• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Kebebasan Kehakiman Istiqlal al Q

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Konsep Kebebasan Kehakiman Istiqlal al Q"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

KONSEP KEBEBASAN KEHAKIMAN (ISTIQLAL AL-QADA’) MENURUT SYARIAT ISLAM

Nur Aina Abdulah1 Ibnor Azli Ibrahim2

Abstrak

Kebebasan kehakiman atau dalam bahasa Arabnya dikenali sebagai istiqlal al-qada’ ialah kebebasan yang diberikan kepada para hakim melalui pengasingan kuasa daripada badan eksekutif dan legislatif serta jauh daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang boleh memesongkannya daripada kebenaran untuk menegakkan keadilan. Islam telah datang kepada umatnya dengan membawa syariat yang lengkap mencakupi segala aspek termasuklah sistem kehakiman. Malangnya, konsep ini istiqlal al-qada’ ini tidak difahami dengan baik sehinggakan ia dieksploitasi untuk kepentingan peribadi. Persoalan yang wujud di sini ialah apakah konsep istiqlal al-qada’ yang terkandung dalam syariat Islam. Oleh sebab itu, artikel ini bertujuan mengkaji dan menerangkan konsep istiqlal al-qada’ menurut syariat Islam. Kajian ini merupakan kajian bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dalam mengumpul data. Data-data seterusnya diproses dengan menggunakan kaedah deskriptif. Kajian ini mendapati bahawa konsep istiqlal al-qada’ ini sememangnya disyariatkan dalam Islam melalui dalil al-Quran dan al-Sunnah dan mesti dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip pelaksanaannya yang tersusun.

Kata Kunci: Kebebasan kehakiman, Istiqlal al-qada’, Konsep, Takrif, Pensyariatan, Prinsip pelaksanaan.

PENGENALAN

Istiqlal al-qada’ adalah suatu istilah yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kebebasan badan kehakiman. Ia merupakan syarat terpenting dan rukun kepada institusi kehakiman dalam sesebuah negara bagi membicarakan dan menjatuhkan hukuman kepada pesalah dan penjenayah dengan adil tanpa mengira pangkat, kedudukan, jawatan, harta dan keturunan seseorang itu dalam masyarakat. Keamanan dan kedaulatan sesebuah negara itu sangat berkait rapat dengan kebebasan badan kehakiman ini sama ada ia ditadbir dengan baik dan bebas dari campur tangan mana-mana pihak ataupun sebaliknya.

1Pelajar sarjana tahun akhir di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

(2)

Oleh kerana istiqlal al-qada’ merupakan syarat terpenting dalam sesebuah badan kehakiman, maka ia sebenarnya telah lama disyariatkan dalam Islam. Islam sebagai agama yang syumul dan lengkap mencakupi segala aspek dan bidang kehidupan pastinya juga adalah agama yang sangat menitik beratkan keadilan untuk menjaga maslahat umatnya. Allah SWT sendiri telah berfirman dalam al-Quran dengan banyak ayat yang berkaitan dengan kepentingan menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama.

TAKRIFISTIQLAL AL-QADA’

Mengikut kamusal-Mu’jam al-Wasit, perkataan istiqlal(

لﻼﻘﺘﺳا

) berasal daripada kata dasar istaqqala

(

َﻞﻘﺘﺳا

) yang memberi maksud infarada (

دﺮﻔﻧا

) iaitu tersendiri (Mucjam

Wasit 1972: 759). Manakala perkataan al-qada’ (

ءﺎﻀﻘﻟا

) pula adalah perkataan Arab yang didatangkan dengan tambahan huruf alif maqsurah di belakangnya, iaitu

ﻰﻀﻗ

ﺔﻴﻀﻗو ،ءﺎﻀﻗو ﺎﻴﻀﻘﻳ ﺾﻘﻳ ،ﻪﻴﻠﻋ

yang membawa makna menghukum, memisahkan dan

memutuskan (

ﻊﻄﻘﻟاو ﻞﺼﻔﻟاو ﻢﻜﳊا

) (al-Bikir 2006: 49).

Istiqlal al-qada’ (

ءﺎﻀﻘﻟا لﻼﻘﺘﺳا

) tidak disebutkan secara jelas dalam mana-mana kitab turath atau kitab empat mazhab. Walau bagaimana-manapun, pemahaman kepada maksud istiqlal al-qada’ itu tetap ada dalam kitab-kitab tersebut cuma istilah istiqlal al-qada’ itu sahaja yang tidak wujud. Takrif-takrif istiqlal al-qada’ ini lebih banyak dibawakan dan dipopularkan oleh ulama’ kontemporari. Antara takrif istiqlal al-qada’ itu ialah ‘Para hakim mestilah tidak terletak di bawah pengaruh pemerintah atau individu tertentu yang mana boleh memesongkannya daripada mencapai matlamat kehakiman yang tertinggi, iaitu menegakkan keadilan antara manusia dan mengembalikan hak yang sepatutnya kepada pemilik hak’ (AbuFaris 1995: 189).

(3)

kuasa badan legislatif (

ﺔﻴﻌﻳﺮﺸﺘﻟا ﺔﻄﻠﺳ

) dan badan pelaksana atau badan eksekutif (

ﺔﻄﻠﺳ

ﺔﻳﺬﻴﻔﻨﺘﻟا

) (Abu Talib 1982: 45).

Disebabkan beberapa kekurangan yang terdapat dalam takrif-takrif yang terdahulu, maka pengkaji telah memilih satu takrif yang lengkap dan jelas yang merangkumi maksud, cara dan matlamat istiqlal al-qada’ iaitu; ‘Kebebasan dalam kehakiman melalui pengasingan kuasa daripada badan eksekutif mahupun badan legislatif yang diberikan kepada para hakim dalam memutuskan kes dan menjatuhkan hukuman demi menegakkan keadilan dan menjaga maslahat umat’.

PENSYARIATANISTIQLAL AL-QADA’

Istiqlal al-qada’telah disyariatkan oleh Allah SWT sejak dahulu lagi, zaman berzaman berkurun lamanya. Ia bukanlah suatu perkara yang baru dan juga bukan suatu prinsip ciptaan manusia walaupun konsep ini dilihat seolah-olah datang dari Barat kerana dibawakan oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani (Abu al-Basal 2000: 110). Hakikat yang sebenarnya, konsep istiqlal al-qada’ ini telah terlebih dahulu termaktub dalam ayat al-Quran dan hadis Nabi. Ini membuktikan bahawa istiqlal al-qada’adalah sebahagian daripada syariat Islam yang telah ditetapkan dan wajib dilaksanakan dalam sesebuah badan kehakiman. Pensyariatanistiqlal al-qada’itu adalah seperti berikut;

1. Pensyariatanistiqlal al-qada’daripada al-Quran

Allah SWT telah berfirman dalam banyak ayat al-Quran dan menyuruh hamba-Nya agar melaksanakan qada’ dengan adil dan saksama serta bebas dari campur tangan mana-mana pihak yang lain. Antara firman-Nya itu ialah;

(4)

Maksudnya:

Wahai nabi Daud, sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka jatuhkanlah hukuman di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.( al-Quran,Sad 23:26)

Ayat di atas membawa maksud bahawa Allah SWT telah memerintahkan kepada nabi Daud a.s khususnya dan kepada para hakim amnya agar menjatuhkan hukuman di antara manusia dengan adil dan melarang daripada mengikut hawa nafsu. Ini kerana hawa nafsulah yang akan menyesatkan manusia daripada jalan yang telah ditetapkan Allah (al-Shawkani 1991: 492). Pendalilan kepada ayat di atas menunjukkan bahawa walaupun terhadap seorang nabi, Baginda tetap diperintahkan agar tidak mengikut hawa nafsu dalam memutuskan sesuatu kes dan menjatuhkan hukuman, apatah lagi kepada para hakim.Ini berdasarkan kepada perintah larangan Allah

ىﻮﳍا ﻊﺒﺘﺗ ﻻ

yang mana Allah SWT telah menggunakan perkataan

ﺔﻴﻫﺎﻨﻟاﻻ

iaitu huruf larangan yang membawa kepada perbuatan yang wajib dan lazim ditinggalkan (al-Zuhayli 2008: 86).

Imam al-Qurtubi mentafsirkan hawa nafsu itu ialah setiap sesuatu yang bercanggah dengan perintah Allah dan mesti dijauhi para hakim dalam mengadili dan menjatuhkan hukuman (al-Qurtubi 1935: 189). Maka, hawa nafsu ini termasuklah tunduk dan patuh kepada campur tangan pihak lain semata-mata untuk menjaga ‘periuk nasi’ atau melindungi kepentingan golongan tertentu.

2. Pensyariatanistiqlal al-qada’daripada al-Sunnah

(5)

ِةوﺰﻏ ﰲ . َﻢﱠﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ُﷲ ﻰﱠﻠﺻ ِّﱯﻨﻟا ِﺪﻬﻋ ﰲ ﺖﻗﺮﺳ ﱵﻟا ِﺔﱠﻴﻣوﺰﺨﳌا ِةأﺮﳌا ُنﺄﺷ ﻢﻬﱠﳘأ ﺎًﺸﻳﺮﻗ ﱠنأ

Sesungguhnya orang-orang Quraisy sedang berasa resah gelisah tentang kes kecurian yang melibatkan seorang wanita berbangsa Makhzum (yang berketurunan mulia) pada hari pembukaan kota Mekah. Mereka berkata: “Siapakah yang berani membawakan kes ini kepada Rasulullah SAW?” Lalu, ada yang menjawab: “Siapa lagi yang berani selain Usamah bin Zaid, pemuda kesayangan Rasulullah saw.” Maka, Usamah pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk meminta syafaat pertolongan (pengecualian hukuman) dalam kes tersebut. Lantas berubahlah wajah Rasulullah s.a.w. kerana marah dan bersabda: “Apakah kamu memohon syafaat pertolongan dalam kes hudud yang Allah telah tetapkan?” Lalu Usamah berkata: “Maafkan aku wahai Rasulullah” Kemudian Baginda Rasulullah SAW berdiri dan menyampaikan khutbah ringkas: “Wahai manusia! Sesungguhnya umat-umat sebelum kamu yang terdahulu telah dimusnahkan kerana perkara seperti ini. Mereka telah mengecualikan hukuman hudud terhadap golongan yang berkuasa dan berkedudukan dalam masyarakat. Namun, apabila rakyat biasa yang lemah dan tiada kedudukan di antara mereka mencuri, maka barulah mereka melaksanakan hudud. Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya, sesungguhnya sekiranya Fatimah binti Muhammad didapati telah mencuri, nescaya aku akan potong tangannya”. Setelah itu diperintahkan wanita yang mencuri tadi dipotong tangannya. (Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-hudud, Bab qat’ul al-sariq al-sharif wa ghayrihi wa al-nahyu an al-shafacah fi al-hudud,

hadis no. 4387).

(6)

penegasan (

ﺪﻴﻛﺄﺘﻟا مﻻ

) yang menunjukkan perbuatan memotong itu pasti akan dilakukan (al-Rajihi 2004: 420). Ini jelas membuktikan bahawa istiqlal al-qada’ itu telah diamalkan oleh Rasulullah SAW sebagai hakim dan ketua negara Madinah ketika itu.

Selain itu, hadis ini juga mengingatkan tentang kemusnahan umat terdahulu yang disebabkan oleh ketidakadilan yang berlaku dalam penghakiman bilamana hanya golongan bawahan sahaja yang dikenakan hukuman. Sebaliknya golongan yang kaya dan berkedudukan terlepas bebas dan dikecualikan daripada menerima hukuman begitu sahaja.

PRINSIP PELAKSANAANISTIQLAL AL-QADA’DALAM SYARIAT ISLAM

Istiqlal al-qada’ yang disyariatkan dalam Islam ini adalah suatu sistem yang lengkap dan tersusun rapi. Maka, pastinya istiqlal al-qada’ ini mempunyai prinsip-prinsip pelaksanaannya yang tersendiri yang mana membezakannya daripada kebebasan kehakiman (independent of judiciary) yang diamalkan oleh bukan Islam. Oleh sebab itu, prinsip-prinsip ini perlulah difahami dengan baik bermula dari fokus utama dalam istiqlal al-qada’, kriteria pelaksanaannya, jaminan dan sokongan terhadapnya.

Fokus Utama dalamIstiqlal al-Qada’

Istiqlal al-qada’ bukanlah suatu perkara yang mudah dan senang untuk dicapai tanpa disusuli dengan usaha yang sungguh-sungguh. Walau bagaimanapun, ia dapat dicapai dengan jayanya sekiranya tiga fokus utama terhadap beberapa perkara diberikan tumpuan. Fokus tersebut ialah:

(7)

Seterusnya keadilan dapat ditegakkan oleh para hakim dengan sebaik-baiknya. Allah SWT mengingatkan dalam al-Quran tentang kepentingan berlaku adil dan tidak berpihak kepada mana-mana walaupun terhadap diri sendiri mahupun keluarga sendiri seperti mana dalam firman-Nya:

฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀ ฀

Maksudnya;

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan dan menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu tentang kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran (Quran, al-Nisa’ 6:135).

Ayat di atas menerangkan bahawa seseorang yang beriman itu mestilah berlaku adil walaupun terhadap diri sendiri mahupun kaum kerabat (al-Zuhayli 2005: 322-323). Pendalilan kepada ayat tersebut menunjukkan berlaku adil itu adalah wajib berdasarkan kepada perkataan اﻮﻧﻮﻛ yang bermaksud jadilah yang mana Allah SWT menggunakan lafaz fi’il amar (

ﺮﻣﻷا ﻞﻌﻓ

)yang membawa maksud suruhan yang wajib (cAbd al-Rahman 2004: 194). Ini membuktikan sekiranya terhadap diri sendiri dan kaum kerabat pun perlu berlaku adil, apatah lagi jika dalam suatu institusi yang besar, iaitu badan kehakiman. Maka untuk menjamin keadilan, badan kehakiman mestilah bebas daripada berpihak kepada mana-mana sekalipun badan eksekutif mahupun legislatif.

(8)

meletakkan bahawa beberapa syarat yang perlu ada dalam pemilihan hakim. Syarat-syarat tersebut ialah seseorang hakim hendaklah terdiri daripada orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeheka, lelaki, tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak melazimi dosa-dosa kecil serta mampu berijtihad dan sempurna pancaindera (al-Nawawi 2000: 82-85). Selain itu, seseorang hakim juga perlu memiliki sifat-sifat mahmudah seperti zuhud dan tidak tamak dengan habuan dunia agar tanggungjawab berat untuk menegakkan keadilan ini dapat digalas dengan sebaik-baiknya (Zaydan 2009: 28).

iii. Kebebasan dalam berfikir dan berijtihad (

دﺎﻬﺘﺟﻻاو ﺮﻜﻔﻟا ﺔﻳﺮﺣ

) (AbuFaris 1995: 191).

Kebebasan ini bermakna para hakim itu mestilah tidak disekat dalam berfikir dan berijtihad untuk mengadili sesuatu kes. Badan eksekutif dan legislatif juga sama sekali tidak boleh mempengaruhi pemikiran para hakim dalam berijtihad untuk memutuskan kes agar berpihak kepadanya. Walau bagaimanapun, ruang kebebasan ini tidaklah bersifat mutlak, tetapi ia perlulah dipandu oleh syariat (al-Rawahanah 2006: 7-8). Ijtihad para hakim pula tidak boleh bercanggah dengan hukum yang telah termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah (cAbd al-cAziz 1994: 22-23).

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf dan memberi ruang kebebasan kepada Muaz bin Jabal yang diutus sebagai wakil ke negara Yaman untuk berfikir dan berijtihad dengan kemampuan akalnya sendiri dalam menjatuhkan hukuman sekiranya sesuatu perkara itu tidak terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah (Abi Dawud, Sunan AbiDawud, Kitab al-Aqdiyyah, Bab ijtihad al-ra’yu fi al-qada’, hadis no. 3592). Rasulullah SAW juga tidak mempengaruhi pemikiran Muaz dalam berijtihad atau campur tangan dalam urusan penghakimannya.

Kriteria PelaksanaanIstiqlal al-Qada’

(9)

kebebasan kehakiman (independent of judiciary) yang lain. Terdapat tujuh kriteria pelaksanaanistiqlal al-qada’yang digariskan di sini, iaitu:

i. Pengasingan kuasa (

تﺎﻄﻠﺴﻟا ﲔﺑ ﻞﺼﻔﻟا

) (AbuZaid 1997: 35).

Pengasingan kuasa yang dimaksudkan ialah badan kehakiman mestilah diasingkan daripada diletakkan di bawah badan eksekutif mahupun legislatif. Dengan itu, badan kehakiman bebas memutuskan kes dan menjatuhkan hukuman daripada pihaknya sendiri tanpa campur tangan badan eksekutif dan badan legislatif (Khitab 1984: 26). Oleh yang demikian, ini bermakna badan eksekutif tidak boleh mengeluarkan apa-apa arahan kepada para hakim tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang tugas kehakiman. Manakala, badan perundangan pula tidak boleh membuat dan menggubal undang-undang baru semata-semata untuk mempengaruhi keputusan hakim dalam sesuatu kes.

ii. Rujukan kehakiman (

ﻪﻣﺎﻜﺣأ ﻲﺿﺎﻘﻟا ﺎﻬﻨﻣ ﻲﻘﺴﺘﺴﻳ ﱵﻟا ردﺎﺼﳌا

) (Abu Zaid 1997: 45).

(10)

untuk para hakim berijtihad dan merujuk kepada undang-undang (Abu al-Basal 2000: 108).

Turutan rujukan kehakiman yang sahih ini pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis iaitu:

اذإ ﻲﻀﻘﺗ ﻒﻴﻛ لﺎﻗ ﻦﻤﻴﻟا ﱃإ اذﺎﻌﻣ ﺚﻌﺒﻳ نأ دارأ ﺎﳌ ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲ ﻰﻠﺻ ﷲ َلﻮﺳر ﱠنأ

ِﷲ لﻮﺳر ﺔﻨﺴﺒﻓ لﺎﻗ ﷲ بﺎﺘﻛ ﰲ ﺪﲡ ﱂ نﺈﻓ لﺎﻗ ﷲ بﺎﺘﻜﺑ ﻲﻀﻗأ لﺎﻗ ءﺎﻀﻗ ﻚﻟ ضﺮﻋ

ﷲ بﺎﺘﻛ ﰲ ﻻو ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲ ﻰﻠﺻ ِﷲ لﻮﺳر ﺔﻨﺳ ﰲ ﺪﲡ ﱂ نﺈﻓ لﺎﻗ ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲ ﻰﻠﺻ

يﺬﻟا ﺪﻤﳊا لﺎﻗو ﻩرﺪﺻ ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲ ﻰﻠﺻ ِﷲ لﻮﺳر بﺮﻀﻓ ﻮﻟآ ﻻو ﻲﻳأر ﺪﻬﺘﺟأ لﺎﻗ

ِﷲ لﻮﺳر ﻲﺿﺮﻳ ﺎﳌ ِﷲ لﻮﺳر لﻮﺳر ﻖﻓو

Maksudnya:

Rasulullah SAW telah bertanya kepada Muaz bin Jabal ketika ingin mengutuskannya ke negara Yaman: “Bagaimanakah kamu akan menghakimi sekiranya dikemukakan kepada kamu sesuatu kes?” Maka, Muaz menjawab: “Saya akan menghakiminya berdasarkan hukum yang terdapat dalam kitab Allah (al-Quran)” Rasulullah bertanya lagi: “Sekiranya tidak terdapat dalam kitab Allah?” Maka, Muaz menjawab: “Saya akan menghakimi berdasarkan apa yang terdapat dalam al-Sunnah” Rasulullah bertanya lagi: “Sekiranya tidak terdapat dalam al-Sunnah dan juga kitab Allah?” Lalu Muaz menjawab: “Saya akan berijtihad dengan pandangan sendiri”. Lantas Rasulullah SAW menepuk dada Muaz (tanda berpuas hati) dan bersabda: “Segala puji bagi Allah yang memberi petunjuk kepada Rasulullah (dan mengajar kamu) dengan apa yang Rasulullah redha.” (Abi Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Aqdiyyah, Bab ijtihad al-ra’yu fial-qada’, hadis no. 3592)

(11)

iii. Kebajikan para hakim (

ﻢ ﺎﻴﺣ تﺎﻣﻮﻘﻣ ﻰﻠﻋ ةﺎﻀﻘﻟا ﲔﻣ

) (AbuZayd 1997: 85).

Ia bermaksud pemerintah hendaklah meluaskan pendapatan para hakim dengan memberikan gaji yang melebihi dari kecukupan dan keperluan hakim tersebut di samping menyediakan tempat tinggal yang selesa. Perkara ini amat penting dalam memastikan para hakim memiliki sumber kewangan yang kukuh dan jaminan kehidupan yang baik supaya mereka tidak terpengaruh dengan rasuah dan habuan keduniaan yang cuba disogokkan oleh pihak tertentu yang ingin mempengaruhi keputusan hakim agar memihak kepadanya (Abual-Aynayn 1983: 45). Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda tentang perkara ini sepertimana yang terdapat dalam hadis:

ﻲﺸﺗﺮﳌاو ﻲﺷاﺮﻟا ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲ ﻰﻠﺻ ﷲ لﻮﺳر ﻦﻌﻟ

Maksudnya:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah (Abi Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Aqdiyyah, Bab fikarahiah al-rashwah, hadis no. 3580).

Pendalilan kepada hadis di atas menunjukkan bahawa Allah dan rasul-Nya telah melarang keras perbuatan rasuah dengan melaknat pemberi mahupun penerima rasuah berdasarkan lafaz

ﻦﻌﻟ

yang digunakan yang membawa maksud larangan yang wajib (cAbd al-cAziz 1994: 84).

Sejarah juga telah membuktikan bahawa khalifah ‘Umar al-Khattab dan pemerintah kerajaan Bani Umayyah juga telah meluaskan pendapatan para hakim lebih daripada had keperluan hakim demi memastikan keadilan dalam kehakiman dapat ditegakkan apabila kebajikan para hakim terjaga (Abu Talib 1982: 82).

iv. Perbicaraan terbuka (

ﺔﻤﻛﺎﶈا ﺔﻴﻧﻼﻋ

) (al-Hamid 2004: 110).

(12)

yang tidak dapat dielakkan seperti dewan yang telah penuh atau untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan antara penyokong-penyokong pihak defendan dengan plaintif (AbuZaid 1984: 24). Dengan prinsip perbicaraan terbuka ini, ia dapat menjamin dan memastikan tiada sebarang campur tangan dan keraguan yang timbul sepanjang prosiding berjalan. Ini kerana orang ramai dapat mengikuti sesuatu kes dengan telus secara terbuka.

Rasulullah SAW dan para Khulafa al-Rasyidin telah mengamalkan prinsip ini dengan mengadakan prosiding perbicaraan di masjid yang merupakan suatu tempat umum dan terbuka serta boleh dihadiri oleh orang ramai (Khan 2001: 234-235). Ini membuktikan bahawa di dalam syariat Islam, prosiding perbicaraan tertutup tidak dibenarkan kerana ia boleh menimbulkan keraguan dan mengundang campur tangan pihak lain.

v. Perlindungan Hakim daripada Sembarangan (

ﻒﺴﻌﺘﻟا ﻦﻣ ةﺎﻀﻘﻟا ﺔﻧﺎﺼﺣ

)

(al-Hamid 2004: 13-14).

Sembarangan (ﻒﺴﻌﺘﻟا) atau arbitrariness yang dimaksudkan ialah perbuatan yang dilakukan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata tanpa bersifat rasional (Faruqi’s Law Dictionary 1991: 50). Hak para hakim hendaklah dijaga daripada diperlakukan sembarangan atau sewenang-wenangnya contohnya dengan melindungi hakim daripada pemecatan, pengurangan gaji atau pertukaran daerah tanpa sebab yang munasabah. Kezaliman terhadap hak hakim seperti ini boleh terjadi sekiranya ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diputuskan hakim yang adil (Abu Talib 1982: 86-87). Oleh sebab itu, satu akta perlu digubal dalam perlembagaan negara yang memberi perlindungan terhadap para hakim yang adil daripada dizalimi dan diperlakukan sewenang-wenangnya.

vi. Kesegeraan prosiding perbicaraan

(

ﺎﻀﻘﻟا ﰲ ﺖﺒﻟا

)

(al-Hamid 2004: 116).

(13)

kepada pelbagai kemungkinan buruk terjadi seperti rasuah, saksi yang menghilangkan diri dan campur tangan pihak tertentu. Maka, sekiranya ini semua terjadi, pastilah keadilan tidak dapat dicapai dan menyebabkan golongan tertindas terus teraniaya.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang mengingatkan tentang perkara ini dalam satu hadis, iaitu:

ﻢﻬﻔﻴﻌﻀﻟ ﻢﻫﺪﻳﺪﺷ ﻦﻣ ﺬﺧﺆﻳ ﻻ ﺔﻣأ سﺪﻘﺗ ﻒﻴﻛ

Maksudnya:

Sesebuah masyarakat itu tidak akan mulia selagi mana golongan yang berkuasa tidak menunaikan hak-hak mereka terhadap golongan yang lemah. (Ibn Balban, 1997, Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban, Kitab al-qada’, Bab zikru al-amru li al-marcian ya’khuz li al-dayf min al-qawwi idhaqadara ‘alazalik, hadis no. 50590).

Pendalilan kepada hadis di atas membuktikan bahawa kelewatan dalam perbicaraan menyebabkan hak-hak golongan yang lemah tidak dapat ditunaikan. Sesungguhnya keadilan yang lambat ditegakkan itu merupakan satu kezaliman yang dilakukan oleh para hakim terhadap golongan lemah yang sepatutnya dibela dan ditunaikan hak-hak mereka.

vii. Pengiktirafan hak asasi manusia (

ﻢﻬﺘﳌاو نﺎﺴﻧﻻا قﻮﻘﺣ راﺮﻗا

) (al-Hamid 2004: 13-14).

(14)

viii. Asas undang-undang yang jelas

(

ﱐﻮﻧﺎﻘﻟا سﺎﺳﻻا حﻮﺿو

) (al-Hamid 2004: 93-94).

Para hakim mestilah mengetahui dengan jelas tentang undang-undang negaranya yang menjadi sumber rujukan kedua dalam kehakiman. Pengetahuan tentang asas perundangan di kalangan para hakim di dalam sesuatu negara perlulah seragam. Tiada hakim yang boleh menjatuhkan hukuman yang berbeza terhadap satu kes yang sama kerana undang-undang yang diguna pakai adalah sama (Abu al-Basal 2000: 425). Perkara ini dapat mengelakkan campur tangan pihak lain yang cuba untuk memesongkan kebenaran dan mengelakkan daripada hukuman dengan membawa kes tersebut kepada hakim yang lain pula.

Jaminan terhadapIstiqlal al-Qada’

Kriteria pelaksanaan istiqlal al-qada’ tidak cukup dengan perbincangan tentang ciri-cirinya, tetapi ia dilengkapkan lagi dengan jaminan-jaminan yang mesti ada terhadapnya dalam memastikan pelaksanaanistiqlal al-qada’. Terdapat empat jaminan dalam pelaksanaanistiqlal al-qada’, iaitu:

i. Jaminan pentadbiran badan kehakiman (

ءﺎﻀﻘﻟا ةرادا ﺔﻧﺎﻤﺿ

) ( Abu Faris 1995: 205).

Badan kehakiman mestilah berada di bawah suatu Majlis Hakim yang mana ia terdiri daripada sebilangan hakim yang pakar dan berpengalaman dalam bidang kehakiman. Tugas dan tanggungjawab Majlis Hakim ini ialah menguruskan segala hal ehwal para hakim bermula daripada tugas untuk melantik hakim mahkamah negeri dan persekutuan sehinggalah kepada urusan tindakan tatatertib terhadap hakim yang disabitkan melakukan kesalahan. Selain itu, Majlis Hakim juga berperanan besar untuk menjaga dan memastikan kebebasan badan kehakiman daripada campur tangan mana-mana pihak terutama daripada badan eksekutif dan badan legislatif (Hashim 1988: 64).

(15)

Para hakim sebaik-baiknya hendaklah dipilih dan dilantik oleh ketua negara sepertimana yang berlaku pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin (cAbd al-Muncim 1973: 57-59). Ini adalah untuk memastikan hanya mereka yang mempunyai kriteria dan berkelayakan sahaja yang memegang jawatan hakim. Urusan pelantikan hakim ini lebih diutamakan daripada jawatan hakim yang diminta-minta sepertimana dalam hadis:

ﻩدﺪﺴﻳ ﺎﻜﻠﻣ ﷲ لﺰﻧأ ﻪﻴﻠﻋ ﻦﻌﺘﺴﻳ ﱂو ﻪﺒﻠﻄﻳ ﱂ ﻦﻣو ﻪﻴﻟإ ﻞﻛو ﻪﻴﻠﻋ نﺎﻌﺘﺳاو ءﺎﻀﻘﻟا ﺐﻠﻃ ﻦﻣ

Maksudnya:

Sesiapa yang meminta-minta jawatan hakim dan berusaha mendapatkannya, maka jawatan itu akan menjadi beban kepadanya. Sebaliknya, sesiapa yang tidak meminta-minta dan tidak berusaha mendapatkannya, maka Allah akan menurunkan malaikat untuk menolongnya (Abi Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-aqdiyyah, Bab fitalab al-qada’ wa tasrru’ ilaihi, hadis no. 3578)

Pendalilan kepada hadis di atas membawa maksud bahawa perbuatan meminta-minta jawatan hakim adalah dilarang.Ini kerana jawatan hakim adalah suatu tugas yang berat dan tidak mampu dipikul kecuali terhadap orang yang berkelayakan. Walau bagaimanapun, hukum memohon jawatan hakim diharuskan sekiranya seseorang itu sememangnya memenuhi syarat kelayakan hakim dan memerlukan pekerjaan untuk menyara keluarganya (Zaydan, 2009, hlm. 11).

iii. Jaminan kedudukan hakim (

ةﺎﻀﻘﻟا ﺖﻴﺒﺜﺗ ت ﺎﻤﺿ

) ( AbuFaris 1995: 212). Seseorang hakim itu perlu diberi jaminan dari segi ketetapan jawatannya dan sudut pendapatannya (Abu al-Aynayn 1983: 46). Ini bagi mengelakkan ancaman daripada pihak tertentu terutama badan eksekutif terhadap hakim dalam bentuk ugutan pemecatan jawatan atau pertukaran tempat atau pengurangan gaji sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah (Hashim 1988: 63). Ancaman sebegini ini boleh berlaku sekiranya ada pihak cuba mempengaruhi keputusan hakim atau disebabkan tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dikeluarkan hakim.

iv. Jaminan penghormatan terhadap mahkamah (

ءﺎﻀﻘﻟا ﺔﺒﻴﻫ ت ﺎﻤﺿ

) ( Abu

(16)

Penghormatan terhadap mahkamah adalah dengan tidak mempersoalkan dan mempertanggungjawabkan hakim atas keputusan atau hukuman yang telah dikeluarkan olehnya setelah sesuatu kes tamat dibicarakan. Seseorang hakim juga tidak boleh untuk menarik kembali keputusan dan hukuman yang telah dikeluarkan (al-Aynayn 1983: 48). Ini bertujuan bagi menjaga kepercayaan dan rasa hormat masyarakat terhadap institusi kehakiman, di samping memelihara status dan maruah seseorang hakim yang telah menghakimi sesuatu kes dengan sebaik-baiknya.

Walau bagaimanapun, sekiranya selepas perbicaraan sesuatu kes tamat dan hukuman telah dikeluarkan, tiba-tiba didapati telah benar-benar berlaku kesilapan seperti penipuan dalam kesaksian, maka hakim tetap tidak dikenakan sebarang tindakan atau dipertanggungjawabkan.Ini kerana kelazimannya seseorang hakim itu pastinya tidak berniat untuk melakukan kesilapan dalam penghakimannya. Sebaliknya, para hakim hanya menghakimi sesuatu kes berdasarkan keterangan dan bukti-bukti yang telah dikemukakan sepanjang prosiding perbicaraan berjalan. Oleh yang demikian, sekiranya kesilapan hukuman yang telah dijatuhkan itu adalah berkaitan dengan hak manusia seperti harta, maka hendaklah dipulangkan semula kepada pemilik yang sepatutnya. Manakala sekiranya berkaitan dengan hak Allah, maka hendaklah dibayar ganti rugi dengan menggunakan duit daripada baitulmal (Khitab 1984: 26-27).

Sokongan terhadapIstiqlal al-Qada’

Sokongan ini merupakan faktor yang tidak kurang penting kerana dengan wujudnya sokongan-sokongan inilah yang akan melancarkan lagi pelaksanaan istiqlal al-qada’. Terdapat tiga sokongan penting yang perlu ada dalam pelaksanaan istiqlal al-qada’, iaitu:

i. Perlindungan melalui perlembagaan (

ﺔﻳﱰﺳﺪﻟا ﺔﻴﻣﺎﳊا

) (AbuFaris 1995: 197-198)

(17)

tangan dan mempengaruhi para hakim dalam memutuskan sesuatu kes dan menjatuhkan hukuman (Muhammad cAbd al-Rahman 2006: 619). Maka, dengan adanya akta dan rang undang-undang yang jelas tentang perkara berhubung dengan istiqlal al-qada’ ini, ia dapat menyokong dan membantu badan kehakiman untuk bergerak bebas dengan lebih lancar lagi. Ini disebabkan perlembagaan merupakan asas dan dasar undang-undang yang menjadi rujukan dalam pemerintahan sesebuah negara.

ii. Perlindungan melalui hukuman (

ﺔﻴﺋاﺰﳉا ﺔﻳﺎﻤﳊا

) (AbuFaris 1995: 200-201).

Ia bermaksud hukuman tindakan undang-undang yang berat akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang mencabar kuasa kehakiman seperti campur tangan atau memberikan rasuah hakim (Abu Talib 1982: 88). Hukuman pembalasan ini mestilah tidak membezakan darjat dan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Baik golongan yang berkuasa dan berkedudukan mahupun rakyat biasa yang miskin dan tiada kedudukan sekiranya disabitkan dengan sesuatu kesalahan tetap akan diheret ke muka pengadilan untuk diambil tindakan undang-undang. Dengan itu, masyarakat akan berasa takut dan gerun lantas ini memberikan sokongan secara tidak langsung kepada pelaksanaanistiqlal al-qada’.

iii. Perlindungan melalui sokongan masyarakat (

ﺔﻴﺒﻌﺸﻟا ﺔﻳﺎﻤﳊا

) (Abu Faris, 1995: 202-204).

Sokongan masyarakat ini membawa maksud bahawa setiap lapisan masyarakat hendaklah dididik dan diberi kefahaman yang jelas tentang kepentingan pelaksanaan istiqlal al-qada’dalam menegakkan keadilan dan menjaga maslahat umat. Jika perkara ini dihayati oleh semua, pastinya ia akan menjadi satu budaya masyarakat untuk menghormati institusi kehakiman dan menolak campur tangan dalam badan kehakiman yang jelas salah dan bertentangan dengan prinsip agama, bangsa dan undang-undang negara (al-Zuhayli1982: 19). Ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang sangat positif dalam membantu menjayakan usaha pelaksanaanistiqlal al-qada’.

(18)

Kesimpulannya ialah konsep istiqlal al-qada’ini jelas terkandung dalam syariat Islam bersumberkan kepada dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah dan mesti dilaksanakan berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang digariskan ulama’. Prinsip pelaksanaan istiqlal al-qada’ itu merangkumi beberapa fokus utama, kriteria, jaminan dan bentuk sokongan yang perlu diberi perhatian khusus bagi melancarkan lagi usaha pengamalan konsepistiqlal al-qada’dalam sistem kehakiman.

RUJUKAN

al-Quran al-Karim.

cAbd al-cAziz, cUmar. 1994/1414H. Sharah Adab al-Qadi. Bayrut: Dar Kutub al-cIlmiyyah.

cAbd al-Hamid, MuhammadHamad. 2006.al-Madkhal ilaal-Fiqh al-Islamiwa Usulih. cAmman: Jamciyyah Umm al al-Matabicun al-Ta’wuniyyah.

cAbd al-Rahman, FadilcAbd al-Wahid. 2004.Usul al-Fiqh.cAmman: Dar al-Masirah. AbiDaud. 2009.Sunan AbiDaud. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Abu al-Aynayn, cAbd al-Fattah. 1983. al-Qada’ wa al-Ithbat fi al-Fiqh al-Islami. Yaman: Matbacah al-Amanah.

Abu al-Basal, cAbd al-Nasir Musa. 2000. Nazariyyah al-Hukum al-Qada’i fi al-Sharicah wa al-Qanun. Jordan: Dar al-Nafa’is.

Abu Faris, Muhammad cAbd al-Qadir. 1995. al-Qada’ fi al-Islam. Cetakan keempat.

cAmman: Dar al-Furqan.

cAbd al-Muncim, Fu’ad. 1973.Hukm al-Islam fiQada’ Shacbi. Iskandariyyah: t.pt.

Abu Talib, Hamid Muhammad. 1982. Tanzim al-Qada’i al-Islami. Cetakan pertama. Misr: Matbacah al-Sacadah.

AbuZayd, Rushda Shahatah. 1997.Incizal wa Azl al-Qadi. al-Qahirah: Dar al-Masir.

al-Bikir, MuhammadcAbd al-Rahman. 2006.al-Sultah Qada’iyyah wa Shakhsiyyat al-QadifiNizam Islami.cArab Sacudi: Afaq Publishing & Distribution.

Faruqi’s Law Dictionary. 1991. Bayrut: Librairie Du Liban.

(19)

Khan, Siddiq Hassan. 2001. Zhufur al-ladhi bi ma yajib fi al-Qada’ cala al-Qadi.

Bayrut: Dar Ibn Hazim. Mucjam Wasit. 1972. t.tp.: t.pt.

Muslim. 2007.SahihMuslim. Jil. 11. Cetakan ke -14. Bayrut: Dar al-Macrifah.

al-Nawawi, Abi Zakariyya Yahya bin Sharaf. 2000/1421H. Rawdat al-Talibin. Jil 8. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

al-Qurtubi, Abi cAbd Allah bin Muhammad al-Ansari. 1935. al-Jamic li Ahkam

al-Qur’an. Jil. 15. Cetakan kedua. al-Qahirah: Dar al-kutub al-Misriah

al-Rajihi, cAbduh. 2004/1426H. al-Tatbiq al-Nahwi. Bayrut: Dar al-Nahdat al-cArabiyyah.

al-Rawahanah, cAli Jumcah. 2007/1428H. al-Nuzum al-Islamiah. Mafraq: Dar al-Masar.

al-Shawkani, MuhammadcAli Muhammad. 1991. Fathal-Qadir. Jil. 4. Dimashq: Dar al-Khayr.

Zaydan, cAbd al-Karim. 2009. Nizam Qada’ fi Sharicah Islamiyyah. Cetakan ketiga.

Dimashq: Mu’assasah al-Risalah al-Nasyirun.

al-Zuhayli, Muhammad Mustafa. 1982.Tanzim al-Qada’i. Dimashq: Dar al-Fikr. al-Zuhayli, Wahbah. 2008.Usul al-Fiqh al-Islami. Jil. 1. Dimashq: Dar al-Fikr.

Referensi

Dokumen terkait

Tanggung renteng tidak selamanya sesuai dengan tujuan kelompok dan LKM oleh karena itu dibuatlah kriteria supaya tanggung renteng berjalan secara efektif dengan

Mereka tidak mengira bahwa Kiai Sindujoyo beserta ketiga sahabatnya yang menyamar sebagai santri adalah utusan Kanjeng Sunan Amangkurat yang ditugaskan untuk menangkap

Penelitian ini juga memberikan manfaat bahwa usaha UMKM tidak hanya berpusat dalam permasalahan sektor ekonomi, melainkan juga lingkungan budaya yang menjadi prinsip

Proses demineralisasi dan proses deasetilasi juga diharapkan mampu menurunkan kadar abu sehingga diperoleh kadar abu kitosan lebih rendah dari kitin, yang bersumber dari

Maka dibutuhkan media pengenalan tanaman herbal untuk anak agar merak dapat mengenal

Warung hidup adalah lahan yang ditanami dengan berbagai tanaman yang dapat dimanfaatkan untuk memenuhi kebutuhan keluargaB. Tanaman yang ditanam dapat berupa buah-buahan

Sistem pendingin adsorpsi cocok untuk kondisi dengan getaran yang kuat, seperti di perahu nelayan dan lokomotif, tapi pada sistem absorpsi karena bahan

wirausaha adalah seorang yang berani berusaha secara mandiri dengan mengerahkan segala sumber daya dan upaya meliputi kepandaian mengenali produk baru, menentukan cara produksi baru,