• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

TEMPLATE FOR COURSE ASSESSMENT COVER SHEET BMCO 3105

Disediakan Oleh:

NUR FAIZZATUL AIN BINTI MD FADIL

NAUFAL BIN MD SAIDI ELI AIMA SHAZILA BINTI AMRAN NUR HIDAYAH BINTI MD ARIFFIN

No Matrik & HP/Whatssapp:

1618712 / 0123640484 1625931 / 0172061269 1628696 / 0192156220 1618738 / 0134117222 Tugasan #: LAPORAN II Tajuk Tugasan:

LAPORAN PROJEK II: ISU MAKANAN DI HUB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (PEMBENTANGAN HARI MEDIA DIGITAL)

Course Coordinator/Facilitator:

ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN

Tarikh Hantar: 16.11.2018 MARKS Marker’s Signature: Date: Student’s Signature: Date: 16.11.2018

(2)

2

1.0 PENGENALAN

Fenomena kekurangan kemudahan yang serba serbi lengkap adalah merupakan suatu fenomena yang dianggap biasa bagi sesetengah tempat yang baru dibuka atau baru sahaja ingin dibangunkan. Hal ini demikian kerana, faktor persekitarannya yang masih lagi baharu dan tidak mempunyai prasarana yang cukup bagi memenuhi keperluan dan kehendak mahupun permintaan penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut. Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, bukanlah nama yang asing lagi di Malaysia, apatah lagi di Negeri Johor Darul Takzim ini. Hub pendidikan ini baru sahaja dihuni pada tanggal 9 September 2017 yang lalu yang memiliki empat institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) , Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Syed Nasir (PSN). Kesemua institusi ini terletak di bawah kampus Pagoh yang mempunyai seramai lebih kurang 10,000 orang penuntut. Namun begitu, rentetan daripada pembukaan institusi baru seperti ini, terdapat beberapa kekangan yang harus dihadapi oleh semua penuntut di sini. Salah satu dari isu yang kerap didengari keluhan adalah berkaitan isu makanan di dalam kawasan ini. Hal ini terjadi disebabkan oleh keadaan kawasan ini yang masih lagi belum dibangunkan sepenuhnya. Terdapat banyak lagi kemudahan yang berkait rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun di fakulti.

Selain dari itu, ketiadaan bangunan makanan segera seperti KFC, McD, Pizza Hut, Secret Recipe, Domino Pizza dan banyak lagi juga menjadi punca perbualan kepada isu makanan ini. Bukan hanya itu, malah di dalam kolej kediaman juga makanan seringkali tidak mencukupi dan rata-rata dari penuntut di Pagoh ini menyuarakan hasrat ketidakpuasan hati mereka terhadap masalah ini. Kurangnya bilangan kafe yang beroperasi dan kepelbagaian makanan yang dijual juga penyebab kepada isu makanan ini kerana tidak mampu menampung jumlah penuntut yang ramai yang datang membeli makanan. Oleh yang demikian, terdapat satu solusi bagi permasalahan dan isu yang hangat menjadi bualan ini iaitu melalui khidmat pesanan dan penghantaran makanan kepada sesiapa sahaja yang membuat pesanan terutamanya di kawasan Hub Pendidikan Tinggi Pagoh ini. Khidmat ini menawarkan pesanan dan penghantaran makanan mengikut kehendak penuntut mahupun sesiapa sahaja yang memesan. Khidmat ini juga memiliki aplikasi yang memudahkan para pemesan untuk membuat pesanan makanan.

(3)

3

2.0 PERSOALAN

Merungkai persoalan bagi isu yang diketengahkan iaitu mengenai isu makanan di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, persoalan yang dapat dikaitkan adalah seperti di bawah:

i. Sejauh manakah isu makanan ini menjadi masalah di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh terutamanya kepada penuntut UIAM?

ii. Apakah punca berlakunya isu makanan di kawasan ini?

iii. Apakah jalan penyelesaian ataupun solusi yang wajar dilakukan terhadapa isu ini?

3.0 OBJEKTIF

i. Untuk mengenal pasti permasalahan dari segi isu makanan di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh terutamayanya kepada penuntut UIAM.

ii. Mengetahui punca berlakunya isu makanan di kawasan ini.

iii. Mencari jalan penyelesaian ataupun solusi yang sewajarnya terhadap isu ini.

4.0 SOROTAN LITERATUR

Perkhidmatan makanan iaitu kafetaria di institusi pendidikan merupakan tempat utama yang menjadi tumpuan para pelajar untuk memperolehi makanan pada sesi pengajian mereka. Oleh kerana ia menjadi tempat penting bagi sesebuah institusi, maka pihak institusi tidak boleh mengabaikan kebersihan persekitaran dan makanan yang disediakan oleh pihak kafeteria (Mohd Rizal dan Noraini, 2010). Apabila perkhidmatan makanan berada pada tahap yang baik, maka boleh dikatakan kualiti perkhidmatan yang diberikan juga berada pada tahap yang sangat memuaskan. Walaupun kualiti perkhidmatan makanan agak sukar untuk diukur, tetapi tahap kualiti ini boleh diukur melalui kajian tahap kepuasan pelanggan selepas mereka melihat, merasa dan mendapat manfaat dari perkhidmatan tersebut. Banyak kajian yang telah dilakukan mendapati kualiti produk atau perkhidmatan mempunyai kaitannya dengan kepuasan pelanggan (Seung Ah Yoo, 2012). Faktor kualiti yang biasa diukur dalam perkhidmatan makanan seperti kualiti makanan, kepelbagaian, kemudahan dan harga telah dibuktikan oleh Xi dan Shuai (2009) mempunyai kesan terhadap kepuasan seseorang pelajar. Selain itu, keputusan yang diperolehi dalam kajian Jian dan Sameeha (2014) membuktikan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan makanan akan meningkat jika kafeteria mempelbagaikan menu makanan. Contohnya, jika pelajar menilai tinggi kualiti perkhidmatan

(4)

4

makanan yang diberikan oleh kafetaria, maka kepuasan yang diperoleh juga tinggi. Di sini dapat dilihat bahawa kepuasan terhadap perkhidmatan makanan akan dapat dicapai sekiranya mutu perkhidmatan yang disediakan dipelihara dan dipertingkatkan dari masa kesemasa.

Disamping itu juga, sistem perkhidmatan makanan yang baik dapat memberikan keselesaan kepada pelajar dan juga dapat mencerminkan imej baik sesebuah institusi itu. Faktor utama yang menyumbang kepada perkhidmatan makanan yang baik adalah kebersihan kafeteria itu sendiri. Selain itu Abu Bakar dan Noraini (2009) telah mendapati terdapat tiga faktor yang dikaji merangkumi persepsi pelajar terhadap kebersihan kafetaria, iaitu kebersihan makanan yang dihidangkan, suasana persekitaran, kemudahan yang disediakan dan juga kebersihan diri pekerja kafetaria. Sehubungan dengan itu, kebersihan premis makanan dan pengendali makanan merupakan faktor yang juga penting dalam menentukan pemilihan tempat makan.

Kebersihan ini merangkumi item-item seperti perlalatan pinggan dan mangkuk, dapur memasak, meja makan, lantai, persekitaran premis dan tandas serta amalan kebersihan pengendali makanan. Jika tempat tersebut tidak bersih ia akan menyebabkan pelanggan yang datang merasa tidak selesa dan mungkin juga tidak ada pelanggan yang akan berkunjung ke tempat itu (Mohd Azlan dan Noraziah, 2011).

Penentuan harga makanan adalah faktor yang amat penting bagi kafetaria. Harga makanan yang diletakkan di papan kenyataan perlu sama dengan harga yang dikenakan, ini bertujuan untuk memastikan harga yang dikenakan tidak berubah-ubah serta pihak yang bertanggungjawab dapat memastikan pengusaha kafetaria tidak mengambil kesempatan ke atas pelajar (Mohd Rizal dan Noor Aini, 2008). Dalam industri perkhidmatan makanan seperti kafetaria di institusi pendidikan, harga yang munasabah dengan nilai kualiti makanan yang baik dapat menyumbang kepada kepuasan hati pelanggan itu sendiri (Ng, 2005; Xi dan Shuai, 2009). Sekaligus pelanggan akan membuat pembelian jika harga yang ditetapkan oleh kafetaria pada kadar yang sewajarnya dengan nilai mutu dan perkhidmatan yang disediakan (Kerstin Bergstrom, 2005).

Faktor kebersihan makanan juga perlu dipandang serius dalam hal ini. Abdul Wahid dan Mazilah (2010) menegaskan bahawa pekerja dan pengendali makanan perlu sentiasa menjaga kebersihan tangan semasa bertugas dalam penyediakan dan membungkus makanan.

(5)

5

Bagi pengusaha kafetaria, mereka perlulah memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak makanan haruslah sentiasa bersih. Disamping itu, keselamatan makanan juga merupakan satu isu penting bagi dalam kesihatan pelajar yang tidak boleh dipandang enteng, khususnya di dalam persekitaran universiti (Linda, 2006). Melalui kajian yang dilakukan oleh Mohd Anuar dan Asmah (2011), penggunaan peralatan tidak hanya terhadap penyediaan bahan mentah, malahan terhadap makanan yang telah dimasak. Penyebaran bakteria berlaku amat pantas apabila peralatan yang sama digunakan dalam mengendalikan bahan mentah dan juga bahan makanan yang telah dimasak. Penyediaan bahan-bahan mentah juga perlu dititik beratkan kebersihan juga, ini kerana apabila bahan-bahan mentah itu tercemar ia akan menyebabkan makanan itu tidak lagi bersih dan boleh mengakibatkan berlakunya keracunan makanan.

Kepelbagaian menu makanan juga menjadi kriteria penting kepada mencapai kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan makanan. Di dalam kajian Nurul Aini dan Mohd Rizal (2008), responden bersetuju kepelbagaian menu yang ditawarkan oleh pihak kafetaria dapat memenuhi kehendak dan kepuasan mereka sekaligus membuatkan mereka merasa ingin kembali membeli makanan di kafetaria tersebut. Adibah & Puvaneswari (2010) juga berpendapat bahawa, perancangan menu adalah satu aspek yang kritikal dalam bidang perkhidmatan makanan yang mana didapati pelajar tidak berpuas hati dengan menu yang disediakan oleh pengusaha kafetaria. Menu yang disediakan itu tidak dipelbagaikan malahan kesemua menu yang disediakan telah siap dimasak. Oleh itu, pelajar tiada pilihan untuk memilih menu yang mereka suka dan ini akan menyebabkan pelajar tidak berpuas hati dengan menu yang sedia ada. Oleh itu pihak pengendali kafetaria perlu peka terhadap keperluan pelajar yang mana, menu yang ditawarkan hendaklah dibaiki secara menyeluruh meliputi makanan yang sesuai dengan citarasa pelanggan.

5.0 METODOLOGI

5.1 Analisis Masalah, Reka Bentuk, Pembangunan Aplikasi dan Produksi Video

Mahasiswa Hub Pendidikan Tinggi Pagoh terutamanya golongan mahasiswa daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempunyai masalah berkaitan dengan makanan. Oleh hal yang demikian, para pengkaji yang terdiri daripada empat orang ahli kumpulan yang lain,

(6)

6

bersama-sama mengembleng tenaga bagi mencari solusi yang mampu membantu komuniti Hub Pendidikan Pagoh. Perancangan yang rapi dan tersusun telah mencorakkan keputusan yang dicapai.

Terlebih dahulu, para pengkaji melakukan beberapa pemerhatian dalam mengenal pasti sejauh manakah permasalahan bagi isu ini. Setelah melakukan beberapa pemerhatian dan perbincangan, terdapat beberapa masalah utama telah dikenal pasti yang berkait dengan isu makanan ini. Antara permasalahan tersebut adalah seperti:

1. Kekurangan pilihan makanan.

Kewujudan dua buah kafe di Mahallah masih lagi tidak dapat menampung permintaan para pelajar dalam aspek menu makanan yang disediakan. Malah, jenis menu yang disediakan juga dilihat hampir sama bagi setiap semester. Hal ini pastinya membuatkan para pelajar berasa agak jemu untuk makan makanan di kafe.

2. Masalah pengangkutan.

Seperti yang sedia maklum, para pelajar tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri kecuali bagi pelajar tahun 3 dan keatas. Di tambah pula dengan keadaan kawasan persekitaran yang baru hendak membangun, sudah tentu agak terhad pekhidmatan yang disediakan. Walaupun terdapat servis sewa kereta di sekitar kawasan Pagoh ini, akan tetapi harga yang ditawarkan agak mahal bagi seorang pelajar. Hal ini pastinya sedikit sebanyak memberi bebanan kepada pelajar itu sendiri.

3. Para pelajar tidak tahu kedai yang menawarkan harga yang berpatutan di sekitar kawasan Pagoh.

Oleh kerana kawasan Edu Hub ini merupakan sebuah kawasan yang baru dibangunkan, jadi para pelajar agak kurang tahu kedai mana yang menawarkan harga makanan yang berpatutan. Lebih lebih lagi jika pelajar tersebut bukan berasal daripada daerah itu sendiri. Jadi, perkara ini juga boleh menjadi satu masalah bagi isu ini.

4. Harga makanan di kafe mahallah atau kuliyyah agak mahal.

Harga makanan di mahallah yang agak mahal juga boleh membawa kepada isu ini. Hal ini kerana, sudah sering kali para pelajar UIAM mengadu tentang harga makanan yang kadang kala agak berbeza sedangkan kuantiti lauk dan nasi yang diambil adalah sama bagi setiap hari.

(7)

7

Oleh hal yang demikian, para pengkaji turut mengambil masalah ini untuk dimasukkan kedalam isu ini.

Setelah itu, para pengkaji telah menjalankan beberapa pencarian maklumat menerusi internet. Pencarian maklumat di internet ini dijalankan bagi melihat sebarang penyelesaian yang boleh diadaptasi kedalam tugasan ini. Setelah masalah-masalah ini dikenal pasti, para pengkaji meneruskan tugasan ini mengenal pasti penyelesaian yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Sebagai solusi, pengkaji telah merancang untuk membuat satu aplikasi yang terus dapat menyelesaikan masalah makanan di Hub Pendidikan Pagoh ini. Aplikasi ini menawarkan kemudahan dalam menyediakan perkhidmatan pembelian makanan. Mahasiswa yang lapar dan orang yang ingin mencari pendapatan sampingan boleh menggunakan aplikasi ini. Kemudahan aplikasi ini menambahkan keberkesanan dari segi komunikasi dengan adanya bantuan internet dan telefon pintar. Dengan ini, komunikasi antara pelanggan dan orang yang menyediakan perkhidmatan semakin mudah. Hal ini boleh menjimatkan masa dan membuat kerja dengan lebih efisyen. Oleh itu, pengkaji telah mengambil kira kemudahan sedia ada dan menerapkan ke dalam aplikasi yang dipanggil LAUK ini. Selain itu, kesukaran membeli makanan di kawasan kedai yang jauh juga dapat diatasi dengan mudah. Hal ini kerana khidmat penghantaran makanan ini mewajibkan untuk semua orang yang berdaftar memiliki kenderaan agar dapat memenuhi kehendak orang yang menggunakan aplikasi ini. Dengan adanya kenderaan juga, pemesanan makanan boleh dibuat dalam jumlah yang banyak. Dengan ini, pengkaji berpendapat bahawa situasi ini merupakan situasi “win-win situation” di mana memberi keuntungan dan kepuasan semua pihak. Untuk memudahkan lagi, aplikasi ini menunjukkan lokasi kedai yang menyediakan makanan untuk dipilih. Manusia mudah bosan dengan makan makanan yang sama setiap hari. Aplikasi ini memudahkan pilihan pembeli dan memaparkan pelbagai makanan yang boleh didapati di sekitar pagoh dan muar. Segala maklumat telah disenaraikan secara terperinci seperti harga, jarak kedai, upah kepada perkhidmatan pembeli makanan, dan lain-lain. Teknologi yang kini berada di hujung jari memudahkan manusia dan terus menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

(8)

8 Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan aplikasi LAUK yang dibangunkan dalam tugasan ini. Idea ini tercetus daripada aplikasi perkhidmatan Food Panda, iaitu sebuah perkhidmatan penghantaran makanan. Malah perkhidmatan ini turut boleh didapati menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun melalui google play store atau apps store. Namun begitu, perkhidmatan hanya terdapat di sekitar Kuala Lumpur sahaja, tidak meliputi kawasan Pagoh. Oleh hal yang demikian, para pengkaji telah bersetuju sebulat suara untuk mencipta sebuah aplikasi seperti aplikasi Food

Panda ini sebagai satu inisiatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan aplikasi Foodpanda yang menjadi panduan kepada penciptaan aplikasi LAUK.

Seterusnya, setelah mengenal pasti masalah dan penyelesaian yang boleh diambil bagi tugas, para pengkaji telah memulakan aktiviti membuat video. Video ini dibuat bagi menyampaikan mesej tentang penyelesaian masalah ini. Persediaan sebelum membuat video

(9)

9

seperti mencipta papan cerita dan jalan cerita yang menarik telah dilakukan untuk menyampaikan maklumat. Pengkaji juga telah mengambil kira sudut pengambilan video, lokasi, tema dan watak yang sesuai untuk membuat satu video yang kreatif dan menarik. Pengkaji telah membentangkan raw video hasil produksi video peringkat awal untuk tatapan umum dan terus berusaha menyelesaikan masalah yang sedia ada berdasarkan komen yang diberi. Rajah 3 berikut merupakan papan cerita yang telah disediakan bagi melancarkan lagi proses membuat video ini.

Rajah 3

Setelah menyiapkan papan cerita, kerja diteruskan dengan merekod setiap babak berpandukan pada jalan cerita yang telah dibincangkan. Para pengkaji telah menyediakan 1 video untuk memasarkan aplikasi LAUK ini. Pengkaji-pengkaji juga telah merancang secara mendalam untuk membuat strategi pemasaran yang berkesan dan mampu menarik perhatian pengguna telefon pintar. Hasil perbincangan yang padat dan ringkas, pengkaji telah membina papan cerita dan membentuk satu jalan cerita yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat. Papan cerita untuk membuat video ini telah menjadi rujukan pengkaji sepanjang proses pembuatan video ini. Idea dan pendapat orang awam telah diambil kira dalam proses pembuatan papan cerita. Jalan cerita yang dirangka telah di inspirasikan oleh beberapa video pengiklanan yang ada di kaca televisyen. Pengkaji telah merangka satu jalan cerita yang kreatif dan cantic

Proses rakaman video telah dilakukan dengan menggunakan sebuah kamera dslr. Pengkaji telah merakamkan video ini dengan menggunakan kepelbagaian sudut rakaman.

(10)

10

Selain itu, pengkaji telah menggunakan beberapa lokasi yang berbeza di sekeliling Hub Pendidikan Pagoh. Pengkaji juga berjalan kaki ke kedai berdekatan dengan kediaman mahasiswa dan merakamkan situasi di kedai makanan yang tutup. Pelbagai cabaran yang dihadapi dalam proses pengambilan gambar ini yang tidak dapat dilupakan. Setelah habis proses rakaman, pengkaji menyunting video dan memasukkan pelbagai elemen yang boleh membantu menarik perhatian penonton. Antaranya ialah sari kata, bunyi yang bertetapan dengan situasi, dan penyuntingan video yang tidak menarik. Lagu yang bersesuaian telah dipilih dan dijadikan muzik latar belakang. Pengkaji juga telah mengambil kira panjang video yang dibuat. Panjang video yang optimum adalah sebanyak 5-7 minit. Hal ini kerana penonton akan berasa bosan apabila terlalu lama, dan menjadi masalah tidak cukup maklumat untuk menjawab persoalan kajian apabila terlalu sekejap.

5.2 Penyuntingan Dan Persembahan Video Akhir

Dalam proses penyuntingan video ini, para pengkaji menggunakan aplikasi movie maker dan filmora bagi menyunting video-video yang telah direkod sebelum ini. Penggunaaan filmora ini bukanlah satu perkara yang asing lagi bagi para pengkaji. Hal ini kerana, para pengkaji pernah menggunakannya beberapa kali dalam menyiapkan tugasan video bagi subjek yang lain. Jadi, agak mudah bagi para pengkaji untuk menggunakanya. Selain itu, aplikasi filmora ini juga dilihat turut digunakan oleh kumpulan lain dalam menyiapkan tugasan video ini. Hal ini menunjukkan bahawa aplikasi filmora ini mudah untuk digunakan, lebih-lebih lagi kepada para pelajar yang baru hendak berjinak-jinak dalam penyuntingan video ini.

Dalam tugasan ini, aplikasi movie maker hanya digunakan bagi memotong babak-babak yang tidak diperlukan dan mencantumkan babak-babak yang berkenaan. Hal ini kerana, penggunaan aplikasi movie maker dalam kerja-kerja tersebut lebih mudah untuk digunakan. Malah penambahan sari kata di dalam video itu juga dijalankan menerusi aplikasi movie maker ini. Setelah mencantumkan babak-babak tersebut hingga menjadi satu video penceritaan, proses penyuntingan disambung pula dengan menggunakan aplikasi filmora. Aplikasi filmora ini digunakan bagi memasukkan background music, filter, transition, element dan overlay ke dalam video yang telah diedit daripada aplikasi movie maker. Di dalam aplikasi filmora ini, terdapat banyak jenis filter yang boleh digunakan, mengikut kesesuaian tajuk atau tema video yang dijalankan. Hal ini memudahkan para pelajar yang baru hendak mencuba aplikasi ini bagi membuatkan video mereka lebih menarik. Seterusnya, pemilihan muzik bagi latar belakang video turut dititik beratkan dalam proses pembuatan video ini. Hal ini supaya, dapat

(11)

11

menghasilkan satu video yang dapat meyentuh emosi dan perasaan penonton. Para pengkaji memilih muzik berentak catchy yang memberikan perasaan keterujaan kepada penonton yang menontonnya. Hal ini bagi mengekspresikan keterujaan dalam mempamerkan solusi kepada isu ini yang turut memberi manfaat kepada penonton itu sendiri. Terdapat beberapa kaedah lain yang turut digunakan dalam proses video ini iaitu, speed, slow motion dan rewind. Ketiga tiga kaedah ini digunakan bagi mencantikkan lagi penceritaan video tersebut.

Secara keseluruhannya, kedua-dua aplikasi ini mudah untuk digunakan. Malah, para pengkaji turut mempelajari benda baharu menerusi aplikasi ini iaitu dalam penggunaan

overlays. Hal ini dimana, para pengkaji boleh meletakkan sebarang simbol di dalam video

dengan menggunkan overlays. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan menerusi aplikasi filmora ini. Oleh hal yang demikian, amat penting dalam proses penyuntingan video itu untuk kita mengeksplorasi terlebih dahulu dan mengambil tahu fungsi bagi setiap perkara yang terdapat dalam aplikasi berkenaan. Tujuan ini dilakukan adalah bagi memudahkan urusan penyuntingan video itu sendiri. Semakin banyak benda yang diketahui, semakin mudah kerja penyuntingan dijalankan.

6.0 DAPATAN KAJIAN

Isu makanan ini bukanlah satu isu yang baru. Tetapi isu ini telah wujud sejak setahun yang lepas iaitu sejak mula beroperasinya Hub Pendidikan Tinggi Pagoh ini. Hal ini boleh dilihat apabila terdapat sekumpulan pelajar yang merungut bahawa pada tengah hari, lauk di kafe sudah habis. Bukan satu kafe sahaja yang sebegini, sebaliknya kedua dua kafe hanya menyediakan lauk dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Perkara ini sedikit sebanyak memperlihatkan betapa seriusnya isu ini. Selain itu, kekurangan makanan di kafe ini juga menyebabkan terdapat segelintir pelajar yang mnegambil jalan dengan membeli barangan makanan segera secara borong pada awal bulan untuk dijadikan bekalan makanan pada bulan tersebut. Hal ini sudah semestinya memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka juga kerana tidak mengambil makanan yang berkhasiat. Ketiadaan kenderaan menyebabkan mereka bertindak untuk membeli borong supaya mereka tidak perlu lagi keluar untuk membeli makanan, malah ini juga dapat menjimatkan perbelanjaan mereka. Dalam erti kata lain, isu ini bukanlah lagi satu isu yang besar sebaliknya perkara ini merupakan satu perkara yang perlu diambil perhatian kerana ini melibatkan keperluan para pelajar UIAM itu sendiri. Malahan, perkara ini sudah beberapa kali cuba diutarakan kepada pihak pentadbiran, namun, masih lagi tiada sebarang penyelesaian yang diambil.

(12)

12

Para pengkaji mendapat idea bagi membentangkan isu ini apabila terdapat beberapa aduan telah disuarakan kepada pihak pentadbiran mengenai isu ini. Terdapat aduan pelajar yang menyatakan bahawa harga makanan yang ditawarkan di kafetaria agak mahal. Hal ini dapat dibuktikan dalam perbualan antara pelajar dan sesetengah daripada mereka bersuara hanya berani bersuara di atas talian melalui aplikasi WhatsApp. Harga yang ditawarkan di gerai luar lebih murah. Pelajar juga menyatakan pendapat mereka bahawa makanan di gerai luar bukan sahaja lebih murah, malahan ditawarkan variasi makanan yang pelbagai. Pengkaji-pengkaji berpendapat bahawa kelebihan yang ditawarkan oleh peniaga luar kafeteria Hub Pendidikan Pagoh jauh lebih menarik dan memenuhi citarasa pelajar. Jadi, ini menarik perhatian para pengkaji untuk melihat punca-punca lain yang membawa kepada isu makanan ini. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, pada bahagian metodologi, terdapat empat punca utama bagi isu ini yang telah dikenal pasti iaitu harga makanan yang agak mahal, masalah pengangkutan, tidak tahu kedai makan yang menawarkan harga yang berpatutan dan kekurangan pilihan makanan di kafe.

Oleh hal yang demikian terdapat beberapa solusi telah difikirkan oleh para pengkaji seperti mewujudkan petisyen daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa Pagoh untuk sebarang bantahan mengenai harga atau cadangan untuk penambah baik kafetaria yang sedia ada. Individu perlulah bersikap terbuka dan menyuarakan pendapat mereka kepada pihak pengurusan agar mereka tahu akan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pihak pengurusan berhak mengambil tindakan kepada pemilik kafetaria. Oleh itu, pelajar boleh membuat segala aduan, bantahan atau cadangan kepada pihak atasan. Selain itu, para pelajar juga boleh mengambil inisiatif untuk meminta pihak restoran atau gerai menghantar makanan. Pengkaji mendapati sesetengah restoran menawarkan perkhidmatan penghataran makanan dengan syarat menepati bilangan kiriman makanan dalam jumlah tertentu. Pengkaji mencadangkan agar pelajar lebih aktif dalam berkomunikasi antara satu sama lain dan membuat kiriman makanan secara berjamaah. Hal ini akan menguntungkan kedua belah pihak. Walaupun terdapat sedikit kesukaran untuk mengumpulkan jumlah orang untuk memesan makanan, usaha yang dilakukan boleh dijadikan solusi untuk isu makanan ini. Tindakan perlu dibuat untuk menyelesaikan masalah seperti pepatah melayu mengatakan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Aplikasi LAUK, menjadi pilihan para pengkaji bagi solusi masalah ini yang dilihat lebih efektif berbanding penyelasaian yang lain. Oleh yang demikian, para pengkaji memasukkan aplikasi ini sebagai penyelesaian kepada isu makanan ini. Segala punca-punca isu ini serta penyelesaian ini boleh dilihat dalam pautan video yang telah disertakan bersama-sama dengan laporan ini.

(13)

13

7.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, tugasan ini sedikit sebanyak memberi penyelesaian kepada isu makanan yang sememangnya berlaku di Hub Pendidikan Pagoh. Oleh itu, aplikasi LAUK ini boleh membantu menyelesaikan masalah makanan yang dihadapi oleh mahasiswa di sekitar Hub Pendidikan Pagoh. Aplikasi ini bukan sahaja mampu membantu mahasiswa yang kelaparan. Namun, aplikasi ini boleh membantu petugas yang membelikan makanan kepada pelanggan. Dengan keberkesanan teknologi ini, pengkaji mendapati bahawa masa digunakan untuk tempoh urusan pembelian makanan lebih efisyen dan efektif. Dengan kemudahan internet dan telefon pintar, urusan ini boleh diselesaikan dengan menekan paparan skrin sahaja dan informasi dihantar secara terus kepada pembeli makanan. Walaupun aplikasi ini masih belum diwujudkan lagi namun, aplikasi ini boleh jadi sebagai suatu rujukan untuk masa hadapan.

Referensi

Dokumen terkait

Wawancara dilakukan terhadap informan yang diteliti dengan menggunakan pedoman wawancara yang disiapkan terlebih dahulu. Wawancara merupakan teknik pengumpulan data

Trudno odmówić słuszności takiemu postrzeganiu literatury fantastycznej, ale z tym istotnym dopowiedzeniem, że pisarze fantastyczni wierni są przy tym przekonaniu, że po

Dengan ini diberitahukan bahwa Direktorat Jenderal Perhubungan Udara memberi kesempatan bagi Warga Negara Indonesia yang berijazah Diploma III (Terakreditasi oleh Ditjen

Pencahayaan merupakan hal yang penting dalam suatu ruangan dengan kondisi pencahayaan yang baik maka kondisi ruangan dapat menunjang aktivitas dalam ruangan. Dengan

Permasalahan tersebut dibahas melalui penelitian tindakan kelas yang dilakukan melalui 2 siklus dengan setiap siklus tahapannya adalah perencanaan, tindakan, observasi

Menurut Pratanti (dalam http://zhalabe.blogspot.com/2012/01/perilak u-asertif.html) seseorang dapat dikatakan asertif apabila memiliki kriteria merasa bebas untuk

19 Rahmatullah (33 tahun), Ketua DPC-HTI Bajeng Barat, Wawancara, Gentungang, 20 Juni 2016.. Dari penjelasan di atas, maka dapat dipahami bahwa Hizbut Tahrir Bajeng

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui perbedaan prestasi belajar siswa pada penggunaan media kartu destinasi dan kokami pada materi pokok sistem koloid,