• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKULTI FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKULTI FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SA"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER / TAHUN MEI / 2014

KOD KURSUS HBSS 2203

TAJUK KURSUS

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

NO. MATRIKULASI : 650722125505002

NO. KAD PENGENALAN : 650722-12-5505

NO. TELEFON : 0146534569

(2)

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1. Pengenalan 2

2. Konsep Firma Kecil dan Firma Besar 2-5

3. Faktor-faktor Wujud Banyaknya Firma Kecil 5-9

4. Kesimpulan 9-10

5 .

(3)

PENGENALAN

Definisi firma kecil adalah pelbagai dan sehingga kini tidak ada satu takrifan yang dapat diterima umum (Lim 1986; Salleh 1991). Sebahagian besar definisi itu dibuat mengikut keperluan pihak berkuasa tempatan, penggubal dasar atau sarjana bagi tujuan program bantuan, penyelidikan, pemerhatian dan perancangan. Kajian baru mendefinisikan firma kecil sebagai yang mempunyai jumlah tenaga pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang.

Perbincangan dan penyelidikan mengenai firma kecil, telah banyak didedahkan kepada pengetahuan umum. Rata-rata firma kecil mempakan lebih 70 peratus daripada firma-firma yang terdapat di Malaysia pada 1990 dan meningkat sebanyak 5% sehingga tahun 2010. Firma ini juga memberi sumbangan yang penting dari segi jumlah nilai modal, harta tetap dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Peranan dan sumbangan firma kecil diringkaskan kepada beberapa aspek: membuka lebih banyak peluang pekerjaan, mengagihkan semula pendapatan, mempertingkatkan perpindahan teknologi, mengimbangi pembangunan wilayah, mengurangkan keperluan import negara serta menjimatkan tukaran wang asing dan mempertingkatkan lagi penyertaan usahawan tempatan dalam pembangunan ekonomi negara.

Kesedaran yang tinggi mengenai peranan dan pentingnya firma kecil dalam pembangunan ekonomi negara, bagaimanapun, tidak disertai dengan perbincangan dan penyelidikan empiris mengenai hubung jalin antara firma kecil dengan firma besar dan bentuk hubung-jalin tersebut serta manfaat dan kesan positif yang dapat dinikmati oleh firma kecil. Pertumbuhan ekonomi yang pesat memerlukan pelbagai aktiviti dan barangan komponen yang tidak mungkin mampu dikeluarkan oleh sesebuah firma. Dalam hubungan ini, pemerhatian menunjukkan bahawa hubung jalin antara firma kecil dengan firma besar dalam memenuhi keperluan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi menjadi semakin ketara.

KONSEP FIRMA KECIL DAN FIRMA BESAR

(4)

Hubungan yang sesuai dapat menjamin penerusan, perkembangan dan kejayaan operasi industri kecil. Malahan bentuk hubung jalin tertentu dapat mengurangkan beban modal yang ditanggung oleh pengilang kecil. Seterusnya pengurangan kos pengeluaran dan kecekapan industri kecil dalam penggunaan modal dan buruh juga adalah antara faedah penting yang dapat diperolehi (Watanabe 1975) melalui hubung jalin dengan firma hesar. Kemahiran dan latihan yang berfaedah kepada tenaga kerja juga adalah antara kepentingan yang perlu ditekankan.

Wujudnya pelbagai bentuk hubung jalin antara industri yang berlainan saiz di negara lain (Evcimen, Kaytar dan Cinar 1991; Morriss dan Lowder 1992; UNIDO 1993) telah mendorong pengkaji untuk memeriksa aspek ini. Di samping itu, pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia sejak tahun-tahun 1970-an telah membuka ruang yang luas kepada pertumbuhan sektor perkilangan. Pada 1970, sumbangan sektor ini kepada KNDK ialah 13.4% sahaja, tetap meningkat kepada 20.5% pada 1980 dan seterusnya kepada 26.9% pada 1990. Sementara itu produk sektor perkilangan turut meningkat, iaitu sebanyak 13.4% pada 1987,17.6% pada 1988,14.2% pada 1989,15.7% pada 1990 dan masing-masing 13.9% dan 10.5% pada 1991 dan 1992 (Ishak 1995:4).

Pertumbuhan sektor pembuatan di negara ini juga telah menghasilkan perkembangan dua industri utama, iaitu I) elektronik dan elektrik 2) tekstil dan pakaian. Sumbangan penting industri tekstil dan pakaian kepada sektor pembuatan dapat dilihat dari segi jumlah tenaga pekerja dan nilai eksport. Dalam tempoh 1978-1988, nilai eksport industri ini meningkat enam kali ganda, iaitu daripada 414 juta kepada 3.4 ribu juta. Angka ini mewakili 11.8% daripada nilai keseluruhan eksport barangan Malaysia dalam sektor pembuatan. Dalam tempoh yang sama, bilangan pekerja bertambah hampir dua kali ganda, iaitu daripada 49,000 kepada 78,000, mewakili kira-kira 7.5% daripada jumlah pekerjaan dalam sektor tersehut (NPC 1991:l-6). Justeru itu, perkembangan pesat ekonomi negara dan pertumbuhan mendadak sektor pembuatan meningkatkan kesedaran tentang perlunya satu kajian terhadap kemungkinan wujudnya hubung jalin antara kilang pelbagai saiz dalam industri tekstil dan pakaian.

(5)

wujudnya tiga bentuk hubung jalin utama, iaitu firma/syarikat hesar sebagai pembeli utama produk yang dikeluarkan oleh pengilang kecil; pengaturan kontrak khas dalam penjualan produk kepada firma syarikat besar dan hubungan berbentuk sub-kontrak.

Hubung jalin dari segi penjualan produk yang dihasilkan oleh pengilang kecil diukur berdasarkan nilai peratus produk yang dijual (kepada firma besar) dengan jumlah nilai keseluruhan produk yang dijual oleh pengilang kecil. Dalam Jadual 1, didapati lebih setengah pengilang kecil yang diselidiki menjual lebih 75% daripada jumlah produk mereka kepada firma besar. Dengan purata nilai jualan ke firma besar berjumlah 72.3%, jelaslah bahawa firma besar mempakan pasaran utama bagi pengilang kecil tekstil dan pakaian di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Jadual 1: Taburan pengilang kecil mengikut peratusan nilai produk yang dijual kepada firma besar

Peratusan barangan yang dijual Peratus

Pelanggan lain pengilang kecil ialah peniaga kecil, peruncit, pemborong kecil dan individu tetapi kumpulan ini membentuk pasaran yang kecil. Begitu juga, tidak terdapat satu pun pengilang yang menjual produk mereka ke sektor awam. Penemuan ini mungkin berkait dengan taraf pemilikan industri kecil dalam kajian ini. Didapati sejumlab 72.5% daripada industri kecil adalah milik orang perseorangan, sementara 21.6% lagi hak milik perkongsian keluarga. Terdapat hanya 5.9% industri kecil yang berdaftar sebagai syarikat sendirian berhad.

Didapati juga bahawa pengilang kecil ini menjadi pembekal utama kepada firma antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Antaranya ialah Orlando, Lee, Padini dan beberapa pasar raya. Kajian ini juga mendapati bahawa pengilang kecil ini menumpukan pasaran mereka di dalam negara dan ini menyokong andaian yang dibuat oleh beberapa sarjana, seperti Lim (1986) dan Salleh (1991).

(6)

petunjuk, iaitu: perubahan/pertambahan keuntungan, perubahan pertambahan modal berbayar dan perubahan/pertambahan keuntungan, pembahan/pertambahan modal berbayar dan perubahan/pertambahan jumlah pekerja sepenuh masa. Petunjuk ini diukur dengan menggunakan indeks tahunan (tahun pertama bersamaan dengan 100) berdasarkan tempoh masa lima tahun dari 1986 hingga 1990. Setelah pemerhatian mengenai kaedah pengiraan kejayaan industri kecil di negara membangun yang lain dibuat (Moha Asri A. 1993), kejayaan pengilang dibahagikan kepada dua, iaitu kumpulan yang lebih berjaya dan kumpulan yang kurang berjaya berasaskan kaedah pengiraan indeks.

Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan dapat disimpulkan bahawa jumlah firma kecil di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding dengan firma besar. Ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu modal dan pasaran yang terhad, kekurangan tenaga mahir, jenis industri yang dijalankan, perbezaan teknologi yang diaplikasikan, dan lokaliti firma-firma.

FAKTOR-FAKTOR WUJUD BANYAKNYA FIRMA KECIL A) Modal Terhad

Di Malaysia, meninjau penyelidikan yang dilakukan ke atas firma skala kecil , perangkaan yang diperolehi jelas menunjukkan kesulitan mendapat pinjaman dari bank. “The current credit squeeze has resulted in dficulty for SMIs to obtain financial assitance from commercial banks”(Soong 2000b). Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh usahawan Cina, malah juga terdapat di usahawan Melayu dan India. Mengikut kajian yang dibuat terhadap 491 usahawan industri kecil di Semenanjung Malaysia pada tahun 1992, lebih kurang 71 peratus daripada mereka memaklumkan bahawa masalah paling besar adalah untuk mendapatkan sumber kewangan atau kredit daripada bank perdagangan atau agensi-agensi kewangan yang lain (Moha 1999:29).

(7)

Di Malaysia terdapat pelbagai kemudahan kredit dan pinjaman yang disediakan oleh pelbagai bank dan agensi kewangan yang lain. Namun demikian, terdapat berbagai faktor yang menghalang firma kecil untuk mendapat pinjaman dan bank dan institusi kewangan. Salah satu daripadanya ialah ketidakupayaan usahawan menunjukkan prestasi dan kekukuhan kedudukan kewangan. Keadaan mi ditambah pula dengan ketiadaan rekod kewangan yang lengkap dan sistematik serta tidak ada cagaran dan penjamin yang sesuai. Oleh itu, institusi kewangan merasakan penawaran pinjaman kepada firma kecil nierupakan risiko yang lebih tinggi berbanding dengan pemberian pinjaman kepada firma besar. Ketiadaan satu rekod akaun atau rekod perniagaan syarikat yang baik juga menyebabkan pihak bank tidak berminat terhadapnya, akibatnya menjadi alasan kepada pihak bank untuk menolak permohonan mereka. Perkara mi adalah kerana kebanyakan firma yang diuruskan oleh usahawan Cina tidak mempunyai satu sistem pengurusan akaun yang tersusun yang boleh dijadikan bukti dalam membuat permohonan pinjaman. Seperti yang dinyatakan oleh Encik Lu Gim Seng (Ahli Jawatan Kuasa National Small & Medium Industries Consultative Centre) bahawa lebih 80% daripada usahawan Cina menghadapi masalah meminjam wang dari bank. Di antara sebabnya adalah kerana usahawan Cina tidak mempunyai pengetahuan dan teknik yang sesuai untuk memohon pinjaman, Iebih-lebih lagi usahawan Cina lebih cenderung meminjam wang dan ahli keluarga, saudara mara ataupun kawan. Di samping itu, Encik Lu juga menyatakan bahawa bank bersikap dingin dalam memberi pinjaman dan kemudahan kredit kepada usahawan skala kecil, mi adalah kerana pihak bank menganggap memberi pinjaman kepada firma skala kecil akan mengalami risiko yang besar berbanding dengan firma besar (Lim 8,9.2000). Satu hakikat yang perlu diakui bahawa kemudahan kredit yang ditawarkan oleh bank perdagangan dan institusi kewangan kepada firma kecil merupakan satu pelaburan yang menghasilkan pulangan yang rendah.

B) Kekurangan Tenaga Mahir

Keupayaan, kejayaan serta pertumbuhan firma kecil bukan hanya ditentukari oleh sumber pembiayaan yang mantap tetapi juga memerlukan tenaga buruh yang mahir dan berpengetahuan lagi berbakat.

(8)

peningkatan teknologi yang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengalaman ncgara tersebut tidak dapat menyangkal bahawa kemahiran teknologi tenaga buruh memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sesebuah negara.

Kekurangan tenaga buruh yang mahir dalam bidang teknologi merupakan salah satu fakor utama wujud banyaknya firma kecil. Punca utama masalah mi adalah disebabkan kekurangan skim latihan yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun pihak swasta untuk remaja. Terutama di alaf baru ini, suasana pekerjaan yang dipenuhi dengan alat-alat elektronik seperti komputer, digital kamera, telefon bimbit dan sebagainya, sudah tentu pasaran dahaga memperolehi tenaga buruh yang mahir. Tenaga buruh yang tidak berpengetahuan menggunakan komputer dan alat-alat mesin, maka daya pengeluaran tidak dapat dipertingkatkan. Di samping itu, teknologi juga kerap berubah dan setiap perubahan melibatkan teknologi yang lebih kompleks. Akibatnya, tenagaburuh harus sentiasa dilatih dan disalurkan pengetahuan teknologi yang termoden supaya daya pengeluaran dapat dipertingkatkan lagi.

Firma-firma besar menawarkan kebajikan yang baik kepada pekerja, seperti menawarkan latihan kepada pekerja-pekerja. Keadaan ini merupakan cabaran kepada firma kecil yang tidak berupaya memberi latihan untuk pekerjanya.

Ramai usahawan firma kecil mengakui bahawa para pekerja mereka kurang terlatih berbanding dengan firma besar. Salah satu scbab utama ialah mereka tidak mampu menyediakan kursus latihan kepada para pekerja, Selain daripada itu, pelatih yang berpengalaman sukar digaji untuk melatih pekerja, Sekiranya terdapat pelatih sedemikian pula, firma kecil tidak berupaya menggaji pelatih tersebut.

C) Masalah Pasaran Terhad

Penyclidikan pemasaran produk itu penting sebelum memulakan perniagaan. Banyak firma kecil telah ditutup selepas bermula berniaga selama beberapa tahun sahaja. Seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Dato’ Soong, ‘Many SMEs are started but perished a few years later because they did not make a proper market feasibility study beforehand’ (l9hb.Dis.2000). Ketiadaan penyelidikan pemasaran menyebabkan produk yang dihasilkan turut menjadi masalah kepada usahawan kecil untuk dipasarkan.

(9)

D) Perbezaan Teknologi Yang Digunakan

Pelbagai masalah sering dihadapi oleh firma kecil ketika menentukan teknoogi yang sesuai. Di antaranya ialah kekurangan ahli kepakaran, ahli teknik mahir dan makiumat tentang perubahan dalam teknologi baru dan perbadanan yang membekalkan makiumat teknologi yang kerap berubah. Masalah mi sebahagian besar adalah disebabkan oleh kekurangan sumber serta perbadanan penyelidikan dan pembangunan yang kurang lengkap.

Sebahagian besar firma-firma kecil masih menggunakan teknologi dan mesin yang sudah tidak digunakan lagi oleh firma besar. Alatan dan teknik yang digunakan dalam masa 20 dan 25 tahun yang lalu masih digunakan secara berleluasa pada hari ini. Kadangkala masalah ini juga berpunca daripada usahawan Cina yang kurang yakin terhadap teknologi moden yang terkini. Ini telah jelas menunjukkan bahawa pemindahan teknologi yang sesuai kurang berlaku di kalangan firma kecil dan sederhana. Alatan dan teknologi tradisi ini tidak dapat mempertingkatkan produktiviti malah memperlahankan lagi pengeluaran akibat alatan tersebut sudah usang dan tidak dapat berfungsi baik.

E) Masalah Lokaliti Firma Yang Kurang Sesuai

Kekurangan bangunan dan tapak yang sesuai untuk firma kecil telah menjadi satu hakikat. Ramai usahawan kecil merungut bahawa Lembah Kelang kekurangan tapak dan bangunan yang sesuai untuk perkembangan kilang. Kekurangan ini telah mengelakkan firma kecil terpaksa mengilangkan barangan mereka di kawasan perumahan dan di halaman belakang rumah pengusaha. Ekorannya ia mempengaruhi kualiti penghasilan produk.

Mendirikan firma dan kilang di kawasan perurnahan merupakan rnasalah yang serius. Operasi firma-firma ini telah menyinggungkan perasaan penduduk perumahan di mana menyebabkan pencemaran air, bunyi dan udara. Ekoran daripada itu, penduduk-penduduk perumahan membuat pengaduan kepada Jabatan Alam Sekitar. Akibatnya, lesen firma itu diperhentikan, dan operasinya terpaksa juga berhenti.

(10)

pembekalan elektrik yang kurang stabil, bekalan air yang sering putus, sistem komunikasi yang kurang baik dan kelemahan sistem pegangkutan telah memburuk lagi keadaan firma-firma kecil.

KESIMPULAN

Perbincangan di atas telah jelas menunjukkan firma kecil menghadapi berbagai masalah dan memerlukan pelbagai bantuan untuk mengatasinya. Penulis berpendapat bahawa galakan ke atas usahawan-usahawan firma kecil dan sederhana ialah menubuhkan koperasi. Koperasi dapat menjual bahan mentah dengan harga Iebih rendah. Ini adalah kerana koperasi membeli bahan mentah daripada pembekal dengan kuantiti yang banyak. Akibatnya harga bahan mentah tersebut adalah rendah, maka koperasi dapat menjual bahan mentah tersebut kepada firma kecil dengan harga yang rendah berbanding dengan firma kecil membeli bahan mentah dengan pembekal lain yang kuantiti kecil serta harga lebih tinggi. Ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah tiada gudang untuk menyimpan stok malah ia juga mengatasi masalah persaingan di antara firma-firma kerana merebut bahan mentah.

Dengan pelaksanaan Asean Free Trade Area (AFTA) ini, tentu firma kecil dan sederhana bukan sahaja menghadapi persaingan tempatan malah ia menghadapi persaingan hebat dan negara Asean. Pembukaan perdagangan bebas ini tentu membawa keburukan dan kebaikan kepada firma kecil dan sederhana. Kebaikan ialah mendorong firma kecil dan sederhana memperbaiki mutu barangan tempatan, mencipta reka bentuk barangan tempatan yang lebih menarik, merendahkan kos pengeluaran dan harga barangan serta memperkukuhkan kedudukan firma supaya dapat menghadapi cabaran yang baru dan bersaing dengan barangan luar negeri. Keburukannya ialah, usahawan-usahawan yang enggan membuat perubahan dan pemajuan, maka tentulah usahawan mi akan disingkir keluar dari sektor perusahaan.

(11)

Dalam usaha meningkatkan hubung jalin antara firma kecil dengan firma besar bagi merancangkan pertumbuhan dan kejayaan industri kecil, program sokongan dan dasar bantuan kerajaan perlulah menumpukan dan menggalakkan kerjasama yang lebih erat dan padu bukan sahaja dalam industri tekstil dan pakaian, tetapi semua sektor industri kecil. Malah dasar sokongan dan bantuan perlu diselaraskan bagi mewujudkan hubung jalin antara sektor industri dengan sektor ekonomi lain. Misalnya, industri elektronik dan industri komputer, kereta dan sebagainya. Pelbagai langkah boleh diberi pertimbangan, antara lain, kemudahan kredit, latihan pengurusan dan pemasaran, bantuan teknikal dan khidmat nasihat serta penyediaan infrastruktur yang haik kepada industri yang terlibat. Bantuan dan program sokongan tersebut akan lebih bermakna dan berjaya jika usaha itu diikuti dengan beberapa insentif yang menarik seperti, insentif pelaburan dan modal, pengecualian dan pelepasan cukai dan tarif, dan insentif untuk barangan import dan eksport kepada industri yang terbabit. Saranan awal tersebut memerlukan penelitian yang mendalam dari segi beberapa peringkat, individu dan industri tertentu.

(12)

RUJUKAN

Chowdhury, N. 1982. A study of weaving cotton in Bangladesh: The relative advantage and disadvantage of handloom weaving and factory production. Thesis D. Phil, University of Cambridge.

Evcimen, G. Kaytar, M. & Cinar, M. 1991, Subcontracting, growth and capital accumulation in small-scale firms in the textile industry in Turkey. The Journal o Development Studies 28 (1)

Harris, J. 1982. Character of an urhan-economy - small-scale production and labor market in Coimbatore: Economic and Political Weekly 17 (23).

Harrison, B. dan Kelley, M.R. 1993. Outsourcing and the search for flexibility. Work, Employment and Society 7 (2): 213-235.

Hill, H. 1985. Subsontracting, technological diffusion and the development of small enterprise in Philippine manufacturing. The Journal oF Developing Arena 19

ILO. 1986. The promotion of small and medium-sized enterprises, International Labour Coference, Geneva: ILO.

Ishak Shaari & A. Halim, 1995. Globalized economy: Implications for equity in Malaysia. International Conference on Globalisation: Local Challenges and Responses, Pulau Piuang, USM, 19-21 Jan.

(13)

Referensi

Dokumen terkait