KPF3012
PENGGUBALAN DAN KEPENTINGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP MASA DEPAN
PENDIDIKAN KUMPULAN 15
NAMA NOMBOR MATRIK
NOOR FADHILAH BINTI ABD. AZIZ D20111047510 WAN HAYATUN SYAMILA BINTI MEGAT
ABDULLAH
D20111047379
NUR SYAFIQAH BINTI ONN D20111047573 NURUL ASYIKIN BINTI MOHD ISA D20112051955
PENGENALAN
Akta Pendidikan 1996 turut dikenali Akta 550 adalah bertujuan memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, akta tersebut telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat-matlamat seperti apa yang disenaraikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijangka dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang
memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama. Pendidikan yang disediakan melalui akta ini adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan akan memenuhi keperluan negara, serta juga memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik.
Akta Pendidikan 1996 Telah berkuatkuasa mulai 31 Dis 1997 Untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan pendidikan Mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pendidikan 1961 Untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaan Lanjutan dan pembaharuan daripada Akta Pelajaran 1991 Untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan perkara yang berkaitannya Menampilkan kesinambungan daripada hasrat dan
dasar pendidikan yang sedia ada
Berpaksi kepada perakuan utama Penyata Razak
PENGGUBALAN AKTA
PENDIDIKAN 1996
• Akta Pendidikan 1996 merupakan akta untuk memperuntukkan undang-undang bagi pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini diwujudkan khusus bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961
untuk memantapkan sistem pendidikan untuk generasi akan datang sejajar dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang berkualiti serta bertaraf dunia.
Walaupun Akta Pendidikan 1996 adalah satu akta baru, tetapi masih merupakan kesinambungan kepada dasar pendidikan yang sedia ada.
• Akta Pendidikan 1996 telah mengekalkan banyak peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang didapati masih relevan. Sebaliknya yang didapati tidak lagi relevan telah digugurkan.
Sejarah Perkembangan Akta Pendidikan 1996 Akta Pendidikan 1961 Akta Pendidikan 1996 merupakan kesinambungan Mendaulatkan satu bahasa sebagai bahasa
kebangsaan untuk semua kaum
Penyata Razak dan Rahman Talib Menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah Lahirnya UKM (1971)
yang menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar
Semua kursus di IPT dikehendaki di ajar dalam bahasa Melayu
Beberapa sekolah bercorak teknik dan vokasional ditubuhkan
TUMPUAN PENGGUBALAN AKTA
PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1996
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KONSEP SISTEM PENDIDIKAN STATUS BAHASA KEBANGSAANTUJUAN PENGGUBALAN Memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan Memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan Penyelarasan semua jenis kurikulum kategori
sekolah melalui kurikulum kebangsaan Menggunakan sistem
penilaian dan peperiksaan yang sama
Perundangan pada tahap prasekolah
hingga tahap pendidikan tinggi termasuk kerajaan dan
swasta
Mempertingkatkan pendidikan teknikal
KEPENTINGAN AKTA PENDIDIKAN
1996 TERHADAP PENDIDIKAN NEGARA
Asas pembangunan negara
Pembangunan dari segi material, emosi dan jasmani serta intelektualisme individu.
Adalah sesuai pada waktu itu dan ia perlu diolah semula
mengikut kehendak dan aspirasi pendidikan masa kini.
Melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif , turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana
Ilmu dan pendidikan
sebagai penentu utama
arah tujuan negara
• DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan
adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat
global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Memperkembang potensi
individu sepenuhnya dan
mencapai aspirasi negara
Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak
peruntukan perundangan (legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020.
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempuunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi
utnuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan
rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
Akta Pendidikan 1996 menjelaskan bahawa dasar pendidikan adalah berlandaskan
kepada hasrat wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara.
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan
Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan
Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan
memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.
Seksyen 17 Dalam Akta Pendidikan 1996 dijelaskan tentang
kedudukan Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagaimana yang telah ditentukan dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan; sebagai bahasa pengantar
utama di semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian. Di sini soal bahasa telah diperkukuhkan.
Kurikulum kebangsaan dan
sistem peperiksaan yang sama
Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akanselaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak. (dalam Seksyen 18)
Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita. (dalam Seksyen 19)
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Di Semua Peringkat
Seksyen 15 dan Seksyen 16 dalam Akta Pendidikan
1996 telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan yang meliputi semua peringkat dan jenis sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat.
Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
Perpaduan kaum
Mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60
buah sekolah Cina swasta. Di samping itu
Unified Examination yang diambil oleh
sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.
Pengajaran bahasa Cina , Tamil dan bahasa bumiputera diperuntukkan di sekolah.
Pendemokrasian pendidikan
Seksyen 21, memberi kuasa kepada Menteri untuk
menubuh dan menyenggara tadika. Seksyen ini perlu untuk membolehkan kementerian mengadakan
kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan
berpendapatan rendah.
Mutu program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Pendidikan boleh diikuti oleh kanak-kanak bermula lima tahun.
Pendidikan teknik diperluas
• Bagi memenuhi keperluan pembangunan tenaga manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi serta informasi. Dengan ini Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan.
• Seksyen 37 dan Seksyen 38, menaiktarafkan sekolah
vokasional dan memudahkan politeknik mengadakan program kerjasama sejajar dengan keperluan tenaga kerja kemahiran yang tinggi di masa akan datang terutama bagi pelajar berkemahiran dalam bidang vokasional.
Pengajaran Agama Islam dan
Nilai Murni
• Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah untuk syiar dan nilai-nilai murni yang sejagat.
• Institusi pendidikan swasta dikehendaki mengadakan pengajaran bahasa kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai murni.
Mempertingkat maktab
perguruan
• Melalui Seksyen 47 (1) selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar, di sekolah-sekolah. Khususnya hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains, matematik dan IT yang lebih banyak selaras dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah bestari dan perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia.
KESIMPULAN
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada sistem pendidikan selain daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai masyarakat. Tanpa sistem pendidikan yang sempurna dan mantap, akan terhasillah bentuk pendidikan yang pelbagai corak serta tidak sempurna sifatnya. Implikasi daripada itu negara akan mengalami pelbagai masalah termasuk masalah perpaduan dan pembangunan. Oleh sebab itu, dengan wujudnya Akta pendidikan 1996 ini merupakan panduan untuk negara dalam
menyatukan kepelbagaian bentuk dan corak