• Tidak ada hasil yang ditemukan

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN

Pengenalan/Definisi Masyarakat Feudal

 masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan

yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan

diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain.

 masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa

mutlak dan berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf (petani)

 manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan

tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai.

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England

1. Setiap serf (rakyat bawahan biasanya petani) memberi sumpah kesetiaan

kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight (pahlawan), bangsawan (baron, duke , lord) dan akhir sekali ialah Raja.

2. Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan Raja.

Punca kekayaan golongan ini ialah tanah yang dianugerahkan oleh Raja.

3. Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan

seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang

hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut.

4. Harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca

kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord kemudian lord pula akan

memberikan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan.

5. Dalam aspek ketenteraan, wujud kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan

(2)

6. Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki

dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi

ketenteraan dan institusi kewangannya.

Susun lapis masyarakat feudal di England

1. Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu

pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja

atau pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di bawahnya

terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan kepada raja. Golongan bangsawan ini

terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.

2. Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara

langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan

lapisan pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan lapisan

ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang

lebih rendah daripadanya atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang menentap difiefnya. Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba.

3. Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang

menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas

sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain.Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan.

4. Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang

berasingan. Sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada daripada golongan bangsawan yang mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal. .Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka

(3)

pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua tanggungjawab

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di Jepun

1. Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang

berada di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya

termasuklah tanah. Hakikat ini dapat dilihat pada zaman Kamakura

antara abad ke-12 dan 14, di mana keluarga Minamoto menjadi keluarga yang penting di Jepun. Keluarga ini mampu membekalkan keperluan keselamatan yang diperlukan oleh maharaja dan mereka turut menguasai tanah dan segala penghasilannya.

2. Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik

mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus

tanah dan bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo merupakan pegawai

yang bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di bayar walaupun kekerasan terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji apabila beberapa perubahan besar dilakukan.

3. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali, dalam usaha melihat sejarah sistem

Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar kepada keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estate persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan estet-estet persendirian ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan golongan perwira (buke).Golongan ini memberi taat setia kepada Kamakura dan hasil daripada ketaatsetiaan ini menyebabkan mereka mendominasi jawatan jito serta shugo. Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas kepada kemunculan sistem feudal di Jepun.

4. Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah

melahirkan dua golongan yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi pemerintahan dan golongan tentera.

Golongan birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja.

5. Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan

negara lain. Ini disebabkan wujud keterikatan yang kuat antara

golongan daimyo dengan tentera dan petani , manakala maharaja

tidak mempunyai sebarang peranan. Kemunculan golongan tentera

(4)

tuju pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja.

6. Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan

dan digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan hak milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan mereka.

Kekuatan ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada kebangkitan daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana

sepatutnya.

Susun lapis masyarakat feudal di Jepun

1. Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada

golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun, Daimyo dan Samurai. Golongan diperintah terdiri

daripada petani, tukang dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.

2. Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas.

Namun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir. Baginda hanya menjadi lambang perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang penyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang

menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.

3. Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting

dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi Shogun. Mereka telah ditempatkan jauh daripada Shogun untuk mengelak ancaman daripada mereka.

4. Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan

istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan negara dan Daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.

5. Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang

(5)

bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah

menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.

6. Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir

dalam pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.

7. Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah

dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya

mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka.

Perbandingan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun

Persamaan:

1. Konsep masyarakat feudal yang berasaskan saling memerlukan antara

golongan pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk piramid 2. Pembentukan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas

3. Kurang perubahan status atau mobiliti sosial

4. Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat

5. Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda,

pedang dan baju perisai

Perbezaan:

1. Masyarakat feudal di England menekankan hak, undang-undang dan

kewajipan manakala di Jepun menekankan aspek moral, kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika Confucius

2. Pembinaan istana di England menggunakan batu manakala di Jepun

menggunakan kayu

3. Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di

Jepun

4. kuasa dan kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak

5. Di England, sesiapa boleh memiliki tanah asalkan berjasa kepada

pemerintah (Knight) tetapi di Jepun golongan samurai tidak berhak untuk mempunyai tanah

6. Di England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia

dilaksanakan oleh ketua tentera

(6)

1. Huraikan konsep dan ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun. 2. Bincangkan susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun 3. Bandingkan ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun

Referensi

Dokumen terkait

Unit sampling utama ( primary sampling ) adalah RT (Rukun Tetangga). Jumlah sampel RT per desa/kelurahan minimal 8 RT dan jumlah sampel per RT sebanyak 5

Manusia memiliki nafsu keinginan yang membawa mereka ke dalam berbagai-bagai delusi dan penderitaan. Ada lima cara membebaskan mereka dari ikatan nafsu

Dalam Muzamiroh (2013: 15) menyatakan pengertian Kurikulum di organisasi ada dua, yaitu : Pertama, Kurikulum adalah sejumlah rencana isi yang merupakan sejumlah tahapan

sidang UNCOPUOS Subkomite Ilmiah dan Teknik, Indonesia memberikan statemennya pada sidang ke-45 pada tahun 2008, dalam general statement maupun dalam pembahasan

Dilihat dari keseluruhan bentuk-bentuk aksara yang  digunakan  dalam  penulisan  Prasasti  Raja Soritaon  ini  tidak  jauh  berbeda  dengan  bentuk- bentuk  aksara 

Selain serat dan kadar air yang tinggi, kandungan vitamin C dalam bengkuang yang berfungsi sebagai antioksidan juga dapat membantu dalam proses penurunan kadar kolesterol dalam

[r]

Pembangunan Bendungan Krekeh sangat dibutuhkan oleh masyarakat sumbawa untuk menunjang kegiatan / kebutuhan dalam aktivitas. Studi kelayakan investasi pembangunan