• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH INGGERIS MENGENEPIKAN UNDANG UNDA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAEDAH INGGERIS MENGENEPIKAN UNDANG UNDA"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

SUBJEK

(PPPG 1133) SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

TAJUK

HURAIAN PENDEKATAN INGGERIS DALAM

MENGENEPIKAN PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG

TEMPATAN DI TANAH MELAYU

NAMA PELAJAR

MOHD REZUAN BIN MD NAWAWI (GB 02509)

MOHD AL ALIUDIN ATAL BIN HISYAMUDDIN (GB02502)

ABDUL RAZALI BIN ABDULLAH SANI (GB02467)

NAMA PENSYARAH

PROF. DR NASRAN BIN MOHAMMAD

PROF. MADYA DR. ZAINI NASOHAH

PUSAT PENGAJIAN

(2)

PENGENALAN

Pada abad-abad Tahun Masihi, terdapat perhubungan di antara penduduk-penduduk Tanah Melayu dengan benua-benua kecil India. Hasil dari perhubungan itu, wujud beberapa buah kerajaan India di Tanah Melayu dan pulau-pulau besar yang kini menjadi sebahagian Indonesia. Tamadun India pula telah memperkenalkan agama Hindu dan Buddha di Kepulauan Melayu, dan Kerajaan Langkasuka di Utara Tanah Melayu merupakan pengaruh Buddha yang kuat pada zaman itu. Kesan peninggalan sejarah keagungan empayar ini telah ditemui di Lembah Bujang, Kedah dan di beberapa tempat di Negeri itu dan juga Perak. Banyak peralihan kuasa-kuasa besar pada ketika itu, menjadikan banyak peraturan dan undang-undang telah dimulakan di Tanah Melayu pada abad-abad Tahun Masihi ini sehinggalah kemunculan beberapa kerajaan-kerajaan Awal di Tanah Melayu.

Kerajaan-kerajaan awal atau boleh dikenali dengan Kerajaan Melayu Tua wujud di Kepulauan Melayu adalah antaranya, Kerajaan Chih-Tu di Kelantan, Kerajaan Tan-Tan Di Terengganu, Kerajaan Loh Yueh Di Selatan Tanah Melayu, Kerajaan Kedah Tua Di Kedah, Kerajaan Gangga Negara Di Perak. Sistem pemerintahan kerajaan-kerajaan awal ini atau Kerajaan Melayu Tua ini adalah merupakan system pemerintahan yang tersusun seperti mana dibuktikan oleh kerajaan Tun Suun dan Chih-Tu. Sistem kerajaan ini adalah bermiripkan sistem pemerintahan di India. Ini disebabkan pengaruh-pengaruh India yang dibawa oleh saudagar-saudagar India yang berdagang di Tanah Melayu. Mereka juga yang menyebarkan fahaman ajaran Agama Hindu dan Buddha di Kepulauan Melayu seterusnya mengamalkan peraturan dan undang-undang yang ada dalam agama Hindu dan Buddha. (Malaysia kita, 2000)

(3)

iaitu Alfonso de Albuquerque, Melaka mengamalkan sistem undang-undang tersendiri selepas kehadiran islam yang di bawa oleh pedagang islam di Melaka sehingga Sultan dan Pemerintah Melaka memeluk Agama Islam. Antara perundangan yang telah dibuat awal di semasa era pemerintahan Melaka ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-Undang Darat, Risalah Hukum Kanun. Bagi pengamalan setempat yang memeluk Islam terdapat juga Hukum Perkahwinan Islam, Hukum Perdagangan dan Syahadat.

Ini jelas membuktikan bahawa pemakaian undang-undang tempatan di Melaka telah wujud sebelum penaklukan Portugis, Belanda dan Inggeris akhirnya kepada pembawaan undang-undang British setelah mereka membuat perluasan jajahan ke Tanah Melayu dan pemakaian undang-undang mengikut asal Negara yang menjajah.

(4)

KAEDAH INGGERIS MENGENEPIKAN UNDANG SEDIA ADA

Inggeris merupakan pengaruh dan kuasa asing yang terakhir bertapak di Negeri-Negeri Melayu. Pengaruh Inggeris dan campur tangan mereka dalam hal ehwal pentadbiran Negeri Negeri Melayu telah membawa kepada kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. Namun kehadiran Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu selama hampir 100 tahun telah banyak mengubah kedudukan Negara ini sehingga membawa kepada kemerdekaannya pada tahun 1957. Seperti juga Portugis, Belanda dan Sepanyol, kehadiran Inggeris di Kepulauan Melayu adalah menyertai perlumbaan dalam monopoli perdagangan di Asia Tenggara dan seterusnya meluaskan kuasa mereka di Negeri-Negeri Melayu.

Penubuhan Kompeni Hindia Timur Inggeris pada tahun 1600 telah memberikan laluan kepada pihak Inggeris untuk cuba mengusai perdagangan di Selat Melaka. Pada tahun 1669 sehingga ke tahun 1676, Kompeni Hindia Timur Inggeris telah membeli bijih timah di Kedah menerusi pedagang-pedagang negeri. Pedagang-pedagang negeri ini adalah saudagar Inggeris yang telah menetap di Timur. Pedagang ini menggunakan Madras dan Benggala sebagai pusat operasi mereka. Mereka belayar ke gugusan Kepulauan Melayu untuk berdagang. Pada tahun 1737, Kompeni Hindia Timur Inggeris ini telah membeli bijih timah dari Johor dan Terengganu, pada tahun 1765 dari Riau dan pada Tahun 1797 Inggeris membeli bijih timah dari Linggi dan Kuala Selangor. Pihak Inggeris mengukuhkan kedudukan mereka di Selat Melaka apabila kedudukan dan kekuatan Belanda di Melaka morosot.

(5)

Dalam beberapa siri penjajahan demi penjajahan terhadap tanah Melayu, boleh dikatakan hampir kesemua peraturan, undang-undang adat dan berkaitan dengan undang undang tempatan telah dipinggirkan oleh semua penjajah. Bermula daripada Portugis, Belanda, sehinggalah Inggeris. Ini menjadikan Tanah Melayu itu sinonim dengan peraturan-peraturan yang dibawa oleh penjajah barat sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu mahkamah. Di mahkamah, kes-kes sivil yang merubah corak hidup orang melayu menjadi lebih peka kepada keadaan semasa. Ini sepertilah pencabulan undang-undang Islam oleh hakim sendiri terhadap kes wasiat di dalam kes in the Goods of Abdullah (1835) 2 Ky. Ect.8. dalam kes tersebut Hakim Malkui R. telah memutuskan bahawa seorang Islam boleh melalui wasiat menukar seluruh hartanya dan pemindahan milik itu sah pro tonto walaupun bertentangan dengan hukum syarak Islam. (Sistem Undang-Undang di Malaysia, Pusat Kembangan Pendidikan UKM Bangi, 2006).

Mengambil kira bahawasanya tidak ada badan undang-undang yang sah untuk dikuatkuasakan di setiap negeri yang dijajah. Inggeris mengambil pendekatan yang mudah dengan memperkenalkan Piagam-piagam Diraja yang memberi asas kepada pembentukan system kahakiman. Tiga piagam diraja yang diperkenalkan iaitu piagam pertama telah diberikan kepada Pulau Pinang pada 1807. Piagam kedua pula kepada Negeri-negeri selat pada tahun 1826 apabila Melaka dan Singapura bergabung di bawah negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pejabat Kolonial. Sementara piagam ketiga diberikan kepada Syarikat Hindia Timur dalam tahun 1855, yang juga memberikan kuasa yang sama kepada Mahkamah Keadilan di Negeri-negeri Selat.

(6)

Mengambil perkembangan Undang-undang Inggeris di Melaka pula. Melaka secara keseluruhannya memang terkenal dengan undang-undang tempatan yang sedia ada. Namun penjajahan demi penjajahan berlaku di Melaka bermula daripada Portugis sehingga kepada akhirnya iaitu Inggeris, pemakaian undang-undang sering bertukar-tukar dan akhirnya pemakaian undang undang Inggeris di bawah jajahan England di perkenalkan melalui piagam kedua apabila Melaka dan Singapura bergabung di bawah Pulau Pinang pada tahun 1826 menjadi Negeri-negeri Selat. Umumnya setelah menduduki Melaka pada tahun 1795, British terpaksa mengambalikan Melaka kepada Belanda dalam tahun 1818. Dalam tempoh peralihan tersebut, Inggeris memberikan perhatian yang khusus dalam menyusun semula pentadbiran Melaka. Pegawai yang memerintah diberikan kuasa untuk membetulkan semula acara Majlis Keadilan, tetapi pada prinsipnya tidak ada perubahan yang dibuat.

Pendudukan Belanda di tanah Melaka pada tahun 1818 yang hanya berkuatkuasa sementara waktu itu langsung tidak memberikan impak kepada sebarang perubahan. Ini menjadikan Melaka hanya seperti penjajahan yang sama seperti Inggeris. Hanya apabila pada tahun 1826 Inggeris mengambil alih Melaka kembali secara tetap Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, perancangan untuk mengadakan pentadbiran undang-undang yang tetap dan apabila menjadi sebahagian negeri negeri selat suatu Piagam Keadilan Diraja meluaskan kelulusan Mahkamah Keadilan Pulau Prince Of Wales ke Melaka dan Singapura iaitu Undang-undang Inggeris terpakai di negeri tersebut. Antara undang-undang yang digunakan semasa penyerahan tersebut ialah undang Adat, undang Islam, Undang-undang Penduduk tempatan yang bukan melayu dan Undang-Undang-undang Belanda yang tertentu.

(7)

Dalam erti kata lain, setiap undang-undang yang ada di Pulau Pinang juga merupakan undang-undang yang ada sama seperti di Melaka dan Singapura. Setiap perundangan yang asalnya daripada Pulau Pinang merupakan juga undang-undang yang digunapakai oleh Mahkamah Keadilan di Melaka dan Singapura. Kelicikan Inggeris dalam memperaktikkan undang-undang ini dalam mengenepikan undang-undang tempatan adalah amat luar biasa. Mereka memperkenalkan setiap inci undang baru untuk mengenepikan undang-undang tempatan bagi membolehkan perluasan kuasa serta pemonopolian terhadap tanah jajahan itu menjadi kenyataan. Ini sama seperti juga negeri-negeri di Tanah Melayu yang lain.

Begitu juga keadaan yang sama di Singapura. Singapura yang pada sebelum itu dikenali dengan nama Temasik, telah ditubuhkan kerajaannya oleh seorang putera raja yang berasal daripada Palembang. Temasik pada mulanya adalah sebuah pelabuhan yang maju kerana logistiknya terletak ditengah-tengah laluan India dan China. Ini menjadikan Temasik antara pelabuhan yang gemar disinggahi oleh para pedagang. Umumnya, oleh kerana Kerajaan Temasik didirikan oleh putera raja yang berasal daripada Palembang, sudah tentu adat dan peraturan Hindu itu terpakai oleh kerajaan Temasik sendiri. Ini berlarutan sehingga pembukaan semula oleh Inggeris iaitu Stamford Raffles dalam pada tahun 1819. Perlantikan pegawai pertama yang menjadi Ketua Majistret juga dilakukan oleh beliau. Oleh kerana pada peringkat awal Singapura tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan peraturan-peraturan dan pentadbiran keadilan, Stamford memerintahkan agar pegawai pertama tersebut untuk mentadbir secara adil dan mentadbir mengikut kebijaksanaannya sendiri.

(8)

Sebelum kemasukan undang-undang Inggeris ke negeri Melayu Bersekutu, negeri-negeri ini mengamalkan undang-undang tersendiri seperti Adat Pepatih di daerah daerah Negeri Sembilan dan Adat Temenggung di negeri-negeri lain. Sebahagian besar undang-undang ini tidak bertulis. Ini memudahkan Inggeris untuk melakukan perluasan Kuasa melalui undang-undang dengan memperkenalkan Enakmen Undang-undang Sivil 1937 yang secara rasminya diperkenalkan dinegeri Melayu Bersekutu. Dan Enakmen ini kemudian diperluaskan lagi ke negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1951 melalui Ordinan Undang-Undang Sivil (Perluasan). Seperti di Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Pepatih bertambah rumit akibat penggubalan Enakmen Pemegang Tanah Adat yang bertujuan menyekat urusniaga yang berhubung dengan tanah pusaka yang membezakan di antara tanah adat dan bukan adat.

Melalui pemilikan tanah juga Inggeris mengubah undang undang sedia ada agar undang undang Inggeris dapat digunapakai. Pemakaian undang-undang Inggeris di Negeri Selat bermula di Pulau Pinang apabila Syarikat Hindia Timur Inggeris memajak Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Pulau Pinang sebelum itu merupakan wilayah negeri Kedah yang diperintah oleh sultan yang beragama Islam. Pulau Pinang diserahkan dengan cara sewaan kepada Inggeris pada tahun 1791 dan bukanlah satu wilayah yang diduduki. Inggeris menggunakan alasan Pulau Pinang tidak didiami orang dan bukan milik sesiapa sebagai justifikasi untuk mengguna pakai undang-undang yang dibawa oleh mereka ke atas pulau itu, walau pun hakikatnya Inggeris sendiri memajak Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Inggeris seolah-olah telah menafikan hak Sultan Kedah dan undang-undang Kedah ke atas Pulau Pinang.

(9)

Walau bagaimana pun, pemakaian undang-undang tanah adat Melayu dan Islam di Melaka berakhir pada tahun 1861 apabila pentadbir Inggeris yang memerintah negeri tersebut meluluskan undang-undang baru yang memperuntukkan bahawa semua tanah dalam negeri Melaka yang belum dilupuskan adalah diisytiharkan menjadi milik pemerintah sebagaimana undang-undang tanah Inggeris yang dipakai di England pada masa itu (Salleh Buang, 2007). Pulau Pinang dan Melaka pada peringkat awal menerima pakai undang-undang tanah yang dikenali sebagai Sistem Surat ikatan Inggeris. Namun bagi tujuan penyeragaman undang undang tanah di semenanjung Tanah Melayu, undang-undang baru yang digubal membolehkan dua negeri ini kemudiannya turut menerima pakai sistem undang-undang tanah berasaskan kepada sistem Torrens.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Keempat-empat negeri ini merupakan negeri yang merdeka dan berdaulat di bawah pemerintahan sultannya masing-masing. Sultan Pahang ialah pemerintah yang mempunyai kuasa perundangan dan eksekutif secara mutlak, terhad hanya kepada sekatan-sekatan yang ditentukannya sendiri. Baginda mempunyai kuasa penuh dan hanya baginda sendiri yang akan menentukan sekatan terhadap kuasa baginda. Undang-undang yang dipakai bagi orang Islam di Selangor,Perak dan Pahang adalah undang-undang Islam, manakala di Negeri Sembilan terdapat undang-undang adat dipakai dibeberapa daerah tertentu.

Namun sebagaimana nasib undang undang Islam dan adat di negeri-negeri selat, sistem ini akhirnya dimansuhkan dan digantikan dengan sisten Torrens selepas kedatangan pentadbir Inggeris di Negeri Melayu Bersekut. Undang-undang Torrens yang pertama dilaksanakan di Selangor ialah Peraturan Pendaftaran Hak Milik 1891, yang kemudiannya dijadikan contoh bagi penggubalan undang-undang yang sama di negeri negeri lain dalam Negeri Melayu Bersekutu.

(10)

negeri-negeri ini selepas berlakunya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 antara kerajaan Inggeris dengan kerajaan Siam (SallehBuang, 2007).

Antara kesan perjanjian ini ialah Inggeris menempatkan seorang penasihat atau Residen Inggeris disetiap negeri berkenaan. Johor merupakan negeri yang terakhir jatuh ke tangan Inggeris. Kesan kepada pendudukan Inggeris ke atas negeri-negeri ini, Inggeris telah memperkenalkan undang-undang tanah berasaskan kepada sistem Torrens yang perlu diterima pakai di seluruh Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pada hakikatnya, walau pun undang-undang pentadbiran tanah yang diamalkan di Malaysia pada hari ini adalah bermodelkan sistem yang dibawa dari Australia Selatan iaitu system Torrens, namun pengaruh undang-undang Islam dan adat Melayu masih lagi wujud dan diiktiraf pemakaiannya dalam hal-hal tertentu. Perkara ini dapat dilihat melalui penggubalan beberapa jenis undang-undang bagi mengawal, mengatur dan mentadbir hal-hal berkaitan hartanah. Namun demikian, Kanun Tanah Negara 1965 merupakan undang-undang utama yang telah digubal bagi penyeragaman undang-undang tanah di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Sabah dan Sarawak). Walau pun menjadi undang-undang utama mengenai tanah di Malaysia, namun ianya tidak boleh menyentuh apa-apa pelaksanaan lampau atau apa-apa perkara yang dibuat mengenai tanah di bawah mana-mana undang undang tanah dan peruntukan-peruntukan undang-undang lain yang diluluskan sebelum berkuat kuasanya kanun ini.

(11)

namun sekiranya terdapat peruntukan yang berlawanan dengan undang-undang berkaitan perkara yang disebut dalam seksyen 4(2) Kanun Tanah Negara 1965, maka

peruntukan itu akan dipakai dan prinsip Torrens di dalam Kanun Tanah Negara 1965 akan ditolak. Oleh itu, secara jelasnya Kanun Tanah Negara 1965 melalui peruntukannya memberi ruang kepada pemakaian prinsip undang-undang lain di samping sistem Torrens.

Di Malaysia, undang-undang adat berkaitan harta boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu undang-undang adat Perpatih dan undang-undang adat Temenggong.Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan khususnya di daerah-daerah Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Jelebu dan Seremban serta beberapa daerah di Melaka seperti Naning dan Alor Gajah.Manakala Adat Temenggong pula diamalkan di negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,Johor, Terengganu dan Kelantan.

(12)

Berbeza dengan adat Perpatih, adat Temenggong pula merupakan satu sistem undang-undang adat yang berbentuk patrilineal. Undang-undang-undang adat ini telah diubah suai oleh undang undang Islam di dalam semua bidang seperti perkahwinan, pewarisan, hartanah, jenayah dan sebagainya. Mengikut adat Temenggong, pewarisan harta sebenar (real property) atau hartanah tertakluk kepada prinsip undang-undang syarak yang telah diubahsuai oleh

adat, tetapi jualan tanah di antara dua pihak yang masih hidup dari suku adat yang berlainan tidak diatur kecuali melalui Kanun Tanah Negara 1965. Undang-undang Islam yang diamalkan adalah bercampur aduk dengan undang-undang adat Melayu. Malah dalam beberapa kes tertentu undang-undang adat Melayu itulah yang dikatakan undang-undang Islam.

Umpamanya mengenai harta sepencarian dan harta syarikat yang dianggap sama pengertiannya seperti yang dilaporkan oleh E.N Taylor, seorang bekas hakim dan pengkaji sejarah Melayu. Peraturan mengenai harta sepencarian berasal daripada adat Melayu. Menurut adat Temenggong harta yang diperolehi semasa perkahwinan pada amnya disebut dengan istilah harta sepencarian. Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri dalam masa perkahwinan. Di dalam kes Hajjah Lijah bt Jamal melawan Fatimah bt Mat Diah (1950), Hakim Briggs memutuskan, harta sepencarian ialah harta yang diperolehi samasa perkahwinan antara suami isteri hasil daripada sumber-sumber mereka berdua atau hasil daripada usaha mereka bersama. Harta sepencarian mengikut adat Temenggong adalah sama dengan istilah harta carian suami isteri dalam sistem adat Perpatih, iaitu harta yang diperolehi semasa perkahwinan atas usaha bersama. Pengertian ini didasarkan kepada pendapat Jawatankuasa Kadi Besar dan Kadi Pahang dalam tahun 1930 dan Kadi Larut serta Majlis Mesyuarat Negeri Perak tahun 1907.

(13)
(14)

KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan penjajah Inggeris / British dan campur tangannya di Tanah Melayu adalah bertujuan untuk menguasai ekonomi, politik, pentadbiran dan undang-undang di negara ini. Penjajah Inggeris menduduki Pulau Pinang dalam tahun 1786, Singapura 1819 dan Melaka pada tahun 1824.

Setelah itu, dengan perjanjian bahawa Sultan bersetuju menerima seorang Residen British yang akan menasihati Sultan dalam semua perkara berhubung dengan pemerintahan kecuali dalam hal yang berkaitan dengan agama dan adat orang-orang Melayu, nasihat Residen British ini mestilah diikuti oleh Sultan. Perjanjian pertama yang dilakukan ialah Perjanjian Pangkor pada 1874 di antara Sultan Perak iaitu Raja Abdullah ibni Sultan Ja’afar Mua’azzam Shah dan pembesar-pembesar Melayu di Perak bagi satu pihak dan kuasa British yang diwakili oleh Sir Andrew Clarke bagi pihak yang kedua.

Penjajah Inggeris memasuki negeri Perak mulai 20 Januari 1874, negeri Selangor mulai Ogos 1874, menyatukan kesembilan negeri di dalam satu persekutuan pada tahun 1895 di bawah pemerintahan Yang Di Pertuan Besar dan seorang Residen Inggeris sebagai penasihat di Negeri Sembilan, dan dalam tahun 1888 di negeri Pahang.

Penjajah Inggeris kemudiannya bertindak campur tangan di negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok pada 9 Julai 1909. Melalui perjanjian tersebut, Kerajaan Siam memindahkan segala hak kekuasaannya ke atas keempat-empat buah negeri itu kepada Inggeris, sementara Pattani diserahkan kepada Siam. Dalam tahun 1914 negeri Johor pula menerima Penasihat Inggeris. Dengan yang demikian sempurnalah sudah seluruh Tanah Melayu, selain Pattani, dijajahi oleh Inggeris.

(15)

RUJUKAN

Malaysia Kita, Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Kerajaan, 2000.

Al Attas, SMN, 1990. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bandung: Penerbit Mizan.

Undang undang Am Malaysia Jilid 2, Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 2000

Rabi’ah binti Muhammad. 2015. Islam Dan Adat Melayu Dalam Undang-Undang Torrens Di Malaysia . Bangi : Kolej Ugama Islam Selangor.

Referensi

Dokumen terkait

Satu set parameter tekanan rendah digunakan untuk menggambarkan kurva tekanan uap sampai ke titik didih normal dan set kedua parameter yang digunakan untuk rentang dari titik

Melalui mengamati slide power point tentang gambar kebersamaan Dayu dan keluarga, siswa dapat mengidentifikasi berbagai kegiatan yang menunjukkan persatuan

Penelitian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Kertha Wisata Denpasar atas dasar pertimbangan kelayakan dan keterjangkauan. Produk yang dihasilkan

166 Terdapat interface Queue yang cara penyimpanan seperti List, interface ini menyimpan objek menggunakan metode FIFO (First In First Out) yaitu objek yang masuk pertama

Hasil analisis ragam menunjukkan bahwa nilai kesukaan panelis terhadap penampakan antar sampel tahu berbeda nyata (α = 0.05 %).Penampakan tahu yang paling disukai oleh para

Hasil penelitian ini mendapatkan dua rumusan penting, yaitu: (1) Perencanaan desa wisata (planning) yang meliputi: master plan dan site plan yang didalamnya

Dengan izin dan lewat limpahan rahmat serta kasih sayang-Nya, penulis dapat menyelesaikan tugas akhir ini dengan judul “Perancangan Prototipe Perangkat Lunak Bantu Untuk

Sosialisasi Provinsi Sosialisasi Kabupaten Penjaringan Calon Pengurus UPKu Sosialisasi Desa Klarifikasi dan Klasifikasi RTS Rapat Persiapan Musren Mekanisme pelaksanaan