• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen Perkhidmatan Perbankan Serantau CIMB (Malaysia Singapura)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Terma-terma & Syarat-syarat Kempen Perkhidmatan Perbankan Serantau CIMB (Malaysia Singapura)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Terma-terma & Syarat-syarat

Kempen Perkhidmatan Perbankan Serantau CIMB (Malaysia – Singapura)

1.

Kempen ini dianjurkan oleh CIMB Bank dan setiap rujukan kepada “CIMB” bererti rujukan

kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Tempoh Kempen

2. “Kempen Perkhidmatan Perbankan Serantau CIMB (Malaysia – Singapura)” (“Kempen ini”) akan berlangsung dari 1hb April 2015 – 30hb Jun 2015, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh

Kempen”).

3. CIMB merizab hak, dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi, untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen.

Kelayakan

4. Kempen ini terbuka kepada semua Pelanggan Preferred CIMB Malaysia kecuali pihak yang dirujuk dalam Klausa 5 di dalam ini (“Peserta Layak”).

5. Kategori orang berikut tidak layak menyertai Kempen ini:

i) Keempunyaan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Persatuan Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Perdagangan;

ii) Kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sementara CIMB (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan

iii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB.

Cenderahati Pendaftaran

6. Cenderahati Pendaftaran adalah satu (1) unit ‘Octo Football Premium’ Edisi Terhad untuk dua ratus dan sepuluh (210)Peserta Layak pertama yang mendaftar diri untuk Perkhidmatan Pembukaan Akaun Pra-Ketibaan Serantau CIMB di Singapura dengan deposit awal sebanyak minimum SGD 1,000 untuk Akaun Simpanan dan SGD 5,000 untuk Akaun Semasa dalam tempoh kempen.

7. Pelanggan yang memilih untuk datang sendiri ke cawangan CIMB Singapura untuk membuka akaun dalam tempoh kempen tidak layak menyertai kempen ini.

8. Peserta Layak yang memenuhi keperluan kelayakan dalam klausa 6 & 7 untuk Perkhidmatan Pembukaan Akaun Pra-Ketibaan SerantauCIMB akan disenarai pendek dan 210 Peserta Layak yang pertama berhak menerima satu (1) Unit ‘Octo Football Premium’ Edisi Terhad.

(2)

“Cenderahati”)

Hadiah dan Kriteria Penyertaan

9. Hadiah berikut disediakan untuk pemenang terpilih kempen ini:-

Kategori #Pemenang setiap

Kategori Hadiah setiap Pemenang

Hadiah Utama 3 Pemenang

Penginapan 2H1M untuk 2 orang di Marina Bay Sands, Orchid Suite termasuk:

- Makan pagi percuma di Sky on 57;

- Akses istimewa ke The Club at Marina Bay Sands – minum petang dan koktel lewat petang;

- iPads untuk kegunaan di The Club at Marina Bay Sands;

- Akses internet percuma.

(Hadiah Utama yang dinyatakan di atas dirujuk secara kolektif selepas ini sebagai “Hadiah”).

10. Pakej Hadiah Utama adalah baucer penginapan 2H1M untuk dua (2) orang bagi setiap seorang daripada tiga (3) Pemenang Hadiah Utama.

Pemulangan wang tidak akan diberikan jika Pemenang Hadiah Utama tidak menggunakan baucer dalam tempoh penginapan. Sebarang perkhidmatan atau permintaan tambahan yang tidak termasuk dalam pakej penginapan akan ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang Hadiah Utama.

11. Peserta Layak boleh menggunakan Akaun-akaun Sertaan mereka untuk mengumpul penyertaan dalam Tempoh Kempen. Ringkasan tentang bagaimana Penyertaan diperolehi dibentangkan dalam jadual di bawah:-

Transaksi Layak Yang Diluluskan oleh CIMB

semasa Tempoh Kempen #Penyertaan

Pembukaan Akaun yang berjaya dilakukan di Singapura melalui Perkhidmatan Pembukaan Akaun Pra-Ketibaan Serantau CIMB dengan deposit permulaan sebanyak SGD 1,000 untuk Akaun Simpanan atau SGD 5,000 untuk Akaun Semasa

5

Pemindahan Dana kepada akaun CIMB Singapore melalui CIMB Clicks

(3)

12. Peserta Layak boleh mendapatkan penyertaan atau penyertaan-penyertaan (“Penyertaan” atau “Penyertaan-penyertaan” mengikut keadaan) untuk memenangi Hadiah Utama yang dirujuk dalam Klausa 6 di atas dalam cara berikut:

i) Untuk setiap pembukaan akaun yang berjaya dilakukan di Singapura melalui Perkhidmatan Pembukaan Akaun Pra-Ketibaan Serantau CIMB dengan deposit permulaan sebanyak minimum SGD 1,000 untuk Akaun Simpanan atau SGD 5,000 untuk Akaun Semasa memberikan hak kepada Peserta Layak untuk mendapatkan lima (5) penyertaan; ii) Setiap pemindahan dana sebanyak SGD 3,000 yang dibuat kepada Akaun CIMB Singapore

melalui CIMB Malaysia Clicks memberikan hak kepada Peserta Layak untuk mendapatkan dua (2) penyertaan;

iii) Jumlah transaksi yang disebut dalam klausa 12.ii di atas boleh dikumpul semasa tempoh kempen;

Proses Pemilihan Untuk Hadiah Utama

13. Peserta Layak yang memperolehi Penyertaan akan disenarai pendek daripada jumlah Penyertaan dalam Tempoh Kempen oleh sistem pemilihan automatik. 3 Pelanggan dengan bilangan penyertaan terbanyak pada penghujung Tempoh Kempen layak memenangi Hadiah Utama. (“Peserta Yang Disenarai Pendek”)

Peserta Yang Disenarai Pendek akan dihubungi melalui telefon di nombor telefon mereka yang disimpan dalam rekod CIMB dalam masa tiga (3) minggu dari tarikh tamat tempoh kempen dan dikehendaki menjawab satu (1) soalan. Jika percubaan pertama untuk memanggil Peserta Yang Disenarai Pendekgagal, iaitu atas sebab seperti tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tidak dapat disambungkan, atau sebarang sebab lain, dua (2) percubaan lanjut akan dibuat kepada Peserta Yang Disenarai Pendek. Jika percubaan ketiga tidak berjaya, Peserta Layak yang lain akan dipilih.

CIMB mempunyai budi bicara tunggal untuk menetapkan tarikh dan masa untuk membuat panggilan telefon kepada Peserta Yang Disenarai Pendek. CIMB tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang panggilan yang dibuat kepada Peserta Yang Disenarai Pendekyang (i) tidak disempurnakan atau terputus atas apa sebab jua; (ii) tidak dijawab atau diteruskan kerana Peserta Yang Disenarai Pendek tiada pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan/atau atas sebarang sebab lain pun jua. Panggilan telefon yang dibuat kepada Peserta Yang Disenarai Pendek adalah berdasarkan nombor telefon yang diberikan oleh Peserta Yang Disenarai Pendek dan disimpan dalam rekod CIMB. Peserta Yang Disenarai Pendek bertanggungjawab memastikan nombor telefon mereka yang diberikan adalah semasa dan dikemaskinikan dengan CIMB sekiranya berlaku apa-apa perubahan oleh Peserta Yang Disenarai Pendek. Selanjutnya dan untuk mengelakkan sebarang keraguan, CIMB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang caj telekomunikasi, caj perayauan atau caj telefon yang hendaklah ditanggung oleh Peserta Yang Disenarai Pendek, sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang disebabkan oleh CIMB menghubungi Peserta Yang Disenarai Pendek. CIMB merizab hak untuk merakamkan perbualan telefon.

Peserta Yang Disenarai Pendekyang berjaya menjawab soalan dengan tepat akan memenangi Hadiah Utama. Peserta Yang Disenarai Pendekyang gagal menjawab soalan dengan tepat tidak berhak menerima Hadiah Utama. Peserta Layak yang disenarai pendek seterusnya kemudian akan

(4)

dipilih untuk menjawab soalan. Semua sesi soal jawab akan dihakimi dan diputuskan oleh satu panel hakim yang dipilih oleh CIMB dan keputusan hakim-hakim panel yang dipilih oleh CIMB adalah muktamad dan mengikat.

14. Pada masa pemilihan Peserta Yang Disenarai Pendek untuk menjadi pemenang Kempen, akaun CIMB bagi Peserta Layak yang terpilih MESTI dalam keadaan baik dan Peserta Layak HENDAKLAH TIDAK memungkiri mana-mana terma dan syarat sebarang produk perkhidmatan atau kemudahan yang ditawarkan atau diberikan oleh CIMB kepada Peserta Layak dan jika tidak Peserta Layak tersebut akan disingkirkan daripada menyertai atau menjadi pemenang Kempen. 15. Setiap Peserta Layak hanya boleh memenangi satu (1) Cenderahati Pendaftaran dan satu (1)

Hadiah Utama semasa Tempoh Kempen. Cenderahati Pendaftaran dan Hadiah Utama akan dihantar ke alamat pos yang diberikan oleh Pemenang dalam masa 6-8 minggu selepas tamat Tempoh Kempen.

16. Semua cenderahati dan hadiah diterima oleh pemenang atas dasar “seadanya” dan CIMB tidak membuat sebarang representasi dan tidak menerima sebarang tanggungjawab pun jua berhubung dengan cenderahati dan hadiah tersebut termasuk nilai atau apa-apa perubahan pada nilai cenderahati atau hadiah tersebut. Hadiah hanya disediakan kepada Peserta Layak dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan tidak termasuk kos dan perbelanjaan lain berhubung dengan perjalanan termasuk wang perbelanjaan, pasport, visa, insurans perjalanan, kos pengangkutan, caj sampingan, seperti mini-bar, panggilan telefon, bil bar, filem di dalam bilik, perbelanjaan dobi, kehilangan atau kerosakan harta hotel, makanan atau penginapan (kecuali setakat mana wang perbelanjaan, pengangkutan, makanan atau penginapan dinyatakan dengan jelas dalam terma-terman dan syarat-syarat ini sebagai termasuk dalam Hadiah). Sebarang kos dan perbelanjaan berkaitan lain akan ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang.

17. Cenderahati dan Hadiah boleh ditukar dengan memberikan notis yang mencukupi kepada Pemenang. Jika mana-mana cenderahati atau hadiah atau barangan yang membentuk sebahagian daripada cenderahati dan Hadiah tidak boleh didapati atas apa jua sebab,CIMB berhak menggantikan Cenderahati dan Hadiah atau barangan Hadiah tersebut untuk barangan yang sama nilainya yang akan ditentukan menurut budi bicara tunggal dan mutlak mereka dengan memberikan notis yang cukup kepada Pemenang. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pemenang atas sebarang kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan yang dialami disebabkan oleh Hadiah. Pemenang digalakkan mendapatkan perlindungan insurans perjalanan yang cukup untuk melindungi diri mereka terhadap kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan sedemikian.

Terma-terma & Syarat-syarat Am

18. Dengan menyertai Kempen, Peserta Layak membenarkan CIMB menerbitkan atau memaparkan nama, gambar dan bandar kediaman PesertaLayak yang memenangi hadiah untuk Kempen ini bagi tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa jua cara yang dianggapnya sesuai. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak seterusnya membenarkan dan bersetuju bahawa CIMB bebas menerbitkan nama, gambar dan bandar kediaman mereka tanpa pampasan bagi tujuan pengiklanan dan publisiti.

(5)

19. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan keputusan CIMB.

20. Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau pengindorsan, tersirat atau nyata, bertulis atau lisan, bagi semua cenderahati dan hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini. Semua risiko, kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan berkaitan dengan penggunaan Hadiah hendaklah ditanggung oleh Peserta Layak. CIMB tidak akan melayan sebarang aduan pun jua berhubung dengan Hadiah.

21. CIMB berhak mengubah, memadamkan atau menambah sebarang Terma dan Syarat ini atau mana-mana bahagian daripadanya dan/atau menggantikan Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini, dan melanjutkan, memodifikasi, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dengan memberikan notis yang cukup kepada Peserta Layak. Sebarang perubahan, pemadaman atau penggantian akan dimaklumkan menurut budi bicara tunggal CIMB melalui notis bertulis yang dipaparkan atau disediakan di mana-mana cawangan CIMB atau di laman web CIMB dan akan berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan di dalam notis. Tiada sebarang pampasan dalam bentuk wang atau bukandalam bentuk wang akan diberikan kepada Peserta Layak atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh perubahan, pemadaman, tambahan atau pindaan pada Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan/atau pelanjutan, modifikasi, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini. 22. Terma-terma dan Syarat-syarat ini (sebagaimana yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa

selaras dengan Klausa 21) hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat yang berkuat kuasa bagi sebarang Pembukaan Akaun CIMB atau Perbankan Dalam Talian CIMB yang dikenakan terhadap Peserta Layak dan hendaklah mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak konsisten yang terkandung dalam sebarang bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini.

23. Keputusan CIMB dan/atau hakim-hakim CIMB berhubung dengan setiap aspek Kempen ini adalah muktamad, mengikat dan konklusif.

24. CIMB tidak menanggung sebarang tanggungjawab untuk Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini. CIMB tidak menanggung sebarang liabiliti (termasuk, tanpa had, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, langsung atau tidak langsung, gantirugi sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang walau bagaimanapun jua berbangkit sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berhubung dengan Kempen ini, meskipun jika CIMB telah dimaklumkan tentang kemungkinan gantirugi sedemikian terlebih dahulu, dan semua gantirugi sedemikian dikecualikan dengan nyata.

25. Dengan menerima Hadiah, Pemenang bersetuju memastikan CIMB dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing tidak dipertanggungjawabkan untuk dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMBdan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan Pemenang

(6)

tersebut dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah.

26. CIMB tidak menanggung sebarang tanggungjawab untuk apa-apa implikasi cukai yang mungkin berbangkit daripada Hadiah atau penggunaannya. Sebarang obligasi pemfailan cukai atau sebarang pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa akibat penerimaan Hadiah kekal sebagai tanggungjawab tunggal peserta. Setiap peserta bertanggungjawab meminta nasihat bebas tentang implikasi yang mungkin berbangkit terhadap situasi kewangannya sendiri.

27. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Peserta Layak boleh menghubungi Customer Resolution Department CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut (atau di sebarang alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh CIMB dengan memaklumkan Peserta Layak): Customer Resolution Department, Level 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 1 300 880 900 / Faks: 60326913248/CRU@cimb.com.

Referensi

Dokumen terkait

TEGANGAN SISI SEKUNDER PADA TRANSFORMATOR DAYA I 60 MVA 150/20 kV DENGAN PENGUBAH TAP BERBEBAN DI GARDU INDUK KERAMASAN PT. PLN ini

Puji syukur penulis panjatkan Kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkan rahmat serta hidayahnya sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi melalui

Model logit regresi ZIP menjelaskan bahwa probabilitas penderita TBC dalam satu rumah tangga tidak dipengaruhi oleh jumlah anggota rumah tangga dengan jenis pekerjaan utama

yang senantiasa memberikan segala rahmat sehingga dapat menyelesaikan skripsi dengan judul “Pengaruh Return On Investment, Return On Equity, Total Asset Turn

Dalam artikel ini, penulis akan mengelaborasikan PDRB kecamatan yang direpresentasikan pada variabel ketimpangan wilayah (TI) dengan variabel alokasi dana desa (ADD),

Pada umumnya metode yang digunakan untuk me-monitoring suatu pekerjaan adalah dengan metode kurva S yang mana bobot setiap pekerjaan dalam metode ini adalah

Kajian ini juga mendapati terdapat kesan kehadiran spiritual sebagai moderator dalam hubungan kepintaran emosi dengan tingkah laku kewargaan organisasi tetapi

Uji akurasi dilakukan pada tiap-tiap hasil klasifikasi multipsektral maximum likelihood guna memperoleh informasi akurasi yang terbaik dari beberapa metode pan-sharpend dalam