• Tidak ada hasil yang ditemukan

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran unt

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran unt"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu kesal dan tidak berpuashati terhadap diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak didik saya. Bagi saya mereka terlalu bergantung kepada guru untuk memberi bimbingan mereka tidak ingin mencuba membuat sendiri. Tetapi saya tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus, latar belakang keluarga yang miskin, kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta tidak ada kemudahan seperti Perpustakaan Awam juga membatasi pembelajaran dan pembacaan mereka.

Saya pula selalu menjawab ...“itu pun tidak boleh sebut?…kamu ini?… itulah? disuruh belajar kamu malas…” tanpa memberi tunjuk ajar dan dorongan yang betul serta tidak prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Inilah kali pertama saya mengetahui dan mengalami serta membuatnya sendiri kajian tindakan ini. Oleh itu, banyak rintangan dan cabaran yang terpaksa saya lalui termasuklah menguasai makna tujuan kajian tindakan ini. Saya membuat keputusan untuk melaksanakan Kajian dengan bersungguh-sungguh bagi memperbaiki kelemahan pada diri saya serta mempertingkatkan pembelajaran anak-anak didik saya. Saya telah memulakan kajian dengan beberapa langkah iaitu membuat pemerhatian, ujian, memeriksa buku tulis, temubual, soal selidik. Kemudian saya merancang aktiviti serta teknik yang akan saya jalankan iaitu penggunaan warna . Langkah-langkah yang seterusya akan diterangkan di dalam perenggan-perenggan yang berikut.

Sepanjang kajian ini saya telah mendapat kebenaran tentang pentingnya Kajian Tindakan iaitu mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan profesional khususnya dalam menguji sendiri dan perkembangkan idea-idea baru mengenai amalan pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, guru mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan positif yang efektif.

Fokus Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran membaca. Kajian ini adalah penting bagi murid tahap satu. Sebelum melangkah ke tahap dua murid hendaklah menjadi mahir membaca pelbagai jenis pola suku kata perkataan mudah terlebih dahulu. Membaca secara berulang-ulang semasa di sekolah akan berterusan sampai di rumah. Membaca memerlukan kemahiran serta keyakinan diri. Jika pelajar tidak boleh membaca perkataan dengan betul akan memberi kesan terhadap penulisan. Mereka akan menggangap Bahasa Melayu subjek yang susah serta hilang minat untuk terus belajar. Kesannya mereka akan menghadapi banyak masalah di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu apabila berada di tahap dua.

Berdasarkan ujian diagnostik yang saya dibuat, saya dapati bahawa perkataan berpola suku kata KVK+KVK menghadapi masalah untuk dikuasai oleh 3 orang murid. Mereka tidak dapat menyebut perkataan-perkataan yang diuji dengan lancar dan yakin.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

(2)

ii. Keberkesanan penggunaan teknik warna membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan berpola suku kata KVK+KVK.

iii. Murid dapat menyatakan persepsi mereka terhadap teknik warna dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan berpola suku kata KVK+KVK.

Persoalan Kajian

i. Apakah penguasaan kemahiran murid membaca perkataan berpola suku kata KVK+KVK dapat ditingkatkan.

ii. Adakah penggunaan teknik warna berkesan membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan berpola suka kata KVK+KVK.

iii. Mengenalpasti apakah persepsi murid terhadap penggunaan warna dalam menguasai kemahiran membaca perkataan berpola suku kata KVK+KVK.

Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 3 orang murid Tahun 3 Mawatik yang terdiri daripada 2 lelaki dan 1 perempuan(yang dikenali sebagai R1, R2 & R3). Murid-murid ini kurang mahir membaca perkataan berpola suku kata KVK+KVK semasa aktiviti membaca di dalam bilik darjah. Murid tidak dapat membaca suku kata tertutup dengan lancar malahan ragu-ragu untuk menyebutnya. Suku kata dibaca dengan suara perlahan. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut.

Tujuan adalah untuk mengenal pasti masalah responden

(Lampiran 1)

Langkah 3

11.3.2015 Soal selidik i. 3murid orang3 Mawatik

(3)

ii. Pemerhati

Guru BM (Lampiran 2)

Langkah 4

12-13.3.2015 Pemerhatian Guru pengkaji Pemerhatian dilakukan sendiiri olehsaya untuk mengenal pasti masalah dari segi:

i. Sikap – ke semua mereka tidak mahu membaca apabila diminta oleh guru.

ii. Tingkahlaku – sebelum kajian mereka tidak memberi tumpuan semasa belajar, apabila ditanya soalan mereka membisu.

iii. Penglibatan murid sebelum kajian – pasif dan liat.

Analisis Tinjauan Masalah

Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah

Langkah Dan

Tarikh Cara Penilaian KumpulanSasaran Masalah telah dikanalpasti

Langkah 1

9.3.2015 Memeriksa bukutulis 3 orang murid 3Mawatik Banyak kesalahan ejaan perkataan,kerja tidak disiapkan

Langkah 2

10.3.2015 Ujian membacaperkataan 3 orang murid 3Mawatik Setelah membuat ujian pra sayadapati hanya 2 orang sahaja yang dapat membaca 3 perkataan dengan betul, yang selebihnya tidak disebut atau disebut perlahan dan sebutan salah

Langkah 3

11.3.2015 Soal selidik iii. 3murid orang3 Mawatik iv. Pemerhati

Guru BM

i. Hanya 1 orang yang suka mata pelajaran Bahasa Melayu

(4)

dibimbing dan tidak suka pengajaran guru.

iv. Semua responden suka menyanyi dan bermain.

v. Di dapati percakapan guru terlalu laju

Langkah 4 12-13.3.2015

Pemerhatian Guru pengkaji Pemerhatian dilakukan sendiiri oleh saya untuk mengenal pasti masalah dari segi:

vi. Sikap – ke semua mereka tidak mahu membaca apabila diminta oleh guru.

vii. Tingkahlaku – sebelum kajian mereka tidak memberi tumpuan semasa belajar, apabila ditanya soalan mereka membisu.

viii. Penglibatan murid sebelum kajian – pasif dan liat.

Tindakan Yang Dijalankan

Tindakan saya jalankan di luar waktu pembelajaran biasa, iaitu pada waktu rehat selama 15 minit selama seminggu ( 15 minit X 5 hari =75 minit atau 1 jam 15 minit). Bimbingan dilaksanakan di bilik pemulihan sekolah. Murid akan datang ke bilik bimbingan bertemu dengan saya dan sesi bimbingan akan dijalankan berdasarkan langkah-langkah berikut. Oleh itu, langkah pertama yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid-murid terbabit. Tindakan seterusnya ialah: i) Saya akan mengingatkan murid supaya datang kelas bimbingan di bilik pemulihan pada

waktu rehat.

ii) Saya juga akan sediakan makanan dan minuman RMT murid tersebut agar tidak ponteng kelas bimbingan.

iii) sebelum sesi di mulakan saya telah sediakan lebih awal 25 perkataan untuk dikuasai semasa sesi bimbingan dibuat.

(5)

Jadual 3: langkah-langkah menguasai kemahiran membaca

Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian Strategi 1 : Aktiviti “membatang suku kata ”

Aktiviti “Membatang suku kata” ini dijalankan pada 16.03.2015 sehingga 20.03.2015. Teknik ini dilaksanakan selama 5 sesi sepanjang tempoh 1 minggu. Masa sebanyak 5 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid diberikan 5 perkataan untuk dibatang suku katanya. Setiap suku kata yang dibatang dengan betul diberi nilai RM0.20 sen. Murid pertama - ketiga diminta membunyikan suku kata-suku kata yang terhasil daripada perkataan yang diberi.

Refleksi

Langkah 1 Murid-murid akan diberi 5 perkataan berpola suku KVK+KVK Contoh: cantik, pentas (Lampiran 3)

Langkah 2 Murid-murid dikehendaki mewarna suku kata perkataan tersebut

Contoh: can / tik, pen / tas (Lampiran 3)

Langkah 3 Murid-murid mewarnakan setiap suku kata tersebut dengan warna kesukaan masing-masing

Contoh: can / tik , pen / tas (Lampiran 3)

Langkah 4 Murid-murid akan melakukan latih tubi bacaan Contoh: can, can, can / tik ,tik,tik,

Pen, pen, pen / tas, tas, tas

(Lampiran 3)

Langkah 5 Murid-murid meneruskan latih tubi bacaan melalui nyanyian. (Lampiran 4)

(6)

Aktiviti ini membantu murid membatang suku kata dengan betul bagi setiap perkataan. Tanpa saya sedari murid dapat membentuk perkataan baru selain daripada 5 perkataan yang bermakna dan betul. Saya dapat melihat kesungguhan mereka untuk belajar melalui teknik ini. Aktiviti “Membatang suku kata” ini didapati dapat membantu murid menguasai konsep membatang suku kata dan dapat membaca perkataan dengan betul dan jelas.

Strategi 2 : Aktiviti mewarna suku kata

Aktiviti mewarnakan suku kata ini dijalankan pada 16.03.2015 sehingga 20.03.2015. Teknik ini dilaksanakan selama 5 sesi sepanjang tempoh 1 minggu. Masa sebanyak 5 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid diberikan 5 perkataan untuk dibatang suku katanya. Setiap suku kata yang dibatang dengan betul diwarnakan. Murid kedua, ketiga dan pertama diminta membunyikan suku kata-suku kata yang terhasil daripada perkataan yang diberi.

Refleksi

Aktiviti ini memantapkan lagi persepsi murid tentang suku kata. Penggunaan warna juga membantu murid membaca perkataan dengan lancar dan betul. Gaya bacaan murid juga turut berubah. Saya dapat melihat minat murid terhadap warna adalah tinggi. Aktiviti mewarna suku kata ini didapati dapat membantu murid menguasai kemahiran membaca suku kata seterusnya perkataan dengan baik.

Strategi 3 : Aktiviti Latih tubi suku kata

Aktiviti 3 : Latih tubi penyebutan suku kata Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid menyebut suku kata dan membaca perkataan dengan sebutan yang betul. Latihan ini dijalankan pada16.03.2015 sehingga 20.03.2015. Teknik ini dilaksanakan selama 5 sesi sepanjang tempoh 1 minggu. Masa sebanyak 5 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam latih tubi penyebutan suku kata, guru menyuruh murid membaca dan menyebut perkataan dalam kad suku kata yang ditunjukkan oleh guru. Guru akan membetulkan penyebutan murid jika berlaku kesalahan.

Refleksi

Murid didapati semakin mahir dengan bunyi suku kata selepas melakukan aktiviti ini meskipun pada peringkat awal terdapat banyak kesalahan penyebutan. Walau bagaimanapun terdapat masalah gangguan dialek yang menghalang murid menyebut dengan betul. Namun demikian masalah kesalahan penyebutan ini dapat dikurangkan hasil latihan yang diberikan

Strategi 4 : Aktiviti Nyanyian Suku Kata

Aktiviti nyanyian suku kata ini dijalankan pada 16.03.2015 sehingga 20.03.2015. Teknik ini dilaksanakan selama 5 sesi sepanjang tempoh 1 minggu. Masa sebanyak 15 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid diminta menyanyi bunyi suku kata pertama menggunakan versi lagu tertentu dan terus menyambung nyanyian dengan bunyi suku kata kedua. Contoh perkataan pantas Pan, pan, pan, pan, pan, pan, pan pan tas....!

Refleksi :

(7)

Dapatan Kajian

Penilaian terhadap penguasaan murid dalam membaca dilakukan melalui perbandingan ujian pra dan ujian pos. Ujian pra telah diadakan pada 10 Mac 2015. Ujian pos pula telah dijalankan pada 20 Mac 2015 selepas perlaksanaan tindakan. Keputusan ujian pra dan ujian pos telah dibuat perbandingan bagi melihat perubahan pencapaian responden. Cara pengujian dalam ujian pos adalah sama dengan ujian pra namun menggunakan perkataan yang berbeza. Dalam ujian ini murid diminta membaca 10 perkataan dua suku kata berdasarkan pola tertutup (KVK+KVK). Dalam konteks kajian ini ketiga-tiga murid ini suka mewarna berdasarkan sesi temubual kepada murid semasa mereka menjalani aktiviti mewarna suku kata.

Rumusan Dan Refleksi Kajian

Penilaian Pencapaian Pelajar

Jadual 4: Keputusan Ujian Pra

Nama responden Jantina Markah pencapaian

R1 Lelaki 2

R2 Perempuan 2

R3 Lelaki 6

min 3.33

Jadual 5: Keputusan ujian Pos

Nama responden Jantina Markah pencapaian

R1 Lelaki 8

R2 Perempuan 9

R3 Lelaki 10

(8)

R1 R2 R3 0

2 4 6 8 10 12

Perbandingan Keputusan Pencapaian Ujian

Prau-jian Posu-jian

Responden Kajian

Ta

h

a

p

p

e

n

c

a

p

a

ia

n

Graf 1: Menunjukkan Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Kelas 3 Mawatik Tahun 2015

(9)

Saya mendapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca telah menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca lebih banyak perkataan. Perkara ini membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca perkataan berpola KVK+KVK ini telah berjaya dilaksanakan.

Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan

Sepanjang kajian ini banyak pengalaman yang telah saya lalui terutama semasa PdP. Selepas kajian saya dapat melihat perubahan yang besar pada anak-anak didik saya antaranya:

I. Perubahan Pada Sikap Murid Dan Saya Sendiri

Perubahan sikap dapat dilihat di mana sebelum ini adalah amat susah untuk menarik minat kerana kebanyakan mereka mempunyai latar belakanng keluarga yang miskin dan kurang perhatian daripada ibu-bapa serta kurang bahan bacaan tetapi setelah melaksanakan Kajian Tindakan saya mendapati sikap mereka telah berubah pada setiap bulan daripada pasif kepada aktif ketika akitiviti dijalankan. Mereka begitu meminati sesi pembelajaran seperti ini sehingga …….Cikgu …. Minggu depan kami datang lagi di sini kah?

ii. Perubahan Pada Pembelajaran Murid

Saya memang tidak menyangka murid-murid boleh membaca perkataan serta membentuk perkataan baru berpolakan suku kata KVK+KVK. Mereka juga dapat mengeja dan menulis perkataan dengan betul. Nampaknya saya telah dapat menerapkan sifat keyakinan di dalam diri anak didik saya. Keyakinan yang dapat diterapkan melalui aktiviti ini telah membawa kejayaan keberanian mereka untuk membaca di dalam kelas.

Iii. Perubahan Sikap Ibu-Bapa

Saya begitu kagum bila ada ibu bapa yang mengikuti perkembangan dan terperasan ada perubahan pada anak-anak mereka. Saya merasa bangga kerana telah dapat menarik perhatian ibu-bapa sehingga ada yang terharu anak-anak mereka boleh membaca dengan baik apabila berada di rumah.

Cadangan Untuk Meneruskan Kajian Tindakan

Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca perkataan dua suku kata, saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap kemahiran membaca perkataan tiga suku kata. Saya turut bercadang untuk mengaplikasi kepada murid pemulihan yang menghadapi masalah yang sama iaitu belum mahir membaca perkataan suku kata tertutup.

Kesimpulan

Kesemua aktiviti yang dijalankan telah membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru-guru di pedalaman . Seterusnya saya ingin meningkatkan penguasaan murid berkenaan dalam pola-pola suku kata yang lebih mencabar seperti KVK+KV+KVK+KVK (men+ja+lan+kan)

Rujukan

(10)

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan (3rd ed.). Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM.

Roziah Abd Hamid (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid- murid Tahun 1 Dengan Latih tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar Proseding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian yang dilakukan menunjukkan bahwa siswa yang berada pada kategori kreatif adalah salah seorang siswa yang memiliki kemampuan matematika tinggi dan

一方(鍵盤操作側) がアイデアを出す: 音でアイデアを次々 に提示。一方の参加 者は鍵盤に貢献して

[r]

Geografi mempunyai kajian ilmu yang sangat luas sehingga ilmu geografi memerlukan ilmu pendukung yang erat kaitannya dengan geografi. Kajian geografi mempelajari bumi secara

Kesatu, adanya anggaran belanja Angkatan Laut (naval expenditure) yang signifikan. Setidaknya sama dengan 50 % total anggaran belanja di suatu kawasan. dua,

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk menentukan prioritas kriteria-kriteria utama kinerja pelayanan yang perlu diperbaiki dan atau ditingkatkan pada toko buku Gramedia

Selanjutnya ter hadap penaw ar an yang memenuhi syar at ketentuan evaluasi (tabel evaluasi administr asi r ekap), dilakukan penilaian kualifikasi dengan hasil sebagai

Pokja Pengadaan Penambahan Nilai Fisik Renovasi Gedung Pendidikan (Gedung E) Sekolah Tinggi Teknologi Tekstil Bandung Tahun 2015 akan melaksanakan e-Seleksi