Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2
Pensyarah
Ustazah Nek Mah Bte Batri Master Pendidikan Islam Calon Doktor Pendidikan Islam Calon Doktor Fiqh Sains & Teknologi
TOPIK PERBINCANGAN
Meluruskan kefahaman mengenai Jihad Bida’ah dan masalah Takfir
Penjelasan Mengenai Jihad
Dari sudut bahasa, Jihad berasal daripada kalimah “al-Juhd” yang bererti keberatan dan kesusahan.
Dipandang dari sudut ini, maka Jihad bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah, keredhaan dan rahmatNya.
Dalam pengertian yang lain, Jihad adalah mencakupi suatu usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara: alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Sambungan....
Jihad menurut al-Quran adalah umum dan menyeluruh, iaitu merangkumi semua aspek daya dan tenaga kemampuan dan kekuatan seseorang Islam dalam menghadapi musuh-musuhnya demi untuk mencapai cita-cita yang digariskan oleh al-Quran.
“Musuh-musuh” yang dimaksudkan di sini adalah meliputi musuh dalaman manusia iaitu Syaitan berupa manusia dan juga Jins yang kerap menggoda nafsu manusia dalam bentuk zahir ataupun batin.
JIHAD SEBENAR DALAM ISLAM
Berdasarkan nas-nas al-Quran terdapat dua pembahagian besar terhadap
Jihad, Pertama; Jihad Agung (atas nafsu serta menentang tipu daya
syaitan. Kedua; Jihad Kecil (iaitu meliputi bentuk-bentuk Jihad yang lain seperti Jihad dengan hati (berdoa).
Jihad dengan lisan (nasihat dan tutur kata) atau kalam (penulisan), Jihad dengan ilmu dan pelajaran (memberi pengetahuan), Jihad dengan harta (infak dsb.) dan seterusnya Jihad dengan tubuh badan dan
Jihad nafsu bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dan
mensucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji
untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji.
Ringkasnya ia merupakan Jihad untuk mentaati Allah,
tunduk kepada perintahNya sepanjang masa. Ia dianggap
Jihad Agung kerana luas medan perjuangannya yang tidak
terbatas dan terhad bagi menangkis musuh yang tidak dapat
Sebagaimana yang dijelaskan di atas bahawa Jihad yang paling tinggi ialah Jihad melawan nafsu. Jihad melawan nafsu meliputi kesanggupan kita bersabar
terhadap segala kesulitan dan cabaran-cabaran getir dalam menjalankan dakwah semata-mata kerana Allah S.W.T. Termasuk juga Jihad melawan nafsu adalah Jihad melawan syaitan. Menurut Ibn Al-Qaiyim, hal ini dapat dilakukan dengan dua cara, iaitu:
Pertama: dengan cara menolak bisikan yang dilemparkan ke dalam hati, sama ada perasaan waswas, syak wasangka atau keraguan yang menggoyahkan
keimanan.
Kedua: dengan melawan bisikan syaitan di dalam hati yang sentiasa mengajak melakukan perbuatan maksiat dan mungkar. Untuk melawan kedua-duanya ini hendaklah iman diperkukuh dan sentiasa sabar dan menahan diri.
“
Dalam hubungan ini, Jihad Agung iaitu melawan dan
menundukkan nafsu yang bersarang dalam hati lebih
diutamakan daripada Jihad melawan musuh yang
berbentuk luaran. Apabila gagal menundukkan nafsunya
untuk berbakti kepada Allah S.W.T., tidak mungkin
baginya berdaya memerangi musuh yang berada di luar,
kerana ia masih terkongkong oleh nafsunya sendiri.
JIHAD DENGAN SENJATA
Perinsip umum Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian daripada
peperangan. Islam menganjurkan semua manusia terutama pemeluk-pemeluknya supaya sentiasa menjaga keamanan dan berbaik-baik kepada semua bangsa dan penganut agama lain, kecuali kedudukan Islam terinaya atau terancam. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud;
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
Firman Allah dalam Surah al-Haj, ayat 39-40, bermaksud:
“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”.
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
“Berdasarkan nas-nas al-Quran di atas adalah jelas bahawa jihad dengan menggunakan senjata mestilah menepati syarat-syarat yang ketat dan bukti-bukti yang jelas seperti kita boleh menentang mereka yang memerangani atau menghalau kita dari tanah air kita yang dicintai.
KEFAHAMAN JIHAD DI SINGAPURA
Kebanyakan mereka yang terjebak dengan gerakan jihad di negara kita sama
ada secara sedar atau tidak sedar telah dipesongkan pegangan mereka mengikut pengertian yang amat sempit dan menyeleweng dari segi ajaran Islam yang sebenar. Mereka yang terpengaruh itu sering kali terperangkap dengan gerak saraf secara halus oleh musuh-musuh Islam atau mereka yang menjadi kuda tunggangan musuh-musuh Islam dengan tujuan untuk menghuruharakan atau menggugat negara yang setabil, aman dan sejahtera.
Dari tinjauan yang telah dibuat melalui akhbar dan media massa didapati
mereka yang terjebak dengan gerakan jihad militan ini adalah terdiri daripada mereka yang jahil mengenai pengertian sebenar tentang istilah ‘jihad’ atau mereka berpegang pengertian ini secara menyeleweng.
Bid’ah
Dalam Kitab Ad-Daa’ wad Dawaa’, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mengutip
ucapan para ulama salaf,”Bid’ah itu lebih disukai oleh Iblis daripada
kemksiatan, karena bertaubat dari kemaksiatan itu secara umum lebih mudah daripada bertaubat dari bid’ah”. Bid’ah adalah setiap bentuk penyimpangan yang diyakini oleh pelakunya sebagai bagian dari Islam dan juga setiap amal yang dianggap syar’i dan diniatkan sebagai bentuk ibadah kepada Allah tanpa adanya dasar yang dibenarkan dalam syariat Islam. Dan hal itu baik berupa keyakinan, pemikiran, amal perbuatan, perkataan, ataupun tindakan
Bahaya-Bahaya Bid’ah
Ibadah bid’ah pada hakekatnya merupakan ibadah kepada syetan. Karena dilihat dari
peruntukkannya, ibadah itu hanya terbagi dua yakni: ibadah kepada Allah dan ibadah kepada syetan. ( QS.36 : 60-61 ). Maka setiap bentuk amal ibadah yang tidak memenuhi syarat sah ibadah kepada Allah, berarti termasuk dalam kategori ibadah yang kedua, yaitu ibadah kepada syetan, disadari atau tidak, diketahui atau tidak, dan diniatkan atau tidak oleh pelakunya.
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
Masalah Takfir adalah salah satu masalah yang paling sensitif, ia adalah masalah yang
selalu kami peringatkan kepada para Mujahid muda karena tingkat bahayanya tersebut. Kami katakan kepada saudara-saudara kami para Mujahidin bahwa isu-isu sensitif ini serahkanlah pada Ulama tsiqqah. Tidak diperbolehkan bagi orang awam untuk
membahas masalah ini. Ini adalah bab Ilmu, mengingat sensitif dan bahayanya masalah ini, bahkan ulama besar Imam telah menahan diri dari banyak mendiskusikan, bahkan sangat hati-hati dalam penerapan Takfir pada individu tertentu, dan akan selalu
menjadi pilihan yang paling aman dalam menanggapi hal ini.
Dari Ibnu Umar radhiyallahu’anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda, “Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya maka sungguh tuduhannya itu akan kembali terarah kepada salah seorang di antara mereka berdua.”Dalam sebagian riwayat disebutkan, “Apabila sebagaimana apa yang dia katakan -maka dia tidak bersalah- akan tetapi apabila tidak sebagaimana yang dia tuduh maka tuduhan itu justru kembali kepadanya.” (HR. Bukhari dan Muslim,
lihat Syarh Muslim[2/126-127] dan Shahih Bukhari, hal. 1254)
Maksud dari ‘tuduhan itu justru kembali kepadanya’ adalah sebagaimana yang
diterangkan oleh al-’Aini rahimahullah, yaitu, “Apa yang diucapkannya justru terarah kepada dirinya sendiri, karena orang yang dia kafirkan ternyata benar imannya (tidak kafir).” Sehingga maknanya adalah kalau tuduhannya itu tidak terbukti kebenarannya
maka sesungguhnya dia telah dirinya sendiri (lihat ‘Umdat
al-Qari [22/245] pdf).
………BINCANGKAN………..