• Tidak ada hasil yang ditemukan

akademik Tugasan Individu Sosiolinguistik Eufemis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "akademik Tugasan Individu Sosiolinguistik Eufemis"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

HMT 315

SOSIOLINGUISTIK BAHASA MELAYU

TAJUK : PERBANDINGAN EUFEMISME DIALEK MELAYU

PERAK DENGAN EUFEMISME BAHASA MELAYU

STANDARD

1.0 PENGENALAN

Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Maka dengan bahasa yang digunakan oleh seseorang itu boleh menggambarkan keperibadian dan pendidikan orang tersebut. Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2013), bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat komunikasi dalam lingkungan satu kelompok manusia.1 Hal ini turut dijelaskan oleh Asmah Haji Omar (2008), bahasa yang digunakan merupakan sistem lambang yang mengaitkan maksud atau fikiran manusia dengan sesuatu bahasa yang konkrit ataupun sesuatu yang abstrak supaya pengguna bahasa dapat memahami sesuatu benda yang diperkatakan itu.2 Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa bahasa adalah alat untuk perhubungan dalam lingkungan sosial.

Kesantunan berasal daripada kata ‘santun’ yang membawa maksud halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, dan sopan. Secara umumnya, kesantunan bahasa pula merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman untuk berbicara.3 Oleh kerana itulah, kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun. Walaupun kesantunan bahasa menjadi elemen penting dalam masyarakat yang berperanan sebagai

1 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 106.

2 Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 103.

(2)

pemakai bahasa tetapi mereka ini sering memanfaatkan bahasa tersebut kepada perkara yang tidak sepatutnya yang dikenali sebagai tabu.

2.0 DEFINISI TABU

Kata tabu dikatakan berasal daripada kata ‘taboo’ yang diambil daripada bahasa Tonga yang merupakan salah satu daripada rumpun bahasa Polinesia. Dalam bahasa Polinesisa, tabu disebut ‘tapu’. Kata ‘taboo’ ini merujuk kepada tindakan yang perlu dihindari. Manakala, Ullman (1962) mengatakan bahawa kata tabu ini mula-mula digunakan oleh Kapten Cook ketika kata ini digunakan oleh orang Polinesia di Kepulauan Polinesia. Kemudiannya, kata ini dikatakan telah meresap ke dalam bahasa-bahasa Eropah dan bahasa lain sehinggalah ke dalam bahasa Melayu.4

Berdasarkan kamus Dewan Edisi Keempat (2013:1563), tabu dari segi bahasa membawa maksud sesuatu yang dilarang, pantang-larang, pemali, yang terlarang, yang diharamkan atau ditegah daripada percakapan. Dalam erti kata yang lain, tabu merupakan kata atau ungkapan yang kurang sopan, kasar, kesat, atau berbaur lucah yang tidak sebut bukan sebab kata atau ungkapan ini tidak boleh disebut tetapi orang yang enggan untuk menyebutnya. Selain itu, tabu juga dikatakan cara masyarakat mengekpresikan ketidaksetujuan terhadap perilaku tertentu.

Manakala S.Bathesab (2008) mengatakan tabu secara umum merujuk kepada larangan. Lazimnya larangan ini dikenakan pada sesuatu amalan, perbuatan, pakaian dan yang seumpama dengannya. S.Bathesab mengatakan juga, terdapat larangan terhadap penggunaan bahasa yang dituturkan oleh masyarakat. Apabila ada larangan dalam penggunaan bahasa, maka kata yang digunakan dalam bahasa untuk merujuk kepada sesuatu yang kurang manis, yang membawa unsur negatif, lucah dan tidak sopan terus tidak

(3)

digunakan atau dielakkan dalam pertuturan.5 Dapat disimpulkan bahawa tabu adalah suatu perlarangan sosial terhadap kata, tingkah laku, benda dan orang yang dianggapkan tidak diinginkan oleh seseuatu kelompok, budaya dan juga masyarakat dan penggunaannya perlu dielakkan kerana memberikan malu, aib dan menimbulkan perlakuan kasar.

Dalam kelompok masyarakat, terdapat ungkapan yang dianggap tabu. Ungkapan tersebut tidak diucapkan di hadapan tetamu dalam situasi formal malahan ketika situasi yang tidak formal juga. Faktor penggunaan tabu ditegah oleh masyarakat kerana boleh mendatangkan malu kepada penutur dan juga pendengarnya apabila kata atau ungkapan tabu ini digunakan. Selain itu, tabu ini dielakkan kerana boleh mendatangkan bencana dan melanggar kod etika atau moral dalam sesuatu anggota masyarakat. Oleh itu, secara tidak langsung ungkapan yang dianggap tabu ini digantikan dengan ungkapan yang lebih sopan yang disebut sebagai eufemisme.

3.0 DEFINISI EUFEMISME

Kewujudan istilah-istilah tabu yang dianggap dilarang pengunaannya maka wujudnya pula unsur eufemisme dalam berbahasa untuk menyampaikan makna yang terkandung dalam ungkapan yang dilarang itu. Eufemisme merupakan suatu keadaan yang wujud apabila seseorang itu mencuba untuk tidak menjadikan bahasa atau perbuatan yang dituturkan dianggap melanggar kod etika dan moral.

Istilah eufemisme dikatakan berasal daripada perkataan euphemism. Euphemism membawa maksud cara untuk menggantikan kata atau ungkapan yang dianggap tabu daripada digunakan bagi menghindari perkara-perkara yang menakutkan. Selain itu, eufemisme dikatakan berasal daripada kata Yunani yang membawa maksud pemakaian kata atau ungkapan dalam bentuk perkataan atau dalam bentuk frasa yang bersifat lebih sopan.6

5 Saville-Troike (1991, 2003) menyatakan bahawa tabu ialah sistem kod bahasa yang dilarang, diharamkan atau ditegahkan untuk dipercakapkan pada masa dan tempat tertentu dengan sewenang-wenangnya.

(4)

Melalui penggunaan eufemisme dalam memperkatakan sesuatu perkara yang dianggap tabu dapatlah penutur dan pendengar menggunakan tanpa rase segan silu.

Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2013) eufemisme diertikan sebagai ungkapan yang lebih halus untuk menggantikan ungkapan yang kasar.7 Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu standard eufemisme buang air besar digunakan untuk merujuk kepada fungsi badan berak pada badan manusia.8 Jelaslah, eufemisme ialah sebagai ungkapan atau bahasa kiasan yang diperhalus supaya lebih sopan didengari dan tidak mengandungi makna yang kasar tetapi makna yang dibawa itu sedap didengari oleh pendengar dengan tidak menyinggung perasaannya.

4.0 ETIMOLOGI

Negeri Perak atau dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia. Darul Ridzuan membawa maksud negeri yang diredhai oleh Tuhan. Negeri Perak adalah negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas negeri Pahang. Negeri Perak terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia bersempadan dengan banyak negeri iaitu bersempadan dengan Kedah dan Thailand di bahagian utara, Pulau Pinang di barat laut, Kelantan dan Pahang di bahagian timur, Selangor di bahagian selatan dan Selat Melaka di baratnya. Perak membawa maksud sejenis logam yang banyak digunakan untuk membuat tin. Negeri Perak terdiri daripada sembilan daerah seperti berikut:

7 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 1563.

(5)

Gambar 1 : Daerah-Daerah di Negeri Perak

Berdasarkan kepada Gambar 1 di atas, menunjukkan sembilan daerah yang ada di negeri Perak iaitu Kinta, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Hulu Perak, Perak Tengah serta Larut, Selama dan Matang sebagai satu daerah. Dalam kajian yang dilakukan bagi melihat eufemisme dialek Melayu Perak, pengkaji hanya melihat dialek di bahagian daerah Perak Tengah sahaja. Bagi bahagian daerah Perak Tengah, pengkaji mendapati bahawa Perak Tengah terdiri daripada tujuh kawasan iaitu Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Lambor Kampung Gajah dan juga Tanjung Blanja. Akan tetapi, pengkaji akan menfokuskan kepada kawasan Parit dan Kuala Kangsar sahaja. Manakala daerah-daerah yang lain dikatakan dipengaruhi oleh dialek Kedah, dialek Patani dan juga dialek Selangor.9

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2013), dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu dareah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada

9 Maruwiah Ahmat. (2008). Kenali Negeri Kita Perak Darul Ridzuan. Shah Alam. Karisma Publications Sdn. Bhd.

(6)

bahasa standard.10 Dialek merupakan ragam atau variasi daripada satu bahasa yang sama yang dapat dibezakan melalui ciri-ciri sebutan, kosa kata, atau tatabahasa. Dialek berkembang daripada bahasa yang pada asalnya seragam tetapi lama-kelamaan bahasa tersebut mengalami perubahan dan perubahan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang antaranya ialah faktor masa dan faktor geografi.

Sama seperti di negeri-negri lain di Malaysia, Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi negeri Perak. Namun begitu, Perak juga mempunyai dialek yang tersendiri. Dialek melayu Perak hanya merangkumi kawasan sekitar sempadan negerinya sahaja dan tidak tersebar melampaui batasan sempadan seperti dialek kedah dan dialek Negeri Sembilan. Dialek Perak yang dituturkan mempunyai gaya yang khusus dan tertentu yang berlainan dari dialek-dialek lain. Namun demikian, kelainan yang ada pada gaya ini tidak menjejaskan tatabahasa Melayu yang betul yang digunakan dalam Bahasa Melayu standard. Malah, dialek Perak boleh dikatakan satu variasi bahasa Melayu standard yang berlainan hanya dari segi gaya bahasanya. Dialek Perak ini juga berbeza-beza dari satu kawasan dengan kawasan lain di dalam negeri Perak sendiri.

Negeri Perak begitu unik dari segi bahasa dialeknya. Sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan negeri lain. Perak juga tidak lari daripada menerima pengaruh dialek lain. Misalnya, penduduk Perak di bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai, Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis lebih terpengaruh dengan loghat utara atau dialek Kedah.

(7)

dialeknya agak berbeza kerana perkataan diubah kepada bunyi ‘e pepet’ tetapi daerah Parit dan Kuala Kangsar merupakan dialek asli ngeri Perak yang melambangkan jati diri sebenar orang Perak.11 Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan eufemisme dialek Melayu Perak, pengkaji menggunakan dialek asli Melayu Perak yang melibatkan kawasan Parit dan Kuala Kangsar sahaja kerana terdapatnya persamaan di antara dialek yang digunakan di parit dengan di Kuala Kangsar.

5.0 METODOLOGI

Bagi memperolehi bahan kajian, beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian yang dijalankan. Pelbagai kaedah digunakan dalam kajian ini adalah bertujuan memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah yang terlibat ialah borong soal selidik, bahan rujukan, pemerhatian dan internet.

i. Borang Soal Selidik

Data yang diperlukan bagi kajian ini dikumpul melalui kaedah soal selidik soal selidik. Melalui kaedah ini, segala maklumat mengenai eufemisme dialek Melayu Perak diperolehi dari responden dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Pengkaji telah mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji. Borang soal selidik yang disediakan dengan pelbagai persoalan seperti kata eufemisme yang digunakan oleh orang Perak untuk menggantikan kata atau ungakapan yang dianggap tabu dalam beberapa aspek yang dikaji seperti anggota tubuh badan, fungsi sistem badan, seks, pekerjaan, binatang, sifat manusia dan kematian. Bagi memastikan borang soal selidik dapat diedarkan dengan lancar serta dikumpulkan kembali, pengkaji sendiri telah mengedarkan borang tersebut dan

(8)

mengumpulnya kembali setelah responden selesai menjawab. Maklumat yang diinginkan oleh pengkaji datang daripada borang soal selidik itu sendiri.

ii. Bahan -bahan rujukan

Seterusnya, pengkaji menggunakan kaedah berbentuk sekunder. Sumber sekunder merupakan sumber data yang mentafsirkan dan

merumuskan sumber primer. Sumber sekunder yang diguna pakai

dalam mendapatkan data mengenai tajuk kajian ialah bahan-bahan

rujukan bercetak. Bahan-bahan rujukan bercetak ini adalah berbentuk

buku-buku ilmiah, majalah, dan jurnal yang tertentu. Bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk kajian didapati di perpustakaan Universiti Sains Malaysia melalui proses pencarian OPAC. Kaedah ini melibatkan pembacaan, penganalisaan, penafsiran atau penilaian untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan tajuk kajian. Pembacaan dilakukan terhadap buku-buku ilmiah dan majalah yang bertujuan untuk membolehkan pengkaji memahami konsep tabu dan eufemisme.

iii. Pemerhatian

Kaedah ini dijalankan secara langsung oelh pengkaji sendiri. Kaedah ini jelas sekali digunakan sepanjang proses untuk menyiapkan kajian ini. Dalam perlaksanaan kaedah ini ketelitian yang tinggi sangat dititikberatkan untuk melihat perbandingan eufemisme dialek Melayu Perak dengan eufemisme bahasa Melayu standard. Kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan setiap maklumat tentang eufemisme mengikut kehendak soalan melalui pemerhatian dan penelitiaan yang jitu.

iv. Internet

Sumber internet yang digunakan adalah berbentuk dokumen

(9)

format’ sebagai rujukan untuk mendapatkan data. Sumber rujukan

internet ini boleh dilayari dalam secara talian dan penggunaannya

sangatlah mudah dan cepat. Sumber rujukan internet ini digunakan

merupakan sumber yang mempunyai hak cipta sahaja bagi

memastikan data tersebut sahih. Data yang diperoleh berkaitan

dengan tajuk perbincangan daripada dokumen yang telah dipilih

dikelompokkan bagi memudahkan proses untuk menggunakan data

tersebut dalam kajian yang dilakukan. Data yang ditemui mengenai

tabu dan eufemisme yang mempunyai kaitan dalam kajian yang

dilakukan.

6.0 PERBANDINGAN EUFEMISME DIALEK MELAYU PERAK DENGAN EUFEMISME BAHASA MELAYU STANDARD

(10)

6.1 Aspek Binatang

Aspek pertama yang mendorong kepada kewujudan eufemisme dalam dialek Melayu Perak dan dalam bahasa Melayu standard adalah eufemisme aspek binatang. Aspek binatang dianggap tabu kerana mempercayai bahawa binatang liar memiliki semangat yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Kebiasaannya, amat takut kepada haiwan seperti harimau, ular, babi, buaya dan tikus.

Tambahan lagi, dikatakan masyarakat bergantung kepada sumber hutan untuk mendapatkan keperluan seperti rotan, damar dan lain-lain untuk industrti pembuatan. Hal ini menyebabkan masyarakat masuk ke dalam hutan untuk mendapatkan sumber tersebut. Sewaktu berada dalam hutan, mereka tidak menggunakan nama asal binatang tersebut kerana bimbang bertembung sehinggakan boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan. Bukan itu sahaja, masyarakat memegang kepercayaan karut yang diajar oleh nenek moyang mereka bahawa binatang ini boleh mengganggu tanaman dan ternakan sekiranya mereka mengganggu habitat binatang tersebut atau membuat binatang tersebut marah. Oleh itu, masyarakat menggantikan nama asal binantang itu kepada nama yang lain. Contohnya seperti

dalam jadual berikut:

Jadual 1 : Perbandingan Eufemisme Aspek Binatang antara Dialek Melayu Perak

dengan Bahasa Melayu Standard

Bahasa

tabu

Eufemisme

dialek Melayu Perak

Eufemisme

bahasa Melayu Standard

Makna

Harimau Pak Belang Raja rimba, pak belang Binatang mamalia yang buas

(11)

Buaya Sang rangkak Batang hanyut Reptilia besar berkulit tebal dan hidup dalam air

Babi Kerbau pendek Khinzir, cadburry Binatang mamalia yang berbadan gemuk dan berkaki pendek

Tikus Mak iti, cik siti, cik ti, Cik ti Binatang mengerip yang seakan-akan arnab

Berdasarkan kepada jadual 1, di atas menunjukkan perbandingan eufemisme aspek binatang dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard. Terdapat beberapa bintang yag tidak disebut oleh penutur dialek Melayu Perak dengan penutur bahasa Melayu standard. Hal ini kerana, berdasarkan kepada sesi soal selidik yang dijalankan bersama responden mendapati bahawa bintang-binatang yang disenaraikan dalam jadual 1 mendatangkan bencana kepada mereka sekiranya mereka masuk ke hutan dan merosakkan tanaman mereka. Oleh kerana itu, responden menggantikan nama asal binatang ini kepada nama yang lain.

Perkataan ‘harimau’ dianggap tabu kerana jika disebut sewaktu berada

dalam hutan, seolah-olah memanggil harimau tersebut datang. Jadi

untuk memolekkan perkataan tersebut, perkataan eufemisme digantikan dengan perkataan ‘Pak Belang’ dalam dialek Melayu Perak. Hal ini kerana, perkataan ‘Pak Belang’ merujuk kepada belang yang terdapat di bahagian badannya. Perkara ini sama dalam bahasa Melayu standard, turut menggunakan

perkataan ‘Pak Belang’ untuk merujuk kepada perkataan ‘harimau’.

Dalam bahasa Melayu standard turut menggantikan pekataan

‘harimau’ kepada perkataan ‘Raja Rimba’ kerana menggangap

bahawa binatang ini merupkan raja kepada binatang-binatang yang

(12)

menyebabakan perkataan ‘harimau’ tidak disebutkan lagi terutama

ketika berada dalam hutan. Hal ini sama bagi perkataan ‘ular’ yang

turut dianggap tabu menyebabkan perkataan ini digantikan dengan

perkataan yang lain.

Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘ular’ digantikan

dengan perkataan seperti ‘Pak Belengkor’ dan ‘Cik U’. Hal ini kerana perkataan ‘Pak Belengkor’ dan ‘Cik U’ merujuk kepada keadaan jalan ular yang bengkang-bengkok. Hal ini berbeza dalam bahasa Melayu standard kerana perkataan ‘ular’ digantikan dengan perkataan ‘tali pinggang’. Ini disebabkan bentuk fizikal binatang ini seperti benda yang digunakan untuk mengikat sesuatu. Binatang seperti ‘babi’ dan ‘tikus’ turut dikatakan sebagai tabu. Hal ini kerana, dikatakan binatang-bintang ini amat bahaya apabila disebut nama asalnya dan menyumpah serta memarahi marah bintang ini, binatang-binatang ini akan merosakkan segala tanaman. Hal ini turut diperakui oleh responden dialek Melayu Perak. Maka perkataan ‘babi’ dan ‘tikus’ digantikan dengan perkataan yang lain tetapi makna tetap merujuk kepada binatang tersebut.

(13)

‘khinzir’ yang merupakan istilah berlapik atau istilah yang lebih sopan daripada menyebut nama asal binatang ini.

Tambahan lagi, akibat daripada isu coklat ‘cadburry’ yang hangat diperkatakan di media sosial mahupun media massa mengenai

terdapat unsur glatin babi, menyebabkan perkataan ‘babi’ digantikan

dengan istilah baharu. Perkara ini telah berubah. Jadi, perkataan ‘babi’ digantikan dengan perkataan ‘cadburry’. Perkataan ‘cadburry’ yang merujuk kepada sejenis produk makanan berasaskan coklat. Hal ini sama

seperti perkataan ‘tikus’ yang dikatakan boleh merosakan tanaman.

Oleh itu, perkataan ‘tikus’ digantikan dengan perkataan yang lebih

sopan. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘tikus’ digantikan

dengan perkataan seperti ‘Mak iti’, ‘cik siti’ dan ‘cik ti’. Hal ini sama seperti dalam bahasa Melayu standard, menggantikan perkataan ‘tikus’ kepada perkataan‘cik ti’.

Berdasarkan kepada pengamatan yang dilakukan oleh pengkaji, mendapati bahawa eufemisme aspek binatang dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard. Terdapat penggunaan nama khas dalam dialek Melayu Perak untuk menggantikan nama asal binatang-binatang yang disenaraikan dalam jadual di atas. Sebagai contoh dapat dilihat seperti berikut:

Jadual 2 : Penggunaan Ungkapan Khas yang Menggantikan Nama Asal Binatang

dalam Dialek Melayu Perak

Bahasa Tabu Ungkapan Khas

Harimau Pak belang, Raja Rimba

Ular Cik U

Buaya Sang rangkak

(14)

Berdasarkan kepada Jadual 2, menunjukkan penggunaan ungkapan khas yang menggantikan kesemua nama asal binatang yang disenaraikan dianggap tabu dalam dialek Melayu Perak bagi mengelakkan diserang sewaktu berada dalam hutan serta mengelakkan tanaman dan ternakan rosak. Hal ini turut berlaku dalam bahasa Melayu standard iaitu penggunaan nama khas untuk menggantikan nama asal binatang-binatang yang disenaraikan dalam jadual di atas. Sebagai contoh dapat dilihat seperti berikut:

Jadual 3 : Penggunaan Ungkapan Khas yang Menggantikan Nama Asal Binatang

dalam Bahasa Melayu Standard

Bahasa Tabu Ungkapan Khas

Harimau Pak belang

Tikus Mak iti, cik siti, cik ti

Berdasarkan kepada Jadual 3, menunjukkan penggunaan ungkapan khas yang menggantikan kesemua nama asal binatang yang disenaraikan dianggap tabu dalam bahasa Melayu standard bagi mengelakkan diserang dengan bintang-binatang ini sewaktu berada dalam hutan serta mengelakkan binatang-binatang ini merosakkan tanaman dan ternakan.

6.2 Aspek Sifat Manusia

(15)

sifat orang di sekeliling kita tanpa menggunakan nama asal sifat manusia kerana bimbang menyinggung perasaan orang tersebut maka kata-kata tersebut digantikan dengan perkataan yang lebih sopan. Sebagai contoh dapat dilihat dalam jadual seperti berikut:

Jadual 4 : Perbandingan Eufemisme Aspek Sifat Manusia antara Dialek Melayu Perak

dengan Bahasa Melayu Standard

Tamak Lahap Haloba sentiasa ingin mendapat banyak

Gedik Ngelenyor, mengeletai Mengada-ngada Sifat seseorang yang membuat orang lain rasa meluat.

Malas Penyegan, liat Malas tidak mahu berbuat apa-apa

Degil Ketegur, biut Keras kepala, keras hati tidak mahu menerima nasihat Pekak

badak

Telinga sumbat pekak pura-pura tidak mendengar,

atau benar-benar tidak mendengar Dungu,

bodoh

Biol, tengin Tidak pandai tidak mudah mengerti ketika mempelajari sesuatu

Boros Joli sangkan, bazio, Tidak hemat suka mengeluarkan wang berlebih-lebih atau suka memakai barang berlebihan

Angkuh Menkih, gah, ranggi Berlagak, sombong, megah, bangga, tinggi hati

Sifat yang suka memperlihatkan ketinggian diri

(16)

Berdasarkan kepada jadual 4 di atas menunjukkan perbandingan eufemisme aspek sifat manusia dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard. Perkataan-perkataan yang disenaraikan dalam jadual di atas merupakan perkataan yang dianggap tabu oleh masyarakat Melayu termasuklah penutur dialek Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu standard. Hal ini kerana, sekiranya kedua-dua penutur menggunakan istilah tabu ketika melakukan hubungan interaksi dengan orang lain ianya akan mengakibatkan berlaku masalah pergaduhan atau pertelingkahan antara satu sama lain. oleh itu, mereka mengggantikan perkataan-perkataan tabu ini kepada perkataan yang lebih sopan.

Berdasarkan jadual di atas, mendapati bahawa dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘kedekut’ dianggap tabu dan perkataan tersebut digantikan dengan perkataan yang lebih lembut seperti perkataan ‘kemut’, ‘bakhil’, dan ‘tahi hidung masin’ bagi merujuk kepada seseorang yang sangat berkira soal duit. Hal ini sama dalam bahasa Melayu standard, perkataan ‘kedekut’ digantikan dengan perkataan yang lebih lembut iaitu perkataan ‘bakhil’.

Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘tamak’ dianggap tabu dan perkataan tersebut digantikan dengan perkataan ‘lahap’ merujuk kepada sifat seseorang yang sentiasa ingin mendapatkan sesuatu lebih daripada orang lain. Manakala, dalam bahasa Melayu standarad, perkataan ‘tamak’ pula digantikan dengan perkataan ‘haloba’ yang membawa maksud yang sama iaitu sifat seseorang yang sentiasa ingin mendapatkan sesuatu lebih daripada orang lain.

(17)

dengan perkataan ‘ngelenyor’ dan ‘mengeletai’ untuk merujuk kepada sifat seseorang yang membuat orang lain rasa meluat. Manakala dalam bahasa Melayu standarad, perkataan ‘gedik’ digantikan dengan perkataan ‘mengada-ngada’ yang membawa maksud yang sama iaitu sifata seseorang yang membuat orang lain rasa meluat.

Seterusnya, perkataan ‘degil’ merupakan sifat yang dimiliki oleh manusia. Perkataan ini dianggap tabu oleh masyarakat. Hal ini menyebabkan perkataan ‘degil’ digantikan dengan perkataan lain seperti ‘ketegur’ dan ‘liat’ dalam dialek Melayu Perak. Perkataan ‘ketegur’ dan ‘liat’ sebenarnya merujuk kepada sifat seseorang yang tidak mahu dengar nasihat. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), perkataan ‘liat’ membawa maksud lembut tetapi tidak mudah patah atau putus.12 Hal ini sangat bersesuaian dengan perkataan tabu iaitu perkataan ‘degil’. Manakala, dalam bahasa Melayu perkataan perkataan ‘degil’ digantikan dengan perkataan lain seperti ‘keras kepala’ dan ‘keras hati’ yang membawa maksud sifat seseorang yang tidak mahu dengar nasihat. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan mendapati bahawa perkataan ‘keras kepala’ dan ‘keras hati’ yang menggantikan kepada perkataan ‘degil’ merupakan simpulan bahasa. Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik dan mempunyai kata-kata sinonim untuk merujuk sesuatu perkara atau hal.

Selain itu, perkataan ‘boros’ merupakan perkataan tabu dalam masyarakat. Perkataan ini turut tabu dalam dialek Melayu Perak. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘boros’ tidak disebut kerana mereka enggan untuk menyebutnya. Oleh itu, perkataan ‘boros’ digantikan dengan perkataan yang dianggap lebih sopan daripada perkataan asal iaitu perkataan ‘joli sangkan’ dan ‘bazio’. Perkataan ‘joli sangkan’ yang digunakan oleh penutur dialek Melayu Perak merujuk kepada seseorang yang

(18)

suka sangat berbelanja. Manakala perkataan ‘bazio’ berasal daripada perkataan ‘bazir’ hanya huruf [r] digantikan dengan huruf vokal [o] di belakangnya. Manakala dalam bahasa Melayu standard pula, perkataan ‘boros’ digantikan dengan perkataan ‘tidak hemat’ untuk merujuk kepada sifat seseorang yang mengeluarkan wang atau membeli belah berlebihan.

Kemudian, perkataan ‘angkuh’ pula juga dianggap tabu. Oleh itu, perkataan tersebut digantikan dengan perkataan yang lebih sopan. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘angkuh’ tidak disebut kerana mereka enggan untuk menyebutnya. Oleh itu, perkataan ‘angkuh’ digantikan dengan perkataan yang dianggap lebih sopan daripada perkataan asal iaitu perkataan ‘menkih’, ‘gah’ dan ‘ranggi’ untuk merujuk kepada sifat yang suka memperlihatkan ketinggian diri. Manakala, dalam bahasa Melayu standard pula, perkataan tersebut digantikan dengan perkataan ‘berlagak’, ‘sombong’, ‘megah’, ‘bangga’dan ‘tinggi hati’ untuk merujuk kepada sifat yang suka memperlihatkan ketinggian diri. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan mendapati bahawa perkataan ‘tingggi hati’ yang menggantikan kepada perkataan ‘angkuh’ merupakan simpulan bahasa. Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik. Akhir sekali, berdasarkan jadual di atas, mendapati bahawa dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘bohong’ dianggap tabu dan perkataan tersebut digantikan dengan perkataan yang lebih lembut seperti perkataan ‘ngelat’, ‘auta ’dan ‘be’deah’ bagi merujuk kepada sifat manusia yang mencerita sesuatu yang berlainan daripada yang sebenarnya. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, perkataan ‘bohong’ digantikan dengan perkataan yang lebih lembut iaitu perkataan ‘dusta’yang merujuk maksud yang sama.

(19)

Seterusnya, aspek yang mendorong kepada kewujudan eufemisme dalam dialek Melayu Perak dan dalam bahasa Melayu standard adalah eufemisme aspek anggota badan manusia. Aspek anggota badan manusia dianggap tabu kerana masyarakat Melayu termasuklah penutur dialek Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu standard merupakan masyarakat timur yang masih menggunakan adat dan budaya yang tinggi nilai moralnya dalam kehidupan seharian. Selain itu, kedatangan Islam ke negara-negara di Asia Tenggara menyebabkan hal berkaitan moral dan akhlak diterapkan ke dalam diri masyarakat. Ajaran yang dibawa sangat menepati dengan sifat masyarakat Melayu termasuklah penutur dialek Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu standard kerana kita amat mementingkan soal maruah dan harga diri.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), ada menjelaskan bahawa anggota tubuh manusia ialah tubuh, jasad, keadaan bentuk badan dari segi fizikal atau susuk badan.13 Anggota tubuh badan manusia terbahagi kepada dua iaitu anggota badan manusia dari segi fizikal dan juga dari segi dalaman. Anggota tubuh badan manusia dari segi fizikal seperti tangan, jari, kaki, lengan, betis dan lain-lain tidak dianggap tabu oleh penutur dialek Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu. Hal ini disebabkan, anggota tubuh badan fizikal manusia merupakan bahagian yang boleh diperkatakan walaupun di khalayak ramai tanpa ada rasa malu.

Hal ini berbeza dengan anggota tubuh manusia dari segi dalaman. Anggota tubuh badan manusia dari segi dalaman dianggap sebagai anggota tubuh badan sulit. Anggota tubuh badan sulit manusia seperti zakar, faraj, buah dada dan dubur dianggap tabu oleh masyarakat Melayu termasuklah juga penutur dialek Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu standard. Hal ini menyebabkan penutur kedua-duanya tidak

(20)

menyebut kata atau ungkapan yang berkaitan dengan anggota tubuh badan sulit manusia secara terbuka dan sewenang-wenangnya di khalayak ramai. Bagi penutur dialek Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu standard, sekiranya mereka menggunakan kata atau ungkapan tersebut ianya akan menimbulkan rasa malu dan segan kepada penutur itu sendiri dan pendengarnya. Oleh itu, digantikan dengan leksikal kata nama, kata adjektif atau kata kerja atau frasa eufemisme tertentu apabila untuk merujuk kepada hal tersebut. Hal ini diperjelaskan seperti di dalam jadual berikut:

Jadual 5 : Perbandingan Eufemisme Anggota Tubuh Badan Manusia antara Dialek

Melayu Perak dengan Bahasa Melayu Standard

Tetek Kopek Payu dara, nasi lemak,

buah-buahan

Payu dara perempuan

Pantat, nonok

Apam,bunga kering Karipap, apam, bunga, vagina Kemaluan wanita

Punai Burung, cipit Burung, belalai, zakar Kemaluan lelaki

Jubur Punggung Punggung Bahagian sebelah belakang

Bulu pubis

Hutan, bulu cemot, aghi-aghi

Bulu kemaluan Rambut halus pada kemaluan

(21)

berbeza dengan bahasa Melayu standard kerana perkataan ‘tetek’ itu disolekkan kepada perkataan yang lebih sopan supaya tidak mendatangkan malu kepada penutur dan juga pendengarnya. Perkataan ‘tetek’ digantikan dengan perkataan ‘payu dara’, ‘nasi lemak’ dan ‘buah-buahan’. Di sini dapat dilihat, dalam bahasa Melayu standard menyamakan kemaluan wanita dengan sejenis makanan tradisional Melayu dan sejenis buah-buahan seperti betik dan epal. Perkataan ‘nasi lemak’ ini digunakan dalam bahasa Melayu standard untuk merujuk kepada saiz payu dara wanita manakala perkataan ‘buah-buahan’ digunakan kerana bentuk payu dara wanita menyerupai buah-buahan tersebut.

Seterusnya, kemaluan wanita turut dianggap tabu dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard. Hal ini kerana, ianya boleh mendatangkan rasa malu kepada penutur itu sendiri dan pendengarnya. Kata yang merujuk kepada kemaluan wanita seperti ‘pantat’ dan ‘nonok’ tidak disebut secara terbuka dan menyebabkan perkataan ini dimolekkan dengan perkataan yang lebih lembut. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘pantat’ dan ‘nonok’ digantikan dengan perkataan ‘apam’ dan ‘bunga kering’ untuk merujuk kepada kemaluan wanita. Hal ini sama dalam bahasa Melayu standard di mana perkataan ‘pantat’ dan ‘nonok’ turut digantikan dengan perkataan yang sesuai untuk merujuk kepada kemaluan wanita iaitu perkataan ‘apam’ dan ‘bunga’. Di sini dapat dilihat dalam dialek Melayu Perak dan bahasa Melayu menyamakan kemaluan wanita dengan sejenis kuih tradisional Melayu dan sejenis bunga.

(22)

kepakaran untuk menggunakan metafora untuk menyebut perkataan yang dianggap tabu. Selain itu, terdapat ungkapan khas iaitu ‘vagina’ bagi merujuk kepada kemaluan wanita dalam bahasa Melayu standard.

Hal ini sama untuk kemaluan lelaki. Kemaluan lelaki juga dianggap tabu dalam dialek Melayu Perak dan bahasa Melayu standard. Kata yang merujuk kepada kemaluan lelaki tidak disebut secara terbuka di hadapan khalayak ramai kerana ianya boleh mendatangkan rasa malu kepada penutur itu sendiri dan pendengarnya.Perktaan ‘punai’ tidak disebut dan perkataan ini disolekkan dengan perkataan perkataan yang lebih sopan. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘punai’ digantikan dengan perkataan ‘burung’ dan ‘cipit’ untuk merujuk kepada kemaluan lelaki. Hal ini sama dengan bahasa Melayu standard, di mana perkataan ‘punai’ digantikan dengan perkataan ‘burung’. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan mendapati bahawa dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard menyamakan kemaluan lelaki dengan sejenis burung yang mempunyai sayap. Terdapat perkatan lain yang digunakan dalam bahasa Melayu standard untuk merujuk kepada kemaluan lelaki iaitu perkataan ‘belalai’. Perkataan ‘belalai’ merujuk kepada hidung yang panjang seperti yang terdapat pada gajah berdasrarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2013).14 Tambahan lagi terdapat ungkapan khas iaitu ‘zakar’ bagi merujuk kepada kemaluan lelaki dalam bahasa Melayu standard.

Seterusnya, perkataan ‘dubur’ turut dianggap tabu oleh masyarakat kerana ianya mendatangkan malu kepada penutur dan pendengarnya apabila perkataan ini disebut. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘dubur’ digantikan dengan perkataan yang sopan iaitu perkataan ‘punggung’. Hal ini sama dalam bahasa Melayu standard di mana perkataan ‘punggung’ merupakan eufemisme untuk perkataan ‘dubur’.

(23)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013) menyatakan bahawa punggung merpakan pantat, bokong atau pinggul atau di bahagian sebelah dada manusia.15 Oleh itu, ungkapan punggung dalam bahasa Melayu standard tidak dianggap sebagai tabu. Selain daripada perkataan ‘punggung’, terdapat eufemisme lain yang digunakan oleh penutur bahasa Melayu standard iaitu perkataan ‘belah belakang’ dan ‘bamper’.

Perkataan ‘bulu pubis’ turut dianggap tabu oleh penutur dialek Melayu Perak dengan penutur bahasa Melayu standard. Hal ini keran ianya mendatangkan rasa malu dalam diri penutur dan pendengarnya. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘bulu pubis’ dianggap tabu dan perkataan tersebut digantikan dengan perkataan yang lebih lembut seperti perkataan ‘hutan’, ‘bulu cemot ’dan , ‘aghi-aghi’ yang merujuk kepada rambut halus pada kemaluan. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, perkataan ‘bulu pubis’ digantikan dengan perkataan yang lebih lembut iaitu perkataan ‘bulu kemaluan’yang merujuk maksud yang sama.

6.4 Aspek Fungsi Anggota Tubuh Badan Manusia

Seterusnya, aspek yang mendorong kepada kewujudan eufemisme adalah aspek fungsi anggota tubuh badan manusia. Aspek fungsi anggota tubuh badan manusia ini merujuk kepada hal-hal yang berkaitan seperti berak, kencing, kentut, bunting, menopause dan haid. Ungkapan yang menyentuh fungsi anggota tubuh badan manusia ini dianggap tabu oleh masyarakat Melayu termasuk kedua-dua penutur yang dikaji. Selain itu, aspek ini mengandungi ungkapan yang dianggap sebagai kotor dan kasar serta tidak boleh diterima pakai sewaktu berkomunikasi dengan orang lain. Oleh kerana itu, kata atau ungkapan tersebut digantikan dengan kata atau ungkapan yang lebih sopan seperti dalam jadual seperti berikut :

(24)

Jadual 6 : Perbandingan Eufemisme Fungsi Tubuh Badan Manusia antara Dialek

Kencing Kayo, buang hajat kecil Buang air kecil

Air najis yang keluar dari

(25)

dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard merujuk kepada turun atau keluar darah haid pada perempuan. Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dilakukan bahawa perkataan ‘lampu merah’ merupakan metafora yang merujuk kepaada haid yang dapat dilihat dari dua sudut. Pertama perkataan ‘lampu merah’ merujuk kepada isyarat berhenti dalam sistem lalu lintas serta perkataan ‘lampu merah’ merujuk kepada isyarat amaran supaya semasa haid, aktiviti yang berkaitan dengan seks harus diberhentikan sementara. Kedua, perkataan ‘merah’ merujuk kepada warna darah kotor tersebut kerana warna merah membawa makna darah kotor itu seperti warna darah. Selain itu, perkataan ‘datang bulan’ turut digunakan dalam bahasa Melayu standard untuk merujuk darah haid yang kelura daripada rahim wanita. Seterusnya, perkataan ‘kentut’ dalam dialek Melayu Perak digantikan dengan perkataan seperti ‘melepas’, ‘membuang angin’ dan ‘melepeh’. Perkataan-perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada angin yang keluar dari bahagian belah belakang manusia. Perkataan ‘membuang angin’ merupakan ungkapan kata kerja yang turut diguna pakai dalam bahasa Melayu standard. Namun begitu, terdapat perkataan lain yang digunakan untuk menggantikan perkataan tabu tersebut iaitu perkataan ‘melepas bom’ yang merupakan ungkapan kata kerja yang diumpamakan sebagai bunyi yang dikeluarkan sangat kuat dan angin tersebut ditekan keluar dari perut.

(26)

yang keluar dari kemaluan. Tambahan lagi, perkataan seperti ‘kencing manis’ dan ‘kencing darah’ tidak dianggap sebagai perkataan tabu sebaliknya sebaliknya telah menjadi mantap. perkataan seperti ‘kencing manis’ dan ‘kencing darah’ yang merujuk kepada kepada penyakit. Penggunaan ‘kencing’ dalam konteks kesihatan tidak menimbulkan reaksi kasar, biadap dan seumpamanya.

Perkataan ‘berak’ merupakan perkataan yang rendah dan dianggap kasar. Perkataan ‘membuang’, ‘melabur’, ‘melepas’, ‘mengheban’ dan ‘kincit’ merupakan penggantian kepada perkataan ‘berak’ dalam dialek Melayu Perak. Perkataan-perkataan tersebut digunakan untuk menutup sesuatu perkara yang tidak elok bunyinya iaitu perkataan ‘berak’. Manakala dalam bahasa Melayu standard, perkataan ‘berak’ membawa maksud najis yang keluar daripada punggung. Penutur bahasa Melayu standard biasanya menggunakan ungkapan kata kerja ‘buang air besar’ sebagai eufemisme ‘berak’. Perkataan ‘udah lekat’, ‘ngandung’, dan ‘hamil’ merupakan penggantian eufemisme dalam dialek Melayu Perak untuk menggantikn perkataan ‘bunting’. Manakala dalam bahasa Melayu standard, perkataan ‘bunting’ mempunyai tahap penggunaan yang rendah dan menggangap perkataan ini sebagai kasar dan kesat. Hal ini kerana perkataan ‘bunting’ kebiasaanya perkataan ini dipakai untuk binatang sahaja. Oleh kerana itu, perkataan ‘bunting’ digantikan dengan perkataan ‘mengandung’ dan ‘berbadan dua’ yang lebih sesuai dipakai untuk manusia.

6.5 Aspek Seks

(27)

Jadual 7 : Perbandingan Eufemisme Seks antara Dialek Melayu Perak dengan Bahasa

Cium Sayang, melat Kucup Mengenakan bibir pada sesuatu

Peluk Paut, dakap, dakap Dakap

Kulum Melat, hisap, kemam, Hisap menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut)

Pondan Mak nyah Mak nyah Lelaki yang lebih bersifat

keperempuanan

(28)

‘kulum’ digantikan dengan penggantian eufemisme ‘hisap’ yang turut digunakan dalam bahasa Melayu standard. Perkataan ‘bersetubuh’ digantikan dengan perkataan ‘hubungan kelamin’ dan ‘hubungan intim’. Perkataan ‘hubungan kelamin’ dan perkataan ‘hubungan intim’dalam bahasa Melayu standard merujuk kepada hubungan lelaki dan perempuan. Perkataan ‘pondan’ digantikan dengan perkataan ‘mak nyah’ dalam dialek Melayu Perak dan dalam bahasa Melayu standard untuk merujuk kepada Lelaki yang lebih bersifat keperempuanan.

6.6 Aspek Kematian

Tabu dan eufemisme tidak terhad. Salah satu adalah aspek kematian. Contohnya seperti berikut:

Jadual 8 : Perbandingan Eufemisme Kematian antara Dialek Melayu Perak

dengan Bahasa Melayu Standard

mati Ghopah, kolu, Meninggal dunia, sudah

sampai masa, sudah tiada tidak bernyawa lagi

Mayat arwah arwah Roh yang telah meninggal dunia

Kubur Batu dua, enam kaki dalam, batu dua, rumah kekal, liang lahad

Tempat pengebumian

Tanamkan Simpan, kebumi, kebumikan Tanam,kebumikan=menanam,

Simpan= tidak membuang

Bini si mati Janda, balu Isteri arwah Perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada orang yang meninggal dunia

(29)

didefinisikan sebagai tidak bernyawa. Dalam dialek Melayu Perak, Perkataan ‘mati’ diagntikan dengan perkatan ‘ghopah’ dan ‘kolu’ merujuk kepada tidak bernyawa lagi. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘mati’ adalah perkataan ‘meninggal dunia’, ‘sudah sampai masa’ dan ‘sudah tiada’ yang merupakan eufemisme dalam bentuk kiasan atau metafora yang sering diguna pakai. Ungkapan ‘sudah tiada’ digunakan untuk merujuk kepada peristiwa kematian. Kata metafora ini menunjukkan sesuatu yang wujud sekarang tetapi sudah tiadal lagi atau kosong.

Dalam dialek Melayu Perak, Perkataan ‘mayat’ digantikan dengan perkatan ‘arwah’ merujuk kepada roh tau jiwa yang telah meninggal dunia. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘mayat’ adalah perkataan ‘arwah’ yang merupakan eufemisme sering diguna pakai. Penggunaaan ungkapan ‘kubur’ tidaklah mendatangkan sebarang konotasi. Dalam dialek Melayu Perak, Perkataan ‘kubur’ digantikan dengan perkatan ‘batu dua’ merujuk kepada tempat pengebumian. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘kubur’ adalah perkataan ‘enam kaki dalam’, ‘batu dua’ , ‘rumak kekal’ dan ‘liang lahad’ yang merupakan eufemisme sering diguna pakai. Perkataan ‘enam kaki dalam’ menunjukkan kubur yang digali sedalam enam kaki di bawah tanah, perkataan ‘batu dua’ menunjukkan bentuk fizikal luaran kuburan yang dipacak dengan dua batu nisan dan perkataan ‘rumah kekal’ pula ialah tempat penginapan kekal individu yang sudah meninggal dunia.

(30)

Melayu standard sering digunakan sekiranya berlaku kematian. Perkataan ‘bini si mati’ tidak digunakan dan akan dielakkan penggunaannya. Perkataan tersebut digantikan dengan perkataan ‘janda’ dan ‘balu’ dalam dialek Melayu Perak. Manakala, dalam bahasa Melayu standard digantikan dengan perkataan ‘isteri arwah’ untuk merujuk kepada ganti kepada ‘bini si mati’.

6.7 Aspek Pekerjaan

Tabu dan eufemisme tidak terhad. Oleh itu aspek pekerjaan turut mempunyai hal yang sama. Contohnya pekerjaan. Contohnya seperti berikut:

Jadual 9 : Perbandingan Eufemisme Pekerjaan antara Dialek Melayu Perak dengan

Bahasa Melayu Standard

ayam Kupu-kupu malam Perempuan yang melacurkan diri

Gigolo Playboy, bapak ayam Gigolo Lelaki upahan yang dipelihara oleh seseorang wanita

GRO Perempan cabaret,

(31)

perempuan yang hanya keluar pada waktu malam sahaja untuk melacurkan diri. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘pelacur’ adalah perkataan ‘kupu-kupu malam’. Ungkapan ‘kupu-kupu malam’ digunakan bagi menyamakan pekerjaan yang dijalankan oleh pelacur.

Seterusnya, perkataan ‘gigolo’ didefinisikan sebagai lelaki yang dipelihara oleh wanita yang agak berusia untuk dijadikan teman. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘gigolo’ digantikan dengan perkatan ‘playboy’ dan ‘bapak ayam’. Ungkapan ‘playboy’ yang digunakan untuk merujuk kepada perkataan ‘gigolo’ adalah lelaki yang suka berfoya-foya yang membawa pengertian hampir sama dengan perkataan ‘gigolo’. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘gigolo’ adalah perkataan ‘anak ikan’.

Perkataan ‘gro’ digantikan dengan perkataan lain dalam dialek Melayu Perak iaitu perkatan ‘perempuan caberet’ dan ‘kopi korek’. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘gro’ adalah perkataan ‘pelayan wanita’. Ungkapan eufemisme di atas digunakan bagi merujuk kepada orang yang kerjanya melayan pelanggan di kelab malam. Perkataan ‘pengedar dadah’ digantikan dengan perkataan lain dalam dialek Melayu Perak iaitu perkatan ‘tokan’. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘pengedar dadah’ adalah perkataan ‘pusher’. Ungkapan eufemisme di atas digunakan bagi merujuk kepada orang menjual dadah. Perkataan ‘kojol’ digantikan dengan perkataan lain dalam dialek Melayu Perak iaitu perkatan ‘tangan panjang’dan ‘pencuri’. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘kojol’ adalah perkataan ‘pencuri’. Ungkapan eufemisme di atas digunakan bagi merujuk kepada orang yang mencuri.

(32)

Tabu dan eufemisme tidak terhad. Salah satuny adalah aspek pakaiab. Contohnya seperti berikut:

Jadual 10 : Perbandingan Eufemisme Pakaian antara Dialek Melayu Perak dengan

Bahasa Melayu Standard

Roti kering sejenis cawat yang lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang dan dipakai semasa datang haid atau nifas;

Coli Baju dalam Bra sejenis baju dalam wanita untuk

menutupi buah dada

Berdasarkan kepada jadual 10 menunjukkan perbandingan eufemisme pakaian antara dialek melayu perak dengan bahasa melayu standard. Perkataan ‘tuala wanita’ didefinisikan sebagai sejenis cawat yang lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘tuala wanita’ digantikan dengan perkatan ‘roti kering’ dan ‘roti mentega’. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘tuala wanita’ digantikan dengan perkatan ‘roti kering’. Perkataan ‘coli’ didefinisikan sejenis baju dalam wanita untuk menutupi buah dada. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘coli’ digantikan dengan perkatan ‘baju dalam’. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘coli’ digantikan dengan perkatan ‘bra’.

7.0 KESIMPULAN

(33)

berbahasa sama ada menggunakan dialek Melayu Perak mahupun bahasa Melayu standard. Semakin panjang ujaran seseorang, semakin besar pula keinginan orang untuk bersikap sopan kepada orang lain. Begitu juga ujaran yang diucapkan secara tidak langsung biasanya lebih sopan berbanding dengan ujaran yang diucapkan secara langsung. Oleh hal yang demikian, dalam berkomunikasi hendaklah diingat bahawa jika terlanjur cakap amat sukar untuk menariknya kembali.

8.0 BIBIOGRAFI

Ahmad Khair Mohd. Nor. (2002). Ungkapan Halus yang Lebih Halus. Dewan Bahasa, Mei, Jilid 2 (Bil. 5), 42-44.

Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

(34)

Cik Una. (2014). Bahasa dan Pemikiran Melayu. Diambil daripada

http://www.scribd.com/doc/245197340/Konsep-Tabu-Dalam-Bahasa-Dan-Pemikiran Melayu.

Cikgu Aishah. (2011). Tabu. Diambil daripada http://www.scribd.com/doc/52082330/tabu. Darwis Harahap. (1997). Gaya Bahas Halus. Pelita Bahasa, Ogos, Jilid 9 (Bil. 8), 38-39. Maruwiah Ahmat. (2008). Kenali Negeri Kita Perak Darul Ridzuan. Shah Alam. Karisma

Publications Sdn. Bhd.

Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Rarouk Bajunid. (1989). Warisan Kesenian Perak. Kulau Lumpur. City Reprographic Services.

S. Nathesan. (2008). Makna Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Teo Kok Seng. (2002). Pragmatik Bahasa dan Keterampilan Berkomunikasi. Dewan Bahasa, Februari, Jilid 2 (Bil. 2), 7-15.

Wan Aznita Wan Salim. (2014). Bahasa dan Identiti Budaya. Diambil daripada http://www.scribd.com/doc/207137504/Bahasa-Dan-Identiti-Budaya.

Gambar

Gambar 1 : Daerah-Daerah di Negeri Perak

Referensi

Dokumen terkait