• Tidak ada hasil yang ditemukan

Zakat di perbankan Islam dalam membantu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Zakat di perbankan Islam dalam membantu"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Zakat Di Perbankan Islam Dalam Membantu

Masyarakat.

Nur Azuwa Binti Mohd Amin Syafiqizzat Bin Idris Mohd Nor Khairil Redzuan Bin

Mohd Ridzuan Bin Naemat Nik Fauzy Bin Nik Othman@

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pengurusan Zakat merupakan salah satu proses yang boleh menjadi rukun dalam membangunan sesebuah masyarakat dan negara. Oleh kerana itu, semua institusi sosial boleh dipertanggungjawabkan secara langsung dalam menjayakannya termasuklah institusi perbankan. Institusi perbankan juga boleh dikategorikan sebagai salah satu watak utama di dalam institusi ekonomi Negara yang juga turut mempunyai peranan dalam pembangunan ekonomi dalam sesebuah masyarakat dengan melaksanakan peranan tersendiri dalam membantu masyarakat khususnya di Malaysia. Sumbangan tersebut adalah berlaku dalam bentuk secara tidak langsung iaitu sebagai institusi yang menyediakan proses didikan bagi masyarakat untuk memahami secara praktikal tentang nilai-nilai yang dituntut oleh Islam dalam kutipan dan pengurusan zakat.

PENGENALAN IBADAH ZAKAT

Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua hijrah Rasulullah SAW. Dari segi bahasa, zakat diertikan sebagai '"tumbuh" dan "bertambah". Ianya juga bererti berkat, bersih, baik, suci dan subur. Menurut istilah syarak pula diertikan sebagai mengeluarkan kadar harta yang tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu mengikut syarat - syarat yang tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak.

DALIL

Maksudnya:-"Ambillah sedekah (zakat) dari sebahagian harta benda mereka untuk membersih (batin dari sifat kikir) dan mensucikan mereka (daripada perasaan sombong dan doalah untuk mereka sesungguhnya doa pada hari itu memberikan ketenteraman untuk mereka dan Allah Maha Mendengar Lagi Mengetahui.) "

(2)

Oleh kerana ini adalah suatu hukum yang disyarakkan oleh Allah SWT dan sememangnya hukum Allah SWT itu telah pun diketahui kita yang ianya adil, lengkap dan indah, maka tidak semua yang diwajibkan untuk menunaikannya. Namun begitu, berikut adalah merupakan syarat–syarat yang telah ditentukan bagi mereka yang tergolong ke dalam golongan yang diwajibkan mengikut ketentuannya:

SYARAT WAJIB ZAKAT

Islam

Zakat yang diwajibkan ke atas orang Islam.

Merdeka

Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali Zakat Fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul masalah hamba abdi masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai satu syarat wajib.

Sempurna Milik

Milik sempurna bermaksud harta simpanan tersebut dimiliki dan dikawal sempurnanya oleh masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai satu syarat wajib.

Cukup Nisab

Nisab adalah paras nilai minimum yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Pada ketika ini di Malaysia, nisab ditentukan berdasarkan nilai emas bersamaan dengan 85 gram iaitu bergantung kepada harga emas semasa.

Cukup Haul

Genap setahun harta itu disimpan iaitu 345 hari tahun Hijrah dan 365 hari bagi tahun Masehi.

(3)

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalahTuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanNya), serta pohonlah kepadaNya

mengampuni (dosa -dosa kamu yang telah lalu). Dan ingatlah, kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), iaituorang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat.”

(al-Fussilat: 6-7)

Kepentingan zakat terhadap orang Islam adalah sangat jelas daripada apa yang telah dinyatakan di dalam hadis-hadis sebelum ini bahawa dibenarkan memerangi orang-orang Islam yang mendirikan solat tetapi tidak menunaikan zakat. Rasulullah SAW sendiri juga pernah menyebutkan bahawa sesiapa yang mendirikan solat tetapi tidak menunaikan zakat, maka solatnya itu adalah sia-sia. Sepertimana pula di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq beliau telah menggunakan paksaan ke atas golongan mereka yang enggan membayar zakat kepada kerajaan. Dengan ini secara ringkasnya, zakat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT adalah merupakan matlamat utama yang bercirikan sebagai satu bentuk jaminan keselamatan sosial bagi golongan mereka yang miskin dan memerlukan serta asset utama dalam membangunkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan yang mana juga sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan spiritual (Pathmawati Hj Ibrahim, 2008).

(4)

PERANAN ZAKAT DALAM EKONOMI UMMAH

Kewajipan menunaikan zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa keberkatan dan memberi kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang mengeluarkannya, tetapi juga mereka yang menerimanya. Pelaksanaan zakat memberi kesan bukan sahaja kepada individu, malah juga kesan kepada seluruh lapisan masyarakat. Ia turut berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan masyarakat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi. Zakat juga dilihat mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelakkan golongan fakir miskin dari meminta-minta. Secara dasarnya harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan kaya untuk menunaikan hak tersebut.

Allah SWT telah mewajibkan zakat sebagai salah satu jaminan kepada masyarakat terutama kepada golongan yang amat memerlukan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan kerohanian setiap Muslim. Zakat juga bertindak sebagai satu mekanisma yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya. Zakat juga mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisma agihan semula kekayaan dalam masyarakat.

Zakat boleh dikategorikan sebagai suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak akan terhenti (berterusan). Oleh itu, negara Islam dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan dan akhirnya dapat membina kekuatan Umat Islam secara tidak langsung membina kesatuan Ummah yang jitu.

Masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup dan modal yang mencukupi bagi golongan yang tidak berkemampuan. Saraan hidup daripada zakat ini diperuntukkan kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya.

Bantuan dari segi modal pula diperuntukkan kepada golongan yang mampu bekerja tetapi tidak mempunyai modal untuk menjalankan pekerjaan. Kedua-dua peruntukkan ini diberi dengan kadar yang mencukupi sesuai dengan keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan fakir miskin itu.

Saraan hidup ini hendaklah mencukupi untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan kesihatan. Manakala modal pula hendaklah mencukupi kadar modal sesuatu projek yang hendak dijalankan. Pemberian saraan hidup dan modal serta tujuan-tujuan lain adalah dengan kadar mencukupi. Kadar mencukupi untuk saraan hidup yang diambil kira daripada lima keperluan asas hendaklah diberi selama mana di yang diperlukan dan difikirkan sesuai oleh golongan tersebut walaupun untuk sepanjang hidupnya atau dengan cara bulanan dan sebagainya.

(5)

ZAKAT DALAM PERBANKAN

Zakat sebagai rukun Islam perlu dimartabatkan bagi memantapkan sosio-ekonomi ummah. Dalam konteks ekonomi, zakat merupakan elemen penting dalam usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi sesebuah ummah. Oleh itu, penerokaan berterusan perlu dilakukan bagi mempelbagaikan sumber-sumber baru dalam menambah dana zakat untuk kepentingan ummah. Zakat perniagaan adalah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan perkhidmatan, produk, pertanian dan sebagainya. Justeru, perniagaan yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW sebagai 9/10 daripada sumber rezeki dari aktiviti ekonomi, sudah pasti akan memberi sumbangan besar dalam meningkatkan dana zakat negara. Institusi perbankan Islam dan konvensional berasaskan syariah antara lain menawarkan produk deposit Wadiah dan Al-Mudharabah yang banyak dilanggani oleh umat Islam. Namun, masih terdapat sebahagian mereka yang melanggan produk atau kemudahan tersebut sangsi sama ada kewajipan berzakat mereka telah tertunai berikutan daripada penggunaan produk yang ditawarkan oleh institusi berkenaan.

Ramai yang tidak sedari bahawa, sebenarnya kewajipan berzakat mereka telahpun tertunai apabila mereka menggunakan produk-produk yang berasakan syariah itu. Ini adalah kerana setiap institusi tersebut telah diwajibkan bagi mereka untuk melaksana pengiraan zakat dalam segala aspek perniagaan mereka dan kategori Zakat Perniagaan Bagi Institusi Perbankan diguna pakai bagi sistem Perbankan Islam di Malaysia ini.

ZAKAT PERNIAGAAN BAGI INSTITUSI PERBANKAN

Firman Allah S.W.T:

Mafhumnya:

(6)

“Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(Surah Al-Baqarah, 2: Ayat 275)

Dalam erti kata lain, definisi Perbankan Islam merujuk kepada sistem perbankan yang berdasarkan kepada undang-undang Islam (syariah), iaitu berasaskan kepada fiqh muamalat yang berasal dari sumber hukum yang utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum syariah (ijma’). Dalam erti kata lain, perbankan Islam merujuk kepada perbankan yang bebas dari unsur riba, penipuan (gharar) dan judi (maysir).

Pengharaman riba telah dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT dalam Al-Quran menerusi surah Al-Baqarah ayat 275 :

“Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba...”

(Al-Baqarah 2 : Ayat 275)

SYARAT-SYARAT ZAKAT PERNIAGAAN BAGI INSTITUSI PERBANKAN

Berasaskan FAS 9 AAOIFI, syarat-syarat zakat perniagaan untuk institusi perbankan Islam adalah seperti berikut:

i. Hak Milik Tidak Bersyarat (Unencumbered Possession)

(7)

untuk ahli keluarga tertentu, ianya adalah tertakluk kepada zakat. Syarat ini merujuk kepada Aset Hak Milik Sempurna. Namun huraian dalam FAS 9 tidak menghuraikan persoalan Aset Hak Milik Sempurna. Perkara ini penting diperincikan atau diambil kira bagi maksud penaksiran zakat kerana dalam penyediaan penyata kewangan, item-item dalam akaun tidak membezakan aset milik “sempurna” dan aset milik “tidak sempurna”. Perakaunan aset hanya berasaskan syarat milik sahaja. Dalam penaksiran Malaysia, perkara ini dihuraikan dan hanya aset semasa yang milik sempurna akan tertakluk kepada taksiran zakat. Begitu juga dalam liabiliti semasa, terdapat item akaun yang merujuk kepada item-item milik sempurna yang menjadi sumber dalam perniagaan maka tidak wajar ditolak dari aset semasa. Adapun untuk institusi kewangan, akaun-akaun simpanan berasaskan Al-Wadiahadalah tidak memenuhi syarat milik sempurna kepada bank. Begitu juga dengan skim kredit jangka panjang atau berjangka, ia tidak memenuhi syarat milik sempurna. Hanya wang atau kutipan kredit dalam tahun taksiran sahaja yang milik sempurna. Selebihnya akan dikutip dalam tempoh-tempoh yang berkenaan.

ii. Berkembang (Growth In Real Terms Or By Estimation).

Berkembang (Al-Nama’) secara sebenar adalah seperti ternakan yang membiak. Manakala berkembang secara anggaran adalah mengikut potensi atau penilaian bersamaan nilai tunai, termasuk emas dan perak. Aset tersebut akan menjadi modal perniagaan untuk menjana keuntungan. Maka berkembang adalah merujuk kepada aktiviti perniagaan yang InsyaAllah membawa elemen keuntungan. Adapun aset tetap yang juga berpotensi untuk berkembang tidak tertakluk kepada taksiran zakat. Aset tetap yang boleh menjana hasil adalah sebagai Al-Mustaghallatdi mana elemen hasil tunai sahaja akan diambil kira dalam penaksiran zakat. Aset tetap adalah sebagai alat membantu perniagaan. Berhubung dengan aset bagi tujuan pelaburan (seperti anak syarikat atau pegangan saham), ia juga diillatkan seperti AlMustaghallat. Zakat bagi nilai pelaburan anak syarikat atau pegangan saham ini pula akan ditaksirkan pada anak syarikat berkenaan. Adapun pelaburan yang ditransaksi pada akhir haul menggunakan aset tunai akan ditaksirkan zakat.

iii. Nisab

Nisab untuk emas ialah nilai 85 gm sementara untuk perak ialah 595 gm. Barangan lain adalah bersamaan dengan nilai emas. Untuk ternakan, pertanian dan hasil kulturakebunan (horticulture), setiap kategori mempunyai nisab tersendiri mengikut Shar’ah. Nisab perniagaan perbankan adalah juga bersamaan nilai semasa emas 85 gm.

iv. Haul

(8)

kepada baki dana di akhir haul dan bukannya nilai-nilai tahun perniagaan. Sekiranya menggunakan tahun Shamsiah (solar masehi), maka pelarasan kadar dibuat bagi menampung (compensate) perbezaan hari. Kadar zakat ialah 2.5775. Ini diputuskan dalam Konferens Zakah.

Ulasan Haul Dan Kadar Zakat

Haul ini adalah asas tempoh untuk dibuat taksiran. Kadar zakat yang diperakui di Malaysia masih 2.5% walaupun haul adalah berasaskan tahun Shamsiah kerana kadar itu dinyatakan dalam hadis. Bagi perniagaan, haulnya bermula dengan mulanya perniagaan untuk tempoh satu tahun yang diguna pakai berasaskan nilai-nilai item yang terdapat pada akhir haul. Nilai-nilai akhir tahun Shamsiah ini mungkin bertambah/lebih tinggi atau berkurang/lebih rendah berbanding dengan tahun Qamariah. Maka nilai ini yang mungkin berbeza dan bukannya kadar zakat 2.5%. Seperkara lagi yang tidak dibincangkan dalam hal haul ini ialah mengenai penggunaan tunai perniagaan pada akhir haul untuk pembelian aset tetap, pelaburan jangka panjang, derma-derma dan seumpamanya yang boleh menyebabkan nilai zakat berkurangan. Kiranya ada, maka perlu dicampurkan semula nilai-nilai penggunaan tunai itu untuk ditaksirkan zakatnya. Selain empat syarat utama di atas, terdapat hal-hal lain yang digariskan dalam FAS 9 seperti berikut:

Kaedah Fuqaha / Kaedah Aset Bersih (Net Assets Method)

ASAS ZAKAT = (Aset-aset tertakluk kepada zakat) – (liabiliti yang perlu dibayar pada akhir tahun seperti dalam Kunci KiraKira + ekuiti akaun pelaburan tak terhad + kepentingan minoriti + ekuiti milik Kerajaan + ekuiti dana wakaf + ekuiti milik badan kebajikan +

ekuiti organisasi bukan motif keuntungan tetapi tidak termasuk yang dimiliki individu)

(9)

Kaedah Dana Pelaburan Bersih (Net Invested Funds Method)

ASAS ZAKAT = (Modal berbayar + rezab + peruntukan tidak ditolak dari asset +

keuntungan terkumpul + keuntungan bersih +liabiliti yang tidak akan matang dalam tahun berakhir dalam Kunci KiraKira) – (aset tetap bersih + pelaburan bukan untuk perdagangan

(seperti bangunan untuk sewaan) + kerugian terkumpul)

*Kaedah ini digunakan oleh sesetengah organisasi Kerajaan dalam penaksiran zakat.

ULASAN

Kedua-dua kaedah ini berbeza pendekatannya tetapi memberikan jawapan yang sama.Kaedah-kaedah ini masih berasaskan kepada penyata kewangan yang disediakan berpandukan standardstandard perakaunan konvensional.

PERBANKAN ISLAM DAN TANGGUNGJAWAB ZAKAT

Di zaman kini, sistem perbankan Islam adalah merupakan salah satu alternatif kepada umat Islam dalam pengurusan kewangan berasaskan prinsip syariah. Semenjak ianya diperkenalkan sehingga ke hari ini, sambutan di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap produk-produk yang ditawarkan begitu memberansangkan. Maka dengan situasi yang berlaku ini, ianya dapat mencetus kesedaran masyarakat dan pemilik institusi berkenaan mengenai kesedaran menunaikan kewajipan zakat bagi menambahkan lagi keberkatan rezeki yang diperolehi. Justeru itu, prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah pemotongan dan kutipan zakat di institusi perbankan islam dapat diamalkan dan memenuhi kehendak pihak yang berkepentingan terutamanya bagi tujuan memberikan kefahaman mengenai kaedah-kaedah taksiran dan pengiraan zakat yang selaras dan standard di kalangan mereka (pemilik perbankan).

(10)

dan penuh berhati-hati. Ia amat penting bagi mengelakkan sumber-sumber yang tidak layak dan benar apatah lagi sumber yang haram termasuk di dalam kiraan dan taksiran zakat.

(Orang-Orang beriman sifatnya) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.

(Surah Al-Hajj, 22: Ayat 41)

Zakat perniagaan di institusi kewangan dan perbankan di negara Malaysia kini telah diterima dan dikenal pasti sebagai salah satu sumber baru yang mampu memberikan sumbangan yang besar kepada dana zakat. Pengenalan produk-produk baru sistem kewangan berteraskan prinsip-prinsip syariah semakin hari semakin berjaya menarik minat bukan sahaja masyarakat Islam bahkan juga bukan Islam untuk melanggan produk-produk berkenaan. Masyarakat Islam yang melanggan dan menggunakan produk-produk berkenaan sudah semestinya merasa suatu kepuasan dapat bermuamalat dengan produk yang menepati hukum syariah manakala institusi perbankan seharusnya berbangga dapat menyumbang kepada peningkatan tahap sosio-ekonomi ummah melalui pembayaran zakat.

(11)

Contoh keratan akhbar berkenaan zakat perbankan islam yang membuktikan Peningkatan pembayaran Zakat sebanyak 29.7% tanda pencapaian cemerlang kewangan Bank Islam :

KUALA LUMPUR, Selasa, [31 Mei 2011] - Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) menyerahkan Zakat perniagaan berjumlah lebih RM11.5 juta bagitempoh kewangan berakhir 2010 kepada

pengelola-pengelola Zakat negeri-negeri, di satu majlis penyerahan cek yang telah diadakan di ibu kota hari ini.

Cek Zakat berkenaan telah diserahkan oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Y.Bhg. Dato’ Sri Zukri Samat kepada 14 orang wakil Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat negeri-negeri, dan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir Haji Baharom. Dato’ Sri Zukri Samat berkata, “Jumlah deposit pelanggan berkembang sebanyak RM1.7 bilion kepada RM26.9 bilion untuk tempoh kewangan sehingga Disember 2010 berbanding dengan RM25.2 bilion untuk tempoh kewangan sehingga Jun 2009”. Secara keseluruhannya, jumlah Zakat Bank Islam bagi tahun kewangan berakhir 2010 menokok 29.7% ke RM11,588,188 berbanding dengan RM8,935,004 pada tahun kewangan 2009, tambah beliau.

Selain memperuntukkan dana Zakat kepada golongan asnaf, sejumlah dana Zakat Bank Islam yang dikembalikan juga telah digunakan bagi tujuan-tujuan kebajikan lain seperti membiayai pembinaan masjid, surau dan tempat tinggal untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Tahun 2010 telah menyaksikan usaha Bank Islam dalam membantu untuk membenteras kemiskinan di negara ini dengan pembiayaan dana Zakat sebanyak lebih daripada RM1 juta kepada keluarga-keluarga miskin. Melalui projek tanggungjawab korporat terbesarnya iaitu “Projek Bantuan Rumah”, Bank Islam telah membina dan membaik pulih 40 buah rumah untuk golongan miskin, khususnya golongan tua dan cacat di mana sebanyak RM751,500 telah disumbangkan ke negeri Kedah untuk membina 20 rumah baru dan membaik pulih 10 rumah lain di daerah-daerah Pokok Sena, Yan, Baling dan Kulim. Selebihnya pula telah disalurkan, mengikut keperluan, ke negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak. Dengan pelaksanaan secara berperingkat, projek ini telah membantu ramai orang di Kelantan dan Terengganu pada tahun-tahun sebelumnya. Program ini akan diteruskan dan akan dilaksanakan pada tahun ini di negeri Pahang.

Tahun ini juga akan menyaksikan Bank Islam menyumbang kepada perkembangan minda generasi muda. Sebagai pembuka jalan kepada perkembangan praktis kewangan Islam di Malaysia, Bank Islam telah mengambil inisiatif dalam memperkembangkan ilmu dan kajian dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam melalui penubuhan “Kerusi Perbankan dan Kewangan Islam Bank Islam” bersama beberapa buah pusat pengajian tinggi yang terpilih. Di bawah inisiatif ini, dana Zakat akan diperuntukkan untuk melantik ahli-ahli pakar kewangan Islam untuk menerajui kerusi tersebut. Di samping itu, ahli-ahli pakar ini juga akan bertanggungjawab dalam memperkembangkan pengetahuan para pelajar pusat pengajian tinggi tentang aspek-aspek sistem kewangan Islam dalam memastikan sistem kewangan Islam terus berkembang dan diterima oleh masyarakat umum.

Selain itu, Bank Islam turut memperuntukkan dana Zakat sebanyak RM400,000 untuk membaik pulih beberapa buah masjid yang amat memerlukan disamping menghulurkan sumbangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjalankan aktiviti serta program dakwah dan pembangunan ummah.

PEMBANGUNAN EKONOMI MELALUI AGIHAN ZAKAT

Islam menekankan penubuhan sebuah masyarakat yang adil, berperikemanusiaan dan bersatu padu. Oleh itu, Islam mencadangkan institusi zakat sebagai satu mekanisme yang menyelamatkan manusia dari kelaparan, menjamin keadilan sosio-ekonomi dalam masyarakat serta menyediakan satu suasana yang membolehkan manusia memelihara kehormatan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah S.W.T.

(12)

semula kekayaan dalam masyarakat, dan juga sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan spiritual.

AGIHAN ZAKAT

Lapan golongan asnaf yang layak menerima agihan zakat adalah seperti berikut:

1. Fakir

2. Miskin

3. Amil

4. Mualaf

5. Hamba (Riqab)

6. Orang yang berhutang (Gharimin)

7. Fi Sabili-llah

8. Musafir

Secara umum, jenis-jenis bantuan zakat boleh dibahagikan kepada 6 kategori utama yang dilihat dari pelbagai aspek sosio-ekonomi masyarakat:

i. Bantuan penggunaan semasa (untuk makanan dan sara hidup)

ii. Bantuan perubatan

iii. Bantuan pendidikan

iv. Bantuan keusahawanan

v. Bantuan keagamaan

vi. Bantuan kecemasan

IMPLIKASI AGIHAN ZAKAT TERHADAP PENINGKATAN SOSIOEKONOMI UMMAH

(a) Zakat dan Agihan Pendapatan dan Kekayaan

Zakat dilaksanakan untuk mengatasi masalah ketakseimbangan agihan pendapatan dan mengelakkan daripada berlakunya penumpuan harta dalam kalangan golongan tertentu sahaja dalam masyarakat.

(13)

Dengan menggunakan indeks Gini-Coefficient bagi mengukur ketakseimbangan agihan pendapatan, perbezaan sebelum dan selepas agihan zakat diukur menggunakan ‘indeks penurunan’. Indeks ini akan menentukan sumbangan agihan zakat terhadap agihan pendapatan samada positif atau negatif. Hasil kajian mereka mendapati zakat yang dipungut di Malaysia mampu memperbaiki agihan pendapatan kasar dalam kalangan para pengeluar padi.

(b) Zakat dan Pembasmian Kemiskinan

Objektif sosio-ekonomi yang utama bagi zakat ialah membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat Islam. Islam menganggap kemiskinan sebagai satu masalah yang serius di mana ia merupakan salah satu punca berlakunya jenayah dalam masyarakat.

Ataul-Haq melihat bahawa zakat boleh berperanan untuk meningkatkan taraf hidup, pendapatan dan seterusnya membasmi kemiskinan serta mengurangkan jurang agihan pendapatan melalui kesan pengganda dari zakat. Projek-projek yang dibiayai menggunakan dana zakat dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan sosial, dan lain-lain akan meningkatkan produktiviti golongan miskin dengan memenuhi keperluan asas mereka.

PELAN TINDAKAN PIHAK AGENSI / INSTITUSI ZAKAT

(a) Meningkatkan Kepercayaan dan Keyakinan Orang Ramai Terhadap Program Agihan Zakat

Kepercayaan dan keyakinan para pembayar zakat terhadap institusi zakat ini perlu dipertingkatkan. Kajian perlu dilakukan untuk mengkaji dalam kalangan para pembayar zakat tersebut mengenai berapa peratuskah daripada mereka merupakan pembayar baru dan berapa peratuskah pembayar zakat yang kekal dalam industri.

Oleh yang demikian, para pembayar zakat akan yakin terhadap institusi zakat ini apabila mereka dapat melihat dan mengetahui ke manakah wang zakat mereka diagihkan. Dalam erti kata lain, untuk meningkatkan kutipan, agihan perlulah jelas dan diyakini.

(b) Memperluaskan Promosi Agihan

Pihak institusi zakat perlu memperluaskan promosi berkaitan bentuk-bentuk agihan zakat yang boleh diperoleh oleh para asnaf. Sebagai contoh, memberi bantuan pendidikan berbentuk biasiswa untuk para pelajar Universiti, mengiklankan di dalam akhbar-akhbar perdana seperti yang dilakukan oleh para penaja yang lain dengan meletakkan syarat dengan jelas beserta program pembangunan usahawan yang dijalankan.

(14)

digunakan dengan sepenuhnya. Hal ini juga akan meningkatkan keyakinan mereka untuk terus membayar zakat melalui institusi zakat.

(c) Mengkaji Semula Bentuk dan Jumlah Agihan Zakat Yang Diberi

Bentuk bantuan yang diberi kepada para penerima agihan zakat perlulah mengambil kira keperluan jangka pendek dan jangka panjang. Bagi keperluan jangka pendek, perlu diberikan bantuan penggunaan semasa untuk makanan dan sara hidup serta bantuan untuk membolehkan para penerima asnaf khususnya dari asnaf fakir dan miskin untuk mempunyai sumber pendapatan pada masa akan datang.

Bantuan yang diberikan ini hendaklah mampu memenuhi keperluan asas mereka bagi membolehkan mereka menumpukan perhatian untuk projek ekonomi jangka panjang. Apabila projek ekonomi mereka mengeluarkan hasil, maka bantuan jangka pendek tersebut (penggunaan semasa) sudah boleh dihentikan, dan mereka tidak akan bergantung kepada zakat lagi sebaliknya sudah boleh membayar zakat.

d) Mengadakan Kerjasama Dengan Agensi-Agensi Kerajaan Yang Berkaitan

Projek-projek pembangunan ekonomi/usahawan yang diceburi oleh asnaf meliputi pelbagai bidang termasuklah bidang ternakan, pertanian, perikanan, peruncitan, IKS dan sebagainya. Peranan insitusi zakat ialah mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang untuk program pertanian, FAMA untuk pemasaran, LKIM untuk perikanan, MEDEC untuk pembangunan usahawan dan IKS. Ini bertujuan untuk memastikan mereka mendapat nasihat yang betul dari pihak yang tepat dan memastikan kejayaan perusahaan mereka.

e) Meningkatkan Bilangan Pembayar Zakat

Institusi-institusi zakat perlu berusaha meningkatkan bilangan pembayar zakat. Kajian pada tahun 1999 mendapati hanya 40% daripada mereka yang layak telah membayar zakat. Laporan PPZ Wilayah 2005 melaporkan, dari keseluruhan penduduk Islam di Malaysia, hanya seramai 4.1 juta sahaja yang membayar zakat. Bilangan ini perlu ditingkatkan kerana ia berkadar terus dengan jumlah kutipan zakat.

KESIMPULAN

Zakat sekiranya dilaksanakan dengan berkesan bukan hanya akan meningkatkan aspek rohani masyarakat malahan akan meningkatkan tahap sosio-ekonomi ummah. Keberkesanannya bergantung kepada kerjasama dan tindakan bersepadu semua pihak yang terbabit, iaitu pihak institusi zakat, pihak kerajaan dan pihak asnaf zakat sendiri.

RUJUKAN

(15)

Referensi

Dokumen terkait

Pelabuhan ini sebagai salah satu pintu gerbang pembangunan kota Makassar yang melayani tidak hanya pelayaran nasional tetapi juga internasional akan tetapi

Menanggapi hal tersebut, Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS ) sebagai lembaga pengelola zakat nasional yang dalam kegiatannya ikut andil guna mengatasi kemiskinan dan

Berdasarkan hasil analisis data dan pembahasan dari penelitian yang telah dilakukan mengenai hubungan kemampuan auditor, skeptisme profesional auditor, dan whistleblower dengan

TOMIE

Berdasarkan Surat Edaran Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Republik Indonesia No.03 Tahun 2012 tentang Data Tenaga Honorer Kategori I dan Daftar Nama

Kapal berbendera Indonesia diwajibkan memiliki Surat Izin Penangkapan Ikan (SIPI) untuk menangkap ikan baik di perairan Indonesia (yang terdiri dari perairan kepulauan

Ketentuan Pasal I ayat (10) diubah sehingga berbunyi sebagai berikut Pemerintah dalam undang-undang ini adalah Menteri Penerangan, kecuali dalam Pasal I ayat (6) dan ayat (9), Pasal