• Tidak ada hasil yang ditemukan

bab 6.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "bab 6.pdf"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

6. Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia

6.1 Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia.

Cadangan Pertama

 Dikemukakan oleh Lord Brassey pada tahun 1887, Pengarah Syarikat Borneo Utara.

 Mencadangkan agar Kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat

Cadangan Kedua

 Pada tahun 1948, Sir Malcom Mac Donald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara), mencadangkan supaya Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

Lain-lain Cadangan

 Cadangan pemimpin Singapura Lim Yew Hock dan David Marshall pada tahun 1955.  Pada tahun 1959, Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku

Abdul Rahman menggabungkan Tanah Melayu dengan Singapura sahaja, tetapi Tunku tidak bersetuju.

 Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah bersetuju dengan Gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi di Singapura.

 Pembentukan Malaysia diharapkan akan dapat menjamin satu kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini.

Cadangan Ketiga

 Pada tahun 1956, Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu Merdeka dinamakan Malaysia kerana menurut beliau British akan mengabungkan negeri Sarawak, Sabah ,Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

(2)

Kemerdekaan.

 Penubuhan Malaysia akan mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah. Sarawak, Singapura dan Brunei kerana mengikut Perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Keselamatan.

 Lee Kuan Yew berminat dengan pembentukan Malaysia kerana perkembangan pengaruh sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada tahun 1961.

 Kemenangan ini melemahkan pengaruh parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew.

 Kemenangan Barisan sosialis juga boleh dianggap menggugat

rancangan British untuk memberikan kemerdekaan.  Ancaman Komunis menyebabkan

Lee Kuan Yew mendesak British mengabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura.

 Ancaman komunis di Sarawak juga telah mendorong Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea pembentukan Malaysia.  Pembentukan Malaysia diharap

dapat menjadi benteng yang kukuh menghadapi ancaman komunis.

 Bertujuan untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota dengan memasukkan Sarawak, Sabah dan Brunei.

 Penubuhan Malaysia akan mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.

 Kerjasama ekonomi dapat memanfaatkan sumber yang ada.

 Tanah Melayu kaya dengan getah dan bijih, Sabah dan Sarawak Balak manakala Brunei kaya dengan Minyak.

6.2.1 Faktor Politik

6.2 Faktor-faktor Pembentukan Malaysia.

6.2.2 Faktor Ekonomi 6.2.3 Faktor Sosial Dekolonisasi  Penubuhan Malaysia merupakan proses dekolonisasi British.  Dalam Perhimpunan Agung

PBB pada tahun 1960, telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.  Pembentukan di Malaysia

diharapkan akan dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.

(3)

mb

6.3 Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia  Menimbulkan pelbagai reaksi di dalam dalam luar negeri

Reaksi Singapura

 Lee Kuan Yew dan PAP menyokong cadangan

pengabungan kerana bimbang dengan pengaruh parti

berhaluan kiri.

 Pada bulan Disember 1961, Majlis Undangan Singapura meluluskan usul pengabungan.  Barisan Sosialis menentang

idea ini dan berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk penjajahan baru.

 Barisan Sosialis menuntut supaya pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura menyertai gabungan ini.  Pandangan Barisan Sosialis

disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall. Dan Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan.

 Satu Referendum telah

diadakan dan rakyat Singapura bersetuju dengan cadangan pengabungan.

Reaksi Sarawak.

 Di Sarawak, sebelum pengumuman pembentukan Malaysia telah terdapat dua buah parti iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) 1959 pimpinan Ong Kee Hui dan Parti Negara Sarawak (PANAS) 1960 pimpinan Dato Bandar Abang Hj Mustapha.

 PANAS parti pertama di Borneo menyokong pembentukan Malaysia.  Pada tahun 1961, Parti Kebangsaan

Sarawak (SNAP) pimpinan Stephen Kalong Ningkan ditubuhkan.  Parti Rakyat Jati Sarawak

(BERJASA) ditubuhkan pada tahun 1961 di bawah pimpinan Abdul Yaakub dan Abdul Taib Mahmud.  Parti Pesaka Anak Sarawak

(PESAKA) dipimpin oleh

Temenggung Jugah Anak Barieng ditubuhkan pada tahun 1962.  Pada bulan Oktober 1962 PANAS,

SCA, SNAP, BERJASA dan PESAKA telah bergabung

membentuk perikatan Sarawak dan menyokong gabungan Malaysia.  SUPP terus menentang

pengabungan.

Reaksi Sabah

 Di Sabah sebelum pengumuman pembentukan Malaysia masih belum terdapat parti-parti politik.

 Pengumuman Tunku telah membawa kepada

pembentukan parti-parti politik di negeri tersebut untuk menyatakan pandangan serta sokongan tentang gagasan Malaysia.

 Pada bulan Ogos 1961, Pertubuhan Kadazan Bersatu (UNKO) telah ditubuhkan oleh Donald Stephens.  Pada bulan Disember 1961, Pertubuhan Kebangsaan

Sabah Bersatu (USNO) telah ditubuhkan oleh Datu Mustapha Datu Harun.

 Pada Jun 1962, Pasok Momugun ditubuhkan dipimpin oleh G.S Sundang.

 Muncul dua parti yang mendapat sokongan orang Cina iaitu Parti Bersatu pimpinan Khoo Siak Chew dan Demokratik pimpinan Peter Chin.

 Pada bulan September 1961, UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Demokratik membentuk Parti Perikatan Sabah.

 Parti Perikatan mengemukakan tuntutan dikenali sebagai Perkara 20, kemudian diterima oleh Sarawak.

 Perkara 20 mengemukakan tuntutan Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang Baru.

 Menjelang tahun 1961 ramai pemimpin dan juga rakyat Sarawak dan Sabah menyokong pembentukan Malaysia.  Semangat perpaduan dan toleransi pemimpin dari Tanah

(4)

Bentukan

Reaksi Brunei

 Sultan Omar Ali Saifuddin pada dasarnya menyokong gagasan Malaysia.

 Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang gagasan Malaysia kerana matlamat PRB untuk menubuhkan Persekutuan Borneo yang terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.

 PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk Neokolonialisme.

 PRB telah melancarkan pemberontakan bersenjata dan mendapat sokongan daripada kerajaan Filipina dan Indonesia.

 Pemberontakan ini telah berjaya dipatahkan oleh tentera British, dan A.M. Azahari mendapatkan perlindungan politik di Indonesia.

Reaksi Filipina

 Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.

 Filipina dengan tegas mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.

 Bagaimanapun, menjelang Jun 1966, Filipina telah mengiktiraf penubuhan Malaysia.

 Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua Negara melalui MAPHILINDO.

Reaksi Indonesia

 Pada peringkat awal tidak menunjukkan sebarang reaksi.

 Tentangan bermula akhir tahun 1962 dan

berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia.

 Indonesia melancarkan konfrantasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia telah diumumkan pada 20 Januari 1963.

 Tentera Indonesia telah melancarkan serangan terhadap Malaysia melaui Johor, Sarawak dan Sabah.

 Hubungan tegang berpanjangan sehinggalah berlaku pemberontakan bersenjata di Indonesia pada

September 1965 apabila Jeneral Soeharto menggulingkan Presiden Soekarno.

 Presiden Soeharto telah menghatar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik untuk memulihara hubungan baik Malaysia-Indonesia.

 Ogos 1966, berakhir konfantasi Malaysia-Indonesia

Tindakbalas Malaysia Terhadap Dasar Konfrantasi Indonesia  Malaysia bertindak balas dengan bantuan Negara Komanwel termasuk

dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada.

 Malaysia menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB berhubung pencerobohan Indonesia terhadap Malaysia.

 Apabila Indonesia memburukkan nama Malayisa di Negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga, Tun Abdul Razak telah mengetuai lawatan ke negara-negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan

(5)

6.4 Langkah-langkah Pembentukan Malaysia

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK)  Ditubuhkan di Singapura

dipengerusikan oleh Donald Stephens.

 Peranan JPPK:-

i. menerangkan tentang gagasan Malaysia.

ii. Mengumpulkan pandangan iii. Menggalakkan kegiatan ke arah

pembentukan Malaysia.

 Mesyuarat telah diadakan sebanyak empat kali di Jesselton, Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura.  Brunei telah menghantar pemerhati

dalam tiga mesyuarat terakhir.  Mesyuarat terakhir di Singapura,

JPPK telah menghantar

memorandum yang mengandungi tiga perkara penting yang

memberikan pertimbangan kepada pandangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan baru.

 Selepas berucap di Singapura, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah pada bulan Jun 1961 serta Brunei Julai 1961 untuk menerangakan tujuan, konsep dan matlamat penubuhan Malaysia.

 Rundingan juga diadakan dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.

Suruhanjaya Cobbold  Dianggotai oleh Lord Cobbold, Sir

Anthony Abell, Sir David

Watherston, Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.

 Suruhanjaya ini bertanggungjawab untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak serta

mengemukakan cadangan kepada British.

 Laporan Suruhanjaya ini, satu per tiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong tanpa syarat, satu per tiga menyokong dengan bersyarat dan satu per tiga inginkan

kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.  Suruhanjaya ini telah mengemukan

cadangan

i. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa imigresen dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan ii. Hak dan kedudukan bumiputera. iii. Pemberian nama Malaysia iv. Tarikh penubuhan Malaysia

Jawatankuasa Antara Kerajaan  Ditubuhkan pada bulan Ogos 1962.  Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne

dan dibantu oleh Tun Abdul Razak.  Menjelang Disember 1962, Sarawak,

Sabah dan Singapura bersetuju Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963.

 Untuk mengurangkan ketegangan , perjumpaan tiga pihak melibatkan

Malaysia, Indonesia dan Filipina diadakan.  Tunku Abdul Rahman, Soekarno dan

Macapagal telah diadakan di Manila dan membentuk MAPHILINDO.

 Wakil PBB telah meninjau sekali pandangan rakyat Sarawak dan Sabah, majoriti rakyat Sabah dan Sarawak

bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.  Rakyat Sabah dan Sarawak lebih suka

menyertai Malaysia berbanding Filipina dan Indonesia.

 Pembentukan Malaysia telah ditunda pada 16 Spetember 1963.

(6)

6.5 Perjanjian Malaysia 1963

 Ratu Elizabeth II telah mempekanankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen British.

 Pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Akta Malaysia.

 Pada 16 September 1963, Negara Malaysia secara rasmi merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

6.5.1 Inti Pati Perjanjian Malaysia 1963

 Akta Malaysia memperuntukan beberapa perkara yang kemudian diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.

 Inti Pati Perjanjian

i. Semua hal ehwal luar menjadi tanggunjawab Kerajaan Persekutuan

ii. Agama Islam sebagai agama Persekutuan kecuali di Sarawak dan Sabah, agama lain bebas diamalkan. iii. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh

digunakan.

iv. Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas hari Malaysia.

v. Negeri Sarawak dan Sabah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmatan awam.

vi. Sarawak diperuntukan 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen. vii. Rakyat bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan

Referensi

Dokumen terkait

Pengendapan material koloid dan solid tersuspensi terjadi melalui adanya penambahan koagulan, biasanya digunakan untuk mengendapkan flok-flok kimia setelah proses

Jika sejumlah air ditunjukkan dalam satuan berat, lalu ψm pada satu titik adalah ukuran vertikal antara titik ini dalam tanah dan permukaan air dari suatu manometer yang diisi

Kata polimorfisme yang berarti satu objek dengan banyak bentuk yang berbeda, adalah konsep sederhana dalam bahasa pemrograman berorientasi objek yang berarti kemampuan

Pengguna mendapatkan disajikan link di email atau Facebook, tampaknya dari seorang teman, yang mengarahkan mereka untuk men-download beberapa aplikasi untuk melihat,

Abdul Untung selanjutnya mengatakan bahwa untuk memperoleh hasil penelitian dan pengembangan yang optimal, maka salah satu prasyarat yang harus terpenuhi dalam upaya

Terdapat dua sabuk mata air pada Lereng Barat daya Gunung Merbabu, yaitu pada satuan bentuklahan lereng gunungapi dan peralihan antara bentuklahan lereng gunungapi dengan

Penelitian ini dilakukan untuk mengetahui perbedaan kemampuan menulis puisi antara sebelum menerapkan teknik pembelajaran rangsang gambar dan sumbang kata dengan

Ibu Tiolan Tampubolon orang tua penulis, Togi Simanjuntak, Tetty Simanjuntak, Tombang Simanjuntak sebagai kakak dan abang yang menjadi semangat penulis yang sangat