• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemahaman. Modul PT3 SM 208. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemahaman. Modul PT3 SM 208. Nama :"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 208

(2)

Analisis Prosa Genre Prosa Tradisional / Klasik Moden Cerpen Tema Persoalan

Watak & Perwatakan

Plot Permulaan Perkembangan Kemuncak / Klimaks Peleraian Penurunan Pengakhiran Teknik Plot Pemerian / Penceritaan Monolog Monolog dalaman Dialog Imbas muka Imbas kembali Latar Latar tempat Latar masa Latar masyarakat Gaya Bahasa Ayat Diksi Kata ganda Repitisi

Sinkope Singkatan : ku, mu, nak Inversi terbalik : akan kuambil Perlambangan Bunga : wanita Personifikasi bersifat manusia Hiperbola Melebih-lebihkan

Nilai

Program

Bahasa

Melayu

(3)

Pemahaman Cerpen – “Menuai Emas”

Sinopsis

Alif terkenang akan perbualan dia dengan abahnya suatu pada ketika dahulu. Alif berkata bahawa kuning padi seperti emas. Abahnya pula berkata, kalau berbudi kepada tanah, suatu hari pada mereka akan dapat menuai emas. Alif berbisik di dalam hati bahawa tidak lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang pula akan kata-kata emaknya yang selalu mendidiknya tentang makna sabar, bersyukur, dan reda.

Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal Tuk Ketua yang lalu di kawasan bendang tersebut. Tuk Ketua bertanya kepada Alif tentang jentera tuai padi. Alif menyatakan bahawa jentera tersebut akan sampai pada esok hari. Alif menyusuri permatang sawah yang sangat bernilai bagi dirinya. Lamunan Arif kembali berputar pada waktu setahun yang lalu. Perbalahan telah berlaku antara Alif dengan beberapa orang pemilik tanah sawah. Punca perbalahan itu kerana Alif tidak bersetuju petak sawah itu dijadikan taman perumahan. Namun, kebanyakan pemilik tanah sawah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing untuk dijadikan taman perumahan. Salah seorangnya ialah Abang Man. Abang Man meminta Mak Wan (emak Alif) agar menasihati Alif supaya bersetuju untuk melepaskan petak sawahnya untuk dijual kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis menyatakan bahawa mustahil seorang lulusan universiti dalam bidang ekonomi hendak membuat kerja sendiri. Abang Man menyatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus, maka dia hendak membuat kerja sendiri dengan mengusahakan penanaman padi kerana dia tidak ada kerja yang lain. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut dengan kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara, dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang kerana perbincangan tidak berjalan secara aman. Dia menyatakan bahawa dia akan berunding secara anak-beranak dengan Alif.

Bahasa

Melayu

(4)

Alif melihat wajah emak dalam keadaan yang sangat sedih selepas perbincangan dengan para pemilik petak sawah yang hendak dibangunkan projek perumahan itu. Alit bertekad untuk mempertahankan dua petak tanah itu walau dengan apa-apa cara sekali pun. Bagi Alif, usaha mengerjakan tanaman padi juga merupakan sesuatu yang boleh membawa kemajuan. Namun, Alif terfikir juga tentang kebanyakan pemilik petak sawah yang hendak dijadikan tapak perumahan itu rata-ratanya sudah tidak bertenaga lagi. Anak-anak mereka yang kebanyakannya bekerja di bandar tidak mahu mengusahakan tanaman padi ibu dan bapa mereka lagi.

Wajah Abang Man muncul dalam benak Alif. Jika Alif tidak mahu melepaskan petak sawahnya, petak sawah Abang Man pun akan bermasalah. Walau bagaimanapun, Alif yakin bahawa dia sendiri sedang mengerjakan sesuatu yang juga dinamakan kemajuan, iaitu penanaman padi. Lamunan Alif terhenti. Alif kembali menarik nafas dalam-dalam di tengah-tengah petak sawah yang sedang kekuningan. Alif berasa puas dan bersyukur kerana tanaman padi yang diusahakannya adalah daripada klon yang akan mengeluarkan hasil yang tinggi.

Alif kembali teringat akan nasihat daripada pegawai pertanian yang memberitahu Alif supaya tidak memandang rendah terhadap bidang pertanian. Menurut beliau lagi, Alif sudah ada modal, iaitu petak sawahnya. Alif mendapat kata-kata motivasi daripada pegawai penanaman itu. Alif berazam untuk membawa kemajuan dalam bidang pertanian padi. Alif yakin dengan teknologi moden dan kaedah yang canggih serta terancang dia mampu memajukan bidang penanaman padi itu.

Tuk Ketua turut bersama-sama dengan Alif menyusuri sawah padi yang sedang menguning. Alif menyatakan bahawa semuanya ini merupakan bantuan daripada Allah dan berkat doanya yang tidak pernah putus. Segala pengorbanannya dalam menghadapi pelbagai cabaran dan halangan sudah membuahkan hasil. Alif sangat bersyukur.

Program

Bahasa

Melayu

(5)

Alif teringat kembali akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu telah dibatalkan. Namun demikian, Alif memberitahu bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar syarikat itu membatalkan rancangan mereka. Dia juga meminta restu daripada semua pemilik tanah itu untuk menjadikan petak-petak sawah itu sebagai estet padi.

Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini sedang menampakkan hasilnya. Akhirnya, usaha Alif berjaya berkat usahanya yang telah berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.

Tema

Kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu penanaman padi. Bidang penanaman padi sering diperkecil oleh masyarakat sebagai suatu aktiviti yang kecil nilai ekonominya. Tanggapan ini meleset sama sekali. Dengan ilmu dan sikap positif yang dimiliki oleh Alif dan keluarganya, kemajuan dalam bidang penanaman padi tersebut dapat dicapai.

Persoalan

(a) Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan. Contohnya, Abang Man dan pemilik-pemilik tanah sawah di kampung Alif hendak menjual tanah sawah mereka kepada syarikat perumahan.

(b) Bidang pertanian, iaitu penanaman padi jika diusahakan dengan betul boleh mendatangkan kemajuan ekonomi. Contohnya, Alif telah membuktikan penanaman padi di kampungnya telah membuahkan hasil melalui penggunaan teknologi moden

dalam bidang pertanian.

Bahasa

Melayu

(6)

(c) Ilmu, kegigihan, ketekunan yang diiringi dengan doa dan kesabaran akan menghasilkan kejayaan. Contohnya, Alif sentiasa yakin, berdoa, bersabar, dan bekerja kuat dalam mengusahakan penanaman padi itu.

(d) Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji sahaja. Walaupun Alif berkelulusan universiti dalam bidang ekonomi, dia lebih suka bekerja sendiri dengan menjadi petani moden.

(e) Kebanyakan golongan muda dari kampung sudah tidak berminat untuk mengusahakan penanaman padi. Contohnya, kebanyakan golongan muda yang tinggal di kampung Alif lebih gemar bekerja makan gaji di bandar.

(f) Muafakat membawa berkat. Contohnya, Alif, Tuk Ketua, dan beberapa orang pemilik sawah padi telah bersepakat dan bersetuju untuk memajukan penanaman padi menggunakan teknologi moden di kampung mereka.

Latar

Latar Tempat

(a) Petak bendang. Tempat Alif disapa oleh Tuk Ketua ketika dia sedang menyusuri permatang sawah.

(b) Anjung rumah Mak Wan. Tempat beberapa orang pemilik tanah membuat perbincangan.

(c) Petak-petak sawah di Seberang Perak. Tempat yang pernah dikunjungi Alif dalam usaha mengumpul pengalaman dan maklumat untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya.

Latar Masa

(a) Pada waktu awal pagi. Contohnya, Alif menyusuri permatang sawah lalu disapa oleh Tuk Ketua yang sedang menunggang motosikal pada waktu tersebut.

Program

Bahasa

Melayu

(7)

(b) Setahun yang lalu. Contohnya, setahun yang lalu, Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah datang ke rumah Mak Wan bertujuan untuk meminta Mak Wan dan Alif melepaskan dua petak tanah milik keluarga mereka.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat petani. Contohnya, Alif dan penduduk kampungnya merupakan masyarakat yang menjalankan aktiviti penanaman padi.

(b) Masyarakat yang berilmu. Contohnya, Alif merupakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi.

(c) Masyarakat yang mempunyai azam yang tinggi. Contohnya, Alif merupakan golongan muda yang berazam tinggi untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya dengan menggunakan teknologi moden.

(d) Masyarakat yang agresif. Contohnya, Abang Man bercakap kasar terhadap Alif disebabkan Alif tidak mahu melepaskan tanah milik keluarganya untuk tujuan pembangunan.

(e) Masyarakat yang berhemah tinggi. Contohnya, pegawai pertanian tidak lokek untuk memberikan maklumat kepada Alif serta sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada Alif supaya dia dapat memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya.

(f) Masyarakat yang sentiasa positif. Contohnya, emak Alif sentiasa mendidiknya dengan mengamalkan sifat syukur, sabar, dan reda dalam kehidupan.

(g) Masyarakat yang mempunyai nilai kepemimpinan yang tinggi. Contohnya, Tuk Ketua merupakan ketua kampung yang sentiasa menyokong tindakan Alif untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampung mereka.

Bahasa

Melayu

(8)

Watak dan Perwatakan Alif

(a) Anak kepada Mak Wan.

(b) Berkelulusan universiti dalam bidang ijazah ekonomi. (c) Seorang anak muda yang berwawasan tinggi.

(d) Seorang yang sabar, reda, dan senantiasa bersyukur.

(e) Berani menghadapi cabaran serta yakin akan kebolehan diri sendiri. (f) Seorang anak yang menghormati ibu bapa.

(g) Terlalu sayang akan ibu dan ayahnya. (h) Seorang yang positif dan optimistik. (i) Seorang petani moden.

Mak Wan

(a) Ibu kepada Alif.

(b) Seorang yang penyabar. (c) Tegas.

(d) Teguh pendirian.

(e) Tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. (f) Sayang akan tanah milik keluarga mereka.

(g) Sensitif.

Tuk Ketua (a) Penyabar.

(b) Berhemah tinggi.

(c) Tenang ketika menghadapi masalah.

(d) Mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang baik. (e) Sentiasa menyokong hasrat murni Alif.

Program

Bahasa

Melayu

(9)

Abang Man

(a) Seorang yang agresif. (b) Tidak berhemah.

(c) Gemar menggunakan kata-kata yang kesat. (d) Bersikap terburu-buru.

(e) Tidak berfikiran jauh.

Nilai

(a) Keyakinan. Contohnya, Alif yakin dengan kebolehan dirinya bahawa dia mampu mengusahakan sebuah estet padi di kampungnya.

(b) Ketabahan. Contohnya, Alif tabah dan cekal menghadapi segala cabaran untuk meyakinkan orang-orang kampung supaya menerima cadangannya untuk membangunkan estet padi yang akhirnya membuahkan kejayaan.

(c) Kegigihan. Contohnya, Alif gigih berusaha untuk mendapatkan pengalaman dan maklumat tentang cara untuk mengendalikan estet padi di kampungnya.

(d) Keberanian. Contohnya, Alif berani mempertahankan tanah hak milik keluarganya.

(e) Kerjasama. Contohnya, hasil kerjasama dan persetujuan orang-orang kampung, kaedah moden dalam aktiviti penanaman padi dapat dijalankan.

(f) Berhemah tinggi. Contohnya, pegawai pertanian tidak lokek memberikan maklumat kepada Alif dan sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya.

(g) Berdikari. Contohnya, Alif mengambil keputusan untuk bekerja sendiri walaupun dia berkelulusan universiti.

(h) Kesyukuran. Contohnya, Alif sentiasa bersyukur dalam menjalani kehidupannya. (i) Kepemimpinan. Contohnya, Tuk Ketua mempunyai sikap kepemimpinan yang tinggi dalam menghadapi kerenah penduduk kampung.

Bahasa

Melayu

(10)

Pengajaran

(a) Kita hendaklah yakin dengan kebolehan diri dalam melakukan sesuatu perkara. (b) Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran untuk memperoleh kejayaan.

(c) Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau pengalaman.

(d) Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga terutamanya dalam hal tanah.

(e) Kita disarankan agar memberikan kerjasama yang baik untuk memperoleh manfaat bersama.

(f) Kita hendaklah berkongsi ilmu dan memberikan semangat kepada golongan yang ingin memajukan sesuatu bidang.

(g) Janganlah kita bertindak agresif dan terburu-buru untuk melakukan sesuatu perkara.

(h) Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Tuhan kepada kita.

(i) Kita digalakkan untuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh manfaat daripadanya.

(j) Sebagai pemimpin, kita mestilah mempunyai sifat kepemimpinan yang tinggi supaya kita dapat mengendalikan orang bawahan kita dengan baik.

Latihan

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Inilah hasilnya jika kita berbudi kepada tanah. Ujaran abah masih terngiang-ngiang di telinga. Dia cuba memutar pita ingatan semula. Lebih setahun lalu, petak emas ini membuak dengan rasa geram, marah dan dendam yang berkacuh dengan air mata pilu dan jiwa yang luka berdarah. Dia sangka dia sudah mengalah ketika itu. Dia

Program

Bahasa

Melayu

(11)

hampir mahu angkat bendera putih. Apatah lagi kala melihat air mata yang luruh daripada mata layu emak.

"Apa yang nak dipertahankan sangat tanah tu? Semua orang dah setuju. Dia seorang saja yang tak beri kata putus. Budak ini memang nak menyusahkan orang!"

Abang Man bersuara lantang. Beberapa orang lain kelihatan ikut terangguk-angguk dan bersemangat.

Anjung rumahnya jadi ruang perbicaraan. Dia berusaha menenangkan hati yang terasa seperti mahu luruh. Emak kelihatan bersusah payah berusaha menjadi hakim yang adil. Tetapi dia tidak tahu sejauh mana emak dapat terus bertahan.

"Semua orang dah setuju, Mak Wan. Anak Mak Wan seorang saja yang tolak tuah. Dek sebab dua petak tu, semua kerja tergendala. Mak Wan tolonglah nasihatkan anak bujang Mak Wan ni."

Kali ini Abang Man bersuara lembut sambil merenung wajah emak.

Emak masih menekurkan pandangan ke lantai. Tuk Ketua yang tersandar di dinding sekadar menelinga, seboleh-boleh mungkin tidak mahu masuk campur tangan. Dia masih kekal sebagai pendamai dan pemerhati.

Ada debar bertebaran dalam dada Alif apabila melihat emak diam membatu begitu. Entah emak berfikir, entah emak buntu, tiada siapa dapat menduga. Semua orang tiba-tiba bagaikan disua bahang api.

"Kami semua mahukan kemajuan. Walaupun kami tak berapa muda macam Alif ini, kami pun nak juga menikmati kemajuan. Nak tengok pembangunan, nak melangkah ke depan. Bukannya berpatah balik ke belakang."

Suara Abang Man terasa berisi gila-gula, kedengaran lunak bahasanya.

(Dipetik daripada cerpen "Menuai Emas", antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

Bahasa

Melayu

(12)

i. Berdasarkan petikan cerpen tersebut, nyatakan dua ungkapan Abang Man yang tidak bersetuju dengan tindakan Alif. [3

markah]

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

ii. Kemukakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut berserta dengan contoh yang sesuai. [3 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

iii. Pada andaian anda, wajarkah seseorang itu bersungguh-sungguh mempertahankan tanah hak milik keluarganya? Mengapa? [KBAT]

[4 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ( /10)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(13)

Pemahaman Drama [10 markah]

Sinopsis – “Mahkamah”

Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan. Hakim memerintahkan pegawai memanggil Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Tertuduh I, Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua. Pendakwa raya membaca pertuduhan, bahawa Bulat bin Leper telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali, berumur 99 tahun, di Taman Gagak Putih.

Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya. Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela telah dipanggil masuk untuk membela Bulat bin Leper. Selepas perbicaraan dijalankan, Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Kemudian, seorang nenek yang sedang berjoging telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper itu. Nenek itu tergelincir dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek tua itu patah dan dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Bulat bin Leper bertegas bahawa dia tidak mahu mengaku salah. Peguam bela bangun lalu membantah tindakan pendakwa raya yang cuba mendesak anak guamnya mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut, Bulat bin Leper telah makan sebiji pisang. Kulit pisang tersebut dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya sudah rosak. Bulat bin Leper mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela menyambung kenyataan bahawa Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan tugasnya. Tambah peguam bela lagi, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper ke dalam tong sampah itu sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik dan perkara itu

Bahasa

Melayu

(14)

Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan bahawa peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Namun begitu, seekor kambing yang sangat kurus dan lapar telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga menyebabkan kulit pisang itu tercampak keluar ke jalan raya. Oleh sebab kambing terlalu letih, matanya menjadi kabur dan berpinar-pinar. Kambing itu tidak nampak akan kulit pisang sehingga terkaislah kulit pisang itu ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu jatuh, kemudian meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Sebaliknya, kambing itu yang bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja tanpa syarat.

Pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia, bukan untuk binatang. Peguam bela tidak bersetuju dengan kenyataan pendakawa raya. Peguam bela menyatakan bahawa binatang peliharaan mesti ada tuannya. Oleh itu, tuan kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu mengaku, maka kambing itu harus menjadi milik pihak berwajib. Berdasarkan kenyataan tersebut, hakim telah membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah bersidang semula. Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi mahkamah ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membacakan pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akikino-komokotoko (Akinomoto). Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Hakim mohon pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut.

Program

Bahasa

Melayu

(15)

Pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris seperti yang tercatat di dalam kamus The Advance Dictionary of the Modern English

for the Malaysian World.

Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan seharusnya digunakan dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak semula dan dia mahu memelihara anak beruk itu. Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya.

Tema

Keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan. Keadilan dan kebenaran itu mesti ditegakkan dengan apa-apa cara sekalipun tanpa mengira bangsa, warna kulit, kepercayaan, pangkat, kedudukan, dan sebagainya.

Persoalan

(a) Orang miskin tidak mampu mengupah peguam untuk membela dirinya. Namun begitu, demi keadilan, peguam bela telah disediakan. Bulat bin Leper ialah orang miskin. Dia telah menggunakan khidmat peguam bela untuk membela dirinya di

Bahasa

Melayu

(16)

(b) Keadilan mesti ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun. Peguam bela bersungguh-sungguh mengemukakan pelbagai hujah untuk membebaskan Bulat bin Leper daripada pertuduhan.

(c) Kehidupan golongan yang terlibat dalam kerja-kerja untuk menegakkan keadilan dan kebenaran sama seperti kehidupan golongan biasa. Hakim dan peguam bela gemar menonton rancangan gusti sama seperti orang biasa. Selain itu, hakim juga gemar akan colek kelubi dan pisang.

(d) Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah. Tertuduh II dikenakan denda supaya menjaga anak beruk yang baru lahir itu sehingga mencapai umur akil baligh serta dia dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk sebagai tuannya.

(e) Isu bahasa Melayu di mahkamah. Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah masih belum meluas lagi. Hakim sendiri masih bercakap dalam bahasa Melayu dengan telor Inggeris.

Latar

Latar Tempat

(a) Mahkamah. Tempat berlangsungnya sidang perbicaraan.

(b) Taman Gagak Putih. Tempat Bulat bin Leper makan sebiji pisang berangan dan tempat Mek Teh bin Jali berjoging.

(c) Stor JKK Ulu Dungun. Tempat Tertuduh II mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.

Latar Masa

(a) Waktu pagi. Contohnya, sidang perbicaraan itu dijalankan pada waktu pagi.

(b) 10 Januari 1988. Contohnya, tarikh kematian Mek Teh bin Jali dan waktu Bulat

Program

Bahasa

Melayu

(17)

(c) 20 Mac 1988. Contohnya, Tertuduh II telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun.

(d) 1 minit. Contohnya, Hakim memberikan tempoh seminit kepada peguam bela dan Tertuduh I untuk berunding.

(e) 2 minit. Contohnya, mahkamah mengambil masa untuk berehat selama dua minit sebelum kembali bersidang dan tempoh masa untuk pendakwa raya merujuk kamus.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat intelektual. Contohnya, hakim, pendakwa raya, dan peguam bela merupakan masyarakat intelektual.

(b) Masyarakat yang hidup miskin. Contohnya, Tertuduh I merupakan masyarakat yang miskin kerana dia tiada wang untuk mengupah peguam bagi membela dirinya di mahkamah.

(c) Masyarakat yang baik hati. Contohnya, peguam bela bersungguh-sungguh mempertahankan Tertuduh I agar anak guamnya itu terlepas daripada pertuduhan yang dihadapinya.

(d) Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan. Contohnya, Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu.

(e) Masyarakat yang tetap pendirian. Contohnya, Bulat bin Leper dipaksa oleh pendakwa raya untuk mengaku bersalah tetapi dia tetap tidak mengaku bersalah.

Watak dan Perwatakan Hakim

(a) Golongan intelektual. (b) Pandai bergurau.

(c) Berbahasa Melayu tetapi dengan telor Inggeris. (d) Adil dan saksama.

Bahasa

Melayu

(18)

(f) Kehidupannya seperti orang biasa. Contohnya, hakim juga menonton rancangan gusti, makan colek kelubi, dan pisang.

Pendakwa raya

(a) Golongan intelektual. (b) Tegas dengan hujahnya.

(c) Menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab. (d) Seorang yang terburu-buru ketika berhujah.

Peguam bela

(a) Tegas ketika menjalankan tugas.

(b) Berfikiran rasional ketika menjalankan tugas.

(c) Sanggup berkhidmat dengan percuma untuk orang-orang susah. (d) Berkeyakinan ketika membicarakan hujah.

(e) Gemar menonton gusti.

Tertuduh I (Bulat bin Leper) (a) Orang miskin.

(b) Dituduh terlibat dengan kes kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh. (c) Berani berhadapan dengan hakim dan pendakwa raya.

(d) Seorang yang bertanggungjawab kerana membuang kulit pisang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.

(e) Tetap pendirian bahawa dirinya tidak bersalah. (f) Seorang yang berbudi bahasa.

Tertuduh II (Akikino-komokotoko) (a) Dipanggil Akinomoto.

(b) Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.

Program

Bahasa

Melayu

(19)

(d) Prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu.

(e) Didapati bersalah dan dikenakan hukuman menjaga anak beruk sehingga akil baligh serta memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya.

Nilai

(a) Keadilan. Contohnya, hakim membuat keputusan terhadap tertuduh dengan adil dan saksama.

(b) Tanggungjawab. Contohnya, Bulat bin Leper membuang kulit pisang ke dalam tong sampah.

(c) Ketegasan. Contohnya, hakim tegas ketika membuat keputusan terhadap tertuduh. (d) Keyakinan. Peguam bela begitu yakin ketika berhujah untuk menyelamatkan Tertuduh I daripada pertuduhan yang dihadapinya.

(e) Rasional. Contohnya, peguam bela bersikap rasional ketika menjalankan tugasnya. (f) Simpati. Contohnya, peguam bela sanggup memberikan khidmat guaman percuma kepada golongan miskin seperti Bulat bin Leper.

(g) Keberanian. Contohnya, Bulat bin Leper berani bersoal jawab di hadapan pendakwa raya.

(h) Keprihatinan. Contohnya, Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk subsidi yang sedang hamil itu.

(i) Kejujuran. Contohnya, Tertuduh II mengaku salah terhadap tuduhan mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.

Pengajaran

(a) Kita hendaklah tegas dalam menjalankan sesuatu tugas.

(b) Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

(c) Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan miskin yang dituduh melakukan

Bahasa

Melayu

(20)

(d) Kita hendaklah bersikap rasional ketika menjalankan tugas.

(e) Pihak berwajib hendaklah sentiasa memastikan kemudahan awam dapat berfungsi dengan baik.

(f) Kita mestilah menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terutamanya dalam urusan-urusan rasmi.

(g) Kita mestilah berani jika berada pada pihak yang benar.

(h) Kita mestilah yakin ketika membicarakan sesuatu hujah supaya tidak menimbulkan keraguan.

(i) Kita hendaklah prihatin terhadap keadaan haiwan yang berada di sekeliling kita.

Latihan

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PENDAKWA RAYA: Benar-benar tidak mahu mengaku?

TERTUDUH I: Saya tidak mahu mengaku, tuan. Saya tidak bersalah.

PENDAKWA RAYA: Awak mesti mengaku. Bukti dan fakta sudah cukup untuk mensabitkan kesalahan awak.

(PEGUAM BELA bangun membantah).

PEGUAM BELA : Tuan hakim, saya membantah tindakan pendakwa raya. Pendakwa raya nampaknya cuba menekan anak guam saya. HAKIM : Ya, pendakwa raya. Saya fikir soalan awak sudah selesai. Awak

boleh duduk. PENDAKWA RAYA: Baik, tuan.

HAKIM : Sekarang giliran peguam bela untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan.

PEGUAM BELA : Bulat bin Leper, benarkah pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00

Program

Bahasa

Melayu

(21)

hingga 9.00 pagi, kamu berada di Taman Gagak Putih? TERTUDUH I : Ya, benar, tuan.

PEGUAM BELA : Dan ada waktu siang yang tersebut itu, kamu telah makan sebiji pisang berangan ... kemudian kulitnya, yang kamu tidak lalu nak makan, kamu buang ke dalam tong sampah, yang tersedia oleh pihak berwajib, tapi sudah rosak pintunya?

TERTUDUH I : Ya, benar sekali, tuan.

PEGUAM BELA : Dan kamu sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan tugas kamu?

TERTUDUH I : Ya, tuan.

PEGUAM BELA : Lalu, kulit pisang yang kamu buang ke dalam tong sampah itu ialah suatu perbuatan yang sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik kamu, malah kamu telah menunjukkan contoh yang baik?

TERTUDUH I : Benar sekali, tuan.

(Dipetik daripada drama "Mahkamah" antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

i. Mengapakah peguam bela menyatakan bahawa pendakwa raya cuba menekan

anak guamnya? [3 markah]

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(22)

ii. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam petikan drama tersebut. [3 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

iii. Kesedaran sivik amat penting dalam diri seseorang. Pada pendapat anda, apakah kepentingan kesedaran sivik. [KBAT] [4 markah]

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ( /10)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(23)
(24)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Koordinator BK adalah konselor yang mempunyai tugas, tanggung jawab, wewenang dan hak secara penuh dalam kegiatan BK terhadap sejumlah peserta didik. Pelayanan BK

• Saat diterapkan teknik rekonsiliasi data (SSDR) pada jaringan sensor laju aliran massa kondisi awal, masih terdapat 8 sensor yang memiliki nilai standard deviasi di atas 2%.

Nama Umur Pendidikan Terakhir Jumlah Tanggungan (jiwa) Lamanya Berjualan (tahun) 16 H... Karakteristik Ekonomi Penjual Daging Sapi di Pasar Tradisional Kota Medan

Anwar, J. Ekologi Ekosistem Sumatera. Yogyakarta: UGM Press. Hortikultura aspek budaya. Cagar Alam Leuweung Sancang. In Informasi Kawasan Konservasi Propinsi Jawa Barat

Kedua, karya lukis perupa BYAR Imajinasi bergaya seni lukis kontemporer yang terlihat dari ciri meminjam idiom masa lalu untuk digunakan dalam konteks baru, berkarya pada tema

Oleh karena itu, untuk meringankan beban pajak terutang bagi wajib pajak, maka besarnya pajak yang dipotong atas penghasilan yang diterima atau diperoleh subjek pajak dalam negeri

Bapak/Ibu Dosen pengajar beserta staf yang telah memberikan ilmu yang bermanfaat dan fasilitas yang memadai dalam menempuh pendidikan tinggi di Fakultas Ekonomi dan