• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rahsia 10K 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rahsia 10K 1"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Disclaimer & Legal Notice... iii

Penghargaan... iv

Bab 00 : Pendahuluan... 1

Bab 01 : Mencipta Produk Informasi... 4

Bab 02 : Report Percuma... 13

Bab 03 : Bukan Pakar Tapi Boleh Jadi Pakar... 18

Bab 04 : Jangan Risau... 22

Bab 05 : Berani Tanggung Risiko... 25

Bab 06 : “Memperalatkan” Pakar!... 30

Bab 07 : Kritikan... 34

Bab 08 : Rahsia Pemasaran Terbongkar... 37

Bab 09 : Kerjasama Dengan “Big IM”... 43

Bab 10 : 10 Cara Menggandakan Keuntungan... 55

Bab 11 : Mengagihkan Kerja... 63

Bab 12 : Refund... 67

Bab 13 : Menangani Masalah Pelanggan... 71

Bab 14 : Ringkasan Keseluruhan Bab... 75

Bab 15 : Penutup... 83

ISI KANDUNGAN

(3)

E-Book Rahsia 10k ini adalah hak milik sepenuhnya Team FlareBiz. Jadi,semua hak-hak penerbitan milik Team FlareBiz adalah hak milik syarikat kami sepenuh-nya.E-Book ini ditulis untuk pembelajaran anda sahaja dan jika anda mengalami kerugian,kami tidak akan bertanggung jawab kerana ia adalah kecuaian anda sendiri.

Segala screenshot yang telah diambil dalam buku ini, telah dikreditkan kepada link pemilik laman web tersebut. Kami bukan pemilik-pemilik beberapa laman web tersebut. Ia adalahmerupakan hak cipta pemilik laman web itu sendiri. Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebe-lum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit TEAM FLAREBIZ.

Cetakan Pertama : 2008 Diterbitkan Oleh :

FlareBiz Network (KT0236135-D) www.flarebiz.com

(4)

Alhamdullilah, syukur tidak terhingga ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kur-nia-Nya kami yang kerdil ini mampu untuk menghasilkan sebuah ebook yang ber-tajuk “Rahsia 10k” yang kami rasa masih jauh ketinggalan dengan ebook-ebook usahawan Internet lain. Namun dengan kecekalan yang dianugerahkan oleh-Nya kami memberanikan diri untuk menerbitkan ebook ini sebagaimana sekarang. Kewujudan ebook ini diharap dapat membuka jalan kepada semua usahwan In-ternet untuk mendapat lebih duit melalui Perniagaan InIn-ternet khususnya produk informasi.

Ini merupakan ebook ke-6 dan ebook ke-3 berbayar Team FlareBiz. Kami berharap dengan penghasilan ebook ini juga dapat memeriahakan industri ebook tanah air. Di harap juga ebook ini akan mendapat sambutan sepertimana ebook-ebook yang dihasilkan sebelum ini.

E-book ini sebenarnya diilhamkan oleh kami setelah sesetengah pihak tidak per-caya bagaimana Labanon seorang remaja berusia 17 tahun mampu untuk mem-perolehi pendapatan RM10 ribu pada bulan Januari 2008 dengan hanya menggu-nakan komputer dan sambungan internet. Jadi kami ingin mendedahkan SALAH SATU cara bagaimana beliau mencapai pendapatan sebanyak itu.

Banyak cabaran yang kami hadapi sepanjang menyiapkan e-book ini dimana men-tal dan komitmen kami sering tergangu dengan kesibukan projek kami. Jadi kami mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan e-book ini. Kami berharap perkongsian ikhlas ini tidak akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Sudah ten-tu kami tidak mampu memuaskan hati semua pihak namun kami mencuba unten-tuk memuaskan hati semua pihak yang membeli dan membaca e-book ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih kami ingin ucapkan kepada semua rakan-rakan di YM, ibu dan ayah kami, Azulaikha, Fezza, abang dan kakak yang banyak memberi sokongan moral dikala nilai moral dalam diri kami merudum. Tidak lupa juga kami ingin ucapkan terima kasih yang tidak terh-ingga kepada semua usahawan Internet terutamanya warga WC yang sama-sama terlibat dalam penghasilan ebook ini.

Terima kasih hanya Allah yang mampu membalas jasa anda. Iklas dari,

Adly Zhafran

PENGHARGAAN

(5)

Pendahuluan

If we wait for the moment when everything,

absolutely everything is ready,

we shall never begin.

- Ivan Turgenev

(6)

Pendahuluan

2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

4 angka dalam masa 24 jam adalah perkara yang amat luar biasa bagi se-orang pelajar. Saya sendiri akui yang saya masih belum percaya bagaimana saya lakukan hingga dapat mencapai RM1300 dalam masa 24 jam. Lebih menguntungkan duit ini masuk ketika saya tidur! Apa yang perlu saya laku-kan hanyalah cek email dan hantar link download produk informasi saya ke-pada pelanggan. Namun ia adalah tidak semudah yang disangka.

Apa yang anda baca hanyalah sedutan daripada kisah kejayaan setelah saya melancarkan produk. Dalam ebook ini nanti saya akan ceritakan step-by-step apakah yang saya lakukan sehingga mendapat 4 angka dalam masa 24 jam. Step ini sudah tentu amat mudah kerana pelajar sekolah macam saya pun mampu lakukanya dan sudah tentu anda lebih mampu untuk melaku-kanya.

Ebook ini sebenarnya saya ingin menggabungkan 2 elemen yang berbeza iaitu motivasi dan cara buat duit di Internet. Walaupun rakan-rakan me-nasihati saya bahawa dua element tersebut amat sukar untuk digabungkan namun saya rasa saya mampu lakukannya kerana wang dan motivasi adalah perkara yang berjalan seiring. Percayalah tanpa motivasi anda tidak mampu memperolehi wang dalam jumlah yang banyak.

Saya teringat kepada satu kisah dimana ada 3 kumpulan pemain basketball di sebuah universiti dan tak silap saya ia adalah Universiti Harvard. Baiklah saya namakan kumpulan tersebuat adalah kumpulan A,B dan C. Kumpulan A sentiasa diajar tentang teori bagaimana ingin bermain basketball, Kumpulan B sentiasa berlatih bermain basketball manakala Kumpulan C diberi motivasi dan disuntik semangat untuk bermain basketball. Percayakah anda bila satu pertandingan diadakan Kumpulan C muncul sebagai juara!

(7)

Pendahuluan

3

Di sinilah ingin dijelaskan bahawa motivasi bukanlah sesuatu perkara yang membosankan kerana seorang yang bermotivasi lebih mudah untuk menca-pai kejayaan. Motivasi akan menyebabkan kita akan lakukan sesuatu kerja bukan hanya menggunakan fikiran sahaja tetapi menggunakan hati. Salah seorang daripada Kumpulan C telah ditemuduga dan beliau ditanya kenapa kumpulan beliau boleh memenangi pertandingan ini. Beliau menjawab “I play basketball with all my heart not with all my might!!”.

Jelas bahawa motivasi mampu memberikan kelainan kepada kita. Baiklah namun kita perlu akur motivasi tanpa sebarang tindakan adalah sia-sia. Oleh hal yang demikian, saya cuba memuatkan 2 elemen yang berbeza iaitu moti-vasi dan cara bagaimana untuk mencapai 4 angka dalam masa 24 jam dalam ebook ini. Saya cuba menyampaikan segala maklumat secara mudah kepada anda Insya-Allah.

Selamat membaca,

Labanon,

Team FlareBiz,

http://flarebiz.com

Pendahuluan

(8)

Mencipta

Produk Informasi

I’ve got a passion for solving a problem that

I think I can solve in a new way. And that maybe

it helps that nobody has done it before as well.

- Pierre Omidyar

eBay.com Founder

(9)

Mencipta

Produk Informasi

5

Mencipta Produk Informasi

Baiklah dalam bab 1 ini saya akan menceritakan secara ringkas kepada anda bagaimana saya mencipta produk informasi ini. Produk informasi yang saya maksudkan di sini ialah ebook dan ia dikategorikan sebgai produk digital. Terdapat pelbagai jenis lagi produk digital seperti software,audio,video,tele seminar dan sebagainya. Jika anda seorang pengaturcara komputer sudah tentu anda juga mampu menerbitkan produk informasi yang lebih hebat daripada ebook.

Ramai yang beranggapan produk informasi hanyalah tentang buat duit, cari duit mudah, bagaimana buat duit semasa tidur dan apa-apa sahaja berkaitan dengan duit. Sebenarnya, banyak lagi yang anda boleh tulis jika anda ingin mencipta ebook. Tahukah anda bahawa ebook bagaimana untuk menjadi ku-rus juga mendapat sambutan hangat? Tahukah anda bahawa ebook tentang bagaimana menempuhi malam pertama juga mampu membuat orang tak dapat tidur malam selagi tak beli ebook anda? Tahukah anda bahawa ebook tentang mengurus ilmu kewangan juga mampu membuat pengunjung laman web anda terus menekan butang “Order Now” tanpa berfikir panjang? Anda nak tahu mengapa? Teruskan membaca.

Ada kisah dimana seorang budak berumur 17 tahun yang bergelar jutawan setelah menjual produk digital di Internet. Beliau telah menjual video cara untuk belajar bermain piano di Internet. Setelah melakukan sedikit pemasa-ran terhadap produk beliau, akhirnya begitu banyak tempahan yang diterima sehinggakan beliau bergelar jutawan dalam masa beberapa tahun sahaja. Adakah anda sudah nampak dan jelas dengan potensi perniagaan produk digital?

Apa yang anda perlu hanyalah menjadi seorang individu yang kreatif dan berusaha keras untuk mencipta dan mempromosikan produk anda. Hanya satu petua yang saya betul-betul praktikkan jika ingin menulis ebook. Saya akan menulis ebook yang boleh menyelesaikan masalah orang lain. Itulah rahsia saya. Produk sebeginilah yang akan memudahkan anda untuk mema-sarkannya dan akan mendapat sambutan hangat.

(10)

Mencipta Produk Informasi

6

Saya telah tetapkan yang saya ingin menulis ebook tentang adsense. Saya mendapat idea untuk mengumpulkan segala jenis tip adsense dalam satu ebook. Ya, sememangnya tip adsense berlambak di Internet dan anda boleh medapatkannya secara percuma sahaja jika anda rajin mencari namun saya rasa saya dapat menjimatkan masa pembaca untuk mencarinya sendiri. Oleh itu, terhasilah idea untuk menulis ebook yang bertajuk “101 Tip AdSense Terbongkar”.

Namun adakah saya terus menulis ebook tersebut? Tidak! Saya cuba untuk menulis report percuma terlebih dahulu. Kenapa? Dalam bab 2 nanti saya akan terangkan mengapa saya tidak terus melancarkan ebook tersebut. Jika anda ingin dapatkan 4 angka dalam masa 24 jam baik anda ikut cara saya! :D

Untuk menerbitkan report percuma saya telah mencari apakah masalah yang sering dihadapi oleh penggiat adsense tempatan dan akhirnya saya telah temui banyak sebenarnya masalah berkaitan dengan adsense. Namun saya cuba fokus kepada satu sahaja masalah iaitu masalah tentang ramai penggiat adsense tempatan yang lemah dalam bahasa Inggeris termasuk saya sendiri. hehe.

Oleh itu, saya telah mencari cara bagaimana untuk menyelesaikan masa-lah tersebut. Setemasa-lah memikirkannya dalam masa seminggu untuk mencari penyelesaianya, akhirnya saya terjumpa penawarnya. Saya sendiri juga telah mencubanya dan wow! Ia betul-betul berkesan. Saya terus menulis report ringkas bagaimana ingin menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu terhasi-lah report ringkas bertajuk “Rahsia Penggiat AdSense Terbongkar”. Initerhasi-lah salah satu lagi tip saya iaitu menulis sesuatu report atau ebook berdasarkan pengalaman sendiri.

(11)

Mencipta Produk Informasi

Mencipta Produk Informasi

7

Tip yang boleh saya berikan kepada anda ialah terbitkan report pecuma yang berkaitan dengan produk yang bakal anda lancarkan kelak. Ya, ia perlulah berkaitan… kenapa? Nanti saya akan terangkan dalam bab 2. Contohnya lihat bagaimana saya melancarkan report “Rahsia Penggiat AdSense Terbongkar” dahulu sebelum melancarkan ebook “101 Tip AdSense Terbongkar”.

Saya telah terangkan bagaimana anda boleh mencari idea untuk menulis ebook dan apakah yang saya lakukan sebelum melancarkan ebook yang ingin dijual. Baiklah tentu ada pembaca ebook saya ini yang belum mengetahui bagaimana ingin menulis ebook sendiri. Baiklah baca langkah ringkas dibawah bagaimana untuk menulis ebook:

1. Tulis ebook anda dalam Microsoft word. Tulis macam mana anda menulis karangan dalam Microsoft word.

2. Convert kepada PDF. Convert ebook anda kepada PDF dengan menggunakan software-software tertentu seperti Solid Converter, Cute PDF dan sebagainya. Anda boleh mendapatkanya di Google dengan search menggunakan keyword “PDF Converter”.

(12)

Mencipta Produk Informasi

8

Saya harap anda telah mendapat gambaran bagaimana cara untuk menulis ebook. Anda juga boleh menggunakan software “eWriterPro” untuk menulis ebook dan saya ada sertakannya sebagai bonus. Sungguh mudah untuk menghasilkan ebook… Cuma idea untuk menulis jer yang payah. Untuk maklumat tambahan, saya akan berkongsi dengan anda 10 tip menulis ebook yang sering saya praktikkan.

Intro

Semua orang layak untuk menulis dan menghasilkan ebook yang bagus. Untuk menulis ebook, anda tidak perlulah menjadi seorang yang kacak, cantik, muda, kaya, popular dan sebagainya kerana pembaca tidak akan memandang semua itu. Mereka akan pandang info yang terdapat dalam ebook kita. Kini antara dua jer… nak ke tak nak menulis ebook ni?

Saya pernah berforum dengan sesorang yang mengatakan beliau ni tidak mempunyai bakat untuk menulis ebook, namun beliau sangat-sangat berminat untuk menulis ebook. Baiklah sebelum anda meneruskan pembacaan ebook ini, saya nak tanya anda satu soalan. Anda ingat saya ni berbakat sangat ker nak tulis ebook? Hehe saya sendiri pun tidak mempunyai bakat untuk menulis dan jika anda membaca ebook pertama saya pasti anda akan kata “ebook sampah”.

(13)

Mencipta Produk Informasi

Mencipta Produk Informasi

9

Di Antara Tip Menulis eBook yang saya praktikan ialah:

Mencari Tema Ebook

Baiklah perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mencari tema ebook anda. Apa yang aku nak tulis dalam ebook? Apakah yang aku hendak sampaikan kepada pembaca? Itulah sebenarnya tema anda. Apabila anda memiliki tema yang tersendiri, maka ia akan memudahkan kerja anda untuk menulis ebook anda. Contohnya anda ingin menulis tentang tema buat duit, jadi setkan dalam minda anda “aku nak buat ebook tentang cara buat duit“.

Buat Rangka

Oh… ramai yang lupa tentang tip ini kerana ramai yang beranggapan rangka diperlukan apabila hendak menulis karangan untuk BM kertas 1 dalam PMR ataupun SPM. Akibatnya ramai di antara kita yang hanya menulis ebook setakat 3 muka surat dan terus kekeringan idea. Oleh hal yang demikian, anda hendaklah merangka dahulu ebook anda berdasarkan tema yang anda pilih.Dengan mempunyai rangka maka ebook anda akan lebih tersusun dan lebih mudah untuk para pembaca menangkap maklumat daripada ebook anda.

Jaga Gaya Penulisan Anda

Ini juga merupakan perkara yang sangat penting kerana gaya penulisanlah yang menyebabkan pembaca ingin terus membaca ebook anda atau tidak. Oleh itu, anda hendaklah sentiasa menggunakan bahasa termudah, ayat tidak tergantung dan jangan meleret. Saya pernah membaca ebook yang meleret-leret di mana nak hurai 1 isi sahaja namun huraianya sampai 3 muka surat, hasilnya saya hanya akan baca setakat mukasurat 3 sahaja. Ya betul, setiap orang berbeza gaya penulisannya namun apa yang saya ingin tekankan di sini be yourself! Tidak salah untuk anda meniru gaya penulisan orang lain, namun anda hendaklah bijak dalam meniru.

(14)

Mencipta Produk Informasi

10

Anda hendaklah memilih dalam meniru, anda boleh meniru orang yang mempuyai gaya bahasa penulisan yang baik seperti penulis buku luar negara agar ebook anda lebih berkualiti kelak.

Jangan Menulis Ebook di Waktu Anda Sibuk

Anda dinasihatkan dan disarankan supaya tidak menulis ebook diwaktu anda sedang sibuk. Ini agar anda dapat mengelakkan berhadapan dengan pelbagai masalah. Contohnya apabila anda menulis ebook di waktu sibuk sudah tentu anda tidak boleh memberi tumpuan untuk menulis dan sudah tentu anda ingin menyiapkannya dengan cepat. Kesannya, anda akan mencipta ebook yang tidak menarik kerana isi yang ada tidak diolah dengan baik. Analogi paling mudah ialah macam kita makan, bilakah waktu paling sedap? Tentulah waktu lapar bukan? Begitulah juga apabila anda menulis ebook kerana ebook yang baik akan terhasil apabila isi diolah dengan baik. Isi diolah dengan baik kerana anda menulis dengan selesa dan tidak berkejaran dengan masa.

Setiap Isi Sertakan Contoh

Ini merupakan perkara wajib dalam menulis ebook supaya pembaca dapat memahami dengan lebih jelas apakah isi yang kita hendak sampaikan terutamanya dalam term-term IT atau perniagaan Internet yang merupakan perkara baru dalam kamus hidup kita. Sebagai contoh orang akan tertanya-tanya apakah CTR? Apakah page impression? Oleh itu, anda perlu sertakan contoh bagi menjawab terus persoalan pembaca ebook anda.

Masukkan Grafik

Ini lebih kepada membuatkan ebook anda agar lebih menarik. Anda perlu masukkan grafik ke dalam ebook anda supaya pembaca anda tidak bosan dengan ebook anda. Di samping itu grafik juga dapat menambah jumlah muka surat ebook anda.

(15)

Mencipta Produk Informasi

Mencipta Produk Informasi

11

Buangkan Sikap Buat Ebook Kerana Duit

Ini satu lagi barah yang perlu kita hakis yakni buat ebook kerana ingin dapat duit. Memang tak salah jika kita mengharapkan sebegitu rupa namun alangkah lebih jika anda mencipta ebook kerana ingin puaskan hati pembaca dan memberi informasi kepada pembaca. Niat yang baik akan menghasilkan produk yang baik. Produk yang baik akan menghasilkan wang yang lumayan Insya-Allah. Anda juga akan kecewa apabila ebook yang anda buat tidak mencapai target jualan anda.

Jangan Buat Sampai Ebook Anda Lengkap

Ini bukanlah satu trik namun ebook anda tidak akan lengkap buat selama-lamanya! Ya… mesti ada jer rasa nak tambah. Jika anda nak tunggu ebook anda lengkap maklumnya sampai tua ler menunggu. Inilah salah satu kelebihan ebook. Ebook anda boleh diupdate dan pembaca boleh menerima update ebook secara percuma Tidak seperti buku sebenar.

Tiru Ebook Orang Lain

Ya saya sarankan anda tiru ebook orang lain. Saya bukan bermaksud menghasut anda agar meniru isi ebook orang lain tetapi ingin menyuruh anda meniru cara penulisan,susunan format dan sebagainya ebook orang lain.

Semak Ebook Anda

Akhir sekali semak ebook anda! Anda hedaklah menyemak ebook anda daripada beberapa sudut seperti ejaan, cara penyusunan, isi yang ditampilkan dan sebagainya. Anda hendaklah berwaspada kerana perkara-perkara remeh sebegini boleh membawa impak besar terhadap kualiti ebook dan kredibiliti anda.

(16)

12

Mencipta Produk Informasi

Begitulah 10 tip yang saya sering amalkan dalam menghasilkan ebook yang berkualiti.Ramai yang bertanya “saya nak tulis ebook ape yer”? “Nak tulis tapi takde idea” dan bermacam-macam lagi. Jawapan saya mudah… tulis apa yang anda tahu. Jika anda pakar dalam penjagaan binatang, anda boleh tulis tentang “Tip Padat Bagaimana Menjaga Haiwan Peliharaan”. Nanti bab seterusnya saya akan bongkarkan bagaimana saya yang tidak pakar dalam bidang adsense tetapi mampu memberi tip yang berkesan tentang adsense.

Anda sepatutnya tidak lagi boleh memberikan alasan kenapa anda tidak dapat menulis ebook lagi. Cuba baca kata-kata hikmah di bawah:

“Hentikan Memberi Alasan, Orang Lain Buat Duit, Kita Buat Alasan!”

Ringkasan Bab 1:

1. Buat ebook yang dapat menyelesaikan masalah orang lain

2. Perlu kreatif untuk menulis ebook.

3. Ebook bukanlah hanya berkaitan bagaimana ingin buat duit.

4. Terbitkan report percuma terlebih dahulu

(17)

A brand for a company is like a reputation for a

person. You earn reputation by trying to do hard

things well.

- Jeff Bezos

Amazon.com Founder

Report Percuma

02

(18)

14

Dalam Bab 1 anda diberikan tip supaya menerbitkan report percuma terlebih dahulu dan anda mesti tertanya-tanya mengapa, bukan? Baiklah terdapat banyak kelebihan apabila anda menerbitkan report percuma dan sebenarnya anda tidak rugi pun.

Ramai yang kata “Eleh.. buat apa lancar report percuma?”, “Bila nak kaya asyik bagi free jerk?”, “Free..Free..Free..Tu jer keje ko!” dan macam-macam lagi.

Namun tahukah anda mengapa nama Labanon dikenali? Secara seriusnya saya memberitahu anda bahawa nama saya dikenali kerana ebook percuma. Saya mula mengeluarkan ebook percuma semenjak saya berumur 16 tahun lagi. Bermula dari situlah orang mula mengenali siapakah Labanon. Selepas itu saya mengeluarkan ebook percuma lagi dan lagi.

Melalui cara ini, secara tidak langsung kredibiliti anda terbina. Semakin ramai mempercayai anda dan agak mudahlah anda untuk membuat jualan selepas ini.

Jika sebelum ini anda fikir anda menulis ebook hanya untuk mendapatkan wang, saya nasihatkan anda ubah mindset anda supaya menulis ebook untuk membina kredibiliti dan brand. Dan percayalah, kredibiliti dan brand ini lah yang akan memberikan lebih banyak wang kepada anda kelak! Kebanyakan usahawan Internet memandang remeh perkara ini dan mereka hanya fikir untuk buat produk, buat sales letter dan jual. Tu jerk! Jika 1-2 tahun dulu bolehlah anda bertindak begitu namun sekarang masyarakat kita sudah bijak. Mereka akan tengok dulu siapa yang menulis. Jika diragui maka mereka tidak akan membelinya.

Saya buat analogi mudah.. Jika anda dan Donald Trump mempunyai produk yang sama, harga yang sama dan semuanya sama. Cuma yang berbeza adalah penjual. Sudah semestinya lebih ramai yang akan beli produk tersebut dari Donald Trump termasuk saya sendiri hehe kerana kredibiliti beliau lebih tinggi. Anda faham bukan?

(19)

Report Percuma

Report Percuma

15

Baiklah sebelum anda melancarkan sesuatu produk berbayar, anda perlulah melancarkan report percuma terlebih dahulu. Dalam report percuma tersebut anda letaklah sedikit maklumat di bahagian akhir report tersebut mengenai produk berbayar yang anda akan lancarkan kelak. Contohnya saya masukkan dalam page terakhir report percuma saya:

Sebenarnya alternative rahsia yang dibongkarkan ini adalah salah satu daripada tip-tip yang kami akan bongkarkan di dalam ebook “101 Tip AdSense Terbongkar”.

http://www.tipadsense.com

Ini akan membuatkan pembaca tersebut tertunggu-tunggu produk anda. Bayangkan 1 tip yang anda sudah dedahkan dalam report percuma pun cukup membantu mereka, sudah tentu mereka semua akan ternanti-nanti pada ebook berikutnya. Inilah salah satu cara untuk menggandakan jualan anda kelak.

(20)

Report Percuma

16

Perkara seterusnya yang anda perlu lakukan adalah lancarkan report percuma terlebih dahulu untuk mengumpul senarai emel(mailing list). Saya ingin tegaskan di sini sebaik-baiknya anda lancarkan report yang berkaitan dengan produk anda seterusnya. Ini penting kerana anda dapat mengumpul mailing list yang berkualiti. Berkualiti yang saya maksudkan di sini ialah mailing list yang akan membeli produk anda kelak kerana mereka ini begitu berminat untuk mendapatkan report percuma anda. Nampak mereka berminat dengan niche tersebut! Tiada gunanya anda memiliki mailing list yang besar tapi tiada respon. Ia hanyalah umpama pokok besar yang tidak berbuah. Kita mahu pokok yang boleh menghasilkan buah tidak kiralah kecil atau besar. Sudah tentulah lagi besar lagi bagus tetapi apa yang lebih penting adalah buah. Anda faham maksud saya? ;)

Jika anda lancarkan report percuma tentang “Teknik Mudah Untuk Menguruskan Badan” dan selepas itu anda lancarkan produk yang hendak dijual bertajuk “Menjadi Guru Yang Berjaya Dalam Masa 3 Hari” sudah tentu produk anda ini tidak laku kerana mailing list anda adalah berminat tentang bagaimana ingin kurus. Faham tak?

Tentu ada yang masih kabur bagaimana nak kumpul senarai emel ni. Baiklah saya jelaskan secara ringkas bagaimana ingin mengumpul senarai email (mailing list) ni.

1) Lancarkan report/ebook percuma. Seperti yang saya telah terangkan bagaimana nak lancarkan report/ebook percuma sebentar tadi.

2) Minta emel mereka terlebih dahulu sebelum anda berikan meraka link untuk mendownload report tersebut. Untuk tujuan tersebut, anda perlulah mempunyai system autoresponder sendiri tidak kisahlah sama ada percuma atau berbayar. Cuma saya sarankan anda guna yang berbayar supaya tidak akan kehilangan list. Autoresponder berbayar adalah sepeti Aweber,Getresponse dan sebagainya. Anda hanya perlu copy paste code html ke surat jualan anda. Untuk menggunakan sistem autoresponder berbayar anda biasanya akan dicaj dalam angaran RM60 sebulan.

(21)

Report Percuma

17

Anda boleh lihat contoh dibawah:

Pelawat perlu memasukkan email dan nama mereka terlebih dahulu dan selepas itu mereka akan mendapat link download untuk report tersebut. Semuanya berlaku secara automatik

dan anda hanyalah perlu mempunyai sistem autoresponder.

Saya sendiri berjaya kumpulkan lebih kurang 1500 list email yang berkualiti melalui report pecuma saya. Mereka ini semuanya berminat tentang adsense kerana report percuma yang saya lancarkan adalah berkaitan dengan adsense. Bayangkan 25% daripada mailing list tersebut telah membeli produk saya lancarkan seterusnya. Anda boleh nampak kan betapa berkesannya teknik mailing list ini ;)

Ringkasan Bab 2:

1. Report percuma untuk membina kredibiliti

2. Report percuma juga untuk mengumpul mailing list yang berkualiti

3. Anda juga akan membuatkan pembaca report percuma anda tertunggu-tunggu dengan produk berbayar

yang anda akan lancarkan selepas itu.

Referensi

Dokumen terkait

Emel pemakluman tentang penggunaan master list template terkini untuk pengisian data SETARA telah dihantar kepada pemilik data pada 21 Jun 2017. Emel format senarai pelajar

Berdasarkan hasil penelitian menunjukkan bahwa sebagian besar siswa yang mengalami miskonsepsi resisten adalah siswa dengan tipe gaya belajar visual-verbal seimbang

Segala puji syukur kita haturkan kepada Allah SWT sebab karena limpahan rahmat serta anugerah dari-Nya penulis mampu untuk menyelesaikan skripsi ini dengan

Manfaat penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh ekstrak akar landep terhadap penurunan gejala penyakit parkinson sehingga dapat dijadikan obat herbal

yang dimiiki oleh remaja di panti asuhan tergolong tinggi. Dari hasil kategorisasi diketahui bahwa tidak terdapat remaja yang memiliki resiliensi yang sangat

Berdasarkan hasil penelitian dapat disimpulkan peningkatan kepadatan populasi tanaman orok-orok yang ditanam secara tumpangsari dengan jagung manis sampai kepadatan

Disamping itu perpustakaan yang merupakan wadah yang menyediakan beragam informasi melalui sejumlah media seperti surat kabar, buku, jurnal ilmiah, majalah serta

Algoritma Metropolis dapat mencari rute terpendek antara n kota, di mana n dapat lebih dari 50 dan kinerja algoritma Metropolis ini lebih cepat, lebih akurat dan tidak