pertambahan bilangan penduduk, persediaan sektor bandar untuk menerima migran terutama dari segi peluang-peluang ekonomi, perumahan, pendidikan dan kemudahan-kemudahan sokongan bandar yang lain selari dengan keperluan pertumbuhan penduduk asal bandar dan migran. Kajian terhadap

mobiliti penduduk berasaskan teknologi ‘smart phone’ sedang berkembang terutama di

negara-negara maju dan penduduk yang ramai seperti

Jiang et al., (2015) suatu kajian

mobiliti penduduk di Singapura dan terkini

Zhao et al., (2016) yang membawa

perbincangan cara perolehan data dan mobiliti penduduk berasaskan kajian di bandar

New York.

Kertas kerja ini tidak mencuba untuk melebarkan perbincangan mengenai mobiliti punduduk, tetapi istilah mobiliti di sini adalah merujuk kepada migrasi, sesuai dengan kesediaan data semasa berasaskan kepada bancian dan konteks perbincangan yang cuba mengaitkan migrasi dan urbanisasi atau pembandaran serta interaksi manusia dengan sistem bandar secara keseluruhan. Secara spesifik, kertas kerja ini mencuba untuk memperhalusi hubungan migrasi dengan peluang-peluang ekonomi seperti industri dan perkhidmatan serta teknologi dan persekitaran sosial dengan memfokuskan aliran dinamik migrasi di Metropolitan Kuala Lumpur. Selain itu, fungsi migrasi sebagai agen urbanisasi dan perubahan demografi serta perubahan sosial turut akan dibincangkan pada bahagian berikutnya ini.

MIGRASI DAN SISTEM BANDAR

Mohd Fadzil dan Ishak (2011) telah mengemukakan secara umum konsep hubungan langsung di antara migrasi dan pertumbuhan bandar dalam konteks urbanisasi (Rajah 1). Pada awal proses urbanisasi, sumbangan migrasi terutamanya migrasi luar bandar ke bandar terhadap pertumbuhan bandar adalah ketara, dan sumbangan migrasi semakin ketara sehingga di peringkat kepesatan urbanisasi yang dimonopoli untuk migrasi luar bandar ke bandar dan bandar ke bandar. Bagaimanapun, situasi ini jelas berlaku di negara-negara membangun dan jarang pula berlaku di negara-negara maju kerana negara-negara ini telah mengalami proses keseimbangan di dalam pertumbuhan bandar dan urbanisasi sehingga kadar pertumbuhan bandar mencapai peratusan zero. Konsep tersebut adalah diasaskan

kepada tren migrasi dan urbanisasi di negara-negara di wilayah ESCAP (Economic and Social

Commission for Asia-Pacific) yang terdiri daripada negara maju, negara membangun dan

negara kurang membangun (Gubhaju et al., 2001; Pacione, 2001, Skeldon, 1998).

(3)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?

Figure 1: Sumbangan relatif migrasi terhadap pertumbuhan bandar mengikut kadar urbanisasi

Sumber: Ubahsuai semula daripada Mohd Fadzil dan Ishak (2011)

Ibrahim (1998) mengklasifikasikan sistem bandar kepada 3 skop/ sistem iaitu aktiviti seperti perumahan, perindustrian, pengkomersilan, perniagaan; pembangunan fizikal; dan alam sekitar yang secara langsung mempengaruhi corak guna tanah bandar. Di dalam sistem bandar ini, adalah tidak boleh dinafikan bahawa migrasi mempengaruhi kesemua dimensi sistem bandar kerana migrasi merupakan tingkah laku manusia yang berinteraksi secara

langsung dengan bandar dan aktiviti di dalam bandar.

Brezis (2016), sebagai contoh,

menegaskan bahawa

belajar merupakan suatu bentuk tingkah laku migrasi awal yang

berinteraksi aktiviti pendidikan di bandar dan seterusnya mendorong keputusan memilih tempat pekerjaan di tempat di mana mereka belajar, sama ada dalaman mahupun luar negara. Sebahagian besar teori migrasi khususnya teori klasik seperti Ravenstein, Todaro mengaitkan migrasi sebagai penghantaran tenaga buruh ke bandar untuk sektor-sektor industri dan seterusnya memberansangkan pertumbuhan bandar kerana jumlah migrasi yang ramai yang meningkatkan permintaan terhadap perumahan, infrastruktur dan perkhidmatan asas bandar. Situasi ini menarik bidang psykologi yang turut memberikan tumpuan terhadap kajian migrasi dari segi adaptasi budaya baharu dan hubungan di antara kumpulan masyarakat/ etnik (Berry, 2001), selain bidang-bidang lain yang mewarnai kepelbagaian dalam kajian migrasi seperti

antropologi, sosiologi, ekonomi, sains politik, demografi,

sains perancangan wilayah/ perancangan bandar (Berry, 2001; Willis, 2010). Keadaan

ini tidak lain kerana pengisian atau interaksi migrasi terhadap sistem bandar yang

menimbulkan berbagai-bagai isu di bandar sama ada positif mahupun negatif yang

tidak lari dari skop urbanisasi dan perubahan demografi serta sosial penduduk.

Kajian oleh Abdelatti, Elhadary & Babiker (2017); Abou-Korin dan Al-Shihri (2015); Khraif, et al., (2015; 2016) sebagai contoh, menegaskan bahawa negara-negara di dunia Arab seperti Arab Saudi, Bahrian dan Arab Bersatu Emerates telah mengalami proses urbanisasi yang pesat berikutan sumbangan daripada migrasi terutamanya immigran yang memasuki negara-negara tersebut sebagai sumber tenaga kerja. Mereka adalah terdiri dari pelbagai latarbelakang pekerjaan dan tempat asal, bidang profesional sehingga buruh rendah, dan dari negara-negara Arab seperti Egypt, Sudan mahupun negera lain dari India, Pakistan, Bangladesh serta tidak terkecuali darip negara-negara di Asean seperti Indonesia, Philipina dan Malaysia. Migrasi tersebut seterusnya memberikan kesan yang signifikan terhadap perubahan demografi seperti gender, struktur umur penduduk dan perubahan sosial serta cara hidup hasil daripada urbanism dan proses asimilasi. Ini adalah kesinambungan daripada Guest (1994) yang menegaskan tiadanya kemajuan dan proses urbanisasi bagi sesebuah negara melainkan dengan adanya sumbangan yang signifikan oleh migrasi. UNDP (2009)

(4)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan? menegaskan bahawa migrasi boleh meningkatkan keupayaan manusia untuk memenuhi hasrat mereka untuk mencapai kehidupan lebih sejahtera, dan nilai yang tertinggi (ultimate outcome) daripada migrasi adalah memiliki atau menduduki kediaman di kawasan yang disukai. Sehubungan itu, migrasi turut menjadi asas kepada pengubalan polisi-polisi kerajaan khususnya berkaitan dengan pembangunan bandar (Obudho, 1994; Willis, 2010; Mohd Fadzil & Ishak, 2014) sama ada untuk menerima atau mengawal migrasi dan untuk memastikan pembangunan bandar memenuhi kehendak penduduk bandar termasuk migran. Sistem

hukou di China adalah contoh yang jelas kepada situasi ini (rujuk Dang, 2003).

Berasaskan kepada perbincangan di atas mengenai interaksi migrasi dengan sistem bandar maka bolehlah dirumuskan konsep migrasi sebagai agen urbanisasi dan perubahan sosial masyarakat seperti diilustrasikan di Rajah 2.

Rajah 2: Ilustrasi konsep migrasi sebagai agen pertumbuhan bandar, urbanisasi dan perubahan sosial

Sumber: Penulis (2017)

Rajah 2 mencuba untuk menjelaskan peranan migrasi sebagai agen kepada proses pertumbuhan bandar dan urbanisasi, dan seterusnya menyumbang kepada proses peralihan demografi. Ianya berlaku secara timbal balik berikutan tingkah laku migrasi adalah dinamik yang bertindak balas terhadap segala perubahan di dalam sistem bandar. Terdapat 4 elemen utama yang mendorong keputusan migrasi: keinginan individu ataupun isi rumah, teknologi, polisi kerajaan dan faktor keputusan pemilihan-destinasi migrasi. Keinginan individu mendorong potensi migran untuk menentukan pemilihan-destinasi migrasi terutama berasaskan kepada faktor spatial-ekonomi-sosial (Mohd Fadzil et al., (2014) seperti tempat pekerjaan, kediaman, kos hidup dan peluang-peluang perkhidmatan bandar. Polisi kerajaan dan teknologi pula menjadi penimbang balik terhadap keputusan migrasi. Di zaman globalisasi ini keputusan migrasi lebih terbuka dan mudah, tidak kira migrasi dalaman mahupun antarabangsa. Malahan migrasi antarabangsa telah mendominasi di sesebuah negara kerana faktor polisi kerajaan yang membuka peluang sebagai sumber tenaga dan dengan kemudahan teknologi terkini seperti pehubungan dan teknologi komunikasi dan maklumat yang memudahkan proses migrasi.

Konsep yang cuba diperkenalkan ini amat penting terutama bagi tujuan penggubalan dasar atau polisi untuk menerima migrasi dan menangani pelbagai masalah bandar yang berkaitan dengan migrasi. Migrasi adalah suatu elemen bandar yang tidak boleh disekat. Maka,

meraikan migran sebagai ‘key players’ di dalam sektor bandar adalah dilihat sebagai langkah

yang lebih baik kerana migran mempunyai pengetahuan, kemahiran dan motivasi bekerja yang kompetatif yang seharusnya dimanfaat oleh sektor bandar. Mohd Fadzil (2016)

Migration Behaviour

Urbanisation Urban Grwoth

Demographic Transition Government

Policy

(5)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan? menegaskan perkara ini sesuai dengan hasrat konsep bandar mapan dan kesejahteraan masyarakat.

Keunikan dan kedinamikan pada tingkah laku migrasi ini dan cara interaksinya dengan sistem bandar di Metropolitan Kuala Lumpur akan cuba diteliti berasaskan data bancian.

METODOLOGI

Data

Penelitian ini melibatkan data migrasi antara negeri (dalam tempoh 5 tahun) yang diterbit berasaskan kepada Banci Penduduk dan Perumahan, Malaysia bagi tahun 1980, 1991, 2000 dan 2010. Tahun 1980, kesemua aliran keluar masuk migrasi antara negeri diambil kira kecuali Sabah dan Sarawak. Tahun 1991, 2000 dan 2010, Sabah dan Sawarak turut diambil kira, tetapi Wilayah Persekutuan Labuan (W.P. Labuan) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (W.P. Putrajaya) dikecualikan pada tahun 2000 dan 2010. Pengecualian data-data migrasi daripada negeri/ wilayah tersebut tidak menjejaskan kualiti penemuan keseluruhan kajian kerana pertama, jumlah migrasi yang hanya sedikit dari negeri/ wilayah tersebut dan kedua, fokus penelitian ini adalah bertumpu kepada interaksi/ tingkah laku/ aliran migrasi keluar masuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (W.P. Persekutuan Kuala Lumpur) atau selepas ini menggunakan nama Metropolitan Kuala lumpur.

Kaedah Analisis dan Penumpuan Penelitian

Kaedah Multiplicative Component Model (MCM) telah digunakan bagi analisis tren dan

interaksi migrasi. MCM adalah satu kaedah yang bertujuan untuk mengukur tahap interaksi migrasi di antara dua atau lebih kawasan yang dikenali sebagai origin dan destinasi migrasi. Mohd Fadzil and Ishak (2011) dan Mohd Fadzil et al., (2012, 2016) telah mengguna pakai model ini bagi analisis interaksi migrasi masing-masing di antara kawasan Wilayah Lembah Klang, negeri Perak dan kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Raymer dan Roger (2005) memformulasikan model ini berasaskan kepada empat komponen: (a) komponen aliran keseluruhan yang mewakili jumlah keseluruhan migrasi; (b) komponen aliran migrasi tempat asal (origin) mewakili ukuran relatif penolakan dari setiap bandar/wilayah; (c)

komponen aliran destinasi, mewakili ukuran relatif penarikan ke setiap bandar/wilayah; dan (d) komponen aliran interaksi dua hala (origin-destination interaction) di antara kawasan

bandar/ wilayah (tetapi tidak mewakili keseluruhan aliran migrasi). Lihat Jadual 1.

Jadual 1: Formula MCM berasaskan 4 komponen utama

keseluruhan migran (Contohnya, n++), Oi ialah proporsi jumlah migran yang keluar dari bandar/ wilayah ‘i’ (Contohnya, ni+/n++), Dj ialah proporsi jumlah yang masuk ke bandar/ wilayah j.

(Contohnya, n+j/n++) dan ODij pula ialah tahap interaksi di antara bandar/ wilayah ‘i’ dan ‘j’ yang

ditentukan dengan nij/ (T*Oi*Dj) ataupun nisbah jumlah migrasi asal (observed flows) dengan

jumlah jangkaan migrasi (expected fows). Penerangan yang lebih khusus terhadap

(6)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?

Komponen ODij akan menjadi tumpuan penelitian pada kertas kerja ini, iaitu bagi mengukur

interaksi migrasi di Metropolitan Kuala Lumpur dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Nilai nisbah yang tinggi iaitu melebihi 0.5 adalah menunjukkan tahap interaksi tinggi dan sebaliknya bagi nilai nisbah 0.5 dan ke bawah. Penemuan daripada 3 komponen lain dalam MCM turut dibincangkan secara sistematik bagi memastikan interpretasi dan rumusan yang lebih menyeluruh. Selain itu, ulasan rumusan terhadap penemuan turut diperkukuhkan oleh sokongan perbincangan berasaskan kepada penemuan-penemuan kajian lepas, dan ianya akan dimuatkan pada bahagian Rumusan dan Perbincangan.

Metropolitan Kuala Lumpur

Metropolitan Kuala Lumpur merupakan Ibu Negara kepada Malaysia, terletak di

tengah-tengah Negeri Selangor dan Wilayah Lembah Klang (Rajah 3) dengan berkeluasan 243km2.

Projek mega Malaysia seperti KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya yang menjadi sebahagian daripada proses desentralisasi adalah tidak jauh dari Metropolitan Kuala Lumpur. Walaupun telah mencapai status tepu pembangunan dengan 100% kadar urbanisasi, penduduk di Metropolitan terus bertambah dari tahun ke setahun dengan kadar 2.4 setahun seperti dicatatkan pada 2015, tetapi telah menurun kepada 0.5 tahun 2016. Jumlah penduduk semasa berasaskan kepada data daripada Jabatan Statistik Malaysia tahun 2016 adalah menghampiri 1.8 juta. Metropolitan Kuala Lumpur mempunyai 6 pusat tumpuan pembangunan yang dikenali sebagai Zon Strategik iaitu Zon Teras/ Pusat Bandar, Sentul-Menjalara, Wangs Maju-Maluri, Damansara-Penchala, Bukit Jalil-Seputeh dan Bandar Tun

Razak-Sungai Besi yang menjadi ‘catalyst’ pembangunan.

Rajah 3: Kedudukan Metropolitan Kuala Lumpur serta pusat pertumbuhan di sekelilingnya

Sumber: Kuala Lumpur Structure Plan 2020, diakses pada 14 Ogos 2017 di

(7)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan? Metropolitan Kuala Lumpur menawarkan pekerjaan di dalam pelbagai perkhidmatan ekonomi moden (iaitu >80%) (Jadual 2) adalah jauh lebih tinggi berbanding di peringkat nasional (49%), telah menjadikan ia sebagai sebuah metropolis yang berdaya saing di dalam mahupun di peringkat global.

Jadual 2: Sektor dan jenis pekerjaan di Metropolitan Kuala Lumpur dan Malaysia

Sumber: Kuala Lumpur Structure Plan 2020, diakses pada 14 Ogos 2017 di

http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/english/index.htm

Jadual 2 menunjukkan sektor bidang pekerjaan tertinggi adalah dari sektor kewangan, insuran, hartanah & perniagaan sebanyak 24.2%, diikuti dengan pemborongan, perdagangan runcit, restauran dan perhotelan (17.2%) dan perkhidmatan kerajaan (16.1%), yang lebih tinggi dari peringkat nasional secara keseluruhan. Metropolitan Kuala Lumpur telah

diindekkan di peringkat global dalam kategori ‘Finance, Invessment & Business

Environement; dan telah tersenarai dalam 10 ke atas bandar di dunia sebagai penanda aras

(8)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan? Jadual 3: Kedudukan dalam penanda aras bandar dunia berkembang

Sumber: Moonen and Clark (2013).

Rajah 2: Perbandingan jumlah pelancong asing

Sumber: Moonen and Clark (2013).

ANALISIS DAN PENEMUAN

Keputusan analisis migrasi antara negeri bagi tahun 1980, 1991, 2000 dan 2010 berasaskan kepada MCM adalah ditunjukkan pada Jadual 4a, 4b, 4c, dan 4d. Secara keseluruhannya, jumlah migrasi keseluruhan (T) adalah menunjukkan tren yang menurun iaitu dari 1.5 juta migran pada tahun 1980 menurun kepada 900 ribu pada tahun 2010. Situasi ini dipengaruhi oleh proses urbanisasi dan peralihan demografi yang dialami oleh Malaysia, di mana seperti perbincangan di atas, semakin tinggi tahap urbanisasi, jumlah migrasi akan mulai menurun sehingga menuju kestabilan. Keadaan ini sudahpun dialami oleh negara-negara maju yang mencapai tahap urbanisasi yang tinggi serta peralihan demografi yang lengkap seperti Jepun, New Zealand, Singapura dan seumpamanya mengalami pertumbuhan penduduk yang rendah kerana tiada lagi sumbangan yang besar daripada migrasi. Walaupun tren migrasi tersebut menurun, jumlah tersebut masih lagi tinggi dan memberikan sumbangan yang besar terhadap pertumbuhan penduduk di bandar.

(9)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan? masing-masing 13.00%, 10.64% dan 5.12% dan ini menunjukkan berlakunya migrasi bersih masuk. Bagi penelitian terhadap tahap interaksi migrasi (OD) setiap negeri dengan W.P. Kuala Lumpur, didapati bahawa hampir keseluruhan negeri mempunyai interaksi yang kuat (nilai OD>0.5) dengan W.P. Kuala Lumpur khususnya Selangor=2.33 merupakan negeri tertinggi menghantar migrasi ke W.P. Kuala Lumpur. Nilai DO pula menunjukkan aliran migrasi keluar dari W.P. Kuala Lumpur, di mana hampir kesemua negeri juga menerima migrasi daripada W.P. Kuala Lumpur, kecuali Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu.

Jadual 4a: Data matrik migrasi antara negeri dalam tempoh 5 tahun, 1980

Sumber: Malaysia (1983). Population and Housing Census of Malaysia 1980. General Report of the Population Census. Volume 2. Putrajaya: Department of Statistics Malaysia dan perhitungan analisis

interaksi spatial (O-D) berasaskan MCM.

(10)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan? Jadual 4b: Data matrik migrasi antara negeri dalam tempoh 5 tahun, 1991

Sumber: Malaysia (1995). Population and Housing Census of Malaysia 1991. General Report of the Population Census. Volume 2. Putrajaya: Department of Statistics, Malaysia dan perhitungan analisis interaksi spatial (O-D) berasaskan MCM.

Senario yang hampir sama berlaku pada tempoh tahun 2000 (rujuk Jadual 4c), di mana kesemua negeri menghantar migrasi yang tinggi ke W.P. Kuala Lumpur sehingga ia berada dalam ranking kawasan ketiga tertinggi menerima peratusan migrasi iaitu 10.17% selepas Selangor (32.95%) dan Johor (10.28%). Walaupun Selangor jauh meninggalkan W.P. Kuala Lumpur, situasi tersebut tetap menunjukkan keunikan W.P. Kuala Lumpur sebagai kawasan tumpuan migrasi, kerana sebagai sebuah bandar metropolis yang sibuk, sesak dengan masalah trafik, kos hidup yang tinggi dan kesukaran mendapatkan kediaman yang dimampui. Senario ini menunjukkan bahawa aktiviti atau perkhidmatan bandar yang ditawarkan oleh W.P. Kuala Lumpur berupaya menarik migrasi masuk. Selain itu, keadaan ini mengukuhkan kebenaran tentang hubungan langsung migrasi dengan urbanisasi dan perkembangan ekonomi/ aitiviti bandar (Mohd Fadzil dan Ishak, 2011; Mohd Fadzil et al., 2016) dan seterusnya ia menjadi agen kepada kepesatan urbanisasi dan perubahan nilai urbanism.

Merujuk kepada Jadual 4c lagi, nilai DO menunjukkan jumlah aliran migrasi keluar dari W.P. Kuala Lumpur agak seimbang ke semua negeri, dan Selangor masih kekal sebagai negeri yang menerima migrasi tertinggi dengan peratusan menurun berbanding tahun 1990 iaitu 2.24 kepada 1.99 tahun 2000.

Johor Kedah Kelantan Melaka SembilanNegeri Pahang Perak Perlis PinangPulau Sabah Sarawak Selangor Tereng-ganu W.P. Kuala Lumpur

Johor 4,394 4,252 8,496 9,835 10,157 7,880 1023 3,055 4,530 3,365 22,569 3,228 12,649 95,433 8.46

Kedah 7,295 2,561 1,487 2,960 4,978 12,064 6,878 22,316 1,658 2,543 14,217 1,468 7,703 88,128 7.81

Kelantan 8,409 3,542 1,735 2,753 10,818 4,925 889 2,682 1,107 1,655 14,843 10,272 7,833 71,463 6.33

Melaka 10,793 1,953 1237 8,590 2,470 3,081 1025 1,172 1134 1689 11,989 878 6,739 52,750 4.67

Negeri Sembilan 10,209 2,509 1,646 6,034 4,378 4,214 671 1,298 1658 1,173 19,800 1,631 8,946 64,167 5.69

Pahang 12,742 4,683 7,398 2,844 6,226 8,220 873 2,402 1,654 2,605 19,414 7,094 9,304 85,459 7.57

Perak 17,812 15,411 4,309 3,108 5,413 11,027 2,561 19,712 3,398 2,803 48,815 2,549 22,873 159,791 14.16

Perlis 898 5,997 380 281 500 890 1,702 2,208 1187 232 1,839 279 1,122 17,515 1.55

Pulau Pinang 4,879 22,775 1895 1,025 1,452 2,045 10,181 1528 1119 1070 10,545 1000 6,420 65,934 5.84

Sabah 3,153 2,206 944 1,217 1,559 1,260 2,622 644 971 5,688 3,807 513 2,325 26,909 2.38

Sarawak 5,442 3,237 1,563 1,320 2,370 2,646 3,364 484 917 3,712 4,602 1,007 3,678 34,342 3.04

Selangor 13,437 6,488 3,797 5,099 10,290 9,172 15,475 1451 4,696 2,308 2,359 3,388 56,045 134,005 11.88

Terengganu 5,049 2,041 8,071 859 1,371 7,758 2,523 421 1,142 646 1454 7,452 3,467 42,254 3.74

W.P. Kuala Lumpur 14,685 7,534 4,769 5,362 8,613 7,931 13,850 1,593 5,379 3,340 4,454 109,334 3,436 190,280 16.86 Total (In) 114,803 82,770 42,822 38,867 61,932 75,530 90,101 20041 67,950 27,451 31,090 289,226 36,743 149,104 1,128,430 % 10.17 7.33 3.79 3.44 5.49 6.69 7.98 1.78 6.02 2.43 2.76 25.63 3.26 13.21 100.00

Dj 0.10 0.07 0.04 0.03 0.05 0.07 0.08 0.02 0.06 0.02 0.03 0.26 0.03 0.13 1,128,430

(11)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?

Jadual 4c: Data matrik migrasi antara negeri dalam tempoh 5 tahun, 2000

Sumber: Malaysia (2004). Population and Housing Census of Malaysia 2000. Migration and Population Distribution. Putrajaya: Department of Statistics, Malaysia dan perhitungan analisis interaksi spatial

(O-D) berasaskan MCM.

Tahun 2010 (rujuk Jadual 4d) juga menunjukkan senario yang sama dengan tahun 2000. W.P. Kuala Lumpur kekal sebagai kawasan ketiga tertinggi menerima migrasi iaitu 7.66% selepas Selangor (36.57%) dan Kedah (9.07%). Pada tempoh ini, didapati peratusan migrasi bersih keluar bagi W.P. Kuala Lumpur menurun berbanding tahun 2000 iaitu 9.02% kepada 8.99% tahun 2010. Keadaan ini menunjukkan bahawa wujudnya faktor timbang-tara di dalam keputusan migrasi khususnya migrasi bandar ke bandar. Migrasi tidak lagi dilihat sebagai faktor penolak daripada kawasan origin tetapi ia bersifat suatu keputusan yang berobjektif untuk mencapai kepuasan serta kebahagian dalam kehidupan (Katiman et al., 2010; Mohd Fadzil, 2013; Clemens et al., 2014; Mohd Fadzil, 2017) sama ada untuk diri sendiri mahupun keluarga (Dustmann, et al., 2011). Selangor masih kekal sebagai kawasan tumpuan utama migrasi keluar dari W.P. Kuala Lumpur kerana faktor lokasi dan kemudahan mendapatkan kediaman yang lebih senang di Selangor terutamanya di bandar-bandar baharu yang bersempadan dengan kawasan W.P. Kuala Lumpur. Penawaran harga perumahan adalah mahal di W.P. Kuala Lumpur dan jenis perumahan adalah strata. Migrasi bandar-bandar selalunya hanya melibatkan perpindahan kediaman tetapi tidak bertukar tempat pekerjaan (Mohd Fadzil, 2017) dan keadaan ini berlaku di W.P. Kuala Lumpur dan Selangor.

Johor Kedah Kelantan Melaka SembilanNegeri Pahang Perak Perlis PinangPulau Sabah Sarawak Selangor Tereng-ganu W.P. Kuala Lumpur

Johor 3,938 2,730 8,820 9,241 7,871 6,481 476 3,050 2,067 1,818 27,393 3,930 10,213 88,028 8.44

Kedah 6,500 2,086 1,912 7,871 3,546 8,700 3,334 21,153 2,195 1,043 16,351 1,540 6,409 82,640 7.92

Kelantan 12,134 4,486 2,173 4,565 8,680 5,264 687 4,982 1,819 1,415 25,838 7,856 7,977 87,876 8.43

Melaka 7,640 1,343 758 5,297 1,891 2,062 173 1,134 904 904 10,614 1,064 3,897 37,681 3.61

Negeri Sembilan 8,161 2,069 1,100 5,261 3,667 2,856 296 1,049 858 1,301 17,898 1,068 5,628 51,212 4.91

Pahang 10,769 3,482 4,674 2,862 5,677 5,705 447 2,024 1,422 1,665 23,520 6,239 7,269 75,755 7.26

Perak 14,960 10,154 2,756 2,890 5,119 5,901 1,438 11,859 2,383 1,414 41,278 1,921 14,323 116,396 11.16

Perlis 867 3,916 327 266 472 389 1,127 2,022 155 583 2,411 213 861 13,609 1.30

Pulau Pinang 4,050 17,051 851 1,134 1,448 1,842 6,736 943 749 528 11,074 921 4,414 51,741 4.96

Sabah 5,478 2,305 538 1,291 2,319 2,110 2,628 214 1,662 3,842 14,060 1,090 4,103 41,640 3.99

Sarawak 7,372 1,865 1,068 1,519 3,040 2,821 2,648 698 1,557 3,786 9,706 1,240 5,264 42,584 4.08

Selangor 11,369 6,108 3,088 5,290 16,021 8,005 12,485 777 4,278 2,215 1,529 3,807 32,145 107,117 10.27

Terengganu 6,609 2,212 4,839 1,630 2,477 7,500 2,195 311 1,657 843 616 12,039 3,545 46,473 4.46

W.P. Kuala Lumpur 11,267 6,462 3,358 5,565 10,291 7,032 10,881 907 4,944 2,448 2,175 131,423 3,411 200,164 19.19 Total (In) 107,176 65,391 28,173 40,613 73,838 61,255 69,768 10701 61,371 21,844 18,833 343,605 34,300 106,048 1,042,916

% 10.28 6.27 2.70 3.89 7.08 5.87 6.69 1.03 5.88 2.09 1.81 32.95 3.29 10.17 100.00

Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri

Dj 0.10 0.06 0.03 0.04 0.07 0.06 0.07 0.01 0.06 0.02 0.02 0.33 0.03 0.10 1,042,916

(12)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan? Jadual 4d: Data matrik migrasi antara negeri dalam tempoh 5 tahun, 2010

Sumber: Malaysia (2014). Population and Housing Census of Malaysia 2010. Migration and Population Distribution. Putrajaya: Department of Statistics, Malaysia dan perhitungan analisis interaksi spatial

(O-D) berasaskan MCM.

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Kertas kerja ini telah membincangkan keputusan analisis tren dan interaksi migrasi berasaskan kepada MCM yang mana W.P. Kuala Lumpur merupakan antara kawasan yang menjadi tumpuan destinasi migrasi masuk utama. Dari ranking kedua pada tahun 1980, berubah hanya ke rangking ketiga pada tahun 2000 dan kekal berada di ranking tersebut pada tahun 2010. Selangor menerima migrasi masuk yang tertinggi dan kedudukannya kekal sehingga 2010, malahan, peratusan migrasi masuk ke negeri ini menunjukkan tren bertambah dari 22.21% tahun 1980 kepda 36.57% tahun 2010. Negeri-negeri maju yang lain seperti Johor, Pulau Pinang, dan Perak tidak dapat menyaingi kekuatan tarikan migrasi yang wujud di W.P. Kuala Lumpur. Keadaan ini menimbulkan persoalan kenapa W.P. Kuala Lumpur menjadi tumpuan migrasi masuk utama?. Persoalan ini tidak mengambil kira senario migrasi keluar dari W.P. Kuala Lumpur yang melebihi migrasi masuk kerana ia disebabkan oleh faktor-faktor selepas migrasi yang lebih agak jelas seperti dibincangkan oleh Mohd Fadzil (2017) dan Mohd Fadzil et al., (2014) iaitu berkaitan dengan keputusan pemilihan-destinasi migrasi bandar-bandar yang dipengaruhi oleh faktor spatial-ekonomi seperti untuk memiliki kediaman yang dimampui di kawasan baharu tetapi masih dekat dengan tempat bekerja. Lihat juga perbincangan oleh Mohd Fadzil dan Ishak (2007a; 2007b).

Kembali kepada persoalan di atas, beberapa perkara yang boleh dilihat sebagai faktor tarikan utama migrasi masuk ke W.P. Kuala Lumpur. Mohd Fadzil (2017) menjelaskan bahawa pada tahun 1980an, tarikah migrasi masuk ke W.P. Kuala Lumpur adalah banyak dipengaruhi oleh faktor penolakan migrasi di luar bandar seperti kurang peluang pekerjaan, kesempitan hidup

Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri

Johor 5,378 4,256 8,092 6,973 7,845 5,950 1055 3,668 2,068 2,186 33,955 3,124 6,463 91,013 10.03

Kedah 2,462 2,476 1,439 2,077 3,056 7,897 6,213 19,035 1,160 1,284 19,671 1,481 3,365 71,616 7.89

Kelantan 3,639 6,891 1,369 2,363 7,957 4,928 2189 4,439 1,595 1,646 25,769 5,903 3,672 72,360 7.98

Melaka 3,784 1,860 834 3,545 1,698 1,621 342 1,085 687 743 12,177 705 2,596 31,677 3.49

Negeri Sembilan 3,475 2,450 1,349 4,664 3,145 2,626 470 1,233 852 1,083 20,037 875 3,044 45,303 4.99

Pahang 3,966 4,062 4,791 1,746 3,592 4,133 617 2,131 973 1,201 23,854 4,833 3,832 59,731 6.58

Perak 4,722 12,059 2,733 1,684 2,545 4,976 2,280 12,574 2,750 1,583 39,930 1,637 7,473 96,946 10.69

Perlis 284 4,051 354 234 1024 354 1,052 1,685 186 227 2,686 207 438 12,782 1.41

Pulau Pinang 1,357 22,072 1313 689 839 1,584 6,461 2103 736 497 13,147 746 2374 53,918 5.94

Sabah 2,317 2,043 1399 694 3,861 1,631 2,585 280 1,517 4,234 16,502 635 2,550 40,248 4.44

Sarawak 2,777 1,863 974 797 1,458 1,348 1,987 324 1,364 3,968 10,073 559 3,141 30,633 3.38

Selangor 6,189 9,995 6,057 5,624 8,179 10,802 13,960 2298 5,855 3,028 2,279 4,165 28,535 106,966 11.79

Terengganu 2,001 2,782 5,337 912 1,346 8,658 1,993 893 2,075 680 788 13,543 1,972 42,980 4.74

W.P. Kuala Lumpur 4,898 6,778 4,366 3,329 5,573 5,748 7,549 1191 4,576 2267 2242 100,379 2,089 150,985 16.64

Total (In) 41,871 82,284 36,239 31,273 43,375 58,802 62,742 20255 61,237 20,950 19,993 331,723 26,959 69,455 907,158 % 4.62 9.07 3.99 3.45 4.78 6.48 6.92 2.23 6.75 2.31 2.20 36.57 2.97 7.66 100.00

Dj 0.05 0.09 0.04 0.03 0.05 0.06 0.07 0.02 0.07 0.02 0.02 0.37 0.03 0.08 907,158

(13)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan? dan ingin meningkatkan pendapatan isi rumah, dan kesannya mendorong penduduk bertumpu ke W.P. Kuala Lumpur yang menawarkan peluang pekerjaan, ekonomi dan kemudahan yang lebih baik. Bagaimanapun, keadaan ini telah berubah dari masa ke semasa selari dengan tahap urbanisasi. Sejak tahun 2000 sehingga kini, tingkah laku migrasi telah didominasikan oleh corak migrasi bandar ke bandar. Ini menunjukkan bahawa faktor-faktor migrasi bukan lagi berkisar kepada faktor penolakan tetapi dipengaruhi oleh faktor-faktor keputusan pemilihan-destinasi migrasi berasaskan kepada dorongan untuk mencapai keselesaan dan kepuasan dalam hidup (Mohd Fadzil, 2017; Mohd Fadzil et al., 2014; Ballas,

2013; Biagi et al., 2006). Jadi, Metropolitan Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai

peluang ekonomi moden berasaskan kewangan, insuran/ takatul, hartanah, borongan dan perdagangan runcit seperti peralatan IT, pakaian berasaskan online, perhotelan serta pelbagai jenis pekerjaan di sektor kerajaan (rujuk Jadual 2), adalah memenuhi kehendak golongan muda untuk berhijrah ke sana (Mohd Fadzil, 2017). Mereka ini tidak mempunyai masalah yang besar dari segi tempat tinggal kerana boleh menyewa bilik dan mendiami rumah bujang beramai-ramai (Mohd Fadzil, 2017). Selain itu, sektor kerajaan ada juga menawarkan perumahan awam sebagai rumah transit bagi golongan yang baharu ingin menceburi bidang pekerjaan di bandar. Golongan muda ini tidak menimbulkan kerumitan dan permasalahan yang besar kepada sektor bandar kerana mereka berpendidikan tinggi, berkemahiran dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk membina kehidupan walaupun dalam persekitaran bandar yang mencabar. Tidak kurang daripada mereka adalah merupakan graduan-graduan universiti yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi di sekitar atau di sempadan W.P. Kuala Lumpur. Maka, Metropolis Kuala Lumpur adalah kawasan strategik untuk mereka mendapatkan pekerjaan pertama. Berikutan itu, kadar penggangguran di Metropolitan Kuala Lumpur adalah lebih rendah iaitu 3.3% berbanding 3.4% di peringkat nasional (Jabatan Statistik, Malaysia, 2016). Situasi kemasukan migran ini dijangkakan akan berterusan di masa hadapan dengan corak migrasi yang lebih unik dan dinamik seiring dengan kemajuan di dalam teknologi pengangkutan dan komunikasi dan serta maklumat.

Tidak boleh dinafikan juga, selain daripada faktor-faktor tarikan yang ditawarkan di Metropolitan Kuala Lumpur, faktor-faktor ketidakseimbangan dalam agihan aktiviti ekonomi dan pekerjaan di Malaysia turut menjadi sebab yang signifikan berlakunya pertumpuan migrasi di bandar-bandar besar khususnya di Metropolitan Kuala Lumpur. Perkara ini dapat dilihat berasaskan interaksi migrasi pada Jadual 4c dan 4d, di mana negeri-negeri yang mempunyai penawaran pekerjaan seperti sektor industri pembuatan, automatif, dan elektronik telah menjadi destinasi migrasi yang agak tinggi seperti di Johor, Pulau Pinang, Pahang, Kedah dan Perak. Seperti perbincangan di sorotan literatur di atas, migrasi menjadi agen kepada proses urbanisasi yang lebih pesat kepada kawasan destinasi dan sekaligus membawa kepada perubahan struktur demografi, ekonomi, dan cara hidup. Setelah mencapai kestabilan dari segi kewangan dan status hidup, mereka ini yang masih umur belia akan keluar dari W.P. Kuala Lumpur untuk mencari kualiti kehidupan yang lebih baik menerusi pemilihan rumah sendiri dan berada di kawasan-kawasan persekitaran perumahan yang lebih sejahtera dengan kemudahan sosial lebih terjamin. Situasi ini antara penyumbang utama kepada migrasi bersih keluar yang tinggi di W.P. Kuala Lumpur. Tingkah laku migrasi keluar masuk ini tidak dapat dielakkan kerana migrasi adalah suatu keputusan yang unik untuk mencapai keselesaan dan kepuasan dalam kehidupan.

Sehubungan itu, adalah menjadi peranan sektor bandar untuk membuat perancangan yang lebih teliti terhadap golongan migran ini terutama dari segi rumah sewa, rumah mampu milik dan infrastrutur serta perkhidmatan bandar yang lebih efesien. Ianya berlaku secara berterusan dan semakin dinamik dengan karektor dan kehendak migranyang semakin berbeza dari masa ke semasa. Kemajuan di dalam teknologi pengangkutan awam akan banyak menangani permasalahan yang ditimbulkan oleh migran khususnya kesesakan trafik

dan penawaran perumahan di bandar. Dalam hal ini, konsep smart growth didapati seiring

(14)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan? terjamin serta menangani permasalahan yang datang bersama-sama proses urbanisasi (Chourabi et al., 2012) yang perlu diteliti oleh sektor bandar terutamanya jururancang

bandar.

RUJUKAN

Abdelatti, H., Elhadary, Y., & Babiker, A. A. (2017). Nature and trend of urban growth in Saudi Arabia: The case of Al-Ahsa Province – Eastern Region. Resources and Environment, 7(3), 69-80.

Abou-Korin, A. A., & Al-Shihri, F. S. (2015). Rapid urbanization and sustainability in Saudi Arabia: The case of Dammam Metropolitan Area. Journal of Sustainable Development, 8(9), 52-65.

Ballas, D. (2013). City profile: What makes a ‘happy city’? Cities, 539-550.

Berry, J. W. (2001). A psychology of immigration. Journal of Social Issues,57(3), 615-631.

Biagi, B., Lambiri, D., & Royuela, V. (2006). Quality of Life in the Economic and Urban Economic Literature: U N I V E R S I T À D I C A G L I A R I.

Brezis, E. S. (2016). Why Migrate: For Study or for Work? Economies, 4(17), 1-12.

Chourabi, H., Gil-Garcia, J. R., Pardo, T. A., Nam, T., Mellouli, S., Scholl, H. J., et al. (2012).

Understanding Smart Cities: An Integrative Framework. Paper presented at the 45th Hawaii

International Conference on System Sciences.

Clemens, M.A., Ozden, C., & Rapoport, H. (2014). Migration and development research is moving far beyond remittances. World Development, 64 121–124.

Dang, N. A. (2003). Internal migration policies in the ESCAP region. Asia-Pacific Population Journal, 18(3), 27-40.

Dustmann, C., Fadlon, I., & Weiss, Y. (2011). Return migration, human capital accumulation and the brain drain. Journal of Development Economics, 95(1), 58-67.

Gubhaju, B., Seetharam, K. S., & Huguet, J. W. (2001). Demographic dynamics in the ESCAP region: Implications for sustainable development and poverty. Asia-Pacific Population, 16(1), 45-66.

Guest, P. (1994). The impact of population change on the growth of mega-cities. Asia-Pacific Population Journal, 9(1), 37-56.

Jiang, S., Joseph Ferreira, J., & González, M. C. (2015). Activity-Based human mobility patterns inferred from mobile phone data: A case study of Singapore. Paper presented at the UrbComp'15.

Katiman R, Mohd Fuad MJ, Aishah M (2010) Migrasi keluar dan rebakan bandar: bukti di pinggiran wilayah metropolitan Lembah Klang, Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities (e-Bangi), 5(2), 184-198

Khraif, R. M., Salam, A. A., Elsegaey, I., Aldosari, A. A., & Al–Mutairi, A. (2015). Demographic challenges of the rapidly growing societies of the Arab World. In R. J. E. H. Tiliouine (Ed.), The State of Social Progress of Islamic Societies, International Handbooks of Quality-of-Life. New

York: Springer International Publishing Switzerland.

Khraif, R., Salam, A. A., Potty, R. S., Aldosari, A., Elsegaey, I., & AlMutairi, A. (2016). Variations in basic demographics consequential to population size of governorate in Saudi Arabia.

SpringerPlus, 5(1431), 1-14.

Mohd Fadzil AR (2013) Tingkah laku migrasi sebagai satu masalah keputusan: Penyelesaian berasaskan kepada AHP. Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Ke-4, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.

Mohd Fadzil, A. R. and Ishak, A. G. (2007a). Analysing trend and distribution of migration in Klang Valley Region, Malaysia, By Using Gini Index’. Paper presented at ICCX-IX, Shah Alam, December 12-14 2007.

Mohd Fadzil, A. R. and Ishak, A. G. (2007b). Analisis interaksi migrasi dan pertumbuhan bandar di Wilayah Lembah Klang, Malaysia, Menggunakan Model Komponen Berganda (Multiplication Component Model). Pembentangan di Seminar Kebangsaan Rupa Bandar Malaysia, Lumut

Perak, 27 & 28 November 2007. negeri Perak dari 1980-2000 dan penelitian awal terhadap implikasinya. Proceeding of the

International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment

(15)

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?

Mohd Fadzil, A.R., Ishak, A.G., Ibrahim, N., & Suziana, M.Y. (2014). Evaluation of migration-decision selectivity factors in the metropolitan area: A case study in Klang Valley Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities (e-Bangi)9(1), 034-044.

Mohd Fadzil, A.R., Suharto, T., Wan Rabiah, W.O., & Mohd Roswodi, M.Z. (2016). Urban-to-urban migration in Malaysia: A case study of the East Coast Corridor Economic Region. Malaysian Journal of Society and Space 12(4), 131-146.

Moonen, T., & Clark, G. (2013). The Business of Cities 2013: What do 150 city indexes and benchmarking studies tell us about the urban world in 2013? : Jones Lang LaSalle.

Ngah, I. (1998). "Urban planning: A framework. Journal Alam Bina,1(1): 1-9.

Obudho, R. A. (1994). Population distribution in Africa: Urbanization under weak economic conditions.

Paper presented at the Population distribution and migration, Cairo.

Pacione, M. (2001). Urban geography: A global perspective. London and New York: Routledge.

Plane, D. A., & Rogerson, P. A. (1994). The geographical analysis of population with application to planning and business. New York: John Wiley & Sons, Inc.

Raymer, J., & Rogers, A. (2005). Using age and spatial flow structures in the indirect estimation of migration streams. United Kingdom: University of Southampton.

Sheller, M., & Urry, J. (2006). The new mobilities paradigm. Environment and Planning, 38: 207-226.

Skeldon, R. (1998). Urbanisation and migration in the ESCAP region. Asia-Pacific Population Journal, 13(1), 3-24.

Skeldon, R. (2010). The current global economic crisis and migration: Policies and practice in origin and destination. Working paper. Development Research Centre on Migration, Globalisation and Poverty, University of Sussex, Brighton.

UNDP. (2009). Human Development Report 2009. USA: UNDP.

Willis, K. (2010). Introduction: mobility, migration and development. International Development Planning Review, 32(3–4): 1-14.

Zhao, K., Tarkoma, S., Liu, S., & Vo, H. (2016). Urban Human Mobility Data Mining: An Overview. Paper

Gambar

Figure 1: Sumbangan relatif migrasi terhadap pertumbuhan bandar mengikut kadar urbanisasi  Sumber: Ubahsuai semula daripada Mohd Fadzil dan Ishak (2011)

Referensi

Dokumen terkait

Teknik penyampaian materi perkuliahan dengan menggunakan perangkat mnemonik diharapkan dapat meningkatkan kemampuan mahasiswa dalam mengingat kembali materi yang telah disampaikan

Perekonomian Indonesia yang semakin Kompetetif menjadikan perusahaan harus memiliki SDM yang memadai dan menguasai sistem secara baik juga memiliki pelyanan yang baik terhadap

Hal tersebut dapat disebabkan pada konsentrasi yang tinggi viskositas dari larutan juga semakin tinggi sehingga menghalangi interaksi antara molekul kitosan dengan

Persoalan ini berjaya dijawab melalui pendekatan eksperimen separa yang dijalankan terhadap dua kumpulan pelajar tingkatan dua: Kumpulan Eksperimen ( X1 ) menerima rawatan

Menurut Arikunto dalam Iskandar dan Narsim (2015, hlm.48) tes yaitu “serentetan pertanyaaan atau latihan serta alat lain yang digunakan untuk mengukur keterampilan

Ternak babi yang mengkonsumsi tepung bangun-bangun mempunyai konsumsi ransum yang lebih tinggi dibandingkan yang tidak mengkonsumsi, hal ini disebabkan oleh komponen zat

Karena itu untuk memperoleh suatu kondisi transportasi yang baik dalam arti aman, murah, cepat dan nyaman, tidak terlepas dari interaksi tiga elemen yang merupakan sistem tata