• Tidak ada hasil yang ditemukan

20161105221157UNIT 12 Akta Pendidikan 1996 (Pembentukan & Kandungan)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "20161105221157UNIT 12 Akta Pendidikan 1996 (Pembentukan & Kandungan)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

NAMA : ANIS NABILA BINTI ALIAS NO. MATRIK: D20151071725

UNIT 12

AKTA PENDIDIKAN 1996: PEMBENTUKAN &

KANDUNGAN

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran unit ini, anda dapat:

i. Menerangkan maksud akta dan akta pendidikan.

ii. Membincangkan asas pembentukan Akta Pendidikan 1996.

iii. Menganalisis kandungan Akta Pendidikan 1996.

12.0 Peta Minda

TUGASAN: Jelaskan pengertian Akta Pendidikan 1996. Bagaimakah akta tersebut dibentuk dan apakah yang menjadi fokus utama kandungannya..

AKTA PENDIDIKAN

1996

merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 memantapkan serta mengemaskinikan sistem pendidikan kebangsaan berpasikan kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. menampilkan

kesinambungan kepada hasrat dan

dasar pendidikan yang sedia ada

(2)

12.1 Pengertian akta dan akta pendidikan (a) Pengertian Akta

Tokoh Penjelasan

Kamus Dewan Edisi

Keempat Undang-undang yang mengawal pembentukan, penubuhan, pengurusan wang, dan pembubaran syarikat

Undang-undang tentang sesuatu hal yang diluluskan oleh parlimen.

Rumusan anda tentang akta:

Di Malaysia, akta bermaksud sebarang undang-undang yang digubal, dipinda, dibahas dan diwartakan sebagai undang-undang yang diguna pakai di Negara Malaysia yang dibuat oleh Dewan Rakyat [parlimen].

(b) Pengertian akta Pendidikan

Tokoh Penjelasan

Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan untuk memantapkan serta mengemaskinikan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta ini menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpaksikan kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

Rumusan anda tentang akta:

K P F3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

(3)

12.2 Penggubalan Akta Pendidikan 1996

Rajah 12.1: Penggubalan Akta Pendidikan 1996

K P F3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r AKTA 550 Perlembagaan PARLIMEN Kanun Ordinan

Laporan Razak (1956) a) Laporan Rahman Talib 1960 Dasar Pendidikan Kebangsaan &

Akta Pendidikan (1961) Reformasi Sistem Pendidikan Kebangsaan Laporan Khir Johari (1967) Akta Bahasa Kebangsaan (1967) b) DEB (1970) c) Rukun Negara (1970) Laporan Majid (1971) Laporan Murad (1973) Laporan Hussien Onn (1970) d) Laporan Kabinet (1979) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1982) e) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1982) AKTA PENDIDIKAN (1996) Wawasan 2020 (1991)

(4)

12.3 Kandungan Peraturan Akta Pendidikan 1996.

(a) Peraturan Berkaitan Persekolahan, Kurikulum & Bahan

Peraturan Huraian

i. Kurikulum kebangsaan.

Dasar pendidikan dibentuk berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengarah kepada hasrat Wawasan 2020 dan ini dijelaskan seperti berikut:

BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan Negara dan penyelamat bangsa;

DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat: DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik:

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah

berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berkhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara":

DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang

memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara:

DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan

K P F3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

(5)

nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen.

ii. Kurikulum

prasekolah. Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan kurikulum untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan di peringkat tersebut dan wajib

digunakan oleh semua tadika.

“Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri”. (Bahagian IV, Bab 2, seksyen 21)

iii. Penerimaan masuk murid ke sekolah penyimpanan daftar dan syarat bagi pengekalan murid belajar di sekolah.

Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas bahawa tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun. Dengan adanya peruntukan ini, dapat menampung keperluan murid cerdas, sederhana dan lembab. Dalam akta ini tempohnya agak ketat.

"Sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mengadakan kursus pendidikan rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh lima hingga tujuh tahun”.

(Bahagian IV, Bab 4, seksyen 29)

"National primary school", or Sekolah kebangsaan, means a fully-assited primary school –providing a six-year course of primary edducation appropriate for children between the ages of six and eleven years;" (Education Act 1961, Sec.2)

Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas dua jenis sekolah rendah iaitu sekola kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

“Sekolah kebangsaan ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan: (a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun. (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. (c) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib. (d) di mana kemudahan bagi bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa-bahasa kaum asli”. (Bahagian 1, seksyen 2)

“Sekolah jenis kebangsaan ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan: (a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun. (b) yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama. (c) yang menjadikan bahasa kebangsaan dan Inggeris sebagai mata pelajaran wajib. (Bahagian 1, seksyen 2)

iv. Penggal, hari dan cuti sekolah.

Melalui seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi

pendidikan tinggi lain. Melalui seksyen ini, selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar, di sekolah-sekolah.

Khususnya hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains, matematik dan IT yang lebih banyak selaras dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah bestari dan

perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia.

v. Penilaian & Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah

K P F3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

(6)

peperiksaan. menyediakan murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang dikecualikan.

"Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya bagi

peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melainkan jika dikecualikan selainnya oleh atau di bawah Akta ini”.

(Bahagian IV, Bab 1, seksyen 19) vi. Majalah

sekolah & bahan multimedia.

Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan.

"Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada: pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi (tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat).

( Bahagian IV, Bab 1, seksyen 15)

(b) Peraturan Berkaitan Institusi Pendidikan & Masyarakat

Peraturan Huraian

i. Pendaftaran

institusi pendidikan

Selaras dengan sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat penyayang, maka dalam Akta Pendidikan 1996 telah diperuntukkan dalam seksyen 40, yang membolehkan menteri mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.

ii. Pendidikan khas

(1) Menteri boleh menetapkan:

(b) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas.

(c) Kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khas.

(d) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori pendidikan khas. (e) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat atau perlu bagi Bab ini.

(2) Tempoh yang ditetapkan oleh menteri di bawah 1(a) tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

(3) Kurikulum yang ditetapkan di bawah 1 (b) hendaklah mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan setakat yang munasabah dan praktik. (Bahagian IV, Bab 8, seksyen 41)

iii. Institusi pendidikan swasta

Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan.

"Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada: pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi (tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat).

( Bahagian IV, Bab 1, seksyen 15) iv. Institut

Pendidikan

Melalui seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan

K P F3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

(7)

Guru mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi

pendidikan tinggi lain. Melalui seksyen ini, selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar, di sekolah-sekolah.

Khususnya hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains, matematik dan IT yang lebih banyak selaras dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah bestari dan

perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia. v. Institusi

Politeknik

Akta Pendidikan 1996, seksyen 37, membolehkan politeknik mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian. Manakala seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain. Seksyen 37 dan 38 ini amat diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan tenaga manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi serta informasi. Dengan ini Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan selaras dengan itu juga akan lahirnya sebagai sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Akta Pendidikan 1996, seksyen 35, membolehkan menteri mengadakan pendidikan teknik di mana-mana sekolah menengah kebangsaan yang dinyatakan dalam seksyen 30 dan institusi pendidikan lain. Pendidikan teknik menyediakan (a) latihan kemahiran. (b) latihan khusus yang berhubung dengan pekerjaan tertentu. (c) latihan meningkatkan

kemahiran sedia ada. (d) latihan teknik atau vokasional yang diluluskan vi. Persatuan

Sekolah

Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas dua jenis sekolah rendah iaitu sekola kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

“Sekolah kebangsaan ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan: (a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun. (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. (c) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib. (d) di mana kemudahan bagi bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa-bahasa kaum asli”. (Bahagian 1, seksyen 2)

“Sekolah jenis kebangsaan ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan: (a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun. (b) yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama. (c) yang menjadikan bahasa kebangsaan dan Inggeris sebagai mata pelajaran wajib. (Bahagian 1, seksyen 2)

vii. Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)

Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996 , membolehkan Lembaga pengelola sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi

dimansuhkan kecuali bagi sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah tertentu. Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka. Lembaga Pengelola Sekolah

Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta memang dikekalkan kerana masih diperlukan.

Dalam seksyen 77 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa

K P F3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

(8)

isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari menteri terlebih dahulu. Tujuan seksyen, untuk mengawal institusi-institusi pendidikan tinggi swasta yang sedang pesat menjalankan program "twinning" dan “lingkage", selain dari pada memudahkan ke arah Malaysia sebagai "Centre of Education Excellence".

K P F3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

Referensi

Dokumen terkait

serta cara pengelolaan usaha pihak yang melakukan penawaran umum dilakukan berdasarkan prinsip-prinsip syariah di pasar modal sebagaimana tertuang dalam Anggaran Dasar Perseroan

Hasil-hasil penelitian tentang penerapan inquiry dalam pembelajaran IPA menunjukkan keberhasilan model ini dalam meningkatkan kemampuan siswa dalam membangun

Untuk lebih memahami perilaku reaksi pada esterifikasi asam lemak bebas dan gliserol dalam menghasilkan minyak DAG diperlukan simulasi yang dapat menggambarkan perilaku

Demi mengembangkan Ilmu Pengetahuan, menyetujui untuk memberikan kepada Universitas Dian Nuswantoro Hak Bebas Royalti Non Eksklusif (Non-exclusive Royalty-Free Right) atas

Oleh karena itu, da’i perlu terjun langsung menggerakkan masyarakat dengan menciptakan berbagai model gerakan dakwah yang bisa membawa kesejahteraan bagi masyarakat dan

Lebih lanjut, UU No 18/2012 juga memandatkan bahwa upaya pencapaian ketahanan pangan tersebut, harus dilakukan secara (i) mandiri; yaitu mampu dalam memproduksi pangan yang

Beberapa hambatan tersebut sudah tergambar pada analisis dan penyajian data di atas seperti adanya keengganan masyarakat untuk menggunakan fasilitas public

Melalui analisis data dan pembahasan pada penelitian ini, dapat disimpulkan bahwa dari delapan faktor yang telah di analisis yaitu perencanaan suksesi, perencanaan strategis,