• Tidak ada hasil yang ditemukan

GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL MELAYU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL MELAYU"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1

GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL MELAYU

Wan Muhammad Afiq bin Wan Muhamad Fauzan dan Shariah Kartini bt Said Husain Institut Penyelidikan Matematik,

Universiti Putra Malaysia

1. Pendahuluan

Menurut D’Ambrio (1986), etnomatematik bererti kesenian teknik memahami, menerangkan, menjelaskan, mempelajari dan menangani serta mengurus kehidupan kumpulan manusia dengan cara yang tersendiri sesuai dengan kaum itu. Dengan pengertian yang lebih mudah, etnomatematik meruruk kepada matematik atau pemikiran yang berkaitan dengannya yang lahir berdasarkan budaya dan sistem nilai sesuatu etnik. Oleh itu, Etnomatematik Melayu pula merujuk kepada matematik tinggalan tamadun Melayu yang diajar, diucap, diujar, ditulis, dipakai dan dibina dalam bahasa dan mengikut nilai Melayu.

Dalam mengkaji sesuatu kebudayaan, kebanyakan pengkaji akan menumpu kepada kesenian. Namun kini, pemahaman terhadap maksud seni itu sendiri kian menghilang sehinggakan begitu mudah untuk mendapat pengiktirafan hasil seni berbeza dengan zaman dahulu. Untuk mendapat pengiktirafan, hasil seni itu seharuslah mempunyai unsur-unsur keindahan, kebenaran dan kebaikan kepada manusia dan masyarakat. Akhirnya, gabungan unsur-unsur ini mesti memberi manfaat kepada manusia dan masyarakat. Begitulah cara zaman dahulu mengangkat ketinggian taraf sesuatu seni.

Seni merupakan sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia yakni pada sudut penglihatan atau pendengaran. Dalam menentukan nilai kehalusan sesuatu seni, perlu wujud kehalusan dalam jiwa manusia itu dan ia berasakan kepada ketinggian budinya. Penghasilan sesuatu karya seni itu tidak hanya untuk kepuasan semata-mata atau sebagai sesuatu hiburan yang tidak menentu tetapi ia perlu memberi kebaikan kepada manusia dan masyarakat.

Bagi pengertian seni yang lebih mendalam, kesenian adalah hasil perbuatan atau usaha manusia yang mengandungi unsur-unsur keindahan. Kesenian dicipta untuk melahirkan keindahan rasa kepada manusia namun ia bukan sesuatu yang ghaib. Jadi keindahan alam yang bukan ciptaan manusia tak termasuk dalam istilah seni.

Menurut ahli-ahli kebudayaan, pembahagian kelompok etnik dilakukan berdasarkan warna kulit, bentuk dan warna mata, hidung, bibir, muka, kepala, rambut dan bentuk badan. Terdapat sebelas kelompok utama iaitu Caucosoid (Arian), Mongoloid, Australoid, Mironisia, Polinisia, Afrikan Negroid, Melanisia, Bushmen Hottentot, Pigmy Afrika Tengah, Pigmy Timur Tengah, Ainus dan Vedoid. Dalam Mongoliod, terdapat tiga lagi pecahan iaitu Mongoloid Tenggara Asia, Mongoloid Klasik dan Mongoloid Tebeto Indonesia. Akhir sekali, Mongoloid Tebeto Indonesia dibahagi kepada Melayu Proto dan Melayu Deutro.

(2)

2 2. Sejarah Seni Tari Melayu

Seni tari merupakan antara sebahagian cabang dalam kesenian Melayu, ia terhasil daripada pemerhatian dan penelitian gerak geri, lenggang liuk daun, kayu dan sebagainya. Tarian memancarkan perasaan manusia yang dipengaruhi oleh alam sekelilingnya. Umumnya, sejarah tarian bermula dari istana dan walaupun seni tari melayu mempunyai hubung rapat dengan kesenian luar seperti Portugis, Sepanyol, Arab dan lain-lain tapi asas sesuatu bentuk tarian bersifat atau sekurang-kurangnya apa ang diambil telah disesuaikan dengan kesenian Melayu yang sedia ada.

Dalam dunia Melayu lama, sejarah tarian bermula apabila ia digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dengan roh nenek moyang yang dipercayai sebagai fenomena semula jadi pada hari ini. Ia menjadi asas merasionalisasi fenomena semula jadi yang tidak dapat diduga pada zaman itu. Dalam memahami perkembangan tarian melayu, ia perlu dilihat daripada perspektif sejarah kawasan Asia Tenggara. Penduduk awal kawasan ini mencipta ritual-ritual lengkap yang mengandungi pergerakan namun malangnya bentuk-bentuk ritual ini tidak dapat dipastikan.

Sewaktu zaman Kerajaan Hindu Funan, istana Funan dipercayai mengadakan tarian dan muzik hindu sebagai hiburan kaum kerabat dan para bangsawan. Ia kemudiannya berkembang ke wilayah-wilayah Funan melalui bangsawan yang dating berkunjung ke Funan. Kerajaan Seriwijaya, Majapahit, dan Melaka yang wujud kemudian membentuk satu identiti budaya yang dikenali sebagai dunia Melayu Lama.

Sepanjang pemerintahan kerajaan Hindu, kepercayaan penduduk berubah dari animisme kepada dewa-dewa Hindu. Para pengikut Syiva membentuk asas persembahan tarian dengan menggunakan bahan daripada Ramaana, Mahabharata dan cerita-cerita Jataka. Apabila taraf raja-raja tempatan diangkat ke taraf dewa-raja-raja, ia membantu perkembangan kebudayaan Hindu. Sebahagian ritual sembahyang kepada dewa-raja adalah dalam bentuk persembahan kepada Syiva yang dikenali sebagai penari kosmik dan raja pelakon.

Parameswara mengambil gelaran Megat Iskandar Shah setelah memeluk Islam, unsur Islam ula diterapkan dalam tarian tempatan. Ayat Quran dimasukkan dalam jampi serapah semasa mulakan persembahan tarian dan drama tari. Cerita dongeng Islam dimasukkan dalam repertoir drama tari. Antara tarian diperkenalkan oleh Islam ialah Tarian Zapin, Tarian Hadrah, Rodat, Dabus dan Tarian Kuda Kepang. Sepanjang kurun ke-19, negara Siam mencuba menguasai negeri-negeri di utara Semenanjung. Oleh itu, negeri-negeri di utara dipengaruhi oleh kebudayaan Siam dari masa ke masa lebih dari 500 tahun yang dilihat dalam tarian Menora, Makyung, Tarian Asyik dan Tarian Inai. Manakala dari pengaruh Melayu Indonesia dari selatan Semenanjung.

Penjajahan British telah memundurkan seni tempatan secara menyeluruh. British menghadkan kuasa politik dan ekonomi para sultan-sultan Melayu sehingga para sultan tidak mampu membiayai kumpulan seni teater dan tarian istana. Akhirnya tarian seperti Makyung bertukar menjadi tarian hiburan rakyat. Pada kurun ke-20, hanya joget gamelan sahaja diteruskan sebagai tarian istana oleh sultan Pahang dan Terengganu. Pada tahun 1969 menjadi tarikh penting dalam usaha pemuliharaan tarian dan teater istana apabila sewaktu menjadi tuan rumah

(3)

3

untuk persidangan tarian dan drama Asia Tenggara, dipamerkan tarian dan muzik gamelan Terengganu dan makyung Kelantan atas usaha Tan Sri Mubin Sheppard.

Sebagai aspek penting dalam masyarakat melayu,dan tarian menyediakan kedua-dua fungsi tersebut iaitu, sekular dan spiritual. Fungsi sekularnya ialah ia mendidik dan menyambungkan cerita dongeng, lagenda dan adat tradisi disamping menghiburkan manakala dari fungsi spiritual pula, ia menjadi saluran untuk menghubungi dan mempelawa semangat animisme.

3. Struktur dan Estetika Tarian Melayu

Dalam melihat struktur tarian, perlu dipertimbangkan organisasi sosioekonomi, agama dan politik. Orang melayu suka pada keamanan, bersopan santun dan saling menghormati antara satu sama lain jadi ia mempengaruhi tarian yang dilakukan secara perlahan-lahan, indah dan lembut.

Koreografi tarian tradisi telah ditetapkan pada masa kemunculan tarian itu, dan diperturunkan daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya dalam bentuk asal. Namun perubahan tetap berlaku walaupun sedikit, lebih-lebih dalam tarian sekular berbanding tarian ritual. Persembahan tarian ritual masih mengikut koreografi asal kerana sebarang perubahan, dipercayai akan mewujudkan kemarahan semangat tapi sebaliknya bagi tarian sekular, mudah mengalami perubahan terutama daripada segi kehalusan pergerakan.

Kesemua tarian mematuhi sebilangan prinsip umum koreografi dan hamper kesemua tarian melayu gunakan konsep imbangan simetri yang menegaskan kemantapan dan keharmonian. Corak simetri adalah bergaris, dalam bentuk tegak atau lintang, separuh bulatan atau bulatan. Konsep simetri juga dikenakan pada keseluruhan bentuk tarian yang bermula dan berakir dengan corak lantai dan pergerakan yang sama.

Dinamik dalam koreografi berbeza antara tarian tradisi melayu dan ia terbahagi kepada dua iaitu dinamik sublime yang merangkumi lontaran tenaga pergerakan dari sudut psikologi (psychological projection of movement energy) yang memanjangkan pergerakan selepas tamatnya pergerakan fizikal dan dinamik spiritual yang menggunakan tenaga spiritual untuk kuasai pergerakan fizikal. Dinamik fizikal dan sublime menambahkan keindahan koreografi sementara dinamik spiritual membawa tarian itu ke demensi yang lebih tinggi.

Umumnya, tarian melayu ditarikan secara beramai-ramai atau berpasangan. Antara pasangan lelaki dan wanita tidak berpegang tangan atau bertemu badan, dan selendang atau kain akan digunakan sebagai penghubung sewaktu tarian. Tiada pakaian khusus untuk setiap tarian tetapi para penari sering berpakaian seragam yang sama warna dan bentuk. Namun begitu, setiap tarian melayu lazimnya mempunyai lagu tersendiri tetapi ia juga boleh ditari pada lagu yang sama rentak dan irama. Tarian melayu secara dasarnya ialah tarian untuk hiburan, jadi ia sering dipersembahkan di majlis-majlis tertentu atau di temasya bersukaria atau di majlis perkahwinan. Antara alat muzik tradisional yang digunakan termasuklah seruling, gendang panjang,rebana, rehab dan gong.

(4)

4

Disebabkan wujudnya pelbagai jenis tarian, para pengkai seni tari mengumpulkan tarian-tarian ini kepada dua iaitu Tarian Melayu Asli dan Tarian Melayu Moden. Tarian Melayu Moden bermaksud tarian yang dipenaruhi unsur seni asing seperti Portugis, Arab, Hindu, Parsi dan sedikit unsur kesenian Tionghua. Begitu juga seperti irama, ia dibahagikan kepada irama perlahan dan irama rancak.

Seni tari merupakan suatu bentuk seni gerak manusia yang melambangkan corak dan asas budaya terutama dari ciri adat, budi bahasa dan watak sesuatu bangsa. Alam kesenian melayu kaya dengan pelbagai bentuk dan corak seni tari sehinggakan terdapat tarian tradisi rakyat yang bercorak tempatan atau sukuan bergantung kepada negeri atau daerah. Namun terdapat empat jenis tarian yang tidak bersifat daerah iaitu Joget, Inang, Zapin dan Asli. Keistimewaan keempat-empat tarian ini adalah meraka mempunyai rentak dan irama tersendiri.

Berdasarkan pelbagai bentuk dan corak yang wujud dalam seni tarian melayu, ahli kebudayaan membahagikan ia kepada tiga bentuk yang utama iaitu Seni Tari Pertunjukan, tarian yang ditunjukkan sewaktu di majlis keramaian atau perayaan yang diaturkan. Kedua, Tarian Pergaulan atau Hiburan, tarian ini adalah untuk menghiburkan hati atau bersuka ria secara berkumpulan. Akhir sekali ialah Seni Tari Pemujaan atau Persembahan, taria berbentuk ini telah banyak ditinggalkan dan ia ditukarkan menjadi tarian hiburan.

Perubahan zaman menjadikan manusia lebih cenderong untuk memperhalusi dan memperindahkan lagi tarian tetapi ia tidak mengubah tiga dasar seni tari melayu itu sendiri. Tiga dasar tersebut adalah gerak geri kaki atau tari, gerak geri tangan atau tanduk dan gerak geri tangan serta pinggan atau liuk. Dasar dan corak tarian melayu ternyata bersifat kebudayaan Malaysia kerana ia tidak bertentangan dengan Islam yang menjadi unsur terpenting dalam kebudayaan Malaysia.

3.1 Tarian Inang

Menurut rekod yang tertulis, Tarian Mak Inang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka di abad ke 15 Masihi tetapi perkembangannya tidak dapat dikesan sehingga ke 19 Masihi. Tarian ini dihasilkan atas perintah Sultan Mahmud Shah Melaka dan ia merupakan tarian yang paling popular pada zaman tersebut kerana ia ditarikan di istana dan majlis perkahwinan orang-orang kenamaan. Tarian ini juga dikenali sebagai Tarian Si Kembang Cina. Pada tahun 1918, dua orang pemain biola dari Ipoh, Perak dan Singgapura dikatakan telah mencipta Tarian Mak Inang yang ditarikan kini. Tarian ini berasaskan peristiwa teruna mencari jodoh yang dimulai dengan peristiwa merisik sebelum meminang. Oleh itu, tarian ini mempunyai gerak dan irama tari yang lembut serta menekan pergerakkan liuk tangan, langkah dan gerak kaki dan badan. Tarian Mak Inang yang mempunyai corak tari duduk bertingkuk dikenali sebagai Mak Inang Balai dan jika sebaliknya, ia dikenali sebagai Mak Inang Barat. Dalam istilah muzik, tempo yang lazim bercorak 2/4 atau 4/4 bagi tiap bar.

(5)

5 3.2 Tarian Joget

Tarian Joget adalah antara tarian melayu yang unik dan menarik kerana ia tidak mempunyai bentuk yang khusus dan sebaran gubahan tarian yang ditarikan mengikut rentak tersebut oleh dinamakan sebagai tarian joget. Ia mempunyai rentak yang pantas dan rancak kerana ia adalah sejenis tarian pergaulan yang boleh ditarikan di mana-mana sahaja. Antara keunikan lain Tarian Joget adalah ia satu-satunya tarian yang ditarikan secara terbuka dan oleh itu, tarian ini tidak memerlukan kumpulan penari tertentu. Pasangan dibentuk oleh setiap individu sendiri yang ingin menari di majlis tarian namun ia tetap mengikut peraturan tarian iaitu dimulai dengan permulaan dan di ikuti dengan perkembangan tari dan tarian penutup. Tarian ini juga tidak mempunyai tempoh masa kecuali ia ditarikan sebagai pertunjukan sahaja. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa tarian ini dibawa oleh orang Portugis kerana terdapat seni tari barat dan berasal dari seni tari Portugis iaitu Tarian Branyo. Bagaimanapun anggapan umum mengatakan tarian adalah berasal dari Melaka.

Rujukan

Mat Rofa Ismail. (2012). Rampaian Etnomatematik. Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia.

Mohd Ghouse Nasuruddin. (1994). Tarian Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmad.(1990). Kesenian Tarian. Associated Education Distributors (M) Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian skripsi ini adalah: 1) untuk mengetahui Faktor Pendukung terlaksananya Perkawinan di bawah umur Pengadilan Agama Kabupaten Flores Timur; dan

Refraktometer Abbe adalah refraktometer untuk mengukur indeks bias cairan, padatan dalam cairan atau serbuk dengan indeks bias dari 1,300 sampai 1,700 dan persentase padatan 0

KI 4 : Menyajikan pengetahuan faktual dalam bahasa yang jelas, sistematis, dan logis, dalam karya yang estetis, dalam gerakan yang.. mencerminkan anak sehat, dan

Pengadaan dan pendayagunaan sumber daya SDIT Persatuan Islam dilakukan oleh pengelola yang berasal dari Jam’iyyah, anggota, keluarga peserta didik, masyarakat, pemerintah

Kejadian penyebaran fasciolosis pada sapi selama empat tahun terakhir lebih tinggi mencapai 209 kasus yang meliputi Kabupaten Tapin, Tanah Laut, Banjar dan Tabalong, sementara

pada semua tingkat motivasi belajar dapat meningkatkan prestasi siswa. Tujuan penelitian ini adalah sebagai berikut: 1) Untuk mengetahui manakah yang menghasilkan

Syukur Alhamdulillah penulis panjatkan kepada Allah yang telah memberikan petunjuk, kekuatan, dan rahmat-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul

Menteri BUMN, Rini M Soemarno, memastikan Bank Mandiri (BMRI) menunda pelaksanaan rencana rights issue (penerbitan kembali saham baru) senilai Rp 5,6 triliun pada tahun tahun 2015,