• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penilaian Kemahiran Menulis Sekolah Rend

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penilaian Kemahiran Menulis Sekolah Rend"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PENILAIAN TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB DI SEKOLAH RENDAH

Mohd Fuad Othman, Maimun Aqsha Lubis Universiti Kebangsaan Malaysia

PENDAHULUAN

Penulisan merupakan satu proses berterusan untuk memahami cara yang paling efektif dalam berbahasa sebagai cara untuk berkomunikasi. Penulisan boleh menjadi satu cabaran, sama ada menulis dalam bahasa ibunda masing-masing atau dalam bahasa kedua. Penulisan juga meningkatkan penguasaan bahasa kerana para pelajar mencuba pelbagai jenis perkataan batu, ayat-ayat dan menulis dalam kuantiti yang banyak untuk berkomunikasi idea-idea mereka secara lebih efektif dan untuk mempraktikkan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang dipelajari di dalam bilik darjah. Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2003), kemahiran menulis pelajar ditingkatkan melalui kepelbagaian strategi kemahiran menulis. Strategi menulis yang pelbagai ini dapat membantu para pelajar dalam aktiviti penulisan, terutamanya ketika peperiksaan. Para pelajar menulis untuk satu jangka masa di dalam bilik darjah berdasarkan topic yang diajarkan oleh guru mereka.

Kemahiran menulis atau penulisan merupakan kemahiran terakhir yang perlu dikuasai seseorang pelajar bahasa. Seseorang itu mungkin berjaya dan menguasai kemahiran bertutur dan membaca. Namun demikian apa yang ditutur dan ditulis tidak akan berkesan jika tidak disampaikan dalam bentuk penulisan. Sokolik (2003) menyatakan bahawa proses menulis saling berkaitan dengan kemahiran membaca dan bertutur dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Penulisan akan menjadi lebih baik sekiranya pembaca atau penutur (pelajar) dapat menterjemahkannya dalam bentuk penulisan. Justeru, kemahiran menulis ialah proses terakhir untuk seseorang itu meluahkan apa yang difikirkan, apa yang dituturkan dan apa yang dibacakan dalam bentuk huruf-huruf yang dinamakan penulisan.

(2)

DEFINISI KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran menulis merupakan kemahiran keempat yang perlu dikuasai oleh para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia berada selepas kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. Sokolik (2003) mendefinisikan kemahiran menulis kepada tiga kriteria, iaitu seperti berikut :

1. Merupakan suatu tindakan fizikal dan mental.

2. Menulis adalah untuk meluahkan perasaan dan keinginan.

3. Suatu proses dan hasilan yang terbina daripada imaginasi, organisasi, draf, diedit dan dibaca semula.

Muhammad Salim (2010) mendefinisikan kemahiran menulis sebagai kemahiran yang digunakan untuk tujuan berkomunikasi di tempat kerja, dalam situasi pendidikan dan untuk tujuan kehidupan. Ab. Halim et al. (2010) mendefinisikan kemahiran menulis sebagai satu keupayaan pelajar membina dan mengarang ayat-ayat yang kompleks untuk melahirkan perkara-perkara yang wujud di dalam minda mereka dengan menggunakan perbendaharaan kata yang telah dipelajari sama ada melalui pembacaan teks ataupun memperolehnya daripada kamus. Keadaan ini menggambarkan peningkaran penguasaan pelajar terhadap sesuatu bahasa melalui kemahiran menulis. Malah menurut Azman Wan Chik (1994), kemahiran menulis merupakan kemahiran yang sangat kompleks. Malahan menurut beliau lagi, kemahiran menulis ini telah dipersetujui oleh ramai pendidik bahasa bahawa ia harus bermula hanya apabila kemahiran yang lain sudah sebati dengan pelajar, terutama sekali pelajar-pelajar muda.

KEMAHIRAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH

(3)

Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan Program Bimbingan Membaca dan Menulis (PROBIM).

Walau bagaimanapun, usaha sedemikian untuk pengajaran Bahasa Arab di sekolah rendah tidak dijalankan. Tiada program khas yang dijalankan bagi mengatasi masalah murid yang keciciran. Guru yang mengajar bahasa Arab itu sendiri yang perlu mempunyai inisiatif tersendiri bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Berbeza dengan bahasa lain, bahasa Arab mempunyai sistem tulisannya tersendiri.

Kebanyakan murid di sekolah rendah dapat mengetahui dan menghafal sesuatu kalimah dalam bahasa Arab. Namun apabila diminta untuk menulisnya, terdapat banyak kesalahan ejaan yang berlaku. Kesalahan ejaan di dalam penulisan akan mengakibatkan maklumat atau mesej yanghendak disampaikan tidak tepat, lari dari maksud dan tidak boleh difahami. Ini adalah kerana ciri-ciri tulisan Arab sangat memerlukan setiap ejaan ditulis dengan tepat bukan sahaja pada bentuk huruf malah ketepatan juga perlu pada titik, simbol, syaddah dan lain-lainnya.

Sekolah rendah merupakan peringkat asas pendidikan bagi seseorang individu. Tidak dinafikan pada peringkat awal sebelum seseorang murid yang pandai menulis, sudah semestinya melakukan kesalahan. Antara kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan yang berlaku ialah :

 Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya.

 Jarak perkataan dengan perkataan selepasnya tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukannya, tegak dan condongnya.

 Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam.

 Salah menulis huruf Arab sama ada boleh disambung atau tidak boleh disambung.

 Bentuk huruf Arab apabila berada di awal, di tengah dan di hujung perkataan.

 Tulisan huruf Arab sama ada di atas garisan mahu pun di bawah garisan.

KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB

Sebelum murid-murid diajar menulis, selalunya mereka telah dapat membaca. Sebagai permulaan kepada kemahiran membaca, murid-murid perlulah diajar tentang huruf-huruf bahasa Arab terlebih dahulu. Terdapat 28 huruf dalam bahasa Arab. Huruf-huruf ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok iaitu :

1. Huruf yang boleh dicantumkan dengan huruf lain tetapi tidak pula boleh mencantumkan huruf selepasnya. Terdapat 6 huruf yang bersifat demikian iaitu :

(4)

2. Huruf yang boleh dicantumkan dengan huruf lain sama ada di hadapan, di tengah atau hujungnya iaitu 22 huruf baki daripada kelompok yang pertama.

ت ث ج ح خ س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن ه ي )

( ب

Selain dari itu, huruf-huruf Arab juga kompleks kerana setiap huruf mempunyai sekurang-kurangnya dua bentuk bergantung kepada kedudukannya dalam perkataan, iaitu sama ada tunggal atau bercantum dengan huruf lain sama ada di awal, di tengah atau di hujung perkataan. Perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan kesukaran kepada murid-murid iaitu dalam mengenal pasti huruf atau menulisnya. Sebagai contoh :

ت

Bentuk tunggal

ات

Bercantum di awal

اتـل

Bercantum di tengah

تل

Bercantum di hujung

Begitu juga, dalam penulisan Arab terdapat perkataan-perkataan yang ditulis secara

bercantum seperti

كمسا

( ia terdiri dari dua patah perkataan iaitu

ك

+

مسا

) tetapi pada masa yang samaterdapat perkataan yang bila dibaca, ia seolah-olah satu perkataan tetapi sebenarnya dua patah perkataan. Cara penulisannya pun ditulis berasingan. Sebagai contoh :

( ريخلا حابص )

Di samping itu, terdapat huruf bahasa Arab yang tidak mempunyai padanannya dalam bahasa Melayu. Antara huruf tersebut ialah :

(

ظ ض ص خ

)

Oleh itu, bagi murid yang pertama kali berjinak-jinak dengan bahasa ini, akan menghadapi sedikit kesukaran dalam menyebut serta mengenal pasti bunyi huruf yang asing ini.

LANGKAH-LANGKAH DALAM MENGAJAR KEMAHIRAN MENULIS

Guru yang baik dan cemerlang merupakan seorang guru yang bukan sahaja mementingkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata malah turut mengambil berat tentang persiapan sebelum P&P itu dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru sebelum, semasa dan selepas mengajar. Iaitu :

(5)

Berikan kesedaran kepada murid-murid tentang tujuan pelajaran tulisan ketika sedang belajar menulis.

Persediaan

Pastikan semua murid sudah bersedia untuk menulis. Periksa sama ada meja dan kerusi sesuai atau tidak dengan murid-murid. Perhatikan dari segi bentuknya, tinggi rendahnya, jaraknya dari murid-murid dan sebagainya.

Persembahan

Tunjukkan peringkat-peringkat atau langkah-langkah menuliskan huruf di papan hitam. Sila dapatkan perhatian murid. Tekankan mana-mana yang penting.

Pelaksanaan

Guru hendaklah melihat tulisan murid dan bagaimana mereka membuatnya. Semua peraturan diikuti dengan baik dan tulisan dibuat dengan sempurna. Sekiranya terdapat murid yang tidak mampu menulisnya dengan baik, pegang tangannya dan tunjuk cara yang betul.

Penilaian

Pilih kerja terbaik dan tunjukkan kerja itu kepada murid-murid lain. Galakkan mereka menulis dengan baik seperti yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.

KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB

Menurut A. Kadir Hj. Ismail (1974) kaedah merupakan cara-cara yang diikuti oleh seseorang guru untuk menyampaikan pelajaran kepada murid-murid supaya mereka dapat mencapai kejayaan dengan sepenuhnya, atau langkah-langkah yang diaturkan oleh guru sebelum ia masuk ke bilik darjah untuk menjalankan tugasnya yang akan digunakan kepada murid-murid supaya mereka menurut arahan dan perhatiannya. Guru telah menetapkan kaedah yang akan digunakan terhadap murid-murid sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya sesi tersebut nanti akan berjalan menurut kehendak guru. Guru juga akan dapat mengawal proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

(6)

dalam pendidikan dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pembahagian mata pelajaran, objektif setiap mata pelajaran dan teknik dan pendekatan pengajaran.

1. KAEDAH LATIH TUBI

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Dalam Islam, kaedah ini mempunyai sejarah yang unik. Malaikat Jibril a.s. sendiri telah menggunakannya sewaktu mengajar Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang pertama turun. Baginda diajar membacanya berulang kali sehingga dapat membacanya. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah ini, iaitu yang melibatkan corak pengajaran yang memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan dan pergerakan otot.

Tujuan kaedah latih tubi

Murid-murid dapat menghafal perkataan-perkataan bahasa Arab dan mengingat huruf-huruf dalam perkataan tersebut supaya apabila ditulis mereka tidak melakukan kesilapan. Secara tidak langsung kaedah ini berkait rapat antara kemahiran membaca dan menulis.

Idea utama dan cara penggunaan :

Dengan menggunakan kaedah ini murid-murid dapat mengingat dan menulis perkataan yang diajar oleh guru. Murid-murid perlu menyebut huruf-huruf dalam sesuatu perkataan secara latih tubi.

Langkah-langkah penggunaan :

Setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan guru-guru perlu meminta murid- murid agar :

i. Menyebut perkataan yang diajar secara latih tubi

ii. Latih tubi menyebut huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan yang diajar. iii. Berulang-ulang kali menyebutnya sehingga dapat menghafalnya

iv. Setelah menghafalnya, minta murid-murid untuk menulis huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan berikut.

v. Ini dapat memastikan tiada huruf yang tertinggal ketika menulisnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan kesalahan ketika menulis perkataan tersebut.

2. KAEDAH TOLAK , TAMBAH

(7)

memudahkan para guru untuk mengajar murid-murid menulis perkataan bahasa Arab yang diajar oleh guru terutamanya murid-murid yang lemah.

Tujuan kaedah ‘Tolak, tambah’

Menyambung huruf-huruf bahasa Arab tunggal supaya membentuk perkataan mudah dalam bahasa Arab.

Idea utama dan cara penggunaan :

Dengan menggunakan strategi tolak, tambah, murid-murid akan dapat menyambung huruf- huruf bahasa Arab dan seterusnya dapat membentuk perkataan-perkataan serta menulisnya dengan cara yang betul. Guru perlu meminta murid-murid agar mengingat enam huruf tolak ini. Iaitu :

Langkah-langkah Pengajaran :

i. Kenal pasti huruf-huruf bahasa Arab tunggal yang diberikan. ii. Kenal pasti sekiranya terdapat enam huruf tolak tersebut

iii. Letak tanda tolak ( - ) atau tambah ( + ) di belakang huruf-huruf tersebut. Jika huruf tersebut merupakan salah satu daripada enam huruf tolak, maka tulis tanda ( - ) di belakangnya. Dan sekiranya huruf itu selain daripada enam huruf tersebut, sila tuliskan tanda tambah ( + ) di belakangnya.

iv. Huruf tolak ( - ) maksudnya tidak boleh bersambung manakala huruf tambah (+) maksudnya boleh bersambung.

v. Sekiranya huruf-huruf bahasa Arab tunggal itu adalah huruf tolak, maka minta murid anda ikut arahan berikut. Iaitu :

vi. Sekiranya huruf-huruf hijaiyyah

tunggal itu adalah huruf tambah, maka minta murid anda ikut arahan berikut. Iaitu :

vii. Huruf yang terakhir sekali tidak perlu diletakkan samada tanda tolak ( - ) atau tambah ( + ).

و

-

ز

-

ر

-

ذ

-

د

-

ا

-1. Tulis semula huruf itu. 2. Angkat pensil.

3. Tulis huruf selepasnya.

1. Tulis huruf tersebut.

2. Sambungkan dengan huruf selepasnya. 3. Panjangkan ke kiri

(8)

Contoh Pelaksanaan :

Sambungkan huruf-huruf hijaiyyah tersebut supaya membentuk kalimah. 1.

2. Kenal pasti huruf-huruf bahasa Arab

tunggal yang diberikan.

3. Kenal pasti sekiranya terdapat enam huruf tolak tersebut.

4. Letak tanda tolak ( - ) atau tambah di belakang huruf-huruf tersebut. Murid hanya perlu ingat enam huruf ini sahaja. Huruf-huruf selain daripada enam huruf tersebut, letakkan tanda tambah ( + ) di belakangnya.

5. Guru perlu ingatkan murid-murid perkara-perkara ini. i. Tulis huruf

د

dan angkat pensil.

ii. Tulis pula huruf

ف

. Pastikan huruf

ف

ditulis di atas garisan dan

ingat huruf ini bertanda tambah maksudnya boleh disambungkan dengan

huruf selepasnya iaitu huruf

ت

.

iii. Kemudian sambungkan pula huruf

ت

dengan huruf

ر

Maka

terbentuklah :

3. KAEDAH IMLAK

Imlak bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain. Kaedah imlak melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan dan ayat yang dibacakan oleh guru. Kaedah imlak berlaku selepas kaedah hafalan diutamakan. Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan kepadanya. Guru mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan murid menulis setiap kata-kata yang didengarinya. Guru seharusnya menggunakan kaedah ini setiap kali di penghujung proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung guru dapat mengetahui adakah tercapai objektif P&P pada hari tersebut.

KESIMPULAN

Kemahiran menulis merupakan kemahiran keempat yang perlu dikuasai oleh murid-murid dalam P&P bahasa. Walaupun kemahiran ini berada pada tingkat kemahiran yang terakhir,

د

ف

ت

ر

(9)

namun kemahiran ini juga sama kepentingannya dengan kemahiran lain. Justeru para guru perlu mengambil berat cara bagaimana untuk mengajar kemahiran ini dengan lebih berkesan. Ketiga-tiga kaedah yang dibincangkan dalam kertas kerja ini diharap dapat membantu guru-guru bagi memantapkan lagi pengajaran mereka dalam bahasa Arab terutamanya dalam kemahiran menulis bahasa Arab. Ketiga-tiga kaedah ini juga dapat digunakan oleh guru-guru untuk mengajar murid-murid yang lemah. Bukan sahaja kaedah yang diutamakan, guru juga perlu mengambil berat perkara-perkara lain yang berkaitan dengan diri pelajar itu sendiri.

Selain itu, penulis juga menyarankan beberapa cadangan lain untuk menggalakkan murid-murid menulis dengan baik antaranya ialah :

i. Mengadakan peraduan atau pertandingan untuk memilih tulisan yang baik. ii. Tulisan atau hasil kerja murid-murid yang difikirkan baik hendaklah

dipamerkan di papan kenyataan kelas.

iii. Segala kesalahan dan kesilapan mengenai tulisan hendaklah dibetulkan melalui contoh- contoh yang baik daripada guru.

iv. Tulisan guru hendaklah baik dan kemas sebagai contoh. 5. Tulisan di kad-kad, di papan-papan kenyataan hendaklah dengan bentuk yang sama supaya dapat dicontohi oleh murid-murid.

RUJUKAN

Abdullah Amin Na’miy. 1994. Kaedah dan Pengajaran Menurut Ibn Khaldun Dan Al-Qabisi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Abdul Manan Ali. 2005. Bistari Jawi 4 Jam Kaedah Mananiyyah. Kuala Terengganu : Akademi Al- Marbawi.

Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1):1–12

Ahmad Mohd. Salleh 1997. Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi. Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam.

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. 2011. Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1):67–87

(10)

Kamarudin Husin. 1988. Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Petaling Jaya : Longman (M) Sdn. Bhd.

Kamarul Shukri Mat Teh & Mohamed Amin Embi. 2010. Strategi Pembelajaran Bahasa. Kuala

Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Kamarul Shukri Mat Teh. 2008. Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Ringkasan Penyelidikan Siswazah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Panel Penyemak Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka Karyawan Tamu Yayasan Warisan Johor. 2002. Pandai Jawi. Shah Alam : Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2003. Strategi Pembelajaran Bahasa Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa, 3(2): 263-319.

Referensi

Dokumen terkait

Siklus hidup cacing filaria dapat te0rjadi dalam tubuh nyamuk apabila nyamuk tersebut menggit dan menghisap darah orang yang terserang filariasis, sehingga mikro filaria yang

Sistem Perbankan suatu Negara adalah suatu payung yang dibuat oleh pemerintah negara dengan tujuan melindungi system perekonomian suatu Negara dari kemungkinan-kemungkinan

1.1 Melakukan manipulasi aljabar dalam perhitungan teknis yang berkaitan dengan perbandingan, fungsi, persamaan dan identitas trigonometri 1.2 Merancang model matematika dari

Setelah diberikan selama 4 minggu, total leukosit ikan nila yang diberi perlakuan bakasang B2 (100 ml/kg pakan) minggu ke-3 berbeda sangat nyata dibandingkan dengan total

Pada hari ke-6 sampai ke-10, gempa- gempa bermagnitudo antara -1 sampai lebih besar dari 1 skala Richter terkonsentrasi di sekitar sesar timur laut – barat daya, di atas dapur

Kelayakan konseptual dan operasional “perang- kat instrumen pengembangan kompetensi kon- selor berdasarkan Standar Kompetensi Konselor Indonesia” yang dihasilkan dalam

Bertitik tolak dari uraian di atas yang menerangkan pentingnya jamur merang, dilihat dari upaya pemanfaatan limbah pertanian, kesempatan berwirausaha, dan prospek ekonomisnya;

Terkait keberadaan mahasiswa yang sedang melaksanakan praktik di RS dan kaitannya dengan keamanan dan keselamatan pasien, maka sangat diperlukan peran pembimbing klinik