GAYA KEIBUBAPAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMURUNGAN DALAM KALANGAN REMAJA
Mohd Haikal Anuar Adnan Fatimah Yusooff Mohamad Irwan Ahmad
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Gaya keibubapaan merupakan salah satu aspek yang sering diperkatakan oleh setiap ibu bapa dan ahli psikologi dan ianya menjadi persoalan berkenaan apakah gaya keibubapaan yang terbaik yang perlu diamalkan bagi menjamin kesejahteraan anak‑anak. Dapatan daripada kajian oleh pengkaji terdahulu juga mendapati gaya keibubapaan mampu mempengaruhi kemurungan dalam kalangan remaja. Oleh hal demikian, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti hubungan di antara gaya keibubapaan dengan kemurungan dalam kalangan remaja. Kajian ini merupakan kajian rentas menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui penggunaan borang soal selidik. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 158 orang remaja yang bersekolah di salah sebuah sekolah di kawasan Bandar Baru Bangi, Selangor. Data dikutip dengan menggunakan teknik persampelan mudah dan bertujuan. Alat ujian yang digunakan dalam kajian ini adalah Parental Authority Questionnaire (PAQ) yang bertujuan melihat gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa responden dan Reynolds Adolescent Depression Scale (RADS) yang bertujuan mengukur kemurungan responden. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS 21. Hasil kajian mendapati gaya keibubapaan autoritatif mempunyai hubungan yang negatif dan signifikan dengan kemurungan remaja. Hal ini menunjukkan ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif akan mengurangkan kadar kemurungan remaja. Hasil kajian berkenaan gaya keibubapaan permisif dan autoritarian pula mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara gaya keibubapaan autoritarian dan permisif dengan kemurungan remaja. Hal ini menunjukkan ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian dan permisif mampu meningkatkan kemurungan remaja. Kesimpulannya, ibu bapa seharusnya mengamalkan gaya keibubapaan yang terbaik bagi memastikan kesejahteraan hidup remaja terjamin.
Kata kunci: Gaya keibubapaan; remaja; kemurungan
PENGENALAN
Gaya keibubapaan merupakan salah satu aspek yang penting dalam mempengaruhi kesejahteraan hidup remaja. Menurut Russell et al., (2010), gaya keibubapaan mempunyai perkaitan yang kuat dengan kendiri remaja termasuklah dari segi pencapaian akademik, cara remaja menyelesaikan masalah, tingkah laku berisiko, kesihatan mental, penghargaan kendiri dan kemurungan.
Secara umumnya, gaya keibubapaan dapat didefinisikan sebagai kaedah atau cara ibu bapa dalam membesarkan anak‑anak mereka. Terdapat pelbagai cara keibubapaan yang diamalkan oleh ibubapa dalam membesarkan anak‑anak. Baumrind (1967) telah membahagikan gaya keibubapaan kepada tiga jenis iaitu autoritatif, autoritarian dan permisif. Perbezaan ketiga‑tiga gaya keibubapaan ini adalah berdasarkan tahap intimasi dan tahap kawalan ibu bapa yang merujuk kepada istilah kebertanggungjawaban ibu bapa dan permintaan ibu bapa tehadap anak‑anak (Omar et al., 2012). Ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif dikaitkan dengan mempunyai kebertangungjawaban dan permintaan yang tinggi di mana mereka merupakan ibu bapa yang tegas namun tetap mendengar pandangan anak‑anak. Hal ini adalah berbeza dengan ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian di mana ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian cenderung untuk mempunyai permintaan yang tinggi tetapi mempunyai kebertanggungjawaban yang rendah. Gaya keibubapaan permisif pula adalah merujuk kepada ibubapa yang mempunyai kebertanggungjawaban yang tinggi namun mempunyai permintaan yang rendah.
kalangan remaja adalah seperti genetik di mana remaja tersebut mewarisi kemurungan tersebut daripada ibu bapa serta faktor tekanan sosial (Friedman & Anderson, 2011).
Menurut kajian yang dilakukan oleh Suleiman et al., (2006), sebanyak 10.3 peratus daripada 2048 responden yang dikaji mengalami kemurungan. Menurut Suleiman et al., (2006) lagi, antara punca menyebabkan berlakunya kemurungan dalam kalangan remaja adalah remaja tersebut mempunyai adik‑beradik yang ramai, jarak antara adik‑beradik adalah rapat serta layanan yang kurang efektif oleh ibubapa terhadap anak‑anak. Selain itu, Kajian Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan ke‑III pula menunjukkan masalah kesihatan mental adalah 11.2 peratus dalam kalangan orang dewasa dan 20.3 peratus dalam kelompok kanak‑ kanak dan remaja serta punca utama kepada masalah kesihatan mental adalah kemurungan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006).Walaupun statistik ini menunjukkan angka yang agak kecil, namun dapatan ini juga menunjukkan berlakunya kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia. Di samping itu, dapatan daripada pengkaji‑pengkaji lepas juga mendapati kemurungan yang dialami remaja akan memberikan kesan yang negatif kepada remaja tersebut (Tsai et al., 2003; Sin & Lyubomirsky, 2009; Peluso et al., 2007).
Model gaya keibubapaan yang diutarakan oleh pengkaji lepas mengandaikan bahawa perbezaan amalan gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi kehidupan anak‑anak. Sebagai contoh, kajian yang dilakukan oleh (Driscoll et al., 2008; Cripps & Zyromski, 2009; Garcia & Gracia, 2009;) mendapati gaya keibubapaan yang berbeza yang diamalkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi kesejahteraan psikologikal anak‑anak. Hal ini adalah selari dengan pendapat yang dikemukakan oleh Goldenberg dan Goldenberg (2008) di mana cara gaya keibubapaan banyak menyumbang kepada tingkah laku anak‑anak. Oleh hal demikian, gaya keibubapaan ternyata adalah sangat penting dalam membina generasi masa depan yang terbaik. Dalam konteks kajian ini, fokus kajian adalah lebih tertumpu kepada kesan gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa terhadap kemurungan dalam kalangan anak‑anak remaja.
METOD
Reka bentuk kajian
Kajian yang dilakukan adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Kaedah kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif. Menurut Rozmi Ismail (2013), tujuan penyelidikan kuantitatif dilakukan adalah bertujuan untuk menguji teori, membina fakta dan menyatakan hubungan di antara pemboleh ubah dalam kajian di samping mengetahui sebab akibat sesuatu fenomena atau permasalahan itu terjadi.
Sampel Kajian
Sampel kajian melibatkan pelajar di salah sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi, Selangor yang berumur di antara 13 hingga 15 tahun. Pemilihan subjek dalam kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Subjek dipilih berdasarkan umur mereka yang dikategorikan dalam kategori remaja. Bilangan subjek yang terlibat secara keseluruhannya adalah 158 orang. Perincian subjek adalah seperti jadual di bawah:
Jadual 1: Taburan subjek kajian mengikut jantina dan umur
Bil (Peratus)
Jantina Lelaki
Perempuan Jumlah
63 (39.9) 95 (60.1) 158 (100)
Umur 14 tahun
15 tahun 16 tahun Jumlah
21 (13.3) 58 (36.7) 79 (50.0) 158 (100)
Alat Ukuran
keibubapaan iaitu gaya keibubapaan autoritarian, permisif dan autoritatif. Setiap jenis gaya keibubapaan mengandungi sepuluh item. Daripada tiga puluh item, dua puluh item merupakan item positif manakala sepuluh lagi merupakan item negatif. Skala yang terdapat dalam Parental Authority Questionnaire (PAQ) adalah skala berbentuk Likert yang terdiri daripada lima pilihan jawapan.
Bagi mengukur kemurungan pula, alat ujian yang digunakan adalah Reynolds Adolescent Depression Scale (RADS) yang dibangunkan oleh Reynolds (1987). RADS
mengandungi tiga puluh item yang dibahagikan kepada empat skala. Skala tersebut adalah Dysphoric Mood, Anhedonia, Negative Self‑Evaluation, Somatic Complaints. Reynolds Adolescent
Depression Scale (RADS) merupakan satu alat ujian yang mengukur kemurungan dengan
menggunakan skala berbentuk Likert yang terdiri daripada empat pilihan jawapan.
Analisis data
Jawapan yang telah diberi markah akan dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22. Analisis data dalam kajian ini melibatkan ujian
Korelasi. Ujian korelasi digunakan bagi melihat hubungan di antara gaya keibubapaan dengan kemurungan.
KEPUTUSAN
Analisis Deskriptif Gaya Keibubapaan dan Kemurungan
Jadual 3.3 menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi pemboleh ubah gaya keibubapaan autoritarian, gaya keibubapaan permisif, gaya keibubapaan autoritatif, dan kemurungan. Nilai min bagi pemboleh ubah gaya keibubapaan autoritarian adalah sebanyak 27.22 dengan nilai sisihan piawai sebanyak 6.84. Nilai min bagi pemboleh ubah gaya keibubapaan permisif dan autoritatif pula adalah 20.92 dan 37.47 dengan nilai sisihan piawai bagi kedua‑dua pemboleh ubah ini adalah 6.84 dan 5.81. Sementara itu, nilai min bagi pemboleh ubah kemurungan pula adalah 65.02 dengan nilai sisihan piawai sebanyak 14.20.
Jadual 2: Min Dan Sisihan Piawai Bagi Pemboleh ubah Dalam Kajian.
Min S.p Min Max
Gaya Keibubapaan
Autoritarian 27.22 6.84 1.00 2.00
Permisif 20.92 6.84 10.00 45.00
Autoritatif 37.47 5.81 18.00 50.00
Kemurungan
Jadual 3: Keputusan Ujian Korelasi Antara Gaya Keibubapaan Dengan Kemurungan
Gaya ibubapa
N Kemurungan Dysphoric Mood
Anhedonia
Negative self
evaluating
Somatic
complaints
Autoritarian 158 0.252** 0.225** 0.315** 0.193** 0.194**
Permisif 158 0.413** 0.402** 0.374** 0.365** 0.367**
Autoritatif 158 ‑0.366** ‑0.322** ‑0.315** ‑0.379** ‑0.318**
k<0.05
Dapatan kajian juga menunjukkan gaya keibubapaan permisif mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kemurungan dengan nilai r yang diperoleh adalah r=0.413, k<0.05. Gaya keibubapaan permisif juga didapati mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan dimensi dysphoric mood, anhedonia, negative self evaluating dan somatic complaints dengan nilai korelasi yang diperoleh adalah r=0.402, k<0.05 bagi dysphoric mood, r=0.374, k<0.05 bagi anhedonia, r=0.365, k<0.05 bagi negative self evaluating dan r=0.367, k<0.05 bagi somatic complaints.Hal ini menunjukkan ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan permisif yang tinggi akan menyebabkan kemurungan anak‑anak juga adalah tinggi.
Hal ini adalah berbeza dengan dapatan kajian mengenai hubungan di antara gaya keibubapaan autoritatif dengan kemurungan. Dapatan kajian di antara kedua‑dua pemboleh ubah ini menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara gaya keibubapaan autoritatif dengan kemurungan dengan nilai r yang diperoleh adalah r=‑0.366, k< 0.05. Keempat‑empat dimensi kemurungan juga didapati mempunyai hubungan yang negatif dan signifikan dengan gaya keibubapaan dimana nilai r yang diperoleh bagi korelasi di antara gaya keibubapaan autoritatif dengan dimensi dysphoric mood adalah r= ‑0.322, k<0.05, r= ‑ 0.315, k<0.05 bagi anhedonia, r=‑0.379, k<0.05 bagi negative self evaluating dan r=‑0.318, k<0.05 bagi somatic complaints. Hal ini menunjukkan ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif yang tinggi akan menyebabkan kemurungan anak menjadi rendah.
PERBINCANGAN
mempunyai hubungan yang negatif dengan kemurungan. Hal ini menunjukkan ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian dan permisif menyebabkan remaja mengalami kemurungan. Manakala ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif pula menyebabkan kemurungan yang dialami remaja menjadi rendah. Dapatan kajian‑kajian lepas menunjukkan gaya keibubapaan autoritarian mempunyai hubungan positif dengan kemurungan manakala gaya keibubapaan autoritatif mempunyai hubungan negatif dengan kemurungan (Lipps et al., 2012; Sharma et al., 2011; O’Donnell et al., 2010).
Menurut Gotlib dan Hammen (2009), ibu bapa yang mempunyai ciri‑ciri kemesraan, bersikap menerima, memberi autonomi secara konsisten dan sentiasa memberi peneguhan positif membolehkan remaja melihat diri dan dunia mereka secara positif manakala ibu bapa yang bersikap mengkritik, menolak serta mengawal menyebabkan remaja melihat diri dan dunia mereka secara negatif. Dalam konteks ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif, ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan ini cenderung untuk mesra dan memberi peluang kepada remaja menyampaikan pendapat menyebabkan remaja menjadi seorang yang positif dan rasa dihormati. Hal ini adalah selari dengan pendapat yang dikemukakan oleh Decay dan Kenny (1997) dimana remaja secara psikologikalnya sering mahukan individu lain mendengar dan memberi peluang kepada mereka untuk memberikan pandangan, meluahkan perasaan dan mendapat rasa hormat dari individu lain. Rasa yang positif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan remaja daripada mengalami kemurungan.
orang lain. Sikap ibu bapa yang terlalu tegas dan menghukum menyebabkan remaja merasakan diri mereka tidak dihormati oleh ibu bapa mereka dan ini secara tidak langsung boleh menyumbang kepada peningkatan kemurungan. Di samping itu, menurut Ismail et al., (2008), ciri‑ciri psikososial anak‑anak yang dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian adalah pencapaian akademik sederhana, kemahiran sosial yang lemah serta kerap mengalami kemurungan.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif dan signifikan di antara gaya keibubapaan permisif dengan kemurungan. Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Milevsky et al., (2007) di mana dapatan kajiannya mendapati ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan permisif didapati menyumbang dalam meningkatkan kemurungan berbanding dengan gaya keibubapaan autoritatif. Ibu bapa yang terlalu membenarkan dan menuruti kehendak remaja akan menyebabkan remaja tidak mendapat panduan dan nasihat yang baik dalam melangsungkan kehidupan mereka. Menurut Ismail et al., (2008), walaupun remaja sentiasa inginkan kebebasan untuk melakukan apa yang disukai, namun remaja dalam masa yang sama masih memerlukan pertolongan dan bimbingan ibu bapa. Sikap ibu bapa yang terlalu menuruti dan sentiasa memberi pujian kepada anak‑anak menyebabkan konsep dan efikasi kendiri remaja menjadi terlalu tinggi dan tidak realistik (Ismail et al., 2008). Hal ini menyebabkan sekiranya remaja mengalami sesuatu kegagalan dalam kehidupan mereka, toleransi terhadap kegagalan tersebut adalah rendah dan secara tidak langsung menyebabkan berlakunya kemurungan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, gaya keibubapaan merupakan satu aspek yang sangat penting dalam mempengaruhi kesejahteraan psikologikal remaja. Ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan auroritarian dan permisif akan dapat meningkatkan kemurungan remaja manakala gaya keibubapaan autoritatif pula dapat mengurangkan kemurungan remaja. Oleh hal demikian, ibu bapa seharusnya perlu memilih gaya keibubapaan yang terbaik bagi memastikan remaja dapat menjalani kehidupan dengan baik.
RUJUKAN
Baumrind, D. (1967). Child care practices anteceding three patterns of preschool behavior. Genetic Psychology Monographs. 75(1): 43‑88.
Buri, J. R. (1991). Parental Authority Questionnaire. Journal of personality asessment. 57(1):110‑119.
Cripps, K., & Zyromski, B. (2009). Adolescents’ psychological well‑being and perceived parental involvement: Implications for parental involvement in middle schools. Research in Middle Level Education Onlie. 33(4): 1–13.
Decay, J. & Kenny, M. (1997). Adolescent development. New York: Brown & Benchmark.
Driscoll, A., Russell, S. & Crockett, L. (2008). Parenting styles and youth well‑being across immigrant generations. Journal of Family Issues 29(2): 185‑209.
Friedman, E., S. & Anderson, I. M. (2011). Handbook of depression. UK: Springer Healthcare. Garcia F & Garcia E. (2009). Is always authoritative the optimum parenting style? Evidence from Spanish families. Journal of Adolescence. 44(173):101‑31.
Goldenberg, H. & Goldenberg, I. (2008). Family therapy an overview. USA: Brookscole, Cengage Learning.
Goodyer, L. M. (2001). The depressed child and adolescent, second edition. USA: Cambridge University Press.
Gotlib, I., H. & Hammen, C., L. (2009). Handbook of depression 2nd ed. New York: The Guilford Press.
Hetherington, E. M., & Stanley‑Hagan, M. M. (1997). The effects of divorce on fathers and their children. In M. E. Lamb (Ed.), The role of the father in childdevelopment (3rd ed. New York: John Wiley & Sons, Inc.
Ismail, K. H., Lukman, Z. M. & Hamsan, H. H. (2008). Pembangunan kanak‑kanak: teori, isu dan cabaran. Selangor: Arah Publication Sdn. Bhd.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2006). Laporan Tahunan 2006. Malaysia: Azam Ikhtiar Sdn bhd.
Lipps, G., Lowe, G. A., Gibson, R. C., Halliday, S., Morris, A. & Clarke, N. (2012). Parentingand depressive symptoms among adolescents in four Caribbean societies. Child and adolescent psychiatry and mental health. 6(31):1‑12.
Maslow A. (1970). Motivation and personality, second edition. New York: Harper and Row.
Milevsky, A., Schlechter, M., Netter, S. & Keehn, D. (2007). Maternal and Paternal Parenting Styles in Adolescents: Associations with Self‑Esteem, Depression and Life‑ Satisfaction. Journal of child and family study. 16:39‑47.
O’Donnell, E. H., Moreau, M., Cardemil, E. V. & Pollastri, A. (2010). Interparental Conflict, Parenting, and Childhood Depression in a Diverse Urban Population: The Role of General Cognitive Style. Journal of youth and adolescence. 39:12‑22.
Omar, N. H., Manaf, A. B. & Ayob, A. S. (2012). Pengujian model gaya keibubapaan baumrind ke atas pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Journal Of Social Science And Humanities. 7(1): 105‑120.
Reynolds, W. M. (1987). Reynolds Adolescenct Depression Scale. Professional manual. Odessa: Psychological Assessment Resources, Inc.
Russell, S. T., Crockett, L. J. & Chao, R. K. (2010). Asian american parenting and parent‑ adolescent relationship. New York: Springer Science+Business Media.
Peluso M. A, Hatch J. P, Glahn D.C, Monkul E.S, Sanches M, Najt , Bowden C. L, Barratt E. S & Soares J.C. (2007). Trait impulsivity in patients with mood disorders. Journal of affect disorder.100:227–231.
Sharma, M., Sharma, N. & Yadava, A. (2011). Parental stress and depression among adolescent. Journal of the Indian Academy of Applied Psychology. 37(1): 60‑68.
Sin N. L. & Lyubomirsky S. (2009). Enhancing well‑being and alleviating depressive
symptoms with positive psychology interventions: a practice‑friendly meta‑analysis. Jurnal Clinical Psychology. 65(5): 467‑ 487.
Suleiman, A. Adlina, S., Ariaratnam, Hasani, A. H., Narimah., Fadzil, Ariff, Mohd., Satar, A. & Nuraliza. (2006). Pilot study on depression among secondary school students. Research Reports. Institute of Research, Development and Commercialization, Universiti Teknologi MARA.
Tsai S. J., Cheng C. Y., Yu Y. W., Chen T. J. & Hong C. J. (2003). Association study of a brain‑ derived neurotrophic‑factor genetic polymorphism and major depressive disorders, symptomatology, and antidepressant response. American journal of medical genetics part B. 123: 19‑22.