• Tidak ada hasil yang ditemukan

ASSIGNMENT TITLE PILIH DUA JURNAL YANG M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ASSIGNMENT TITLE PILIH DUA JURNAL YANG M"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

ASSIGNMENT TITLE:

PILIH DUA JURNAL YANG MEMBINCANGKAN DUA KATEGORI MASALAH PERTUTURAN AKIBAT KEROSAKAN SARAF IAITU DYSARTHIA DAN APRAXIA

DAN MEMBUAT ULASAN JURNAL TERSEBUT.

1.0 PENGENALAN

(2)

nahu seperti ganti nama, kata kerja dan sebagainya (morfologi). Ketiga ialah masalah menyusun perkataan dan bagaimana perkataan berkaitan antara satu sama lain (sintaks). Seterusnya ialah masalah pertuturan yang melibatkan perbendaharaan kata atau leksikon dimana makna perkataan mungkin dalam bentuk abstrak atau konkrit (semantik) dan yang terakhir sekali ialah masalah menggunakan bahasa mengikut konteks sosial yang berbeza (pragmatik).

Terdapat 5 masalah bahasa yang biasa ditemui seperti kelambatan berbahasa. masalah ini boleh berlaku terhadap kanak-kanak biasa atau yang terencat akal. Kita boleh menggunakan bahasa tetapi pada tahap yang lebih rendah daripada umur kanak-kanak tersebut. Masalah bahasa juga boleh terjadi dalam sistem penulisan. Terdapat dua masalah bahasa dalam bentuk penulisan iaitu ekspresif dan reseptif. Kanak-kanak ini biasanya tidak mempunyai masalah bahasa secara lisan. Masalah seterusnya dihadapi oleh murid-murid masalah pembelajaran. Mereka kelihatan sama seperti kanak-kanak normal yang lain tetapi mereka memiliki masalah dalam membaca menulis dan mengira. Masalah bahasa juga boleh terjadi disebabkan oleh ketidakupayaan fizikal. Mereka ini terdiri daripada kanak-kanak yang kurang pendengaran, penglihatan dan mereka yang menghadapi gangguan neurologi. Kanak-kanak masalah bahasa juga biasanya dirujuk juga sebagai kanak-kanak masalah pendengaran. Ini berlaku kerana keadaan penerimaan sensori auditori mereka pada tahap yang sangat rendah.

(3)

yang pertaa ialah dysantia iaitu tidak boleh mengawal otot-otot disebabkan kerosakan neorologikal bagi penghidap palsi serebrum, ketidaknormalan struktur muka seperti sumbing dan kepekakan yang teruk.

Variasi masalah yang terakhir ialah masalah pertuturan akibat kerosakan saraf. Tumpuan diberikan kepada dua kategori masalah pertuturan akibat kerosakan saraf iaitu dysarthia dan apraxia. Dysarthia ialah kerosakan otak yang menyebabkan kegagalan kawalan otot yang digunakan dalam artkulasi. Apraxia pula kegagalan menggerakkan otot yang terlibat dalam pertuturan.

2.0 JURNAL 1

(4)

BAHASA RESEPTIF DAN BAHASA EKSPRESIF DALAM KOMUNIKASI VERBAL : PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU KANAK-KANAK SINDROM DOWN

b) Masalah kajian

Terdapat tiga aspek penting apabila memperkatakan tentang masalah pemelajaran kanak-kanak SD, iaitu masalah pertuturan, bahasa, dan komunikasi. Masalah pertuturan yang dialami memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan oleh kanak-kanak. Perbezaan dari segi cara kanak-kanak bercakap menjadi masalah apabila pertuturannya tidak difahami oleh pendengar. Kecacatan yang berlaku kemungkinan menyebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi, iaitu kelewatan dalam upaya mengeluarkan bunyi dan menggunakan bunyi. Selain itu, suara agak kasar atau tiada bunyi apabila kanak-kanak bercakap. Dengungan, sengauan, dan kegagapan juga menimbulkan kesan terhadap pertuturan kanak-kanak.

Masalah bahasa pula dibahagikan kepada bahasa reseptif, iaitu kemampuan memahami dan mengingati apa yang diujarkan oleh orang lain; dan masalah ekspresif, iaitu kemampuan untuk mengatakan idea atau perasaannya dalam bentuk perkataan atau simbol. Masalah dari segi bahasa ini dapat dibahagikan kepada dua, iaitu perkembangan lambat dan kecacatan berbahasa. Pemelajaran bahasa agak sukar bagi kanak-kanak SD kerana mereka menghadapi masalah kefahaman akibat perkembangan kognitif yang agak lewat atau kemungkinan menghadapi masalah pendengaran. Terdapat juga masalah memori jangka pendek yangmenyebabkan kesukaran mengingati ayat yang panjang dan hasilnya ialah ayat yang bersifat telegrafik.

(5)

reseptif dan bahasa ekspresif tidak mencapai tahap fungsian yang sesuai bagi perkembangan mental kanak-kanak. Kelewatan komunikasi seringkali berlaku dalam komunikasi verbal kerana kanak-kanak yang mempunyai masalah pemahaman dan penglahiran verbal akan memilih komunikasi bukan verbal sebagai langkah awal dalam komunikasi mereka. Kajian ini akan melihat pemerolehan komunikasi verbal berdasarkan pencapaian kanak-kanak SD dalam pemelajaran bahasa Melayu khususnya pemerolehan bahasa reseptif dan ekspresif

c) Soalan penyelidikan atau hipotesis

1. Bagaimanakah pendekatan dalam pembelajaran dan pemerolehan bahasa Melayu kanak-kanak SD dapat meningkatkan perkembangan kognitif mereka ?

2. Apakah masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak SD memproses dan mengingati maklumat verbal ?

d) Kajian literatur

Pertuturan ialah bahasa verbal yang menggunakan sistem yang sama digunakan oleh badan untuk bernafas, menelan atau makan serta melibatkan pemprograman otot, gerakan, dan koordinasi. Pertuturan juga bersifat kompleks dan melibatkan koordinasi, bunyi, resonans, dan artikulasi. Malah pertuturan merupakan sistem komunikasi yang paling sukar bagi kanak-kanak SD. Pada hakikatnya, kanak-kanak SD memahami konsep komunikasi dan memahirkan diri dengan kemahiran prabahasa bagi menyediakan diri mereka menggunakan bahasa. Hal ini amat berkait rapat dengan apa yang dikatakan pemerolehan bahasa.

(6)

kemahiran yang sering digunakan sama juga dengan kemahiran mendengar. Dunia tanpa pertuturan ialah dunia yang sepi seperti dunia cacat pendengaran dan bisu.

Justeru, bahasa dapat dikatakan asas bagi komunikasi. Kebolehan berkomunikasi bermula dari sejak lahir melalui penggunaan bahasa bukan verbal dan diikuti oleh bahasa verbal.

e) Kaedah

Kajian ini berbentuk sinkronik yang dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja, iaitu dua bulan (Februari 2008 — Mac 2008) di sebuah pusat pendidikan khas dan dapatan kajian bersifat deskriptif. Penulis menggunakan kaedah yang dicadangkan oleh Rohani Abdullah (2001) dalam usaha mengumpulkan data bagi menyokong kajian yang telah

dilakukan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini pemerhatian sistematik (systematic observation), laporan diri dan soal selidik. Kaedah sistematik digunakan untuk mengesan kelakuan sebenar kanak-kanak.Pemerhatian dilakukan dalam bentuk berstruktur dan secara semula jadi. Dalam pemerhatian semula jadi, perlakuan kanak-kanak dicatat mengikut masa kejadian itu berlaku.

(7)

Kajian dilakukan secara pemerhatian, rakaman pengajaran dan pemelajaran dalam kelas, soal-selidik, dan temu bual. Subjek merupakan pelajar program pendidikan khas. Daripada pemerihatian yang dilakukan, kanak-kanak SD juga mempunyai upaya diri yang rendah kerana ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Mereka memerlukan sokongan untuk melahirkan keyakinan diri dan membina semangat berdikari dalam menghadapi cabaran hidup bermasyarakat. Mereka juga berhadapan dengan cabaran intelektual. Terdapat juga subjek yang menjalani program intervensi awal, iaitu program khas bagi membantu kanak-kanak SD berkomunikasi.

f) Keputusan dan Perbincangan / Kesimpulan

Komunikasi verbal bagi kanak-kanak merupakan kunci kepada kemahiran sosial mereka dan juga perkembangan kognitif. Program pendidikan bagi kanak SD perlu dipertingkat agar mereka ini mudah dibimbing dan dikawal serta diberikan perhatian yang sewajarnya. Kajian ini memperlihatkan bahawa kanak-kanak SD merupakan pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori (dengar). Penguasaan bahasa verbal yang baik mengambil masa yang panjang berbanding dengan kanak-kanak normal. Malah penggunaan bahasa bukan verbal banyak memberikan sokongan bagi meningkatkan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak SD sama ada sesama mereka atau interaksi dengan ahli dalam sesebuah komuniti. Justeru, pendekatan dalam pemelajaran dan pemerolehan bahasa Melayu kanak-kanak SD perlu dikaji semula agar penggunaan bahan konkrit di persekitaran kanak-kanak dapat dimanfaatkan bagi menggalakkan

(8)

3.0 JURNAL 2

a) Tajuk kajian

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DALAM MENANGANI MASALAH PERTUTURAN DAN BAHASA KANAK-KANAK AUTISTIK

a) Masalah kajian

Leo Kanner telah membuat kajian mengenai kanak-kanak autistik pada tahun 1943 (White, et. Al 2012). Kajian perkembangan bahasa yang lewat, mempunyai keupayaan intelektual normal, tidak mempunyai masalah sistem saraf ke atas sebelas orang kanak-kanak yang terdiri dari golongan orang berada telah dibuat. Hasil kajian tersebut telah mendapati autisme terjadi adalah disebabkan oleh masalah biologi. Sebelum kajian ini dibuat, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai kanak-kanak yang menghidap skizofrenia, lemah minda, bodoh dan lembap. Ekoran dari hasil kajian, ternyata kanak-kanak yang menghidap autisme dengan kanak-kanak yang penyakit skizofrenia adalah berbeza.

(9)

tingkah laku. Kajian lepas telah menyokong kenyataan ini yang menyatakan bahawa tiga ketidakupayaan utama kanak-kanak autistik adalah ketidakupayaan komunikasi sosial, ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan imaginasi. Oleh itu, telah mengakibatkan mereka tidak dapat memberikan tindak balas terhadap sesuatu rangsangan seperti bunyi-bunyian atau objek yang mereka lihat. Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak autistik mengalami ketiga-tiga ketidakupayaan ini.

Kanak-kanak autistik sebenarnya boleh melihat dan mendengar cuma kecacatan mental yang dihadapi, menyebabkan sukar untuk memahami dan mentafsir maklumat yang diperolehi. Mereka tidak tahu memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi (Ganz, Kaylor, Bourgeoia dan Hadden, 2008) dan juga tidak mampu mempamerkan emosi mereka kepada individu di persekitaran mereka. Kajian-kajian lepas telah menyokong kenyataan ini yang menyatakan bahawa kanak-kanak autistik sering berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti penggunaan bahasa, penggunaan perkataan, imaginasi dan seterusnya menggunakan pemikiran secara abstrak. Hal ini jelas menunjukkan kanak-kanak autistik menghadapi masalah pertuturan dan bahasa.

Ekoran daripada masalah ini, (Mancil dan Boman 2010) mereka selalu berdepan dengan masalah tingkah laku bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap orang di sekelilingnya. Sehubungan dengan itu, pendidikan dan pendekatan yang sesuai perlu diberikan kepada mereka. Ini menunjukkan guru-guru pendidikan khas berperanan penting dalam membantu kanak-kanak ini untuk menangani ketidakupayaan mereka. Oleh hal sedemikian, guru-guru perlu merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar dapat dilaksanakan kepada kanak-kanak autistik dalam menangani masalah mereka.

b) Soalan penyelidikan atau hipotesis

(10)

2. Apakah punca-punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanak-kanak autistik ?

3. Sejauh manakah strategi pengajaran dan pembelajaran dapat membantu kanak-kanak autistik yang bermasalah dalam pertuturan dan bahasa ?

c) Kajian literatur

Gejala autisme di kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 1 ½ tahun sehingga 3 tahun (Zharulnizam Shah 2010). Simptom-simptomnya adalah seperti tiada tindak balas apabila nama mereka dipanggil dan perkembangan pertuturan yang lewat (Paul 2009). Kanak-kanak autistik juga dilihat seperti terperangkap di dalam dunianya sendiri yang tiada komunikasi. Manakala ciri-ciri kanak-kanak autistik adalah seperti lambat memulakan pertuturan (Kasran 2003). Ini disebabkan oleh perkembangan mereka yang lewat daripada kanak-kanak yang normal. Sebagai contoh, pada usia kanak-kanak setahun, mereka seharusnya sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan seperti ‘mama’ dan ‘papa’ tetapi kanak-kanak autistik masih tidak dapat menyebut perkataan ini. Selain itu, kanak-kanak autistik juga didapati tidak menggerakkan mata dan kepala mereka ke arah bunyi serta mereka juga tidak memberikan respon apabila dipanggil dan mereka juga tidak aktif berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka.

(11)

Kelainan dalam pertuturan dan bahasa juga sering berlaku kepada kanak-kanak autistik (Bregman dan Higdon, 2012). Mereka sering menunjukkan perbezaan yang berikut seperti ritma yang stereotype atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan, pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naik tidak seperti biasa, pic suara yang terhad dan nada bunyi yang berbeza dan tidak konsisten dengan makna yang ditekankan secara lisan. Mereka juga tidak dapat membuat isyarat bukan lisan seperti ekspresi muka semasa komunikasi (Bregman dan Higdon, 2012). Kesannya, sering kali timbul salah faham di kalangan pihak yang mendengar terhadap kanak-kanak ini. Sesetengah kanak-kanak autistik mengalami ekolalia iaitu sering mengulangi percakapan yang didengar (Ministry of Education British Columbia 2000).

Ekolalia bermaksud mengajuk atau mengulangi percakapan orang lain (Zharulnizam Shah 2010). Terdapat tiga jenis ekolalia iaitu ekolalia serta-merta, ekolalia lewat dan ekolalia ringan. Ekolalia serta merta (immediate echolalia) bermaksud pengulangan yang tepat dan serta merta apabila sesuatu perkataan disebut manakala ekolalia lewat (delayed echolalia) bermaksud sesuatu perkataan itu diucapkan agak lama selepas perkataan asal disebut. Ekolalia ringan (mitigated echolalia) pula bermaksud pengulangan perkataan yang segera tetapi mengandungi perubahan terhadap susunan kata dan apa yang dituturkan. Namun pada hakikatnya kanak-kanak ini sebenarnya tidak berniat untuk melakukan sebarang komunikasi semasa mereka mengulangi sesuatu perkataan.

(12)

d) Kaedah

Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira perbezaan latar belakang dan kebolehan termasuklah kanak-kanak autistik. Kanak-kanak autistik merupakan kanak-kanak kategori bermasalah pembelajaran dan memerlukan pembelajaran yang sesuai agar keperluannya dapat dipenuhi. Kanak-kanak autistik tidak sesuai mengikuti pembelajaran di kelas aliran perdana kerana kandungan pelajarannya tidak memenuhi keperluan mereka serta penggunaan bahasa lisan sebagai dominan dalam arahan (Carnahan 2006). Hal ini disokong oleh kajian- kajian lepas menyatakan kanak-kanak autistik mempunyai kelemahan dalam bahasa lisan (Carnahan 2006). Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif, koperatif, masteri dan pemusatan murid dan bahan boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak ini (Mok Soon Sang 2007).

Strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif amat sesuai digunakan terhadap kanak-kanak autistik. Pengajaran berkomputer boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autistik. Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak ini mengingat malah menyokong pemahaman mereka (Valiquette, Sutton dan Ska, 2010).

e) Keputusan dan Perbincangan / Kesimpulan:

Kanak-kanak autistik adalah kanak-kanak istimewa walaupun mengalami kecacatan mental seumur hidup mereka. Ibu bapa amat mengharapkan anak mereka belajar untuk bertutur (Paul, 2009). Oleh itu, guru-guru berperanan penting dalam membantu meningkatkan kemahiran bertutur mereka dengan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap keupayaan dan kebolehan mereka. Antaranya seperti terapi berkuda, terapi muzik, mengadakan lawatan sambil belajar luar dari kawasan sekolah serta membina kolaborasi dengan pihak ibu bapa.

(13)

merupakan satu bentuk strategi rawatan sama ada terapi fizikal, cara kerja atau pertuturan yang menggunakan pergerakan kuda. Pergerakan kuda banyak mempengaruhi pergerakan kanak-kanak.Semasa kanak-kanak autistik menunggang kuda, pergerakan kuda dikatakan dapat membantu mereka terutama dalam membetulkan masalah saraf yang dihadapi.

Selain itu, terapi muzik juga dapat membantu kanak-kanak autistik yang mengalami masalah pertuturan. Secara umumnya, terapi muzik ini berperanan untuk memulih, memelihara dan meningkatkan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang. Bagi kanak-kanak autistik, menyebut lirik lagu yang dipelajari dapat membantu mereka menangani masalah pertuturan yang dialami. Pengulangan perkataan secara berulang-ulang dapat membantu mereka membentuk kefahaman yang jelas tentang makna sesuatu perkataan dan seterusnya menambah perbendaharaan kata mereka. Keyakinan diri mereka juga dapat dipertingkatkan melalui terapi muzik ini. Tambahan, mereka turut diajar untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka melalui pergerakan muzik.

(14)

Kolaborasi dengan ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak autistik ini dalam menangani ketidakupayaan mereka. Pendidikan yang berterusan di rumah dapat memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang mendapat pendidikan dan perhatian daripada ibu bapa di rumah menunjukkan perkembangan yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang menerima pendidikan di sekolah sahaja. Bukan sahaja dapat meningkatkan potensi perkembangan mereka malah turut meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan kolaborasi antara guru-guru dan ibu bapa memberi impak yang besar terhadap kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh hal sedemikian, guru-guru perlu membina hubungan yang baik dengan ibu bapa agar kebajikan kanak-kanak ini terus terjamin.

4.0 PENUTUP

(15)

Bagi kanak-kanak Sindrom Down, ciri- ciri fizikal yang dihadapi tidak boleh diubah lagi namun masalah pembelajaran yang dihadapi masih boleh dibaiki. Ciri-ciri fizikal yang dialami disebabkan oleh faktor genetik iaitu mempunyai tiga pasang kromosom pada pasangan kormosom ke 21. Ini memberikan ciri-ciri yang telah dibincangkan di atas tadi seperti bertubuh pendek, kepala kecil, mata sepet dan lain-lain lagi.

Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bukanlah untuk menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi pendidikan yang diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak ini boleh menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Pendidikan ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah sepatut semua pihak perlu memberi sumbangan dan galakan kepada kanak-kanak istimewa ini.

(16)

Alfath. 2009. Power of Mind 11(Otak). http://www.vazarebh.blogspot.com/2009/11/power.of.mind.ii.otak.html [28 Ogos 2012].

Anonymous. 2005. Visual strategies leverage autism’s strengths to improve lives. ProQuest Educational Journals 35 (4) : 34 – 35.

Bregman, J. D. dan Higdon, C. 2012. Definitions and clinical characteristics of Autism Spectrum Disorders. Dlm. Zager, et.al. (pnyt). Educating students with Autism Spectrum Disorders : Research-based principles and practices. hlm. 13 – 45. New York : Routledge.

Carnahan, C.R. 2006. Photovoice : engaging children with autism and their teachers. ProQuest Education Journals 39 (2) : 44 – 50.

Cohen, S. 2011. Commentary on providing services to students with Autism Spectrum Disorders. Journal of Visual Impairment & Blindness : 325 -329.

Ganz, J.B., Kaylor, M., Bourgeois, B. dan Hadden, K. 2008. The impact of social scripts and visual cues on verbal communication in three children with autism spectrum disorders. ProQuest Educational Journals 23 (2) : 79 – 94.

Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Kamarudin Husin. 1999. Pengajaran lisan : kemahiran mendengar dan bertutur. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

"Sindrom Down" dipetik daripada Berita Harian, 28 Mac 2008.

Asmah Haji Omar. 1988. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

(17)

Referensi

Dokumen terkait

Sistem pakar yang didesain dengan e2gLite Expert System Shell untuk diagnosis penyakit THT, dapat bekerja sesuai yang diharapkan. Sistem dapat mengidentifikasikan 23 jenis penyakit

1. Mengabulkan gugatan Penggugat seluruhnya. Menyatakan sah dan berharga sita jaminan yang dilakukan oleh pengadilan terhadap objek sengketa. Menyatakan secara hukum bahwa

Dalam pelajaran ke-7 ini, kita akan berlatih bagaimana menindak-lanjuti perkenalan yang lalu, bagaimana menjawab atau menanggapi pernyataan positif dan negatif, dan kita juga

Kolitis ulseratif adalah kondisi kronis yang tidak diketahui penyebabnya biasanya mulai pada rektum dan bagian distal kolon dan mungkin menyebar keatas dan

Selain dapat membuka wacana diskusi dalam rangka meningkatkan kreatifitas dan prestasi mahasiswa, Untuk jangka panjangnya saat institusi melakukan suatu kesalahan mereka

Hal tersebut yang menjadi pertimbangan penulis untuk mengembangkan sistem registrasi KRS yang memanfaatkan teknologi wireless yaitu teknologi J2ME, untuk memudahkan mahasiswa

Genetik dan pakan sangat penting dalam mempengaruhi laju pertumbuhan dan perkembangan pada tulang, apabila kandungan zat nutrisi yang terkandung dalam pakan sudah

Variabel yang diukur meliputi indikator bio-fisiologis, seperti efisiensi pemanfaatan pakan, laju pertumbuhan, dan retensi matro-nutrien; dan indikator hematologis, yaitu