• Tidak ada hasil yang ditemukan

NOTIS PRIVASI KONSUMER GLOBAL KEMAS KINI TERAKHIR: 15 JANUARI 2021

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "NOTIS PRIVASI KONSUMER GLOBAL KEMAS KINI TERAKHIR: 15 JANUARI 2021"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

NOTIS PRIVASI KONSUMER GLOBAL KEMAS KINI TERAKHIR: 15 JANUARI 2021 MoneyGram ialah syarikat teknologi kewangan global terkemuka yang menyediakan perkhidmatan pemindahan wang dan pembayaran inovatif kepada jutaan konsumer di seluruh dunia. Kami adalah komited untuk melindungi privasi Maklumat Peribadi anda. Notis Privasi ini menerangkan amalan dan dasar privasi data kami apabila anda berinteraksi dengan kami, termasuk bagaimana kami mengumpul, mengguna dan berkongsi Maklumat Peribadi anda menurut undang-undang yang berkenaan dan standard tingkah laku beretika. Sekiranya amalan dan dasar kami berubah, kami akan mengemaskini Notis Privasi ini.

SIAPA KAMI?

“Pengawal data” menentukan bagaimana dan mengapa data peribadi akan digunakan oleh sebuah organisasi.

Notis Privasi ini dikenakan pada MoneyGram Payment Systems, Inc., anak syarikat milik MoneyGram International, Inc. sepenuhnya dan ahli gabungan dan subsidiarinya di seluruh dunia (secara kolektif “MoneyGram,” “MoneyGram Group,” “kami,’’ “kita” ).

Sebahagian besar perkhidmatan pemindahan wang kami, dan kegiatan perniagaan kami dijalankan di bawah MoneyGram Payment Systems, Inc., entiti A.S. yang terletak di 1550 Utica Avenue South, Suite #100, Minneapolis, MN 55416, U.S. (“MPSI”). Secara biasanya, MPSI adalah “pengawal data” berhubung dengan mana-mana Maklumat Peribadi yang diberikan kepada kami di mana sahaja di dunia sama ada secara bersemuka di lokasi ejen kami, atau melalui e-mel, telefon atau melalui laman web atau aplikasi mudah alih kami, melainkan kami mempunyai entiti berlesen MoneyGram tempatan yang lain. Ini bermaksud MPSI bertanggunjawab untuk menentukan bagaimana untuk memegang dan menggunakan Maklumat Peribadi mengenai anda. Namun demikian, bergantung pada lokasi anda dan bagaimana anda berinteraksi dengan kami, entiti MoneyGram yang berlainan bleh menjadi “pengawal data.” Contohnya, jika anda menggunakan perkhidmatan pemindahan wang kami di Kesatuan Eropah (“EU”), anda akan berinteraksi dengan MoneyGram International SRL, entiti Belgium dengan alamat berdaftar di Rue Joseph Stevens BE-1000 Brussels, Belgium. Dalam keadaan sedemikian, MoneyGram International SPRL akan menjadi “pengawal data” Maklumat Peribadi anda yang dikumpul di EU.

Untuk senarai entiti utama yang merupakan “pengawal data” bergantung pada lokasi anda dan interaksi dengan kami, sila klik di sini.

(2)

2 | Muka surat Notis Privasi SKOP NOTIS PRIVASI INI

Notis Privasi ini dikenakan apabila anda berinteraksi dengan MoneyGram, di mana sahaja di dunia. Jika anda tinggal di Amerika Syarikat, sila lihat Pernyataan Privasi A.S.. Untuk penduduk California, sila lihat Notis Privasi Penduduk California kami.

Notis Privasi ini dikenakan apabila anda berinteraksi dengan MoneyGram di mana sahaja di dunia. Contohnya, Notis Privasi ini dikenakan apabila anda:

• Menggunakan mana-mana perkhidmatan MoneyGram, sama ada secara langsung atau menerusi ejen, aplikasi mudah alih atau laman web kami; • Berinteraksi dengan MoneyGram di media sosial;

• Menghubungi pusat panggilan MoneyGram; atau • Memohon untuk menjadi ejen MoneyGram.

Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web Internet lain. Semasa mengklik pada panji pengiklanan pihak ketiga atau pautan lain tertentu di laman web kami, anda akan diarahkan semula ke laman web pihak ketiga sedemikian. Kami tidak bertanggungjawab untuk dasar privasi laman web atau perkhidmatan lain.

Semasa mengumpul Maklumat Peribadi, kami sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan secara langsung kepada kanak-kanak atau mengumpul Maklumat Peribadi mereka.

Dengan menggunakan atau menavigasi laman web kami atau mana-mana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami (secara kolektif "Perkhidmatan"), anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami, Notis Privasi ini. Kami menggalakkan anda supaya memeriksa dan menyemak laman web kami secara berkala untuk sebarang kemas kini kepada Notis Privasi ini. Kami akan menerbitkan versi yang dikemas kini di laman web kami.

(3)

3 | Muka surat Notis Privasi PRINSIP PERLINDUNGAN DATA

KAMI

Kami menggunakan Maklumat Peribadi anda menurut undang-undang berkenaan dan standard tingkah laku beretika.

“Maklumat Peribadi” bermaksud sebarang maklumat yang membolehkan kami mengenal pasti anda atau pihak lain daripada interaksi anda dengan kami, secara langsung atau tidak langsung, misalnya nama, e-mel, alamat, nombor telefon atau sebarang jenis nombor pengenalan. Kami komited kepada pematuhan undang-undang data perlindungan yang berkenaan dan akan memastikan bahawa Maklumat Peribadi:

• Digunakan dengan cara yang sah dari segi undang-undang, saksama dan telus;

• Dikumpul hanya untuk tujuan sah yang telah kami jelaskan kepada anda dan tidak digunakan dengan apa-apa cara yang tidak sesuai dengan tujuan tersebut;

• Berkaitan dengan tujuan yang telah kami beritahu anda dan terhad hanya kepada tujuan tersebut;

• Tepat dan terkini;

• Disimpan hanya selagi perlu untuk tujuna yang telah kami beritahu anda; dan

• Disimpan dengan selamat. MAKLUMAT PERIBADI YANG

KAMI KUMPULKAN

Apabila anda bertinteraksi dengan kami, berikut adalah jenis Maklumat Peribadi yang kami mungkin kumpul tentang anda.

Jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan adalah berbeza berdasarkan hubungan atau interaksi anda dengan kami. Kami mengumpul Maklumat Peribadi anda, contohnya, apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, menghubungi kami, mengakses laman web atau aplikasi mudah alih kami, atau menyertai program kesetiaan kami, dan boleh menggunakannya bersama dengan maklumat yang dikumpul atau dijana sepanjang hubungan kami dengan anda. Bergantung pada interaksi anda dengan kami, kami boleh mengumpul dan memproses Maklumat Peribadi berikut:

Butiran peribadi, misalnya nama anda, alamat tempat tinggal dan/atau perniagaan, e-mel, nombor telefon, tarikh lahir, jantina, imej, status perkahwinan, negara kewarganegaraan dan nombor pengenalan kerajaan atau nasional;

Butiran transaksi dan kewangan, misalnya data pemindahan wang berhubung dengan anda dan benefisiari anda, butiran bayaran bil, begitu juga maklumat bank dan kredit;

Maklumat berkenaan perniagaan yang membantu kami menyediakan perkhidmatan kami kepada anda, misalnya keahlian anda dalam program

(4)

4 | Muka surat Notis Privasi kesetiaan kami, bagaimana anda menggunakan Perkhidmatan kami, maklumat pekerja, keizinan untuk menghubungi atau pilihan pemasaran anda;

Maklumat teknologi, misalnya alamat IP, pelayar dan maklumat peranti; data CCTV; data penggunaan aplikasi mudah alih; maklumat yang dikumpul menerusi kuki, tag piksel dan teknologi lain; maklumat demografi dan maklumat lain yang disediakan oleh anda dan mungkin atau mungkin tidak mendedahkan identiti spesifik anda; dan

Maklumat Kepatuhan, misalnya mungkin dikehendaki oleh pihak berkuasa undang-undang atau menurut prosedur kepatuhan kami untuk mematuhi kewajipan undang-undang seperti pencegahan fraud, anti-pengubahan wang haram dan sekatan.

MENGAPA KAMI MEMPROSES MAKLUMAT PERIBADI

Kami mengumpul dan memproses maklumat peribadi supaya kami boleh berinteraksi dengan anda.

Kami mengumpul dan memproses Maklumat Peribadi supaya kami boleh: • menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda;

• memasarkan Perkhidmatan kami kepada anda;

• mengendalikan dan mengembangkan perniagaan kami; • menjawab pertanyaan anda dan permohonan ejen;

• mematuhi dengan keperluan pematuhan dan undang-undang, termasuk penguatkuasaan undang-undang dan permintaan pihak kerajaan lain; dan • berinteraksi dengan konsumer kami, penyedia perkhidmatan atau ejen,

sebagaimana sesuai.

Anda tidak dikehendaki menyediakan Maklumat Peribadi kepada kami, tetapi jika anda tidak berbuat demikian, kami mungkin tidak dapat menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda, menjawab pertanyaan anda atau memproses permohonan anda.

BAGAIMANA KAMI

MENGUMPUL MAKLUMAT

PERIBADI

Kami mengumpul maklumat peribadi secara langsung daripada anda, dan dari sumber-sumber lain.

Kami boleh mengumpul Maklumat Peribadi dengan pelbagai cara, termasuk: • Secara langsung daripada anda: Contohnya, apabila anda berinteraksi

dengan kami, misalnya apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, menghubungi pusat panggilan kami, melengkapkan borang dalam talian, mendaftar untuk program kesetiaan atau ganjaran kami atau memohon untuk menjadi ejen. Jika anda menyediakan maklumat tentang orang lain, anda mewakili bahawa anda mempunyai keizinan untuk berbuat demikian.

(5)

5 | Muka surat Notis Privasi • Secara tidak langsung daripada anda: Contohnya, apabila anda mencipta

akaun MoneyGram di mana-mana platform kami, menggunakan Perkhidmatan kami, mengakses laman web kami atau memuat turun aplikasi mudah alih kami, kami mengumpul maklumat mengenai anda misalnya alamat IP, lokasi peranti, pelayar, telefon atau maklumat peranti menerusi kuki dan teknologi yang serupa. Untuk butiran tentang bagaimana kami mengumpul Maklumat Peribadi anda menerusi kuki dan teknologi yang serupa, sila baca Notis Kuki yang boleh didapati di

www.moneygram.com.

• Sumber-sumber lain: Contohnya, penyedia perkhidmatan, vendor dan pihak ketiga lain; sumber rekod awam (sumber persekutuan, negeri atau pihak kerajaan tempatan); maklumat daripada ahli gabungan dan subsidiari kami; platform media sosial; maklumat daripada rakan kongsi atau ejen kami, bergantung pada hubungan kami dengan mereka untuk tujuan yang disenaraikan dalam Notis Privasi ini dan pada setiap masa menurut undang-undang yang berkenaan.

TUJUAN KAMI MEMPROSES MAKLUMAT PERIBADI

Kami menggunakan Maklumat Peribadi bagi kepentingan perniagaan sah kami dan tujuan lain yang berkaitan sebagaimana dibenarkan menurut undang-undang yang berkenaan.

Kami menggunakan Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada kami, atau kami kumpul mengenai anda untuk tujuan berikut sebagaimana dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan:

• Bagi pelaksanaan kontrak dengan anda, misalnya menghantar kepada anda mesej transaksi dan tadbir lain apabila anda membuat permintaan perkhidmatan kiriman wang; untuk menyelesaikan transaksi anda atau permintaan lain yang anda buat; untuk memberi respons dan memproses pertanyaan; dan untuk menghantar atau menghubungi anda sebagaimana perlu berhubung dengan pelaksanaan kontrak oleh kami;

• Bagi mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturang, misalnya untuk memantau dan mencegah fraud, pengubahan wang haram, atau kegiatan yang dilarang atau melanggar undang-undang; untuk bertindak balas kepada permintaan pihak berkuasa awam dan pihak kerajaan; untuk bekerjasama dengan pihak penguatkuasa undang-undang; atau untuk sebab undang-undang lain yang berkenaan.

• Bagi memasarkan Perkhidmatan kami kepada anda, misalnya untuk menghantar komunikasi pemasaran kepada anda berhubung dengan

(6)

6 | Muka surat Notis Privasi Perkhidmatan kami termasuk tawaran, kupon atau insentif yang kami percaya mungkin menarik minat andatertakluk kpeada undang-undang berkenaan apabila anda memberikan persetujuan anda kepada pemprosesan. Kami juga boleh menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam cabutan, peraduan dan promosi serupa, dan boleh mungkin menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk mentadbir aktiviti-aktiviti ini. Komunikasi pemasaran ini mungkin berasal secara langsung daripada kami, atau menerusi ahli gabungan kami atau pihak ketiga, termasuk ejen kami yang mengendalikan transaksi bagi pihak kami. Anda berhak untuk menarik balik persetujuan kepada pemasaran elektronik pada bila-bila masa dengan mengikuti arahan untuk henti langgan. • Bagi menjaga kepentingan sah kami menurut undang-undang berkenaan,

misalnya menggunakan Maklumat Peribadi anda yang dikumpul semasa anda menggunakan laman web atau Aplikasi mudah alih kami untuk menganalisa dan menambah baik produk, perkhidmatan dan operasi kami; untuk memperibadikan pengalaman anda semasa anda menggunakan Perkhidmatna kami; menyediakan perkhidmatan pelanggan; membantu melindungi keselamatan dan integriti teknologi dan sistem kami; melaksanakan terma dan syarat kami; dan untuk melindungi hak atau harta kami, dan ahli gabungan kami, anda atau pihak lain.

• Tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan;di mana anda telah menyediakan persetujuan anda kepada pemprosesan Maklumat Peribadi kami.

Kami menggunakan Maklumat Peribadi anda hanya seperti yang dipersetujui oleh anda atau dengan cara lain dibenarkan menurut undang-undang berkenaan.

BAGAIMANA KAMI BERKONGSI

DAN MENDEDAHKAN

MAKLUMAT PERIBADI

Kami berkongsi dan mendedahkan maklumat dengan ahli gabungan, vendor kami dan pihak ketiga lain.

Kami mungkin berkongsi dan mendedahkan Maklumat Peribadi untuk sebarang tujuan yang disenaraikan dalam Notis Privasi ini dengan:

• Subsidiari dan syarikat gabungan kami menurut perjanjian perkongsian data antara syarikat yang kami meteraikan dengan mereka;

• Kontraktor, penyedia perkhidmatan dan pihak ketiga lain yang kami gunakan untuk menyokong perniagaan kami dan yang terikat oleh kewajipan kontrak untuk merahsiakan Maklumat Peribadi dan

(7)

7 | Muka surat Notis Privasi menggunakannya hanya untuk tujuan kami mendedahkannya kepada mereka;

• Pembeli atau pengganti lain sekiranya berlaku penggabungan, pelupusan, penstrukturan semula, penyusunan semula, pembubaran, atau jualan atau pemindahan beberapa atau semua aset kami;

• Pihak ketiga untuk memasarkan produk atau perkhidmatan kami kepada anda jika anda telah bersetuju kepada, di mana dikehendaki oleh undang-undang berkenaan, dan tidak pilih keluar daripada pendedahan ini. Kami menghendaki pihak ketiga ini untuk merahsiakan maklumat peribadi dan menggunakannya hanya untuk tujuan kami mendedahkannya kepada mereka; dan

• Ejen dan rakan perniagaan kami, misalnya Facebook, untuk beroperasi dan mengembangkan perniagaan kami; termasuk untuk memasarkan kepada bakal pelanggan baharu; dengan siapa kami telah memeteraikan perjanjian.

Kami juga boleh mendedahkan Maklumat Peribadi anda:

• Untuk mematuhi perintah mahkamah, undang-undang atau proses undang-undang, termasuk untuk bertindak balas kepada mana-mana permintaan pihak kerajaan atau kawal selia;

• Untuk menguatkuasakan atau mengenakan Terma Penggunaan, Terma dan Syarat kami atau mana-mana perjanjian atau kefahaman lain yang kami mungkin ada dengan anda; dan

• Jika kami percaya pendedahan adalah perlu atau sesuai untuk melindungi hak, harta atau keselamatan MoneyGram, pelanggan kami atau pihak lain. Ini termasuk pertukaran maklumat dengan syarikat dan organisasi lain untuk tujuan perlindungan fraud dan pengurangan risiko kredit.

Kemi boleh mendedahkan maklumat teragregat mengenai pengguna kami, dan maklumat yang tidak mengenal pasti mana-mana individu, tanpa sekatan. STANDARD KESELAMATAN

MAKLUMAT KAMI

Kami komited untuk menggunakan langkah-langkah

Kami menggunakan langkah-langkah organisasi, teknikal dan tadbir urus yang sewajarnya untuk mengekalkan keselamatan Maklumat Peribadi anda dan untuk melindungi terhadap pemusnahan, kehilangan, pengubahan, pendedahan yang tidak dibenarkan atau akses ke Maklumat Peribadi bawah kawalan kami.

(8)

8 | Muka surat Notis Privasi organisasi, teknikal dan tadbir

yang wajar untuk melindungi Maklumat Peribadi.

Kami menggunakan teknik dan langkah keselamatan yang wajar untuk melindungi sistem dan kemudahan kami. Contohnya, apabila anda menyediakan Maklumat Peribadi sensitif anda, misalnya maklumat akaun bank atau nombor keselamatan sosial, maklumat tersebut disulitkan dan dilindungi dalam sistem kami.

Kami juga boleh mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengehadhkan akses ke Maklumat Peribadi kepada hanya mereka yang perlu tahu, misalnya pekerja kami, penyedia perkhidmatan, ejen, rakan kongsi dan pihak ketiga lain, yang berkenaan. Semua pihak yang mempunyai akses kepada, atau dikaitkan dengan, pemprosesan Maklumat Peribadi diwajibkan di bawah kontrak untuk menepati kerahsiaan Maklumat Peribadi anda, melaksanakan standard keselamatan yang wajar dan mematuhi standard dan undang-undang privasi data yang berkenaan.

Walaupun standard keselamatan maklumat kami mematuhi piawaian industri yang berkenaan dan keperluan privasi data dan keselamatan, kami tidak membuat sebarang dakwaan tentang waranti kepada keselamatan dan keutuhan sistem MoneyGram di bawah keadaan luar biasa atau serangan sofistikated di masa hadapan.

Anda juga memainkan peranan penting dalam melindungi Maklumat Peribadi anda. Sila lindungi nama pengguna dan kata laluan akaun anda dan jangan kongsi dengan orang lain. Jika kami menerima arahan menggunakan maklumat log masuk anda, kami akan anggap bahawa anda membenarkan arahan tersebut. Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan segera tentang sebarang penggunaan akaun anda yang tidak dibenarkan atau jika anda mempunyai sebab untuk percaya bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat.

PILIHAN PEMASARAN ANDA Anda mempunyai kawalan ke atas komunikasi pemasaran yang anda terima daripada kami.

Dengan persetujuan, dan/atau seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, kami boleh menghubungi anda (melalui e-mel atau teks SMS) untuk memasarkan Perkhidmatan kami kepada anda. Komunikasi pemasaran sedemikian hanya akan dihantar kepada anda jika anda menggunakan Perkhidmatan kami, memilih untuk menerima komunikasi pemasaran daripada kami, atau semasa anda mencipta profil anda di laman web atau aplikasi mudah alih kami, dan anda tidak menarik balik persetujuan tersebut, atau terdapat dasar sah yang lain untuk menghantar komunikasi tersebut.

(9)

9 | Muka surat Notis Privasi Anda boleh pilih keluar daripada menerima komunikasi pemasaran daripada kami pada bila-bila masa dengan:

• Mengemas kini pilihan anda di profil MoneyGram;

• Mengklik pautan “henti langgan” di bawah e-mel pemasaran MoneyGram;

• Membalas “STOP” kepada mesej teks atau SMS; atau

• Menghubungi kami di: privacyprogramoffice@moneygram.com.

Kami akan membalas permintaan anda secepat mungkin sebagaimana munasabah atau dikehendaki undang-undang berkenaan. Harap maklum bahawa jika anda pilih keluar (opt-out) untuk menerima komunikasi berkaitan pemasaran daripada kami, kami masih boleh menghantar mesej transaksi atau tadbir kepada anda.

MENGAKSES MAKLUMAT

PERIBADI ANDA

Anda berhak untuk mengakses Maklumat Peribadi yang kami pegang tentang anda.

Di bawah keadaan tertentu, anda berhak untuk mengakses Maklumat Peribadi anda seperti yang dibenarkan menurut undang-undang berkenaan. Kami akan membalas permintaan anda tanpa kelewatan yang tidak munasabah menurut undang-undang perlindungan data yang berkenaan dan peraturan dan kawal selia yang berkenaan.

Tertakluk kepada pengesahan identiti anda, anda mempunyai hak akses subjek data yang berikut:

• Hak untuk mengakses Maklumat Peribadi anda – anda berhak untuk tahu jika kami memproses Maklumat Peribadi anda dan untuk tujuan apa secara percuma.

• Hak untuk membetulkan Maklumat Peribadi yang tidak tepat – anda berhak untuk meminta kami membetulkan maklumat tentang anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau telah luput.

• Hak untuk memadam Maklumat Peribadi anda – dalam keadaan tertentu anda berhak untuk meminta kami memadam maklumat tertentu tentang anda. Hak ini tidak mutlak dan hanya boleh dilaksanakan menurut undang-undang berkenaan.

• Hak untuk menyekat pemprosesan Maklumat Peribadi anda – dalam keadaan tertentu, anda berhak untuk menyekat atau membantah penggunaan tertentu maklumat yang kami pegang tentang anda. • Hak kepada kebolehbawaan data – dalam keadaan tertentu anda

berhak untuk meminta untuk menerima salinan Maklumat Peribadi anda dalam format elektronik yang biasa digunakan atau dipindahkan

(10)

10 | Muka surat Notis Privasi kepada pihak ketiga lain di mana ia dapat dilaksanakan secara teknikal. Yuran tertentu mungkin dikenakan. • Hak untuk membantah pemprosesan Maklumat Peribadi anda -

apabila kami menggunakan kepentingan sah sebagai dasar pemprosesan Maklumat Peribadi anda, anda boleh membantah penggunaannya oleh kami.

Hak untuk tidak tertakluk kepada keputusan hanya berasaskan pemprosesan automatik – tiada mana-mana daripada aktiviti kami merupakan keputusan hanya berdasarkan pemprosesan automatik, seperti yang ditakrifkan dalam Artikel 22 GDPR.

Untuk melaksanakan mana-mana hak akses subjek data anda yang dinyatakan di atas, anda boleh menyerahkan permintaan anda kepada kami melalui sama ada:

• E-mel kepada kami di privacyprogramoffice@moneygram.com; or • Mengunjungi www.moneygram.com dan klik pautan “Hubungi Kami”.

Kami akan berusaha untuk memberi maklum balas kepada permintaan anda dalam masa 30 hari, tetapi masa respons kami mungkin berlainan bergantung pada undang-undang dan peraturan yang terpakai kepada permintaan anda, dan dalam keadaan tertentu, kami mungkin berhak untuk melanjutkan tempoh ini dengan memberi notis kepada anda. Kami akan memenuhi permintaan anda setakat mana dikehendaki oleh undang-undang berkenaan. Jika anda percaya bahawa kami tidak memenuhi kewajipan kami berhubung dengan hak akses subjek data anda, anda berhak untuk membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Perlindungan Data atau menerusi mahkamah.

TEMPOH KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT PERIBADI

Kami menyimpan Maklumat Peribadi selama yang diperlukan di bawah keperluan undang-undang dan peraturan dan keperluan perniagaan kami.

Maklumat Peribadi yang kami kumpul atau disediakan kepada kami digunakan untuk tujuan berlainan dan tertakluk kepada standard dan peraturan yang berlainan. Secara umumnya, Maklumat Peribadi dikekalkan selama yang diperlukan untuk menyediakan kepada anda Perkhidmatan yang anda minta, untuk mematuhi keperluan undang-undang, perakaunan atau pelaporan yang berkenaan, dan untuk memastikan bahawa anda mempunyai peluang yang munasabah untuk mengakses Maklumat Peribadi anda.

Untuk menentukan tempoh pengekalan yang sesuai untuk Maklumat Peribadi, antara faktor lain, kami mempertimbangkan keperluan undang-undang yang

(11)

11 | Muka surat Notis Privasi berkenaan, tujuan yang mana kami memproses Maklumat Peribadi anda, keperluan perniagaan kami, permintaan maklumat berkaitan dengan siasatan, tinjauan dan perbicaraan dan

potensi risiko bahaya daripada penggunaan atau pendedahan Maklumat Peribadi anda yang tidak dibenarkan. Contohnya, untuk:

Keperluan Undang-undang dan Peraturan. Kami mengekalkan Maklumat Peribadi dan data transaksi untuk tempoh tersebut yang diperlukan untuk mematuhi dengan semua kewajipan pengekalan dan pelaporan di bawah undang-undang berkenaan, termasuk tanpa had undang-undang dan peraturan komersial, cukai dan anti-pengubahan wang haram.

Perkhidmatan Pelanggan (pentadbiran hubungan pelanggan, pengendalian aduan, dsb.) Kami mungkin memproses dan mengekalkan Maklumat Peribadi anda selagi kami mempunyai hubungan yang berterusan dengan anda.. Apabila hubungan kami telah berakhir (contohnya kerana Perkhidmatan telah disampaikan, atau anda telah malaksanakan hak anda untuk menarik diri daripada kontrak), kami akan, tertakluk kepada mana-mana keperluan pengekalan di bawah undang-undang yang berkenaan, memadam atau menganonimkan Maklumat Peribadi anda.

Pemasaran. Maklumat Peribadi yang disediakan kepada kami bagi tujuan pemasaran boleh disimpan sehingga anda pilih keluar atau sehingga kami menyedari bahawa data tersebut adalah tidak tepat dengan syarat anda tidak mempunyai hubungan berterusan lain dengan kami.

Dalam keadaan tertentu, kami boleh menganonimkan Maklumat Peribadi anda (supaya ia tidak lagi boleh dikaitkan dengan anda) untuk tujuan penyelidikan atau statistik, sekiranya berlaku demikian, kami boleh menggunakan maklumat ini selama-lamanya tanpa notis kepada anda.

BIDANG KUASA DAN

PEMINDAHAN DATA RENTAS SEMPADAN

Apabila anda berinteraksi dengan kami, maklumat anda mungkin dihantar ke negara selain negara

Kami berpusat dan beroperasi dari Amerika Syarikat. Kebanyakan perkhidmatan sokongan pejabat belakang dan pelayan simpanan data untuk ahli gabungan dan subsidiari kami di seluruh dunia terletak di A.S., melainkan dikehendaki sebaliknya. Selain itu, kami mempunyai pusat panggilan sokongan pelanggan yang terletak di negara-negara berbeza. Bagi tujuan ini, Maklumat Peribadi yang dikumpul di sebuah negara boleh dipindahkan ke A.S., atau negara lain, untuk pemprosesan dan simpanan. Dalam semua keadaan ini,

(12)

12 | Muka surat Notis Privasi anda, termasuk Amerika Syarikat,

untuk pemprosesan dan penyimpanan.

kami telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkenaan, termasuk sekatan Kesatuan Eropah tentang pemindahan data peribadi ke luar Kawasan Ekonomi Eropah, dengan melaksanakan perjanjian pemprosesan dan perlindungan data antara syarikat untuk pemindahan Maklumat Peribadi rentas sempadan dari dalam syarikat MoneyGram Group, dengan Klausa Kontrak Standard EU ditambahkan untuk Maklumat Peribadi yang tertakluk kepada Peraturan Perlindungan Data Umum EU.

Apabila anda berinteraksi dengan kami, anda memahami bahawaMaklumat Peribadi anda boleh dipindahkan ke negara yang lain daripada negara anda, termasuk ke A.S. untuk pemprosesan dan penyimpanan. Anda juga memahami bahawa peraturan perlindungan data negara-negara lain mungkin berbeza daripada peraturan dari negara anda. Dalam keadaan tertentu, mahkamah, agensi penguatkuasa undang-undang, agensi kawal selia atau pihak berkuasa keselamatan di negara-negara tersebut mungkin berhak untuk mengakses Maklumat Peribadi anda.

PROSEDUR ADUAN BERKAITAN PRIVASI

Kami memandang serius privasi anda dan telah menghasilkan proses yang mana anda boleh memfailkan aduan secara rasmi..

Jika anda percaya bahawa kami tidak memenuhi kewajipan kami di bawah Notis Privasi ini atau undang-undang privasi dan perlindungan data yang berkenaan, anda berhak untuk memfailkan aduan dengan Pihak Berkuasa Perlindungan Data atau mahkamah yang berkenaan. Walaupun tidak diperlukan, kami menggalakkan anda untuk memberitahu kami mengenai sebarang aduan berkaitan privasi yang anda mungkin ada terhadap kami, dan kami akan bertindak balas selaras dengan prosedur aduan kami – butiran hubungan kami dinyatakan di bawah ini.

Aduan atau kekhuatiran berkaitan privasi boleh dihantar ke pasukan privasi kami:

Melalui e-mel di: privacyprogramoffice@moneygram.com Melalui pos ke: MoneyGram Payment Systems, Inc.

Attn: Global Data Protection Officer 2828 N. Harwood Street

15th Floor

Dallas, TX 75201 U.S.A.

Secara dalam talian di:

www.moneygram.com dan klik pautan “Hubungi Kami”.

(13)

13 | Muka surat Notis Privasi Jika anda berada di EEA, sila serahkan aduan anda seperti berikut:

Melalui e-mel di: privacyprogramoffice@moneygram.com Melalui pos ke: MoneyGram International SRL

Rue Joseph Stevens BE-1000 Brussels, Belgium

Secara dalam talian di: www.moneygram.com dan klik pautan “Hubungi Kami”. Setelah menerima aduan anda, kami akan menghantar pengakuan penerimaan kepada anda tanpa kelewatan yang tidak munasabah dan menangani aduan anda dalam masa tiga puluh (30) hari melainkan lanjutan tempoh ini diperlukan. Sekiranya lanjutan diperlukan, kami akan memaklumkan anda secepat mungkin dalam masa 30 hari yang dinyatakan di atas termasuk sebab-sebab kami untuk lanjutan tersebut.

Sekiranya kami menolak aduan anda, kami akan memberikan penjelasan bertulis tentang penolakan kami kepada anda.

Jika aduan anda diterima, kami akan menanganinya menurut prosedur aduan kami sehingga anda berpuas hati dalam masa 30 hari yang dinyatakan di atas melainkan lanjutan telah diminta.

Jika perkara tersebut tidak diselesaikan mengikut kepuasan anda, atau anda mempunyai kekhuatiran tentang pengendalian aduan anda, anda berhak untuk memfailkan aduan dengan Pihak Berkuasa Perlindungan Data atau mahkamah. Untuk semua aduan atau kekhuatiran lain tentang Perkhidmatan kami yang tidak berkaitan dengan Privasi, sila hubungi kami di

(14)

14 | Muka surat Notis Privasi HUBUNGI KAMI

Anda boleh menghubungi kami menerusi butiran berikut:

Secara Umum: Jika anda mempunyai pertanyaan tentang Notis Privasi ini atau amalan privasi kami, sila hubungi Ketua Pegawai Perlindungan Data kami di

privacyprogramoffice@moneygram.com atau:

MoneyGram Payment Systems, Inc. Attn: Chief Data Protection Officer 2828 N. Harwood Street

15th Floor Dallas, TX 75201 U.S.A.

Di EEA: Jika anda berada di EEA dan mempunyai pertanyaan tentang Notis Privasi ini atau amalan privasi kami, atau ingin mengakses maklumat anda, s ila hubungi Pegawai Perlindungan Data EU kami di

dpo_belgium@moneygram.com atau:

MoneyGram International SPRL Attn: EU Data Protection Officer Rue Joseph Stevens 7

1000 Bruxelles Belgium

Referensi

Dokumen terkait

Dalam hal ini untuk mengangkat sisi keunggulan yang dimiliki oleh Xinxin dngan produk-produk yang memiliki keragaman variasi sehingga dapat digunakan pendekatan persuasif

Preparasi ini dilakukan dengan merendam sekam padi dalam air panas selama 2 jam untuk menghilangkan pengotor dan bahan organik larut air yang terdapat dalam sekam, serta untuk

Berdasarkan amanat Undang-Undang Nomor 23 Tahun 2014 tentang Pemeritahan Daerah pelayanan tera/tera ulang dan pengawasan kemetrologian dialihkan menjadi kewenangan

Penyusunan spesifikasi tes mencakup kegiatan berikut ini: (1) menentukan tujuan tes, menyusun kisi-kisi tes (3) menentukan panjang tes. Mekanisme dan Tes dan Evaluasi

Penelitian ini bertujuan mendeskripsikan struktur novel yang terdapat di dalam novel Tanah Surga Merah yaitu berupa unsur-unsur instrinsik dan juga

bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dimaksud dalam huruf a, perlu menetapkan Keputusan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan tentang Penerima Tunjangan Profesi Bagi

Hasil Penelitian menunjukkan bahwa tidak berbeda nyata antara galur diuji pada parameter umur tanaman berbunga, umur panen, bobot 1000 butir dan hasil gabah kering panen..

Tabel 3.2menunjukkan data hasil observasi sebelum penelitian dan sesudah penelitian.Kesimpulan data tersebut adalah mulai tindakan kelas siklus I sampai akhir