• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ibnu Arabi Antara Tanah dan Manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Ibnu Arabi Antara Tanah dan Manusia"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Fauzi Naeim Mohamed

(2)

Ibnu Arabi: Antara Tanah dan Manusia

Fauzi Naeim Mohamed

Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Information Technology Email: naeim3f@gmail.com

Abstrak

Ibnu Arabi merupakan guru Sufi daripada Andalusia yang amat terkenal bukan sahaja kerana kekuatan ilmiahnya tetapi juga dengan kontroversi kupasannya terhadap hubungan manusia dan Penciptanya. Kertaskerja ini cuba meneliti pemikiran Ibnu Arabi berhubung manusia dan tanah. Seperti yang sedia maklum, asal manusia dijadikan oleh Allah daripada tanah, manakala tanah adalah apa yang manusia gunakan sebagai objek harian dan juga sebagai tempat di mana manusia boleh berpijak. Ada ruang di antara manusia dan tanah, namun kertaskerja ini lebih berminat mengupas ruang ini menerusi aspek abstrak dan bukannya secara fizikal, yakni melalui metafizik Ibn Arabi. Manusia, menurut Ibnu Arabi, ialah tiang dan bumi pula seperti khemah. Sebagai manusia, walaupun kita adalah khalifah bumi, namun kita ini adalah habuk apabila berhadapan kebesaran alam. Walaupun begitu, seluruh alam akan berderai tanpa manusia habuk ini. Memetik karya agungnya, Futuhat al-Makkiyah, “Habuk dan bumi adalah akar

bagi konfigurasi manusia, dan ini mengesahkan perhambaannya dan kerendahannya.” Tanah dan bumi bukan sahaja apa yang menjaga manusia, tetapi sebagai tempat pertembungan di antara zat manusia dengan Tuhan, sebagai “teater bagi penglihatan para ma‟arif” (Futuhat al-Makkiyah). Secara kesuluruhannya, kertaskerja ini cuba mencetus ihsan puitis dalam menyoroti pemikiran Sufi Ibnu Arabi.

Kata-kata Awal

(3)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia –Adam dari tanah” (Surah Sad, 38: 71).

Kejadian manusia bukannya sesuatu yang mudah; ia terdiri daripada proses yang amat kompleks lagi panjang. Pertembungan di antara sperma yang dikeluarkan oleh lelaki dan ovum daripada wanita di dalam rahim wanita menyebabkan penciptaan embrio, yang membesar sedikit demi sedikit di dalam rahim sehingga ia menjadi bayi, dan selepas sembilan bulan, sudah bersedia untuk keluar daripada perut ibunya, menjadi manusia yang kita biasa nampak. Ini perkara saintifik. Lebih terawal lagi, lebih eksistensial lagi, ialah penciptaan manusia itu sendiri – yang dimulai oleh manusia pertama Adam – daripada tanah yang dihembuskan roh oleh Allah, Tuhan Pencipta Alam dan Sekaliannya. Ini sejarah awal Islam, kelahiran manusia pertama penyembah Allah. Justeru, di sebalik atom-atom darah dan daging yang membelit dan yang merangkumi manusia, terdapat juga zat metafizik ketanahan yang tidak nampak oleh mata kita. Bagaimanakah kita boleh berinteraksi tentang kemekaran tanah dan sifat manusia ini sendiri? Bolehkah kita menilai hubungan ini dengan melanjutkannya ke kesusasteraan Ibnu Arabi? Ini landasan makalah kita: meneliti pemikiran Ibnu Arabi berhubung manusia dan tanah.

(4)

Sughra. Melalui Abdul Haqq Al-Azdi jugalah Ibnu Arabi dapat mendalami penulisan seorang ahli mahzab Zahiri1 terkenal, Ibnu Hazam Al-Andalusi.2

Pada umur 16 tahun, setelah mempelajari begitu banyak ilmu dalam Quran, Hadis dan perundangan, Ibnu Arabi mengasingkan dirinya daripada masyarakat. Kita tidak dapat mengetahui kenapa beliau mengasingkan dirinya, namun menurut sebuah kisah (yang muncul selepas seratus lima puluh tahun kematiannya), terdapat suatu ketika Ibnu Arabi di sebuah majlis makan dan beliau dijamukan arak. Ketika Ibnu Arabi mahu menjenguk arak ke bibirnya, tiba-tiba beliau terdengar suara: “Ya Muhammad, bukan untuk ini engkau diciptakan” (Addas, 1993: 3θ). Suara ghaib ini lantas menyebabkan Ibnu Arabi tersedar; beliau mencampakkan gelas arak dan bergegas lari dalam keadaan kebingungan. Ini barangkali permulaan untuk beliau lari dari zaman jahiliahnya, mengorak langkah, mengembara jauh, sejauh alam dalamannya.

Cukup bicara tentang biografi awal Ibnu Arabi! Ia adalah manisan kecil makalah ini untuk konteks yang lebih besar yang makalah ini sendiri hanya mampu memetik cuma seliur daripada bah penulisan Ibnu Arabi, seorang ilmuwan yang amat rajin berkarya. Terdapat lebih kurang 300 karya dihasilkan oleh beliau, termasuklah Al-Futuhat al-Makkiyyah (Pendedahan di Mekah),3 karya agung Ibnu Arabi yang mempunyai 560 bab karya, yang menurut Osman Yahya, penyunting Ibnu Arabi, mampu membawa kepada 17,000 muka surat.4 Karya pendek Hilyal al-Abdal, menurut Ibnu Arabi, ditulis dalam tempoh sejam5. Fusus al-Hikam, sebuah karya yang menceritakan kisah-kisah Nabi secara ringkas, menurut Ibnu Arabi, diterimanya daripada Nabi Muhammad menerusi mimpi. Dalam hal ini, agak sayang bila melihat tidak banyak terjemahan Ibnu Arabi di dalam Bahasa Melayu.

1

Mahzab Zahiri (atau Zahiriah) ialah sebuah gagasan tentang perundangan Islam yang dimulai oleh Daud Al-Zahiri (Ibnu Daud al-Isfahani) pada sekitar kurun ke-9, yang amat mementingkan kezahiran (atau maksud luaran) Al-Quran serta Hadis dan menolak pembacaan berbentuk qiyas.

2

Penulisan biografi tentang Ibnu Arabi terbaik setakat ini boleh dirujuk kepada Claude Addas, Quest for the Red Sulphur: The

Life of Ibn ‘Arabi, 1993 (Perancis asal: Ibn ‘Arabi ou Quête du soufre rouge, 1989), Cambridge: The Islamic Texts Society.

3

Untuk rujukan makalah ini, saya banyak memetik karya Futuhat al-Makkiyyah daripada William Chittick, The Sufi Path of Knowledge: Ibn al-‘Arabi’s Metaphysics of Imagination (New York: State University of New York Press, 1989) dan Ibn „Arabi, The Meccan Revelations, Vol. 1, W. C. Chittick & J. W. Morris, terjemahan (New York: Pir Press, 2002). Saya ringkaskan kepada SPK dan MR untuk permudahan, dan diikuti dengan „Fut.‟ untuk mewakili terbitan Arab. Setiap terjemahan Ibnu Arabi ke Bahasa Melayu yang dinukil di makalah ini datang daripada saya.

4 Osman Yahya juga mendakwa terdapat lebih 850 karya yang telah ditulis oleh Ibnu Arabi. Antara pengklasifikasian penulisan

Ibnu Arabi yang terawal ialah Osman Yahya, Histoire et classification de l’ouvre d’Ibn ‘Arabi, Damascus: Institut Francais de Damas, 19θ4 (2 jilid). Yahya juga menyebut bagaimana 210 karya Ibnu Arabi telah „hilang.‟ Jane Clark dan Stephen Hirtenstein, di dalam artikel bertajuk „Establishing Ibn Arabi‟s Heritage: First findings from the MIAS Archiving Project,‟ menulis cuma 300 hingga 350 teks sahaja yang benar-benar ditulis oleh Ibnu Arabi (Journal of the Muhyiddin Ibn ‘Arabi Society, Vol. 52, 2012).

5

(5)

Hubungan Metafizik Tanah dan Manusia menerusi Ibnu Arabi

Apabila saya menulis metafizik, maka kita mesti sedia maklum bahawa dimensi makalah ini tidak lagi merujuk kepada apa yang nampak, tetapi merenung jauh ke dalam gaung roh kita. Metafizik ialah „apa yang melebihi fizik.‟ Ilmuwan Sufi, jika kita baca watikah-watikah mereka, akan penuh dengan wacana yang bersifat ma’rifah, yakni ilmu intuisi dalaman dalam pertembungan zat manusia dan Zat Ilahi. Ia, secara personal, amat mengasyikkan dan apabila dizahirkan ke dalam penulisan, amat kontroversial bagi masyarakat setempat. Kita mesti memahami Ibnu Arabi dan lokasi ilmunya: Bahawa beliau adalah musafir yang berkelana, yang perjalanannya hanya menjelajah ruang dalaman rohnya. Perjalanannya adalah mistikal dan tidak mungkin dapat diukur dengan kiraan matematik atau mana-mana ukuran logik yang sedia ada. Ibnu Arabi akur terhadap perkara ini, maka apa yang beliau mampu buat ialah melakarkan – melalui nota-nota yang panjang – pengalamannya ketika menjelajah dimensi mistik ini. Bukan semua orang mampu buat perkara ini; malah ramai yang sedia meraguinya dan selalunya, menolak perkara mistik ini. Apakah mampu seseorang itu bertemu dengan Rasulullah di dalam mimpi? Atau bersembang dengan Nabi Musa di alam lain? Perkara ini, menurut Ibnu Arabi, boleh dialami bagi mereka yang benar-benar cinta, yang tidak lekang berzikir mengingati Allah, bermeditasi dalam bersendirian, dan bersungguh-sungguh dalam safar (pengembaraan rohani).6 “Untuk mencari Tuhan,” William Chittick – sarjanawan Ibnu Arabi – menulis, “ialah untuk jatuh ke dalam keadaan kehairanan, bukan kehairanan dalam kesesatan dan tidak dapat mencari jalan sendiri tetapi kehairanan dalam menjumpai dan mengetahui Tuhan dan tidak-menjumpai dan tidak-mengetahui Dia pada masa yang sama” (SPK, 3). Ini paradoks lahiriah insan yang merindui Allah. Manusia juga jangan lupa bahawa yang lebih rapat dengan kita bukannya handphone atau darah kita, tetapi Allah. “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” (Surah Qaf, 50: 1θ).

Dalam wacana Islam, Adam ialah manusia pertama. Beliau diperbuat daripada tanah (Surah Sad, 38: 71; Surah Al-Hijr, 15: 26). “Habuk dan bumi adalah akar bagi konfigurasi manusia, dan ini mengesahkan perhambaannya dan kerendahannya” (SPK 31ι; Fut. I, 373.33). Daripada tanah dan roh, datanglah daging dan keinginan yang kita alami sekarang. Kita sendiri pun kadang-kala lupa tentang kemakmuran serta asal-usul tanah-tanih dalam struktur eksistensial kita kerana asyik dibuai dengan perkara seharian. Dalam Futuhat al-Makkiyah, Ibnu Arabi menulis bahawa asal-usul kejadian ialah Habuk (al-haba’) (Fut. I, 118.4). Habuk juga adalah timbang-berat kita bila dibandingkan dengan

6Saya ajukan teks Ibnu Arabi, Ibn „Arabi

(6)

habuk ini ialah “Realiti Muhammad yang merujuk kepada Ar-Rahman (haqiqa muhammadiya al-rahmaniyya), yang tidak terikat dengan kedudukan, kerana ia tidak terbatas dek ruang” (MR, 30; Fut. I, 118.4). Memetik lagi kata-kata Sheikh al-Akbar: “Daripada manakah ciptaan datang?” Daripada Realiti Yang Diketahui yang dihuraikan tidak melalui kewujudan atau ketidakwujudan. “Dalam apa ia datang wujud?” Dalam Habuk. “Di dalam rupa apakah ia wujud?” Dalam rupa (sura) yang diketahui di dalam Diri Tuhan (nafs Al-Haqq). “Kenapa ia datang ke kewujudan?” Untuk memanifestasikan realiti Ilahi ( al-haqaiq Al-Ilahiyya). “Apakah matlamatnya?” Pembebasan daripada campuran (mazja), supaya setiap alam dapat mengetahui bahagiannya (hazz) daripada Penerbitnya (munshi). Maka, matlamatnya ialah untuk memanifestasikan realitinya sendiri (MR, 30/ Fut, I.118.4).

Petikan di atas melihat bagaimana bentuk penulisan Ibnu Arabi dalam membahaskan ilmu metafizik Islam, dengan dialektik soal dan jawab, menginterpretasikan manusia sebagai habuk dan alam sebagai apa yang terkandung dalam habuk tersebut. Da sebabnya Ibnu Arabi menulis “haqiqa al-muhammadiya al-rahmaniyya”: Muhammad diangkat tinggi kerana Muhammad merupakan nabi segala nabi, nabi pengakhir zaman, lantas – cahaya daripada mana kita boleh mentafsir Islam. Maka, hanya

melalui Muhammad maka Allah dapat diketahui. Dalam bicara sang Sufi, setiap bicara adalah bicara yang datangnya daripada Tuhan, tentang Tuhan dan kepada Tuhan, manakala Tuhan itu sendiri, tidak mampu diketahui bentuknya. Mengasingkan diri demi mempraktiskan zikir, mengingati Kebesaran Ilahi,

mengasyikkan ruhani dalaman dalam lenturan kepada Ilahi; ini semua adalah keinginan lahiriah sang Sufi yang amat merindui Penciptanya. Ia adalah menikmati Shurb dan Dzouk.7 Dalam Futuhat al-Makkiya, Ibnu Arabi menyebut:

Setiap yang sujud menjadi saksi kepada akarnya di mana ia tidak hadir kerana menjadi dahan. Apabila sesuatu dialihkan daripada akar apabila ia menjadi dahan, ia menyebut, “Carilah apa yang hilang darimu, akarmu yang dari mana engkau muncul.” Maka, benda sujud kepada tanah yang juga akarnya. Roh sujud kepada Al-Ruh Al-Kull (Roh Universal) daripada mana ia muncul. Kesedaran dalaman sujud kepada Tuannya melalui cara bagaimana ia mencapai darjatnya. Setiap akar ialah ghaib. Tidakkah kau nampak bagaimana mereka muncul dalam pokok? Akar pokok-pokok adalah ghaib, kerana proses untuk penciptaannya tidak nampak. Tiada yang menjadi saksi bagaimana embrio muncul di dalam rahim ibu, maka ia adalah ghaib. (SPK, 152; Fut. II, 101.29)

7

(7)

Daripada petikan di atas, kita boleh lihat tentang rapatnya kita dengan tanah yang kita lupai. Bumi bukan lagi sebagai apa yang menyediakan tempat tinggal dan tapak untuk kita berjalan; ia adalah tempat di mana dahi kita rebah sujud. “Carilah apa yang hilang darimu, akarmu yang dari mana engkau muncul,” kata Ibnu Arabi. Dalam maksud lain, apabila manusia menjadi dahan dan ranting, manusia sudah menjadi manusia – benihnya (akarnya) telah hilang dan digantikan dengan manusia yang sedang menaip di meja komputer sekarang ini, untuk satu makalah supaya boleh dibentangkan di tempat bernama Kajang. Mengajak manusia mencari akarnya ialah sama mengingati manusia akan asal-sulnya, iaitu serumpun tanah yang begitu istimewa sekali sehingga boleh bernyawa kerana kuasa Ilahi. “Maka, tiada keadaan yang lebih mulia daripada keadaan bersujud kerana ia adalah satu keadaan mencapai kepada ilmu tentang akar” (Fut, II 101.29). Ibnu Arabi sekali lagi mengajak kita kembali mengingati ilahi dengan bersujud kepada-Nya. Bersujud – ini fenomena yang begitu mulia sekali! Dalam solat sendiri pun, ketika bersujud, kita membaca “Subhana rabbi al-a’la wabihamdih,” sebanyak tiga kali.8 Dalam keadaan dahi kita di permukaan kaki, mulut kita bangkit menceritakan kemuliaan Allah yang Tertinggi! Dengan bersujud, kita dapat rapat kepada sifat eksistensial tanah kita!

Bumi dan Manusia: Awal dan Lambat

Di dalam dialektik antara tanah dan manusia, antara akar dan daging, Ibnu Arabi menganggap bahawa badan (yang membawa roh ke sana dan ke mari) sebagai batasan nyawa di dunia. “Ketahuilah bahawa badan-badan ini adalah keranda bagi roh dan apa yang menggelapkan mereka; mereka ini adalah apa yang mengelubung mereka ini sehingga mereka tidak naik saksi alam ruhani dan tidak disaksikan” (Fut. 369). Bumi, nama bagi tapak bujur yang kita diami ini, adalah satu entiti kosmik. Ia hidup dalam keadaan bersengketa dan berharmoni dengan planet-planet lain, dalam satu sistem cakrewala yang saling perlu-memerlukan di antara satu sama lain. Bumi, dalam erti kata lain, ialah apa yang menyebabkan saya dapat merasai graviti. Saya tidak nampak graviti, namun saya dapat merasai kesannya. Hubungan antara badan saya, graviti dan bumi memberi pengaruh kepada lokasi saya, dan paling penting, pergerakan saya. Bumi ialah ruang di mana di antara saya dan objek-objek lain dapat diukur. Makanya: Saya adalah pusat bagi bumi saya. Penyataan ini adalah benar bagi setiap manusia kerana psikologi mereka tidak berkonsgi dengan orang lain (kecualilah ada seorang telepati yang sedang hidup di bumi ini sekarang!). Dalam wacana Sufi Ibnu Arabi, manusia ialah tiang yang menyokong khemah, yakni bumi. Dalam hal ini, bukanlah kerana bumi maka manusia hidup, tetapi kerana wujudnya zat manusia, maka bumi boleh hadir. Walaupun kita adalah debu atau al-haba’, namun tanpa manusia, alam semesta akan runtuh. Ibnu Arabi

8

(8)

maqsuda li-Llah min al-‘alam) [MR2, 31; Fut.1, 125].

Bumi, menurut Ibnu Arabi lagi, ialah sisa manusia seperti mana ia juga turut mengandungi zat manusia. Tajuk bagi Bab 8 Futuhat al-Makkiyyah sebagai contohnya, ditulis oleh Ibnu Arabi: “Di atas

bumi yang dicipta dengan sisa tanah liat Adam, dan di mana kita panggil bumi realiti asasi.” Bumi di sini dilihat dalam hubungan ekstatik, dalam hubungan sejarahnya terhadap asal-usul bagi zat manusia. Bumi memberikan manusia lokasi zatnya: Manusia di bawah dan Ilahi di atas. Ia adalah “teater bagi penglihatan para ma‟arif” (MR2, 31), tempat untuk pertembungan manusia dan Allah. Tanpa bumi sebagai landasan badan kita, tidak mungkin kita dapat berkomunikasi dengan Alam lain. Di dalam teophani9 Ibnu Arabi, bumi adalah tempat bagi kerendahan manusia terhadap Yang Esa. “Habuk dan bumi adalah akar bagi konfigurasi manusia, dan ini mengesahkan perhambaannya dan kerendahannya” (SPK 317/ Fut. I, 373.33). Hanya dengan memahami tempatnya di dalam ke-Esaan Al-Haqq, maka bumi dapat menyucikan dan menaikkan martabat perhambaan seseorang itu. “Dia disucikan dengan mengambilkira akar penciptaannya, yakni daripada mana ia diciptakan” (SPK, 31ι). Merapatkan akar manusia di tanah, seperti yang telah disebutkan awalan tadi, seperti merapatkan daging badannya dengan kerendahannya sebagai manusia yang didicpta bukannya dari api atau cahaya, tetapi tanah.

Kita boleh lihat dalam makalah ini betapa rapatnya hubungan manusia dengan tanah bumi, betapa berhubungkaitnya esen manusia dengan hikayatnya dengan tanah. Tanah tidak lagi tinggal bersama kita, tetapi hidup di dalam kita. Atas dasar inilah, ekistensial tanah merubah pergerakan kita. Ibnu Arabi menulis lagi:

Tuhan menggelarkan kita „yang berat‟ kerana keberatan di dalam kita, yang bersamaan dengan diri kita yang lewat (ta’akhkhur) dalam kejadian dan menyebabkan kita perlahan. Ini kerana benda berat secara tabiatnya bergerak perlahan, sepertimana benda ringan secara tabiatnya bergerak laju. Maka kita dan jin adalah antara entiti berat, walaupun

9 Saya mentransliterasi terus ayat theophany (Greek asal: εοφάνε α) yang digunapakai oleh Henry Corbin dalam bukunya, Alone

(9)

begitu, kita lebih berat daripada jin kerana elemen yang mendominasi diri kita, yakni, bumi” (SPK, 408-9; Fut. III, 315.25).

Memandangkan tanah adalah struktur asal kejadian kita, maka kita ini lebih berat daripada Malaikat, yang dicipta berdasarkan zat cahaya, atau Iblis, yang dicipta daripada api. Apa yang Ibnu Arabi kupaskan tentang berat manusia amat menarik; kita bukan sahaja lambat kerana kita ini berat, tetapi juga kerana asal-usul kejadian kita ini adalah lebih lambat daripada penciptaan Malaikat dan Iblis. Justeru, metafizik ekisitensialis manusia ini ialah lambat dan berat. Terdapat persamaan dan penyatuan antara struktur wujudiah manusia dengan tanah bumi.

[Saya akhiri makalah ringkas ini dengan bacaan yang sering dipetik oleh Ibnu Arabi daripada Al-Quran: “waqul rabbizidnee ilma” (Surah Taha, 20:114). “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.”]

Rujukan

Addas, Claude. 1993. Quest for the Red Sulphur: The Life of Ibn’Arabi (Peter Kingsley, Terjemahan). Cambridge: Islamic Texts Society.

Al-Ghazali. 1998. Mishkat al-anwar / The Niche of Lights (David Buchman, Terjemahan). Utah: Brigham Young University Press.

Al-Quran.

Chittick, William. 1989. The Sufi Path of Knowledge: Ibn al-‘Arabi’s Metaphysics of Imagination. New York: State University of New York Press.

Corbin, Henry. 2014. History of Islamic Philosophy (Liadin Sherrad & Philip Sherrard, Terjemahan). London & New York: Routledge.

Corbin, Henry. 1987. The theory of visionary knowledge in Islamic philosophy (Liadin Sherrard, Terjemahan). Temenos 8: 224-237.

Corbin, Henry. 1969. Alone with the Alone: Creative imagination in the Sufism of Ibn ‘Arabi (Ralph Manheim, Terjemahan). New Jersey: Princeton University Press.

Ibn „Arabi. 2015. Kitab al-isfar 'an nata'ij al-asfar / The Secrets of Voyaging (Angela Jaffray, Terjemahan). Oxford: Anqa Publishing.

Ibn „Arabi. 2008. The Four Pillars of Spiritual Transformation: The Adornment of the Spiritual Transformation/ Hilyal al-Abdal (Stephen Hirtenstein, Terjemahan). Oxford: Anqa Publishing.

(10)

Ibn „Arabi. 1989. Journey to the Lord of Power: A Sufi Manual on Retreat / Risalat-ul-anwar fima yumnah sahib al-kalwa min al-asrar (Terri Harris, Terjemahan). Vermont: Inner Traditions International.

Ibn „Arabi. 1980. The Bezels of Wisdom/ Fusus al-Hikam (R.W.J Austin, Terjemahan). New Jersey: Paulist Press.

Ibn „Arabi. 19ι2-?. Al-Futuhat al-makkiyya. Sebahagian daripada suntingan kritikal O. Yahia. Kaherah: Al-Hay‟at al-Misriyyat al-„Amma li‟l-Kitab.

Schimmel, Annemarie. 2008. Mystical Dimensions of Islam. Kuala Lumpur Islamic Book Trust.

Schuon, Frithjof. 2006. Gnosis: Divine wisdom. A new translation with selected letters (J. S. Cutsinger, Penyunting.). Bloomington, Indiana: World Wisdom, Inc.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk beberapa jenis bahan, seperti termoplastik, bahan memo bahwa hasil dari pemangkasan dapat didaur ulang dengan ditempatkan ke dalam penggiling plastik, juga disebut regrind

malam hari lebih sedikit dari responden yang tidak keluar rumah pada malam hari akan tetapi banyak faktor lain yang memungkinkan sehingga masih terdapat banyak penderita

Sedangkan instrument angket kesiapan belajar disusun dengan memuat delapan indikator yaitu (1) mahasiswa mengetahui tentang pembelajaran daring, (2) wali/orang tua

Penolakan kerja secara masif yang terjadi di Italia merupakan peringatan tentang kebenaran fundamental bahwa selama ada dominasi dalam bentuk pembebanan kerja, pekerja akan

Dari peta materi dan peta kompetensi kemudian penulis naskah membuat garis besar isi media (GBIM) dan jabaran materi (JM). Peta materi, peta kompetensi, GBIM dan

Tetapan kalorimeter dapat ditentukan dengan melakukan percobaan sederhana yaitu dengan mencampurkan sejumlah air panas dengan sejumlah air dingin sehingga

a. Guru akan berusaha menjalankan model inkuiri dengan sebaik mungkin, guru menekankan kepada siswa agar dapat memfokuskan diri untuk mengikuti proses pembelajaran

1) Data Primer, yaitu data yang diperoleh langsung dari objek yang diteliti. Data ini berisikan informasi mengenai aktivitas yang sebenarnya terjadi dalam perusahaan. Data