KEBEBASAN KEHAKIMAN (ISTIQLAL AL-QADA’) DALAM SEJARAH ISLAM
Nur Aina Abdulah1
Ibnor Azli Ibrahim2
Abstrak
Kebebasan kehakiman atau dalam bahasa Arabnya dikenali sebagai istiqlal al-qada’ ialah kebebasan yang diberikan kepada para hakim melalui pengasingan kuasa daripada badan eksekutif dan legislatif serta jauh daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang boleh memesongkannya daripada kebenaran untuk menegakkan keadilan. Sistem kehakiman yang terdapat dalam Islam datang dalam bentuk pakej lengkap yang mana mestilah mengamalkan konsep istiqlal al-qada’ dalam pentadbirannya. Malangnya, apabila kebebasan kehakiman ini dibicarakan sering kali contoh pelaksanaannya diambil dari negara Barat, sedangkan ianya adalah sebahagian daripada syariat Islam dan telah dilaksanakan dalam sejarah Islam dahulu. Persoalan yang wujud di sini ialah apakah contoh dan bukti pelaksanaan istiqlal al-qada’ yang telah diamalkan dalam sejarah Islam. Oleh sebab itu, artikel ini bertujuan mengkaji dan menganalisis pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam sejarah Islam. Kajian ini merupakan kajian bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dalam mengumpul data. Data-data yang diperoleh daripada rujukan turath diolah dan diberikan sentuhan kontemporari agar lebih mudah difahami. Kajian ini mendapati bahawa istiqlal al-qada’ telah diamalkan dalam sejarah Islam sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi yang mana Baginda SAW sendiri sebagai pengasasnya. Namun, pada ketika itu istiqlal al-qada’ hanya berlaku dari segi konsepnya sahaja. Manakala, dari sudut pengasingan kuasa daripada badan eksekutif dan legislatif ianya belum lagi terlaksana pada zaman Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar al-Siddiq disebabkan jumlah umat Islam yang sedikit pada masa itu. Walau bagaimanapun, kebebasan kehakiman melalui pengasingan kuasa itu tetap berlaku secara praktikalnya bermula pada zaman Sayidina ‘Umar al-Khatab.
Kata Kunci: Kebebasan kehakiman,Istiqlal al-qada’,Pengasingan kuasa, Pelaksanaan, Sejarah Islam.
PENGENALAN
Pelaksanaan konsep istiqlal al-qada’ merupakan kewajiban yang utama dalam sesebuah institusi kehakiman. Tanpa konsep ini, badan kehakiman dilihat senget, berat sebelah dan tidak adil. Ini kerana kehakiman adalah suatu badan yang sepatutnya bebas daripada campur tangan mana-mana pihak. Pelaksanaan istiqlal al-qada’ ini juga menjadikan para hakim bebas membuat keputusan atau menarik balik hukuman tanpa pengaruh daripada sesiapa.
1Pelajar sarjana tahun akhir di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Sejarah Islam telah membuktikan bahawa pelaksanaan istiqlal al-qada’ ini sebenarnya telah lama bermula sejak zaman Rasulullah SAW yang mana Baginda merupakan pengasas kepada konsep istiqlal al-qada’ ini. Banyak contoh kehakiman yang ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai ikutan dan panduan kepada para hakim selepasnya dan hari ini agar tetap mengamalkan konsep istiqlal al-qada’ ini dalam badan kehakiman demi menjamin keadilan dan menjaga maslahat umat. Benarlah bahawa sesungguhnya Baginda adalah contoh ikutan sepanjang zaman tidak kira dalam apa jua bidang termasuklah dalam bidang kehakiman ini.
RASULULLAH SAW PENGASASISTIQLAL AL-QADA’
Rasulullah SAW merupakan ketua negara Madinah dan satu-satunya hakim pada peringkat awal penubuhan negara Islam ketika itu( al-Badwi 2012 : 152). Ini kerana keadaan dan situasi pada masa itu tidak memerlukan kepada hakim yang lain disebabkan kurangnya pertelingkahan dan pergaduhan yang berlaku lantaran kuatnya pegangan agama di kalangan umat Islam. Tambahan pula, umat Islam ketika itu tidaklah terlalu ramai (Abu Talib 1982: 30).
Namun, setelah urusan kenegaraan semakin banyak, Rasulullah SAW telah melantik beberapa orang sahabat untuk menjadi hakim bagi mewakili Baginda. Hakim-hakim yang dilantik itu dikehendaki menjalankan tanggungjawab sama ada dengan kehadiran Baginda sebagai pemantau atau tanpa kehadiran Baginda di Madinah. Mereka adalah ‘Uqbah bin ‘Amir, Mi’qal bin Yasar al-Muzanni, Huzaifah al-Yamani dan ‘Umar bin al-Khattab. Selain itu, setelah wilayah taklukan Islam semakin membesar, Rasulullah SAW juga telah mengutuskan beberapa sahabat lain ke negara luar dari Madinah untuk mewakili Baginda sebagai hakim, penguasa dan guru bagi mengajarkan ajaran Islam. Sahabat-sahabat yang menjadi utusan Rasulullah SAW ke negara luar dari Madinah itu ialah Ali bin Abi Talib, ‘Itab bin Usaid, ‘Amru bin Hazim, Abu Musa al-Ash’ari dan Muaz bin Jabal (al-Qattan 1993: 33-37).
daripada kuasa eksekutif dan legislatif belum berlaku pada zaman Rasulullah SAW (Madkur 1964: 23). Ketiga-tiga kuasa itu dipegang sendiri oleh Baginda. Meskipun begitu, keadilan tetap dapat ditegakkan oleh Baginda melalui pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman Baginda. Semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan dan keturunan seseorang tetap diheret ke muka pengadilan jika disabitkan bersalah (al-Hashimi 2005: 20). Banyak contoh dan kes yang dihakimi oleh Baginda yang membuktikan bahawa pelaksanaan istiqlal al-qada’ itu diamalkan sepanjang penghakiman Baginda. Contoh-contoh dan kes ini mengukuhkan lagi hujah bahawa Rasulullah SAW sebagai hakim yang mengasaskan istiqlal al-qada’ dalam syariat umat Nabi Muhammad. Berikut adalah tiga contoh antara pelaksanaanistiqlal al-qada’ dalam kehakiman Rasulullah SAW:
1) Hukuman terhadap wanita bangsawan;
Rasulullah SAW adalah hakim yang adil yang tidak membezakan kedudukan dan taraf seseorang dalam penghakiman. Sesiapa sahaja yang disabitkan bersalah tetap akan menerima hukuman. Suatu hari, telah berlaku kes curi yang melibatkan seorang wanita dari keturunan mulia, Bani Makhzum. Ketika itu, penduduk Madinah cuba meminta syafaat dan pertolongan Rasulullah SAW agar mengecualikan wanita itu daripada dikenakan hukuman hudud. Kisah Makhzumiah ini diceritakan dalam hadis berikut;
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang Quraisy sedang berasa resah gelisah tentang kes kecurian yang melibatkan seorang wanita berbangsa Makhzum (yang berketurunan mulia) pada hari pembukaan kota Mekah. Mereka berkata: “Siapakah yang berani membawakan kes ini kepada Rasulullah SAW?” Lalu, ada yang menjawab: “Siapa lagi yang berani selain Usamah bin Zaid, pemuda kesayangan Rasulullah saw.” Maka, Usamah pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk meminta syafaat pertolongan (pengecualian hukuman) dalam kes tersebut. Lantas berubahlah wajah Rasulullah s.a.w. kerana marah dan bersabda: “Apakah kamu memohon syafaat pertolongan dalam kes hudud yang Allah telah tetapkan?” Lalu Usamah berkata: “Maafkan aku wahai Rasulullah” Kemudian Baginda Rasulullah SAW berdiri dan menyampaikan khutbah ringkas: “Wahai manusia! Sesungguhnya umat-umat sebelum kamu yang terdahulu telah dimusnahkan kerana perkara seperti ini. Mereka telah mengecualikan hukuman hudud terhadap golongan yang berkuasa dan berkedudukan dalam masyarakat. Namun, apabila rakyat biasa yang lemah dan tiada kedudukan di antara mereka mencuri, maka barulah mereka melaksanakan hudud. Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya, sesungguhnya sekiranya Fatimah binti Muhammad didapati telah mencuri, nescaya aku akan potong tangannya”. Setelah itu diperintahkan wanita yang mencuri tadi dipotong tangannya. (Muslim, Sahih Muslim, Kitab hudud, Bab qat’ul al-sariq al-syarif wa ghairihi wa al-nahyucan al-shafacah fi al-hudud, hadis no.
4387)
Hadis di atas menerangkan cara penghakiman Rasulullah SAW dalam kes curi terhadap seorang wanita dari keturunan Makhzum yang mulia. Rasulullah SAW telah menjatuhkan hukuman hudud potong tangan kepada wanita tersebut yang telah disabitkan dengan bersalah dengan kesalahan mencuri walaupun dia terdiri daripada keturunan yang mulia ketika itu. Malah, Rasulullah SAW juga bersumpah bahawa Baginda sendiri yang akan menjalankan hukuman hudud potong tangan sekiranya anaknya Fatimah didapati mencuri seperti wanita Makhzum itu. Rasulullah SAW juga mengingatkan tentang kemusnahan umat terdahulu yang disebabkan oleh ketidakadilan yang berlaku dalam penghakiman bilamana hanya golongan bawahan sahaja yang dikenakan hukuman. Sebaliknya golongan yang kaya dan berkedudukan lepas bebas begitu sahaja dan terkecuali daripada menerima hukuman.
i. Syahid pertama
؟ِﷲ ِدوﺪﺣ ﻦﻣ ٍّﺪﺣ ﰲ ُﻊﻔﺸﺗأ
yang bermaksud ‘Apakah kamu memohon syafaat pertolongan dalam kes hudud yang Allah telah tetapkan?’. Syahid ini membuktikan bahawa Rasulullah SAW adalah hakim yang adil dan bersikap bebas serta tidak terpengaruh dengan pangkat dan kedudukan seseorang. Rasulullah tetap menjatuhkan hukuman dan tidak memberikan sebarang pertolongan atau pelepasan kepada sesiapa sahaja yang disabitkan bersalah melakukan jenayah walaupun terhadap keturunan atasan seperti Bani Makhzum.ii. Syahid kedua:
ﺎﻫﺪﻳ ﺖﻌﻄﻘﻟ ﺖﻗﺮﺳ ﺪﻤﳏ ﺖﻨﺑ ﺔﻤﻃﺎﻓ نأ ﻮﻟ
yang bermaksud ‘Sekiranya Fatimah binti Muhammad itu mencuri, pasti aku akan memotong tangannya’. Syahid ini membuktikan Rasulullah SAW selaku hakim yang benar-benar bersikap bebas dan tidak berpihak kepada sesiapa walaupun terhadap anaknya sendiri. Rasulullah telah bersumpah bahawa sendiri yang akan memotong tangan anaknya Fatimah sekiranya dia disabitkan bersalah dengan kesalahan mencuri. Penghakiman Rasulullah SAW dalam kes ini menunjukkan bahawa kehakiman adalah suatu badan yang bebas yang tidak boleh dipengaruhi oleh pangkat dan keturunan demi menegakkan keadilan.2) Panduan kepada hakim;
Rasulullah SAW adalah hakim yang rasional dan adil dalam penghakiman. Baginda telah memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada Sayidina ‘Ali RA sebagai hakim yang baru dan muda belia lagi. Sayidina ‘Ali adalah hakim yang akan diutuskan ke negara Yaman seperti mana yang disebutkan dalam hadis;
ﻪﻧﺈﻓ ؛ لوﻷا ﻦﻣ ﺖﻌﲰ ﺎﻤﻛ ، ﺮﺧﻵا ﻦﻣ ﻊﻤﺴﺗ ﱴﺣ ﲔﻀﻘﺗ ﻼﻓ نﺎﻤﺼﳋا ﻚﻳﺪﻳ ﲔﺑ ﺲﻠﺟ
.ءﺎﻀﻘﻟا ﻚﻟ ﲔﺒﺘﻳ نأ ىﺮﺣأ
Maksudnya:
Rasulullah SAW mengutuskanku ke negara Yaman sebagai hakim. Maka, aku telah berkata kepada Rasulullah: “Kamu mengutuskanku sedangkan aku masih muda dan tidak ada ilmu tentang kehakiman?” Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya Allah akan memberikan hidayah kepada hatimu dan menetapkan lidahmu (agar menjadi fasih). Sekiranya dua orang yang bertelagah datang kepadamu, maka janganlah kamu menghakimi mereka sehinggalah kamu mendengar keterangan pihak yang lagi satu sepertimana kamu mendengar keterangan pihak yang pertama tadi. Itulah cara yang dapat menerangkan kepadamu tentang kehakiman” (Abi Daud, Sunan Abi Daud, Kitab al-aqdiyyah, Bab kayfa al-qada’,hadis no. 3582).
Hadis di atas menerangkan tunjuk ajar Rasulullah SAW kepada Sayidina ‘Ali yang akan diutuskan ke negara Yaman sebagai penguasa dan hakim. Rasulullah telah mengajarkan bahawa seorang hakim itu tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan dakwaan dan keterangan sebelah pihak sahaja. Sebaliknya, seorang hakim itu mesti mendengar hujah keterangan daripada kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman.
Pendalilan kepada hadis di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam penghakiman Rasulullah SAW melalui syahid hadis,
ﻚﻳﺪﻳ ﲔﺑ ﺲﻠﺟ اذﺈﻓ
3) Hubungan baik yang tidak mempengaruhi;
Rasulullah SAW adalah hakim yang bebas dan berpendirian. Walaupun, Baginda Nabi mempunyai hubungan baik dengan seseorang, namun hubungan itu sedikit pun tidak mempengaruhi Baginda dalam kehakiman.Ini kerana konsep istiqlal al-qada’ yang diamalkan oleh Rasulullah sebagai pengasas kepada syariat ini. Pernah suatu ketika, dua orang lelaki dari wilayah Kindah dan Hadaramaut di Yaman bertelagah di hadapan Rasulullah SAW tentang pemilikan tanah. Pada masa yang sama, lelaki dari wilayah Hadaramaut (digelar sebagai Hadrami) itu sangat dikenali oleh Rasulullah dan mereka mempunyai hubungan yang baik. Namun, hubungan yang baik itu langsung tidak mempengaruhi penghakiman Rasulullah terhadapnya sepertimana yang diceritakan dalam hadis;
:ﱡﻲﻣﺮﻀَﳊا َلﺎﻘﻓ َﻢﱠﻠﺳو ِﻪﻴَﻠﻋ ُﱠ ا ﻰﱠﻠﺻ ِّﱯﱠﻨﻟا ﱃإ َةﺪﻨِﻛ ﻦﻣ ٌﻞﺟرو َتﻮَﻣَﺮﻀَﺣ ﻦِﻣ ٌﻞﺟر َءﺎﺟ
يﺪﻳ ﰲ ﻲﺿرأ َﻲﻫ :ﱡيﺪﻨِﻜﻟا َلﺎﻘﻓ .ﰊﻷ ﺖَﻧﺎﻛ ﱄ ٍضرأ ﻰَﻠﻋ ﲏَﺒﻠَﻏ ﺪﻗ اﺬﻫ ﱠنإ !ِﱠ ا َلﻮﺳر
ﻻ َلﺎﻗ ٌﺔﻨِّﻴَـﺑ َﻚَﻟأ ِّﻲﻣﺮﻀَﺤﻠﻟ َﻢﱠﻠﺳو ِﻪﻴَﻠﻋ ُﱠ ا ﻰﱠﻠﺻ ِﱠ ا ُلﻮﺳر َلﺎﻘﻓ ﱞﻖﺣ ﺎﻬﻴﻓ ﻪَﻟ َﺲﻴﻟ ﺎﻬُﻋَرزأ
ﻦِﻣ ُعﱠرﻮﺘﻳ َﺲﻴﻟو ِﻪﻴَﻠﻋ َﻒﻠﺣ ﺎﻣ ﻰَﻠﻋ ﱄﺎﺒُﻳ ﻻ ٌﺮﺟﺎﻓ َﻞﺟﱠﺮﻟا ﱠنإ ِﱠ ا َلﻮﺳر َلﺎﻗ ُﻪُﻨﻴﳝ َﻚَﻠﻓ َلﺎﻗ
َﺮﺑدأ ﺎﳌ َﻢﱠﻠﺳو ِﻪﻴَﻠﻋ ُﱠ ا ﻰﱠﻠﺻ ِﱠ ا ُلﻮﺳر َلﺎﻘﻓ َﻒِﻠﺤﻴﻟ َﻖﻠﻄﻧﺎﻓ َﻚِﻟذ ﱠﻻإ ُﻪﻨﻣ َﻚَﻟ َﺲﻴﻟ َلﺎﻘﻓ ٍءﻲﺷ
ٌضِﺮﻌُﻣ ُﻪﻨﻋ َﻮﻫَو َﱠ ا ﱠَﲔَﻘﻠﻴَﻟ ﺎًﻤﻠُﻇ ُﻪَﻠﻛﺄﻴِﻟ ِﻪِﻟﺎﻣ ﻰَﻠﻋ َﻒﻠﺣ ﻦﺌَﻟ ﺎﻣأ
Maksudnya:
berpaling daripadanya” (Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-iman, Bab wa’eid man aqto’a hak muslimbiyamini fajirah bi al-nar, hadis no. 356).
Hadis di atas menerangkan cara penghakiman Rasulullah SAW dalam kes perebutan pemilikan tanah antara Kindi dan Hadrami. Kindi adalah seorang lelaki yang jahat dan tidak bersifat warak terhadap apa jua sekalipun. Manakala Hadrami telah dikenali oleh Rasulullah sebagai lelaki yang soleh dan mereka berdua mempunyai hubungan yang baik. Walau bagaimanapun, Hadrami sebagai pendakwa tidak mempunyai bukti. Oleh sebab itu, Rasulullah telah memutuskan bahawa tidak ada jalan lain bagi Hadrami melainkan sumpah daripada Kindi sebagai penafian terhadap dakwaan Hadrami.
Pendalilan kepada hadis di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam penghakiman Rasulullah SAW berdasarkan syahid hadis;
ِﱠ ا َلﻮﺳر َلﺎﻗ
ﱠﻻإ ُﻪﻨﻣ َﻚَﻟ َﺲﻴﻟ َلﺎﻘﻓ ٍءﻲﺷ ﻦِﻣ ُعﱠرﻮﺘﻳ َﺲﻴﻟو ِﻪﻴَﻠﻋ َﻒﻠﺣ ﺎﻣ ﻰَﻠﻋ ﱄﺎﺒُﻳ ﻻ ٌﺮﺟﺎﻓ َﻞﺟﱠﺮﻟا ﱠنإ
َﻚِﻟذ
yang bermaksud ‘Hadrami telah berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia adalah lelaki yang jahat. Dia sama sekali tidak hirau terhadap sumpah yang dilafazkannya dan dia tidak bersifat wara' terhadap apa jua”. Lalu, Rasulullah membalas: “Tiadalah bagimu melainkan sumpahnya”. Syahid ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sememangnya telah mengenali Hadrami dan mereka berdua mempunyai hubungan yang baik. Jikalau tidak, masakan Rasulullah membiarkan dakwaan Hadrami yang mengatakan bahawa Kindi adalah lelaki yang jahat. Malah, Rasulullah tidak berkata perkara yang sama kepada Hadrami kerana Baginda sememangnya mengenali Hadrami sebagai lelaki yang soleh dan mereka berdua mempunyai hubungan yang baik. Walau bagaimanapun, hubungan yang baik antara Rasulullah SAW dengan Hadrami sedikit pun tidak mempengaruhi Baginda untuk berlaku adil dalam kehakiman. Baginda tetap menerima sumpah Kindi kerana Hadrami tidak mempunyai bukti berdasarkan kaedah fiqah;ﻰﻠﻋ ﺔﻨﻴﺒﻟا
keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagai hakim yang membuktikan pelaksanaanistiqlal al-qada’dalam kehakiman Baginda.
PELAKSANAAN ISTIQLAL AL-QADA’ PADA ZAMAN KHULAFA’
AL-RASYIDIN
Khulafa al-Rasyidin membawa maksud khalifah-khalifah yang menggantikan Rasulullah SAW selepas kewafatannya untuk memimpin umat. Antara tugas para khalifah adalah menguruskan dan mentadbir hal ehwal kehakiman (al-Qattan 1993: 41). Para khalifah telah menjalankan urusan kehakiman dengan begitu baik sekali sebagaimana yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi SAW. Pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman juga telah diteruskan demi menjamin keadilan dan menjaga maslahat umat.
Sayidina Abu Bakar al-Siddiq atau nama sebenarnya Abdullah bin Abi Qahafah adalah khalifah pertama yang telah memimpin umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun kesebelas Hijrah (al-Humaydi 1989: 235). Tidak berlaku sebarang perubahan dalam sistem kehakiman semasa zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar al-Siddiq sepertimana pada zaman Rasulullah SAW. Ini kerana tugas kehakiman masih lagi dipegang oleh khalifah itu sendiri dan dibantu oleh beberapa orang penguasa yang telah dilantik untuk memerintah wilayah luar Madinah (Mushrifah 1939: 98-99). Pelaksanaanistiqlal al-qada’juga tetap berjalan sepertimana pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW walaupun ketika itu belum berlaku pengasingan kuasa kehakiman daripada kuasa eksekutif dan legislatif.Ini disebabkan kurangnya pertelingkahan yang berlaku lantaran kuatnya pegangan agama dalam diri mereka yang masih lagi dekat dengan zaman Rasulullah SAW(Madkur 1964: 25).
‘Umar al-Khattab, khalifah masih lagi memegang tugas kehakiman sepertimana pada zaman Rasulullah SAW dan zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar al-Siddiq (Mushrifah 1939: 98-99). Walau bagaimanapun, setelah wilayah Islam semakin besar, umat Islam semakin ramai dan tugas penguasa pentadbiran wilayah semakin banyak, maka Sayidina ‘Umar al-Khattab telah mengasingkan kuasa kehakiman daripada kuasa legislatif dan eksekutif (al-Humaydi 1989: 233). Pengasingan kuasa ini bertujuan agar tugas kehakiman dapat difokuskan dan dilaksanakan dengan sempurna oleh hakim-hakim yang telah dilantik demi menjaga maslahat umat. Manakala, penguasa pula dapat menumpukan kepada tugas-tugas pentadbiran wilayah sahaja (al-Hashimi2005: 24)
Seterusnya, Sayidina ‘Uthman bin Affan pula telah dilantik menjadi khalifah pada tahun kedua puluh tiga Hijrah menggantikan Sayidina ‘Umar yang telah meninggal dunia kerana dibunuh (Mushrifah 1939: 109). Semasa zaman pemerintahan Sayidina ‘Uthman, beliau lebih banyak mengadakan perbincangan dengan para sahabat yang lain sebelum memutuskan kes dan menjatuhkan sesuatu hukuman. Para sahabat yang sering dipanggil itu ialah Sayidina ‘Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair al-‘Awwam dan Abdul Rahman bin ‘Auf (al-Qattan 1993: 53-54). Walau bagaimanapun, pelaksanaan istiqlal al-qada’ tetap diteruskan seperti zaman pemerintahan yang sebelumnya.
Manakala Sayidina ‘Ali RA pula adalah Khulafa’ al-Rasyidin terakhir yang dilantik pada tahun ketiga puluh empat Hijrah (Mushrifah 1939: 119). Pada ketika itu, umat Islam berada dalam keadaan yang tegang berikutan pembunuhan Sayidina ‘Uthman. Malah, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab memfitnah Sayidina ‘Ali sebagai pembunuhnya. Oleh sebab itu, Sayidina ‘Ali telah memecat beberapa orang hakim yang terlibat dalam penyebaran fitnah ke atasnya itu dan sangat berhati-hati dalam pelantikan hakim (al-Qattan 1993: 56). Berikut adalah tiga contoh antara contoh pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman para Khulafa’ al-Rasyidin yang diambil daripada athar sahabat:
Seseorang hakim berhak untuk menarik balik keputusan dan membatalkan hukuman apabila didapati berlaku kesilapan dalam penghakiman. Keharusan ini membuktikan kebebasan seseorang hakim itu dalam institusi kehakiman yang mana dia tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Suatu ketika, Sayidina ‘Ali bin Abi Talib pernah menyangkal dan mempersoalkan hukuman rejam ke atas seorang wanita gila yang berzina yang telah dijatuhkan oleh Khalifah ‘Umar al-Khattab sebagai hakim ketika itu. Walau bagaimanapun, selepas mendengar hujah Sayidina ‘Ali, maka Khalifah ‘Umar telah menarik kembali hukuman tersebut sepertimana yang diceritakan dalam athar;
ﻲﻠﻋ ﻰﻠﻋ ﺎ ﺮﻤﻓ ، ﻢﺟﺮﺗ نأﺮﻤﻋ ﺎ ﺮﻣﺄﻓ ، ﺎﺳ أ ﺎﻬﻴﻓ رﺎﺸﺘﺳﺎﻓ ﺖﻧز ﺪﻗ ، ﺔﻧﻮﻨﺠﲟ ﺮﻤﻋ ﰐأ
Sayidina ‘Umar telah didatangi oleh seorang wanita gila yang telah berzina. Maka, orang ramai meminta agar dihakimi wanita itu. Oleh sebab itu, Sayidina ‘Umar telah memerintahkan agar dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Kebetulan, seketika kemudian, Sayidina ‘Ali telah lalu di hadapan wanita itu dan bertanya, “ Apa yang telah dilakukan oleh wanita ini?” Lantas, orang ramai yang berada di situ menjawab, “Wanita gila daripada Bani Fulan telah berzina. Maka, Sayidina ‘Umar memerintahkan hukuman rejam ke atasnya dilaksanakan.” Lalu Sayidina ‘Ali berkata, “Kembalilah kamu semua kepadanya (wanita gila itu)”. Setelah itu, Sayidina ‘Ali telah pergi menemui Sayidina ‘Umar dan berkata, “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya pena itu terangkat (tidak dikenakan hukuman ke atasnya) terhadap tiga golongan; (pertama) orang gila sehingga
Athar sahabat di atas menceritakan kebebasan Sayidina ‘Umar RA sebagai hakim dalam membuat keputusan, sama ada mengekalkan atau menarik kembali keputusan dan membatalkan hukuman setelah diperbetulkan oleh Sayidina ‘Ali. Akhirnya, setelah Sayidina ‘Umar menyedari akan kesilapannya dalam penghakiman, maka beliau telah menarik balik hukuman rejam ke atas wanita itu berdasarkan hujah daripada hadis Nabi yang dibawakan oleh Sayidina ‘Ali RA.
Pendalilan kepada athar di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman yang mana Sayidina ‘Umar al-Khattab adalah seorang hakim yang bebas untuk membuat sebarang keputusan dan bebas juga menarik balik sesuatu keputusan melalui syahid athar:
i. Syahid pertama;
ﻢﺟﺮﺗ نأ ﺮﻤﻋ ﺎ ﺮﻣﺄﻓ
yang bermaksud ‘Sayidina ‘Umar memerintahkan ke atas wanita itu direjam’. Ini menunjukkan pada permulaannya Sayidina ‘Umar telah membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman rejam ke atas wanita.ii. Syahid kedua;
ﺎﻬﻠﺳرﺄﻓ
yang bermaksud ‘Bebaskanlah dia (wanita itu). Syahid ini menunjukkan bahawa Sayidina ‘Umar telah menarik semula keputusan dan membatalkan hukuman ke atas wanita itu dengan membebaskannya setelah didapati berlaku kesilapan dalam penghakiman sepertimana yang ditegur oleh Sayidina ‘Ali.2) Penolakan terhadap penghakiman berat sebelah;
Sayidina ‘Umar telah menolak penghakiman Zaid yang tidak adil dan tidak mengamalkan konsep istiqlal al-qada’ sepertimana yang diceritakan dalam athar;
Suatu pertelingkahan telah berlaku di antara Sayidina ‘Umar al-Khattab dan Ubai RA. (pada zaman pemerintahan Sayidina ‘Umar). Maka, Sayidina ‘Umar telah berkata: “Sesungguhnya kita mesti melantik seorang hakim di antara kita (untuk mengadili kes ini).” Oleh sebab itu, mereka berdua telah menjadikan Zaid bin Thabit sebagai hakim dan pergi berjumpa Zaid. Apabila tiba di rumah Zaid, Sayidina ‘Umar berkata: “Sayidina ‘Umar RA. telah datang kepada kamu untuk dihakimi dan dirumahmu diputuskan kes ini” Maka, setelah mereka berdua masuk ke dalam rumah, Zaid terus memberikan tempat duduknya kepada Sayidina ‘Umar (kerana memuliakannya) dan duduk bersama dengannya. Lantas, Sayidina ‘Umar berkata: “Ini adalah kesalahan pertama (kerana tidak berlaku adil) yang berlaku dalam penghakimanmu! Hakimi aku dan lawanku dalam satu perbicaraan (pada kedudukan yang sama).” Setelah Sayidina ‘Umar dan Ubai masing-masing selesai menceritakan hal dan punca pertelingkahan mereka itu, maka Zaid pun berkata kepada Ubai al-Yamin: “Sekiranya kamu mahu, maafkanlah dia (kerana memuliakan Sayidina ‘Umar sebagai Khalifah pada masa itu)”. Lantas, ‘Umar sekali lagi marah dengan tindakan Zaid ini (kerana tidak berlaku adil) dan berkata: “Jangan kamu menghampiri pintu kehakiman (termasuklah menjadi hakim atau peguam atau pihak yang bertelingkah) sehinggalah kamu tidak lagi melebihkan aku daripada orang lain” (al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, kitab adab al-qadhi, bab al-qadila yahkum li nafsihi, hadis no. 20510)
adil dan memberi keistimewaan kepada Sayidina ‘Umar berbanding Ubai.Ini disebabkan Zaid sangat menghormati dan memuliakan Sayidina ‘Umar sebagai khalifah. Kesannya, penghakiman Zaid ini telah ditolak oleh Sayidina ‘Umar dan peringatan tegas diberikan kepadanya.
Pendalilan kepada athar di atas menunjukkan bahawa Sayidina ‘Umar al-Khattab tegas dalam pendiriannya berkaitan dengan pelaksanaan istiqlal al-qada’melalui syahid athar;
i. Syahid pertama: Pelaksanaan konsep istiqlal al-qada’ melalui pengasingan kuasa kehakiman daripada kuasa legislatif dan eksekutif berdasarkan kata-kata
ﺖﺑ ﻦﺑ ﺪﻳز ﺎﻤﻬﻨﻴﺑ ﻼﻌﺠﻓ
yang bermaksud ‘Maka, mereka berdua telah menjadikan Zaid bin Thabit sebagai hakim’. Ini menunjukkan Sayidina ‘Umar sebagai Khalifah ketika itu telah mengasingkan kuasa kehakiman daripada kuasa legislatif dan eksekutif apabila beliau sendiri telah pergi berjumpa dengan hakim untuk menyelesaikan pertelagahannya dengan Ubai kerana ia di luar bidang kuasanya sebagai Khalifah.ii. Syahid kedua; Ketegasan pendirian Sayidina ‘Umar dalam memastikan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman dengan menolak penghakiman Zaid yang tidak adil yang mana telah memberikan keistimewaan kepada dirinya berbanding pihak lawannya, Ubai berdasarkan kata-kata Sayidina ‘Umar
نﻮﻜﻳ ﻻ / ﱴﺣ ءﺎﻀﻘﻟا ب كرﺪﺗ ﻻ
3) Kesamarataan Pihak yang Bertelagah
Antara prinsip pelaksanaan istiqlal al-qada’ yang menjadi kewajiban kepada seseorang hakim adalah menyamaratakan kedua-dua pihak yang bertelagah. Para hakim mestilah bersikap bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak sekalipun. Prinsip kesamarataan ini telah ditunjukkan oleh Sayidina ‘Ali RA ketika mana seorang lelaki telah datang berjumpa dengannya mengemukakan kes pertelingkahannya. Walau bagaimanapun, Sayidina ‘Ali telah menolak untuk menghakimi kes itu kerana lelaki itu hanya datang berseorangan sahaja tanpa pihak lawannya sepertimana yang diceritakan dalam athar;
ُﱠ ا َﻲﺿر ﱞﻲﻠﻋ ُﻪَﻟ َلﺎﻘﻓ ، ُﻪَﻟ ﺎًﻤﺼﺧ َمِﺪﻗ ﱠﰒ ، ِﺔﻓﻮﻜﻟ َﻮﻫَو ٌﻞﺟر ُﻪﻨﻋ ُﱠ ا َﻲﺿر ٍّﻲﻠﻋ ﻰَﻠﻋ َلﺰﻧ
ﺎَ : َﻢﱠﻠﺳو ِﻪﻴﻠﻋ ُﱠ ا ﻰﱠﻠﺻ ِﱠ ا َلﻮﺳَر ﱠنﺈﻓ ، ْلﱠﻮﺤﺘﻓ : َلﺎﻗ ، ﻢﻌﻧ : َلﺎﻗ ؟ َﺖﻧأ ٌﻢﺼﺧأ: ُﻪﻨَﻋ
3
ُﻪَﻌﻣ ُﻪُﻤﺼﺧو ﱠﻻإ َﻢﺼﳋا َﻒﻴﻀُﻧ نأ
Maksudnya:
Sayidina ‘Ali telah didatangi seorang lelaki ketika di Kufah. Kemudian lelaki itu telah mengemukakan suatu kes pertelingkahan kepadanya. Lalu, Sayidina ‘Ali bertanya kepadanya: “Adakah kamu orang yang bertelingkah itu?” Lelaki itu menjawab: “Ya”. Lantas Sayidina ‘Ali berkata: “Pulanglah kamu. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melarang kami untuk mendengar suatu pertelingkahan kecuali dia dan pihak lawannya ada bersama-sama dengannya.” (al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, kitab adab al-qadi, bab la yanbaghi li al-qadican yudif al-khosmuilla wa khosmuhuma’ahu, hadis no.
20470)
Athar di atas menerangkan bahawa Sayidina ‘Ali enggan untuk menghakimi dan mendengar kes pertelingkahan seorang lelaki yang telah datang berjumpa dengannya di Kufah.Ini disebabkan oleh peringatan Rasulullah SAW yang telah melarang seorang hakim daripada mendengar sesuatu kes daripada sebelah sahaja tanpa dihadiri oleh pihak lawan bersama-sama dengannya
kerana dikhuatiri keputusan hakim itu nanti hanya dipengaruhi oleh satu pihak sahaja.
Pendalilan kepada athar di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’dalam kehakiman Sayidina ‘Ali RA melalui syahid athar;
i. Syahid pertama: Keengganan Sayidina ‘Ali RA daripada mendengar kes pertelingkahan lelaki itu apatah lagi untuk menghakiminya berdasarkan kata-kata
ْلﱠﻮﺤﺘﻓ
yang bermaksud ‘Pulanglah’. Ini menunjukkan Sayidina ‘Ali sebagai hakim menolak untuk mendengar kes itu kerana lelaki itu hanya datang berseorangan tanpa pihak lawannya. Perkara ini membuktikan bahawa kesamarataan antara kedua-dua pihak yang bertelagah dalam kehakiman bilamana mereka berdua mestilah dating bersama-sama untuk mengemukakan sesuatu kes pertelingkahan.ii. Syahid kedua; Pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman berdasarkan kata-kata Sayidina ‘Ali;
: َﻢﱠﻠﺳو ِﻪﻴﻠﻋ ُﱠ ا ﻰﱠﻠﺻ ِﱠ ا َلﻮﺳَر ﱠنﺈﻓ
ُﻪَﻌﻣ ُﻪُﻤﺼﺧو ﱠﻻإ َﻢﺼﳋا َﻒﻴﻀُﻧ نأ ﺎَ
yang bermaksud ‘Sesungguhnya
Rasulullah SAW telah melarang kami untuk mendengar suatu pertelingkahan kecuali dia dan pihak lawannya ada bersama-sama dengannya’. Ini menunjukkan Sayidina ‘Ali adalah seorang hakim yang bersikap bebas dan tidak mahu dipengaruhi dalam membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan dakwaan sesuatu pihak sahaja sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
KESIMPULAN
RUJUKAN
al-Quran al-Karim.
al-Badwi, Ismacil Ibrahim.2012. Nizam al-Qada’ al-Islami. Iskandariyyah: Dar
al-Fikir al-Jam’ie.
al-Bayhaqi, AbiBakar Ahmad bin al-Husin bin cAli. 1999/1420H. al-Sunan al-Kubra.
Jil. 10. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Abu Talib, Hamid Muhammad. 1982. Tanzim al-Qada’i al-Islami. Cetakan pertama. Misr: Matbacah al-Sacadah.
AbiDaud. 2009.Sunan AbiDaud. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
al-Hashimi, Muhammad cAli. 2005/1426H. Mafakhir al-Qada’ al-Islami. Bayrut: Dar
al-Basha’ir al-Islamiyyah.
al-Humaydi, cAbd al-Rahman Ibrahim cAbd al-cAziz. 1989/1409H. al-Qada’ wa
Nizamuhu fial-Kitab wa al-Sunnah. Makkah: Jamicah Umm al-Qurra’.
Madkur, Muhammad Salam. 1964/1348H. al-Qada’ fi al-Islam . al-Qahirah: Tibacat
al-‘Alamiyyah.
Muslim. 2007.SahihMuslim. Jil. 11. Cetakan ke -14. Bayrut: Dar al-Macrifah.
Mushrifah, A’thiyah Mustafa. 1939. al-Qada’ fi al-Islam. Tesis Doktor Falsafah. Universiti al-Azhar, al-Qahirah.
al-Qattan, Manna’. 1993/1414 H. al-Nizam al-Qada’i fi al-cAhd al-Nabawi wa cAhd
al-Khilafah al-Rashidah. al-Qahirah: Maktabah Wahbah.