PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 1
NAMA DOKUMEN KELUARAN PINDAAN TARIKH
BUKU PANDUAN AMALAN EKSA JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK 02 00 MEI 2014
PANDUAN AMALAN
EKSA
JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK
(JPP)
PUTRAJAYA
TANDATANGAN
_________________________ KETUA PENGARAH JPP
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 2
KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 DASAR EKSA 3
2 VISI & MISI EKSA JPP 4
3 OBJEKTIF EKSA 5
4 SLOGAN EKSA 6
5 CARTA ORGANISASI EKSA
5.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PEMANDU EKSA
5.2 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PROMOSI
5.3 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA LATIHAN
5.4 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA AUDIT
5.5 CARTA ORGANISASI ZON EKSA
7 - 12
6 PENGENALAN EKOSISTEM KONDUSIF
SEKTOR AWAM (EKSA) 13 - 16
7 AMALAN EKSA 17 – 30
8 PELAKSANAAN DAN AMALAN EKSA DI
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 3
DASAR EKSA JPP
JPP beriltizam dalam memastikan EKSA dilaksanakan secara berterusan
melalui budaya kerja yang cemerlang dan inovatif secara berpasukan ke
arah meningkatkan produktiviti , menawarkan perkhidmatan berkualiti,
mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat serta melestarikan
teknologi hijau bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
Tandatangan : ...
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 4
VISI & MISI EKSA JPP
VISI
Ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan inovatif melalui
persekitaran kerja yang kondusif.
MISI
Menerusi EKSA, JPP Beriltizam untuk:-
a)
Mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif dan ceria;
b)
Meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan kerja secara
berterusan;
c)
Meningkatkan kecekapan melalui disiplin kerja yang cemerlang.
Tandatangan : ...
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 5
OBJEKTIF EKSA
Memastikan pengurusan EKSA yang cekap dan berkesan bagi mencapai
ciri-ciri kualiti di tempat kerja seperti berikut:
1.
Imej korporat
2.
Persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas, ceria dan
selamat.
3.
Pengurusan stor dan dokumen yang lebih berkesan.
4.
Peningkatan semangat kerja berpasukan.
5.
Peningkatan kecekapan sistem penyampaian.
6.
Penekanan kepada amalan HIJAU
.
Tandatangan : ...
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 6
SLOGAN EKSA
“PEMBUDAYAAN EKSA PEMACU TRANSFORMASI.”
LOGO EKSA
Tandatangan : ...
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 7
CARTA ORGANISASI
EKSA
JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK
(JPP)
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 8
JAWATANKUASA PEMANDU EKSA
Tandatangan : ...
(KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK) Nama Dokumen : JK PEMANDU
EKSA
Keluaran : Pindaan : Tarikh :
CHAMPION EKSA JPP PENAUNG (KETUA PENGARAH) PENGERUSI (TKP(P)) KETUA J/K PROMOSI (Ketua Kom. Korporat) KETUA EKSA (PENGARAH BPN) KETUA J/K LATIHAN (Tim. Peng. SLPK) KETUA J/K AUDIT (Pengarah BKP) KETUA URUSETIA (PP( BKP)) FASILITATOR (Wakil JK Promosi) FASILITATOR (Wakil JK Latihan) FASILITATOR (Wakil Ketua Zon) FASILITATOR (Wakil JK AUDIT) URUSETIA (Wakil BKP) URUSETIA (Wakil BKP)
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 9
JAWATANKUASA PROMOSI EKSA
Tandatangan : ...
(KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK)
PENGERUSI Ketua Komunikasi Korporat
TIMBALAN PENGERUSI SETIAUSAHA WAKIL ZON AKUAKULTUR WAKIL ZON HIDRO WAKIL ZON AGRO TEKNOLOGI WAKIL ZON HIBRID WAKIL ZON HORTIKULTUR WAKIL ZON SOLAR
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 10
JAWATANKUASA LATIHAN EKSA
Tandatangan : ...
(KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK)
PENGERUSI Timbalan Pengarah SLPK TIMBALAN PENGERUSI SETIAUSAHA WAKIL ZON AKUAKULTUR WAKIL ZON HIDRO WAKIL ZON AGRO TEKNOLOGI WAKIL ZON HIBRID WAKIL ZON HORTIKULTUR WAKIL ZON SOLAR
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 11
JAWATANKUASA AUDIT EKSA
NOTA:
***AJK AUDIT dilantik daripada semua zon yang telah diwujudkan. ***SETIAUSAHA dilantik dikalangan AJK AUDIT.
Tandatangan : ...
(KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK)
PENGERUSI Pengarah BKP TIMBALAN PENGERUSI SETIAUSAHA WAKIL ZON AKUAKULTUR WAKIL ZON HIDRO WAKIL ZON AGRO TEKNOLOGI WAKIL ZON HIBRID WAKIL ZON HORTIKULTUR WAKIL ZON SOLAR
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 12
ZON EKSA
Tandatangan : ...
(KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK)
FASILITATOR KETUA ZON AHLI AUDIT AHLI PROMOSI AHLI LATIHAN AHLI ZON AHLI ZON AHLI ZON AHLI ZON AHLI ZON SETIAUSAHA
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 13
PENGENALAN
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR
AWAM
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 14 PENGENALAN
EKSA adalah satu teknik pembersihan bertujuan mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebih teratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu kerja akan menjadi lebih produktif, cekap, selamat dan menjimatkan kos. Justeru, EKSA adalah asas kepada sistem peningkatan kualiti dan perkhidmatan dan seterusnya menjadikan tempat kerja lebih efisien dan produktif ke arah kecemerlangan JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK (JPP).
Apakah EKSA?
EKSA adalah penjenamaan semula amalan 5S oleh pihak MAMPU dan masih mengekalkan prinsip Seiri (SISIH), Seiton (SUSUN), Seiso (SAPU), Seiketsu (SERAGAM) & Shitsuke (SENTIASA AMAL).
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 15
Manakala objektif penjenamaan semula EKSA adalah untuk :
Antara faedah pengamalan EKSA adalah
1. mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti;
2. meningkat kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi; 3. mengenalpasti, mengurang & menghapuskan pembaziran;
4. meningkatkan semangat esprit de corp, 5. meningkatkan disiplin warga jabatan, dan
6. meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan
Melalui EKSA, setiap individu akan mempunyai rasa tanggungjawab dan sayang pada Jabatan. Setiap individu berperanan untuk melaksanakan EKSA tanpa ada seorang pun akan tertinggal. Amalan ini memerlukan sokongan dari semua pegawai dan staf bagi menjayakannya.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 16 Penambahbaikan berterusan di dalam pelaksanaan EKSA
Penambahbaikan berterusan adalah bertujuan supaya semua staf dapat memberikan idea yang bersesuaian bagi dilaksanakan di tempat kerja. Ianya juga bertujuan supaya semua staf lebih memahami bahawa penambahbaikan tersebut tidak terhad untuk individu atau untuk sesetengah perkara. Ianya mungkin melibatkan proses yang amat mudah atau memerlukan analisis sesuatu perkara sebelum penambahbaikan boleh dibuat.
Amalan ini merupakan satu aktiviti ke arah penambahbaikan di tempat kerja. Apa jua penambahbaikan yang baik boleh dilakukan tidak kira menambahbaik di lantai, peralatan, persekitaran tempat kerja, di stor, pejabat dan beberapa kawasan yang dikenalpasti. Ianya mungkin dari yang sekecil-kecil benda atau perkara kepada penambahbaikan yang melibatkan kajian data, aspek kejuruteraan dan analisis yang mendalam.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 17 Maksud Singkatan 5S
5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan membawa maksud seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 1.
BAHASA JEPUN BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU CONTOH
Seiri Sort Sisih Menyisih fail lama
tidak aktif dengan fail baru yang masih aktif.
Seiton Set in order Susun
Menyusun dokumen/ bahan/alatan
pejabat supaya mudah
diambil/diguna.
Seiso Shine Sapu Menyapu/membersih
ruang pejabat dan ruang kerja/bilik serta peralatan kerja individu.
Seiketsu Standardise Seragam Menyeragamkan
susunan fail/meja kerja/bilik mesyuarat/ peralatan pejabat.
Shitsuke Sustain Sentiasa Amal Mengamalkan selalu
aktiviti sisih, susun, sapu dan seragam.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 18
AMALAN EKSA
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 19
APLIKASI DAN TEKNIK EKSA
Objektif
Objektif bahagian ini adalah untuk lebih mendalami dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan EKSA. Akhirnya nanti, semua warga JPP akan mengetahui bagaimanakah mengadaptasi kelima-lima “S” tersebut untuk merencanakan aktiviti-aktiviti di tempat kerja masing-masing.
Pada setiap teknik 3S pertama, terdapat beberapa panduan yang digunapakai bagi menjaga kebersihan tempat kerja, melakukan aktiviti pelupusan, menyusun barangan serta rekod seterusnya membentuk pasukan kerja yang baik. Pada peringkat 2S yang terakhir, warga JPP akan melihat bagaimana kesemua teknik itu dapat dijayakan agar ia menjadi budaya kerja yang cemerlang.
KITARAN EKSA
SEITON (SUSUN) (SISIH) SEISO (SAPU)
SEIRI (SISIH)
SHITSUKE (SELALU AMAL) (SISIH) SEIKETSU (SERAGAM) 1 2 4 3 5
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 20 Teknik EKSA
Teknik EKSA iaitu SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL akan digunapakai oleh semua staf JPP bagi mewujudkan tempat kerja yang sistematik, teratur, bersih, selamat dan kemas. Amalan ini akan menjadikan sistem kebersihan di tempat kerja dan sekitar JPP lebih efisien, efektif dan memudahkan tugas harian dan rutin yang akan dilaksanakan.
Teknik EKSA ini merupakan teknik yang asas yang menjurus kepada pelaksanaan aktiviti harian di tempat kerja. Apabila pelaksanaan ini dapat dibuat, maka setiap staf yang bertugas di Jabatan akan mempunyai rasa tanggungjawab dan sayang pada JPP. Setiap staf JPP berperanan untuk melaksanakan EKSA tanpa ada seorang pun tertinggal. Ringkasnya, EKSA ini memerlukan penglibatan dan sokongan dari semua staf yang bertugas di JPP bagi menjayakannya.
Secara keseluruhannya, implementasi dan EKSA di tempat kerja akan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang sistematik, lebih teratur, bersih dan kemas, selamat dan produktif. Selain itu, intipatinya akan menjadikan sistem kerja di JPP lebih efisien dan memudahkan tugas rutin yang dilaksanakan.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 21
SEIRI - SISIH
S1 - Sisih (Seiri)
1. SISIH memberikan tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
2. Aktiviti SISIH secara berkesan dapat dilakukan dengan:
• Menanda barang-barang yang tidak diperlukan lagi dengan menggunakan kaedah Tag Merah dan kaedah Tag Kuning (penerangan terperinci di muka surat 6 dan 7).
• Menentukan tempat penyimpanan bagi barang/peralatan yang masih diperlukan.
• Bagi barang-barang yang hendak dilupuskan, rujuklah kepada Pekeliling/Arahan/Peraturan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
BUANG DENGAN SEGERA
CARI PEMBELI DENGAN HARGA
TINGGI LUPUS DENGAN KOS RENDAH TAPI SELAMAT
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 22
KAEDAH STRATIFIKASI UNTUK SISIH
NOTA :
TAG KUNING DAN TAG MERAH
HENDAKLAH DIGUNAKAN
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 23
KAEDAH SISIH
TAG BARANGAN UNTUK SISIH
warna warna
BAHAN TIADA NILAI TAPI KOS PELUPUSAN TINGGI warna
MENUNGGU PELUPUSAN
warna
BAHAN ADA NILAI UNTUK DIJUAL
BAHAN TIDAK DIPERLUKAN DAN SENANG DIBUANG
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 24
SEITON - SUSUN
S2 - Susun (Seiton)
1. SUSUN merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”. Penekanan SUSUN tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat. 2. Selepas melaksanakan SISIH dengan jayanya, barang yang diperlukan hendaklah diSUSUN mengikut keperluan penggunaan. 3. Berikut adalah panduan aktiviti SUSUN secara berkesan:
• Gunakan kaedah First-In-First-Out (FIFO).
• Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada barang/ peralatan/ rekod.
• Menyimpan barang/peralatan/rekod mengikut kategori.
• Memastikan barang disusun dengan sebaik mungkin supaya mudah dicapai.
4. Untuk menguji sistem penyimpanan yang efisien dan efektif pasukan Audit Dalaman EKSA perlu menguji dengan satu kaedah yang dipanggil Ujian 30 saat.
Terdapat tiga (3) panduan yang boleh diterangkan untuk menjalankan aktiviti SUSUN:
i. Penyusunan meliputi barangan yang digunakan selalu atau harian; ii. Penyusunan meliputi barangan yang digunakan mingguan; dan iii. Penyusunan meliputi barangan yang digunakan bulanan
CONTOH
LABEL UNTUK FAIL / BAHAN / ALATAN
BIL PENGGUNAAN
MENGIKUT KATEGORI
KOD WARNA 1
ITEM KEGUNAAN HARIAN (1 JAM – 1 MINGGU)
2 ITEM KEGUNAAN
1 MINGGU – 6 BULAN 3 ITEM HAMPIR TIDAK DIGUNAKAN
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 25 Tindakan Melaksanakan Amalan SUSUN
Kelompok barang/
dokumen Tindakan yang perlu
Barang/
dokumen
diperlukan
Barang/dokumen selalu digunakan Susun dekat dengan tempat kerja dan cepat dicapai Barang/dokumen Jarang digunakan semasa urusan harian Letakkan di tempat yang dikhaskan bagibarang/dokumen yang jarang digunakan /jarang dirujuk Barang/dokumen yang tidak digunakan semasa urusan harian tetapi perlu dirujuk dan
mesti disimpan Letakkan di tempat yang dikhaskan bagi barang/dokumen yang dirujuk secara bermusim
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 26
SEISO - SAPU
S3 - Sapu (Seiso)
1. SAPU adalah tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi
peralatan, kualiti produk dan kesihatan. SAPU juga memberi penekanan kepada penjagaan kebersihan bagi memastikan tempat kerja yang selesa dan selamat untuk peningkatan kualiti kerja dan perkhidmatan.
2. Pembersihan atau SAPU perlu dilakukan setiap hari bagi memastikan ruang kerja sentiasa kemas dan bersih.
3. Langkah-langkah yang berikut perlu dijadikan panduan untuk melaksanakan SAPU secara berkesan:
i. Mengagihkan Tugasan Pembersihan
Kebersihan di tempat kerja adalah menjadi tanggungjawab bersama. Pembahagian kawasan jagaan hendaklah dijelaskan dengan:
• Mengenalpasti ruang/peralatan/mesin yang perlu diwujudkan hak milik (ownership).
• Mengadakan jadual giliran harian pembersihan kawasan yang telah ditentukan.
ii. Menentukan hak milik (ownership) ruang/peralatan bagi setiap ahli iii. Mewujudkan kaedah pembersihan yang akan digunakan
dengan: *
Menentukan perkara/aspek yang perlu dibersihkan.
Mengenalpasti peralatan dan bahan pembersihan yang bersesuaian.
Menentukan kekerapan dan masa aktiviti pembersihan.
Mewujudkan piawaian kerja pembersihan.
Sekiranya Jabatan/Agensi tidak melaksanakan aktiviti pembersihan atau aktiviti pembersihan diswastakan, semua ruang kerja dan peralatan seperti dinyatakan di atas hendaklah dipastikan bersih.
iv. Menyediakan peralatan dan bahan-bahan untuk kerja pembersihan.
Alatan/bahan keperluan kerja pembersihan hendaklah disediakan dan disusun supaya mudah disimpan dan diambil apabila diperlukan
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 27
v. Melaksanakan kerja pembersihan
Kerja pembersihan boleh dilaksana melalui:
Mengenalpasti ruang dan peralatan yang perlu dibersihkan termasuk ruang atau bahagian yang tersorok seperti di belakang almari ataupun di atas rak yang tinggi.
Melaksanakan aktiviti pembersihan dan pemeriksaan terhadap semua peralatan, lantai, dinding dan siling.
Memastikan peralatan dalam keadaan bersih, baik dan berfungsi.
Merekodkan dan melaporkan segala kerosakan peralatan untuk tindakan penyelenggaraan.
4. Kejayaan pelaksanaan Amalan SAPU boleh diukur melalui:
Produk dan hasil kerja yang berkualiti.
Persekitaran kerja yang selesa dan selamat.
Keadaan persekitaran lebih bersih.
Kos penyelenggaraan lebih rendah
Tindakan Melaksanakan Amalan SAPU
SAPU
AKTIVITI PROSES HASIL
Kenalpasti ruang dan peralatan tempat kerja yang kotor Tindakan membersihkan kekotoran
BERSI
H
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 28
SEIKETSU – SERAGAM
S4 - Seragam (Seiketsu)
1. SERAGAM bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturannya. Aktiviti EKSA di peringkat ini dapat dilaksanakan dengan mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur dan piawai.
2. Berikut ialah panduan untuk melaksanakan keseragaman secara cekap: • Mewujudkan senarai semak tugasan dengan teknik 5W1H.
1. Who - Siapa yang bertanggungjawab. 2. Why - Mengapa perlu dilaksanakan. 3. When - Bila perlu dilakukan.
4. Where - Di mana perlu dilaksanakan. 5. What - Apa tindakan yang perlu diambil.
6. How - Bagaimana aktiviti dijalankan dan diseragamkan. • Mewujudkan senarai semak peraturan inventori.
• Mengadakan prosedur kerja pembersihan. • Mengadakan jadual penyelenggaraan.
• Mewujudkan model/aktiviti susun atur yang SERAGAM. 3. Kejayaan pelaksanaan SERAGAM diukur melalui:
• Mempunyai piawaian ruang tempat kerja yang lebih baik. • Mempunyai impak visual yang positif.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 29 Tindakan Melaksanakan Amalan SERAGAM
SHITSUKE - SENTIASA AMAL
S5 - Sentiasa Amal (Shitsuke)
1. SENTIASA AMAL ialah usaha mengekalkan 4 Amalan EKSA yang pertama iaitu Seiri, Seiton, Seiso dan Seiketsu di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di premis Jabatan/Agensi. SENTIASA AMAL memerlukan komitmen dan penyertaan berterusan seluruh warga kerja serta disiplin diri bagi memastikan Amalan EKSA dapat dilaksanakan secara berkesan dan cekap.
2. Berikut ialah panduan untuk mengekalkan Amalan EKSA:
• Meneruskan program kesedaran tentang kepentingan Amalan EKSA dengan mengadakan latihan yang berterusan.
• Memastikan audit dalaman Amalan EKSA dilaksanakan secara berkala. • Memastikan aktiviti promosi berterusan.
• Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga Jabatan/Agensi.
• Mewujudkan sistem pemantauan yang efektif dan sistematik. 3. Kejayaan pelaksanaan SENTIASA AMAL ini boleh diukur melalui:
SERAGAM
Sistem Nombor / Rujukan Menyusun Melabel Menggunakan skema warnaPANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 30
• Prestasi cemerlang berterusan melalui aktiviti audit dalaman Amalan EKSA Jabatan/Agensi.
• Warga Jabatan/Agensi sentiasa kelihatan ceria dan bersemangat melaksana Amalan EKSA di samping mematuhi peraturan di tempat kerja. • Wujudnya disiplin dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga Jabatan/Agensi.
• Warga mempunyai daya usaha untuk sentiasa mengamal dan menambahbaik Amalan EKSA di tempat kerja.
• Peningkatan kecekapan dan keberkesanan proses kerja.
• Penyertaan dan kejayaan dalam konvensyen, pertandingan dan anugerah berkaitan Amalan EKSA.
FAEDAH MELAKSANAKAN EKSA
Persekitaran tempat kerja lebih selamat Tempat kerja
yang bersih, kemas dan rapi
Mengurangkan kos
Kawalan stok/inventori
yang berkesan Mewujudkan
piawaian kerja yang jelas Memudahkan urusan penyelenggaraan Penggunaan ruang kerja yang optimum Meningkatkan semangat kerja berpasukan Mengurangkan rungutan pelanggan Meningkatkan Imej Korporat Faedah Melaksanakan EKSA
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 31 KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh didapati dari langkah EKSA ini adalah satu cara berkesan bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti di JPP. Melalui Seiri
(Sisih) staf JPP akan dapat menyisihkan barang yang tidak perlu; Seiton (Susun) membolehkan penyusunan barangan dan rekod JPP dibuat dengan lebih kemas; dan
Seiso (Sapu) akan menghasilkan tempat kerja yang bersih dan selamat. Kemudian
Seiketsu (Seragam) menggariskan satu panduan untuk digunakan oleh semua orang dan Shitsuke (Selalu Amal) akan membantu mendisiplinkan diri dan seterusnya menjadikan satu amalan yang cemerlang.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 32
PELAKSANAAN
&
AMALAN EKSA
DI
JABATAN PENGAJIAN
POLITEKNIK
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 33
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
1.
FAIL KETUA ZON
NOTA :
Semua ketua kumpulan mesti menyimpan dokumen berikut: 1. Dasar EKSA.
2. Visi & Misi EKSA. 3. Objektif EKSA.
4. Logo & Slogan EKSA. 5. Carta Organisasi Zon. 6. Minit Mesyuarat/Nota
Perbincangan Kumpulan (mingguan / bulanan) dan tindakan susulan.
7. Pelan Tindakan Aktiviti. 8. Pelan Lantai Zon EKSA. 9. Gambar-gambar aktiviti Kaizen SEBELUM dan SELEPAS. 10. Keputusan Audit dan Jadual Audit.
11. Memorandum/Maklumat Terkini dari Ketua EKSA atau Fasilitator 12. Kriteria Audit.
Adakan indeks
Adakan pemisah bagi setiap tajuk Rakamkan gambar bagi setiap
aktiviti kumpulan serta masalah sebelum dan faedah selepas aktiviti EKSA dijalankan.
Berikan data kuantitatif/kualitatif Semua dokumen dan rekod
hendaklah dikawal.
Semua dokumen dan rekod hendaklah dikawal.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 34
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
2.
SISTEM SIMPANAN &
SUSUNAN FAIL
DI RAK/LACI BESI
NOTA :
1. Susunan fail hendaklah dibuat secara berdiri. Fail nipis boleh disusun secara berdiri
menggunakan „Magazine Box‟. 2. „Box file‟ dibenarkan disusun
diatas rak dan dibuat secara berdiri.
3. Setiap fail mesti ditulis nombor rujukan fail.
4. Satu rekod senarai fail (Indeks Daftar) yang ada dalam
simpanan hendaklah disediakan.
5. Susun fail dari depan ke belakang (sekiranya dalam kabinet besi) dan urutan nombor simpanan fail dicatatkan dari depan ke belakang.
6. Bagi fail yang disusun secara mendatar (baring), urutan nombor simpanan fail
dicatatkan dari bawah ke atas. 7. Susunan fail hendaklah dari
KIRI ke KANAN (1, 2, 3, …. A, B, C,….dan seterusnya). Rujuk Buku Panduan
Pelaksanaan Fail Klasifikasi Perkara Kementerian.
Dokumen dan rekod hendaklah dikawal.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 35
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
8. Font yang digunakan pada rak hendaklah jelas kelihatan dari jauh.
9. Di Bilik Fail :-
a. ARAS 1 bermula dari tingkat bawah (pengecualian boleh dibuat dengan kebenaran fasilitator setelah elemen keselamatan diambil kira).
b. Adakan PEMISAH dan indeks di dalam fail untuk fail di Bilik Fail Indeks utama & Kod Warna di tepi rak
c. Tag pengguna.
d. Peraturan penggunaan dalam kumpulan.
10. Satu senarai fail dalam simpanan hendaklah dilekatkan di hadapan pintu kabinet bertujuan memudah dan mempercepatkan proses pengambilan fail bila diperlukan 11. Sekiranya ada menyimpan fail
dalam kotak, prosedur untuk penyimpanan dan pengambilan fail adalah sama seperti
menyimpan fail dalam kabinet besi atau kabinet kayu.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 36
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
3.
SUSUNAN BARANGAN DI
ATAS RAK (BILIK STOR)
1. Susunan tagging hendaklah dari KIRI ke KANAN (1, 2, 3,……dan seterusnya).
2. Tagging ARAS 1 bermula dari tingkat bawah (pengecualian boleh dibuat dengan kebenaran fasilitator atas alasan
keselamatan).
3. Indeks barangan di setiap tepi rak. 4. Adakan penanda MINIMA dan
MAKSIMA (jika berkaitan). 5. TARIKH LUPUT bagi barangan
yang berkaitan.
6. Penanda FIFO / EXPIRY DATE / STOCK LOW / NIL IN STOCK / REMINDER PLEASE REFILL
(lengkap dengan tarikh jika perlu). 7. Adakan label susunan bagi setiap
Kad / Stock Bin.
8. Kad Bin / Stok Card hendaklah letak ditempat yang disediakan dan rekodnya hendaklah dikemaskini.
9. Adakan SIGNAGE kenalan untuk semua rak.
10. Adakan PELAN LOKASI &
MASTER INDEX di tempat yang strategik.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 37
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
4.
PENGURUSAN
PENDAWAIAN ELETRIK
1. Wayar diikat dengan cable tie atau dibalut dengan piping.
2. Kepala plug ditanda dengan pelekat kod warna dan juga pada barangan elektrik yang
berkenaan.
3. Laporkan sebarang kerosakan pendawaian kepada Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Pentadbiran).
5.
SUIS LAMPU
1. Semua suis hendaklahmenggunakan sistem Pelekat Kod Warna.
2. Sediakan pelan untuk semua suis lampu.
3. Laporkan sebarang kerosakan peralatan elektrik kepada Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Pentadbiran).
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 38
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
6.
ELEMEN KESELAMATAN
1. Adakan tanda AMARAN / AWAS di tempat kawasan berisiko. 2. Signage PEMADAM API hendaklah jelas kelihatan darijauh.
3. Pastikan tiada barangan yang melindungi Alat Pemadam Api. 4. Maklumat seperti DUE DATE FOR
NEXTSERVICE hendaklah dipamerkan pada alat tersebut dan ianya mudah dilihat oleh staf. 5. Adakan had ketinggian bagi
barangan yang disusun mengikut
stacking.
6. Cara stacking hendaklah ada ciri keselamatan.
7.
ALATAN PEJABAT
1. Adakan pemilik (ownership). 2. Adakan jadual penyelenggaraan(jika berkaitan).
3. Adakan Jadual Pembersihan (cleaning roster).
4. Adakan NOMBOR PERALATAN jika bilangan peralatan yang sama lebih dari satu unit di dalam
kawasan zon yang sama. 5. Wujudkan cara mengguna dan
pamerkan SOP / WI / User Guide (jika perlu).
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 39
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
8.
AMALAN HIJAU
1. Adakan sudut kitar semula di setiap zon
2. Adakan label yang
menunjukkan penjimatan elektrik dan air.
3. Mengadakan Kempen Hijau secara berterusan
9.
SETIAP ZON
(KAWASAN KUMPULAN)
1. Semua suis lampu / kipas menggunakan label kod warna. 2. Setiap bilik hendaklah diletakkan
gambar, nama, kumpulan,
jawatan, WP dan nombor telefon pemilik tempat tersebut.
3. Status pergerakan pegawai (bilik/ „cubicle‟)
4. Etika pengguna hendaklah dipamerkan (jika berkenaan). 5. Pelan Lantai / Peta Bilik
hendaklah dipamerkan seelok-eloknya di pintu masuk.
6. Tiada hiasan yang digantung di siling kecuali pada musim perayaan(tidak melebihi satu bulan)
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 40
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
10.
SUDUT EKSA
NOTA:
MAKLUMAT YANG MESTI
DIPAMERKAN (secara maya atau fizikal):
1. Dasar EKSA yang telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPP.
2. Visi & Misi EKSA. 3. Objektif EKSA. 4. Slogan EKSA. 5. Nama Zon
6. Peta & Pelan Lantai Zon.
7. Ownership.
8. Gambar ahli dan carta organisasi. 9. Carta GANTT – perancangan aktiviti kumpulan.
10. Gambar aktiviti EKSA SEBELUM dan SELEPAS dengan maklumat
ringkas seperti masalah (sebelum) dan kebaikan (selepas) serta nama & tarikh.
11. Jadual Audit dan Keputusan Audit (Bar Chart).
12. Buletin.
13. Maklumat Terkini dari Fasilitator EKSA.
Adakan tajuk dan ruangan bagi setiap perkara.
Semua dokumen dan rekod hendaklah dikawal.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 41
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
11.
PAPAN KENYATAAN
1. Semua pekeliling, surat pekeliling, notis, iklan dan bahan bercetak TIDAK dibenarkan ditampal di dinding. Sediakan pelapik atau tempat khas.2. Adakan TARIKH LUPUT bagi setiap pekeliling, surat pekeliling, notis, iklan dan bahan bercetak yang dipamerkan.
12.
PETAK / TEMPAT LETAK
KASUT
1. Adakan petak atau tempat letak kasut di pintu masuk ke kawasan larangan berkasut.
2. Adakan petak untuk tempat letak kasut jika ada kasut / selipar di dalam bilik pejabat.
13.
GARISAN KUNING
(PARKIRAN BARANGAN) &
KESELAMATAN
1. Pastikan lantai dicuci bersih dan dikeringkan sebelum membuat garisan.
2. Minimakan penggunaan garisan / pelekat parkiran. 3. Garisan kuning hanya
digunakan pada barangan
movable atau Work In Progress.
4. Buatkan garisan zon keselamatan di atas lantai untuk laluan kecemasan atau berlaku kebakaran dan
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 42
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
lakarkan tempat kedudukan alat pencegahkebakaran pada laluan ini.
5. Buatkan GARISAN PUTIH
untuk zon lokasi mesin dan peralatan yang tidak diubah kedudukannya di atas lantai dan GARISAN KUNING untuk barangan yang beralih.
6. Gunakan WHITE & RED STRIPE TAPE AND LINE TAPE untuk garisan laluan zon keselamatan.
7. Semua warga mesti sedia maklum garisan penempatan. Garisan penempatan tidak boleh dibiarkan luntur, lekang atau koyak.
14.
SIGNAGE UNTUK PELAWAT / KAWASAN MENUNGGU / PERSEKITARAN BANGUNAN BERMULA DARI PINTU MASUK
POS PENGAWAL
1. Petunjuk Arah – Tandas, Surau, 2. Peraturan dan Tempat Larangan. 3. Waktu Bertugas.
4. Tempat Bertanya.
5. Nama pegawai bertugas di Tempat Bertanya.
6. Papan kenyataan (Information Board).
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 43
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
15.
PERALATAN KEBERSIHAN
KAWASAN STOR1. Sediakan parkiran bagi mesin / perkakasan seperti Troli, Lifter, tangga, alat pembersihan, dll.
2. Adakan tempat yang sesuai untuk menyimpan alatan seperti
penyapu, mob dan berus. 3. Alatan tersebut hendaklah
didirikan / digantung dalam bekas yang telah ditentukan oleh
fasilitator dan diparkirkan.
KAWASAN PEJABAT
1. Adakan tempat yang sesuai untuk menyimpan alatan seperti
penyapu, penyodok sampah, mob dan berus.
2. Semua alatan ini hendaklah digantung dalam kawasan parkiran.
3. Bagi pejabat yang ada stor, alatan pembersihan tersebut hendaklah didirikan dalam bekas yang telah ditentukan.
16
PETI TEMPAT SIMPAN
KUNCI
1. Anak kunci hendaklah disimpan di tempat khas supaya senang diambil dan disimpan kembali. 2. Lekatkan nombor pada semua
anak kunci dan nombor itu
mestilah sama dengan ibu kunci. 3. Gunakan kod bagi setiap anak
kunci dan menyediakan senarai kunci mengikut kod yang telah ditetapkan.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 44
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
4. Senarai kunci perlu disimpan oleh pegawai yang
bertanggungjawab.
17.
TULISAN PADA FAIL
1. Tulisan pada tetulang dari Bawah ke Atas
2. Jenis Font : Arial 3. Saiz : 14 dan ke atas
18.
LACI PEGAWAI DAN STAF
Pegawai dan staf yang dibekalkan dengan laci meja, penggunaan ruang laci boleh seperti berikut:i. Laci paling atas dikhaskan
penggunaannya kepada alat tulis dan disusun kemas mengikut kreativiti pegawai dan staf. ii. Laci tengah diguna bagi
menempatkan dokumen rasmi seperti diari, planner dan buku catatan.
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 45
BIL PERKARA PELAKSANAAN PENYERAGAMAN
menempatkan alatan / barangan peribadi seperti beg tangan,
dompet, telefon bimbit dan lain- lain. (Keselamatan penyimpanan barangan peribadi yang berharga dari kecurian, kehilangan,
kerosakan dan kebakaran adalah tanggungjawab individu. JPP tidak bertanggungjawab).
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 46
CONTOH
VISUAL KESERAGAMAN
Adakan SOP penggunaan Pamerkan tarikh lupus
Adakan senarai borang
Labelkan nombor setiap borang Adakan tanda maksima dan minima
Buatkan pembahagi untuk alat tulis
Labelkan laci ALAT TULIS
Buatkan parkiran untuk setiap alatan Labelkan laci PERALATAN
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 47
CONTOH
KOD WARNA UNTUK SUIS LAMPU (3)
Suis lampu rosak PERLU dipangkah dan di buat catatan tindakan (telah dilaporkan/sedang dibaiki/dll).
Nota:
1) Satu (1) suis tidak memerlukan penandaan.
2) Pelekat berwarna perlu dilekatkan di bawah setiap suis lampu. 3) Penandaan perlulah yang paling minima.
SUIS LAMPU KANAN
MERAH
BIRU
KUNING
SUIS LAMPU KIRI
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 48
CONTOH
KOD WARNA UNTUK SUIS LAMPU (4)
SUIS LAMPU KANAN (ATAS)
MERAH
BIRU
KUNING
SUIS LAMPU KIRI (ATAS)
SUIS LAMPU KANAN (BAWAH)
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 49
CONTOH
NOTIS MAKLUMAN
NOTIS MAKLUMAN
ROSAK
KEPADA SEMUA PENGGUNA YANG
DIHORMATI,
MESIN FOTOSTAT / KOMPUTER /
PRINTER INI MENGALAMI
KEROSAKAN. PIHAK PENTADBIRAN
SEDANG DALAM USAHA MEMBAIKI
KEROSAKAN TERSEBUT.
SEBARANG KESULITAN AMAT
DIKESALI.
TERIMA KASIH
ARIAL BOLD 48 ARIAL BOLD 28PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 50
CONTOH
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 51
CONTOH
PANDUAN
PENGGUNAAN
MESIN FOTOSTAT
1.
BUKA PENUTUP MESIN FOTOSTAT
2.
LETAKKAN DOKUMEN YANG HENDAK DIFOTOSTAT
3.PILIH JUMLAH KERTAS YANG HENDAK DIFOTOSTAT
4.TEKAN BUTANG START
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 52
CONTOH
TAG NOMBOR SAMBUNGAN TALIAN
NOMBOR SAMBUNGAN
:
NOMBOR FAKS BAHAGIAN:
NOMBOR SAMBUNGAN PENGARAH:
NOMBOR KECEMASAN:
1) KEBAKARAN:
2) KEMALANGAN:
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 53
Contoh
JADUAL PEMERIKSAAN BERKALA KAWASAN EKSA
ZON __________
BULAN AHLI
PEMERIKSA
KOMEN TANDA TANGAN
PEMERIKSA JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER
CONTOH
JADUAL PEMBERSIHAN
HARITUGASAN
BUANG SAMPAH SUSUN FAIL SAPU
ISNIN – SELASA AHMAD BIN RAZAK FATIMAH BT ABU AHMAD BIN KASSIM RABU - KHAMIS PN ANG MEI YEW RAMLAH HUSSIN ROSMAN MASOR
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 54
JADUAL PEMANTAUAN KERJA PEMBERSIHAN BANGUNAN
JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK
LOKASI :
TARIKH MASA KOMEN
NAMA DAN TANDA TANGAN
PEMANTAU
CONTOH
PETI TEMPAT SIMPAN KUNCI
PANDUAN EKSA DI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK MUKA SURAT 55
Pelaksanaan Sentiasa Amal
Terdapat beberapa cara untuk melaksanakan Shitsuke - Sentiasa Amal ini antaranya adalah:
CARA 1 Mematuhi panduan dan piawaian yang telah ditentukan oleh pengurusan JPP supaya budaya kerja cemerlang itu dapat dipraktikkan.
CARA 2 Mengadakan Audit Dalaman EKSA di JPP. Audit ini adalah salah satu elemen penting dalam menjayakan EKSA. Ianya dapat memantau piawaian EKSA yang sedia ada dan membuat penambahbaikan. Melalui audit ini JPP dapat mengukur tahap EKSA.
CARA 3 Menganjurkan pertandingan dalaman seperti pejabat dan persekitaran tempat kerja terbaik, pekerja contoh dan sebagainya untuk mendapatkan komitmen dan mengekalkan tanggungjawab mengamalkan EKSA.
CARA 4 Menganjurkan lawatan ke organisasi contoh untuk melihat sendiri kejayaan organisasi lain dalam melaksanakan EKSA. Ini akan menyuntik idea dan semangat untuk meneruskan aktiviti murni ini.
CARA 5 Mewujudkan penghargaan dan galakan dalam sebarang aktiviti yang boleh menarik minat staf JPP. Walaupun sedikit dan kecil, namun bagi sesetengah warga, ianya amatlah bernilai sebagai salah satu motivasi dalam melaksana dan menghargai usaha mereka.