• Tidak ada hasil yang ditemukan

MASALAH SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI NEGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MASALAH SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI NEGA"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

MASALAH SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI NEGARA KITA DAN CARA

MENGATASINYA

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh

masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak

menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti

perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.

Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk

(2)

oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.

Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.

http://noraza79.blogspot.my/2009/08/masalah-sistem-pengangkutan-awam-di.html

LANGKAH PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENGANGKUTAN

Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.

Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit)

Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota. Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat.

Pertama:

Meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa;

Kedua

Meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam;

Ketiga,

(3)

Keempat,

Menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baru.

Lima langkah utama bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam

1. Menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya.

i) Meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan LRT sebanyak 1.7 sehingga 4 kali ganda (bergantung kepada laluan tertentu.)

ii) Penambahan 22 set tren empat gerabak baru sistem transit aliran Kelana Jaya. Selain gerabak berganda, ciri-ciri tambahan terdapat pada gerabak ini ruang khas untuk penumpang berkerusi roda yang dilengkapi tali pinggang keselamatan. Terdapat juga lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya pendengaran serta tingkap kecemasan.

iii) Pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan

iv) Laluan bas merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang akan diperkenalkan secara berperingkat. Perkhidmatan melalui 12 koridor dapat menampung 35,000 sehingga 55,000 penumpang semasa waktu puncak pagi atau 6% sehingga 9% jumlah bilangan pengguna pengangkutan awam pada tahun 2012

v) Naik taraf 634 perhentian bas di Sepang, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Selayang, Ampang Jaya dan Kajang.

vi) 850 buah bas akan ditambah. Ini dapat meningkatkan perkhidmatan yang disediakan di laluan sedia ada dan memberi perkhidmatan kepad 53 laluan baru yang tidak mendapat perkhidmatan ketika ini.

2. Merangsang permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam

i Memperkenalkan konsep 1Tiket 1Perjalanan

iii Menambah kira-kira 6,800 tempat meletak kereta baru di 14 stesen rel utama, di luar kawasan pinggir pusat bandar utama pada tahun 2012

(4)

v Menyediakan sistem IT bersepadu secara menyeluruh

vi. Pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi penguatkuasaan utama adalah diperlukan untuk 10 pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), JPJ dan PDRM.

3 Menghalang kenderaan berat dari memasuki Kawasan Perniagaan Pusat.

i Tiga terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama di luar bandar akan diwujudkan dan dimulakan dengan ITT Bandar Tasik Selatan.

ii Di pusat bandar pula akan wujud dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu Terminal Antara Bandar dan Hentian Akhir Bandar (HAB). Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota, Hentian Putra dan Pudu memudahkan aliran lalu-lintas daripada kawasan pinggir bandar ke pusat bandar.

4. Penyusunan semula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

i Memastikan pengangkutan Awam Darat (SPAD) beroperasi sepenuhnya. Ini kerana satu prasyarat kejayaan mewujudkan satu badan yang bertanggungjawab bagi perancangan dasar dan pemantauan kawalsedia.

Ii 13 Kementerian dan pelbagai agensi terlibat aspek pengurusan pengangkutan awam yang berbeza dan tiada satu badan yang menyelaraskan usaha merentasi pelbagai sistem

pengangkutan awam secara keseluruhan.

5. Menguruskan permintaan melalui faktor tolakan (push)

i Apabila penggunaan pengangkutan awam melebihi 25% dan sistem perkhidmatan

pengangkutan awam telah ditambahbaik, masa perjalanan ditepati, keselesaan dipertingkat, Inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif pengangkutan awam iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan dipercepat.

(5)

MENGENAL PASTI DAN HURAIKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM

Antara masalah perkembangan pengangkutan awam di Kawasan Kajian iaitu di sekitar Bandar Bentong ialah

Pencemaran Udara

Penggunaan diesel oleh pengangkutan seperti Bas menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap dari ekzos . Hal ini kerana penyelenggaraan pengangkutan tersebut kurang baik dan

melepaskan asap yang berbahaya dan seterusnya mencemarkan udara

Tambang Mahal

Contoh pengangkutan awam yang disebutkan ini ialah Teksi. Kadar yang ditetapkan mungkin sekali mengikut meter pergerakan ataupun meter tetap .

Jangka Masa Lama

Untuk sampai ke destinasi penumpang . Terdapat juga pengangkutan seperti bas yang berhenti – henti untuk mengangkut penumpang di hentian lain . Hal ini akan melambatkan penumpang untuk sampai ke destinasinya

Pencemaran Bunyi

Enjin diesel lebih bising daripada enjin yang menggunkan petrol . Oleh itu , Keadaan bunyi yang kuat dapat menganggu kententeraman awam di kawasan tersebut

Kesesakan Lalu Lintas

Kesesakan lalu lintas berlaku akibat lebihan kenderaan di jalanraya . Hal ini akan menyebabkan pengangkutan besar seperti Bas juga terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tersebut

Kos Bahan Api Naik

Kos minyak tidak menentu, ada kalanya turun adakalanya naik, ini akan menyukarkan bagi pengguna dalam menentukan bajet belanja mereka, dan penanggkutan awam seperti bas dan teksi akan mengalami kenaikan harga jika bahan api dinaikkan.

(6)

MENCADANGKAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGANGKUTAN GEOGRAFI PT3 2016

Berikut ialah contoh-contoh cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan

LRT Dan Monorel Meningkatkan kapasiti dan kecekapan LRT dan monorel Penjajaran Semula Stesen Pemindahan pengurusan pemilikan kepada syarikat yang lebih berdaya saing Bas Mewujudkan Lebih Banyak

Bas Transit Laju – Bersesuaian dengan negara yang menghendaki peningkatan sistem bas henti-henti, khususnya berikutan perubahan keperluan penumpang dan sistem pengangkutan awam Bas Percuma – Cadangan dimasukan ke dalam Pelan Transformasi Kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan bas percuma yang beroperasi dalam lingkungan antara bandar ke bandar

strategik Program Penambaikan Hentian Bas – Mewujudkan satu inisiatif program untuk menaik taraf hentian bas lama dan membina hentian bas baharu yang bertaraf dunia

Teksi Teksi Rakyat 1Malaysia – Memperluaskan lagi Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dan memperbaik kualiti perkhidmatan teksi di seluruh Negara

Rasionalisasi Kegiatan Lebih Muatan Mencadangkan agar pihak yang terlibat bekerjasama dengan industri pengangkutan barangan untuk memperkemas prosedur pengendalian untuk membantu mengawal dan menguatkuasakan amalan lebih muatan Perlaksanaan undang-undang yang lebih ketat ke atas pengendali pengangkutan barangan dalam usaha mengekang amalan ini Mewujudkan dasar dan prosedur operasi standard untuk penguatkuasaan bagi membolehkan agensi yang berkenaan untuk menguatkuasakan undang-undang pengangkutan awam darat yang berkaitan dengan amalan lebih muatan secara konsisten

Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang

Penapis asap Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara

(7)

Penggunaan Bahan Api Alternatif Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria

Kursus Pemanduan Berhemah Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya

Kuat Kuasa Undang-Undang Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya

Referensi

Dokumen terkait

Pekerjaan : Analisis Pengaruh Perbedaan Sumber Fly Ash dan Bottom Ash Terhadap Karakteristik Perkerasan Lentur Lokasi : Laboratorium Perhubungan dan Bahan Konstruksi

Setelah melakukan proses pendefinisian setiap sub proses yang ada, maka pada tahap keempat ini adalah melakukan kontruksi dan evaluasi terhadap model IDFIF dengan cara

Kelurahan/desa Jumlah Kecamatan, Kelurahan/Desa yang di Monev Pengelolaan Arsip.. Monitoring, evaluasi dan pelaporan kondisi

Pemampasan beban talian melalui nilai gandaan penguat yang sama menghasilkan profil yang malar manakala gandaan penguat yang lebih besar daripada beban talian

dan data observasi kegiatan guru dalam proses belajar mengajar melalui penerapan media benda asli. 2) Data kuantitatif yaitu data yang diperoleh dari hasil tes hasil

Jika dibandingkan dengan data produksi lain yang diperoleh pada tahun-tahun sebelumnya, diperoleh data terakhir pada tahun 2009 produksi akuakultur sebesar 1234

Berdasarkan hasil analisis tersebut ternyata tingkat kebugaran jasmani posttest tidak lebih baik dari pretest, hal ini berarti bahwa hipotesis penelitian yang menyatakan ada

Üç farklı yükseltiden altışar adet olmak üzere alınan toplam 18 örnek özden kabuğa doğru yirmişer yıllık yaş periyotlarına ayrılarak lif boyutları ölçülmüş