• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN

ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN

PELARASAN HARGA KONTRAK

Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia

Oktober 2008

(2)

PERATURAN MENGENAI ARAHAN PERUBAHAN KERJA

DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

_____________________________________________________________

1.

Kelulusan Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja

1.1 Arahan

Perbendaharaan

202.2

memperuntukkan bahawa

kelulusan

hendaklah diperolehi terlebih dahulu

daripada Pihak

Berkuasa/Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja sebelum sesuatu

arahan perubahan kerja dikeluarkan.

1.2 Selaras dengan A.P. 202.2 Jadual I dan A.P. 203.1, permohonan

hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa yang berkenaan mengikut

hadkuasa seperti di

Lampiran A

dengan mengemukakan borang

JKR-KPK(Pind. 1/2008) seperti di

Lampiran B

, bagi perubahan kerja yang

menyebabkan

penambahan

harga kontrak sahaja.

1.3 Pegawai yang memohon tidak boleh menjadi Pengerusi atau Ahli

Jawatankuasa.

1.4

Di bawah borang JKR-KPK, nilai anggaran kerja perubahan yang terlibat

juga perlu dikemukakan. Nilai ini merupakan

nilai sementara

dan

hendaklah disokong dengan butir-butir pengiraan yang disahkan oleh

P.P./Wakil P.P./Wakil P.P. Pakar. P.P./Wakil P.P. juga dikehendaki

membuat perakuan pematuhan kepada kehendak A.P. 202 iaitu

sebagaimana yang tercatat di Bahagian D borang tersebut.

1.5

P.P. hendaklah memastikan bahawa semua permintaan perubahan kerja

daripada Agensi Pelanggan hanya boleh diterima sekiranya ia dibuat

secara bertulis oleh pihak-pihak yang dikenalpasti sebagai pihak yang

diberi kuasa bagi Agensi Pelanggan tersebut.

1.6

Sekiranya terdapat pertambahan kepada nilai perubahan kerja yang telah

diluluskan, kelulusan ke atas pertambahan tersebut hendaklah diperolehi

daripada Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja yang berkenaan,

selaras dengan peruntukan di Lampiran A.

1.7

Bagi perubahan kerja yang diluluskan oleh Jawatankuasa di peringkat

KPKR, P.P. hendaklah memastikan keseluruhan nilai perubahan kerja

tidak melebihi had kuasa Jawatankuasa di peringkat KPKR.

1.8 Contoh Borang JKR-KPK yang telah diisi adalah sebagaimana di

Lampiran B1

.

(3)

2.

Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja

2.1 Setelah

kelulusan

diperolehi

daripada Jawatankuasa Arahan Perubahan

Kerja, P.P. hendaklah mengeluarkan Arahan Perubahan Kerja

berdasarkan peruntukan Syarat-syarat Kontrak dan A.P. 202.1.

2.2

Arahan Perubahan Kerja hendaklah dikeluarkan dengan menggunakan

borang JKR-APK (Pind. 1/2008) seperti di

Lampiran C

. Dengan

penggunaan borang JKR-APK, Borang JKR 203U bagi Arahan P.P. yang

melibatkan Perubahan Kerja tidak perlu dikeluarkan.

2.3

Carta Aliran yang melibatkan perubahan kerja adalah seperti di

Lampiran

D

.

3.

Bayaran atas Kerja Perubahan

Dengan pengeluaran Arahan Perubahan Kerja JKR-APK, maka P.P.

boleh membuat bayaran mengikut nilai kemajuan kerja yang disiapkan

oleh Kontraktor bagi kerja-kerja perubahan (tambahan) tersebut.

4.

Perakuan Pelarasan Harga Kontrak

4.1 Dengan

pengeluaran

Arahan Perubahan Kerja melalui borang JKR-APK,

harga kontrak turut diubah sebanyak nilai sementara yang telah

dianggarkan. Setiap JKR-APK yang dikeluarkan hendaklah

dimuktamadkan nilainya berdasarkan pengiraan, tidak kira sama ada

nilainya berubah atau pun tidak dengan menggunakan borang JKR-PHK

(Pind. 1/2008) seperti di

Lampiran E

.

4.2

Nilai yang dinyatakan di dalam borang JKR-PHK adalah merupakan

nilai

bersih perbezaan

di antara nilai muktamad kerja perubahan dengan nilai

sementara dalam JKR-APK.

5.

Pelarasan-pelarasan harga lain di bawah Kontrak

5.1 Pelarasan-pelarasan

harga lain di bawah Kontrak seperti pelarasan bagi

Wang Kos Prima, Wang Peruntukan Sementara, pengukuran semula

kuantiti sementara, perubahan harga dan tuntutan yang diluluskan

hendaklah disedia dan diperakukan dengan menggunakan borang

JKR-PHK.

(4)

5.2 Walau bagaimanapun, sebelum pelarasan-pelarasan di bawah Kontrak

diperakukan, kelulusan daripada Pihak Berkuasa berkenaan hendaklah

diperolehi seperti berikut:

(i)

Wang Peruntukan Sementara

Pihak-pihak berkuasa yang meluluskan selaras dengan Peraturan

Jabatan yang sedang berkuatkuasa.

(ii)

Tuntutan Kontraktor

Semua penilaian tuntutan kontraktor yang diliputi di bawah A.P.

202.2 Jadual III(e) hendaklah mendapat kelulusan Jawatankuasa

Tuntutan seperti di

Lampiran F

. Permohonan untuk mendapatkan

kelulusan Jawatankuasa Tuntutan hendaklah dikemukakan

mengikut garispanduan seperti di

Lampiran G

.

(iii)

Pengukuran Semula Kuantiti Sementara

Kelulusan hendaklah diperolehi daripada Jawatankuasa Kerja

Tambahan Kuantiti Sementara seperti di

Lampiran H

mengikut had

nilai yang ditetapkan selaras dengan A.P. 202.2 Jadual III(d).

Permohonan kepada Jawatankuasa hendaklah dibuat dengan

mengemukakan borang JKR-KKS (Pin. 1/2008) sebagaimana di

Lampiran I

dan mengikut panduan seperti di

Lampiran J

.

6.

Tindakan memuktamadkan harga kontrak

6.1 Pelarasan muktamad terhadap Perakuan Perubahan Harga Kontrak dan

pelarasan-pelarasan lain di bawah Kontrak hendaklah dibuat sebaik

sahaja kerja-kerja yang terlibat dijalankan dan semua maklumat diperolehi

untuk membolehkan penilaian muktamad dibuat.

6.2

Amalan di mana pihak kontraktor menyediakan penyata perubahan kerja

bagi pihak P.P. hendaklah dihentikan.

(5)

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PERUBAHAN KERJA JKR

BIL. NAMA JAWATANKUASA/

BIDANGKUASA KEANGGOTAAN URUSETIA

1. Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di Peringkat Pegawai Penguasa/Pengarah Projek

- Mempertimbangkan dan meluluskan permohonan perubahan kerja sejajar dengan skop asal kontrak

HAK < RM10 juta dan perubahan < 10% daripada HAK

atau

HAK > RM10 juta dan perubahan < RM1 juta

1. Pegawai Penguasa / Pengarah Projek (Pengerusi)

2. Ketua Bahagian Bukan Portfolio Kerja berkenaan di Pejabat Pegawai Penguasa / Pengarah Projek

3. Juruukur Bahan di JKR Negeri / Cawangan / Pasukan Projek (jika ada) Pembentang Wakil P.P. Urusetia Pejabat Pegawai Penguasa / Pengarah Projek

2. Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di Peringkat TKPKR

- Mempertimbangkan dan meluluskan permohonan perubahan kerja sejajar dengan skop asal kontrak

HAK < RM10 juta dan perubahan < 20% daripada HAK

atau

HAK > RM10 juta dan perubahan < RM2 juta

1. Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor berkenaan (Pengerusi)

2. Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

3. Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan jika tidak menjadi Pegawai Penguasa / Pengarah Projek bagi projek berkaitan

atau

Pengarah Kanan / Pengarah

Cawangan Kerja yang lain sekiranya Pengarah Kanan / Pengarah

Cawangan Kerja yang berkenaan menjadi Pegawai Penguasa / Pengarah Projek bagi projek berkaitan Pembentang Pegawai Penguasa / Pengarah Projek / Wakil P.P. Urusetia

Bahagian Dasar dan Kontrak di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

3. Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di Peringkat KPKR

- Mempertimbangkan dan meluluskan permohonan perubahan kerja sejajar dengan skop asal kontrak

HAK < RM20 juta dan perubahan < 30% daripada HAK

atau

HAK > RM20 juta dan perubahan < RM6 juta

1. Ketua Pengarah Kerja Raya (Pengerusi)

2. Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

3. Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan jika tidak menjadi Pegawai Penguasa / Pengarah Projek bagi projek berkaitan

atau

Pengarah Kanan / Pengarah

Cawangan Kerja yang lain sekiranya Pengarah Kanan / Pengarah

Cawangan Kerja yang berkenaan menjadi Pegawai Penguasa / Pengarah Projek bagi projek berkaitan Pembentang Pegawai Penguasa / Pengarah Projek / Wakil P.P. Urusetia

Bahagian Dasar dan Kontrak di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

(6)

JKR-KPK (Pind. 1/2008) KERAJAAN MALAYSIA

JABATAN KERJA RAYA

PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN PERUBAHAN KERJA NO.:

A. BUTIR-BUTIR KONTRAK

1. Tajuk Kontrak:

2. Harga Kontrak Asal: 3. Tarikh Milik Tapak Asal: 4. Tarikh Siap Asal/Dilanjutkan: 5. Kemajuan Kerja Semasa:

B. MAKLUMAT - PERUBAHAN KERJA

1. Huraian Perubahan Kerja:

2. Nilai Anggaran Perubahan Kerja:

(Butir-Butir Pengiraan Disertakan)

3. Punca-Punca Perubahan Kerja:

………

C. NILAI DAN PERATUS KPK TAMBAHAN

(i) Jumlah Bersih KPK Semasa* : RM Peratus: % (ii) Nilai Perubahan Kerja ini : RM Peratus: %

Jumlah Keseluruhan KPK Tambahan [(i) + (ii)] : RM Peratus: %

Nota : Kesemua peratusan di atas adalah nilai peratusan daripada harga kontrak asal

D. PERAKUAN PENGARAH PROJEK / PEGAWAI PENGUASA / WAKIL P.P

Adalah dengan ini saya memperakukan bahawa kerja yang dihuraikan di atas:

(i) adalah benar-benar perlu dilaksanakan dan peruntukan adalah mencukupi (ii) kerja ini dilaksanakan di tapak bina kontrak

(iii) sekiranya kerja ini dilaksanakan secara tender atau sebutharga berasingan akan mengganggu atau menjejaskan kontrak yang sedang berjalan

(iv) termasuk dalam skop atau brif asal projek (v) Semua kehendak lain di bawah A.P.202 dipatuhi

……….

Pengarah Projek/Pegawai Penguasa/Wakil P.P. Tarikh:

(7)

Bersetuju/Tidak Bersetuju* meluluskan perubahan kerja di atas dengan had nilai

Catatan :

_________________ ___________________ Pengerusi Ahli Ahli

Jawatankuasa APK

Tarikh :

PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN PERUBAHAN KERJA NO. _______

Tajuk Kontrak :

* Potong yang mana tidak berkenaan RM______________

Peringkat ... _________________________

E. KEPUTUSAN JAWATANKUASA ARAHAN PERUBAHAN KERJA

LAMPIRAN B

(bersambung)

JKR - KPK (Pind. 1/2008)

(8)

LAMPIRAN B

(bersambung)

Lampiran A kepada JKR-KPK (Pind. 1/2008) RINGKASAN KELULUSAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN APK

PROJEK:

HARGA KONTRAK ASAL:

.

Tarikh Bil. *Bil. Huraian Nilai KPK Pelarasan PHK**

KPK PHK (RM) % (Kekurangan)(-RM)

(A) (B)

Jumlah

Jumlah Nilai dan Peratus KPK Semasa [(A)+(B)]

* PHK yang hanya berkaitan dengan KPK dan APK yang telah diluluskan (kekurangan bersih) sahaja **Nilai pelarasan kurangan bersih yang telah dimuktamadkan/diluluskan

(9)

LAMPIRAN B1 CONTOH

JKR-KPK (Pind. 1/2008) KERAJAAN MALAYSIA

JABATAN KERJA RAYA

PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN PERUBAHAN KERJA NO.: 5 A. BUTIR-BUTIR KONTRAK

1. Tajuk Kontrak: Membina dan Menyiapkan Satu Blok Sekolah Tiga Tingkat di Gopeng, Perak

2. Harga Kontrak Asal: RM2,500,000.00

3. Tarikh Milik Tapak Asal: 1-Jan-05

4. Tarikh Siap Asal/Dilanjutkan: 15-Sep-06

5. Kemajuan Kerja Semasa: 65%

B. MAKLUMAT - PERUBAHAN KERJA 1. Huraian Perubahan Kerja:

Membina dan Menyiapkan Bangunan Pencawang TNB 2. Nilai Anggaran Perubahan Kerja: RM30,000.00

(Butir-Butir Pengiraan Disertakan) 3. Punca-Punca Perubahan Kerja:

Sepertimana yang diperlukan oleh pihak TNB

……… C. NILAI DAN PERATUS KPK TAMBAHAN

(i) Jumlah Bersih KPK Semasa*: RM267,755.92 Peratus: 10.72 %

(ii) Nilai Perubahan Kerja ini: RM30,000.00 Peratus: 1.20 %

Jumlah Keseluruhan KPK Tambahan [(i) + (ii)]: RM297,755.92 Peratus: 11.92 %

Nota : Kesemua peratusan di atas adalah nilai peratusan daripada harga kontrak asal D. PERAKUAN PENGARAH PROJEK/ PEGAWAI PENGUASA / WAKIL P.P

Adalah dengan ini saya memperakukan bahawa kerja yang dihuraikan di atas:

(i) adalah benar-benar perlu dilaksanakan dan peruntukkan adalah mencukupi

(ii) kerja ini dilaksanakan di tapak bina kontrak

(iii) sekiranya kerja ini dilaksanakan secara tender atau sebuthraga berasingan akan

mengganggu atau menjejaskan kontrak yang sedang berjalan

(iv) termasuk dalam skop atau brif asal projek

(v) Semua kehendak lain di bawah A.P.202 dipatuhi

……….

Pengarah Projek / Pegawai Penguasa / Wakil P.P. Tarikh:

(10)

Bersetuju/Tidak Bersetuju* meluluskan perubahan kerja di atas dengan had nilai

Catatan :

________________ ________________ Pengerusi Ahli Ahli Jawatankuasa APK

Tarikh :

* Potong yang mana tidak berkenaan Tajuk Kontrak :

RM______________

Peringkat ... ______________________

E. KEPUTUSAN JAWATANKUASA ARAHAN PERUBAHAN KERJA PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN PERUBAHAN KERJA NO. ____

LAMPIRAN B1

(bersambung)

JKR - KPK (Pind. 1/2008)

(11)

LAMPIRAN B1

(bersambung)

Lampiran A kepada JKR-KPK (Pind. 1/2008) RINGKASAN KELULUSAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN APK

PROJEK: Membina dan Menyiapkan Satu Blok Sekolah Tiga Tingkat di Gopeng, Perak

HARGA KONTRAK ASALRM2,500,000.00

.

Tarikh Bil. *Bil. Huraian Nilai KPK Pelarasan PHK**

KPK PHK (RM) % (Kekurangan)(-RM)

(A) (B)

2-Mar-06 1 a) Tukar cerucuk Spun ke Cerucuk RC RM150,000.00 6.00 1-May-05 2 a) Tukar Konkrit Gred 20 ke Gred 30 RM70,000.00 2.80 2-Jun-05 3 a)Rawatan Anti Termite RM10,000.00 0.40 b) Damp Proof Membrane RM19,000.00 0.76 2 a) Pelarasan APK No.1 Cerucuk Spun ke

Cerucuk RC (KPK No.1) (RM25,027.00) b) Pelarasan APK No.3 Rawatan Anti Termite

(KPK No.3) (RM15,235.00)

6 Pelarasan APK No.6 Damp Proof Membrane (RM125.30)

(KPK No.3) (RM2,356.78)

5-Jul-05 4 a) Tambahan Nilai APK No.2 Tukar Konkrit RM60,000.00 2.40 Gred 20 ke Gred 30 (KPK No. 2)

b) Pembinaan dan pemasangan tempat pili air RM1,000.00 0.04 c) Mengecat tempat letak kereta RM500.00 0.02

Jumlah RM310,500.00 (RM42,744.08)

Jumlah Nilai dan Peratus KPK Semasa [(A)+(B)] RM267,755.92

* PHK yang hanya berkaitan dengan KPK dan APK yang telah diluluskan (kekurangan bersih) sahaja **Nilai pelarasan kurangan bersih yang telah dimuktamadkan/diluluskan

(12)

LAMPIRAN C

JKR-APK

(Pind. 1/2008)

KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA ARAHAN PERUBAHAN KERJA

APK NO. _____ Nama Kontraktor: ………...………..…. Alamat Kontraktor: ………..…...………..….. ………..…...………..….. ………..…...………..….. Tajuk Kontrak: ………..…... ……… No. Kontrak : ……….…………

Tuan adalah diarah untuk melaksanakan perubahan kerja berikut menurut Syarat-syarat Kontrak: ………..……….…...…….………... ………..………..….……….………..….. ……….……….…….………....

2. Perubahan Kerja di atas dianggarkan mengikut pengiraan yang dikepilkan bersama ini

akan menjadi Tambahan/Potongan* sementara sebanyak Ringgit Malaysia ……….….……… ………….….……….….. (RM………..……….) kepada harga Kontrak. Dengan ini, jumlah bersih terkumpul perubahan-perubahan harga (tambahan/potongan)* ialah RM……….

3. Sila akui penerimaan arahan ini dan memaklumkan samaada tuan memilih alternatif 4(a) atau 4(b) seperti yang dinyatakan di Lampiran 1. Sekiranya tuan gagal membuat pilihan (a) atau (b) dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh penerimaan arahan ini seperti yang ditetapkan dalam syarat-syarat kontrak, tuan adalah dianggap tidak berhasrat membuat apa-apa tuntutan bersabit dengan arahan ini. Sila kembalikan semua salinannya (kecuali satu salinan untuk simpanan tuan) kepada P.P., setelah ditandatangani.

……….……….………

Tandatangan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek

Tarikh: ………

(13)

LAMPIRAN C

(bersambung)

Lampiran 1 JKR-APK (Pind. 1/2008)

4.

PENGAKUAN KONTRAKTOR

Saya/Kami dengan ini mengakui penerimaan Arahan Perubahan Kerja yang tersebut di atas dan akan mengambil tindakan sewajarnya seperti diarahkan dan dengan ini:

*(a) Menurut klausa ……, memaklumkan bahawa kami akan mengemukakan tuntutan kerugian atas perbelanjaan tambahan yang akan kami alami akibat dari pematuhan Arahan Perubahan Kerja ini. Amaun kerugian dan/atau perbelanjaan yang terlibat adalah dalam lingkungan lebih kurang RM……….. yang akan dibuktikan dengan resit-resit yang berkaitan.

*(b) Memaklumkan bahawa kami tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan di dalam apa bentuk atau apa-apa cara terhadap Kerajaan akibat dari pematuhan kepada Arahan Perubahan Kerja ini.

Saya/Kami sedia maklum bahawa sekiranya kami gagal melaksanakan arahan ini, pihak Kerajaan boleh melantik pihak ketiga untuk menyiapkannya selaras dengan Syarat-syarat Kontrak dan segala kos terlibat akan ditanggung oleh kami.

……….………….

Tandatangan Kontraktor

Tarikh ………..… (Nama penuh ………….……….………)

………. Cop Kontraktor

s.k. - Pengarah Kanan Cawangan……….. Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur

- Pengarah Cawangan……….. Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur

- Pengarah JKR Negeri………

- Juruukur Bahan ………

- Bank/Syarikat Insurans………. (yang menjamin pelaksanaan kontrak)

CATATAN-CATATAN KHAS UNTUK KONTRAKTOR

(i) * Sila potong (a) atau (b) mengikut pilihan

(ii) Jika pematuhan arahan ini melibatkan kelambatan dan lanjutan masa terhadap penyiapan Kerja-kerja

(14)

LAMPIRAN D

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PERATURAN

ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA

MULA Kenalpasti perubahan kerja yang menyebabkan tambahan harga kontrak Dapatkan kelulusan KPK dari JK Perubahan Kerja

Tidak Adakah nilai APK

>

Ya nilai asal diluluskan

oleh JK Perubahan Kerja ?

Dapatkan kelulusan ke atas pertambahan nilai

APK dari JK Perubahan Kerja yang berkenaan Sediakan PHK Keluarkan APK TAMAT

(15)

LAMPIRAN E

JKR-PHK (Pind. 1/2008)

KERAJAAN MALAYSIA

JABATAN KERJA RAYA

PERAKUAN PELARASAN HARGA KONTRAK PHK NO. _____ Nama Kontraktor: ………. Alamat Kontraktor: …..………... .….………... ……….. Tajuk Kontrak: ……… ……… No. Kontrak : ………...…

1. Pelarasan Harga berikut telah dibuat menurut Syarat-syarat Kontrak. Jenis/Tajuk/Huraian Pelarasan:

……….

……….

2. Pelarasan Harga di atas dinilai mengikut pengiraan yang dikepilkan bersama ini dan akan menjadi Tambahan/Potongan* sebanyak Ringgit Malaysia ... ...……….………... (RM……...) kepada harga dan bayaran atas Kontrak kepada tuan. Dengan itu jumlah bersih terkumpul pelarasan-pelarasan harga PHK No. 1 hingga dan termasuk PHK ini ialah RM……….

3. Sila akui penerimaan Perakuan ini.

……….………... Tarikh:………. Tandatangan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek

Saya / Kami yang bertandatangan di bawah ini mengakui penerimaan Perakuan di atas.

……….…... Tarikh:………... Tandatangan Kontraktor Nama dan Cop Syarikat :

s.k. Pengarah Kanan Cawangan……….. Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur

- Pengarah Cawangan……….. Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur

- Pengarah JKR Negeri……… - Juru Ukur Bahan……… - Bank/Syarikat Insurans……….

(yang menjamin pelaksanaan kontrak) * Potong yang mana tidak berkenaan

(16)

LAMPIRAN F

JAWATANKUASA TUNTUTAN JKR

BIDANGKUASA KEANGGOTAAN URUSETIA

Mempertimbangkan dan Meluluskan Tuntutan Kontrak sebagaimana Yang

Dibenarkan Di Dalam Syarat-syarat Kontrak.

1. Ketua Pengarah / Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya ( Pengerusi )

2. Penasihat Undang-Undang Kem. Kerja Raya

3. Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

4. Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan jika tidak menjadi Pegawai Penguasa /Pengarah Projek bagi projek berkaitan

Atau

Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang lain sekiranya Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan menjadi Pegawai Penguasa / Pengarah Projek bagi projek berkaitan

Pembentang

Pegawai Penguasa / Pengarah Projek / Wakil P.P.

Urusetia

Bahagian Dasar dan Kontrak di

Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

(17)

LAMPIRAN G

GARIS PANDUAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN KELULUSAN KE ATAS PENILAIAN TUNTUTAN

____________________________________________

1. Setiap tuntutan kontraktor yang diterima hendaklah disemak dan dinilai.

2. Jika pada pendapat Pegawai Penguasa / Pengarah Projek tuntutan kontraktor tidak boleh dipertimbangkan, keputusan tersebut hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada kontraktor. Sekiranya kontraktor membuat rayuan atas tuntutan tersebut, rayuan tuntutan kontraktor hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Tuntutan JKR.

3. Jika pada pendapat Pegawai Penguasa / Pengarah Projek tuntutan kontraktor boleh dipertimbangkan, tuntutan kontraktor hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Tuntutan JKR untuk dipertimbangkan.

4. Semua permohonan kelulusan ke atas tuntutan kontraktor hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Jawatankuasa Tuntutan dengan lapan (8) salinan Laporan dan Perakuan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek serta dua (2) salinan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap (surat-menyurat, bil, resit dll).

5. Laporan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek hendaklah mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut:

(a) Butir-butir kontrak :

(i) tajuk, nombor dan harga kontrak; (ii) nama dan alamat kontraktor; (iii) tarikh milik tapak;

(iv) tarikh siap dalam kontrak;

(v) lanjutan masa yang diberi dan sebab-sebabnya; (vi) tarikh siap dilanjutkan;

(vii) tarikh siap sebenar dan

(viii) maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

(b) Sinopsis peristiwa yang menyebabkan tuntutan dibuat oleh kontraktor. (c) Asas tuntutan kontraktor.

(d) Butiran-butiran perkara yang dituntut dan nilainya.

(e) Perakuan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek secara prinsip mengapa tuntutan kontraktor seharusnya atau tidak seharusnya diberi layanan atau perakuan lain di luar syarat-syarat kontrak.

(f) Perakuan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek yang terperinci dan lengkap mengenai amaun ganti rugi yang layak dipertimbangkan.

(18)

LAMPIRAN H

HAD KUASA JAWATANKUASA KERJA TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA

BIL. JUMLAH BERSIH TAMBAHAN

KUANTITI SEMENTARA PIHAK BERKUASA MELULUSKAN

1. Nilai harga tambahan bagi pengukuran semula kuantiti dibenarkan sehingga 30% pada nilai kontrak tetapi tidak melebihi RM3 juta, yang mana lebih rendah

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa / Pengarah Projek yang dinamakan dalam kontrak * Keanggotaan dan Urusetia adalah

sama seperti Jawatankuasa APK Peringkat P.P.

2. Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti dibenarkan sehingga 50% pada nilai kontrak tetapi tidak melebihi RM 6 juta, yang mana lebih rendah

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh KPKR / TKPKR Sektor berkenaan * Keanggotaan dan Urusetia adalah sama seperti Jawatankuasa APK Peringkat KPKR / TKPKR

(19)

LAMPIRAN I

KERAJAAN MALAYSIA

JKR – KKS

JABATAN KERJA RAYA (Pin. 1/2008)

PERMOHONAN UNTUK KELULUSAN NILAI TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA NO. _______ A. BUTIR-BUTIR KONTRAK

1. Tajuk Kontrak : ...………..………. …..……… 2. Nombor Kontrak : ………. 3. Harga Kontrak Asal : …...……… 4. Tarikh Milik Tapak : ………. ……… 5. Tarikh Siap Asal : ...… 6. Tarikh Siap Dilanjutkan : ...………..…… 7. Peratus Siap dan Tarikh : ...………..….

B. MAKLUMAT MENGENAI KERJA TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA

Bil. Huraian Kerja Nilai Asal Kuantiti Sementara (RM) Nilai Muktamad * Kuantiti Sementara Yang Dijangkakan (RM) Nilai Bersih Tambahan Yang Dijangkakan (RM) Jumlah ………..………

Pegawai Penguasa/Pengarah Projek/Wakil P.P * Butir-butir pengiraan disertakan Tarikh :

KEPUTUSAN JAWATANKUASA KERJA TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA

Bersetuju/Tidak Bersetuju * dengan nilai bersih tambahan yang dijangkakan bagi pengukuran semula kuantiti sementara.

Catatan :

_______________________ _______________________ _______________________ Pengerusi Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa

Peringkat ... Tarikh :

(20)

LAMPIRAN J

PANDUAN PELAKSANAAN PERUNTUKAN A.P. 202.2 JADUAL III(d) – PENGUKURAN SEMULA KUANTITI SEMENTARA

1.0 Bagi memastikan tidak berlaku perubahan atau tambahan yang besar dalam kerja-kerja kuantiti sementara, ciri-ciri kawalan adalah diperlukan di semua peringkat. Oleh itu Peruntukan A.P. 202.2 Jadual III(d) mengenai nilai harga tambahan dan pihak berkuasa meluluskannya hendaklah dipatuhi sepenuhya.

2.0 Semua pegawai yang mengawasi projek adalah dikehendaki membuat penyiasatan dan menyemak semula kuantiti semua kerja yang melibatkan pengukuran semula berdasarkan keadaan sebenar di tapak bina secepat mungkin setelah kerja-kerja fisikal dimulakan oleh Kontraktor. Jika perlu, siasatan semula/pengesahan keadaan tanah atau sebagainya hendaklah dijalankan untuk membolehkan semakan tersebut dibuat dengan ketepatan yang memuaskan. Permohonan untuk kelulusan penambahan nilai pengukuran semula hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa yang berkenaan seperti di Lampiran H, apabila mendapati jumlah nilai muktamad semua kuantiti sementara dijangka melebihi jumlah nilai asal kuantiti sementara dalam Kontrak.

3.0. Nilai tambahan kuantiti sementara yang perlu mendapat kelulusan adalah merupakan satu nilai bersih bagi semua item yang terlibat dengan pengukuran semula kuantiti sementara dan dikemukakan kepada Jawatankuasa yang berkenaan mengikut nilai tambahan yang dijangkakan. Sekiranya selepas Jawatankuasa memberi kelulusan masih terdapat tambahan kepada kerja kuantiti sementara yang tidak dapat dielakkan, kelulusan daripada Jawatankuasa berkenaan mengikut had kuasa yang ditetapkan hendaklah diperolehi. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang JKR - KKS.

Referensi

Dokumen terkait