• Tidak ada hasil yang ditemukan

KRISIS PARTI KOUMINTANG CHINA (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KRISIS PARTI KOUMINTANG CHINA (1)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

KRISIS KUOMINTANG DAN PKC 1946-1949

Pendahuluan

Secara umumnya penubuhan parti komunis adalah bertujuan untuk mengulingkan kerajaan sedia ada dan menubuhkan Republik Komunis melalui revolusi. Merujuk kepada Parti Komunis China dan Parti Komunis Indonesia , ternyata mempunyai pencapaian yang agak berbeza . PKC ditubuhkan pada tahun 1921 di Shanghai oleh Mao Tze Tung manakala PKI oleh Semaun dan Darsono. Walaupun idealogi perjuangan kedua-dua parti ini sama iaitu bersifat radikal namun pencapaian PKC lebih berjaya berbanding PKI .

I

A. Parti Komunis China i) Sokongan Kaum Tani

Ø Mao Tze Tung menegaskan bahawa sokongan daripada kaum petani amat penting bagi menjayakan revolusi untuk menumbangkan kerajaan parti KMT. Beliau berjaya menawan hati dan mengerahkan kuasa kaum petani sebagai satu daya pengerak revolusi. Golongan petani dan peniaga yang miskin telah memberi sokongan kepada PKC kerana mereka merasakan ditindas dan terbiar tanpa pembelaan.

Ø PKC juga menggunakan kuasa revolusi kaum petani dan menyatukan tenaga kaum tani ke arah pembentukan kuasa politik yang kuat. Salah satu usaha PKC yang berkesan ialah

berbaik-baik dengan penduduk luar bandar terutama petani yang dilakukan oleh PKC sebelum perang lagi. Justeru itu ramai penduduk menyertai PKC dalam siri peperangan dengan KMT. Ø Selain itu, prinsip komunis dapat diterima oleh kaum tani kerana tindakan PKC yang lebih mengutamakan kerjasama dalam pemulihan tanah, pertukaran buruh bagi kaum petani dan menubuhkan koperasi perusahaan kecil bagi kaum petani serta konsep persamaan taraf tanpa mengira kedudukan ekonomi.

Ø Reformasi pertanian yang djalankan dengan penekanan kepada pengurangan sewa, koperasi dan mengambil berat tentang kebajikan petani merupakan antara tarikan kepada kejayaan perjuangan PKC. Dasar PKC ini juga dilihat sebagai memenuhi idea-idea Sun Yat Sen khususnya 3 prinsip rakyat. Umumnya PKC telah dapat menarik minat penduduk China dengan dasar yang adil dan cuba menghapuskan tindakan kejam para tuan tanah.

ii) Sokongan Rusia

(2)

iii) Kedudukan KMT yang lemah

Ø KMT lemah dan tidak upaya mengawal tindak tanduk PKC. Selepas Jepun menyerah kalah tentera KMT mula bersikap seperti penakluk baru yang angkuh. Pihak KMT juga melakukan penindasan terhadap golongan anti kerajaan dalam kalangan intelektual dan pemimpin anti kerajaan . Mereka ditangkap dan dibunuh. Malahan penduduk bandar juga telah bosan dengan sikap KMT yang kejam dan keadaan ekonomi China yang meleset .

Ø Tuduhan terhadap KMT sebagai neokolonialisme dan bersubahat dengan Barat telah memberi semangat baru kepada ahli-ahli PKC. Mereka merampas harta benda untuk kepentingan sendiri dan bukan untuk memperbaiki kehidupan penduduk.

Ø Suasana tertekan penduduk menyebabkan masyarakat Cina menganggap PKC sebagai penyelamat mereka. Tambahan pula pihak Amerika tidak dapat memberi bantuan ketenteraan kepada KMT. Malahan bantuan kewangan yang diberikan oleh Amerika telah disalahgunakan oleh KMT. Pegawai KMT menjual senjata dan ubat ubatan kepada PKC menyebabkan

masyarakat Cina hilang kepercayaan dan kesetiaan kepada KMT. iv) Kepimpinan yang berwibawa

Ø PKC mempunyai pemimpin yang berkaliber dan berwibawa iaitu Mao Tze Tung dan Chu Teh. Kalangan tentera PKC amat berdisiplin dan dibekalkan dengan strategi perang gerila. Salah satu idea PKC ini ialah pembentukan sel-sel komunis pada tahun 1920 dan 1921 seperti di Wuhan, Changsha, Canton , Paris dan Jepun oleh pelajar China di sana.

Persatuan-persatuan komunis inilah yang berperanan dalam menyebarkan fahaman komunis dalam kalangan pekerja Cina.

Ø Se

lain itu, akhbar-akhbar rasmi diterbitkan untuk memberi penerangan kepada golongan massa tentang komunis seperti Dunia Pekerja di Shanghai , Suara Pekerja di Beijing dan Buruh di Canton.

Kesimpulan

PKC berjaya merampas kuasa dari KMT dalam perang saudara dan menubuhkan Republik Rakyat China pada tahun 1949. Akhirnya China telah muncul sebagai pusat penyebaran ideologi komunis di rantau Asia.

Presiden Sun Yat Sen gagal membaca penyusupan agenda komunisme dan rancangan untuk menumbangkan kerajaan Republik China yang dipimpin oleh golongan nasionalis di bawah Parti Kuomintang.

(3)

ekonomi, kesibukan penjajah Eropah dengan meletusnya peperangan di tanah jajahan masing-masing dan Amerika Syarikat dengan gerakan ‘Manisfest Destiny’.

Presiden Sun Yat Sen mengirimkan ( bakal pemimpin Parti Kuomintang) Chiang Kai Shek untuk mempelajari pengetahuan kententeraan dan sistem politik ( lebih pada politik komunisme) di Moscow[6].

Penubuhan ‘Akademi Ketenteraan Whampoa’ pada tahun 1924 oleh Chiang Kai Shek dengan bantuan Soveit Union, menjadi katalis pada gerakan komunisme untuk bertunjang subur di Republik China tanpa pengetahuan Presiden Sun Yat Sen. “The Soviets provided much of the studying material, organization, and equipment including munitions for the academy”[7]. Kematian Presiden Sun Yat Sen pada tahun 1925 dan digantikan dengan Presiden Chiang Kai Shek, mengwujudkan krisis dengan golongan komunis di China. Presiden Republik China yang baru, Chiang Kai Shek menghadapi masalah dengan golongan kiri dan komunis di dalam Parti Kuomintang, malahan dalam tahun 1926, terdapat cubaan bagi menggulingkan beliau sebagai pemimpin China.

Pada tahun 1927, perbalahan di dalam Parti Kuomintang dengan golongan komunis bertambah luas, Moa Ze Dong sebagai pemimpin Parti Komunis China memulakan tindakan, bagi gerakan menjauhkan diri dengan Parti Kuomintang.

Pada 12 April 1927, Presiden Chiang Kai Shek telah memulakan tindakan menahan para pemimpin Parti Komunis China, “The incident purged the KMT leftists by arresting and executing hundreds of CPC members”[8].

Tindakan agresif oleh Parti Kuomintang pada 12 April 1927, mencetuskan perbalahan yang amat mendalam, ini diakibatkan penangkapan dan pembunuhan beberapa pemimpin dan penyokong Parti Komunis China, “The incident was called April 12 Incident or Shanghai Massacre by the CPC”[9].

“Attempts were made by CPC to take cities such as Nanchang, Changsha, Shantou, and Guangzhou. An armed rural insurrection, known as the Autumn Harvest Uprising was staged by peasants, minors and CPC members in Hunan Province led by Mao Ze Dong”[10]. Inilah asas pada peperangan saudara di China dan penubuhan dua buah negara yang berbeza ideologi di abad ke 20, selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 [ tahun 1949, penubuhan Republik Rakyat China ( komunisme) dan Republik China di Taiwan ( nasionalisme)].

(4)

Ini berpunca dari pemerintahan elitis yang meminggirkan golongan rakyat bawahan dan situasi kemiskinan di kalangan rakyat, wakil pemerintah dari Parti Kuomintang memerintah sesuatu wilayah secara ketenteraan, malahan dapat diandaikan Parti Kuomintang melakukan pemerintahan secara otokratik militari dan menindas rakyat bawahan.

Peluang inilah yang digunakan oleh Parti Komunis China bagi memperolehi sokongan rakyat, sehinggalah berlaku gerakan ketenteraan komunis oleh Parti Komunis China dari tahun 1926 sehingga tahun 1937 ( The Long March , 1926 – 1937).

Pemberontakan yang didalangi oleh Parti Komunis China disokong oleh rakyat massa di China dari wilayah selatan China ( Yunnan), bermula dari tarikh 1 Ogos 1927, melibatkan golongan petani dan wilayah Guangzhou berjaya dikuasai oleh golongan komunis.

Presiden Chiang Kai Shek telah menjalankan opresi ketenteraan sehingga mengakibatkan perpindahan beramai-ramai golongan komunis ke selatan China ( The Long March) sejauh 12, 500 km[11].

Moa Ze Dong menjadi pemimpin utama dalam ‘The Long March’ dan berjaya menguatkan sokongan masyarakat massa di China pada Parti Komunis China sehinggalah serangan tentera Imperial Jepun pada 7 Julai 1937.

1937- serangan tentera Imperial Jepun menakluk Republik China- Perang Dunia Kedua Serangan tentera Imperial Jepun dan menakluk China pada tahun 1937, membawa pada penubuhan kerajaan komunis di China secara diam dan perlahan-lahan . Ini disebabkan Parti Kuomintang terpaksa berkerjasama dengan Parti Komunis China yang menyusupkan idealisme komunis, di kalangan rakyat China. Kematian beribu-ribuan nyawa ( malah jutaan), tentera Republik China dari Parti Kuomintang dalam menentang tentera Imperial Jepun, jelas melemahkan Parti Kuomintang dan golongan nasionalis di China[12].

Pasca Selepas Perang Dunia Kedua ( 1945 – 1949)

Pada tahun 1945, tentera Imperial Jepun menyerah kalah selepas Maharaja Hirohito mengumumkan kekalahan Jepun secara rasminya dan ini menyebabkan negara China bebas dari penaklukan Jepun.

Parti Kuomintang di bawah Chiang Kai Shek mengadakan pertemuan dengan Moa Ze Dong ( Parti Komunis China), bagi menjamin kedamaian di China selepas tamat Perang Dunia Kedua, walaupun begitu perbalahan ketenteraan di peringkat bawahan tidak dapat dielakkan, seperti pertempuran di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Parti Komunis China dan Parti Kuomintang.

(5)

Pada tarikh 26 Jun 1946 adalah permulaan campurtangan Amerika Syarikat di China, Amerika Syarikat menyokong tentera Parti Kuomintang bagi menentang Parti Komunis China. Sebaliknya, Soveit Union pula menyokong Parti Komunis China bagi menumbangkan kerajaan republik nasionalis di China.

“The United States assisted the KMT with hundreds of millions of dollars worth of new surplus military supplies and generous loans of hundreds of millions of dollars worth of military equipment”[13], sumbangan ini bertujuan mengekang pengaruh Soveit Union di China dan Asia khususnya ( Teori Domino).

Tentera Marine U.S ( US Marine), seramai hampir 50,000 orang telah ditempatkan di pelabuhan utama di China dan Presiden Amerika Syarikat ketika itu ( 1945), Harry S. Truman menyatakan dalam tulisannya “It was perfectly clear to us that if we told the Japanese to lay down their arms immediately and march to the seaboard, the entire country would be taken over by the Communists. We therefore had to take the unusual step of using the enemy as a garrison until we could airlift Chinese National troops to South China and send Marines to guard the seaports”[14].

Sebenarnya, pembelotan tentera Parti Kuomintang yang menyokong Parti Komunis China adalah sebab utama pada kekalahan golongan nasionalisme di China,”large numbers of well trained KMT troops joined the communist force that the CPC were finally able to master the hardware”[15].

Sokongan dari golongan komunis di Korea, menyebabkan tunjang kekuatan Parti Komunis China bertambah kuat, maka Moa Ze Dong melancarkan agresi ketenteraan yang aktif menentang Presiden Chiang Kai Shek dari Parti Kuomintang yang semakin lemah.

Tentara Parti Komunis China menawan Yunnan pada bulan Mac 1947, dan Shenyang pada tahun 1948[16], perlu diingat bahawa Chiang Kai Shek melakukan satu kesilapan besar, bila beliau bekerjasama dengan panglima perang wilayah utara yang menindas golongan petani serta menyokong kezaliman tentera Jepun. Golongan yang tertindas dan para petani miskin di China mengubah haluan menyokong Parti Komunis China yang dianggap ‘wira’ dalam menentang tentera Imperial Jepun. Parti Kuomintang sekali lagi kehilangan sokongan massa dan rakyat bawahan, inilah asas yang menyebabkab kekalahan total Parti Kuomintang di China.

Tentera Parti Komunis China berjaya menawan Luoyang pada tahun 1948 dan Shandong pada tahun 1948[17], kempen peperangan Huaihai di antara tahun 1948 – 1949 membawa kejayaan besar pada Parti Komunis China dalam menguasai wilayah timur China, bagi kempen peperangan Beiping-Tianjin selama enam puluh empat hari, Parti Komunis China berjaya menghalau tentera Parti Kuomintang dari kawasan Tianjin pada 31 Januari 1949.

Tentera Parti Kuomintang mengalami kekalahan dalam menguasai Republik China, apabila tentera Parti Komunis China ( People’s Liberation Army) pada 21 April 1949, berjaya menakluki ibu negara Republik China, iaitu Nanjing.

(6)

Mao Ze Dong, selaku pemimpin Parti Komunis China menubuhkan kerajaan komunis di China pada 1 Oktober 1949 ( tahun ini menandakan 60 tahun pemerintahan komunis di China), negara China dikenali sebagai Republik Rakyat China ( People’s Republic of China). Chiang Kai Shek yang melarikan diri dari Nanjing dengan bantuan Amerika Syarikat, berundur dengan sejumlah hampir dua juta ( 2 juta orang) pengikutnya ke pulau Taiwan ( Farmosa). Beliau menubuhkan kerajaan republik di Taiwan, dengan pengisytiharan sebagai negara Republik China ( Republic of China) di bandar Taipei, pada Disember 1949.

Referensi

Dokumen terkait