• Tidak ada hasil yang ditemukan

AMALAN PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KALANGAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK MEREKA DI RUMAH.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "AMALAN PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KALANGAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK MEREKA DI RUMAH."

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

368

AMALAN PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KALANGAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK MEREKA DI RUMAH.

SATU PERBANDINGAN

Kanthasamy A/L Sundara Rajoo, Ed.D Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak.

kanthasamy@ipgmipoh.edu.my

Abstrak

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah penggunaan minda pada aras tinggi dan mendorong seseorang berfikir sebelum bertindak dengan membuat penjelasan dengan cara menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesakan masalah dan membuat perancangan. Senario pada masa kini menekankan penguasaan ilmu KBAT dalam kalangan pelajar sekolah rendah sejajar dengan kehendak aspirasi pendidikan abad ke-21 yang menjadi teras utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap pengetahuan ilmu KBAT dan amalannya dalam kalangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka di rumah. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak masing-masing di rumah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan borang soal-selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian seramai 60 orang ibu bapa yang tinggal di sekitar Ipoh, Perak dipilih sebagai sampel kajian menggunakan kaedah rawak mudah. SPSS digunakan untuk menganalisis data responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan ilmu KBAT dalam kalangan ibu bapa dikawasan kajian adalah sederhana. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa penerapkan ilmu KBAT dalam mendidik anak-anak mereka di rumah juga berada pada tahap sederhana. Kementerian Pendikan harus bekerjasama dengan jabatan pelajaran negeri melalui PPD dan PIBG sekolah dalam memberikan input kepada ibu bapa tentang KBAT . Kesannya ibu bapa juga akan dapat memupuk penerapan ilmu KBAT dari rumah lagi.

Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menerapkan, merangsang

1.0 Pengenalan

Masyarakat berpelajaran masa kini adalah aset negara pada alaf baharu dalam meninggikan ekonomi negara kita dengan latihan yang dipelajari pada masa kini. Keutuhan sesebuah negara dilihat pada peringkat pengetahuan dan kecekapan yang dimiliki oleh penduduk negara itu (Rajendran, 2001). Dunia abad ke-21 adalah dunia tanpa sempadan. Pelajar terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran baharu yang tidak diduga dalam dunia yang berorientasikan teknologi yang kian pesat berubah setiap detik. Oleh itu mereka perlulah bersiap sergah untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran abad ke-21. Hasrat ini boleh dicapai melalui penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka di rumah. Objektif kajian :-

Membandingkan tahap pengetahuan ilmu KBAT dalam kalangan ibu bapa di dua kawasan kajian yang berbeza di sekitar Ipoh.

Membandingkan tahap penerapkan ilmu KBAT dalam proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah di dua kawasan kajian yang berbeza disekitar Ipoh.

(2)

369

Persoalan kajian:-

Apakah tahap pengetahuan ilmu KBAT dalam kalangan ibu bapa di dua kawasan kajian di sekitar Ipoh?

Apakah tahap penerapkan ilmu KBAT dalam proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah di dua kawasan di sekitar Ipoh ?

4.0 Metodologi

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Pendekatan kuantitatif yang berbentuk diskriptif digunakan untuk mencari kebenaran berkaitan dengan persoalan kajian. Menurut Mohd Majid (1994), menjelaskan penyelidikan diskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku dan menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Dua kawasan yang berbeza dijadikan sebagai lokasi untuk membandingkan tahap pengetahuan ilmu KBAT dalam kalangan ibu bapa dan tahap penerapkan ilmu KBAT dalam proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah.

4.1 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang telah dibina oleh pengkaji. Soalan-soalan dalam soal selidik ini menggunakan skala Likert. Responden perlu bulatkan nombor yang telah disediakan dengan skala Likert berikut iaitu 1= sangat tidak Setuju; 2= Tidak Setuju; 3= Kurang Pasti; 4= Setuju; dan 5= Sangat Setuju. Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A maklumat diri responden. Bahagian B pula mengandungi dua peringkat soalan iaitu peringkat pertama 10 soalan yang yang meninjau tahap pengetahuan KBAT dalam kalangan ibu bapa dan peringkat dua 10 soalan pula meninjau tahap penerapan ilmu KBAT terhadap anak-anak di rumah.

Sampel kajian seramai 50 orang ibu bapa yang tinggal di dua kawasan yang berbeza di sekitar, Ipoh, Perak dipilih sebagai sampel kajian menggunakan kaedah rawak mudah. SPSS digunakan untuk menganalisis data responden. Pengkaji menggunakan min untuk membandingkan tahap pengetahuan ibu bapa dalam KBAT serta tahap penerapan KBAT dalam proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah. Pengkaji menggunakan pentaksiran min oleh Pallant (2007) seperti jadual di bawah untuk menginterprestasi data.

JADUAL 1 : Skor Min dan Interpretasi Skor Min Interpretasi (tahap)

1.00 - 2.33 Rendah

2.34 - 3.66 Sederhana

3.67 - 5.00 Tinggi

(3)

370

4.2 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Pengkaji telah menguji kebolehpercayaan item melalui kajian rintis. Sebelum kajian rintis dijalankan, pengkaji telah memberi set soal selidik kepada lima orang pensyarah cemerlang yang mempunyai kepakaran menggubal soalan. Panel penilai dilantik untuk menyemak set soal selidik dari segi penggunaan Bahasa Melayu dan kandungan soal selidik. Pembetulan dibuat berdasarkan komen-komen dan ulasan yang diberikan oleh panel penilai. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 20 orang ibu bapa yang mewakili artibut yang sama dengan responden kajian. Realibiliti bagi instrumen ini adalah 0.974 dan Cronbach’s alpha adalah pada 0.855. Ini bermakna kesemua item boleh digunakan untuk tujuan kajian ini.

5.0 Dapatan Kajian

5.1 Dapatan Kajian Persoalan 1

Apakah tahap pengetahuan ilmu KBAT dalam kalangan ibu bapa di dua kawasan kajian yang berbeza di sekitar Ipoh?

JADUAL 2 : Skor Min Tahap Pengetahuan Ilmu KBAT Dalam Kalangan Ibu Bapa. No.

Ite m

Item Kawasan A Kawasan B

Min Tahap Min Tahap

1 Saya mengetahui tentang konsep KBAT 2.75 Sederhana 2.64 Sederhan a 2 Saya pernah mendapat

latihan/didedahkan dengan unsur-unsur KBAT oleh pihak sekolah.

2.08 Rendah 2.00 Rendah

3 Saya mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam tentang KBAT.

3.33 Sederhana 3.70 Tinggi

4 Saya pernah berbincang tentang KBAT dengan guru kelas anak saya.

2.20 Rendah 2.30 Rendah

5 Saya tahu tentang peta pemikiran i-Think

2.25 Rendah 2.00 Rendah

6 Saya pernah membaca tentang KBAT. 3.64 Sederhana 3.70 Tinggi 7 KBAT adalah perkara baharu kepada

saya.

4.13 Tinggi 4.00 Tinggi

8 Saya boleh membezakan KBAT dengan KBAR.

2.29 Rendah 3.00 Sederhan a 9 Saya tidak mengetahui tentang sumber

KBAT.

4.58 Tinggi 4.25 Tinggi

10 Saya tahu ada soalan KBAT dalam peperiksaan UPSR.

(4)

371

Keseluruhan 3.18 Sederhan

a

3.21 Sederha na

Berdasarkan jadual 2, analisis keseluruhan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan ilmu KBAT dalam kalangan ibu bapa di kawasan A dan B berada pada tahap sederhana sahaja. (Min 3.18 dan 3.21) Di kawasan A, terdapat tiga item min melebihi daripada 4.00 manakala tiga item lagi berada pada tahap sederhana dan empat item lagi berada pada tahap rendah. Item nombor tujuh mencatatkan min 4.13. Ini menunjukkan bahawa KBAT adalah perkara baharu kepada responden kajian. Item nombor sembilan pula menunjukkan min 4.58. Ini menunjukkan ibu bapa tidak tahu tentang sumber rujukan KBAT. Item sepuluh pula mencatatkan min tertinggi iaitu 4.50. Ini menunjukkan, kebanyakan ibu bapa tahu bahawa terdapat soalan KBAT dalam peperiksaan UPSR. Dalam pada itu, item nombor dua mencatatkan min terendah iaitu 2.08 yang menunjukkan bahawa ibu bapa tidak pernah atau kurang mendapat latihan/didedahkan dengan unsur-unsur KBAT oleh pihak sekolah.

Di kawasan B pula, terdapat tiga item min melebihi 4.00. Item nombor satu dan lapan berada pada tahap sederhana dan tiga item lagi berada tahap rendah. Apabila kita membuat perbandingan maka jelaslah bahawa pengetahuan tentang konsep KBAT di kedua-dua kawasan berada pada tahap sederhana sahaja. Berbanding dengan item dua, ibu bapa di kedua dua kawasan tidak mendapat apa–apa pendedahan tentang KBAT. Item empat pula menunjukkan bahawa ibu bapa di kedua-dua kawasan tidak pernah atau jarang berbincang tentang KBAT dengan guru kelas anak mereka. Item kelima pula menunjukkan min tahap rendah dimana ibubapa dikawasan kajian tidak mengetahui tentang peta pemikiran i-Think. Responden di kawasan kajian mengaku bahawa KBAT merupakan perkara baharu kepada mereka. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam item tujuh dimana min bagi kedua- dua kawasan adalah tinggi malah min item sembilan (4.58,4.25) pula menunjukkan bahawa responden tidak tahu tentang sumber KBAT yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan KBAT. Item nombor sepuluh pula menunjukkan kesamaan min dimana responden kajian memang tahu ada soalan KBAT dimasukkan dalam peperiksaan UPSR.

Item nombor tiga menunjukkan tahap yang berbeza dalam kalangan responden kajian. Sifat ingin tahu tentang KBAT dalam kalangan Responden kajian kawasan A adalah sederhana (min 3.33) berbanding dengan responden kajian kawasan B tinggi ( 3.70). Dari segi pembacaan tentang KBAT, responden kawasan A adalah sederhana berbanding dengan responden kajian kawasan B yang tinggi minnya. Skor min item nombor lapan menunjukkan kebolehan membezakan KBAT dan KBAR adalah rendah (Min 2.29) berbanding responden kawasan B adalah sederhana. (Min 3.00).

5.2 Dapatan Kajian Persoalan 2

Apakah tahap penerapkan ilmu KBAT dalam proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah di dua kawasan di sekitar Ipoh ?

Jadual 3: Skor Min Tahap Penerapan Ilmu KBAT dalam proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah.

No. Item

Item Kawasan A Kawasan B

Min Tahap Min Tahap 1 Saya selalu bertanya soalan kepada 2.25 Rendah 4.00 Tinggi

(5)

372

anak saya.

2 Saya membimbing anak saya untuk memberikan jawapan kepada soalan KBAT.

3.33 Sederhana 3.50 Sederhana

3 Saya menggunakan alat berfikir untuk menerapkan KBAT.

2.73 Sederhana 2.70 Sederhana

4 Saya merujuk buku sebagai panduan untuk menolong anak saya.

3.64 Sederhana 2.50 Sederhana

5 Saya boleh mengenal soalan KBAR dan KBAT.

3.62 Sederhana 2.20 Rendah

6 Saya membelikan banyak buku tambahan yang ada soalan KBAT kepada anak saya.

4.06 Tinggi 4.15 Tinggi

7 Saya menghantar anak saya ke pusat tuisyen.

4.17 Tinggi 4.50 Tinggi

8 Saya membenarkan anak saya menggunakan internet untuk mencari maklumat.

4.00 Tinggi 4.00 Tinggi

9 Saya merancang soalan KBAT tambahan sebagai pengayaan kepada anak saya.

3.20 Sederhana 3.25 Sederhana

10 Saya memberikan kepujian apabila anak saya menjawab soalan dengan betul.

3.40 Sederhana 4.00 Tinggi

Keseluruhan 3.44 Sederhana 3.48 Sederhana

Berdasarkan jadual 3, analisis keseluruhan menunjukkan bahawa tahap penerapan ilmu KBAT dalam proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah berada pada tahap sederhana sahaja.(Min 3.44 dan 3.48). Berdasarkan skor min responden kawasan A dalam jadual 3, terdapat tiga item mencatatkan min yang tinggi iaitu item nombor enam (min= 4.06) menunjukkan kebanyakan ibu bapa membelikan buku tambahan yang ada soalan KBAT kepada anak-anak mereka . Item nombor tujuh (min = 4.17) menerangkan bahawa kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen semata-mata untuk belajar dan item nombor lapan (min= 4.00), menerangkan bahawa kebanyakan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka menggunakan internet untuk mencari maklumat manakala item nombor satu mencatatkan min terendah iaitu 2.25 yang menerangkan bahawa ibu bapa kurang bertanya soalan apabila mengajar anak-anak mereka di rumah.

Skor min responden kawasan B dalam jadual di atas jelas menunjukkan bahawa lima item iaitu item satu(min 4.00), enam ( min 4.15), tujuh (min 4.50), lapan (Min 4.00) dan sepuluh (min 4.00) menunjukkan tahap skor min yang tinggi. Item dua (min 3.50), tiga (min 2.70),

(6)

373

empat (min 2.50) dan item sembilan (min 3.25) menunjukkan tahap penerapan yang sederhana. Min skor rendah ditunjukkan oleh item lima (min 2.20),menerangkan bahawa respon kajian di kawasan B tidak dapat mewngenal antara soalan KBAT dan KBAR.

Perbandingan tahap dalam item satu menunjukkan bahawa persponden kawasan B adalah tinggi (min 4.00 berbanding dengan responden kawasan A ( min 2.25). Ini menunjukkan bahawa responden kawasan B selalu bertanya soalan kepada anak-anak mereka di rumah. Responden kawasan A dan B mempunyai tahap yang sederhana dalam menggunakan alat berfikir, dan merujuk buku sebagai panduan. Tetapi, responden kawasan B mempunyai tahap yang rendah iaitu min 2.20 dalam mengenal soalan KBAR dengan KBAT berbanding dengan responden kawasan B yang memiliki kebolehan sederhana. Selain itu, min skor tinggi dalam item enam menjelaskan bahawa responden kawasan A dan B membelikan buku tambahan kepada anak-anak mereka sebagai buku latihan. Item tujuh dan lapan menunjukkan tahap min yang tinggi dimana responden kedua-dua kawasan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen serta membenarkan anak-anak mereka menggunakan internet untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran. Tahap min yang sederhana dalam kalangan responden ke dua-dua kawasan (min 3.20 dan min 3.25) menunjukkan latihan pengayaan kurang diberi penekanan di rumah. Dalam pada itu, responden kawasan B memberikan peneguhan (min tinggi 4.00) kepada anak mereka apabila menjawab soalan dengan betul berbanding dengan responden kawasan A.(Min sederhana 3.40).

6.0 Perbincangan

Dapatan kajian di kedua-dua kawasan menunjukkan bahawa pengetahuan ibu bapa dalam KBAT dan amalan penerapan KBAT berada pada tahap sederhana sahaja. Memandangkan KBAT semakin dipentingkan dalam pembelajaran abad 21, adalah wajar ibu bapa diberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang KBAT. Kebanyakan responden bersetuju bahawa mereka memerlukan bimbingan dan penerangan daripada pihak sekolah. Pihak sekolah haruslah bekerjasama dengan PIBG sekolah untuk membuat bengkel atau sesi penerangan tentang KBAT kepada ibu bapa. Sesi perkongsian ilmu itu seharusnya mengandungi elemen-elemen KBAT seperti aras taksonomi Bloom yang merupakan tulang belakang dalam KBAT. Selain itu, pihak sekolah harus memberi pendedahan tentang alat-alat berfikir seperti peta iThink. Dengan ini, ibu bapa akan mendapat input tentang KBAT. Selain itu, ibu bapa juga haruslah berjumpa dengan guru dari semasa ke semasa untuk mendapatkan penerangan yang jelas tentang KBAT. Selain itu, ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak mereka untuk bertanya soalan. Ibu bapa perlulah mempunyai pengetahuan dalam KBAT supaya hasrat dan matlamat KBAT dapat dicapai. Perkongsian ilmu ini akan meningkatkan mutu pencapaian di sekolah tersebut. Seterusnya dapat memenuhi aspirasi PPPM 2013-2025.

(7)

374

Rujukan

Anderson, L.W., & Krathwohl, D. R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy. New York: Longman Publishing.

Hadi, D. R. (2012). KBKK dan Aplikasi dalam P&P. Retrieved from Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.

Khalidah Othman, Saodah Ismail, Haslinda Jaafar & Aminah Samsudin. (2015). Kajian Tinjauan : Aplikasi i-THINK dalam Pengaajaran dan Pembelajaran Literasi Nombor. Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (SPPK) 2015. IPG Ilmu Khas. Kuala Lumpur. KPM. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (Mei 2012). Draf Program i-THINK. K.L.

Lembaga Peperiksaan. (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd.Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.

Pallant, J. (2007). SPSS survival manual: A step-by-step guide to data analysis using SPSS for windows (version 10). Buckinham, UK: Open University Press.

Portal Rasmi Pentaksiran KBAT. Kementerian Pelajaran Malaysia. http//:www.moe.gov.my Supramani, S. (2006). “Penyoalan Guru: Pemangkin Pemikiran Aras Tinggi Murid.” Jurnal Pendidikan Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait