• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembentukan sahsiah remaja melalui pengl

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pembentukan sahsiah remaja melalui pengl"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Pembentukan sahsiah remaja melalui penglibatan diri di dalam aktiviti di luar kelas Wardatul Aishah bt Musa

(wardatulaishah@unikl.edu.my) Azis Jakfar b Soraji (Azisjakfar@unikl.edu.my)

Norsazali b Abdullah Norsazali@unikl.edu.my)

Student Development & Campus Lifestyle Universiti Kuala Lumpur

Malaysian Institute of Information Technology, Malaysia 1016 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

Abstrak

Artikel ini membincangkan mengenai pembentukan sahsiah remaja melalui penglibatan mereka di dalam aktiviti yang dijalankan di luar waktu pembelajaran. Artikel ini turut membincangkan mengenai pandangan Islam mengenai keterlibatan remaja di dalam aktiviti-aktiviti tersebut beserta faedah yang akan diperolehi. Definisi mengenai aktiviti-aktiviti di luar kelas

ini turut dibincangkan di dalam artikel ini berdasarkan teras yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Kata kunci : sahsiah, remaja, aktiviti di luar kelas, Pendidikan Islam

Pengenalan

Sistem Pendidikan di Malaysia adalalah bertujuan untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global (Ramli Basri, 2011). Manakala Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Peraturan-Peraturan Pendidikan telah menyatakan bahawa ilmu, kemahiran dan nilai murni amat penting untuk membangunkan diri remaja agar menjadi remaja yang sempurna. Menurut Khairanum (Metro, 2013), memperkasakan nilai jati diri dan kemahiran insaniah adalah kepentingan utama dan bukan satu pendekatan popular.

(2)

utama iaitu dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek. Gabungan kepada empat elemen tersebut akan menjadikan pembentukan sahsiah mereka adalah secara holistik.

Sesungguhnya Allah swt amat menyukai akhlak yang baik sebagaimana dalam hadis Rasul saw yang bermaksud :Daripada Sahl b Saad r.a Nabi saw bersabda: ;Sesungguhnya Allah Azzawajalla adalah mulia. Ia menyukai kemuliaan. Ia juga menyukai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah." (Riwayat al-Hakim al-Tabrani yang dipetik daripada 300 Hadis Bimbingan ke arah mencari reda Allah).

Artikel ini akan membincangkan mengenai pembentukan sahsiah remaja melalui penglibatan mereka di dalam aktiviti di luar kelas serta faedah-faedahnya berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan.

Sahsiah dan aktiviti di luar kelas

Sahsiah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ialah keperibadian atau peribadi. Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1994), pembinaan sahsiah terdiri daripada empat unsur utama iaitu akidah, ibadah, akhlak dan penampilan.

Sahsiah menurut Hassan (1983) ialah susunan tertentu yang terdiri dari kebiasaan-kebiasaan. Susunan itulah yang menentukan tingkah laku seseorang dan membezakan sahsiahnya dari orang lain. Definisi ini menunjukkan sahsiah adalah satu keperibadian yang boleh dibentuk secara sistematik. Istilah membentuk sahsiah di dalam artikel ini adalah beradasarkan kepada kamus Dewan Edisi Keempat (2007) iaitu membaiki kelakuan orang ; mendidik dan mengajar orang.

(3)

Selain itu, kokurikulum juga adalah aktiviti pendidikan yang dirancang dan diperlaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah, berasas dan lanjutan pelajaran sesi persekolahan (Mok Soon Sang, 2009)

Pembelajaran tidak cukup dengan hanya apa yang dipelajari di dalam kelas semata. Pelajar harus di beri kebebasan untuk meneroka dan berinteraksi dengan alam sekitar supaya mereka lebih mengetahui peranan sebagai seorang pelajar dan remaja kepada masyarakat dan negara. Penilaian yang berasaskan gred dan yang terlalu berorientasikan sistem peperiksaan bertulis dan proses pembelajaran pasif yang berpusatkan pensyarah dikatakan menjadi halangan kepada proses pembelajaran yang efektif dan penguasaan kemahiran insaniah (Jumali et al, 2011).

Secara prinsipnya, Intelligent Quotient (IQ) dikembangkan melalui kurikulum tetapi Emotional Quotient (EQ) pula lebih mudah dikembangkan melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum. IQ penting dalam menentukan kejayaan akademik pelajar tetapi EQ adalah penting dalam membentuk kejayaan keseluruhan pembentukan pelajar dalam kehidupan sebenar dan alam pekerjaan (Tuan Ismail, 1999).

Selain itu, kokurikulum merupakan satu platform yang boleh membentuk remaja, mengembangkan bakat dan kemahiran insaniah mereka. Pernyataan ini disokong oleh Chin Pek Lian, Low Li Chuen & Vivian Low Yen Yeong (2005) yang mengatakan kokurikulum dapat memberikan banyak manfaat dan kepentingan kepada pelajar. Penglibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum membolehkan mereka menggabungjalinkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas kepada tindakan mereka di luar kelas.

(4)

seorang yang berkemahiran hasil dari pengalaman-pengalaman yang diperolehi ketika menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum tersebut.

Aktiviti luar kelas dan Pendidikan Islam

Ilmu yang dipelajari secara praktikal akan lebih dihayati oleh remaja berbanding dengan ilmu yang diperolehi secara teori kerana pengalaman yang diperolehi akan memberikan impak yang besar kepada diri remaja. Oleh kerana itulah, ajaran di dalam Islam amat menekankan gabungan antara teori dan praktikal. Teorinya, remaja akan dapat mempelajari ilmu berkaitan ajaran Islam dalam matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Di sekolah juga, remaja akan didedahkan dengan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Keterlibatan dan keaktifan pelajar dalam bidang kurikulum akan menjadikan pelajar tersebut selangkah lebih maju berbanding dengan mereka yang tidak aktif.

Pendidikan Islam adalah pendidikan yang wajib dipelajari sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Berdasarkan matlamat Pendidikan Islam tersebut, jelas menunjukkan bahawa Pendidikan Islam adalah mediator untuk membentuk peribadi dan akhlak remaja melayu sehingga dijadikan matlamat utama Pendidikan Islam di Malaysia. Rasulullah saw bersabda maksudnya:“Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari akhirat) selain dari akhlak yang mulia”. (Riwayat Abu Daud)

(5)

akan memperkenalkan modul ‘Smart Solat’ bagi membantu pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang tidak menguasai kemahiran dan mendalami ibadah solat untuk membantu mereka menguasainya (Harian Metro, 2012).

Tiada jalan pintas untuk membentuk akhlak yang mulia dalam kalangan remaja melayu melainkan kembali kepada ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah saw. Setiap bentuk ibadah sama ada ibadah umum atau ibadah khusus mempunyai etika dan adabnya yang tersendiri dalam proses melaksanakannya dan ini menunjukkan kehebatan dan kecantikan ajaran Islam. Kerana itu Rasulullah saw diutuskan sebagai model kepada umatnya sebagaimana maksud hadis ini iaitu ‘Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia’.( Riwayat Ahmad dan Al-Hakim).

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menghadapi alam dewasa (Musliha Salma, Rohana &Amimudin, 2011) dan strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walaubagaimanapun, apa yang dilihat pada masa kini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pembentukan sahsiah remaja dan hujah ini di sokong oleh Sufean (2004) yang mengatakan kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan menjadi isu kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah atau pelajar rendah yang naik ke tingkatan empat memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik.

(6)

rupa tetapi matlamatnya adalah satu iaitu sebagai anak tangga untuk mendaki kemuncak kesempurnaan, dan sebagai strategi untuk melindungi dari kerosakan dan kerendahan moral (Muhammad al-Ghazali,1998).

Penekanan pendidikan akhlak dan sahsiah dari kecil amat ditekankan dalam agama Islam untuk membentuk anak-anak yang cemerlang kerana usaha mendidik ini memerlukan masa dan proses yang panjang. Isu berkaitan masalah sosial tidak boleh dipandang rendah kerana matlamat pendidikan Islam negara adalah untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dan seimbang antara dunia dan akhirat.

Faedah melibatkan diri di dalam aktiviti di luar kelas

Kementerian Pengajian Tinggi telah mengenalpasti lapan teras utama kursus-kursus kokurikulum iaitu Teras Sukan, Teras Kebudayaan, Teras Daya Usaha dan Inovasi, Teras Pengucapan Awam, Teras Kesukarelawanan, Teras Khidmat Komuniti, Teras Keusahawanan dan Teras Kepemimpinan. Kerana itu, bermula dari bulan September 2008, Jabatan Pengajian Tinggi telah menyasarkan pelaksanaan kursus Kokurikulum berkredit di semua institusi pengajian tinggi (IPT) seawal sesi pengajian 2010/2011 ( Jamaludin et al, 2009). Kursus berkredit ini merupakan kursus yang wajib di ambil oleh setiap pelajar bagi membolehkan mereka bergraduasi.

Lapan teras kokurikulum yang telah dinyatakan adalah seperti di bawah:

1. Teras Sukan

Teras sukan adalah aktiviti kokurikulum yang melibatkan aktiviti sukan dan pergerakan fizikal seperti permainan badminton, bola sepak, ping pong, bola tampar, bola jaring dan sebagainya. Aktiviti sukan ini boleh dinilai dari peringkat kolej sehingga ke peringkat antarabangsa.

(7)

Teras kebudayaan merupakan aktiviti yang melibatk Teras kebudayaan merupakan aktiviti yang boleh memberikan peluang kepada remaja untuk menguasai bidang kemahiran profesional kebudayaan dan kesenian yang akan menjana pembangunan jati diri, perwatakan dan keperibadian. Remaja juga akan lebih memahami masyarakat dan budaya setempat agar sifat hormat menghormati antara satu sama lain dapat di pupuk dan diperkukuhkan di dalam diri mereka.

3. Teras Daya Usaha dan Inovasi

Daya kreativiti dan inovasi masih belum dimasyarakatkan.Justeru, usaha ini harus dipupuk dan disemai dikalangan remaja agar pembudayaan kreativiti dan inovasi ini dapat disegarkan. Sifat untuk hanya menerima sudah tidak releven pada masa kini dan seharusnya usaha untuk mewujudkan idea-idea yang baru dan berinovasi dipasakkan di dalam diri remaja.

4. Teras Pengucapan Awam

Pengucapan awam adalah satu garapan sains kemanusiaan dan seni bujukan yang diterjemahkan dalam bentuk komunikasi berkesan dan menarik (Jamaludin et al, 2011). Komunikasi yang berkesan penting dalam setiap organisasi agar penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan tepat.

5. Teras Kesukarelawanan

Mendidik remaja melakukan sesuatu pekerjaan secara sukarela adalah tidak mudah. Walaubagaimanapun, sekiranya dilatih dengan kerap maka melakukan sesuatu pekerjaan tanpa disuruh akan menjadi lebih mudah. Kesukarelawanan akan menjadikan remaja lebih berani ketika berhadapan dengan masyarakat kerana jiwa kesukarelawanan tanpa mengharapkan upah telah sebati dalam diri mereka.

6. Teras Khidmat Komuniti

(8)

dan masyarakat sekitar. Golongan ini juga akan lebih yakin terhadap diri mereka walau dimana jua mereka berada.

7. Teras Keusahawanan

Aktiviti keusahawanan dalam kalangan remaja adalah kurang memberansangkan.Justeru, KPT telah mengambil langkah untuk memupuk semangat niaga dalam kalangan remaja di institusi pengajian tinggi.Penggubalan modul keusahawanan di IPT adalah untuk menarik minat pelajar untuk mencambahkan minda keusahawanan dalam kalangan remaja kerana sesetengah remaja mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana hendak menyalurkannya.Justeru, dengan adanya teras keusahawanan di IPT membolehkan mereka menggunakan bakat yang ada untuk memperkembangkan lagi kemahiran dalam perniagaan ini.

8. Teras Kepemimpinan

Kepemimpinan perlu ada dalam diri setiap individu.walaubagaimanapun, kebolehan ini masih boleh di semai, di bina dan dimantapkan dengan adanya kursus dan aktiviti yang melibatkan aspek ini di IPT. Menurut KPT terdapat empat subteras utama modul

kepemimpinan iaitu Kepemimpinan MPP atau Majlis Perwakilan Pelajar, kepemimpinan fakulti, kepemimpinan kolej kediaman dan kepemimpinan persatuan

Antara faedah yang diperolehi dari keterlibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan kajian-kajian yang telah di jalankan adalah seperti berikut:

1. Melahirkan individu yang positif

Dalam kajian Mohamad Zaid et al (2008) yang telah dijalankan ke atas pelajar Politeknik kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pula mendapati tahap kecenderungan min untuk kefahaman pelajar terhadap kepentingan Modul Soft Skills dalam membina personaliti individu yang positif adalah tinggi. Dapatan kajian menunjukkan responden sangat faham terhadap kepentingan Modul Soft Skills berdasarkan pelaksanaan Modul SoftSkills di Politeknik dalam membina personaliti individu yang positif

(9)

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad & Hisham (2009) ke atas 107 orang pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan teknikal, UTHM mendapati bahawa tahap keterampilan pelajar setelah mengikuti matapelajaran kokurikulum adalah tinggi. Tahap keterampilan yang dikaji adalah keterampilan kemahiran komunikasi, keterampilan kemahiran kepimpinan, keterampilan bekerja dalam kumpulan dan keterampilan penampilan diri yang kemas. Kesemua keterampilan ini penting untuk dikuasai oleh remaja sebagai satu bonus kepada diri mereka ketika berada di alam pekerjaan. Selain itu, keterampilan itu juga pasti membantu mereka untuk menjadi remaja yang cemerlang ketika berada di kampus masing-masing. Setiap keterampilan yang telah dikaji turut seiring dengan kajian yang sedang dijalankan oleh pengkaji di dalam kajian ini yang meliputi semua aspek dari sudut pemikiran, emosi dan kecergasan fizikal bagi menghasilkan seorang remaja yang bersifat unggul.

3. Remaja yang berkemahiran

Keterlibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum akan memberikan impak yang positif kepada remaja bertepatan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Hassaan & Raja Roslan (2010) ke atas 104 orang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka iaitu 71 orang pelajar lelaki dan 33 orang pelajar perempuan mendapati Program Latihan Kecergasan Fizikal (PLKF) dapat membantu dalam peningkatan tahap komunikasi, kesihatan, minda dan keyakinan diri di kalangan pelajar-pelajar UTeM. Dapatan kajian juga menunjukkan aktiviti luar memberi impak yang positif kepada pelajar dalam membentuk modal insan yang mempunyai kemahiran kepimpinan, mampu berkmunikasi dengan berkesan, berdisiplin dalam mengurus diri dan membentuk gaya hidup yang sihat kepada pelajar melalui kegiatan kokurikulum. Dapatan ini juga memberi ruang dan sokongan yang jelas kepada pengkaji untuk menjalankan kajian ini bagi membolehkan objektif kajian ini dicapai dengan sempurna.

4. Berkeyakinan tinggi

(10)

kokurikulum yang dijalankan memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu dalam menjadikan aktiviti-aktiviti tersebut berjalan dengan lancar.

Petro Marais (2011) mengesahkan bahawa pelajar-pelajar atau remaja-remaja yang bercita-cita untuk menjadi guru sebagai kareer di masa akan datang perlu terlibat aktif dengan aktiviti kokurikulum. Kajian ini dijalankan ke atas 51 orang pelajar tahun empat dalam bidang perguruan di UNISA, Republic of South Africa. Antara dapatan kajian ini lagi ialah, aktiviti kokurikulum boleh menyumbang kepada pembentukan pelajar secara holistik, aktiviti kokurikulum boleh meransang deria pelajar mengikut perkembangan mereka, aktiviti kokurikulum boleh meningkatkan kepercayaan kendiri serta merasakan diri mereka bernilai. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan aktiviti kokurikulum dapat membantu pelajar untuk membina kemahiran diri serta dapat memberikan tenaga yang positif, membentuk remaja untuk tidak mudah berputus asa serta boleh mengelakkan pelajar dari terjerumus dalam keruntuhan moral.

Siti Rahayah (2004) yang menyatakan terdapat korelasi yang kukuh antara verbal-linguistik dan intrapersonal menunjukkan individu yang berkebolehan dalam penguasaan bahasa dan penyampaian idea mampu berfikir secara rasional, melihat ke dalam diri dan menganalisis diri sendiri. Dapatan ini menunjukkan, individu yang menguasai kemahiran insaniah akan membolehkan mereka mengawal diri mereka dari melakukan perkara-perkara yang tidak memberi manfaat kepada diri mereka seperti menjadi pelajar yang nakal sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Azizi (2010).

5. Berdaya saing

Keterlibatan remaja dalam aktiviti kokurikulum juga akan menjadikan remaja menguasai pelbagai kemahiran supaya mereka menjadi remaja yang berdaya saing dan boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan dan tekanan yang diberikan. Remaja yang memiliki keterampilan yang baik dapat menyesuaikan diri dengan sebarang persekitaran walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

(11)

kemahiran sosial dalam kecerdasan emosi menyumbang secara signifikan kepada komitmen pekerjaan. Kerana itu, kemahiran-kemahiran yang pelbagai perlu dikuasai oleh remaja ketika berada di institusi pengajian tinggi bagi membolehkan mereka komited dan mempunyai nilai positif yang tinggi ketika berada di alam pekerjaan serta menjadikan mereka lebih bernilai berbanding dengan rakan-rakan yang tidak berkemahiran.

Penutup

Penglibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum membolehkan mereka membentuk sahsiah secara tidak langsung. Selain daripada memperolehi pengalaman, remaja akan lebih mengenali diri hasil daripada pembelajaran secara tidak langsung ini. Aktiviti luar kelas merupakan aktiviti terancang yang membolehkan remaja berdisiplin di dalam menjalani urusan harian mereka.

Agama Islam turut menekankan pendidikan yang boleh membentuk sahsiah remaja. Hatta, subjek Pendidikan Islam sendiri mempunyai modul yang perlu dijalankan di luar waktu kelas seperti program Smart Solat atau Kem Bestari Solat yang dianjurkan oleh sekolah rendah bagi memperbaiki cara solat pelajar-pelajarnya.

Terdapat pelbagai faedah yang positif hasil penglibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan. Faedah-faedah ini boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk remaja lebih terlibat dengan aktiviti-aktiviti di luar kelas.

Rujukan

(12)

Learning in Higher Education 2009 (ICTLHE09), 23-25 November 2009, Kuala Lumpur

2. Azizi, et al. 2010. Kecerdasan emosi dan hubungannya dengan Pencapaian Akademik

dan Tingkahlaku Pelajar. Retrived 19.08.2013 daripada

http://eptints.utm.my/2265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_dan_Hubungan_Penca paian.pdf

3. Chin Pek Lian, Low Li Chuen & Vivian Low Yen Yeong. 2005. Masalah Disiplin Pelajar, Pendekatan dan Penyelesaian. UTM : Skudai

4. Harian Metro, 14 September 2012

5. Hassan Langgulung. 2003. Asas-asas Pendidikan Islam. Edisi Kelima. Jakarta. Pustaka Al Husna Baru. College Student Development, 45(4), 391-406

6. Hassan Adnan & Raja Roslan Raja Abd Rahman. 2010. Keberkesanan Pelaksanaan aktiviti Fizikal Terhadap Pembangunan Diri pelajar. Satu Tinjauan. ISSN: 1985-7012 VOL. 3, July-Dec 2010

7. Jamaludin Haji Badusah, Rosna Awang Hashim, Mohd Majid Konting, Turiman Suandi, Maria Salih & Norhafezah Yusof. 2009. Pembangunan Pelajar : Memperkasakan Kokurikulum Institusi Pengajian Tinggi. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Selangor.

8. Jumali Hj Selamat, Khaidzir Hj Ismail & Shaharudin Ahmad. 2010. Objektif dan faedah berpersatuan Dlm Shaharudin Ahmad, Khaidzir Hj Ismail & Jumali Hj Selamat. Mengurus Persatuan: Proses dan Kemahiran, Bangi. Penerbit UKM.

9. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 10. Mok Soon Sang. 2009. Pengurusan kokurikulum & Pendidikan Sukan. Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

11. Muhammad al-Ghazali. 2008. Akhlak Muslim. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd. Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

(13)

13.Petro Marais. 2011. The significance of Student Teachers’ Involvement in Co-curricular Activities. International Journal For e-Learning Security (iJeLS), Vol 1. Issues 3/4. September/December 2011.

14. Siti Rahayah Arifin, T. Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed Zin. 2004. Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) Di kalangan pensyarah di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Teknologi, 41 € Dis.2004 : 33-42. Universiti Teknologi Malaysia.

15.Sufean Hussin. (2004). Educational development policy in Malaysia: Theory and Analysis. Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

Maka dapat dikatakan bahwa kesiapan guru PKn dalam mengintegrasikan pendidikan lalu lintas pada matapelajaran PKn di SMP Negeri Se-Kota Palembang adalah sangat

Hasil analisis perhitungan kombinasi strategi matriks SWOT menunjukkan bahwa prioritas strategi utama yang harus dilakukan oleh Kelompok Tani Palintang Jaya adalah

Pembentukannya juga merupakan amanat Pasal 47 ayat (2) Undang-Undang Nomor 26 Tahun 2000 tentang Pengadilan Hak Asasi Manusia. Selain amanat tersebut, pembentukan Komisi

Hasil dari penelitian ini adalah aplikasi terjemahan Bahasa Indonesia ke Bahasa Banjar disertai Analisis sintaksis, yang digunakan untuk membantu para pendatang di Banjar

Penggunaan regresi OLS sebenarnya cukup untuk menjelaskan hubungan antara jumlah orang yang bekerja dengan investasi asing langsung, namun demikian penggunaan ECM tetap lebih

Berdasarkan identifikasi dan batasan masalah yang sudah disebutkan diatas, maka rumusan masalah yang diambil pada penelitian ini adalah bagaimana membuat siswa

Junanda (2004) Model kinerja Treynor dan Jensen Tidak ada perbedaan antara return reksadana saham dengan return pasar (lHSG) untuk semua jenis reksadana saham Melakukan

24 Dengan demikian prestasi adalah hasil dari suatu kegiatan yang telah dilakukan, diciptakan baik dilakukan secara pribadi. maupun