PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS Konsep dan Definisi
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menter jemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada m urid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan me ningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan dan st andard perkembangan murid tersebut. Di samping itu juga, pentaksiran juga memer lukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam tempoh satu masa untuk m entaksir pembelajaran dan pemahamannya.
Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran t entang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.
Matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentan g perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksir an akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya . Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perke mbangan murid tersebut.
Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam sa tu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan bebera pa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggamb arkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.
Manakala, menurut Popham (2000), beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujia n dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaks iran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada pros es pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah d ilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550). Manakal menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menen tukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses yang mel ibatkan pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan p erlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kuant itatif ini melambangkan tahap atau kedudukan pencapaian pelajar dalam sesuatu as pek yang dinilai.
Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti ujian, pemerhatia n, temu bual, projek, portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepa da jenis maklumat yang diperlukan. Umapamanya, kemahiran bermain hoki boleh diuk ur melalui pemerhatian sementara nilai dan sikap boleh diukur melalui temu bual. Oleh itu, kita perlulah menggunakan kaedah dan alat ukur yang sesuai agar pent aksiran yang dibuat itu sah.
Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan p otensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pe ntaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusn ya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kogni tif, afektif dan psikomotor.
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut: i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari sema sa ke semasa
iv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
v. Mengesan keberkesanan pengajaran.
vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur. TUJUAN PENTAKSIRAN
i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertum buhan murid.
iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
vii. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembel ajaran.
viii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. ix. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajara n.
x. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN
· Instrument
· Kumpulan yang ditaksir · Respon
· Kumpulan yang menaksiran · Skor
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN · Kesahan skor
Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan. · Kebolehpercayaan Skor
Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan. · Keobjektifan
Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor · Kebolehtadbiran
Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat ata u berasaskan sekolah.
· Kemudahtafsiran
Meklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepa tan tujuan mengadakan ujian.
· Kekomprehensifan
Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran atau penga jaran.
1. Mengenalpastia masalah
Ø Dapat mengesan pelajar sama ada dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan meng ira.
Ø Guru dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan kekuatan pelajar.
Ø Dapat mengesan pelajar yang berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan segera.
2. Penempatan
Ø Tahap pencapaian pelajar untuk penempatan seperti kelas khas, pemulihan.
Ø Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka menda pat perkhidmatan yang khusus.
3. Pemilihan strategi pemulihan
Ø Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan bahan ba ntu mengajar yang menarik supaya mereka senang menguasai kemahiran.
Ø Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif pembelajaran.
Ø Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar bahasa.
Ø Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran.
PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
a) Merancang: Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut:
i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan. xi. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
xii. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.
b) Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut: i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai. iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN Jenis-jenis pentaksiran dalam pendidikan khas boleh dik ategorikan kepada:
i. Pentaksiran Kemahiran Pembelajaran Asas ii. Pentaksiran Sosial dan Tingkah Laku iii. Pentaksiran Kemahiran Lisan
iv. Pentaksiran Kemahiran Bacaan v. Pentaksiran Kemahiran Menulis vi. Pentaksiran Kemahiran Matematik http://cikgunazifah.blogspot.com
Dicatat oleh CIKGUSUE PKHAS di 17:14 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Pautan pada catatan ini
AKTA,PERATURAN DAN PEKELILING.
Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam
Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya
sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. [Terjemahan]2. Pada tahun 1959,
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sed unia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berh ak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai pendidikan k has di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layan an pendidikan yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya .
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran m elalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekana n dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut;
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil ali h
sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengenda likannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dala m memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 d an memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji da n menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kemen terian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Ke menterian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangu nan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh.
Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:
· Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasal ah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.
· Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak -kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana serta kanak-kanak spas tik.
. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak se bagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki m embuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntuka n kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kuriku lum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperl uan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun.
41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan:
(a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yan g menerima pendidikan khas;
(b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
(c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi p endidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bag i maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah renda h atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.
AKTA ORANG CACAT 2002 BAHAGIAN 2. PENDIDIKAN
1. Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua jenis atau tahap kecacatan harus me nerima pendidikan percuma dalam suasana yang bersesuaian sehingga umur lapan bel as tahun.
2. Pendidikan bagi orang kurang upaya harus termasuk ke dalam perancangan pendid ikan kebangsaan, perkembangan kurikulum serta organisasi sekolah.
3. Pihak berkenaan harus berusaha mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang up aya ke dalam sekolah biasa.
Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar kurang upaya ke dalam sekolah biasa, pihak berkenaan harus
-(a) mengadakan polisi yang jelas, dihayati dan diterima di peringkat sekolah dan masyarakat umum;
(b) membenarkan kelonggaran kurikulum, serta tambahan dan adaptasi;
(c) menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan mudah didapati, latihan per guruan yang berterusan dan guru penyokong.
4. Pendidikan khas boleh dipertimbangkan di mana sekolah biasa belum mempunyai k emudahan yang diperlukan atau bila mana pendidikan khas dianggap paling sesuai b agi pelajar kurang upaya berkenaan. Ia harus bertujuan menyediakan pelajar untuk dididik sekolah biasa. Kualiti pendidikan harus menggambarkan piawaian serta as pirasi sama seperti pendidikan biasa dan harus berkaitan dengannya. Secara minim um, pelajar kurang upaya harus diberi pengagihan sumber pendidikan sama seperti yang diberi kepada mereka yang bukan cacat.
5. Untuk memastikan pendidikan berkualiti dapaat dinikmati semua, tumpuan khas h arus diberikan kepada bidang seperti kurikulum, program pendidikan, kaedah penga jaran dan perkhidmatan sokongan:
5.1 Bagi mereka yang cacat penglihatan, di peringkat tadika dan sekolah rendah, kurikulum yang diubahsuai yang merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada, latiha n sensori, kemahiran hidup seharian, cara khas membaca dan menulis brel, orienta si dan pergerakan, pengetahuan asas dalam bidang komputer yang mempunyai perisia n pembaca skrin, matematik, muzik dan sukan.
Persediaan untuk 'mainstreaming' harus diuruskan pada tahap awal persekolahan di peringkat sekolah rendah untuk memastikan kanak-kanak cacat penglihatan seperti kanak-kanak kurang upaya yang lain, kecuali mungkin mereka yang terencat akal, diberi pendidikan bersama rakan sebaya yang tidak cacat ke tahap yang setinggi-t ingginya. Di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, mereka akan diinte grasikan bersaama pelajar lain dan mengikuti kurikulum yang sama. Pelajar yang c acat penglihatan di peringkat ini akan diberi perkhidmatan sokongan seperti baha n bacaan dalm bentuk brel atau audio, kelengkapan brel, alat pembaca, komputer y ang dilengkapkan dengan kemudahan khas, alat kelengkapan bagi mereka yang kurang penglihatan, orientasi dan pergerakan, kaunseling, dan guru sumber (di sekolah menengah)
eratkan kepada perkembangan komunikasi dan bahasa yang sesuai dengan keperluan p elajar. Kurikulum akan merangkumi cara khas untuk mengajar pertuturan, memahami pertuturan, latihan pendengaran dan rentak menggunakan komunikasi keseluruhan, p elbagai sensori serta pendekatan yang lain. Mereka akan diirujukan kepada staf s okongan seperti jurubahasa isyarat, otologist, audiologist, pakar pemulihan pert uturan, jurulatih auditori dan yang lain seperti diperlukan.
Berdasarkan keperluan khas bagi mereka yang pekak atau pekak-buta, pendidikan be rsesuaian boleh dikendalikan di sekolah khas atau pun di kelas atau unit khas di sekolah biasa.
5.3.Bagi mereka yang mengalami kecacatan otopedik, pendidikan berkualiti akan d iberi sama seperti untuk mereka di sekolah biasa, dan mereka akan dibenarkan men ghadiri kelas di tingkat bawah bangunan sekolah di mana boleh. Penjadualan kelas serta pertimbangan lain akan dibuat bersesuaian dengan keperluan pendidikan mer eka. Usaha akan dibuat supaya bangunan sekolah dan maktab tidak mempunyai sebara ng halangan bersifat pembinaan.
5.4 Bagi mereka yang terencat akal, kurikulum yang diubahsuai akan menitikberat kan latihan megurus diri, sosialisasi, kemahiran hidup seharian yang berdasarkan pergerkan, pra-vokesyenal dan vokesyenal. Bagi mereka yang terencat akal yang t eruk, tumpuan akan diberi kepada peningkatan kemahiran penjagaan diri.
5.5 Bagi mereka yang mempunyai masalah perlakuan seperti autisma, mereka yang be rmasalah pembelajaran dan mereka yang mempunyai kecacatan pelbagai, kurikulum ya ng diubahsuai akan merangkumi aktiviti serta teknik penyampaian bagi menormalisa sikan perlakuan dan juga kemahiran berdasarkan fungsi serta akademik untuk mengi ntegrasikan mereka ke dalam masyarakat.
5.6 Pihak berkuasa berkenaan akan memulakan atau menyebabkan bermulanya penyeli dikan yang bertujuan mereka bentuk dan menyediakan alat bantuan, alat bantuan pe ngajaran, kelengkapan khas pengajaran atau apa sahaja peralatan yang diperlukan untuk memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada kanak-kanak kurang upaya. 5.7 Pihak berkuasa berkenaan akan menubuhkan insitusi latihan perguruan yang sec ukupnya di samping memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan untuk mengadakan rancangan pendidikan perguruan dengan pengkhususan dalam bidang mengajar pelaja r kurang upaya supaya tenaga pengajar yang terlatih dapat disalurkan ke sekolah khas dan sekolah berintergrasi bagi kanak-kanak kurang upaya.
5.8 Dengan tidak prejudis kepada peruntukan di atas, pihak berkuasa berkenaan akan menyediakan skim pendidikan yang komprehensif yang merangkumi pelaksanaan r ancangan pendidikan individu bagi setiap kanak-kanak kurang upaya di sekolah; -kemudahan pengangkutan bagi kanak-kank kurang upaya atau bantuan kewangan kepad a ibu bapa atau penjaga utnuk membolehkan anak kurang upaya mereka menghadiri se kolah;
-memberikan secara percuma buku serta alat kelengkapan khas yang diperlukan bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya;
-biasiswa bagi pelajar kurang upaya;
-mengadakan saluran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dala m menempatkan kanak-kanak mereka dalam sekolah.
Dicatat oleh CIKGUSUE PKHAS di 17:00 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Pautan pada catatan ini
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kana k-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertu mbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya d aripada rancangan sekolah biasa'
(Chua,1982)
Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab m engadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan b elia yang bersifat luarbiasa.(Gearhart dan Weishahn,1980)
Orang berminat mengkaji tentang pendidikan khas mungkin kerana mereka mempunyai anak atau ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan khas atau mereka ingin menj adi sukarelawan membantu badan-badan terlibat dengan mendidikan kanak-kanak berkeperluan khas atau mereka yang ingin menjadi guru pendidikan khas di sekolah rendah atau menengah. Apakah pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan khas adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukankan oleh pakar-p akar dalam bidang:
Hallahan dan Kauffman
(2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disedi akan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
Gargiulo (2003): Pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggu naan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolak an dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.
Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran
Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia
Pendekatan Baru Definisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan Khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan ( develo pment skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacat an dan ketidakbolehan (medical defict model).
Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendi dikan khas seperti berikut
kebolehan kognitif
perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial penguasaan bahasa lisan / pertuturan
penguasaan membaca kemahiran matematik
kemahiran pertumbuhan asas manusia kemahiran berdikari
kemahiran keusahawanan kebolehan penglihatan kebolehan pendengaran KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
eptional needs atau secara ringkas exceptional children . Pelbagai istilah lain tela h
digunakan untuk kanak-kanak bekeperluan khas dan antaranya ialah; kanak-kanak isti mewa (special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya (child ren with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children), kanak-kanak ab normal (abnormal children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments) d an kanakkanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan
Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahi rkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanp a mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sen diri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengala mi kerencatan mental sejak dilahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan k has berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental (pencapaian a kademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi (menu lis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri). Walaupun istilah kurang u paya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua istilah ini mempunyai maksu d yang berlainan.
(a) Kurang upaya [atau Bermasalah] (disability or disorder) berlaku apabila ses uatu kekurangan menghad individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja te rtentu seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau pun menyelesai masalah mat ematik yang mudah seperti 10 + 5. Individu kurang upaya tidak cacat, kecuali kek urangan itu membawa kepada masalah pembelajaran, masalah peribadi, masalah berca mpur gaul masalah melakukan pekerjaan dan masalah-masalah lain (Heward, 2003). Contohnya, seorang kanak-kanak yang lumpuh pada kedua-dua kakinya tetapi boleh pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan belajar bersama pelajar lain tidak cacat.
Istilah Definisi Kurang upaya (disability) Kecacatan (handicap) Sesuatu yang men ghalang seseorang melakukan kerja tertentu yang dapat dilakukan oleh individu no rmal. Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akhibat daripada sesuatu ke kurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang ya ng normal.
(b) Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang di hadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling . Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam suatu persekitaran tetap i tidak menjadi penghalang dalam persekitaran yang berlainan. Contohnya, seorang pelajar yang pekak mungkin berasa tercacat kerana sukar bermain alat muzik dala m pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya, kanak-kanak yangsama tidak berasa tercacat ketika dalam makmal sains.
KLASIFIKASI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS.
Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang dicada ngkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanak ber keperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya (disabil ity). Untuk tujuan kursus ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikan kepa da 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan beberapa kategori telah dica ntumkan.
Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasar kan tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria pendengaran dibezakan s ama ada seseorang itu boleh mendengar bunyi pada desibel (dengan ringkas dB yang merupakan ukuran kekuatan bunyi) yang berlainan. Individu yang hanya boleh mend engar bunyi antara 27 hingga 65 dB dikatakan sebagai mengalami kesukaran pendeng aran (hard of hearing) manakala individu yang hanya boleh mendengar bunyi pada 9 0 dB dan ke atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilangan deria pendengaran bo leh mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Ini secara langsung akan memb eri kesan ke atas kebolehan membaca,
perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan terjejas b agi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda (sebelum 3 tahun).
(b) Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah Penglihatan
Kanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua kumpulan sah aja iaitu:
(i) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat a pa-apa, termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan , pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka juga pe rlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat. (ii) Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunya i keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau gamba r setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar dan lain-lain. Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas dan dibantu dengan caha ya yang sesuai dan tulisan bersaiz besar. Kurang upaya penglihatan atau bermasal ah penglihatan tidak mempengaruhi kapasiti intelek atau kebolehan untuk belajar. Bagaimana pun kanak-kanak yang buta atau berpenglihatan terhad memerlukan perkh idmatan pendidikan khas untuk berjaya dalam pendidikan. Antaranya ialah bahan de ngan saiz huruf besar, bukubuku yang dirakam pada pita audio atau cakera padat d an buku-buku Braille
(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan Mental
Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik m ereka yang normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Dengan perkataan lain kanak-kanak kerencatan mental kecelaruan fungsian intelek tual dan dua atau lebih daripada kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus dir i, kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan, akademik, beriaya dah dan kerja. Kerencatan mental lazim berpunca sebelum umur 18 tahun
(d) Kurang Upaya Fizikal
Kurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang merosakkan otak, otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa jenis penyakit sede mikian. Contohnya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy) mengalami kesukar an mengerakkan kaki atau tangan atau leher atau lebih daripada satu anggota bada n. Keadaan ini wujud disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsi moto r atau pergerakan. Keadaan ini bermula pada peringkat bayi dan awal perkembangan seorang kanak-kanak. Lagi satu penyakit yang membawa kepada kurang upaya fizika l ialah spina bifida (spina bifida) yang menyerang dan merosakkan tulang belakan g seseorang. Penyakit ini menyebabkan badan menjadi bengkok dan akhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah sejenis penyakit yang menyebabkan otot -otot skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang diserang penyakit ini lama-kelama an dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan ramai di antar
a mereka meninggal dunia apabila sampai remaja (e) Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa
Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kem ahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morf orlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah bahasa m engalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah berb ahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak mahu b ertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi penerangan atau arahan. Mere ka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak -kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapa t apabila bercakap
(f) Kurang Upaya Pembelajaran
Kanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu pembe lajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental yan g rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan yang dialami mem pengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa lisan dan p ertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik. Masalah pembel ajaran dianggap berpunca daripada
ketidakfungsian sistem saraf pusat. (g) Gangguan Emosi
Emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dan s ebagainya. Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud bergantung kepada keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak menunjukkan emosi kanak-kanak lai n pula emosi dipamerkan melalui sesuatu tingkah laku. Gangguan emosi mempengaruh i keupayaan untuk belajar, kesukaran membina dan mengekalkan hubungan interperso nal yang baik dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasai sedih. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkah laku luaran seperti kerap berj alan dalam kelas, menjerit,
mengacau pelajar lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti memencilk an diri, berkhayalan dan sebagainya.
Dicatat oleh CIKGUSUE PKHAS di 16:52 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook